SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) 1-12
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office
AHCS
Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs
e-ISSN : 2773-4781
*Corresponding author: zulazizi0902@gmail.com
2023 UTHM Publisher. All rights reserved.
publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs
Pelaksanaan Kursus Latihan Program
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di
Kolej Komuniti: Satu Sorotan
Mohd Rashidi Omar 1
, Azmil Hashim2
, Muhammad Zulazizi
Mohd Nawi 2*
1
Kolej Komuniti Chenderoh,
33000 Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA
2
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
*Corresponding Author
DOI: https://doi.org/10.30880/ahcs.2023.04.01.001
Received 1 August 2022; Accepted 23 April 2023; Available online 30 June 2023
Abstrak: Pendidikan yang seimbang perlu merangkumi pendidikan Islam. Keperluan
ini wujud bagi memartabatkan modal insan yang mapan dalam aspek kerohanian dan
keperibadian seperti mana yang telah digariskan dalam al-Quran supaya generasi
seterusnya mampu menjadi pemangkin terhadap kemajuan negara dan membuka
peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terus mengembeling ilmu
pengetahuan yang berteraskan pendidikan Islam agar selaras dengan peredaran
zaman. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah salah satu inisiatif
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menyediakan pelbagai pakej latihan
termasuklah kemahiran berbentuk teknikal, vokasional dan keusahawan sebagai
modus pembelajaran terhadap komuniti. Oleh sebab itulah, kajian ini telah dilakukan
secara konseptual tentang pelaksanaan latihan program PISH yang telah dijalankan
di kolej komuniti. Untuk memenuhi tuntutan tujuan kajian, kajian ini dilakukan
dengan menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada sumber sekunder
seperti artikel jurnal, buku, tesis, akhbar dan sebagainya. Kajian ini mendapati,
program PISH bukan sahaja telah melestarikan pemerkasaan budaya ilmu dalam
kalangan masyarakat malah ia juga berjaya memperkukuhkan nilai keagamaan dan
jati diri masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan. Justeru, penemuan
kertas kerja ini diharapkan mampu menyumbangkan serba sedikit maklumat
mengenai PISH kepada masyarakat Malaysia agar lebih produktif, berintektual,
efisien dan berguna kepada negara kelak.
.
Kata kunci: Pelaksanaan, PISH, Masyarakat Malaysia
Abstract: Balanced education should include Islamic education. This need exists to
uphold the sustainable human capital in terms of spirituality and personality as
highlighted in the Quran so that the next generation can be a catalyst for national
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
2
progress and open opportunities for all walks of life to continue to train knowledge
based on Islamic education to be consistent with the passage of time. Lifelong Islamic
Education (PISH) is one of the Lifelong Learning (PSH) initiatives that provides
various training packages including technical, vocational and entrepreneurial skills as
a mode of learning for the community. For this reason, this study has been done
conceptually on the implementation of PISH training that have been conducted in
community colleges. To meet the demands of the purpose of the study, this study was
conducted using librarian methods consisting of secondary sources such as journal
articles, books, theses, newspapers and so on. This study found that the PISH program
has not only preserved the empowerment of knowledge culture among the community
but it has also succeeded in strengthening the religious values and identity of the
community through Islamic Education continuously. Therefore, the discovery of this
paper is expected to be able to contribute a little bit of information about PISH to the
Malaysian community to be more productive, intellectual, efficient and useful to the
country in the future.
Keywords: Implementation, PISH, Malaysian Societies
1. PENGENALAN
Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menjadi satu agenda global untuk menghadapi pelbagai
cabaran yang mendatang. Pembudayaan PSH dimantapkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) di bawah lonjakan ketiga iaitu “Menghayati Pembelajaran
Sepanjang Hayat”. PSH merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang
individu, bertepatan dengan sistem pendidikan negara di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, pra universiti dan seterusnya pengajian tinggi. Umumnya, Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) merujuk kepada segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hayat berdasarkan
pentakrifan oleh Suruhanjaya Eropah. Manakala The National Organization for Economic Co-operation
and Development (OECD) yang terdiri daripada 34 buah negara mentakrifkan PSH sebagai semua jenis
aktiviti pembelajaran tanpa mengira had umur. Berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat, PSH didefinisikan sebagai pembelajaran yang melibatkan mereka yang berumur 15
tahun ke atas tanpa mengambil kira pelajar mengikuti kursus rasmi di sekolah, kolej atau universiti bagi
mendapatkan kelayakan akademik atau kemahiran. Dalam Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat 2011-2020, PSH disebut sebagai tiang ketiga yang penting selepas pendidikan asas
dan pendidikan tinggi di Malaysia.
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
3
Rajah 1: Kedudukan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam Sistem Pendidikan Negara
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017)
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat pula merupakan satu landasan untuk memberi ruang dalam
peningkatan kerjaya dan kepuasan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi agar dapat menghasilkan insan
serba lengkap bagi menghadapi dunia penuh cabaran yang bersifat global. Pembangunan Pelan Induk
PISH yang digubal merupakan satu usaha bagi memastikan pelajar tahfiz dan pondok mendapat ilmu
kemahiran dan keusahawanan di samping memastikan kesinambungan pendidikan Islam diberikan
kepada setiap lapisan masyarakat. Pelan induk yang disediakan melalui medium pendidikan formal,
tidak formal ini mengukuhkan lonjakan 3: “Menghayati pembelajaran sepanjang hayat” dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Melalui kesepaduan ilmu dunia
dan akhirat, maka akan lahir sumber manusia yang seimbang dan holistik, seiring dengan tuntutan
ajaran Islam serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara [2]
Rajah 2: Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2015)
SISTEM
PENDIDIKA
N NEGARA
Pendidika
n Rendah
&
Menengah
Pendidika
n Tinggi
Pembelaja
ran
Sepanjang
Hayat
Sumber manusia yang syumul dan holistik
PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH)
Pendidikan Islam diberikan secara berterusan
Ilmu kemahiran dan
keusahawanan
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
4
Kriteria Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pelaksanaan Program PSH di kolej komuniti merujuk kepada beberapa perkara penting yang perlu
diberikan perhatian seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Kriteria Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
PERKARA KETERANGAN
Peserta
Warganegara Malaysia
Individu atau kumpulan yang terdiri daripada komuniti yang berumur 15 tahun
ke atas seperti :
i. Pelajar Sekolah Menengah
ii. Pelajar Tahfiz / Pondok
iii. Pelajar Lepasan Sekolah / IPT
iv. OKU (Orang Kelainan Upaya)
v. Belia
vi. Warga Emas
vii. Suri Rumah
viii. Pekerja Industri
ix. Ahli Kumpulan Profesional, Eksekutif dan Pengurus
x. Warga Institusi Pendidikan
xi. Warga Jabatan dan Agensi Kerajaan
xii. Ahli Badan Bukan Kerajaaan (NGO)
Yuran Kursus
Latihan Khas Akaun Amanah (LKA): Bergantung kepada pakej modul dan
kursus.
Selain LKA: RM 1.00 /jam dan direkod sebagai hasil kerajaan mininum
pelaksanaan 5 jam.
Masa / Tempoh
Masa kursus adalah fleksibel yang boleh dilaksanakan pada hujung minggu,
hari bekerja, kelepasan am dan cuti akademik. Tempoh minimum berkursus
adalah lima jam dan maksimum tidak melebihi enam bulan.
Tempat / Fasiliti
Tempat kursus juga adalah fleksibel sama ada di premis kolej atau di luar kolej
mengikut kesesuaian, keperluan dan permintaan peserta serta bergantung
kepada kemudahan dan perlatan yang diperlukan. Sewaan boleh dibuat
mengikut keperluan.
Kos Bahan Bayaran untuk bahan kursus adalah mengikut kategori kursus yang diikuti.
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
5
Pensyarah/
Penceramah
Sambilan (Kadar
Bayaran Saguhati)
Kadar bayaran saguhati bagi pensyarah/ penceramah sambilan bagi kursus
LKA atau selain LKA telah ditetapkan seperti dalam Buku Panduan
Pelaksanaan PSH Edisi 2017.
Sumber: Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017).
2. SOROTAN KAJIAN LEPAS
Banyak kajian telah dijalankan mengenai pelaksanaan latihan dan program yang dilakukan oleh
sesuatu organisasi sama ada dalam atau pun luar negara. Hal ini kerana program latihan merupakan
salah satu alternatif dalam melahirkan pelatih dan tenaga kerja yang cekap, berpengetahuan dan
berkemahiran. Keberkesanan latihan merujuk kepada pencapaian pelatih terhadap matlamat yang
dirancang dan dalam masa yang sama mencapai objektif latihan (Siti Norbaini Abdul Halim, 2015).
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Abd Ghafar Don et. al (2015) terhadap penilaian pelaksanaan
dan keberkesanan kursus pusat latihan pengurusan pendidikan Islam di Institut Latihan dan Dakwah
Selangor (ILDAS) ke atas 600 peserta dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam di negeri Selangor
menunjukkan tujuan dan matlamat kursus tercapai iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran [4]. Tahap penilaian peserta terhadap kursus yang ditawarkan dan dilaksanakan berada pada
tahap tinggi iaitu antara 4.025 hingga 4.123 secara keseluruhannya di mana interpretasi skor min tahap
tinggi yang menjadi indikator penilaian kajian tersebut ialah antara 3.67 hingga 5.00. Sehubungan
dengan itu, Thilagavathi et. al (2015), dalam kajiannya mengenai tahap kepuasan peserta kursus pendek
di Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) mendapati bahawa komuniti Lahad Datu mengetahui tentang
kewujudan KKLD dan kursus pendek anjurannya [5]. Pandangan peserta terhadap kursus anjuran
KKLD dapat menambah kemahiran dan ilmu pengetahuan dan penyampaian isi kandungan mencapai
objektif serta kandungan kursus teratur. Walau bagaimanapun masa dan tempoh dinyatakan dalam
kajian tersebut adalah mencukupi namun minnya adalah yang paling rendah. Ini menunjukkan bahawa
peserta mengharapkan masa yang diperuntukkan perlu ditambah dan disesuaikan dengan kursus-kursus
yang dianjurkan.
Seterusnya, Adi Faiz Ramlan et. al (2015), dalam kajian mereka terhadap perlaksanaan kursus
pendek di Kolej Komuniti Betong mendapati bahawa peserta lebih cenderung memohon kursus secara
manual dan jenis kursus yang diminati adalah kursus yang berkaitan dengan keperluan seharian [6].
Dapatan kajian menjelaskan kaedah pengajaran terbaik perlu dilaksanakan oleh tenaga pengajar, ini
kerana peserta kursus yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, tahap pendidikan dan latar belakang
yang berbeza. Peserta dilihat lebih cenderung kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan bahan. Antara
teknik yang disukai adalah demonstrasi dan kerja berkumpulan. Pensyarah kursus perlu mengetahui
persepsi peserta terhadap kursus yang dilaksanakan agar dapat memperbaiki mutu dan kualiti
pengajaran kursus. Di samping itu, Liu Tse Hui et. al (2015) dalam kajian mereka terhadap pelaksanaan
dan keberkesanan kursus pendek bermodular yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Mas Gading
Sarawak mendapati bahawa pelatih mempunyai persepsi yang baik terhadap pelaksanaan dan
keberkesanan kursus yang dijalankan [7]. Antara elemen yang penting dalam meningkatkan
pelaksanaan dan keberkesanan kursus adalah fleksibiliti, peranan pengajar, motivasi, keusahawanan,
peralatan, masa kursus, tindakan susulan dan maklum balas serta model latihan yang sistematik.
Peranan pengajar adalah faktor utama dalam menentukan pelaksanaan dan keberkesanan kursus [8]
Tambahan pula, Abd Rahman Abdul Ghani (2014) turut menjalankan kajian mengenai pelaksanaan
dan keberkesanan program pusat Islam dan perbandingan antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
6
Universiti Kebangsaan Malaysia [9]. Kajian ini melibatkan 100 responden yang terdiri daripada 50
orang mahasiswa UPSI dan 50 mahasiswa UKM yang bertujuan untuk melihat pelaksanaan dan
keberkesanan perjalanan program keagamaan dan kemasyarakatan yang dijalankan di pusat Islam di
UPSI dan UKM. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pelaksanaan dan keberkesanan antara
pendekatan yang digunakan oleh Pusat Islam UPSI berbanding Pusat Islam UKM. Selain itu, Siti
Norbaini Abdul Halim (2015) melalui kajiannya mengenai faktor-faktor kegagalan latihan dalam
organisasi [10]. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang sering menyebabkan berlakunya
kegagalan latihan, kesan daripada kegagalan latihan dan cara untuk mengatasi kegagalan latihan dalam
organisasi. Hasil kajian mendapati majoriti responden menyatakan bahawa faktor-faktor yang
menyebabkan kegagalan latihan berpunca daripada tiga pihak yang penting iaitu pelatih, pihak
organisasi dan juga jurulatih.
Menurut Mohd Faizal Mohd Isa et. al (2013) dalam kajiannya menyatakan bahawa, antara faktor
yang menjadi penentu kepada pelaksanaan dan keberkesanan sesebuah latihan adalah faktor reka bentuk
latihan seperti jangka masa dan objektif kursus, penekanan kepada amali dan teori sahaja, kepakaran
tenaga pengajar dan maklumbalas prestasi dan perubahan peserta setelah menngikuti latihan [11].
Faktor individu seperti motivasi peserta, keupayaan untuk memahami pelajaran yang diajar, perhatian
diberikan semasa kursus berlangsung dan relevannya kursus yang diajar dengan minat dan bidang tugas
mereka. Faktor yang mempengaruhi prestasi pembelajaran peserta kursus ialah motivasi untuk belajar,
kemahiran komputer yang mencukupi, kandungan program latihan, hubungan dua hala antara pelatih
dan jurulatih, mudah untuk digunakan dan akses, sokongan daripada jurulatih dan persekitaran
pembelajaran kosisten dan manakala faktor yang mempengaruhi prestasi ialah motivasi pembelajaran,
kandungan program latihan, sokongan jurulatih dan pencapaian pembelajaran.
Demikian juga dengan kajian Josephine Tai Yee Vui et. al. (2006), mereka telah melaksanakan
kajian berkaitan penilaian pelaksanaan dan keberkesanan program latihan pengukuhan kemahiran
bahasa Inggeris di dalam pengajaran sains dan teknologi berdasarkan persepsi pelatih yang dijalankan
dalam kalangan staf akademik, Fakulti Pendidikan, UTM. Hasil kajian menunjukan latihan tersebut
berkesan dan dapat memenuhi kehendak pekerja dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk menjalankan kerja mereka. Selanjutnya,Tennant C (2002) dalam kajiannya terhadap
syarikat-syarikat pengeluaran di United Kingdom untuk mengenal pasti halangan yang pra dominan
terhadap pelaksanaan program latihan yang berkesan [12]. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan
kebanyakan syarikat percaya bahawa program latihan dilaksanakan tidak memberi kesedaran secara
sepenuhnya terhadap produktiviti yang tinggi, prestasi kerja semasa yang lebih baik dan peningkatan
terhadap kualiti.
Mohd Farid Mohd Shahran (2015), merupakan salah seorang pegawai di Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) dalam kajiannya yang bertajuk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat: Peranan Institusi
, menjelaskan bahawa PISH bukan sekadar berperanan sebagai pemerkasaan budaya ilmu dalam
kalangan masyarakat malah ia juga penting dalam memperkukuhkan nilai dan jati diri masyarakat
melalui Pendidikan Islam secara berterusan [13]. Bagi masyarakat Islam PISH akan memperkukuhkan
lagi pembelajaran ilmu teras dalam masyarakat iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Antara
usaha yang dilaksanakan oleh IKIM dalam memperkukuhkan PISH islah menjalankan seminar,
persidangan meja bulat, bengkel-bengkel kemahiran, program kerjasama dengan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan jabatan-jabatan agama serta
menganjurkan dialog antara agama. Dalam pada itu, Musa Ahmad (2015) dalam kajiannya berkaitan
pemerkasaan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (Permata Al Quran) ke arah merealisasikan Dasar
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Beliau menyarankan Madrasah Tahfiz mengadakan kerjasama
dengan dengan kolej komuniti untuk melaksanakan kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan.
Disamping itu juga mengadakan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan agen-agen pelaksana PISH
lain untuk memperkaya bakat dan potensi pelajar-pelajar tahfiz itu sendiri [14].
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
7
Hasbullah L. Isa (2015) dalam kajiannya juga dalah berkaitan dengan kerjasama PERKIM dengan
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti menjelaskan peluang mengikuti latihan di kolej komuniti yang
terdapat di seluruh Malaysia dengan menawarkan pelbagai kursus dengan kos yang minima sewajarnya
direbut oleh seluruh warga PERKIM untuk meningkatkan keupayaan modal insan umat Islam [15].
Terdapat 16246 wanita PERKIM di Malaysia boleh mempunyai masa untuk mengikuti kursus-kursus
yang bermanfaat dan menjana ekonomi keluarga seperti kursus masakan, katering, menjahit, pertanian
dan sebagainya. Harapan kerjasama pintar dengan kolej komuniti melalui PISH ini agar dapat mencapai
matlamat untuk merapatkan ukhuwah, memperkayakan bakat dan modal insan serta melestarikan
ummah dalam kalangan warga PERKIM.
Dalam pada itu, Noor Lisa Rahmat (2015) dalam kajiannya adalah mengenai pelaksanaan program
PISH di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia. Antara
cabaran yang dihadapi adalah tahap kefahaman agama yang rendah, menukar persepsi pelajar aliran
teknikal dan vokasional tentang kepentingan kemahiran Islam dalam menjalani kehidupan seharian
[16]. Beberapa strategi telah dikenalpasti dalam menarik minat pelajar dalam program keagamaan
antaranya komitmen pengurusan dalam menyediakan slot-slot agama yang bersesuaian, topik yang
dekat pelajar dan langkah mendekati pelajar dengan bimbingan penuh kasih sayang. Natijahnya,
berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan latihan, pengkaji menilai prestasi pelatih sebelum dan selepas
menjalani latihan. Dalam kajian ini, pengkaji menfokuskan sorotan literatur mengenai pelaksanaan
kursus PISH yang dijalankan oleh kolej komuniti dan peranan kursus berkenaan terhadap masyarakat
di Malaysia
3. METODOLOGI KAJIAN
Tumpuan kajian adalah mengenai sorotan pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat.
Kajian ini dilakukan menggunakan bahan sekunder iaitu mencari rujukan daripada bahan ilmiah, hasil
penyelidikan, sumber laporan, prosiding dan sebagainya. Data-data yang diperoleh dikumpul dan diolah
secara terperinci dan bersesuaian dengan tajuk kajian. Penyediaan kertas kajian ini pula, pengkaji hanya
memilih untuk melakukan penelitian secara konseptualisasi agar penulisan yang dihasilkan lebih
berkualiti.
4. DAPATAN KAJIAN DAN PERBICANGAN
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah sebahagian daripada kursus pendek
pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di kolej komuniti mulai tahun 2014. Kursus ini
merupakan satu usaha dan inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama
demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin
kesejahteraan. PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi konsep ukhrawi, PISH
memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan
lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar. Manakala konsep duniawi pula, PISH memberikan
ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar institusi agama seperti tahfiz, pelajar sekolah
pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti (Yufiza Mohd Yusof, 2016). Menurut Mohd Zainudin Esin
(2014), program PISH secara tidak langsung telah melestarikan Pendidikan Islam dengan membina
hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan penganut agama lain bagi mengekalkan
keamanan sejagat. Terdapat tiga fasa dan dua kategori pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat.
Rajah 3 dan 4 menggambar tiga fasa tersebut yang bermula pada tahun 2014 hingga tahun 2025 yang
terdiri dua kategori program PISH seperti di bawah.
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
8
Rajah 3: Fasa Pelaksanaan program PISH.
Sumber: Yufiza Mohd Yusof (2016)
Rajah 4: Kategori Program PISH
Sumber: Yufiza Mohd Yusof (2016)
Kluster Pelaksanaan Kursus Pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti
Kursus jangka masa pendek pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu kursus yang
terdapat bagi setiap kolej komuniti di Malaysia. Peserta kursus yang menamatkan kursus ini akan
dianugerahkan sijil oleh kolej komuniti. Terdapat empat kluster di bawah Pendidikan Tinggi. Kolej
komuniti melaksanakan PSH di bawah kluster dua dan kluster tiga.
FASA 1
2014 -2015
•Membina hubungan dan
merapatkan ukhuwah.
• Kolaborasi antara
Jabatan/Bahagian/Agensi/ILK
/IPT
FASA 2
2016-2020
•Memperkayakan bakat
insan.
•Program berbentuk joint
certification.
•Program non-formal
berkonsepkan majjanan wa
sahlah (free dan easy at
Community College).
•Program Pembelajaran
kontemporari yang menjurus
kepada aspek fardhu kifayah.
FASA 3
2021-2025
•Melestarikan ummah
•Melahirkan warganegara
yang seimbang dari aspek
ukhrawi dan duniawi
Memberikan
kesinambungan
pendidikan Islam yang
berterusan kepada
setiap lapisan
masyarakat
Berasaskan Fardhu Ain
dan Fardhu Kifayah
Ukhrawi Memberikan ilmu
kemahiran dan
keusahawanan kepada
golongan sasaran
seperti pelajar tahfiz,
pelajar sekolah pondok,
pelajar maahad, belia
dan komuniti.
Berbentuk modular atau
"customized
programmes" mengikut
permintaan dan
kesesuaian.
Duniawi
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
9
Jadual 2: Kluster PSH di bawah pendidikan tinggi di Malaysia
Kluster 1 Kluster 2 Kluster 3 Kluster 4
Program Pengajian
Separa Masa di
peringkat sijil, diploma,
ijazah dan ijazah
lanjutan termasuk e
learning
Contoh: Program
PPJJ USM
Program Pengajian
berbentuk teknikal dan
kemahiran tidak lebih
dari enam bulan.
Contoh: Sijil
Modular Kebangsaan
yang ditawarkan oleh
kolej komuniti.
Program Pengajian
untuk peningkatan ilmu
dan kemahiran bagi
pembangunan diri.
Contoh: Kelas
jahitan dan masakan
Program Pengajian
sepenuh masa di
peringkat sijil, diploma,
ijazah, ijazah lanjutan
bagi pelajar matang.
Contoh: Program
Sarjana Muda di IPTA
Sumber: Buku Panduan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pelaksanaan PISH di kolej komuniti pula merupakan program kemahiran dan keusahawanan
berbentuk modular yang tempohnya tidak melebihi enam bulan dan program peningkatan kemahiran
melalui kursus pendek yang tempoh minima pelaksanaannya ialah lima jam. Sejak program PISH ini
diperkenalkan pada tahun 2014 di kolej komuniti, program ini berjaya menarik minat komuniti setempat
terutamanya pelajar dari institusi tahfiz dan pondok untuk mendalami ilmu kemahiran dan
keusahawanan. Jadual 3 dan 4 menunjukkan program yang dianjurkan oleh kolej komuniti serta
penyertaan dalam kalangan pelajar institusi tahfiz dan pondok:
Jadual 3: Program PISH pelajar institusi tahfiz dan pondok anjuran kolej komuniti.
BI
L
KLUSTER BIDANG
KEMAHIRAN
JUMLAH PENYERTAAAN
2014 2015 2016
1 Akuakultur 0 26 0
2 Bahasa 22 124 36
3 Bangunan 0 0 0
4 Elektrik dan Elektronik 0 105 11
5 Grafik dan Multimedia 0 55 20
6 Hospitaliti dan Pelancongan 46 0 0
7 Jahitan dan Pakaian 34 256 192
8 Katering dan Sajian 24 450 503
9 Kecantikan dan Dandanan 0 0 0
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
10
10 Kenderaan dan Automotif 35 37 0
11 Keseniaan dan Kebudayaan 0 0 0
12
Komputer dan Teknologi
Maklumat
184 338 232
13
Kraftangan dan Hiasan
Dalaman
10 0 0
14 Pembangunan Diri / Motivasi 19 0 0
15 Perniagaan dan Keusahawanan 40 0 0
16 Program Industri 0 0 29
17 Sains dan Matematik 0 0 0
18 Sains Kesihatan 19 0 129
19 Seni Kreatif 0 0 0
20 Teknologi Agro 0 50 0
21 Teknologi 0 0 0
JUMLAH 433 1490 1202
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi (2017)
PESERTA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
Peserta Kursus PISH di kolej komuniti adalah merujuk kepada peserta yang mengikuti kursus
kemahiran, keusahawanan dan pendidikan Islam yang berumur dari 15 tahun ke atas dari institusi tahfiz,
pondok, agensi agama dan masyarakat setempat (Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, 2017).
PETUNJUK PRESTASI UTAMA PSH DAN PISH
Berdasarkan Panduan Pelaksanaan PSH Edisi 2017 ditetapkan petunjuk prestasi utama atau key
performance index (KPI) pembelajaran sepanjang hayat kepada semua pensyarah di kolej komuniti.
Dengan adanya KPI ini pelaksanaan kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat adalah termasuk
dalam tugas utama sebagai pensyarah di kolej komuniti. Rajah berikut menjelaskan tentang petunjuk
prestasi utama yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
11
Jadual 5: Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index KPI) PSH
KPI KETERANGAN PUNCA KUASA
KPI PSH Kolej Komuniti
(bergantung kepada bilangan
pensyarah)
i)
ii) 90 peserta bagi
setiap pensyarah
iii)
iv) 78 jam mengurus
dan mengajar.
Contoh :
9 pensyarah X 90 peserta =
810 peserta
KPI PSH Kolej Komuniti
ialah 810 peserta
Mesyuarat Perancangan
Teknikal Jabatan Pendidikan
Kolej Komuniti Bilangan
2/2016 bertarikh 1 hingga 3
November 2016.
KPI PISH Kolej Komuniti
10% daripada KPI PSH
Kolej Komuniti.
Contoh :
10% X 810 peserta = 81
peserta
KPI PISH Kolej Komuniti
ialah 81 peserta.
Mesyuarat Pengurusan
Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti Bilangan 7/2017
bertarikh 12 September 2017.
5. KESIMPULAN
Kejayaan sistem Pendidikan Islam di Malaysia bukanlah tugas Kementerian Pendidikan Malaysia
semata-mata sebaliknya perlu disokong oleh semua pihak yang mahukan pendidikan Islam
dilaksanakan dengan lebih cemerlang dan dapat melahirkan bakal-bakal cendikiawan, usahawan dan
teknokrat Muslim yang mutadayyin pada masa hadapan. NGO-NGO muslim juga perlu mengambil
bahagian dalam memberi input yang positif ke arah memartabatkan Pendidikan Islam dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Semua pihak perlu berganding bahu ke arah memartabatkan Pendidikan Islam.
Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Penghargaan
Penulis mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) atas dukungannya sehingga tulisan ini dapat diterbitkan
Rujukan
[1] Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017). Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017-
2025. Edisi 2017.
[2] Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-
2025 (Pendidikan Tinggi).
[3] Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Web Rasmi. from http://www.jpkk.edu.my/
Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12
12
[4] Abdul Ghafar Haji Don, Ab. Halim Tamuri, Supyan Hussin & Mohd Aderi Che Noh. (2015).
Penilaian Keberkesanan Kursus Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam Institut Latihan
Dan Dakwah Selangor (ILDAS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2015. Universiti Malaya.
[5] Thilagavathi a/p Malayandy, Siti Nur Haslinda Damanhuri. (2015). Kajian Terhadap Kepuasan
Peserta Kursus Pendek Kluster Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Lahad Datu. Jurnal
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
[6] Adi Faiz Ramlan, Fadil Aziz, Hafizullah Samsudin. (2015). Tinjauan Pelaksanaan Kursus
Pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Betong. Jurnal Pembelajaran
Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
[7] Liu Tse Hui, Lenyy Lai Mei Lan, Anum Bazilla Khairul Anwar. (2015). Persepsi Pelatih:
Kajian Keberkesanan Program Kursus Pendek Bermodular di Taman Sri Puteri. Jurnal
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
[8] Ikhsan, M. N., Md A.P., & NurShahida. (2012). Kesediaan pensyarah terhadap pelaksanaan
pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di kolej komuniti. Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
CIE-TVT 2012. Dilayari Februari 2020 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/3368/1/Kesediaan_Pensyarah_Terhadap
_Pelaksanaan_Pembelajaran.pdf
[9] Abdul Rahman Abdul Ghani. (2014). Keberkesanan Program Pusat Islam dalam Membentuk
Sahsiah Pelajar: Kajian Perbandingan Antara UPSI dan UKM. Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil (81-
95). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
[10] Siti Norbaini Abdul Halim. (2015). Faktor Kegagalan Latihan dalam Organisasi. Universiti
Malaysia Sarawak. Projek Sarjana Muda.
[11] Mohd Faizal Mohd Isa, Wan Shazikah Wan Mohd Noor & Zulkiflee Daud. (2013). Faktor
Jurulatih Mempengaruhi Keberkesanan Latihan: Satu Kajian Empirikal Di Jabatan Meteorologi
Malaysia. In: Conference on Business Management Research 2013, 11 Disember 2013, EDC,
Universiti Utara Malaysia, Sintok.
[12] Tennant C et. al. (2002). The Design of a Training Programme Measurement Model. Journal
of European Industrial Training Vol 26/5 p 230-240.
[13] Mohd Farid Mohd Shahran. (2015). Pendidikan Islam Sepanjang Hayat: Peranan Institusi.
Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti 2015.
[14] Musa Ahmad. (2015). Pemerkasaan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (Permata Al Quran)
Ke Arah Merealisasikan Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Prosiding Seminar
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti 2015.
[15] Hasbullah L. Isa. (2015). Kerjasama PERKIM dengan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
(JPKK) dalam Menerapkan Program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat. Prosiding Seminar
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti 2015.
[16] Nor Lisa Rahmat. (2015). Merapatkan Ukhuwah, Memperkayakan Bakat Insan dan
Melestarikan Ummah. Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat
Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.

More Related Content

Similar to Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti: Satu Sorotan

Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfHemarani Munisamy
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxMuhamad Mahat
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahwanharith4
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah BaikPanduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah BaikChon Seong Hoo
 
1276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-201612251276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-20161225daythree
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavednanipgktb
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 

Similar to Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti: Satu Sorotan (20)

Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah BaikPanduan Nilam Yang Ditambah Baik
Panduan Nilam Yang Ditambah Baik
 
Laporan cpe
Laporan cpeLaporan cpe
Laporan cpe
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
1276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-201612251276 1-4245-3-10-20161225
1276 1-4245-3-10-20161225
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 

More from MuhammadZulaziziMohd

Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...MuhammadZulaziziMohd
 
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “... السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...MuhammadZulaziziMohd
 
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfFalsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfMuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfTahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfMuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesAs-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesMuhammadZulaziziMohd
 
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...MuhammadZulaziziMohd
 
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)MuhammadZulaziziMohd
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...MuhammadZulaziziMohd
 
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...MuhammadZulaziziMohd
 
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...MuhammadZulaziziMohd
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran  Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran MuhammadZulaziziMohd
 
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...MuhammadZulaziziMohd
 
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...MuhammadZulaziziMohd
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...MuhammadZulaziziMohd
 
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...MuhammadZulaziziMohd
 

More from MuhammadZulaziziMohd (20)

Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
Media Variations in Education in Malaysia: A 21st Century Paradigm (Variasi M...
 
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “... السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
السجع في سورة الرحمن: دراسة تحليلية بلاغية The Rhyme Prose in the verse of “...
 
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah P...
 
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdfFalsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Abu Hamid Al-Ghazali.pdf
 
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdfTahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
Tahap Profesionalisme Guru Terhadap Perancangan Pengajaran Guru.pdf
 
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive StudiesAs-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
As-Saja’ of the Soothsayers and Issues in the Quran: A Descriptive Studies
 
Pemikiran dibina hati terbina
Pemikiran dibina hati terbinaPemikiran dibina hati terbina
Pemikiran dibina hati terbina
 
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
Teaching readiness on 21st century learning perspectives from primary school ...
 
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
Teras pemikiran abu hamid al ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holi...
 
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
Tahap penerimaan peserta terhadap kursus pendidikan islam sepanjang hayat (pish)
 
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
Pembacaan Al-Quran dalam Pendidikan Masa Kini: Satu Tinjauan Umum (Quran Reci...
 
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
 
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
Sistem pendidikan tahfiz di malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan...
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran  Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Lima Hukum Asas Tajwid Dalam Tilawah Al-Quran
 
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobility So...
 
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
Meningkatkan Kecekapan Merekod Tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn...
 
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ... Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: ...
 
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (14)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti: Satu Sorotan

  • 1. Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) 1-12 © Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office AHCS Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs e-ISSN : 2773-4781 *Corresponding author: zulazizi0902@gmail.com 2023 UTHM Publisher. All rights reserved. publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs Pelaksanaan Kursus Latihan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti: Satu Sorotan Mohd Rashidi Omar 1 , Azmil Hashim2 , Muhammad Zulazizi Mohd Nawi 2* 1 Kolej Komuniti Chenderoh, 33000 Kuala Kangsar, Perak, MALAYSIA 2 Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA *Corresponding Author DOI: https://doi.org/10.30880/ahcs.2023.04.01.001 Received 1 August 2022; Accepted 23 April 2023; Available online 30 June 2023 Abstrak: Pendidikan yang seimbang perlu merangkumi pendidikan Islam. Keperluan ini wujud bagi memartabatkan modal insan yang mapan dalam aspek kerohanian dan keperibadian seperti mana yang telah digariskan dalam al-Quran supaya generasi seterusnya mampu menjadi pemangkin terhadap kemajuan negara dan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terus mengembeling ilmu pengetahuan yang berteraskan pendidikan Islam agar selaras dengan peredaran zaman. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah salah satu inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menyediakan pelbagai pakej latihan termasuklah kemahiran berbentuk teknikal, vokasional dan keusahawan sebagai modus pembelajaran terhadap komuniti. Oleh sebab itulah, kajian ini telah dilakukan secara konseptual tentang pelaksanaan latihan program PISH yang telah dijalankan di kolej komuniti. Untuk memenuhi tuntutan tujuan kajian, kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kepustakaan yang terdiri daripada sumber sekunder seperti artikel jurnal, buku, tesis, akhbar dan sebagainya. Kajian ini mendapati, program PISH bukan sahaja telah melestarikan pemerkasaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat malah ia juga berjaya memperkukuhkan nilai keagamaan dan jati diri masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan. Justeru, penemuan kertas kerja ini diharapkan mampu menyumbangkan serba sedikit maklumat mengenai PISH kepada masyarakat Malaysia agar lebih produktif, berintektual, efisien dan berguna kepada negara kelak. . Kata kunci: Pelaksanaan, PISH, Masyarakat Malaysia Abstract: Balanced education should include Islamic education. This need exists to uphold the sustainable human capital in terms of spirituality and personality as highlighted in the Quran so that the next generation can be a catalyst for national
  • 2. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 2 progress and open opportunities for all walks of life to continue to train knowledge based on Islamic education to be consistent with the passage of time. Lifelong Islamic Education (PISH) is one of the Lifelong Learning (PSH) initiatives that provides various training packages including technical, vocational and entrepreneurial skills as a mode of learning for the community. For this reason, this study has been done conceptually on the implementation of PISH training that have been conducted in community colleges. To meet the demands of the purpose of the study, this study was conducted using librarian methods consisting of secondary sources such as journal articles, books, theses, newspapers and so on. This study found that the PISH program has not only preserved the empowerment of knowledge culture among the community but it has also succeeded in strengthening the religious values and identity of the community through Islamic Education continuously. Therefore, the discovery of this paper is expected to be able to contribute a little bit of information about PISH to the Malaysian community to be more productive, intellectual, efficient and useful to the country in the future. Keywords: Implementation, PISH, Malaysian Societies 1. PENGENALAN Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menjadi satu agenda global untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Pembudayaan PSH dimantapkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) di bawah lonjakan ketiga iaitu “Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat”. PSH merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, bertepatan dengan sistem pendidikan negara di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pra universiti dan seterusnya pengajian tinggi. Umumnya, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merujuk kepada segala aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hayat berdasarkan pentakrifan oleh Suruhanjaya Eropah. Manakala The National Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) yang terdiri daripada 34 buah negara mentakrifkan PSH sebagai semua jenis aktiviti pembelajaran tanpa mengira had umur. Berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PSH didefinisikan sebagai pembelajaran yang melibatkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas tanpa mengambil kira pelajar mengikuti kursus rasmi di sekolah, kolej atau universiti bagi mendapatkan kelayakan akademik atau kemahiran. Dalam Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2011-2020, PSH disebut sebagai tiang ketiga yang penting selepas pendidikan asas dan pendidikan tinggi di Malaysia.
  • 3. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 3 Rajah 1: Kedudukan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam Sistem Pendidikan Negara Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017) Pendidikan Islam Sepanjang Hayat pula merupakan satu landasan untuk memberi ruang dalam peningkatan kerjaya dan kepuasan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi agar dapat menghasilkan insan serba lengkap bagi menghadapi dunia penuh cabaran yang bersifat global. Pembangunan Pelan Induk PISH yang digubal merupakan satu usaha bagi memastikan pelajar tahfiz dan pondok mendapat ilmu kemahiran dan keusahawanan di samping memastikan kesinambungan pendidikan Islam diberikan kepada setiap lapisan masyarakat. Pelan induk yang disediakan melalui medium pendidikan formal, tidak formal ini mengukuhkan lonjakan 3: “Menghayati pembelajaran sepanjang hayat” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Melalui kesepaduan ilmu dunia dan akhirat, maka akan lahir sumber manusia yang seimbang dan holistik, seiring dengan tuntutan ajaran Islam serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara [2] Rajah 2: Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) SISTEM PENDIDIKA N NEGARA Pendidika n Rendah & Menengah Pendidika n Tinggi Pembelaja ran Sepanjang Hayat Sumber manusia yang syumul dan holistik PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) Pendidikan Islam diberikan secara berterusan Ilmu kemahiran dan keusahawanan
  • 4. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 4 Kriteria Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelaksanaan Program PSH di kolej komuniti merujuk kepada beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian seperti Jadual 1 berikut: Jadual 1 : Kriteria Program Pembelajaran Sepanjang Hayat PERKARA KETERANGAN Peserta Warganegara Malaysia Individu atau kumpulan yang terdiri daripada komuniti yang berumur 15 tahun ke atas seperti : i. Pelajar Sekolah Menengah ii. Pelajar Tahfiz / Pondok iii. Pelajar Lepasan Sekolah / IPT iv. OKU (Orang Kelainan Upaya) v. Belia vi. Warga Emas vii. Suri Rumah viii. Pekerja Industri ix. Ahli Kumpulan Profesional, Eksekutif dan Pengurus x. Warga Institusi Pendidikan xi. Warga Jabatan dan Agensi Kerajaan xii. Ahli Badan Bukan Kerajaaan (NGO) Yuran Kursus Latihan Khas Akaun Amanah (LKA): Bergantung kepada pakej modul dan kursus. Selain LKA: RM 1.00 /jam dan direkod sebagai hasil kerajaan mininum pelaksanaan 5 jam. Masa / Tempoh Masa kursus adalah fleksibel yang boleh dilaksanakan pada hujung minggu, hari bekerja, kelepasan am dan cuti akademik. Tempoh minimum berkursus adalah lima jam dan maksimum tidak melebihi enam bulan. Tempat / Fasiliti Tempat kursus juga adalah fleksibel sama ada di premis kolej atau di luar kolej mengikut kesesuaian, keperluan dan permintaan peserta serta bergantung kepada kemudahan dan perlatan yang diperlukan. Sewaan boleh dibuat mengikut keperluan. Kos Bahan Bayaran untuk bahan kursus adalah mengikut kategori kursus yang diikuti.
  • 5. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 5 Pensyarah/ Penceramah Sambilan (Kadar Bayaran Saguhati) Kadar bayaran saguhati bagi pensyarah/ penceramah sambilan bagi kursus LKA atau selain LKA telah ditetapkan seperti dalam Buku Panduan Pelaksanaan PSH Edisi 2017. Sumber: Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). 2. SOROTAN KAJIAN LEPAS Banyak kajian telah dijalankan mengenai pelaksanaan latihan dan program yang dilakukan oleh sesuatu organisasi sama ada dalam atau pun luar negara. Hal ini kerana program latihan merupakan salah satu alternatif dalam melahirkan pelatih dan tenaga kerja yang cekap, berpengetahuan dan berkemahiran. Keberkesanan latihan merujuk kepada pencapaian pelatih terhadap matlamat yang dirancang dan dalam masa yang sama mencapai objektif latihan (Siti Norbaini Abdul Halim, 2015). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Abd Ghafar Don et. al (2015) terhadap penilaian pelaksanaan dan keberkesanan kursus pusat latihan pengurusan pendidikan Islam di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) ke atas 600 peserta dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam di negeri Selangor menunjukkan tujuan dan matlamat kursus tercapai iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran [4]. Tahap penilaian peserta terhadap kursus yang ditawarkan dan dilaksanakan berada pada tahap tinggi iaitu antara 4.025 hingga 4.123 secara keseluruhannya di mana interpretasi skor min tahap tinggi yang menjadi indikator penilaian kajian tersebut ialah antara 3.67 hingga 5.00. Sehubungan dengan itu, Thilagavathi et. al (2015), dalam kajiannya mengenai tahap kepuasan peserta kursus pendek di Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) mendapati bahawa komuniti Lahad Datu mengetahui tentang kewujudan KKLD dan kursus pendek anjurannya [5]. Pandangan peserta terhadap kursus anjuran KKLD dapat menambah kemahiran dan ilmu pengetahuan dan penyampaian isi kandungan mencapai objektif serta kandungan kursus teratur. Walau bagaimanapun masa dan tempoh dinyatakan dalam kajian tersebut adalah mencukupi namun minnya adalah yang paling rendah. Ini menunjukkan bahawa peserta mengharapkan masa yang diperuntukkan perlu ditambah dan disesuaikan dengan kursus-kursus yang dianjurkan. Seterusnya, Adi Faiz Ramlan et. al (2015), dalam kajian mereka terhadap perlaksanaan kursus pendek di Kolej Komuniti Betong mendapati bahawa peserta lebih cenderung memohon kursus secara manual dan jenis kursus yang diminati adalah kursus yang berkaitan dengan keperluan seharian [6]. Dapatan kajian menjelaskan kaedah pengajaran terbaik perlu dilaksanakan oleh tenaga pengajar, ini kerana peserta kursus yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, tahap pendidikan dan latar belakang yang berbeza. Peserta dilihat lebih cenderung kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan bahan. Antara teknik yang disukai adalah demonstrasi dan kerja berkumpulan. Pensyarah kursus perlu mengetahui persepsi peserta terhadap kursus yang dilaksanakan agar dapat memperbaiki mutu dan kualiti pengajaran kursus. Di samping itu, Liu Tse Hui et. al (2015) dalam kajian mereka terhadap pelaksanaan dan keberkesanan kursus pendek bermodular yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Mas Gading Sarawak mendapati bahawa pelatih mempunyai persepsi yang baik terhadap pelaksanaan dan keberkesanan kursus yang dijalankan [7]. Antara elemen yang penting dalam meningkatkan pelaksanaan dan keberkesanan kursus adalah fleksibiliti, peranan pengajar, motivasi, keusahawanan, peralatan, masa kursus, tindakan susulan dan maklum balas serta model latihan yang sistematik. Peranan pengajar adalah faktor utama dalam menentukan pelaksanaan dan keberkesanan kursus [8] Tambahan pula, Abd Rahman Abdul Ghani (2014) turut menjalankan kajian mengenai pelaksanaan dan keberkesanan program pusat Islam dan perbandingan antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
  • 6. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 6 Universiti Kebangsaan Malaysia [9]. Kajian ini melibatkan 100 responden yang terdiri daripada 50 orang mahasiswa UPSI dan 50 mahasiswa UKM yang bertujuan untuk melihat pelaksanaan dan keberkesanan perjalanan program keagamaan dan kemasyarakatan yang dijalankan di pusat Islam di UPSI dan UKM. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pelaksanaan dan keberkesanan antara pendekatan yang digunakan oleh Pusat Islam UPSI berbanding Pusat Islam UKM. Selain itu, Siti Norbaini Abdul Halim (2015) melalui kajiannya mengenai faktor-faktor kegagalan latihan dalam organisasi [10]. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang sering menyebabkan berlakunya kegagalan latihan, kesan daripada kegagalan latihan dan cara untuk mengatasi kegagalan latihan dalam organisasi. Hasil kajian mendapati majoriti responden menyatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan latihan berpunca daripada tiga pihak yang penting iaitu pelatih, pihak organisasi dan juga jurulatih. Menurut Mohd Faizal Mohd Isa et. al (2013) dalam kajiannya menyatakan bahawa, antara faktor yang menjadi penentu kepada pelaksanaan dan keberkesanan sesebuah latihan adalah faktor reka bentuk latihan seperti jangka masa dan objektif kursus, penekanan kepada amali dan teori sahaja, kepakaran tenaga pengajar dan maklumbalas prestasi dan perubahan peserta setelah menngikuti latihan [11]. Faktor individu seperti motivasi peserta, keupayaan untuk memahami pelajaran yang diajar, perhatian diberikan semasa kursus berlangsung dan relevannya kursus yang diajar dengan minat dan bidang tugas mereka. Faktor yang mempengaruhi prestasi pembelajaran peserta kursus ialah motivasi untuk belajar, kemahiran komputer yang mencukupi, kandungan program latihan, hubungan dua hala antara pelatih dan jurulatih, mudah untuk digunakan dan akses, sokongan daripada jurulatih dan persekitaran pembelajaran kosisten dan manakala faktor yang mempengaruhi prestasi ialah motivasi pembelajaran, kandungan program latihan, sokongan jurulatih dan pencapaian pembelajaran. Demikian juga dengan kajian Josephine Tai Yee Vui et. al. (2006), mereka telah melaksanakan kajian berkaitan penilaian pelaksanaan dan keberkesanan program latihan pengukuhan kemahiran bahasa Inggeris di dalam pengajaran sains dan teknologi berdasarkan persepsi pelatih yang dijalankan dalam kalangan staf akademik, Fakulti Pendidikan, UTM. Hasil kajian menunjukan latihan tersebut berkesan dan dapat memenuhi kehendak pekerja dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan kerja mereka. Selanjutnya,Tennant C (2002) dalam kajiannya terhadap syarikat-syarikat pengeluaran di United Kingdom untuk mengenal pasti halangan yang pra dominan terhadap pelaksanaan program latihan yang berkesan [12]. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan syarikat percaya bahawa program latihan dilaksanakan tidak memberi kesedaran secara sepenuhnya terhadap produktiviti yang tinggi, prestasi kerja semasa yang lebih baik dan peningkatan terhadap kualiti. Mohd Farid Mohd Shahran (2015), merupakan salah seorang pegawai di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam kajiannya yang bertajuk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat: Peranan Institusi , menjelaskan bahawa PISH bukan sekadar berperanan sebagai pemerkasaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat malah ia juga penting dalam memperkukuhkan nilai dan jati diri masyarakat melalui Pendidikan Islam secara berterusan [13]. Bagi masyarakat Islam PISH akan memperkukuhkan lagi pembelajaran ilmu teras dalam masyarakat iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Antara usaha yang dilaksanakan oleh IKIM dalam memperkukuhkan PISH islah menjalankan seminar, persidangan meja bulat, bengkel-bengkel kemahiran, program kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan jabatan-jabatan agama serta menganjurkan dialog antara agama. Dalam pada itu, Musa Ahmad (2015) dalam kajiannya berkaitan pemerkasaan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (Permata Al Quran) ke arah merealisasikan Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Beliau menyarankan Madrasah Tahfiz mengadakan kerjasama dengan dengan kolej komuniti untuk melaksanakan kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan. Disamping itu juga mengadakan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan agen-agen pelaksana PISH lain untuk memperkaya bakat dan potensi pelajar-pelajar tahfiz itu sendiri [14].
  • 7. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 7 Hasbullah L. Isa (2015) dalam kajiannya juga dalah berkaitan dengan kerjasama PERKIM dengan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti menjelaskan peluang mengikuti latihan di kolej komuniti yang terdapat di seluruh Malaysia dengan menawarkan pelbagai kursus dengan kos yang minima sewajarnya direbut oleh seluruh warga PERKIM untuk meningkatkan keupayaan modal insan umat Islam [15]. Terdapat 16246 wanita PERKIM di Malaysia boleh mempunyai masa untuk mengikuti kursus-kursus yang bermanfaat dan menjana ekonomi keluarga seperti kursus masakan, katering, menjahit, pertanian dan sebagainya. Harapan kerjasama pintar dengan kolej komuniti melalui PISH ini agar dapat mencapai matlamat untuk merapatkan ukhuwah, memperkayakan bakat dan modal insan serta melestarikan ummah dalam kalangan warga PERKIM. Dalam pada itu, Noor Lisa Rahmat (2015) dalam kajiannya adalah mengenai pelaksanaan program PISH di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia. Antara cabaran yang dihadapi adalah tahap kefahaman agama yang rendah, menukar persepsi pelajar aliran teknikal dan vokasional tentang kepentingan kemahiran Islam dalam menjalani kehidupan seharian [16]. Beberapa strategi telah dikenalpasti dalam menarik minat pelajar dalam program keagamaan antaranya komitmen pengurusan dalam menyediakan slot-slot agama yang bersesuaian, topik yang dekat pelajar dan langkah mendekati pelajar dengan bimbingan penuh kasih sayang. Natijahnya, berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan latihan, pengkaji menilai prestasi pelatih sebelum dan selepas menjalani latihan. Dalam kajian ini, pengkaji menfokuskan sorotan literatur mengenai pelaksanaan kursus PISH yang dijalankan oleh kolej komuniti dan peranan kursus berkenaan terhadap masyarakat di Malaysia 3. METODOLOGI KAJIAN Tumpuan kajian adalah mengenai sorotan pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Kajian ini dilakukan menggunakan bahan sekunder iaitu mencari rujukan daripada bahan ilmiah, hasil penyelidikan, sumber laporan, prosiding dan sebagainya. Data-data yang diperoleh dikumpul dan diolah secara terperinci dan bersesuaian dengan tajuk kajian. Penyediaan kertas kajian ini pula, pengkaji hanya memilih untuk melakukan penelitian secara konseptualisasi agar penulisan yang dihasilkan lebih berkualiti. 4. DAPATAN KAJIAN DAN PERBICANGAN Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah sebahagian daripada kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di kolej komuniti mulai tahun 2014. Kursus ini merupakan satu usaha dan inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan. PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi konsep ukhrawi, PISH memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar. Manakala konsep duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar institusi agama seperti tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti (Yufiza Mohd Yusof, 2016). Menurut Mohd Zainudin Esin (2014), program PISH secara tidak langsung telah melestarikan Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan penganut agama lain bagi mengekalkan keamanan sejagat. Terdapat tiga fasa dan dua kategori pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Rajah 3 dan 4 menggambar tiga fasa tersebut yang bermula pada tahun 2014 hingga tahun 2025 yang terdiri dua kategori program PISH seperti di bawah.
  • 8. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 8 Rajah 3: Fasa Pelaksanaan program PISH. Sumber: Yufiza Mohd Yusof (2016) Rajah 4: Kategori Program PISH Sumber: Yufiza Mohd Yusof (2016) Kluster Pelaksanaan Kursus Pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Kursus jangka masa pendek pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu kursus yang terdapat bagi setiap kolej komuniti di Malaysia. Peserta kursus yang menamatkan kursus ini akan dianugerahkan sijil oleh kolej komuniti. Terdapat empat kluster di bawah Pendidikan Tinggi. Kolej komuniti melaksanakan PSH di bawah kluster dua dan kluster tiga. FASA 1 2014 -2015 •Membina hubungan dan merapatkan ukhuwah. • Kolaborasi antara Jabatan/Bahagian/Agensi/ILK /IPT FASA 2 2016-2020 •Memperkayakan bakat insan. •Program berbentuk joint certification. •Program non-formal berkonsepkan majjanan wa sahlah (free dan easy at Community College). •Program Pembelajaran kontemporari yang menjurus kepada aspek fardhu kifayah. FASA 3 2021-2025 •Melestarikan ummah •Melahirkan warganegara yang seimbang dari aspek ukhrawi dan duniawi Memberikan kesinambungan pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat Berasaskan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Ukhrawi Memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada golongan sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti. Berbentuk modular atau "customized programmes" mengikut permintaan dan kesesuaian. Duniawi
  • 9. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 9 Jadual 2: Kluster PSH di bawah pendidikan tinggi di Malaysia Kluster 1 Kluster 2 Kluster 3 Kluster 4 Program Pengajian Separa Masa di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan termasuk e learning Contoh: Program PPJJ USM Program Pengajian berbentuk teknikal dan kemahiran tidak lebih dari enam bulan. Contoh: Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan oleh kolej komuniti. Program Pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi pembangunan diri. Contoh: Kelas jahitan dan masakan Program Pengajian sepenuh masa di peringkat sijil, diploma, ijazah, ijazah lanjutan bagi pelajar matang. Contoh: Program Sarjana Muda di IPTA Sumber: Buku Panduan Pembelajaran Sepanjang Hayat Pelaksanaan PISH di kolej komuniti pula merupakan program kemahiran dan keusahawanan berbentuk modular yang tempohnya tidak melebihi enam bulan dan program peningkatan kemahiran melalui kursus pendek yang tempoh minima pelaksanaannya ialah lima jam. Sejak program PISH ini diperkenalkan pada tahun 2014 di kolej komuniti, program ini berjaya menarik minat komuniti setempat terutamanya pelajar dari institusi tahfiz dan pondok untuk mendalami ilmu kemahiran dan keusahawanan. Jadual 3 dan 4 menunjukkan program yang dianjurkan oleh kolej komuniti serta penyertaan dalam kalangan pelajar institusi tahfiz dan pondok: Jadual 3: Program PISH pelajar institusi tahfiz dan pondok anjuran kolej komuniti. BI L KLUSTER BIDANG KEMAHIRAN JUMLAH PENYERTAAAN 2014 2015 2016 1 Akuakultur 0 26 0 2 Bahasa 22 124 36 3 Bangunan 0 0 0 4 Elektrik dan Elektronik 0 105 11 5 Grafik dan Multimedia 0 55 20 6 Hospitaliti dan Pelancongan 46 0 0 7 Jahitan dan Pakaian 34 256 192 8 Katering dan Sajian 24 450 503 9 Kecantikan dan Dandanan 0 0 0
  • 10. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 10 10 Kenderaan dan Automotif 35 37 0 11 Keseniaan dan Kebudayaan 0 0 0 12 Komputer dan Teknologi Maklumat 184 338 232 13 Kraftangan dan Hiasan Dalaman 10 0 0 14 Pembangunan Diri / Motivasi 19 0 0 15 Perniagaan dan Keusahawanan 40 0 0 16 Program Industri 0 0 29 17 Sains dan Matematik 0 0 0 18 Sains Kesihatan 19 0 129 19 Seni Kreatif 0 0 0 20 Teknologi Agro 0 50 0 21 Teknologi 0 0 0 JUMLAH 433 1490 1202 Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi (2017) PESERTA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT Peserta Kursus PISH di kolej komuniti adalah merujuk kepada peserta yang mengikuti kursus kemahiran, keusahawanan dan pendidikan Islam yang berumur dari 15 tahun ke atas dari institusi tahfiz, pondok, agensi agama dan masyarakat setempat (Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, 2017). PETUNJUK PRESTASI UTAMA PSH DAN PISH Berdasarkan Panduan Pelaksanaan PSH Edisi 2017 ditetapkan petunjuk prestasi utama atau key performance index (KPI) pembelajaran sepanjang hayat kepada semua pensyarah di kolej komuniti. Dengan adanya KPI ini pelaksanaan kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat adalah termasuk dalam tugas utama sebagai pensyarah di kolej komuniti. Rajah berikut menjelaskan tentang petunjuk prestasi utama yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
  • 11. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 11 Jadual 5: Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index KPI) PSH KPI KETERANGAN PUNCA KUASA KPI PSH Kolej Komuniti (bergantung kepada bilangan pensyarah) i) ii) 90 peserta bagi setiap pensyarah iii) iv) 78 jam mengurus dan mengajar. Contoh : 9 pensyarah X 90 peserta = 810 peserta KPI PSH Kolej Komuniti ialah 810 peserta Mesyuarat Perancangan Teknikal Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Bilangan 2/2016 bertarikh 1 hingga 3 November 2016. KPI PISH Kolej Komuniti 10% daripada KPI PSH Kolej Komuniti. Contoh : 10% X 810 peserta = 81 peserta KPI PISH Kolej Komuniti ialah 81 peserta. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Bilangan 7/2017 bertarikh 12 September 2017. 5. KESIMPULAN Kejayaan sistem Pendidikan Islam di Malaysia bukanlah tugas Kementerian Pendidikan Malaysia semata-mata sebaliknya perlu disokong oleh semua pihak yang mahukan pendidikan Islam dilaksanakan dengan lebih cemerlang dan dapat melahirkan bakal-bakal cendikiawan, usahawan dan teknokrat Muslim yang mutadayyin pada masa hadapan. NGO-NGO muslim juga perlu mengambil bahagian dalam memberi input yang positif ke arah memartabatkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan. Semua pihak perlu berganding bahu ke arah memartabatkan Pendidikan Islam. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Penghargaan Penulis mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) atas dukungannya sehingga tulisan ini dapat diterbitkan Rujukan [1] Kementerian Pendidikan Tinggi. (2017). Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2017- 2025. Edisi 2017. [2] Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi). [3] Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. (2017). Web Rasmi. from http://www.jpkk.edu.my/
  • 12. Mohd Rashidi Omar 1 et al., Advances in Humanities and Contemporary Studies Vol. 4 No. 1 (2023) p. 1-12 12 [4] Abdul Ghafar Haji Don, Ab. Halim Tamuri, Supyan Hussin & Mohd Aderi Che Noh. (2015). Penilaian Keberkesanan Kursus Pusat Latihan Pengurusan Pendidikan Islam Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS). Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2015. Universiti Malaya. [5] Thilagavathi a/p Malayandy, Siti Nur Haslinda Damanhuri. (2015). Kajian Terhadap Kepuasan Peserta Kursus Pendek Kluster Katering dan Sajian di Kolej Komuniti Lahad Datu. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. [6] Adi Faiz Ramlan, Fadil Aziz, Hafizullah Samsudin. (2015). Tinjauan Pelaksanaan Kursus Pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Betong. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. [7] Liu Tse Hui, Lenyy Lai Mei Lan, Anum Bazilla Khairul Anwar. (2015). Persepsi Pelatih: Kajian Keberkesanan Program Kursus Pendek Bermodular di Taman Sri Puteri. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat 2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. [8] Ikhsan, M. N., Md A.P., & NurShahida. (2012). Kesediaan pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek di kolej komuniti. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CIE-TVT 2012. Dilayari Februari 2020 daripada http://eprints.uthm.edu.my/3368/1/Kesediaan_Pensyarah_Terhadap _Pelaksanaan_Pembelajaran.pdf [9] Abdul Rahman Abdul Ghani. (2014). Keberkesanan Program Pusat Islam dalam Membentuk Sahsiah Pelajar: Kajian Perbandingan Antara UPSI dan UKM. Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil (81- 95). Universiti Pendidikan Sultan Idris. [10] Siti Norbaini Abdul Halim. (2015). Faktor Kegagalan Latihan dalam Organisasi. Universiti Malaysia Sarawak. Projek Sarjana Muda. [11] Mohd Faizal Mohd Isa, Wan Shazikah Wan Mohd Noor & Zulkiflee Daud. (2013). Faktor Jurulatih Mempengaruhi Keberkesanan Latihan: Satu Kajian Empirikal Di Jabatan Meteorologi Malaysia. In: Conference on Business Management Research 2013, 11 Disember 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok. [12] Tennant C et. al. (2002). The Design of a Training Programme Measurement Model. Journal of European Industrial Training Vol 26/5 p 230-240. [13] Mohd Farid Mohd Shahran. (2015). Pendidikan Islam Sepanjang Hayat: Peranan Institusi. Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015. [14] Musa Ahmad. (2015). Pemerkasaan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (Permata Al Quran) Ke Arah Merealisasikan Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015. [15] Hasbullah L. Isa. (2015). Kerjasama PERKIM dengan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dalam Menerapkan Program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat. Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015. [16] Nor Lisa Rahmat. (2015). Merapatkan Ukhuwah, Memperkayakan Bakat Insan dan Melestarikan Ummah. Prosiding Seminar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti 2015.