SlideShare a Scribd company logo
ULASAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV+KVK
PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Justeru, Bahasa Melayu diajar di semua peringkat pendidikan bermula daripada peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat pengajian tinggi. Terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai murid di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca, menulis dan kemahiran lisan. Membaca adalah satu kemahiran yang amat penting dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini mengakibatkan mereka sukar menjawab peperiksaan dengan baik. Ini kerana kelemahan membaca menyebabkan murid terdorong untuk terus menjawab soalan peperiksaan tanpa membaca terlebih dahulu dan memperoleh keputusan yang tidak memuaskan di dalam mata pelajaran ini.
Artikel ini akan mengulas tentang kajian tindakan yang telah dibuat oleh Puan Aspalaila Ramli dan Puan Maslinda Mahmud. Fokus kajian adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK. Melalui pembacaan yang dibuat, kami mendapati kajian tindakan yang dijalankan ini menggunakan Model Somekh (1989).
MODEL SOMEKH
LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI
Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, kami mendapati fokus utama pengkaji adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid. Seramai 15 orang murid Pemulihan Khas telah dikenalpasti lemah dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK.
Guru terbabit mendapati kebanyakan pelajar ini akan duduk di dalam kelompok mereka sendiri dan mengganggu pelajar-pelajar lain. Tugasan yang diberikan kepada mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Hasil tinjauan guru ini juga mendapati murid kurang menguasai kemahiran membaca disebabkan aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terlalu tinggi dan sukar dicapai berbanding dengan kebolehan mereka.
Pada pendapat kami, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-murid. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelanjaran, murid-murid tidak akan dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar. Membaca merupakan perkara asas yang sangat penting dalam proses P&P. Murid yang gagal membaca tidak akan dapat memahami kehendak soalan dan menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab soalan tanpa membaca terlebih dahulu. Proses P&P juga akan menjadi tidak lancar dan akhirnya murid-murid ini akan bosan untuk belajar.
LANGKAH 2: MENGUMPUL DATA
Antara langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini adalah dengan mengumpul data. Proses ini penting sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat. Ini merupakan satu pendekatan yang khusus yang ada kaitan dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut.
Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengumpul data bagi mendapatkan maklumat. Kajian dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja, di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’,Mersing yang juga merupakan murid-murid pemulihan. Tinjauan terhadap masalah dibuat bagi mengenal pasti secara lebih mendalam masalah responden. Kami mendapati pengkaji terbabit mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran untuk mendapatkan maklum balas mengenai tingkah laku murid-murid ini semasa proses P&P berjalan. Kaedah temu bual tidak berstruktur juga turut dibuat untuk mengesan perasaan murid semasa belajar Bahasa Melayu Pada pendapat kami,langkah ini sangat baik kerana adalah penting untuk seseorang guru itu mengetahui bagaimana reaksi murid agar P&P berjalan lancar.
Pengkaji juga didapati menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengesan punca kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca. Kaedah terakhir yang digunakan adalah melalui ujian pra untuk menilai secara kuantitatif tahap pencapaian pelajar.
LANGKAH 3: MENGANALISA DATA
Hasil tinjauan yang telah dibuat oleh pengkaji mendapati tidak ada bimbingan daripada guru mata pelajaran dalam membaca. Guru sering mengamalkan kaedah bacaan frasa demi frasa dan murid mengikutinya. Hasil temu bual yang dilakukan oleh pengkaji mendapati murid-murid ini berasa rendah diri dan bimbang ditertawakan oleh rakan. Kesannya, mereka menjadi tidak bersemangat untuk belajar. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji mendapati murid-murid menghadapi masalah membaca suku kata tertutup KVK.
Hasil daripada ujian pra yang dibuat oleh pengkaji ke atas murid-murid terbabit jelas menunjukkan tahap penguasaan yang lemah dalam membaca. Murid-murid gagal untuk mendapat lebih daripada 20% markah ujian.
LANGKAH 4: MERANCANG TINDAKAN
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada akhir kajian ini. Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk:
,[object Object]
murid boleh membaca perkataan gabungan KV+KVK
mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi gabungan enam ke lapan patah perkataan dengan lancar.
LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN
Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat latih tubi membaca suku kata KVK. Murid mengeja dan menyebut suku kata secara berulang-ulang selama 5 minit. Latih tubi dilaksanakan selama 3 minggu.

More Related Content

What's hot

Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananashamville

Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsLiza Ahmad

KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah

Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Kharrenyanyan1605

model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
Khasim Din

rph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projek
rph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projekrph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projek
rph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projek
Intan Mastira

Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
anwar Hazim

Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousPlus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousfiro HAR

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam

Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
Komalam Mariappan

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
amira nurfahmida

BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio

Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran
marziana80

What's hot (20)

RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan

Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawanan

Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains

KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan

Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...

REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI

model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat

Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran

rph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projek
rph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projekrph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projek
rph-reka-bentuk-dan-teknologi-tahun-5-penghasilan-projek

Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb

Plus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirousPlus minus-interesting implikasi teori behavirous
Plus minus-interesting implikasi teori behavirous

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya

Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan

Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG

37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral

BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)

Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran

Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depan

Similar to Ulasan kajian tindakan

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali

Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
MOHDFAUZIBINMASBORKP

Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1sktpp

2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
AsriSiregar1

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
kananasirin

Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Nur Rawaidah Rahmat

Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
risa zakiatul

Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...
Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...
Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...
Harry D. Fauzi

Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusnoBab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Sojunghan Dilectus

Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran
izz7556

Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
Chitra Devaki

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
muhammad

kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
Salasiah Hassan Bahari

Similar to Ulasan kajian tindakan (20)

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi

Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx

Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1

Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117

Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa

2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf

Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii

Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3

Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...

11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)

1
11
1

Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...
Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...
Efektivitas Penerapan Teknik Membaca Intensif dalam Menemukan Gagasan Utama T...

Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusnoBab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno

Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran

Proposal
ProposalProposal
Proposal

Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa

kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan

More from KPM

Assigment KPR
Assigment KPRAssigment KPR
Assigment KPRKPM

Kajian tindakan 1
Kajian tindakan 1Kajian tindakan 1
Kajian tindakan 1KPM

Presentation
PresentationPresentation
PresentationKPM

Presentation Kajian
Presentation KajianPresentation Kajian
Presentation KajianKPM

Presentation Kpr5063 2010
Presentation Kpr5063 2010Presentation Kpr5063 2010
Presentation Kpr5063 2010KPM

Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2KPM

Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanKPM

Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...
Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...
Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...KPM

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanKPM

Presentation kpr5063 2010
Presentation kpr5063 2010Presentation kpr5063 2010
Presentation kpr5063 2010
KPM

More from KPM (11)

Assigment KPR
Assigment KPRAssigment KPR
Assigment KPR

Kajian tindakan 1
Kajian tindakan 1Kajian tindakan 1
Kajian tindakan 1

Presentation
PresentationPresentation
Presentation

Presentation Kajian
Presentation KajianPresentation Kajian
Presentation Kajian

Presentation Kpr5063 2010
Presentation Kpr5063 2010Presentation Kpr5063 2010
Presentation Kpr5063 2010

Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan

Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...
Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...
Kajian tindakanPENGGUNAAN PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATA PELA...

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan

Presentation kpr5063 2010
Presentation kpr5063 2010Presentation kpr5063 2010
Presentation kpr5063 2010

Ulasan kajian tindakan

• 1.
• 2. murid boleh membaca perkataan gabungan KV+KVK
• 3. mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi gabungan enam ke lapan patah perkataan dengan lancar.
• 4. LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN
• 5. Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat latih tubi membaca suku kata KVK. Murid mengeja dan menyebut suku kata secara berulang-ulang selama 5 minit. Latih tubi dilaksanakan selama 3 minggu.
• 6. Selain itu, pelan tindakan yang dibuat juga turut merangkumi aktiviti nyanyian. Murid-murid diberi kad suku kata yang bersaiz 20 x 30 cm di mana mereka akan mengangkat kad-kad huruf semasa aktiviti nyanyian diajar. Kami juga mendapati pengkaji melaksanakan kelas bimbingan selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis selama 2 bulan secara intensif. Bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK, kad perkataan KV+KVK, ayat gabungan suku kata dan petikan pemahaman turut digunakan dalam kajian ini.
• 7. LANGKAH 6: MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN
• 8. Data-data direkodkan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran membaca.
• 10. Hasil pembacaan jurnal kajian tindakan ini, kami mendapati murid-murid telah dapat meningkatkan kemajuan dalam penguasaan bacaan perkataan KVKVK. Ini adalah refleksi daripada latih tubi yang dijalankan selama 3 minggu.
• 11. Melalui aktiviti nyanyian, murid-murid didapati menunjukkan minat yang mendalam dengan menggantikan perkataan-perkataan tertentu semasa menyanyi. Secara tidak langsung murid-murid dapat membaca seni kata lagu yang diajar. Penguasaan murid juga meningkat melalui pelbagai alat bantu mengajar yang diaplikasikan dalam tindakan.
• 12. Bagi membuat perbandingan secara kuantitatif, ujian pasca telah dijalankan ke atas murid-murid terbabit. Dapatan ujian pasca jelas menunjukkan peningkatan murid iaitu semua murid lulus dalam aspek kemahiran yang diuji. Hampir kesemua murid mendapat markah melebihi 80%.
• 14. Pada pemerhatian kami, pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian tindakan yang disasarkan pada awal kajian. Kesemua murid yang bertindak sebagai responden dalam kajian ini telah dapat menguasai kaedah membaca suku kata yang diberikan. Merujuk kepada dapatan pengkaji, dapatlah kami rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan dapat membantu murid-murid yang lemah ini untuk membaca. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVK tetapi perkataan yang lebih mencabar lagi.
• 15. Kami berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang agar dapat membantu lebih banyak murid yang lemah. Walaupun pada awalnya kesemua murid-murid yang terbabit tidak mempunyai keyakinan diri dan menghadapi kesukaran untuk membaca, namun dengan bimbangan dan perhatian yang diberikan oleh guru dapat mengubah tahap penguasaan murid. Murid-murid ini tidak seharusnya dipinggirkan agar kecenderungan mereka untuk belajar dapat ditingkatkan.
• 16. Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.