Kajian ini menilai keberkesanan penggunaan peta konsep dalam pengajaran sejarah di kalangan pelajar tingkatan 2 di Cheras, Selangor. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian pelajar selepas menggunakan teknik ini, dengan peratus lulus meningkat dari 59% kepada 86.5%. Hasilnya, kajian mencadangkan agar modul pengajaran yang menggunakan peta konsep dibangunkan untuk digunakan oleh guru dalam mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran lain.