1. Teori Keperibadian Biologi
Para ahli teori biologi berpendapat
bahawa tingkah laku adalah fungsi zuriat
yang diwarisi dari nenek moyang kita.
Mereka memberi tumpuan kepada
perspektif evolusi dan genetik.
2. Perspektif Evolusi
Menurut teori evolusi Darwin,
tingkah laku semua bentuk
kehidupan termasuk manusia telah
diwarisi dari pohon keluarga nenek
moyangnya.
3. Perspektif Evolusi
Darwin berpendapat bahawa
sepanjang masa, makhluk kompleks
berkembang daripada nenek moyang
yang lebih sederhana melalui proses
pemilihan semula jadi..
4. Perspektif Evolusi
Darwin mendapati asal usul naluri melalui
kajiannya mengenai tingkah laku manusia.
Naluri ini termasuk banyak refleks yang
tidak terdedah kepada pengaruh
pembelajaran dan pengalaman.
5. Perspektif Evolusi
Semasa kelahiran, setiap individu bermula
dari awal dengan genotip unik untuk
mempelajari jenis tingkah laku tertentu.
Perspektif evolusi memandang
keperibadian sebagai produk sejarah yang
berpanjangan untuk menerapkan tingkah
laku adaptif demi meneruskan hidup
mereka.
6. Perspektif Evolusi
Teori keperibadian evolusi menekankan kepada
mengapa perilaku manusia berlaku. Ia menyiasat
hubungan antara proses semua bentuk kehidupan,
pusat matlamat manusia, strategi psikologi dan
tingkah laku untuk memahami perbezaan manusia.
7. Perspektif Genetik
Perspektif genetik menyatakan manusia memang
mewarisi zuriat (genes) dari anggota nenek
moyang mereka. Tingkah laku manusia berbeza-
beza akibat daripada mewarisi variasi zuriat dari
anggota nenek moyangnya.
8. Perspektif Genetik
Sains genetik tingkah laku adalah lanjutan
daripada idea-idea ini. Ia sedang mengkaji
sejauh manakah aspek perbezaan individu
adalah disebabkan oleh proses genetik.
9. Perspektif Genetik
Dengan kemajuan dalam teknologi genetik,
terdapat kemungkinan untuk memperhatikan
variasi genetik secara langsung dalam mencari,
mengenalpasti, dan mencirikan setiap zuriat
dan kesannya kepada tingkah laku manusia.
12. Sumbangan Keperibadian Teori
Biologi
Pendekatan biologi bersifat deterministik. Oleh
yang demikian, ia boleh digunakan untuk
merawat manusia yang sakit mental serta
memberikan penjelasan sebab-sebab gangguan
keperibadian berlaku dan seterus dapat
memperbaiki kehidupan manusia.
13. Kelemahan Teori Keperibadian Biologi
Teori keperibadian biologi terlalu menumpukan
kepada sifat semula jadi iaitu tingkah laku
adalah fungsi dari zuriat (genes). Ia
mengabaikan sifat pemeliharaan iaitu tingkah
laku juga merupakan fungsi dari alam
persekitaran.
14. Kelemahan Teori Keperibadian Biologi
Pendekatan biologi bersifat "nomothetic“
kerana ia membina teori-teori gangguan dan
mengamalkannya kepada semua orang. Ia tidak
mengambil kira bahawa setiap orang adalah
unik.