Sistem bahan api bertujuan untuk membekalkan campuran udara dan bahan api ke enjin pada nisbah yang sesuai dengan keadaan kendalian. Ia terdiri daripada komponen seperti tangki bahan api, pam bahan api, penapis, saluran, penunjuk paras bahan api, penapis udara dan karburetor. Karburetor memainkan peranan penting untuk mendapatkan nisbah campuran yang sesuai dengan keadaan enjin.
Electronic Diesel Fuel Injection (EDFI) Explaination and Commonrail engine explaination. Explain how commonrail works, it component, function of each component and how it works. Dokumen ini menerangkan EDFI dan Commonrail pada enjin kenderaan. Bagaimana commonrail bekerja, komponen utama commonrail, fungsi setiap komponen dan cara kerja setiap komponen
Electronic Diesel Fuel Injection (EDFI) Explaination and Commonrail engine explaination. Explain how commonrail works, it component, function of each component and how it works. Dokumen ini menerangkan EDFI dan Commonrail pada enjin kenderaan. Bagaimana commonrail bekerja, komponen utama commonrail, fungsi setiap komponen dan cara kerja setiap komponen
menerangkan tentang sistem yang ada pada engine secara umum, dengan adanya sistem ini, maka engine bisa bekerja dengan maksimal sesuai dengan kerja mesin tanpa adanya gangguan-gangguan yang serius yang membahayakan
Paparan subditfasharkan ditpolair polda jambi; AKBP H.DADANG DJOKO KARYANTO,AMd Mar,SH,SIP,MH.Sengaja ditayangkan dalam rangka berbagi ilmu,"BERBAGI ILMU ITU SEDEKAH, BERAMAL, BERBAGI ITU INDAH, ILMU JANGAN DIBAWA SAMPAI MATI, TETAPI HARUS DISAMPAIKAN", amin
Sebagai salah satu pertanggungjawab pembangunan manusia di Jawa Timur, dalam bentuk layanan pendidikan yang bermutu dan berkeadilan, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Timur terus berupaya untuk meningkatkan kualitas pendidikan masyarakat. Untuk mempercepat pencapaian sasaran pembangunan pendidikan, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Timur telah melakukan banyak terobosan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesinambungan. Salah satunya adalah Penerimaan Peserta Didik Baru (PPDB) jenjang Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Kejuruan, dan Sekolah Luar Biasa Provinsi Jawa Timur tahun ajaran 2024/2025 yang dilaksanakan secara objektif, transparan, akuntabel, dan tanpa diskriminasi.
Pelaksanaan PPDB Jawa Timur tahun 2024 berpedoman pada Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan RI Nomor 1 Tahun 2021 tentang Penerimaan Peserta Didik Baru, Keputusan Sekretaris Jenderal Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi nomor 47/M/2023 tentang Pedoman Pelaksanaan Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nomor 1 Tahun 2021 tentang Penerimaan Peserta Didik Baru pada Taman Kanak-Kanak, Sekolah Dasar, Sekolah Menengah Pertama, Sekolah Menengah Atas, dan Sekolah Menengah Kejuruan, dan Peraturan Gubernur Jawa Timur Nomor 15 Tahun 2022 tentang Pedoman Pelaksanaan Penerimaan Peserta Didik Baru pada Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Kejuruan dan Sekolah Luar Biasa. Secara umum PPDB dilaksanakan secara online dan beberapa satuan pendidikan secara offline. Hal ini bertujuan untuk mempermudah peserta didik, orang tua, masyarakat untuk mendaftar dan memantau hasil PPDB.
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
1. SISTEM BAHAN API
Sistem bahan api ialah untuk membekalkan campuran udara dan bahan api yang berterusan
kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian dengan semua kendalian. Terdapat banyak faktor
yang mempengaruhi keadaan tersebut seperti kelajuan enjin, beban, suhu dan reka bentuk
enjin. Di dalam sistem bahan api, karburetor yang memainkan peranan yang penting sekali
mendapatkan nisbah campuran udara dan bahan api yang sesuai dengan keadaan kendalian
enjin.
Komponen-Komponen Sistem Bahan Api
Sistem bahan api terdiri daripada:
a. Tangki bahan api.
b. Pam bahan api.
c. Penapis bahan api.
d. Saluran bahan api.
e. Penunjuk bahan api.
f. Saring udara.
g. Karburetor.
h. Pancarongga kemasukan.
Sistem bahan api.
2. a. Tangki bahan api (Fuel Tank).
Bagi enjin hadapan, tangki bahan api biasanya diletakkan pada bahagian belakang,
manakala kereta berenjin belakang pula tangki diletakkan pada bahagian hadapan.
Kedudukan tangki bahan api pada kenderaan adalah sangat penting. Tangki ini mestilah
terlindung dari lentingan batu-batu dan tidak mudah meletup bila berlaku sesuatu kemalangan.
Pada umumnya sesebuah tangki dapat diisikan dengan bahan api sebanyak 25 hingga 70 liter.
Ini bergantung pada besar atau kecilnya sesebuah kenderaan.
Tangki bahan api diperbuat daripada kepingan keluli yang nipis dan disadur supaya
ianya tidak berkarat. Dibentuk bersekat-sekat bagi mengurangkan bahan api berkocak. Ianya
diskrukan pada rangka kenderaan. Salur masuk tangki ditutup dengan satu penutup yang
berkunci, mempunyai lubang membolehkan udara masuk atau keluar apabila bahan api
mengembang atau menguncup. Tangki bahan api juga dilengkapkan dengan unit penghantar
untuk menunjukkan kandungan bahan api yang ada di dalam tangki. Pada bahagian bawah
tangki disediakan satu lubang yang tertutup (palam buang minyak) untuk mengalirkan keluar
bahan api atau untuk mencuci tangki bila perlu.
Air mungkin wujud di dalam tangki yang sering kali diisi tidak penuh. Hal ini adalah
kerana wap air terkandung di dalam udara yang terperangkap akan terpeluhwap di dinding
tangki dan mengalir ke bahagian bawah tangki. Oleh kerana air ini berbahaya kepada enjin,
tangki perlulah dibersihkan.
3. b. Pam bahan api (Fuel Pump)
Lazimnya tangki bahan api terletak lebih rendah daripada karburetor oleh itu pam
bahan api diperlukan bagi menyedut bahan api dari tangki dan menghantarnya ke karburetor.
Ianya dipasangkan di antara tangki bahan api dan karburetor.
Terdapat dua jenis pam bahan api yang popular digunakan pada masa kini iaitu:
i. Pam jenis gegendang mekanikal.
Pam jenis ini digerakkan oleh aci sesondol (cam shaft). Pada kebiasaannya pam jenis
ini dipasang sama ada di kepala silinder atau di silinder blok.
ii. Pam jenis gegendang elektrik.
Pam jenis ini digerakkan dengan bantuan kuasa elektrik dari bateri. Ianya ditempatkan
sama ada di dalam ruang enjin atau di belakang berdekatan dengan tangki bahan api.
Pam ini hanya akan berfungsi bila suis penyalaan di ’ON’.
c. Penapis bahan api (Fuel Filter).
4. Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran yang terdapat dalam bahan
api dari masuk ke pam atau ke karburetor. Tempat di mana penapis bahan api dipasangkan
adalah berbeza-beza dari satu kenderaan dengan kenderaan yang lain. Pada kebiasaannya
penapis bahan api di pasangkan antara pam bahan api dan tangki bahan api. Terdapat dua
jenis penapis bahan api iaitu jenis seramik dan jenis katrij (elemen kertas-buang terus).
Kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan penapis jenis katrij. Penapis jenis kartrij tidak
perlu diservis, hanya perlu penggantian apabila telah sampai waktu penyenggaraan yang
disyorkan.
d. Saluran bahan api (Fuel Line).
Komponen ini dibuat daripada ‘steel tubing’ dan ada juga yang diperbuat
daripada ’polyethylene’. Ianya berfungsi sebagai saluran untuk memindahkan bahan api dari
tangki ke pam dan ke karburetor. Bagi penyambungan pada bahagian-bahagian yang bergerak,
pada kebiasaannya saluran tersebut di sambung dengan ‘flexible hose’. Hal ini bertujuan
untuk mengelakkan saluran tersebut daripada bengkok atau patah.
5. e. Penunjuk bahan api (Fuel Gauge)
Komponen ini digunakan untuk mengukur paras bahan api di dalam tangki.
Komponen-komponennya terdiri daripada pelampung dalam tangki dan penunjuk di panel
dashboard. Terdapat dua jenis penunjuk bahan api yang banyak digunakan pada kereta:
1. Gelung Imbangan.
Penunjuk bahan api ini terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan unit tolok.
Litar ini hanya memerlukan arus yang sedikit sahaja iaitu hanya 0.5 amp. Unit
penghantar terdiri daripada satu sesentuh bergelongsor yang mempunyai rintangan yang
berubah-ubah. Unit tolok pula terdiri dari dua gegelung yang diletakkan 90 darjah di
antara satu sama lain. Di antara gegelung itu dipasangkan angker dan penunjuk.
2. Jenis Panas.
Penunjuk bahan api jenis ini juga terdiri dari dua unit iaitu unit penghantar dan
unit tolok. Kedua-dua unit ini disambungkan secara siri oleh satu dawai tunggal. Unit
penghantar diletakkan di dalam tangki bahan api sementara unit tolok diletakkan di
panel alat-alatan. Sebagai tambahan penunjuk bahan api jenis ini dilengkapkan dengan
alat ubah voltan untuk mengawal voltan. Unit penghantar terdiri dari satu reostat yang
6. boleh mengubah rintangan di dalam litar mengikut paras bahan api di dalam tangki.
Unit tolok pula terdiri dari satu jarum penunjuk yang dikawal oleh lengan dua logam
dan gelung pemanas.
f. Penapis udara (Air Filter)
Penapis udara merupakan alat yang dipasang pada bahagian atas muncung
karburetor. Komponen ini berfungsi untuk menapis segala kekotoran yang datang dari saluran
udara daripada masuk ke dalam karburetor dan seterusnya di dalam enjin. Jika tiada penapis
udara ini maka segala kekotoran akan masuk ke dalam enjin dan menyebabkan enjin menjadi
kotor dan akan mudah terdedah kepada kerosakan dan haus dan seterusnya jangka hayat enjin
tersebut akan berkurangan.
Penapis udara yang dipasangkan pada muncung karburetor adalah bertujuan untuk
mengurangkan kelajuan udara yang masuk bagi menjimatkan penggunaan bahan api,
menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya ‘back fire’ dan mengambil hawa panas dari
‘exhaust manifold’ untuk tujuan pengeluwapan bahan api sebelum masuk ke dalam silinder
dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan.
Jenis-Jenis Penapis Udara
a. Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted)
Penapis jenis ini, dapat memberikan satu penapisan yang sempurna di mana
kadar habuk yang masuk adalah berkurangan. Bahan yang digunakan pada sistem ini
ialah satu gelungan wayar yang diselang-seli (wire mesh) yang diselaputi dengan
minyak. Segala kotoran akan melekat pada minyak. Penapis ini mestilah sentiasa
dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km. Cara mencuci penapis jenis ini ialah
dengan mencuci gelungan wayar dengan petrol atau paraffin. Setelah itu hendaklah
dikeringkan dan kemudiannya lumur semula dengan minyak enjin sebelum dipasang.
Biarkan minyak yang berlebihan menitis terlebih dahulu.
7. b. Jenis Elemen Lipatan Kertas (Paper Pleated Element)
Penapis jenis ini pula menggunakan kertas sebagai alat penapisnya. Kertas
ini dikenali sebagai ‘resin impregnated paper element’. Binaan pada kertas ini dibuat
berlipat-lipat dan padanya juga terdapat lubang-lubang yang sangat halus. Dengan
melipat-lipat kertas ini, ia dapat mewujudkan permukaan tapisan yang sangat luas
dan dapat mengelakkan penapis ini daripada tersumbat. Kebiasaannya penapis ini
ditukar pada tiap-tiap 16,000 km hingga 20,000 km.
c. Jenis Mandi Minyak (Oil Bath)
Penapis jenis ini merupakan penapis yang sangat bagus. Penapis ini
mempunyai dua peringkat. Peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan
menyebabkan habuk-habuk yang ada bersamanya akan melekat pada permukaan
minyak yang bertakung. Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan
naik dibawa oleh udara yang masuk melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel
mesh wire element). Di sini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan
melekat pula pada elemen wayar. Penapis ini dibentuk sebegitu rupa adalah untuk
menapis segala kotoran dari masuk ke dalam enjin dan mengelakkan kotoran dari
masuk ke karburetor dan ruang pelampung (float chamber). Servis perlu dilakukan
setiap 4,000 km. Penapis ini dicuci dengan menggunakan petrol atau parraffin.
Apabila hendak mengisi semula minyak ke dalam takungan hendaklah diisi dengan
minyak yang bersih dan pastikan penapis berada pada paras yang betul.
d. Jenis Empar (Centrifugal Type)
Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik. Udara yang masuk secara
berpusar akan mengeluarkan segala habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang
dibuat perumahnya (casing) secara kuasa balingan. Kemasukan udara yang berpusar
ini akan membawa segala habuk-habuk masuk bersama-samanya. Tetapi habuk ini
akan tercampak keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang dibuat
pada atas perumah ini. Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk yang
sebenarnya menolak segala habuk-habuk yang terperangkap. Udara itu boleh
berpusar adalah kerana reka bentuknya terutama sekali pada vane yang telah dibuat
mengikut sudut tertentu. Penyelenggaraan untuk penapis jenis ini adalah mudah.
Pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.
8. g. Karburetor (carburetor)
Komponen ini berfungsi untuk mencampurkan bahan api dan udara mengikut nisbah
tertentu bergantung kepada beban enjin, kelajuan enjin dan suhu enjin. Ia juga berfungsi
untuk menukarkan sifat petrol dari cecair kepada bentuk pendebuan supaya pembakaran
dapat dilakukan dengan sempurna. Karburetor dipasangkan pada pancarongga kemasukan
(intake manifold).
h. Pancarongga kemasukan Intake manifold) & Pancarongga pelawas (exhaust
Manifold)
Pancarongga kemasukan berfungsi sebagai ‘transport’(ruang saluran) bagi bahan api
dan udara masuk ke ruang pembakaran. Kebanyakannya dibuat daripada aluminium aloi yang
dikilatkan dan dipasangkan di kepala silinder.
Pancarongga pelawas diperbuat daripada cast iron dan ditempatkan di bahagian
lubang pelawas untuk mengurangkan bunyi bising daripada gas-gas pelawas keluar melalui
beberapa saluran pancarongga. Pancarongga pelawas berfungsi sebagai sebuah ruang saluran
untuk gas-gas pelawas (gas telah dibakar) lepas keluar dari silinder masuk ke dalam paip
pelawas.
9. Jenis-Jenis Sistem Penghantaran Bahan Api.
1. Jenis graviti (gravity feed system)
Komponen sistem ini terdiri daripada tangki, penapis, pancarongga
pengambilan, salur bahan api dan karburetor. Tangki bahan api dipasang lebih tinggi
daripada karburetor. Dengan in bahan api akan mengalir turun oleh daya tarikan
graviti. Bahan api dari tangki mengalir masuk ke dalam penapis melalui sawat
pemberhenti yang ditugaskan memberhentikan pengaliran bahan api apabila enjin
tidak di kendali. Bahan api yang ditapis kemudian mengalir masuk ke karburetor.
2. Jenis daya bekal(force feed system)
Sistem ini terdiri daripada tangki, pam, penapis, paip salur bahan api,
pancarongga pengambilan dan karburetor. Kedudukan tangki bahan api lebih rendah
daripada karburetor dan diletakkan jauh ke belakang. Bahan api dari tangki mengalir
melalui salur paip apabila terdapat sedutan dari pam bahan api ketika enjin
dihidupkan dan ditolak masuk ke karburetor.