Tugasan ini membahasikan pembelajaran siber dan literasi pembelajaran siber serta bagaimana sumber Web 2.0 seperti audio online, kolaborasi daring, dan peranti selular dapat mendukung pembelajaran. Pelajar dapat belajar secara daring melalui forum dan pencarian informasi, sementara pendidik dapat memanfaatkan sumber digital untuk memperkaya pengalaman belajar.
1. )
TUGASAN 4: PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI (MERUJUK TEKS)
Chapter 6: Connecting Learners Using Web 2.0 Tools (Buku teks, mukasurat 139)
Soalan 1:
Define cyberlearning and provide an example of a classroom application.
Jawapan 1:
Pembelajaran siber ialah pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Bentuk pembelajaran siber ini melangkaui masa dan tempat dengan
adanya rangkaian internet yang baik iaitu Web 2.0. Dengan pengaplikasian Web 2.0 sebagai
pembelajaran siber, pastinya pelajar dapat melakukan perkongsian idea, menjawab segala
persoalan dan mencari maklumat tambahan.
Antara bentuk pengaplikasian pembelajaran siber di kelas ialah penggunaan internet dalam
pencarian maklumat yang memerlukan pelajar mengakses dan meneroka pelbagai blog dan
laman web seperti Eduwebs. Malah, interaksi antara pelajar dalam forum yang dibina oleh
pendidik juga menjadi saluran bagi pembelajaran siber.
Soalan 2:
Describe cyberlearning literacy and discuss how it may be used in the classroom.
Jawapan 2:
Literasi pembelajaran siber ialah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
kejayaan serta keberkesanan dalam pengaplikasian Web 2.0. Literasi pembelajaran siber ini
dapat dibina sama ada melalui pembelajaran secara formal dengan ruang pengalaman yang
disediakan oleh pendidik di kelas, atau pembelajaran secara tidak formal menerusi
pengalaman yang dibina sendiri oleh pelajar dengan cara mengakses dan meneroka
internet.
Literasi pembelajaran siber diperlukan oleh setiap pelajar dalam memastikan pengajaran
dan pembelajaran berjaya. Literasi ini digunakan dalam mengakses internet dengan betul,
2. )
pencarian maklumat yang berkesan, berinteraksi dengan pelajar lain menerusi internet,
berkongsi maklumat dalam internet dan sebagainya.
Soalan 3:
Identify three Web 2.0 resources and demonstrate an example of how they might assist
learning.
Jawapan:
Tiga sumber Web 2.0 ialah:
i. Online audio dan video seperti iTunes, Amazon, NASA, Youtube dan
NPR. Aktiviti memuat turun pelbagai audio atau muzik dapat dilakukan di
online audio dan video secara percuma dan berbayar. Kemudahan ini
membuka peluang kepada pendidik dan pelajar untuk meningkatkan
pengalaman dalam pembelajaran. Hari ini, pendidik perlu kreatif dalam
menggunakan pelbagai sumber yang tersedia seperti online audio dan
video untuk mewujudkan sebuah persekitaran pembelajaran yang
progresif.
ii. Collaboration Websites seperti Blogs (Blogspot), Wikis (Wikipedia) dan
social networking (Facebook, Hi5, MySpace dan Twitter). Blog dan Wikis
menjadi sumber maklumat yang berguna untuk diterokai oleh pendidik
dan pelajar dalam menambahkan pengetahuan mahupun membantu
dalam tugasan yang perlu disediakan. Social networking pula membantu
dalam pembinaan rangkaian komunikasi antara individu tanpa sempadan
tempat dalam perkongsian dan pertukaran maklumat yang berguna untuk
pendidikan.
iii. Mobile Broadband juga tidak terkecuali sebagai sumber Web 2.0 kerana
pelbagai teknologi dan aplikasi telah tersedia pada telefon bimbit hari ini.
Malah, hampir semua pendidik dan pelajar tanpa mengira usia pastinya
memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit yang kini menjadi suatu
keperluan hidup. Oleh hal demikian, pendidik boleh memanfaatkan
sumber sedia ada pada telefon menerusi aplikasi kamera, wifi, kalkulator,
radio, recorder, video dan quick office untuk mempelbagaikan dunia
pendidikan yang serba moden hari ini.