SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
54
TAHAP PENERIMAAN PESERTA TERHADAP KURSUS PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG HAYAT (PISH)
The Level of Participation Acceptance of Lifelong Islamic Education Courses
Mohd Rashidi Omar1, Azmil Hashim2, Muhammad Zulazizi Mohd Nawi3
Submited: 10-Nov-2020
Accepted: 05-Jun-2021
Revised: 25-Jun-2021
Published: 28-Jun-2021
1Kolej Komuniti Chenderoh,
33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.
2 Jabatan Pengajian Islam,
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
3School of Hospitality,
Education and Business Studies (SHB),
Management and Science University (MSU),
15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
*Corresponding author’s email: zulazizi0902@gmail.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penerimaan peserta terhadap program
latihan kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti. Kajian
yang melibatkan 270 orang sampel ini terdiri daripada peserta yang mempunyai
latar belakang pendidikan agama, kemahiran dan teknikal serta orang awam.
Data kuantitatif yang menggunakan instrumen borang kaji selidik dianalisis secara
deskriptif menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24 bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan, min, interpretasi dan sisihan piawai
manakala analisis inferensi menggunakan Ujian-T Sampel Bebas. Hasil kajian
terhadap penerimaan peserta berada pada tahap tinggi iaitu (M=4.18, SP.=0.48).
Analisis inferensi mendapati tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan
berdasarkan kawasan tempat tinggal. Intihannya, pelaksanaan program bagi
kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di kolej komuniti telah berjaya memberi
impak yang positif dan cemerlang. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa,
pelaksanaan kursus PISH perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa
terutamanya aspek yang meliputi kualiti, kurikulum, pengurusan, pengendalian
program, fasiliti, mobiliti pelajar dan tenaga pengajar. Dapatan kajian ini
diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penyelaras program kursus PISH
agar kualiti pengajaran dan pembelajaran PISH boleh ditingkatkan lagi secara
lebih berkesan.
Kata kunci: Tahap Penerimaan Peserta, Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH), Kolej Komuniti
Abstract
This study aims to examine the level of participants' acceptance of the Lifelong
Islamic Education (PISH) course training program at community colleges. The study
involving 270 samples consisted of participants with a background in religious
education, skills, and technical as well as the general public. Quantitative data
using survey form instruments were analyzed descriptively using Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) version 24 to obtain frequencies, percentages,
means, interpretations, and standard deviation while inferential analysis using
Independent Sample T-Test. The results of the study on the acceptance of
participants are at a high level that is (M=4.18, SP.=0.48). The inferential analysis
found no significant differences based on the residential area. In essence, the
implementation of the program for Lifelong Islamic Education courses in
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
55
community colleges has succeeded in giving a positive and excellent impact. The
implications of this study show that the implementation of PISH courses needs to
be improved from time to time, especially aspects that include quality, curriculum,
management, program management, facilities, student mobility, and teaching
staff. It is hoped that the findings of this study can be used as a guide to the
coordinator of the PISH course program so that the quality of teaching and
learning PISH can be further improved more effectively.
Keywords: Participant Acceptance Level, Lifelong Islamic Education Course (PISH),
Community College
PENGENALAN
Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui tempoh masa yang amat panjang sejak
kedatangan Islam ke Tanah Melayu hingga kini. Dari abad ke-15 hingga abad ke-17
pembelajaran pendidikan Islam dilaksanakan di masjid, surau, rumah tuan guru dan
istana. Sekitar abad ke-19 pembelajaran pendidikan Islam telah berubah kepada
sistem pondok dan madrasah (Mohd Nawi et al., 2021). Pada penghujung abad ke-
19 sehingga kini sistem pembelajaran pendidikan Islam berkembang kepada sistem
sekolah yang lebih moden. Sebagai sebuah negara yang menjunjung Islam sebagai
agama rasmi, kerajaan telah menyediakan akses kepada pendidikan Islam secara
meluas sama ada melalui institusi seperti tahfiz dan pondok, Universiti Awam (UA),
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. Selain itu
masyarakat juga berpeluang mendalami ilmu agama melalui di masjid, surau dan
media (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017)
Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan dan kelemahan yang perlu
kepada penambahbaikan dan pemantapan dalam bidang pendidikan Islam agar
tidak dipinggirkan dalam kepesatan arus teknologi Revolusi Industri 4.0. Pendidikan
Islam berperanan penting sebagai tunjang kepada pemupukan nilai kemanusiaan
yang semakin tipis dalam kehidupan seharian. Menyedari hakikat ini, pada awal
tahun 2013 kerajaan telah merencanakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
sebagai satu landasan ke arah peningkatan kerjaya, pengukuhan ilmu dan
pemupukan nilai kepada umat Islam. Pada Disember 2013, PISH telah dicadangkan
sebagai dasar negara oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu. Umum
mengetahui bahawa, pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah sebahagian
daripada Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menjadi satu daya usaha bagi
memberi pendekatan latihan, kemahiran dan pengajian agama ke arah
pembentukan sesebuah masyarakat yang berpengetahuan, beramal, bertakwa
dan memiliki nilai insani agar menggapai kebahagiaan dalam kehidupan ukhrawi
dan duniawi (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017). Dari sudut epistemologi Islam,
Pendidikan Sepanjang Hayat merupakan satu dasar untuk menyebarluaskan ilmu
pengetahuan sama ada ilmu fardhu ain mahupun ilmu fardhu kifayah. Hakikatnya,
proses penggalian ilmu pengetahuan dan kemahiran itu tiada sempadan dan
batasannya kerana ilmu Allah SWT itu amatlah luas (Ilias et al., 2017).
Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat 21 kluster
kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di kolej komuniti
iaitu akuakultur, bahasa, bangunan, elektrik dan elektronik, grafik dan multimedia,
hospitaliti dan pelancongan, jahitan dan pakaian, kecantikan dan dandanan,
kenderaan dan automotif, kerohanian dan keagamaan, kesenian dan kebudayaan,
komputer dan teknologi maklumat, kraftangan dan hiasan dalaman, pembangunan
diri dan motivasi, perniagaan dan keusahawanan, program industri, sains dan
matematik, sains kesihatan, seni kreatif, teknologi agro dan teknologi hijau
(Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017). Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini,
enrolmen Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menunjukkan peningkatan
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
56
trend. Sambutan terhadap PSH amat menggalakkan melebihi 10 peratus daripada
sasaran kadar pertumbuhan tahunan. Taburan pelajar PSH pada tahun 2013 kolej
komuniti merekodkan bilangan pelajar paling tinggi. Dalam tempoh 2002 hingga
2013, kolej komuniti telah merekodkan penyertaan 1.3 juta pelajar-pelajar PSH
daripada 1800 orang pada 2002 kepada 277080 orang pada tahun 2013
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Jika ditelusuri secara lebih mendalam, matlamat utama Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat ialah seperti berikut:
a) Memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan
sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad,
belia dan komuniti.
b) Memberikan ilmu kemahiran berbentuk modular atau customized
programmes mengikut permintaan dan kesesuaian.
c) Memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada
setiap lapisan masyarakat.
Konsep PISH merangkumi pendidikan duniawi dan ukhrawi. Tiga kategori PISH
yang dilaksanakan di kolej komuniti ialah:
Pendidikan ukhrawi iaitu Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat.
a) Pendidikan duniawi iaitu memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan
kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad dan institusi
agama Islam yang lain.
b) Kombinasi pendidikan keduniaan dan akhirat yang dilaksanakan atas
permintaan institusi, agensi dan komuniti setempat. (Jabatan Pendidikan
Kolej Komuniti, 2017)
PENYATAAN MASALAH
Antara masalah yang sering dihadapi di dalam program latihan ialah pelatih-pelatih
yang telah mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu hasil daripada latihan
yang diikuti tidak dapat menggunakannya apabila mereka pulang daripada
menjalani latihan kursus (Abdul Rahman & Omar, 2009). Menurut Haji Don et al. (2015),
faktor latihan yang diterima merupakan antara perkara penting dalam menentukan
keberkesanan sesuatu pekerjaan. Latihan yang sistematik dan berterusan akan
meningkatkan kecekapan, keberkesanan tugas dan peluang menambah ekonomi
dalam kehidupan seharian. Beliau juga menjelaskan bahawa, peranan pelajaran
dan latihan di Malaysia ialah untuk melahirkan individu berpengetahuan, terlatih dan
mahir untuk memenuhi keperluan tenaga manusia dan keperluan sosial yang
semakin bertambah. Selain itu, pada masa ini juga Ismail (1991) menyatakan
bahawa, latihan dalam pembangunan Islam adalah bertujuan untuk
membangunkan kesempurnaan pekerja Muslim ke arah mencapai al-falah
(kejayaan). Ini membuktikan bahawa, latihan ataupun kursus yang dilaksanakan
memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi untuk melahirkan insan
yang berilmu dan berkemahiran serta berkualiti.
Sebahagian besar organisasi telah memperuntukkan modal, sumber dan
masa yang banyak untuk melaksanakan sesuatu program latihan. Oleh kerana,
perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menyediakan latihan, pegawai dan
organisasi yang terlibat mestilah memastikan keberkesanan program latihan yang
dilaksanakan agar mampu memberi manfaat kepada pelatih dan juga organisasi
(Ahmad & Zahari, 2012). Ini menunjukkan keberkesanan latihan yang diterima oleh
seseorang perlu dinilai dan dikaji untuk melihat sejauh manakah kursus atau latihan
yang diikuti memberikan impak kepada diri pelatih dan organisasi itu sendiri. Lanjutan
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
57
daripada itu, Abd Ghani et al. (2015) telah menjalankan kajian berkaitan
pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), antara cabaran utama pelaksanaan PISH di USIM ialah untuk
memperkenalkan pakej pembelajaran yang sesuai dengan kehendak sasaran dan
dapat mengartikulasi antara niche USIM dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli
dan tempat kerja, komuniti, status sosio ekonomi dan aspek perkembangan dan
penggunaan teknologi. Bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian dan
pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh kolej komuniti, pihak kolej perlu
melihat pandangan dan persepsi peserta kursus PISH terhadap keberkesanan
perlaksanaan kursus dari aspek maklumat kursus, kaedah penyampaian,
kelengkapan peralatan dan faedah keseluruhan kursus (Mansor et al., 2015).
OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenalpasti tahap penerimaan peserta terhadap Kursus Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat (PISH).
b) Mengenalpasti perbezaan tahap penerimaan peserta berdasarkan
kawasan tempat tinggal.
METODOLOGI KAJIAN
4.1 Populasi, Lokasi dan Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan 717 sampel kajian yang mengikuti Kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat di tiga buah kolej komuniti di negeri Perak yang terpilih. Pemilihan
sampel kajian adalah dengan menggunakan persampelan rawak mudah iaitu
dengan melibatkan 270 orang sampel bagi 3 buah kolej komuniti di daerah Kuala
Kangsar
Jadual 1 : Taburan responden mengikut kolej komuniti
Kolej Komuniti Jumlah Responden
Chenderoh 229
Sungai Siput 21
Kuala Kangsar 20
Jumlah 270
Jadual di atas menunjukkan jumlah yang diambil daripada setiap kolej yang
melaksanakan kursus PISH. Namun jika dilihat jumlah sampelnya tidak seimbang
antara kolej komuniti. Ini adalah kerana terdapat kolej yang menumpukan kursus PISH
kepada pelajar tahfiz sahaja dan melibatkan peserta yang sama bagi kursus-kursus
PISH yang dianjurkan oleh kolej komuniti. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Komuniti
Negeri Perak. Pemilihan Kolej Komuniti Negeri Perak sebagai lokasi kajian adalah
kerana negeri Perak mencatatkan bilangan kolej komuniti yang paling banyak di
Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain iaitu terdapat 13 buah kolej
komuniti di seluruh negeri Perak. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih kolej
komuniti yang terdapat di daerah Kuala Kangsar iaitu Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej
Komuniti Sungai Siput dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar kerana daerah yang
mempunyai kolej komuniti terbanyak di negeri Perak. Maka, sepanjang kajian ini
dijalankan hanya tiga buah kolej komuniti sahaja yang terlibat bagi menilai
keberkesanan kursus Pendidikan Islam di kolej komuniti
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
58
4.2 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Ia dibentuk berpandukan
adaptasi daripada kajian-kajian lepas. Soalan-soalan dibentuk dan diubahsuai
berpandukan kajian oleh Romli et. al. (2015), Md Ali et al. (2009) dan Abdul Kadir &
Ismail (1997). Item-item tersebut menggunakan skala likert 5 mata iaitu 1 = sangat
tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang pasti 4 = setuju dan 5 = sangat setuju kerana
menurut McMillan & Schumacher (2006), pentaksiran, persepsi dan kepercayaan
adalah agak tepat dengan menggunakan skala Likert 5 mata dalam soal selidik.
Jadual 2: Bahagian dalam soal selidik
Bahagian Aspek yang diukur / Pembolehubah Sumber
A Demografi Diubahsuai mengikut keperluan kajian
B Tahap penerimaan peserta Diambil dan diubahsuai daripada kajian Romli
et. al (2015), Md Ali et. al (2009) dan Abdul
Kadir & Ismail (1997).
4.3 Prosedur Pengumpulan Data Kajian
Penyelidik menyediakan soalan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai dari
beberapa kajian lampau yang disesuaikan dengan teori dan objektif kajian ini.
Sebelum itu, item-item soalan ini telah ditunjukkan kepada penyelia dan selepas itu
disemak dan disahkan oleh penyelia dan pakar. Selepas itu, pengkaji memohon surat
kebenaran bertulis melalui bahagian Institut Pengajian Siswazah (IPS) di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui portal https://portal3.upsi.edu.my/ untuk
menjalankan penyelidikan di luar. Setelah mendapat kebenaran dari pengarah dan
penyelaras setiap kolej komuniti dan institusi yang terlibat dengan kajian, pengkaji
berjumpa penyelaras kursus yang terlibat untuk menetapkan tarikh untuk
mengedarkan soal selidik kepada peserta kursus. Penyelidik akan tunggu di tempat
kajian selama 20 minit hingga 30 minit untuk mendapatkan kembali soal selidik
berkenaan. Semua data yang dikutip oleh pengkaji akan dikumpulkan dan
dimasukkan ke dalam perisian SPSS Version 24 untuk dianalisis bersesuaian dengan
kerangka teori kajian dan kerangka konseptual kajian serta objektif kajian yang telah
ditetapkan dalam kajian ini.
4.4 Kajian Rintis, Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kajian rintis perlu dilakukan untuk mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-
item dari aspek kesahan, kesesuaian makna istilah dan pola ayat yang digunakan
dalam soal selidik. Kajian rintis juga dilakukan bagi meninjau atau mencari kekuatan
dan kelemahan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bagi menentukan
kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian. Kajian rintis ini melibatkan 30
peserta Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang telah menyertai kursus yang
dianjurkan di kolej komuniti. Seterusnya kesemua soal selidik yang dikutip telah
dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi
24. Skor pekali Cronbach Alpha yang hampir dengan satu adalah merujuk kepada
item-item dalam skala itu mengukur sesuatu perkara yang sama dan nilai ini
menunjukkan item-item tersebut mempunyai skor kebolehpercayaan yang tinggi.
Pada amalan kebanyakan pengkaji mencadangkan skor alfa yang melebihi 0.60
bagi menunjukkan aras minimum kebolehpercayaan (Konting, 2005). Walau
bagaimanapun, dengan menggugurkan aspek-aspek yang merendahkan pekali
dalam konstruk dan item, pengkaji boleh meningkatkan skor kebolehpercayaan
terhadap instrumen tersebut. Perkara ini juga disokong oleh Sekaran, U. (1992) yang
menyatakan bahawa, skor alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala
nilai alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Oleh itu, hasil daripada
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
59
kebolehpercayaan instrumen soal selidik dalam kajian ini ialah 0.912 berada pada
aras yang sangat tinggi.
Jadual 3 : Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan
Indikator Nilai Alfa Cronbach
Sangat Tinggi 0.90-1.00
Tinggi 0.70-0.89
Sederhana 0.30-0.69
Rendah 0.00-0.29
Sumber: Bryman & Cramer (1999)
DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
5.1 Tahap Penerimaan Peserta
Bahagian ini akan menjelaskan dapatan kajian yang dianalisis secara deskriptif
terhadap item-item dalam konstruk tahap penerimaan peserta terhadap kursus
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang merangkumi 10 item.
Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan jadual 5, jadual interpretasi data
(jadual 4) seperti berikut:
Jadual 4 : Jadual Interpretasi Data : Min Skala Likert Mengikut Empat Tahap
Nilai Min Interpretasi
1.01 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.00 – 5.00 Tinggi
Sumber: Nunally, J.C (1978) dalam Darusalam & Hussin (2018)
Taburan analisis deskriptif bagi tahap penerimaan peserta PISH dalam
kalangan responden ditunjukkan dalam jadual 5 di bawah. Sebanyak 10 item telah
dianalisis bagi memberikan gambaran tentang tahap skor min terhadap penerimaan
peserta kursus PISH. Secara keseluruhannya, tahap penerimaan peserta kursus
berada pada tahap tinggi (M=4.18, SP.=0.47). Analisis skor min secara terperinci bagi
10 item ini menunjukkan kesemua item berada di tahap tinggi. Sepuluh item yang
menunjukkan tahap penerimaan peserta kursus mencapai pada tahap yang tinggi
ialah saya sangat berpuashati dengan hasil pembelajaran (M=4.16, SP.=0.77), saya
berpendapat kursus PISH memberikan impak yang positif terhadap kehidupan saya
(M=4.09, SP.=0.74), saya akan mempraktikkan ilmu yang diperolehi daripada kursus ini
(M=4.14, SP.=0.68), saya akan berkongsi ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan
kepada orang ramai. (M=4.21, SP.=0.68), saya akan menyertai lagi kursus-kursus
(M=4.07, SP.=0.81), kursus ini dapat memenuhi tuntutan fardhu ain bagi setiap individu
muslim. (M=4.20, SP.=0.71), kursus ini dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi
setiap individu muslim. (M=4.22, SP.=0.69), kursus ini dapat meningkatkan motivasi
untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. (M=4.23, SP.=0.69), kursus ini
dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya (M=4.24, SP.=0.71), dan
kursus ini amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (M=4.27, SP.=0.72)
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
60
Jadual 5: Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus PISH
Kod
Item
Item
Kekerapan & Peratus (N=270)
Min SP Interpretasi
STS TS KP S SS
D1
Saya sangat berpuashati
dengan hasil embelajaran.
3
(1.1)
4
(1.5)
32
(11.9)
138
(51.1)
93
(34.4)
4.16 0.77 Tinggi
D2
Saya berpendapat kursus
PISH memberikan impak
yang positif terhadap
kehidupan saya.
1
(2.9)
5
(10.7)
41
(42.7)
145
(53.7)
78
(28.9)
4.09 0.74 Tinggi
D3
Saya akan mempraktikkan
ilmu yang diperolehi
daripada kursus ini.
0
(0.0)
4
(1.5)
35
(7.1)
149
(55.2)
82
(30.4)
4.14 0.68 Tinggi
D4
Saya akan berkongsi ilmu
yang diperolehi untuk
dimanfaatkan kepada
orang ramai.
0
(0.0)
1
(0.4)
36
(13.3)
137
(50.7)
96
(35.6)
4.21 0.68 Tinggi
D5
Saya akan menyertai lagi
kursus-kursus PISH pada
masa akan datang.
2
(0.7)
3
(1.1)
59
(21.9)
117
(43.3)
89
(33.0)
4.07 0.81 Tinggi
D6
Kursus ini dapat memenuhi
tuntutan fardhu ain bagi
setiap individu muslim.
1
(0.4)
3
(1.1)
31
(11.5)
141
(52.2)
94
(34.8)
4.20 0.71 Tinggi
D7
Kursus ini dapat memenuhi
tuntutan fardhu kifayah
bagi setiap individu muslim.
1
(0.4)
0
(0.0)
35
(13.0)
136
(50.4)
98
(36.3)
4.22 0.69 Tinggi
D8
Kursus ini dapat
meningkatkan motivasi
untuk berjaya dalam
kehidupan di dunia dan
akhirat.
0
(0.0)
3
(1.1)
32
(11.9)
134
(49.6)
101
(37.4)
4.23 0.69 Tinggi
D9
Kursus ini dapat
meningkatkan
pengetahuan dan
kemahiran saya.
1
(0.4)
3
(1.1)
28
(10.4)
136
(50.4)
102
(37.8)
4.24 0.71 Tinggi
D10
Kursus ini amat sesuai untuk
pelbagai lapisan
masyarakat.
0
(0.0)
5
(1.9)
28
(10.4)
125
(46.3)
112
(41.5)
4.27 0.72 Tinggi
Keseluruhan 4.18 0.48 Tinggi
Jadual 5 di atas menunjukkan dapatan bagi tahap penerimaan peserta kursus
PISH. Nilai min keseluruhan berada pada tahap yang tinggi iaitu (M=4.18, SP.=0.48).
Secara keseluruhannya, semua item berada pada tahap yang tinggi terutamanya
item D10 “Kursus ini amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat” (M=4.27,
SP.=0.72).
5.2 Analisis Perbezaan
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penerimaan peserta
berdasarkan kawasan tempat tinggal.
Jadual 6 : Analisis Perbezaan Penerimaan Peserta Berdasarkan Tempat Tinggal
Tempat Tinggal Min Sisihan Piawai
Penerimaan Peserta
Bandar (159 orang) 4.14 0.46
Luar Bandar (111 org) 4.24 0.49
Seterusnya, analisis Ujian-T Sampel Bebas telah digunakan bagi mengenal
pasti perbezaan tahap penerimaan peserta berdasarkan kawasan tempat tinggal
dalam mengikuti program latihan kursus PISH. Dapatan kajian dalam Jadual 6 di atas
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
61
menunjukkan min penerimaan peserta bagi luar bandar (M=4.24, SP.=0.49) adalah
lebih tinggi berbanding min penerimaan peserta bagi bandar (M=4.14, SP.=0.46).
Jadual 7 : Analisis Perbezaan Penerimaan Peserta Berdasarkan Tempat Tinggal
Penerimaan
Peserta
Levene’s Test for Equality of
Variances
T-Test for Equality of Means
Sig. T df Sig. (2-tailed)
Equal variances assumed 0.30 - 1.82 268 0.072
Equal variances not assumed - 1.799 22 0.072
Berdasarkan Levene’s Test for Equality of Variances dalam Jadual 7 di atas,
nilai p>0.05 maka varians bagi kedua-dua tempat tinggal adalah sama bagi
penerimaan peserta. Justeru itu, nilai p bagi ujian ini adalah lebih besar daripada 0.05
maka Ho2 gagal ditolak. Oleh hal yang demikian, dapat dibuat kesimpulan bahawa,
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penerimaan peserta
berdasarkan kawasan tempat tinggal dalam mengikuti program latihan kursus PISH
t(268)=-1.82, p>0.05, ᶯ2=0.01. Selain itu, sebanyak 1.22% daripada varians dalam
penerimaan peserta dapat dijelaskan oleh kategori tempat tinggal yang telah
digunakan
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bagi Tahap Penerimaan Peserta
Dapatan kajian terhadap penerimaan peserta terhadap kursus Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat menunjukkan bahawa peserta berpuas hati dengan hasil
pembelajaran yang diperolehi disamping kursus ini dapat memberikan impak yang
positif, dan mereka mampu mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan akan berkongsi
ilmu tersebut kepada orang lain. Di samping itu kursus PISH dapat memenuhi tuntutan
fardhu ain dan kifayah serta meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
motivasi kepada peserta. Hal ini dibuktikan melalui dapatan kajian bagi setiap
konstruk memperolehi skor min yang tinggi bagi setiap item dalam konstruk tahap
penerimaan peserta. Dapatan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh
Romli et al. (2015) mengenai penerimaan peserta tahfiz terhadap kursus PISH juga
menunjukkan skor min yang tinggi dalam kajian tersebut. Ini bermakna kursus PISH
yang dijalankan di kolej komuniti memberikan impak yang positif kepada peserta
yang menyertai kursus tersebut. Begitu juga kajian oleh Malayandy & Damanhuri
(2015) dan Md Ali et al. (2009) menunjukkan bahawa, kesemua peserta bersetuju
bahawa latihan yang diikuti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
motivasi serta memberikan impak yang positif kepada diri peserta. Namun terdapat
responden yang menyatakan pandangan tidak bersetuju untuk menghadiri kursus
PISH pada masa akan datang dan tidak berpuashati dengan hasil pembelajaran dan
impak yang diperolehi daripada kursus ini. Walaupun jumlahnya sekitar satu hingga
lima orang responden, ianya perlu diberikan perhatian agar kesemua peserta
memperolehi manfaat dan berminat untuk menyertai kursus pada masa akan
datang. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian oleh Ismail et al. (2018) yang
menunjukkan tahap keberkesanan dari sudut penerimaan peserta terhadap
pembelajaran dan kefahaman adalah pada tahap yang sederhana. Oleh hal yang
demikian, beberapa cadangan penambahbaikan perlu dikemukakan kepada
penyedia kursus PISH di kolej komuniti
5.4 Perbezaan Tahap Penerimaan Peserta
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan penerimaan peserta berdasarkan tempat tinggal sama ada tinggal di
bandar atau luar bandar. Penerimaan peserta daripada bandar dan luar bandar
adalah sama walaupun suasana kehidupan berbeza. Dapatan ini disokong
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
62
berdasarkan kajian oleh Romli et al. (2015) juga mendapati tidak terdapat perbezaan
antara minat pelajar tahfiz berdasarkan tempat tinggal.
IMPLIKASI DAN KESIMPULAN
Implikasi terhadap penerimaan peserta terhadap kursus PISH menunjukkan
pelaksanaan kursus PISH perlu kepada beberapa penambahbaikan dan perubahan
perlu dilaksanakan agar peserta memperolehi impak yang maksima dan mampu
menggunakan ilmu yang diperolehi dan dapat dimanfaatkan kepada orang ramai.
Selain itu, bahagian penerimaan ini juga memberikan implikasi kepada peningkatan
ilmu, kemahiran, motivasi dan memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah dan
ianya sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Kajian ini secara umumnya dapat
berperanan memberikan sumbangan kepada pihak yang terlibat dalm pelaksanaan
kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dengan menekankan aspek amalan
pengajaran pensyarah. Berdasarkan maklumat dan data yang lengkap pihak yang
terlibat dengan kursus PISH ini dapat mengatur langkah dan strategi dalam
mempertingkatkan mutu dan kualiti kursus PISH. Kekurangan dan kelemahan yang
telah dikenalpasti perlu diatasi dan ditambahbaik dengan kadar yang segera dan
kebaikan yang ada dalam pelaksanaan ini perlu dikekalkan dan dimurnikan
Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan tahap penerimaan peserta
pada tahap yang amat baik. Mereka berpuas hati daripada hasil pembelajaran
daripada kursus ini dan ianya amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Selain itu
mereka juga bersetuju kursus PISH memberikan impak yang positif, memenuhi
tuntutan fardhu ain, fardhu kifayah serta mampu meningkatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan motivasi kepada peserta. Selain itu, mereka juga menyatakan hasrat
untuk menyertai lagi kursus-kursus pada masa akan datang. Namun terdapat
sebahagian kecil peserta yang memberikan respons tidak pasti dan tidak akan hadir
pada kursus yang akan datang. Hal ini perlu diambil serius oleh penganjur untuk
memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penganjuran kursus-kursus PISH. Bagi
dapatan kajian terhadap perbezaan menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan penerimaan peserta berdasarkan tempat tinggal sama
ada tinggal di bandar atau luar bandar. Penerimaan peserta daripada bandar dan
luar bandar adalah sama walaupun suasana kehidupan mereka berbeza. Dengan
ini, dapat disimpulkan bahawa perbezaan tempat tinggal bukanlah kayu pengukur
untuk menentukan keberkesanan kursus PISH dari sudut penerimaan peserta.
RUJUKAN
Abd Ghani, Z., Noor Azizi Ismail N. A., & Mohd Yusoff, A. (2015, September 14).
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Univerisiti Sains Islam Malaysia: Cabaran
Dan Hala Tuju [Kertas Pembentangan]. Dalam Mohamad, I., Mohd. Esin, M. Z.,
Md. Ramli M. H., Roslan E., Mohd. Nawawi, S. A., Mohammad, M. T., Abu Bakar,
F. N., Samsudin, I. S., & Zahare N. I (Editor). PISH 2015: Prosiding Seminar
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional, Universiti Sains Islam
Malaysia, Nilai. Anjuran Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015 Kementerian
Pendidikan Tinggi. ISBN 9789670763057
Abdul Kadir, A. L., & Ismail, M. (1997). Hubungan Keberkesanan Latihan Dengan
Prestasi Kerja. Pertanika J. Soc Sci & Hmn. Vol 5 No 2 1997 p 74 - 82
Abd Rahman, H., & Omar, R. (2009). Persepsi Staf Sokongan Pentadbiran dan Teknikal
Terhadap Program Latihan di UTM. Universiti Teknologi Malaysia.
Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63
63
Ahmad, A., & Zahari, N. (2012). Kajian Keberkesanan Program Pembangunan dan
Penilaian bagi Pegawai Perkhidmatan Tadbiran dan Diplomatik Gred M41.
Jurnal Pengurusan Awam 2012
Bryman, A. & Cramer, D. (1999). Quantitative data analysis with SPSS release 8 for
Windows: A guide for social. London: Routledge.
Darusalam, G., & Hussin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan.
Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Haji Don, A. G., Tamuri, A. H., Hussin, S., & Che Noh, M. A. (2015). Penilaian
Keberkesanan Kursus Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam Institut
Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2015.
Universiti Malaya.
Ilias, M. F., Rashed, Z. N., Mat Razali, A. S., & Muhammad Syakir Sulaiman, M. S. (2017,
Februari 2). Pemerkasaan Latihan Keguruan Ke Arah Pembudayaan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sepanjang Hayat [Kertas
Pembentangan]. Dalam PISH 2017: Prosiding Seminar Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat 2017, Hotel Bangi-Putrajaya (ms 38-44). Anjuran Kumpulan
Penyelidik Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (2017-2025) USIM.
ISBN: 978-967-5852-37-4.
Ismail, F., Izzaty, F., Kadir, A. A., Jaes, L., & Ani, F. (2018). Keberkesanan Seminar
Pengukuhan Integriti. Human Sustainability Procedia. Diambil daripada
https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1189
Ismail, Y. (1991). Mengurus Secara Islam. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Maklumat Kursus dan Pengajian. Retrieved
March 8, 2017, from
http://www.jpkk.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&i
d=183
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017). Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat 2017-2025. Edisi 2017.
Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Malayandy, T., & Damanhuri, S. N. H. (2015). Kajian Terhadap Kepuasan Peserta Kursus
Pendek Kluster Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Lahad Datu. Jurnal
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
Md Ali, A., Omar, R., Mohamad Zip, N. E., Ismail, N. S, & Zulkifli, T. (2009). Keberkesanan
Latihan Kakitangan Kumpulan Sokongan Di Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Manusia di
Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai Johor, pp. 57-82.
Mansor, N. A., Mohd Najib, N. I. S., & Jumaat Z. (2015). Keberkesanan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti Ledang. Jurnal Pendidikan
Sepanjang Hayat. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
Mohd Nawi, M. Z., Omar, M. R., & Mohd Nor, M. A. (2021). Sistem Pendidikan Tahfiz Di
Malaysia, Pilihan Ibu Bapa Dan Warisan Pendidikan Islam Andalus: Satu
Sorotan. Asian People Journal (APJ), 4(1), 132-147. DOI:
https://doi.org/10.37231/apj.2021.4.1.241
McMillan JH., & Schumacher S. (2006). Research in Education. Pearson Education,
Boston.
Nunnally, J. C. (1978). Psychometric theory. New York: McGraw Hill Company
Romli, S., Shaarani, Z. A., Othman, A., Othman, M. K. (2015). Hubungan Pengajaran
Pensyarah dan Minat Pelajar Tahfiz dengan Program Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Sepanjang Hayat.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.

More Related Content

What's hot

Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamWina Ariyani
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 
Rekonstruksi Pendidikan
Rekonstruksi PendidikanRekonstruksi Pendidikan
Rekonstruksi Pendidikanguest3d6e39
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanFaz Azlan
 
MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...
MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...
MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...SubmissionResearchpa
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
paradigma baru pendidikan islam
 paradigma baru pendidikan islam  paradigma baru pendidikan islam
paradigma baru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
In house training_tugas_administrasi_dan
In house training_tugas_administrasi_danIn house training_tugas_administrasi_dan
In house training_tugas_administrasi_danAan Cahyanto
 

What's hot (19)

Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
 
Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islam
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
Dewinta etika pdf
Dewinta etika pdfDewinta etika pdf
Dewinta etika pdf
 
Rekonstruksi Pendidikan
Rekonstruksi PendidikanRekonstruksi Pendidikan
Rekonstruksi Pendidikan
 
Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulan
 
MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...
MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...
MANAJEMEN LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROGRAM TAHFIẒ AL-QURAN DI MA’HAD UM...
 
Paparan visi
Paparan visiPaparan visi
Paparan visi
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Tugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei IlmiahTugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei Ilmiah
 
paradigma baru pendidikan islam
 paradigma baru pendidikan islam  paradigma baru pendidikan islam
paradigma baru pendidikan islam
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islam
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
In house training_tugas_administrasi_dan
In house training_tugas_administrasi_danIn house training_tugas_administrasi_dan
In house training_tugas_administrasi_dan
 

Similar to Penerimaan PISH

Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesiaArah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesiaLSP3I
 
INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...
INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...
INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...SubmissionResearchpa
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...MuhammadZulaziziMohd
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiyatt87
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikLilis Holisah
 
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuanSyaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuanSyaifi Al-Mahfudzi
 
Panduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa Merdeka
Panduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa MerdekaPanduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa Merdeka
Panduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa MerdekaRendra S. Aji ST. MT. CAPM®
 
Pob pertukaran-mahasiswa-merdeka
Pob pertukaran-mahasiswa-merdekaPob pertukaran-mahasiswa-merdeka
Pob pertukaran-mahasiswa-merdekaIrawan Setyabudi
 
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Nurul Azzahra
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikanMar Tunis
 
Buku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdf
Buku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdfBuku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdf
Buku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdffransmitter
 
Pendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak JauhPendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak JauhSiti Hardiyanti
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014
Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014
Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014Guss No
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Ismail Abdul Wahid
 

Similar to Penerimaan PISH (20)

Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesiaArah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
 
INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...
INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...
INTEGRASI KURIKULUM INTERNASIONAL, NASIONAL DAN MADRASAH UNTUK MENINGKATKAN K...
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
 
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuanSyaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
Syaifi ab. pendidikan kejuruan mengantarkan pada masyarakat berbasis pengetahuan
 
Panduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa Merdeka
Panduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa MerdekaPanduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa Merdeka
Panduan Operasional Baku (POB) Pertukaran Mahasiswa Merdeka
 
Pob pertukaran-mahasiswa-merdeka
Pob pertukaran-mahasiswa-merdekaPob pertukaran-mahasiswa-merdeka
Pob pertukaran-mahasiswa-merdeka
 
Pelaksanaan program pendidikan_sepanjang_hayat
Pelaksanaan program pendidikan_sepanjang_hayatPelaksanaan program pendidikan_sepanjang_hayat
Pelaksanaan program pendidikan_sepanjang_hayat
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
 
Telaah kurikulum
Telaah kurikulumTelaah kurikulum
Telaah kurikulum
 
Buku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdf
Buku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdfBuku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdf
Buku-Pendidikan_Tinggi-KKE_FINAL.pdf
 
Pendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak JauhPendidikan dan Belajar Jarak Jauh
Pendidikan dan Belajar Jarak Jauh
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014
Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014
Lampiran I Permendikbud No 58 Tahun 2014
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
 

More from MuhammadZulaziziMohd

Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...MuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...MuhammadZulaziziMohd
 
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “... السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...MuhammadZulaziziMohd
 
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfFalsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfMuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfTahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfMuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesAs-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesMuhammadZulaziziMohd
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...MuhammadZulaziziMohd
 
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...MuhammadZulaziziMohd
 
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...MuhammadZulaziziMohd
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...MuhammadZulaziziMohd
 
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...MuhammadZulaziziMohd
 
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ... Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...MuhammadZulaziziMohd
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...MuhammadZulaziziMohd
 

More from MuhammadZulaziziMohd (17)

Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
 
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...Pelaksanaan       Kursus       Latihan       Program       Pendidikan  Islam ...
Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam ...
 
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “... السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
 
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfFalsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
 
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfTahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
 
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesAs-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
 
Pemikiran dibina hati terbina
Pemikiran dibina hati terbinaPemikiran dibina hati terbina
Pemikiran dibina hati terbina
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
 
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
 
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
 
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ... Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 

Recently uploaded

HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 

Recently uploaded (20)

HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 

Penerimaan PISH

  • 1. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 54 TAHAP PENERIMAAN PESERTA TERHADAP KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) The Level of Participation Acceptance of Lifelong Islamic Education Courses Mohd Rashidi Omar1, Azmil Hashim2, Muhammad Zulazizi Mohd Nawi3 Submited: 10-Nov-2020 Accepted: 05-Jun-2021 Revised: 25-Jun-2021 Published: 28-Jun-2021 1Kolej Komuniti Chenderoh, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. 2 Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia. 3School of Hospitality, Education and Business Studies (SHB), Management and Science University (MSU), 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia *Corresponding author’s email: zulazizi0902@gmail.com Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penerimaan peserta terhadap program latihan kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di kolej komuniti. Kajian yang melibatkan 270 orang sampel ini terdiri daripada peserta yang mempunyai latar belakang pendidikan agama, kemahiran dan teknikal serta orang awam. Data kuantitatif yang menggunakan instrumen borang kaji selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min, interpretasi dan sisihan piawai manakala analisis inferensi menggunakan Ujian-T Sampel Bebas. Hasil kajian terhadap penerimaan peserta berada pada tahap tinggi iaitu (M=4.18, SP.=0.48). Analisis inferensi mendapati tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan kawasan tempat tinggal. Intihannya, pelaksanaan program bagi kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di kolej komuniti telah berjaya memberi impak yang positif dan cemerlang. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa, pelaksanaan kursus PISH perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa terutamanya aspek yang meliputi kualiti, kurikulum, pengurusan, pengendalian program, fasiliti, mobiliti pelajar dan tenaga pengajar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penyelaras program kursus PISH agar kualiti pengajaran dan pembelajaran PISH boleh ditingkatkan lagi secara lebih berkesan. Kata kunci: Tahap Penerimaan Peserta, Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH), Kolej Komuniti Abstract This study aims to examine the level of participants' acceptance of the Lifelong Islamic Education (PISH) course training program at community colleges. The study involving 270 samples consisted of participants with a background in religious education, skills, and technical as well as the general public. Quantitative data using survey form instruments were analyzed descriptively using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 24 to obtain frequencies, percentages, means, interpretations, and standard deviation while inferential analysis using Independent Sample T-Test. The results of the study on the acceptance of participants are at a high level that is (M=4.18, SP.=0.48). The inferential analysis found no significant differences based on the residential area. In essence, the implementation of the program for Lifelong Islamic Education courses in
  • 2. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 55 community colleges has succeeded in giving a positive and excellent impact. The implications of this study show that the implementation of PISH courses needs to be improved from time to time, especially aspects that include quality, curriculum, management, program management, facilities, student mobility, and teaching staff. It is hoped that the findings of this study can be used as a guide to the coordinator of the PISH course program so that the quality of teaching and learning PISH can be further improved more effectively. Keywords: Participant Acceptance Level, Lifelong Islamic Education Course (PISH), Community College PENGENALAN Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui tempoh masa yang amat panjang sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu hingga kini. Dari abad ke-15 hingga abad ke-17 pembelajaran pendidikan Islam dilaksanakan di masjid, surau, rumah tuan guru dan istana. Sekitar abad ke-19 pembelajaran pendidikan Islam telah berubah kepada sistem pondok dan madrasah (Mohd Nawi et al., 2021). Pada penghujung abad ke- 19 sehingga kini sistem pembelajaran pendidikan Islam berkembang kepada sistem sekolah yang lebih moden. Sebagai sebuah negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, kerajaan telah menyediakan akses kepada pendidikan Islam secara meluas sama ada melalui institusi seperti tahfiz dan pondok, Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. Selain itu masyarakat juga berpeluang mendalami ilmu agama melalui di masjid, surau dan media (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017) Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan dan kelemahan yang perlu kepada penambahbaikan dan pemantapan dalam bidang pendidikan Islam agar tidak dipinggirkan dalam kepesatan arus teknologi Revolusi Industri 4.0. Pendidikan Islam berperanan penting sebagai tunjang kepada pemupukan nilai kemanusiaan yang semakin tipis dalam kehidupan seharian. Menyedari hakikat ini, pada awal tahun 2013 kerajaan telah merencanakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) sebagai satu landasan ke arah peningkatan kerjaya, pengukuhan ilmu dan pemupukan nilai kepada umat Islam. Pada Disember 2013, PISH telah dicadangkan sebagai dasar negara oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu. Umum mengetahui bahawa, pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah sebahagian daripada Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menjadi satu daya usaha bagi memberi pendekatan latihan, kemahiran dan pengajian agama ke arah pembentukan sesebuah masyarakat yang berpengetahuan, beramal, bertakwa dan memiliki nilai insani agar menggapai kebahagiaan dalam kehidupan ukhrawi dan duniawi (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017). Dari sudut epistemologi Islam, Pendidikan Sepanjang Hayat merupakan satu dasar untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardhu ain mahupun ilmu fardhu kifayah. Hakikatnya, proses penggalian ilmu pengetahuan dan kemahiran itu tiada sempadan dan batasannya kerana ilmu Allah SWT itu amatlah luas (Ilias et al., 2017). Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat 21 kluster kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di kolej komuniti iaitu akuakultur, bahasa, bangunan, elektrik dan elektronik, grafik dan multimedia, hospitaliti dan pelancongan, jahitan dan pakaian, kecantikan dan dandanan, kenderaan dan automotif, kerohanian dan keagamaan, kesenian dan kebudayaan, komputer dan teknologi maklumat, kraftangan dan hiasan dalaman, pembangunan diri dan motivasi, perniagaan dan keusahawanan, program industri, sains dan matematik, sains kesihatan, seni kreatif, teknologi agro dan teknologi hijau (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017). Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, enrolmen Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menunjukkan peningkatan
  • 3. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 56 trend. Sambutan terhadap PSH amat menggalakkan melebihi 10 peratus daripada sasaran kadar pertumbuhan tahunan. Taburan pelajar PSH pada tahun 2013 kolej komuniti merekodkan bilangan pelajar paling tinggi. Dalam tempoh 2002 hingga 2013, kolej komuniti telah merekodkan penyertaan 1.3 juta pelajar-pelajar PSH daripada 1800 orang pada 2002 kepada 277080 orang pada tahun 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Jika ditelusuri secara lebih mendalam, matlamat utama Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ialah seperti berikut: a) Memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. b) Memberikan ilmu kemahiran berbentuk modular atau customized programmes mengikut permintaan dan kesesuaian. c) Memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat. Konsep PISH merangkumi pendidikan duniawi dan ukhrawi. Tiga kategori PISH yang dilaksanakan di kolej komuniti ialah: Pendidikan ukhrawi iaitu Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat. a) Pendidikan duniawi iaitu memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad dan institusi agama Islam yang lain. b) Kombinasi pendidikan keduniaan dan akhirat yang dilaksanakan atas permintaan institusi, agensi dan komuniti setempat. (Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, 2017) PENYATAAN MASALAH Antara masalah yang sering dihadapi di dalam program latihan ialah pelatih-pelatih yang telah mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu hasil daripada latihan yang diikuti tidak dapat menggunakannya apabila mereka pulang daripada menjalani latihan kursus (Abdul Rahman & Omar, 2009). Menurut Haji Don et al. (2015), faktor latihan yang diterima merupakan antara perkara penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pekerjaan. Latihan yang sistematik dan berterusan akan meningkatkan kecekapan, keberkesanan tugas dan peluang menambah ekonomi dalam kehidupan seharian. Beliau juga menjelaskan bahawa, peranan pelajaran dan latihan di Malaysia ialah untuk melahirkan individu berpengetahuan, terlatih dan mahir untuk memenuhi keperluan tenaga manusia dan keperluan sosial yang semakin bertambah. Selain itu, pada masa ini juga Ismail (1991) menyatakan bahawa, latihan dalam pembangunan Islam adalah bertujuan untuk membangunkan kesempurnaan pekerja Muslim ke arah mencapai al-falah (kejayaan). Ini membuktikan bahawa, latihan ataupun kursus yang dilaksanakan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran serta berkualiti. Sebahagian besar organisasi telah memperuntukkan modal, sumber dan masa yang banyak untuk melaksanakan sesuatu program latihan. Oleh kerana, perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menyediakan latihan, pegawai dan organisasi yang terlibat mestilah memastikan keberkesanan program latihan yang dilaksanakan agar mampu memberi manfaat kepada pelatih dan juga organisasi (Ahmad & Zahari, 2012). Ini menunjukkan keberkesanan latihan yang diterima oleh seseorang perlu dinilai dan dikaji untuk melihat sejauh manakah kursus atau latihan yang diikuti memberikan impak kepada diri pelatih dan organisasi itu sendiri. Lanjutan
  • 4. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 57 daripada itu, Abd Ghani et al. (2015) telah menjalankan kajian berkaitan pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), antara cabaran utama pelaksanaan PISH di USIM ialah untuk memperkenalkan pakej pembelajaran yang sesuai dengan kehendak sasaran dan dapat mengartikulasi antara niche USIM dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dan tempat kerja, komuniti, status sosio ekonomi dan aspek perkembangan dan penggunaan teknologi. Bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian dan pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh kolej komuniti, pihak kolej perlu melihat pandangan dan persepsi peserta kursus PISH terhadap keberkesanan perlaksanaan kursus dari aspek maklumat kursus, kaedah penyampaian, kelengkapan peralatan dan faedah keseluruhan kursus (Mansor et al., 2015). OBJEKTIF KAJIAN a) Mengenalpasti tahap penerimaan peserta terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). b) Mengenalpasti perbezaan tahap penerimaan peserta berdasarkan kawasan tempat tinggal. METODOLOGI KAJIAN 4.1 Populasi, Lokasi dan Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 717 sampel kajian yang mengikuti Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di tiga buah kolej komuniti di negeri Perak yang terpilih. Pemilihan sampel kajian adalah dengan menggunakan persampelan rawak mudah iaitu dengan melibatkan 270 orang sampel bagi 3 buah kolej komuniti di daerah Kuala Kangsar Jadual 1 : Taburan responden mengikut kolej komuniti Kolej Komuniti Jumlah Responden Chenderoh 229 Sungai Siput 21 Kuala Kangsar 20 Jumlah 270 Jadual di atas menunjukkan jumlah yang diambil daripada setiap kolej yang melaksanakan kursus PISH. Namun jika dilihat jumlah sampelnya tidak seimbang antara kolej komuniti. Ini adalah kerana terdapat kolej yang menumpukan kursus PISH kepada pelajar tahfiz sahaja dan melibatkan peserta yang sama bagi kursus-kursus PISH yang dianjurkan oleh kolej komuniti. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Negeri Perak. Pemilihan Kolej Komuniti Negeri Perak sebagai lokasi kajian adalah kerana negeri Perak mencatatkan bilangan kolej komuniti yang paling banyak di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain iaitu terdapat 13 buah kolej komuniti di seluruh negeri Perak. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih kolej komuniti yang terdapat di daerah Kuala Kangsar iaitu Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Sungai Siput dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar kerana daerah yang mempunyai kolej komuniti terbanyak di negeri Perak. Maka, sepanjang kajian ini dijalankan hanya tiga buah kolej komuniti sahaja yang terlibat bagi menilai keberkesanan kursus Pendidikan Islam di kolej komuniti
  • 5. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 58 4.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Ia dibentuk berpandukan adaptasi daripada kajian-kajian lepas. Soalan-soalan dibentuk dan diubahsuai berpandukan kajian oleh Romli et. al. (2015), Md Ali et al. (2009) dan Abdul Kadir & Ismail (1997). Item-item tersebut menggunakan skala likert 5 mata iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang pasti 4 = setuju dan 5 = sangat setuju kerana menurut McMillan & Schumacher (2006), pentaksiran, persepsi dan kepercayaan adalah agak tepat dengan menggunakan skala Likert 5 mata dalam soal selidik. Jadual 2: Bahagian dalam soal selidik Bahagian Aspek yang diukur / Pembolehubah Sumber A Demografi Diubahsuai mengikut keperluan kajian B Tahap penerimaan peserta Diambil dan diubahsuai daripada kajian Romli et. al (2015), Md Ali et. al (2009) dan Abdul Kadir & Ismail (1997). 4.3 Prosedur Pengumpulan Data Kajian Penyelidik menyediakan soalan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai dari beberapa kajian lampau yang disesuaikan dengan teori dan objektif kajian ini. Sebelum itu, item-item soalan ini telah ditunjukkan kepada penyelia dan selepas itu disemak dan disahkan oleh penyelia dan pakar. Selepas itu, pengkaji memohon surat kebenaran bertulis melalui bahagian Institut Pengajian Siswazah (IPS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui portal https://portal3.upsi.edu.my/ untuk menjalankan penyelidikan di luar. Setelah mendapat kebenaran dari pengarah dan penyelaras setiap kolej komuniti dan institusi yang terlibat dengan kajian, pengkaji berjumpa penyelaras kursus yang terlibat untuk menetapkan tarikh untuk mengedarkan soal selidik kepada peserta kursus. Penyelidik akan tunggu di tempat kajian selama 20 minit hingga 30 minit untuk mendapatkan kembali soal selidik berkenaan. Semua data yang dikutip oleh pengkaji akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam perisian SPSS Version 24 untuk dianalisis bersesuaian dengan kerangka teori kajian dan kerangka konseptual kajian serta objektif kajian yang telah ditetapkan dalam kajian ini. 4.4 Kajian Rintis, Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian rintis perlu dilakukan untuk mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item- item dari aspek kesahan, kesesuaian makna istilah dan pola ayat yang digunakan dalam soal selidik. Kajian rintis juga dilakukan bagi meninjau atau mencari kekuatan dan kelemahan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bagi menentukan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian. Kajian rintis ini melibatkan 30 peserta Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang telah menyertai kursus yang dianjurkan di kolej komuniti. Seterusnya kesemua soal selidik yang dikutip telah dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24. Skor pekali Cronbach Alpha yang hampir dengan satu adalah merujuk kepada item-item dalam skala itu mengukur sesuatu perkara yang sama dan nilai ini menunjukkan item-item tersebut mempunyai skor kebolehpercayaan yang tinggi. Pada amalan kebanyakan pengkaji mencadangkan skor alfa yang melebihi 0.60 bagi menunjukkan aras minimum kebolehpercayaan (Konting, 2005). Walau bagaimanapun, dengan menggugurkan aspek-aspek yang merendahkan pekali dalam konstruk dan item, pengkaji boleh meningkatkan skor kebolehpercayaan terhadap instrumen tersebut. Perkara ini juga disokong oleh Sekaran, U. (1992) yang menyatakan bahawa, skor alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Oleh itu, hasil daripada
  • 6. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 59 kebolehpercayaan instrumen soal selidik dalam kajian ini ialah 0.912 berada pada aras yang sangat tinggi. Jadual 3 : Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Indikator Nilai Alfa Cronbach Sangat Tinggi 0.90-1.00 Tinggi 0.70-0.89 Sederhana 0.30-0.69 Rendah 0.00-0.29 Sumber: Bryman & Cramer (1999) DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN 5.1 Tahap Penerimaan Peserta Bahagian ini akan menjelaskan dapatan kajian yang dianalisis secara deskriptif terhadap item-item dalam konstruk tahap penerimaan peserta terhadap kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang merangkumi 10 item. Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan jadual 5, jadual interpretasi data (jadual 4) seperti berikut: Jadual 4 : Jadual Interpretasi Data : Min Skala Likert Mengikut Empat Tahap Nilai Min Interpretasi 1.01 – 2.00 Rendah 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi 4.00 – 5.00 Tinggi Sumber: Nunally, J.C (1978) dalam Darusalam & Hussin (2018) Taburan analisis deskriptif bagi tahap penerimaan peserta PISH dalam kalangan responden ditunjukkan dalam jadual 5 di bawah. Sebanyak 10 item telah dianalisis bagi memberikan gambaran tentang tahap skor min terhadap penerimaan peserta kursus PISH. Secara keseluruhannya, tahap penerimaan peserta kursus berada pada tahap tinggi (M=4.18, SP.=0.47). Analisis skor min secara terperinci bagi 10 item ini menunjukkan kesemua item berada di tahap tinggi. Sepuluh item yang menunjukkan tahap penerimaan peserta kursus mencapai pada tahap yang tinggi ialah saya sangat berpuashati dengan hasil pembelajaran (M=4.16, SP.=0.77), saya berpendapat kursus PISH memberikan impak yang positif terhadap kehidupan saya (M=4.09, SP.=0.74), saya akan mempraktikkan ilmu yang diperolehi daripada kursus ini (M=4.14, SP.=0.68), saya akan berkongsi ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan kepada orang ramai. (M=4.21, SP.=0.68), saya akan menyertai lagi kursus-kursus (M=4.07, SP.=0.81), kursus ini dapat memenuhi tuntutan fardhu ain bagi setiap individu muslim. (M=4.20, SP.=0.71), kursus ini dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi setiap individu muslim. (M=4.22, SP.=0.69), kursus ini dapat meningkatkan motivasi untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. (M=4.23, SP.=0.69), kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya (M=4.24, SP.=0.71), dan kursus ini amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (M=4.27, SP.=0.72)
  • 7. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 60 Jadual 5: Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus PISH Kod Item Item Kekerapan & Peratus (N=270) Min SP Interpretasi STS TS KP S SS D1 Saya sangat berpuashati dengan hasil embelajaran. 3 (1.1) 4 (1.5) 32 (11.9) 138 (51.1) 93 (34.4) 4.16 0.77 Tinggi D2 Saya berpendapat kursus PISH memberikan impak yang positif terhadap kehidupan saya. 1 (2.9) 5 (10.7) 41 (42.7) 145 (53.7) 78 (28.9) 4.09 0.74 Tinggi D3 Saya akan mempraktikkan ilmu yang diperolehi daripada kursus ini. 0 (0.0) 4 (1.5) 35 (7.1) 149 (55.2) 82 (30.4) 4.14 0.68 Tinggi D4 Saya akan berkongsi ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan kepada orang ramai. 0 (0.0) 1 (0.4) 36 (13.3) 137 (50.7) 96 (35.6) 4.21 0.68 Tinggi D5 Saya akan menyertai lagi kursus-kursus PISH pada masa akan datang. 2 (0.7) 3 (1.1) 59 (21.9) 117 (43.3) 89 (33.0) 4.07 0.81 Tinggi D6 Kursus ini dapat memenuhi tuntutan fardhu ain bagi setiap individu muslim. 1 (0.4) 3 (1.1) 31 (11.5) 141 (52.2) 94 (34.8) 4.20 0.71 Tinggi D7 Kursus ini dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi setiap individu muslim. 1 (0.4) 0 (0.0) 35 (13.0) 136 (50.4) 98 (36.3) 4.22 0.69 Tinggi D8 Kursus ini dapat meningkatkan motivasi untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 0 (0.0) 3 (1.1) 32 (11.9) 134 (49.6) 101 (37.4) 4.23 0.69 Tinggi D9 Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya. 1 (0.4) 3 (1.1) 28 (10.4) 136 (50.4) 102 (37.8) 4.24 0.71 Tinggi D10 Kursus ini amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. 0 (0.0) 5 (1.9) 28 (10.4) 125 (46.3) 112 (41.5) 4.27 0.72 Tinggi Keseluruhan 4.18 0.48 Tinggi Jadual 5 di atas menunjukkan dapatan bagi tahap penerimaan peserta kursus PISH. Nilai min keseluruhan berada pada tahap yang tinggi iaitu (M=4.18, SP.=0.48). Secara keseluruhannya, semua item berada pada tahap yang tinggi terutamanya item D10 “Kursus ini amat sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat” (M=4.27, SP.=0.72). 5.2 Analisis Perbezaan Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penerimaan peserta berdasarkan kawasan tempat tinggal. Jadual 6 : Analisis Perbezaan Penerimaan Peserta Berdasarkan Tempat Tinggal Tempat Tinggal Min Sisihan Piawai Penerimaan Peserta Bandar (159 orang) 4.14 0.46 Luar Bandar (111 org) 4.24 0.49 Seterusnya, analisis Ujian-T Sampel Bebas telah digunakan bagi mengenal pasti perbezaan tahap penerimaan peserta berdasarkan kawasan tempat tinggal dalam mengikuti program latihan kursus PISH. Dapatan kajian dalam Jadual 6 di atas
  • 8. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 61 menunjukkan min penerimaan peserta bagi luar bandar (M=4.24, SP.=0.49) adalah lebih tinggi berbanding min penerimaan peserta bagi bandar (M=4.14, SP.=0.46). Jadual 7 : Analisis Perbezaan Penerimaan Peserta Berdasarkan Tempat Tinggal Penerimaan Peserta Levene’s Test for Equality of Variances T-Test for Equality of Means Sig. T df Sig. (2-tailed) Equal variances assumed 0.30 - 1.82 268 0.072 Equal variances not assumed - 1.799 22 0.072 Berdasarkan Levene’s Test for Equality of Variances dalam Jadual 7 di atas, nilai p>0.05 maka varians bagi kedua-dua tempat tinggal adalah sama bagi penerimaan peserta. Justeru itu, nilai p bagi ujian ini adalah lebih besar daripada 0.05 maka Ho2 gagal ditolak. Oleh hal yang demikian, dapat dibuat kesimpulan bahawa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penerimaan peserta berdasarkan kawasan tempat tinggal dalam mengikuti program latihan kursus PISH t(268)=-1.82, p>0.05, ᶯ2=0.01. Selain itu, sebanyak 1.22% daripada varians dalam penerimaan peserta dapat dijelaskan oleh kategori tempat tinggal yang telah digunakan 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bagi Tahap Penerimaan Peserta Dapatan kajian terhadap penerimaan peserta terhadap kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat menunjukkan bahawa peserta berpuas hati dengan hasil pembelajaran yang diperolehi disamping kursus ini dapat memberikan impak yang positif, dan mereka mampu mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan akan berkongsi ilmu tersebut kepada orang lain. Di samping itu kursus PISH dapat memenuhi tuntutan fardhu ain dan kifayah serta meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi kepada peserta. Hal ini dibuktikan melalui dapatan kajian bagi setiap konstruk memperolehi skor min yang tinggi bagi setiap item dalam konstruk tahap penerimaan peserta. Dapatan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Romli et al. (2015) mengenai penerimaan peserta tahfiz terhadap kursus PISH juga menunjukkan skor min yang tinggi dalam kajian tersebut. Ini bermakna kursus PISH yang dijalankan di kolej komuniti memberikan impak yang positif kepada peserta yang menyertai kursus tersebut. Begitu juga kajian oleh Malayandy & Damanhuri (2015) dan Md Ali et al. (2009) menunjukkan bahawa, kesemua peserta bersetuju bahawa latihan yang diikuti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi serta memberikan impak yang positif kepada diri peserta. Namun terdapat responden yang menyatakan pandangan tidak bersetuju untuk menghadiri kursus PISH pada masa akan datang dan tidak berpuashati dengan hasil pembelajaran dan impak yang diperolehi daripada kursus ini. Walaupun jumlahnya sekitar satu hingga lima orang responden, ianya perlu diberikan perhatian agar kesemua peserta memperolehi manfaat dan berminat untuk menyertai kursus pada masa akan datang. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian oleh Ismail et al. (2018) yang menunjukkan tahap keberkesanan dari sudut penerimaan peserta terhadap pembelajaran dan kefahaman adalah pada tahap yang sederhana. Oleh hal yang demikian, beberapa cadangan penambahbaikan perlu dikemukakan kepada penyedia kursus PISH di kolej komuniti 5.4 Perbezaan Tahap Penerimaan Peserta Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan peserta berdasarkan tempat tinggal sama ada tinggal di bandar atau luar bandar. Penerimaan peserta daripada bandar dan luar bandar adalah sama walaupun suasana kehidupan berbeza. Dapatan ini disokong
  • 9. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 62 berdasarkan kajian oleh Romli et al. (2015) juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara minat pelajar tahfiz berdasarkan tempat tinggal. IMPLIKASI DAN KESIMPULAN Implikasi terhadap penerimaan peserta terhadap kursus PISH menunjukkan pelaksanaan kursus PISH perlu kepada beberapa penambahbaikan dan perubahan perlu dilaksanakan agar peserta memperolehi impak yang maksima dan mampu menggunakan ilmu yang diperolehi dan dapat dimanfaatkan kepada orang ramai. Selain itu, bahagian penerimaan ini juga memberikan implikasi kepada peningkatan ilmu, kemahiran, motivasi dan memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah dan ianya sesuai kepada semua lapisan masyarakat. Kajian ini secara umumnya dapat berperanan memberikan sumbangan kepada pihak yang terlibat dalm pelaksanaan kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dengan menekankan aspek amalan pengajaran pensyarah. Berdasarkan maklumat dan data yang lengkap pihak yang terlibat dengan kursus PISH ini dapat mengatur langkah dan strategi dalam mempertingkatkan mutu dan kualiti kursus PISH. Kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti perlu diatasi dan ditambahbaik dengan kadar yang segera dan kebaikan yang ada dalam pelaksanaan ini perlu dikekalkan dan dimurnikan Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan tahap penerimaan peserta pada tahap yang amat baik. Mereka berpuas hati daripada hasil pembelajaran daripada kursus ini dan ianya amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Selain itu mereka juga bersetuju kursus PISH memberikan impak yang positif, memenuhi tuntutan fardhu ain, fardhu kifayah serta mampu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi kepada peserta. Selain itu, mereka juga menyatakan hasrat untuk menyertai lagi kursus-kursus pada masa akan datang. Namun terdapat sebahagian kecil peserta yang memberikan respons tidak pasti dan tidak akan hadir pada kursus yang akan datang. Hal ini perlu diambil serius oleh penganjur untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penganjuran kursus-kursus PISH. Bagi dapatan kajian terhadap perbezaan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan peserta berdasarkan tempat tinggal sama ada tinggal di bandar atau luar bandar. Penerimaan peserta daripada bandar dan luar bandar adalah sama walaupun suasana kehidupan mereka berbeza. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa perbezaan tempat tinggal bukanlah kayu pengukur untuk menentukan keberkesanan kursus PISH dari sudut penerimaan peserta. RUJUKAN Abd Ghani, Z., Noor Azizi Ismail N. A., & Mohd Yusoff, A. (2015, September 14). Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Univerisiti Sains Islam Malaysia: Cabaran Dan Hala Tuju [Kertas Pembentangan]. Dalam Mohamad, I., Mohd. Esin, M. Z., Md. Ramli M. H., Roslan E., Mohd. Nawawi, S. A., Mohammad, M. T., Abu Bakar, F. N., Samsudin, I. S., & Zahare N. I (Editor). PISH 2015: Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Anjuran Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015 Kementerian Pendidikan Tinggi. ISBN 9789670763057 Abdul Kadir, A. L., & Ismail, M. (1997). Hubungan Keberkesanan Latihan Dengan Prestasi Kerja. Pertanika J. Soc Sci & Hmn. Vol 5 No 2 1997 p 74 - 82 Abd Rahman, H., & Omar, R. (2009). Persepsi Staf Sokongan Pentadbiran dan Teknikal Terhadap Program Latihan di UTM. Universiti Teknologi Malaysia.
  • 10. Tahap Penerimaan Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 5, No. 1 (2021), 54-63 63 Ahmad, A., & Zahari, N. (2012). Kajian Keberkesanan Program Pembangunan dan Penilaian bagi Pegawai Perkhidmatan Tadbiran dan Diplomatik Gred M41. Jurnal Pengurusan Awam 2012 Bryman, A. & Cramer, D. (1999). Quantitative data analysis with SPSS release 8 for Windows: A guide for social. London: Routledge. Darusalam, G., & Hussin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur. Haji Don, A. G., Tamuri, A. H., Hussin, S., & Che Noh, M. A. (2015). Penilaian Keberkesanan Kursus Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2015. Universiti Malaya. Ilias, M. F., Rashed, Z. N., Mat Razali, A. S., & Muhammad Syakir Sulaiman, M. S. (2017, Februari 2). Pemerkasaan Latihan Keguruan Ke Arah Pembudayaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sepanjang Hayat [Kertas Pembentangan]. Dalam PISH 2017: Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017, Hotel Bangi-Putrajaya (ms 38-44). Anjuran Kumpulan Penyelidik Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (2017-2025) USIM. ISBN: 978-967-5852-37-4. Ismail, F., Izzaty, F., Kadir, A. A., Jaes, L., & Ani, F. (2018). Keberkesanan Seminar Pengukuhan Integriti. Human Sustainability Procedia. Diambil daripada https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1189 Ismail, Y. (1991). Mengurus Secara Islam. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Maklumat Kursus dan Pengajian. Retrieved March 8, 2017, from http://www.jpkk.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&i d=183 Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017). Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017-2025. Edisi 2017. Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malayandy, T., & Damanhuri, S. N. H. (2015). Kajian Terhadap Kepuasan Peserta Kursus Pendek Kluster Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Lahad Datu. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Md Ali, A., Omar, R., Mohamad Zip, N. E., Ismail, N. S, & Zulkifli, T. (2009). Keberkesanan Latihan Kakitangan Kumpulan Sokongan Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai Johor, pp. 57-82. Mansor, N. A., Mohd Najib, N. I. S., & Jumaat Z. (2015). Keberkesanan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti Ledang. Jurnal Pendidikan Sepanjang Hayat. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015. Mohd Nawi, M. Z., Omar, M. R., & Mohd Nor, M. A. (2021). Sistem Pendidikan Tahfiz Di Malaysia, Pilihan Ibu Bapa Dan Warisan Pendidikan Islam Andalus: Satu Sorotan. Asian People Journal (APJ), 4(1), 132-147. DOI: https://doi.org/10.37231/apj.2021.4.1.241 McMillan JH., & Schumacher S. (2006). Research in Education. Pearson Education, Boston. Nunnally, J. C. (1978). Psychometric theory. New York: McGraw Hill Company Romli, S., Shaarani, Z. A., Othman, A., Othman, M. K. (2015). Hubungan Pengajaran Pensyarah dan Minat Pelajar Tahfiz dengan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti. Jurnal Pendidikan Sepanjang Hayat. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.