1. TASAWWUF PERBANDINGAN (IUS 4163)
TAJUK: AL-TAWAJUD, AL WAJD DAN AL-WUJUD
NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED
OMAR
NAMA PELAJAR:
SITI AISHAH BINTI OTHMAN (035091)
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN SEM 7
2. DEFINISI AL-TAWAJUD
- Menggunakan al-wajd dengan sengaja
untuk menghasilkan al-wujud
- Menggunakan perasaan hati untuk
menghasilkan rasa hati yang di buat-
buat
- Contoh: rasa sedih, suka, khusyuk, rasa
kasih dan sebagainya.
- Usaha atau ikhtiar seseorang itu untuk
menimbulkan perasaan hati terhadap
makna-makna tauhid.
- -
3. Al-wajd itu ialah perasaan hati tentang
keagungan dan kebesaran Allah SWT
dan ia tidak akan di rasai dengan hati
yang kosong secara tiba-tiba
Sesuatu yang berlaku adalah hasil
daripada seruan dan paksaan yang tidak
di namakan sebagai al-wajd bahkan ia di
namakan sebagai al-tawajud
4. CONTOH AL-TAWAJUD DAN
AL-WAJD
1- Melihat sesuatu perkara dan sengaja buat-buat rasa
sedih (ia dinamakan al-tawajud), tetapi jika rasa sedih itu
sebenar-benarnya (ia dinamakan al-wajd).
2-Buat-buat rasa kasih kepada Allah SWT dan Rasulullah
SAW itu ( ia dinamakan al-tawajud), jika rasa kasih dan
rindu itu hadir dengan sebenar-benarnya ( ia dinamakan
al-wajd).
3-Mendengar alunan Qasidah (ia dinamakan al-tawajud),
tetapi jika rasa sedih itu hadir dengan kesedaran hati
yang sebenar-benarnya (ia dinamakan al-wajd).
5. Al-tawajud dan al-wajd tidak akan memasuki
pada hati yang kosong
Seseorang itu akan melalui al-tawajud terlebih
dahulu sebagai latih tubi untuk mencapai tahap al-
wajd.
وسلم عليه هللا صلى هللا رسول قال:َف ا ُْوكْبَأَفْمَل ْنِإ
ا ُْوكاَبَتَف ا ُْوكْبَت
6. Jadi, perlu kepada latihan al-tawajud
untuk menghasilkan al-wajd
Perasaan hati yang sebenar tidak akan timbul tanpa
ada rasa ingin
Ia tidak akan menimbulkan rasa al-wajd tanpa ada
rasa al-tawajud
Tujuannya supaya kita dapat meniru orang yang
mempunyai sifat al-wajd
7. Sekiranya perasaan al-wajd itu semata-
mata ingin membangkitkan perasaan
tabi’i, maka itu bukanlah tanda-tanda
sifat ahli tariqah. Sifat ahli tariqah
adalah untuk menimbulkan perasaan
hati yang ingin kepada Allah SWT, bukan
perasaan tabi’i.
8. DEFINISI AL-WAJD
Al-wajd ialah perkara-perkara kerohanian yang menyentuh
hati seseorang yang sebelum ini tiada.
Ia merupakan kesan daripada penyaksian, pemahaman dan
keyakinan seseorang terhadap keagungan dan kebesaran
Allah SWT melalui kesan daripada melihat makhluk yang
hadir di sekelilingnya.
Rasa hati yang sebenar-benarnya ialah apabila Allah
mencampakkan dalam hati seseorang untuk mengenali-Nya.
9. TANDA-TANDA KEBENARAN AL-WAJD
DALAM HATI SESEORANG
Perasaan itu disusuli dengan faedah
atau manfaat yang berhubung kait
dengan tauhid.
Menambah keyakinan secara zauqi
Al-wajd dapat menimbulkan
kesedaran hati yang mendalam dan
berkekalan terhadap keagungan
Allah SWT.
10. DEFINISI AL-WUJUD
ْمِلْظَي ْوَأ اًء ْوُس ْلَمْعَي ْنَمَوَتْسَي َّمُث ُهَسْفَنَهللا ِرِفْغ
اًمْي ِحَر اًر ْوُفَغ َهللا ِد ِجَي
Rasa kewujudan Allah SWT ketika al-wajd itu berbeza
antara satu sama lain berdasarkan kepada nama-nama
Allah SWT yang di tajallikan kepadanya dan berpandu
kepada kesedaran atau persediaan hati seseorang
Menimbulkan rasa kewujudan Allah SWT dalam
kesedaran hati kita kesan daripada penerimaan al-wajd.