Interaksi 7: Dapatan dari jurnal berkaiatan e-learning
1. Interaksi 7: Dapatan daripada jurnal pendidikan
Tajuk jurnal : Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam
Kalangan Ahli Akademik
Nama Pengarang : Rubiah Omar
Tahun : 2009
Tempat : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Penerbit : Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155-172
Dapatan daripada jurnal:
1. Secara umum, hasil kajian ini mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Ini kerana
usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti untuk menggalakkan ahli
akademik menggunakan sistem e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi penilaian responden terhadap hubungan antara kefahaman e-
pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula adalah memuaskan.
2. Hasil kajian juga mendapati penerimaan responden terhadap penggunaan e-
pembelajaran adalah tinggi kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep
dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-pembelajaran.
3. Berdasarkan dapatan yang diperolehi tentang tahap kefahaman responden terhadap e-
pembelajaran, majoriti bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang dikemukakan oleh
pengkaji. Selain itu, nilai-nilai min yang diperoleh juga menunjukkan bahawa
kebanyakan responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap e-
pembelajaran yang sedang dilaksanakan di USM.
2. 4. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.