3. CIKGU NAQIB 03
SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada
Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat
dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa
maksud “Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat
penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem
ini adalah berasaskan web yang bertujuan untuk
merekod maklumat salahlaku disiplin murid di
seluruh Malaysia dengan cara mudah dan
berkesan.
Bukan itu sahaja, SSDM juga dapat membantu
dalam menyediakan maklumat dengan efektif dan
terkini. Maka dengan cara sebegini, pengurusan di
semua peringkat akan dapat membuat
perancangan awal bagi mengatasi dan mengawal
masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik
dan berkesan.
SSDM
Apa itu SSdm?
4. CIKGU NAQIB 04
SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna iaitu:
1. Sekolah
2. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
3. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
4. Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
Modul ini turut dapat melaksanakan beberapa tugas
seperti:
- Merekod kes-kes salahlaku murid
- Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
- Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
- Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Kini, Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan
penambahbaikan sistem SSDM Online yang sedia ada.
Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha
menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa
hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah)
dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh
dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
SSDM
5. CIKGU NAQIB 05
Tujuan Sistem Sahsiah Diri Murid
SSDM Online
Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia KPM pastinya mempunyai tujuan
tersendiri. Begitu juga dengan SSM Online. Antara
tujuan sistem ini adalah untuk:
SSDM
Menambahbaik SSDM sedia ada.
Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan
hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas
serta peraturan-peraturan sedia ada.
Membantu pihak sekolah dalam memantapkan
pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia
teknologi maklumat dan komunikasi.
Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan
disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru,
Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan
dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan
pelbagai bentuk laporan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
6. CIKGU NAQIB 06
Proses Kerja SSDM V2.0
PEREKODAN KES SALAH LAKU
1. Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
2. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM menjalankan
siasatan dan jika sah, akan mencadangkan
hukuman.
3. Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan
mengesahkan hukuman.
4. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM mengambil
tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh
Pengetua.
5. Pembantu Pejabat menguruskan fail dan
pengeposan surat.
6. Guru bimbingan dan Kaunseling akan
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling
terhadap murid-murid tersebut.
PEREKODAN AMALAN BAIK
1. Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam
sistem.
2. Sistem akan memproses mata (markah) dan
mengeluarkan status sahsiah murid.
SSDM
8. CIKGU NAQIB 08
Ciri-ciri SSDM Online V2.0
1. Pangkalan Data Disiplin
2. Sistem Pemantauan dan Pengawalan
3. Mengutamakan Amalan Baik
4. Pengukuran Sahsiah
5. Kawalan Sistem
6. Kes Khas
7. Mesra Pengguna
8. Mudah Diakses
9. Melibatkan semua pihak yang berkepentingan
SSDM
Peringkat akses
1. KPM
2. JPN
3. PPD
4. Sekolah
5. Guru-guru
6. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling
8. Pengetua
9. CIKGU NAQIB 09
SSDM
Kesimpulannya, SSDM Online Login untuk
Sekolah KPM atau dikenali sebagai Modul
Pengurusan Murid ini adalah sangat baik
kerana ia amat sistematik untuk mengetahui
tahap sahsiah pelajar-pelajar. Melalui sistem
ini juga, pelbagai pihak dalam bidang
pendidikan secara langsung dan tidak
langsung akan dapat memainkan peranan
dalam mengekang masalah salahlaku pelajar
dan seterusnya dapat memupuk mereka
agar menjadi pelajar yang baik dari segi budi
pekertinya.