Dokumen tersebut membahasikan penggunaan alat Web 2.0 dalam pembelajaran, termasuk cyberlearning, literasi pembelajaran siber, dan sumber-sumber Web 2.0 seperti audio online, wiki, jejaring sosial, dan peranti selular yang dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan pengalaman belajar.
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Penilaian kendiri teks: Chapter 6 - Connecting Learners Using Web 2.0 Tools
1. Pembelajaran Berasaskan Web & Elektronik (KPT 6044)
PENILAIAN KENDIRI TEKS
Chapter 6: Connecting Learners Using Web 2.0 Tools (m/s 139)
1. Define cyberlearning and provide an example of a classroom application.
a. Pembelajaran siber ialah pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Bentuk pembelajaran siber ini melangkaui masa dan
tempat dengan adanya rangkaian internet yang baik iaitu Web 2.0. Dengan
pengaplikasian Web 2.0 sebagai pembelajaran siber, pastinya pelajar dapat
melakukan perkongsian idea, menjawab segala persoalan dan mencari maklumat
tambahan.
b. Antara bentuk pengaplikasian pembelajaran siber di kelas ialah penggunaan
internet dalam pencarian maklumat yang memerlukan pelajar mengakses dan
meneroka pelbagai blog dan laman web seperti Eduwebs. Malah, interaksi antara
pelajar dalam forum yang dibina oleh pendidik juga menjadi saluran bagi
pembelajaran siber.
2. Describe cyberlearning literacy and discuss how it may be used in the classroom.
a. Literasi pembelajaran siber ialah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk kejayaan serta keberkesanan dalam pengaplikasian Web 2.0. Literasi
pembelajaran siber ini dapat dibina sama ada melalui pembelajaran secara formal
dengan ruang pengalaman yang disediakan oleh pendidik di kelas, atau
pembelajaran secara tidak formal menerusi pengalaman yang dibina sendiri oleh
pelajar dengan cara mengakses dan meneroka internet.
b. Literasi pembelajaran siber diperlukan oleh setiap pelajar dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran berjaya. Literasi ini digunakan dalam mengakses
internet dengan betul, pencarian maklumat yang berkesan, berinteraksi dengan
pelajar lain menerusi internet, berkongsi maklumat dalam internet dan sebagainya.
1| P a g e
2. Pembelajaran Berasaskan Web & Elektronik (KPT 6044)
3. Identify three Web 2.0 resources and demonstrate an example of how they might assist
learning.
a. 3 sumber Web 2.0 ialah:
i. Online audio dan video seperti iTunes, Amazon, NASA, Youtube dan
NPR. Aktiviti memuat turun pelbagai audio atau muzik dapat dilakukan di
online audio dan video secara percuma dan berbayar. Kemudahan ini
membuka peluang kepada pendidik dan pelajar untuk meningkatkan
pengalaman dalam pembelajaran. Hari ini, pendidik perlu kreatif dalam
menggunakan pelbagai sumber yang tersedia seperti online audio dan
video untuk mewujudkan sebuah persekitaran pembelajaran yang
progresif.
ii. Collaboration Websites seperti Blogs (Blogspot), Wikis (Wikipedia) dan
social networking (Facebook, Hi5, MySpacedan Twitter). Blog dan Wikis
menjadi sumber maklumat yang berguna untuk diterokai oleh pendidik dan
pelajar dalam menambahkan pengetahuan mahupun membantu dalam
tugasan yang perlu disediakan. Social networking pula membantu dalam
pembinaan rangkaian komunikasi antara individu tanpa sempadan tempat
dalam perkongsian dan pertukaran maklumat yang berguna untuk
pendidikan.
iii. Mobile Broadband juga tidak terkecuali sebagai sumber Web 2.0 kerana
pelbagai teknologi dan aplikasi telah tersedia pada telefon bimbit hari ini.
Malah, hampir semua pendidik dan pelajar tanpa mengira usia pastinya
memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit yang kini menjadi suatu
keperluan hidup. Oleh hal demikian, pendidik boleh memanfaatkan
sumber sedia ada pada telefon menerusi aplikasi kamera, wifi, kalkulator,
radio, recorder, video dan quick office untuk mempelbagaikan dunia
pendidikan yang serba moden hari ini.
2| P a g e