2. U - Ujian
A - Akhir
S - Sesi
A - Akademik
UASA
CIKGU NAQIB 02
3. Format Baharu Ujian Akhir Sesi Akademik
(UASA) KPM
Pada 28 April 2021, Mesyuarat Jemaah Menteri
telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan
memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
pada tahun tersebut.
Di samping itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut
memansuhkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada
1 Jun 2022 dan memperkenalkan pelaksanaan PBS.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik
(UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang
akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023
bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia
ada.
CIKGU NAQIB 03
UASA
4. UASA
CIKGU NAQIB 04
Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?
Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran
kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid
dalam setiap mata pelajaran akan dinilai.
UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis
sepenuhnya.
Murid Yang Terlibat Dengan UASA
Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah
seperti berikut :
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak
berkaitan akan menduduki ujian yang
dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.
5. Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang
disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat
Menengah Rendah iaitu :
1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab 4. Pendidikan Islam/Moral
5. Reka Bentuk dan Teknologi 6. Sejarah
7. Matematik 8. Asas Sains Komputer
9. Sains 10. Geografi
11. Maharat al-Qur’an 12. al-Syari’ah
13. Usul al-Din 14. Bahasa Cina
15. Bahasa Tamil 16. Bahasa Punjabi
17. Bahasa Kadazandusun 18. Bahasa Semai
19. al-Lughah/al-’Arabiah, 20. Bahasa Iban
al-Mu’asirah
UASA
CIKGU NAQIB 05
Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap
Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu :
1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris
3. Matematik 4. Sains
5. Sejarah
6. UASA
CIKGU NAQIB 06
nota
Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang
ditawarkan/disediakan di sekolah.
Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti
Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada
ketersediaan di sekolah.
Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM
manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh
pihak sekolah masing-masing.
Penyediaan Instrumen / Soalan Bagi UASA
Untuk makluman, soalan bagi peperiksaan UASA
akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan
pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem
baharu yang dibangunkan oleh KPM.
Pihak sekolah kemudiannya akan diminta untuk
muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut
pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM.
1.
2.
3.
7. Penyataan Tahap Penguasaan UASA (Sistem Grading)
TP 1: TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons terhadap
perkara yang asas.
TP 2: TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar
bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari.
UASA
CIKGU NAQIB 07
Penyataan tahap penguasaan atau grading bagi
Ujian Akhir Sesi Akademik tidak diberikan melalui
gred atau markah. Sebaliknya prestasi
murid-murid akan diukur berdasarkan enam
Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta
deskriptif bagi setiap tahap.
8. TP 3: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
TP 4: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
berada iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik.
TP 5: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN
BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
situasi baharu dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
TP 6: TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN
BERADAB MITHALI
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada untuk digunakan pada
situasi baharu secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
UASA
CIKGU NAQIB 08
9. TARIKH PELAKSANAAN
Pada Januari 2023 minggu kedua, pihak sekolah
akan diminta untuk muat turun dan mencetak
soalan mengikut mata pelajaran yang ada di
sekolah.
Kemudian, pentadbiran ujian akhir sesi akademik
serta panduan penskoran akan dilaksanakan
sebagai persiapan ujian.
Berdasarkan garis masa yang dikongsikan,
peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung
sekitar minggu ketiga Januari sehingga
pertengahan Februari 2023.
CIKGU NAQIB 09
UASA
10. SUKA, KOMEN, KONGSI
10
SUMBER
- eCENTRAL
https://ecentral.my/uasa-ujian-akhir-sesi-aka
demik/
- DIDIK TV KPM: YOUTUBE
https://www.youtube.com/watch?v=8SzxC0MEf
KE&list=PLL9CnO8V-9tv1Jly4_ip7riZM7CgezYJu
UASA