NOTA DR SUPIAN M.NOOR
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
KATA, FRASA, KLAUSA dan AYAT
Subjek
Satu daripada dua bahagian ayat yang dipenuhi oleh frasa nama dan letaknya di depan predikat
di dalam pola ayat biasa.
Predikat
Satu daripada dua bahagian ayat yang dipenuhi oleh frasa nama atau frasa adjektif atau frasa
kerja. Dalam pola ayat biasa, letak predikat ialah sesudah subjek.
Objek
Frasa nama yang letaknya sesudah kata kerja transitif atau sesudah kata sendi. Contohnya,
objek tempat itu dalam frasa dari tempat itu atau objek buku dalam frasa membaca buku.
Penerang
Kata atau frasa atau klausa yang bertugas sebagai penerang kata nama. Contohnya, kata
adjektif tua dalam frasa orang tua dan frasa sendi di atas bukit dalam frasa rumah di atas bukit.
Keterangan
Kata atau frasa atau klausa yang merupakan tambahan sebagai keterangan kepada predikat
ayat.
Pelengkap
Kata nama yang bertugas untuk melengkapi kata kerja tak transitif atau kata adjektif.
Contohnya kata nama muka dalam frasa kerja bertemu muka atau kata nama tangan dalam
frasa adjektif panjang tangan.

1
JENIS-JENIS FRASA
Frasa
Sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau
predikat ayat. Contohnya, Ali dan doktor dalam ayat Ali doktor atau tiga orang pelajar itu dan
pengawas sekolah dalam ayat Tiga orang pelajar itu pengawas sekolah.
Frasa Nama
Kata nama atau sekumpulan kata yang utamanya kata nama dan yang dapat bertugas sebagai
subjek atau objek atau predikat dalam ayat. Contohnya: frasa nama beliau dan guru atau frasa
nama ketiga-tiga ekor kucing itu dalam ayat ketiga-tiga kucing itu lapar.
Frasa Sendi
Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi itu.
Contohnya; di sini atau dari tempat.
Frasa Adjektif
Kata adjektif yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang
mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya. Contohnya; berani atau sangat berani dalam
ayat orang itu berani atau dia sangat berani.
Frasa Kerja Tak Transitif
Kata kerja tanpa objek yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata
yang mempunyai kata kerja transitif sebagai kata utamanya. Contohnya; bertemu atau akan
bertemu.
Frasa Kerja Transitif
Frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama yang menjadi objek
kepada kata kerja transitif itu. Contohnya; membaca buku atau membaca buku itu dalam ayat
dia sedang membaca buku atau dia membaca buku itu.
Frasa Kerja Pasif Diri Pertama
Frasa yang terdiri daripada kata ganti diri pertama serta kata kerja asalnya kata kerja transitif
tetapi awalan men- pada kata kerja transitif itu ditiadakan. Contohnya; saya baca dalam ayat
buku itu saya baca.

2
Frasa Kerja Pasif Diri Kedua
Frasa yang terdiri daripada kata ganti diri kedua serta kata kerja yang asalnya kata kerja transitif
tetapi awalan men- pada kata transitif itu ditiadakan. Contohnya; kamu ambil dalam ayat wang
itu jangan kamu ambil.
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga
Frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- dan yang diikuti kata sendi oleh serta
frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh boleh digugurkan manakala frasa nama itu pula
terdiri daripada kata ganti diri ketiga. Contohnya; ditulis oleh mereka atau ditulis beliau.
Keterangan
Frasa yang bertugas sebagai keterangan dalam ayat, iaitu sebagai tambahan kepada
predikatnya. Contohnya; frasa sendi ke tempat itu bertugas sebagai penerang dalam ayat jalan
ke tempat itu berbelok-belok atau frasa nama yang mencuri wang saya bertugas sebagai
penerang dalam ayat orang yang mencuri wang sudah mengaku.

3
JENIS-JENIS KLAUSA
Takrif Klausa
Sekelompok kata yang terdiri daripada subjek dan predikat seperti ayat juga.
Klausa Subjek
Klausa yang bertugas sebagai subjek dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa ayat apa yang
terjadi dalam ayat apa yang terjadi belum diketahui.
Klausa Predikat
Klausa yang bertugas sebagai predikat ayat pancangan . Contohnya; klausa tiada seorang pun
dalam ayat sonsang tiada seorang pun yang mahu menolongnya.
Klausa Objek
Klausa bawahan yang bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif atau kepada kata sendi
dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata dalam ayat
semua orang tahu bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata.
Klausa Pelengkap
Klausa bawahan yang bertugas sebagai pelengkap kepada kata kerja intransitif atau kepada
kata adjektif dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa bahawa dia tidak sependapat dengan
saya dala ayat Ahmad berkata bahawa dia tidak sependapat dengan saya.
Klausa Keterangan
Klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa
sehingga seluruh kampong itu kebanjiran dalam ayat Hujan turun dengan lebatnya sehingga
seluruh kampong itu kebanjiran.
Klausa Penerang
Klausa yang bertugas sebagai penerang dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa bahawa dia
malas belajar dalam ayat Kegagalannya dalam peperiksaan disebabkan oleh kenyataan
bahawa dia malas belajar.

4
Klausa Utama
Klausa yang dapat berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat selengkapnya apabila dipisahkan
daripada klausa bawahan yang terikat padanya dalam sesuatu ayat sepenuhnya. Contohnya;
klausa utama bayi itu menangis dalam ayat Bayi itu menangis kerana (dia) lapar.

JENIS-JENIS AYAT

Ayat
Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada 2 bahagian
iaitu subjek dan predikat. Contohnya; Orang itu (subjek) guru (predikat).
Ayat Inti
Ayat yang paling sederhana bentuknya dan menjadi dasar bagi ayat-ayat lain yang tidak
terhitung banyaknya. Contohnya; Rumah itu cantik sekali.
Ayat Transformasi
Ayat yang berubah bentuknya daripada bentuk inti yang menjadi asal atau dasarnya. Misalnya
ayat pasif, ayat tanya, dan ayat perintah ialah ayat transformasi. Demikianlah juga ayat
gabungan atau ayat pancangan.
Ayat Songsang
Ayat yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan. Contohnya; Habislah
wang saya atau Akan saya baca buku itu.
Ayat Songsang Terbahagi
Ayat songsang yang predikatnya terbahagi iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang, dan
subjeknya di tengah. Contohnya; tidak ke laut/nelayan itu/ hari ini atau saya terima/ wang itu/
daripadanya.

5
Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud sesuatu pernyataan atau memberikan keterangan tentang
sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda nokhtah (.). Contohnya; Orang itu guru. Atau Orang
itu bukan guru. Atau Dia belum datang dan sebagainya.
Ayat Tanya
Ayat yang dimaksudkan untuk menayakan sesuatu. Contohnya; Namanya siapa?
Ayat Tanya Biasa
Ayat Tanya yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan . Contohnya;
Siapakah orang itu?
Ayat Nafi Negatif
Ayat yang di dalamnya terdapat kata naïf seperti bukan atau tidak. Contohnya; Dia bukan
pencuri atau Dia tidak mahu datang.
Ayat Penegas
Ayat yang disertai kata penegas seperti ada, adalah dan ialah. Contohnya; Dia ada datang ke
rumah saya atau Kisah itu adalah kisah benar atau Orang itu adalah pencuri.
Ayat Seruan
Ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). contohnya; Aduh, sakitnya
kepalaku!
Ayat Pembandingan
Ayat untuk menyatakan pembandingan seperti Ali pandai seperti Eng San atau Ali sama pandai
dengan Eng San, atau Ali sepandai Eng San.
Ayat Penggalan
Ayat yang subjeknya atau predikatnya ditiadakan. Contohnya; Pergilah ke rumahnya atau
Hendak ke mana? Atau Alangkah cantiknya!
Ayat Aktif
Ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan jika ada objek maka objeknya itu
berperanan sebagai penderita. Contohnya; Bayi itu tidur atau Ali sedang membaca buku.
6
Ayat Pasif
Ayat yang subjeknya berperanan sebagai penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif.
Contohnya; Buku itu (penderita) dibaca (kata kerja pasif) oleh Ali.
Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat yang didalamnya terdapat kata kerja yang tidak berawalan men- serta didahului oleh kata
ganti diri pertama. Contohnya; Buku itu sudah saya baca.
Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja yang tidak men- dan didahului oleh kata ganti diri
kedua. Contohnya; Wang itu sebaiknya kamu simpan di dalam bank.
Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja pasif berawalan di- dan diikuti frasa sendi yang
terbentuk daripada kata sendi oleh frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh itu boleh
digugurkan. Contohnya; Dia dikejar oleh anjing atau Dia dikejar anjing.
Ayat Pasif Biasa
Ayat pasif yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang. Contohnya; Buku itu sudah
saya baca.
Ayat Pasif Songsang
Ayat pasif yang predikatnya di depan dan subjeknya di belakang. Contohnya; Buku itu sudah
saya baca.
Ayat Perintah/Suruhan
Ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu
atau melakukan sesuatu. Contohnya; Jangan pergi atau Ambillah barang itu.
Ayat Perintah Aktif
Ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja intaransitif. Contohnya; Pergilah atau belajarlah
atau melompatlah atau tersenyumlah.
Ayat Perintah Pasif
Ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja pasif. Contohnya; Bacalah atau bacalah buku itu.
7
Ayat Larangan Aktif
Ayat perintah aktif yang disertai kata penerangan jangan atau musnah. Contohnya; Jangan
ganggu gadis itu dan usah risaukan hatinya.
Ayat Tunggal
Ayat yang subjeknya hanya satu dan predikatnya hanya satu. Contohnya; Kucingku mengejar
tikus itu.
Ayat Majmuk
Ayat gabungan atau ayat pancangan yang terjadi atau berasal daripada dua atau beberapa ayat
yang digabungkan atau dipancungkan.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat yang terbentuk daripada dua ayat tunggal sekurang-kurangnya dan yang digabungkan
dengan kata hubung seperti atau, dan, lalu, maka, tetapi dan sebagainya. Contohnya; Langit
mendung lalu hujan pun turun.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang berasal daripada dua atau beberapa ayat tunggal dan salah satunya dipancangkan
pada ayat yang satu lagi. Contohnya; Sebelum aku pergi ke Singapura aku ingin menemuimu.
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat gabungan serta ayat pancangan. Contohnya;
Ali serta kawannya sangat gembira kerana memperoleh markah yang sangat baik dalam
peperiksaan.

8

SINTAKSIS

  • 1.
    NOTA DR SUPIANM.NOOR SINTAKSIS BAHASA MELAYU KATA, FRASA, KLAUSA dan AYAT Subjek Satu daripada dua bahagian ayat yang dipenuhi oleh frasa nama dan letaknya di depan predikat di dalam pola ayat biasa. Predikat Satu daripada dua bahagian ayat yang dipenuhi oleh frasa nama atau frasa adjektif atau frasa kerja. Dalam pola ayat biasa, letak predikat ialah sesudah subjek. Objek Frasa nama yang letaknya sesudah kata kerja transitif atau sesudah kata sendi. Contohnya, objek tempat itu dalam frasa dari tempat itu atau objek buku dalam frasa membaca buku. Penerang Kata atau frasa atau klausa yang bertugas sebagai penerang kata nama. Contohnya, kata adjektif tua dalam frasa orang tua dan frasa sendi di atas bukit dalam frasa rumah di atas bukit. Keterangan Kata atau frasa atau klausa yang merupakan tambahan sebagai keterangan kepada predikat ayat. Pelengkap Kata nama yang bertugas untuk melengkapi kata kerja tak transitif atau kata adjektif. Contohnya kata nama muka dalam frasa kerja bertemu muka atau kata nama tangan dalam frasa adjektif panjang tangan. 1
  • 2.
    JENIS-JENIS FRASA Frasa Sepatah kataatau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat ayat. Contohnya, Ali dan doktor dalam ayat Ali doktor atau tiga orang pelajar itu dan pengawas sekolah dalam ayat Tiga orang pelajar itu pengawas sekolah. Frasa Nama Kata nama atau sekumpulan kata yang utamanya kata nama dan yang dapat bertugas sebagai subjek atau objek atau predikat dalam ayat. Contohnya: frasa nama beliau dan guru atau frasa nama ketiga-tiga ekor kucing itu dalam ayat ketiga-tiga kucing itu lapar. Frasa Sendi Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi itu. Contohnya; di sini atau dari tempat. Frasa Adjektif Kata adjektif yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya. Contohnya; berani atau sangat berani dalam ayat orang itu berani atau dia sangat berani. Frasa Kerja Tak Transitif Kata kerja tanpa objek yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja transitif sebagai kata utamanya. Contohnya; bertemu atau akan bertemu. Frasa Kerja Transitif Frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja transitif itu. Contohnya; membaca buku atau membaca buku itu dalam ayat dia sedang membaca buku atau dia membaca buku itu. Frasa Kerja Pasif Diri Pertama Frasa yang terdiri daripada kata ganti diri pertama serta kata kerja asalnya kata kerja transitif tetapi awalan men- pada kata kerja transitif itu ditiadakan. Contohnya; saya baca dalam ayat buku itu saya baca. 2
  • 3.
    Frasa Kerja PasifDiri Kedua Frasa yang terdiri daripada kata ganti diri kedua serta kata kerja yang asalnya kata kerja transitif tetapi awalan men- pada kata transitif itu ditiadakan. Contohnya; kamu ambil dalam ayat wang itu jangan kamu ambil. Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga Frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- dan yang diikuti kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh boleh digugurkan manakala frasa nama itu pula terdiri daripada kata ganti diri ketiga. Contohnya; ditulis oleh mereka atau ditulis beliau. Keterangan Frasa yang bertugas sebagai keterangan dalam ayat, iaitu sebagai tambahan kepada predikatnya. Contohnya; frasa sendi ke tempat itu bertugas sebagai penerang dalam ayat jalan ke tempat itu berbelok-belok atau frasa nama yang mencuri wang saya bertugas sebagai penerang dalam ayat orang yang mencuri wang sudah mengaku. 3
  • 4.
    JENIS-JENIS KLAUSA Takrif Klausa Sekelompokkata yang terdiri daripada subjek dan predikat seperti ayat juga. Klausa Subjek Klausa yang bertugas sebagai subjek dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa ayat apa yang terjadi dalam ayat apa yang terjadi belum diketahui. Klausa Predikat Klausa yang bertugas sebagai predikat ayat pancangan . Contohnya; klausa tiada seorang pun dalam ayat sonsang tiada seorang pun yang mahu menolongnya. Klausa Objek Klausa bawahan yang bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif atau kepada kata sendi dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata dalam ayat semua orang tahu bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata. Klausa Pelengkap Klausa bawahan yang bertugas sebagai pelengkap kepada kata kerja intransitif atau kepada kata adjektif dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa bahawa dia tidak sependapat dengan saya dala ayat Ahmad berkata bahawa dia tidak sependapat dengan saya. Klausa Keterangan Klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa sehingga seluruh kampong itu kebanjiran dalam ayat Hujan turun dengan lebatnya sehingga seluruh kampong itu kebanjiran. Klausa Penerang Klausa yang bertugas sebagai penerang dalam ayat pancangan. Contohnya; klausa bahawa dia malas belajar dalam ayat Kegagalannya dalam peperiksaan disebabkan oleh kenyataan bahawa dia malas belajar. 4
  • 5.
    Klausa Utama Klausa yangdapat berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat selengkapnya apabila dipisahkan daripada klausa bawahan yang terikat padanya dalam sesuatu ayat sepenuhnya. Contohnya; klausa utama bayi itu menangis dalam ayat Bayi itu menangis kerana (dia) lapar. JENIS-JENIS AYAT Ayat Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada 2 bahagian iaitu subjek dan predikat. Contohnya; Orang itu (subjek) guru (predikat). Ayat Inti Ayat yang paling sederhana bentuknya dan menjadi dasar bagi ayat-ayat lain yang tidak terhitung banyaknya. Contohnya; Rumah itu cantik sekali. Ayat Transformasi Ayat yang berubah bentuknya daripada bentuk inti yang menjadi asal atau dasarnya. Misalnya ayat pasif, ayat tanya, dan ayat perintah ialah ayat transformasi. Demikianlah juga ayat gabungan atau ayat pancangan. Ayat Songsang Ayat yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan. Contohnya; Habislah wang saya atau Akan saya baca buku itu. Ayat Songsang Terbahagi Ayat songsang yang predikatnya terbahagi iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang, dan subjeknya di tengah. Contohnya; tidak ke laut/nelayan itu/ hari ini atau saya terima/ wang itu/ daripadanya. 5
  • 6.
    Ayat Penyata Ayat yangdiucapkan dengan maksud sesuatu pernyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda nokhtah (.). Contohnya; Orang itu guru. Atau Orang itu bukan guru. Atau Dia belum datang dan sebagainya. Ayat Tanya Ayat yang dimaksudkan untuk menayakan sesuatu. Contohnya; Namanya siapa? Ayat Tanya Biasa Ayat Tanya yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan . Contohnya; Siapakah orang itu? Ayat Nafi Negatif Ayat yang di dalamnya terdapat kata naïf seperti bukan atau tidak. Contohnya; Dia bukan pencuri atau Dia tidak mahu datang. Ayat Penegas Ayat yang disertai kata penegas seperti ada, adalah dan ialah. Contohnya; Dia ada datang ke rumah saya atau Kisah itu adalah kisah benar atau Orang itu adalah pencuri. Ayat Seruan Ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). contohnya; Aduh, sakitnya kepalaku! Ayat Pembandingan Ayat untuk menyatakan pembandingan seperti Ali pandai seperti Eng San atau Ali sama pandai dengan Eng San, atau Ali sepandai Eng San. Ayat Penggalan Ayat yang subjeknya atau predikatnya ditiadakan. Contohnya; Pergilah ke rumahnya atau Hendak ke mana? Atau Alangkah cantiknya! Ayat Aktif Ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan jika ada objek maka objeknya itu berperanan sebagai penderita. Contohnya; Bayi itu tidur atau Ali sedang membaca buku. 6
  • 7.
    Ayat Pasif Ayat yangsubjeknya berperanan sebagai penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif. Contohnya; Buku itu (penderita) dibaca (kata kerja pasif) oleh Ali. Ayat Pasif Diri Pertama Ayat yang didalamnya terdapat kata kerja yang tidak berawalan men- serta didahului oleh kata ganti diri pertama. Contohnya; Buku itu sudah saya baca. Ayat Pasif Diri Kedua Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja yang tidak men- dan didahului oleh kata ganti diri kedua. Contohnya; Wang itu sebaiknya kamu simpan di dalam bank. Ayat Pasif Diri Ketiga Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja pasif berawalan di- dan diikuti frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi oleh frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh itu boleh digugurkan. Contohnya; Dia dikejar oleh anjing atau Dia dikejar anjing. Ayat Pasif Biasa Ayat pasif yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang. Contohnya; Buku itu sudah saya baca. Ayat Pasif Songsang Ayat pasif yang predikatnya di depan dan subjeknya di belakang. Contohnya; Buku itu sudah saya baca. Ayat Perintah/Suruhan Ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. Contohnya; Jangan pergi atau Ambillah barang itu. Ayat Perintah Aktif Ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja intaransitif. Contohnya; Pergilah atau belajarlah atau melompatlah atau tersenyumlah. Ayat Perintah Pasif Ayat perintah yang frasa kerjanya frasa kerja pasif. Contohnya; Bacalah atau bacalah buku itu. 7
  • 8.
    Ayat Larangan Aktif Ayatperintah aktif yang disertai kata penerangan jangan atau musnah. Contohnya; Jangan ganggu gadis itu dan usah risaukan hatinya. Ayat Tunggal Ayat yang subjeknya hanya satu dan predikatnya hanya satu. Contohnya; Kucingku mengejar tikus itu. Ayat Majmuk Ayat gabungan atau ayat pancangan yang terjadi atau berasal daripada dua atau beberapa ayat yang digabungkan atau dipancungkan. Ayat Majmuk Gabungan Ayat yang terbentuk daripada dua ayat tunggal sekurang-kurangnya dan yang digabungkan dengan kata hubung seperti atau, dan, lalu, maka, tetapi dan sebagainya. Contohnya; Langit mendung lalu hujan pun turun. Ayat Majmuk Pancangan Ayat yang berasal daripada dua atau beberapa ayat tunggal dan salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Contohnya; Sebelum aku pergi ke Singapura aku ingin menemuimu. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat gabungan serta ayat pancangan. Contohnya; Ali serta kawannya sangat gembira kerana memperoleh markah yang sangat baik dalam peperiksaan. 8