SlideShare a Scribd company logo
1 of 46
MORFOLOGI
DAN
SINTAKSIS
HJ FAUZI BIN SALLEH
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
Secara umumnya, tatabahasa bahasa
Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan
pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
1 Morfologi
o
1.1 Morfem
 1.1.1 Morfem
terikat/imbuhan
o
1.2 Proses Pembentukan
Kata
o
1.3 Golongan Kata
2 Sintaksis
o
2.1 Ayat
o
2.2 Frasa
3 Lihat juga

Morfologi ialah bidang yang mengkaji
struktur,
pembentukan
kata
dan
golongan kata. Dalam morfologi, unit
terkecil yang mempunyai makna dan
tugas nahu ialah morfem. Para pelajar
juga perlu mengetahui maksud istilah
morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua
adalah berbeza dari segi fungsi dan
konsep.
Tatabahasa
bahasa Melayu

Sintaksis

Morfologi
Jenis ayat
Ayat penyata

Ayat transitif

Ayat intransitif

Ayat aktif

Ayat pasif

Ayat nafi

Ayat songsang

Ayat inti

Ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru






Golongan kata

Kata nama

Kata ganti nama

Kata kerja

Kata sifat

Kata tugas

Kata hubung

Kata keterangan

Kata sendi
Pembentukan kata
Imbuhan kata nama
Imbuhan kata kerja

Istilah pinjaman
Lain-lain

Kata bilangan

Kata istilah
Penjodoh bilangan

Bentuk jamak

Hukum D-M
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata
tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil,
maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika
dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya,
perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.
Morfem Bebas

Morfem terikat/imbuhan

Dapat berdiri sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa

Bentuk imbuhan, misalnya:
mem, per, kan, ber

Mempunyai maksud sendiri.

Tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi tatabahasa atau
nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata dan seterusnya makna
ayat.
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
•Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar.
Misalnya membaca, menghafal.
•Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
•Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar.
Misalnya telapak (tapak)
•Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran
kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA -->
AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum
yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit
yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad
sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek
dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK,
FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa
endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur
inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan
mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini
kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur
inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Frasa

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak
mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah .
Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada
tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya
berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat
tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan
penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir
Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara
hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam.
Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan
pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu
sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang
tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan
perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak
menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya
berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat
tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan
penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir
Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara
hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam.
Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan
pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu
sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang
tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan
perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak
menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua
Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri
daripada dua langkah:
Objek dipindahkan ke pangkal ayat;
Awalan meN digugurkan.
Kesalahan yang biasa berlaku
1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap
keinggerisan. Misalnya:
Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.
Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima:
That letter was sent by me yesterday.
The form must be filled by you first.
Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku
ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul:
Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.
Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan
aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
2. Kesalahan tidak menggugurkan meN
Ayat pasif

Ayat aktif

Salah

Betul

Saya membeli kereta itu
daripada Ali.

Kereta itu saya
membelidaripada Ali.

Kereta itu saya belidaripada
Ali.

Anda mesti
menjawab soalan-soalan itu.

Soalan-soalan itu mesti anda
menjawab.

Soalan-soalan itu mesti anda
jawab.

Kamu mestilah menyiapkan
kerja itu hari ini.

Kerja itu mesti kamu
menyiapkan hari ini.

Kerja itu mesti kamu
siapkan hari ini.

3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata
kerja pasif
Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak
boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau
kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata
kerja pasif.
Salah

Betul

Buku itu saya telah baca.

Buku itu telah saya baca.

Buku itu saya tidak baca.

Buku itu tidak saya baca.

Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini.

Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.
Ayat pasif untuk pelaku ketiga
Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan
aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat
oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif
ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu
tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang
ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang
mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga
dianggap betul.
Salah

Betul

Buku itu Ahmad baca.

Buku itu dibaca oleh Ahmad.

Surat itu abang hantar semalam.

Surat itu dihantar oleh abang semalam.

Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini.

Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari
ini.
Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri
Kata kerja aktif

Pasif diri
pertama

Pasif diri kedua

Pasif diri ketiga

memberi
menyapu
melukis
membayar

saya beri
kusapu
kami lukis
kita bayar

anda beri
kausapu
kamu lukis
anda bayar

diberi
disapu
dilukis
dibayar

Ayat pasif yang lain
Ayat pasif "ber"
Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang
juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai
ganti untuk awalan "di":
Penggunaan "ber"

Penggunaan "di"

Seluar saya belum berjahit.

Seluar saya belum dijahit.

Surat itu sudah bertaip.

Surat itu sudah ditaip.

Pintu rumah sudah berkunci.

Pintu rumah sudah dikunci.
Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan.
Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan
dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku
sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh",
umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun,
penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya
bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.
Ayat pasif "ter"
Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan
tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.
Menunjukkan keupayaan

Menunjukkan perbuatan yang siap

Batu yang besar
itu terangkat olehku.

Kedai itu tertutup sejak tadi.

Projek yang rumit
itu terlaksana juga oleh usahawan
baru.

Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan.

Cita-cita ibu yang besar
itu tertunai juga olehnya.

Perabot di ruang tamu itutersusun.
Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk
menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.
Ayat pasif "ke-an"
Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk
"mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat
diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada
itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.

Penggunaan bentuk pasif "ke-an"

Maksud

Kerana lewat bangun, saya ketinggalan
bas.

Kerana lewat bangun, saya mengalami
keadaan "ditinggalkan bas".

Jiran saya kecurian malam tadi.

Jiran saya mengalami keadaan "hartanya
dicuri orang".

Orang itu baru kematian suami.

Orang itu mengalami keadaan "suaminya
mati".
Ayat pasif "kena"
Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai
ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh
orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif
ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai
pilihan lain.
Penggunaan "kena"
Pemandu itu kena saman.

Penggunaan "di"
Pemandu itu disaman.

Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul.
Pencuri itu kena tangkap.

Pencuri itu ditangkap.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan
maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan
sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat
saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu,
sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang
lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
Ayat penyata:
Ayat transitif dan ayat intransitif
Ayat aktif dan ayat pasif
Ayat sungsang
Ayat nafi
Ayat inti dan ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
.
Ayat pasif
Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan
subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap
objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak
dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.
Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang
anda hendak pentingkan atau menegaskan.
Contohnya:
Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu",
bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu.
Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan
perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu
yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan,
ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah

Contoh penggunaan

Perintah

Berdiri di atas kerusi itu.

Suruhan

Ikat tali kasut anda dengan betul.

Larangan

Jangan pergi ke sungai yang
dalam airnya.

Permintaan

Tolong angkat baju itu.

Ajakan

Mengucaplah banyak-banyak.

Silaan

Sila jamu selera.

Doa

Syukurlah kamu sudah kembali.

Harapan

Harap-harap hari tidak hujan.
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai
susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan.
Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada
orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa
awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan.
Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak
memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan
objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan
"tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk
menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:
Ayat biasa

Ayat nafi

Cadangannya harus diketepikan.

Cadangannya tidak perlu kita
pedulikan.

Kerja ketua memang susah.

Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di
atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa
menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh
diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
Bukankah orang itu guru kamu?
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya
ialah frasa nama. Contohnya:
Ini bukan kucing.
Malaysia bukan negara republik.
Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa
nama dalam hubungan seperti yang berikut:
Dia bukan bodoh, tetapi malas.
Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata
tidak":
Dia tidak bodoh, tetapi malas.
Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit
perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara
biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua
keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian,
umpamanya:
Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Saya bukan dari sektor kerajaan.
Malaysia bukan di benua Afrika.
Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh
saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan
kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara
penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
[sunting]Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
[sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
[sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata

Ayat tanya

Tetamu sudah tiba.

Tetamu sudah tiba?

Buah itu sudah masak.

Buah itu sudah masak?

Mereka hendak menolong kita.

Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya
boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam
pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir
ayat.
[sunting]2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui
penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata

Ayat tanya

Tetamu sudah tiba?

Sudah tibakah tetamu?

Buah itu sudah masak?

Sudah masakkah buah itu?

Mereka hendak menolong
kita?

Hendak menolong
kitakah mereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk
mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan
kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa.

Kata

Ayat tanya
Tanpa partikel "kah"
Dengan partikel "kah"

Ada

Tiada

Adakah cara saya ini betul?

Apa

Apa yang kamu beli tadi?

Apakah yang kamu beli
tadi?

Bagaimana

Bagaimana cara untuk
mendaftar diri?

Bagaimanakah cara untuk
mendaftar diri?

Bila

Bila ayah kamu pulang?

Bilakah ayah kamu pulang?

Mengapa

Mengapa kamu datang
lambat hari ini?.

Mengapakah kamu datang
lambat hari ini?.

Mana

Mana ibu?

Manakah ibu?

Siapa

Siapa nama jiran baru
kamu?

Siapakah nama jiran baru
kamu?
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah".
Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
Tetamu sudah tibakah?
Buah itu sudah masakkah?
Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti
berikut:
Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan
dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula
terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA
→
SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG
→
PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF
→
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya
membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali
sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain
itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan
bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat

Susunan biasa

Susunan songsang

Ayat tanya

Ayat pasif

Encik Yosri birokrat.

Birokratlah Encik Yosri.

Kucing itu ke sana.

Ke sana kucing itu.

Orang itu adik kamu?

Adik kamukah orang itu?

Kamu belum makan?

Belum makankah kamu?

Surat itu akan saya kirimkan.

Ayat inti

Akan saya kirimkan surat itu.

Saya ketinggalan bas pada
hari itu.

Ketinggalan bas saya pada
hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel
"kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu
digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
[sunting]Ayat inti
Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk
menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan
sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas
ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti
amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,
sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan
cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang
digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung
seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan
pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Ayat dengan ayat
Subjek dengan subjek
Predikat dengan predikat
Adverba dengan adverba
Objek dengan objek.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan

Ayat komponen

Ayat gabungan

Ayat dengan ayat

Abu amat rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya.

Abu amat rajin bekerja dan
majikan menaikkan gajinya.

Subjek dengan subjek

Ali suka makan manggis.
Ahmad suka makan manggis.

Ali dan Ahmad suka makan
manggis.

Predikat dengan predikat

Mereka menghadiri ceramah
itu.
Mereka menganggap ceramah
itu sangat berfaedah.

Mereka menghadiri ceramah itu
kerana mereka menganggap
ceramah itu sangat berfaedah.

Adverba dengan adverba

Saya akan menghabiskan kerja
itu besok.
Jika tidak jadi, saya akan
menghabiskan kerja itu lusa.

Saya akan menghabiskan kerja
itu besok atau lusa.

Objek dengan objek

Ibu membeli sayur di pasar.
Ibu membeli ikan di pasar.

Ibu membeli sayur dan ikan di
pasar.

-

Sedangkan dia tidak dapat
memasuki kolej itu, apatah lagi
saya.

Ayat gabungan dengan kata
penghubung yang
berpasangan
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat
mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal
sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
[sunting]Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar
dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih
askar berbanding dengan tentera Jepun.
Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian
yang besar:
Kata nama
Kata kerja
Adjektif
Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian
dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa
berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka.
"Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat,
walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan
faktorsintesis dan semantik.
Kata nama
Rencana utama: Kata nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama
khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat
, benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang
secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula
ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai
penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja
diberi imbuhan.
Kata kerja
Rencana utama: Kata kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada
yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan,
dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (
Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak
Melampau ).
[sunting]Adjektif
Rencana utama: Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang
menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata
berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi
Rencana utama: Kata sendi
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
[sunting]Kata hubung
Rencana utama: Kata hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
[sunting]Kata seru
Rencana utama: Kata seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah,
gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
[sunting]Kata tanya
Rencana utama: Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya
hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila
digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau
di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada
akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana,
bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Rencana utama: Kata perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar,
contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di
akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan
pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan
[sunting]keAwalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan
tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung
dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan
dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk
membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud
berikut kepada kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata
dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa
erti-erti berikut:
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
mem-

men-

Fonem pertama
kata dasar

Gugurkan?

Contoh

/b/

Bentuk imbuhan

Tidak

baris → pembaris

/p/
/c/
/d/
/j/
/sy/

Ya

panah → pemanah

Tidak

Huraian

Kecuali kata pinjaman dan
sebilangan kecil kata jati
Cth: pempamer

curi → pencuri
datang → pendatang
jahat → penjahat
syarah → pensyarah

/t/

Ya

tari → penari

(vokal)

Tidak

arah → pengarah

/g/

Tidak

Kecuali kata pinjaman dan
sebilangan kecil kata jati
Cth: pentadbir

ganti → pengganti

meng/k/

meny-

/s/

me-

/l/
/m/
/n/
/ng/
/ny/
/r/
/w/
/y/

karat → pengarat

Kecuali kata pinjaman dan
sebilangan kecil kata jati
Cth: pengkaji

Ya

sakit → penyakit

Kecuali sesetengah kata
pinjaman dan sebilangan
kecil kata jati
Cth: penstabil

Tidak

lambung → pelampung
makan → pemakan
nyanyi → penyanyi
rasa → perasa
wangi → pewangi

Ya

Untuk kata dasar satu suku
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan
berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan
penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan
konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti
penggosok disebut peng-go-sok.
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
[sunting]peImbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar
yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-"
hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
[sunting]perImbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang
sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
Akhiran
[sunting]-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
[sunting]Apitan
[sunting]ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
[sunting]pe(n)-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pertandingan, pergeseran
tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.
[sunting]Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh
imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak →
telapak; kuning → kemuning.
Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda.
Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
Kata bilangan tentu
Contoh: satu, dua, tiga
Kata bilangan tak tentu
Contoh: beberapa, banyak, segala
Kata bilangan himpunan
Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
Kata bilangan pecahan
Contoh: setengah, tiga suku
Kata bilangan pisahan
Contoh: tiap-tiap, masing-masing
Kata bilangan tingkat
Contoh: pertama, kedua, ketiga
Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk
mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.
[sunting]Definisi dan contoh
Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh
disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan
konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan.
Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya,
dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan
untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka:
tiga orang pelajar
tiga orang guru
Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun, bahasa
Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa
Maya.
[sunting]Lihat juga
Penjodoh bilangan bahasa Melayu
Penjodoh bilangan bahasa Cina
Kategori: Linguistik
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang
mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan
mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah
Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap
keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa
Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang
sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan

Padanan bahasa
Inggeris

Pembetulan

dalam lain perkataan

in other words

dengan kata-kata lain

lain-lain perkara

other matters

perkara-perkara lain

Minah Restoran

Minah Restaurant

Restoran Minah

Dunlop tayar

Dunlop tyre

tayar Dunlop

goreng pisang

fried banana

pisang goreng

cili sos

chilli sauce

sos cili

More Related Content

What's hot

Penulisan kreatif cerpen
Penulisan kreatif cerpenPenulisan kreatif cerpen
Penulisan kreatif cerpenTSMastazameatun
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)Ummu Khair
 
Psikolinguistik
Psikolinguistik Psikolinguistik
Psikolinguistik xue er tui
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacanaBudak baek
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppdMat mohd
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Perbezaan Ejaan Lama dan Baru
Perbezaan Ejaan Lama dan BaruPerbezaan Ejaan Lama dan Baru
Perbezaan Ejaan Lama dan BaruHanim Zabidi
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)harisanua
 

What's hot (20)

Analisis ayat
Analisis ayatAnalisis ayat
Analisis ayat
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
Penulisan kreatif cerpen
Penulisan kreatif cerpenPenulisan kreatif cerpen
Penulisan kreatif cerpen
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Ayat Majmuk Campuran
Ayat Majmuk CampuranAyat Majmuk Campuran
Ayat Majmuk Campuran
 
Psikolinguistik
Psikolinguistik Psikolinguistik
Psikolinguistik
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Ayat transformasi
Ayat transformasiAyat transformasi
Ayat transformasi
 
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Perbezaan Ejaan Lama dan Baru
Perbezaan Ejaan Lama dan BaruPerbezaan Ejaan Lama dan Baru
Perbezaan Ejaan Lama dan Baru
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)
 
5 panggilan hormat
5 panggilan hormat5 panggilan hormat
5 panggilan hormat
 

Similar to MorfSintaksis

BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIAZURYATI1
 
Refleksi sintaksis
Refleksi sintaksisRefleksi sintaksis
Refleksi sintaksisriduan92
 
Kalimat dan kalimat_efektif
Kalimat dan kalimat_efektifKalimat dan kalimat_efektif
Kalimat dan kalimat_efektifTitikbudiarti
 
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptxTAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptxNormiMohdDali
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docxPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docxZukét Printing
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdfPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdfZukét Printing
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologimaulidanabilar
 
Makalah verba dalam bahasa arab
Makalah verba dalam bahasa arabMakalah verba dalam bahasa arab
Makalah verba dalam bahasa arabMuna Amatullah
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Oh Jenny
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Laila Mohd Sarjan
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Oh Jenny
 

Similar to MorfSintaksis (20)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
Kalimat efektif ppt
Kalimat efektif pptKalimat efektif ppt
Kalimat efektif ppt
 
Refleksi sintaksis
Refleksi sintaksisRefleksi sintaksis
Refleksi sintaksis
 
Kalimat dan kalimat_efektif
Kalimat dan kalimat_efektifKalimat dan kalimat_efektif
Kalimat dan kalimat_efektif
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 
Hakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtwsHakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtws
 
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptxTAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
TAJUK 4 MINGGU 5 dan 6.pptx
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docxPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdfPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
 
Makalah verba dalam bahasa arab
Makalah verba dalam bahasa arabMakalah verba dalam bahasa arab
Makalah verba dalam bahasa arab
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
Kesalahan berbahasa pada tataran sintaksis
Kesalahan berbahasa pada tataran sintaksisKesalahan berbahasa pada tataran sintaksis
Kesalahan berbahasa pada tataran sintaksis
 

More from saaidisudin

More from saaidisudin (11)

Bmm 3105
Bmm 3105Bmm 3105
Bmm 3105
 
Mauli
MauliMauli
Mauli
 
Mauli
MauliMauli
Mauli
 
Bmm 3105
Bmm 3105Bmm 3105
Bmm 3105
 
BMM 3105 PWPOINT
BMM 3105 PWPOINTBMM 3105 PWPOINT
BMM 3105 PWPOINT
 
Rph bmm3105 saaidi sudin bm1 sem3
Rph bmm3105 saaidi sudin bm1 sem3Rph bmm3105 saaidi sudin bm1 sem3
Rph bmm3105 saaidi sudin bm1 sem3
 
Bm lembaran kerja
Bm lembaran kerjaBm lembaran kerja
Bm lembaran kerja
 
Bm buku panduan
Bm buku panduanBm buku panduan
Bm buku panduan
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
15810570
1581057015810570
15810570
 
Powerpoint pemulihan okt 12
Powerpoint pemulihan okt 12Powerpoint pemulihan okt 12
Powerpoint pemulihan okt 12
 

MorfSintaksis

  • 1. MORFOLOGI DAN SINTAKSIS HJ FAUZI BIN SALLEH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS
  • 2. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat. 1 Morfologi o 1.1 Morfem  1.1.1 Morfem terikat/imbuhan o 1.2 Proses Pembentukan Kata o 1.3 Golongan Kata 2 Sintaksis o 2.1 Ayat o 2.2 Frasa 3 Lihat juga Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
  • 3. Tatabahasa bahasa Melayu Sintaksis Morfologi Jenis ayat Ayat penyata  Ayat transitif  Ayat intransitif  Ayat aktif  Ayat pasif  Ayat nafi  Ayat songsang  Ayat inti  Ayat gabungan Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru    Golongan kata  Kata nama  Kata ganti nama  Kata kerja  Kata sifat  Kata tugas  Kata hubung  Kata keterangan  Kata sendi Pembentukan kata Imbuhan kata nama Imbuhan kata kerja  Istilah pinjaman Lain-lain  Kata bilangan  Kata istilah Penjodoh bilangan  Bentuk jamak  Hukum D-M
  • 4. Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber Mempunyai maksud sendiri. Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
  • 5. Morfem terikat/imbuhan Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: •Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal. •Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. •Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak) •Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan. Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
  • 6. Sintaksis Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • 7. Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
  • 8. Frasa Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
  • 9. Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
  • 10. Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
  • 11. Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah: Objek dipindahkan ke pangkal ayat; Awalan meN digugurkan. Kesalahan yang biasa berlaku 1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Misalnya: Surat itu telah dihantar oleh saya semalam. Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu. Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima: That letter was sent by me yesterday. The form must be filled by you first. Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul: Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam. Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu. Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
  • 12. 2. Kesalahan tidak menggugurkan meN Ayat pasif Ayat aktif Salah Betul Saya membeli kereta itu daripada Ali. Kereta itu saya membelidaripada Ali. Kereta itu saya belidaripada Ali. Anda mesti menjawab soalan-soalan itu. Soalan-soalan itu mesti anda menjawab. Soalan-soalan itu mesti anda jawab. Kamu mestilah menyiapkan kerja itu hari ini. Kerja itu mesti kamu menyiapkan hari ini. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini. 3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Salah Betul Buku itu saya telah baca. Buku itu telah saya baca. Buku itu saya tidak baca. Buku itu tidak saya baca. Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.
  • 13. Ayat pasif untuk pelaku ketiga Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan. Kesalahan yang biasa berlaku Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul. Salah Betul Buku itu Ahmad baca. Buku itu dibaca oleh Ahmad. Surat itu abang hantar semalam. Surat itu dihantar oleh abang semalam. Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini. Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.
  • 14. Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri Kata kerja aktif Pasif diri pertama Pasif diri kedua Pasif diri ketiga memberi menyapu melukis membayar saya beri kusapu kami lukis kita bayar anda beri kausapu kamu lukis anda bayar diberi disapu dilukis dibayar Ayat pasif yang lain Ayat pasif "ber" Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di": Penggunaan "ber" Penggunaan "di" Seluar saya belum berjahit. Seluar saya belum dijahit. Surat itu sudah bertaip. Surat itu sudah ditaip. Pintu rumah sudah berkunci. Pintu rumah sudah dikunci.
  • 15. Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik. Ayat pasif "ter" Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku. Menunjukkan keupayaan Menunjukkan perbuatan yang siap Batu yang besar itu terangkat olehku. Kedai itu tertutup sejak tadi. Projek yang rumit itu terlaksana juga oleh usahawan baru. Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan. Cita-cita ibu yang besar itu tertunai juga olehnya. Perabot di ruang tamu itutersusun.
  • 16. Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah. Ayat pasif "ke-an" Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan. Penggunaan bentuk pasif "ke-an" Maksud Kerana lewat bangun, saya ketinggalan bas. Kerana lewat bangun, saya mengalami keadaan "ditinggalkan bas". Jiran saya kecurian malam tadi. Jiran saya mengalami keadaan "hartanya dicuri orang". Orang itu baru kematian suami. Orang itu mengalami keadaan "suaminya mati".
  • 17. Ayat pasif "kena" Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain. Penggunaan "kena" Pemandu itu kena saman. Penggunaan "di" Pemandu itu disaman. Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul. Pencuri itu kena tangkap. Pencuri itu ditangkap.
  • 18. Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: Ayat penyata: Ayat transitif dan ayat intransitif Ayat aktif dan ayat pasif Ayat sungsang Ayat nafi Ayat inti dan ayat gabungan Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru .
  • 19. Ayat pasif Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu) Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
  • 20. Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Contoh penggunaan Perintah Berdiri di atas kerusi itu. Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul. Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Permintaan Tolong angkat baju itu. Ajakan Mengucaplah banyak-banyak. Silaan Sila jamu selera. Doa Syukurlah kamu sudah kembali. Harapan Harap-harap hari tidak hujan.
  • 21. Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan. Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah: Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
  • 22. Ayat nafi Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor. Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya: Ayat biasa Ayat nafi Cadangannya harus diketepikan. Cadangannya tidak perlu kita pedulikan. Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.
  • 23. Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: Bukankah orang itu guru kamu? Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? Anda sudah faham, bukan?
  • 24. Penggunaan dengan frasa nama Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya: Ini bukan kucing. Malaysia bukan negara republik. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia. Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut: Dia bukan bodoh, tetapi malas. Dia bukan belajar, tetapi bermain. Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak": Dia tidak bodoh, tetapi malas. Dia tidak belajar, tetapi bermain. Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
  • 25. Penggunaan dengan frasa sendi Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. Saya bukan dari sektor kerajaan. Malaysia bukan di benua Afrika. Buku ini bukan untuk anda. Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
  • 26. Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak". [sunting]Ayat tanya Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: [sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya [sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
  • 27. Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat. [sunting]2. Menggunakan partikel "kah" Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu? Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu? Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka?
  • 28. Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna. 3. Menggunakan pelbagai kata Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa. Kata Ayat tanya Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Ada Tiada Adakah cara saya ini betul? Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi? Bagaimana Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri? Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang? Mengapa Mengapa kamu datang lambat hari ini?. Mengapakah kamu datang lambat hari ini?. Mana Mana ibu? Manakah ibu? Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?
  • 29. Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya: Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah? Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake? Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake? "Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
  • 30. Ayat songsang Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
  • 31. Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang Ayat tanya Ayat pasif Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri. Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu. Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu? Kamu belum makan? Belum makankah kamu? Surat itu akan saya kirimkan. Ayat inti Akan saya kirimkan surat itu. Saya ketinggalan bas pada hari itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu. Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu. [sunting]Ayat inti Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu) Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
  • 32. Ayat gabungan Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: Ayat dengan ayat Subjek dengan subjek Predikat dengan predikat Adverba dengan adverba Objek dengan objek. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
  • 33. Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan Ayat dengan ayat Abu amat rajin bekerja. Majikan menaikkan gajinya. Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya. Subjek dengan subjek Ali suka makan manggis. Ahmad suka makan manggis. Ali dan Ahmad suka makan manggis. Predikat dengan predikat Mereka menghadiri ceramah itu. Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. Adverba dengan adverba Saya akan menghabiskan kerja itu besok. Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa. Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa. Objek dengan objek Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli ikan di pasar. Ibu membeli sayur dan ikan di pasar. - Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan
  • 34. Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. Polar tidak percaya. Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya. [sunting]Ayat pancangan Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya: Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.
  • 35. Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar: Kata nama Kata kerja Adjektif Kata tugas. Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktorsintesis dan semantik.
  • 36. Kata nama Rencana utama: Kata nama Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
  • 37. Kata kerja Rencana utama: Kata kerja Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). [sunting]Adjektif Rencana utama: Adjektif Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
  • 38. Kata sendi Rencana utama: Kata sendi Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. [sunting]Kata hubung Rencana utama: Kata hubung Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. [sunting]Kata seru Rencana utama: Kata seru Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya. [sunting]Kata tanya Rencana utama: Kata tanya Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.
  • 39. Kata perintah Rencana utama: Kata perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan [sunting]keAwalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar: penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
  • 40. pe(n)Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
  • 41. mem- men- Fonem pertama kata dasar Gugurkan? Contoh /b/ Bentuk imbuhan Tidak baris → pembaris /p/ /c/ /d/ /j/ /sy/ Ya panah → pemanah Tidak Huraian Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pempamer curi → pencuri datang → pendatang jahat → penjahat syarah → pensyarah /t/ Ya tari → penari (vokal) Tidak arah → pengarah /g/ Tidak Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pentadbir ganti → pengganti meng/k/ meny- /s/ me- /l/ /m/ /n/ /ng/ /ny/ /r/ /w/ /y/ karat → pengarat Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: pengkaji Ya sakit → penyakit Kecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati Cth: penstabil Tidak lambung → pelampung makan → pemakan nyanyi → penyanyi rasa → perasa wangi → pewangi Ya Untuk kata dasar satu suku
  • 42. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok. Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja. [sunting]peImbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut: pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit [sunting]perImbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
  • 43. Akhiran [sunting]-an Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut. benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan benda kata dasar yang besar atau luas: lautan [sunting]Apitan [sunting]ke-…-an Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan [sunting]pe(n)-…-an Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pemeriksaan, pemilihan hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
  • 44. per-…-an Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pertandingan, pergeseran tempat: perumahan, perkuburan Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja. [sunting]Sisipan Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu: Kata bilangan tentu Contoh: satu, dua, tiga Kata bilangan tak tentu Contoh: beberapa, banyak, segala Kata bilangan himpunan Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan Kata bilangan pecahan Contoh: setengah, tiga suku Kata bilangan pisahan Contoh: tiap-tiap, masing-masing Kata bilangan tingkat Contoh: pertama, kedua, ketiga
  • 45. Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya. [sunting]Definisi dan contoh Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka: tiga orang pelajar tiga orang guru Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya. [sunting]Lihat juga Penjodoh bilangan bahasa Melayu Penjodoh bilangan bahasa Cina Kategori: Linguistik
  • 46. Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut: Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan dalam lain perkataan in other words dengan kata-kata lain lain-lain perkara other matters perkara-perkara lain Minah Restoran Minah Restaurant Restoran Minah Dunlop tayar Dunlop tyre tayar Dunlop goreng pisang fried banana pisang goreng cili sos chilli sauce sos cili