KPT6044 - KHOR HUAN CHIN
DAPATAN KAJIAN E-LEARNING
Tema : Penggunaan E-Learning Dalam Kalangan Pelajar Dan Ahli
Akademik
Menurut Noraffandy Yahaya dan Ling Ning Ning (2011), pelajar menunjukkan tahap
pengetahuan yang tinggi. Ini bererti mereka bersedia untuk menggunakan e-learning.
Kesediaan mereka menggunakan e-learning boleh membantu mereka dalam
meningkatkan pembelajaran mereka . Bagi objektif yang kedua, pelajar menunjukkan
sikap yang positif dalam kesediaan penggunaan e-learning. Para pelajar menunjukkan
sikap inisiatif demi mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui objektif ketiga, boleh
diperhatikan bahawa motivasi pelajar hanya berada pada tahap yang sederhana.
Fenomena ini boleh memberi kesan negatif kepada kesediaan pelajar menggunakan e-
learning. Pernyataan dalam aspek motivasi yang menunjukkan min terendah ialah
talian internet selalu mengalami gangguan. Ini bersangkut-kait dengan pernyataan
ketujuh belas di mana akses kepada internet adalah sangat perlahan dan pernyataan
keenam belas iaitu kemudahan internet adalah tidak mencukupi. Gabungan ketiga-tiga
faktor tersebut memberi kesan negatif yang jelas terhadap motivasi pelajar dalam
kesediaan penggunaan e-learning. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa
pelajar tahun kedua yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains, Komputer serta
Pendidikan adalah bersedia untuk menggunakan e- learning.
Menurut kajian Janarthini Krishnan, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said
dan Noor Azean Atan (2004), hasil daripada penganalisan data serta perbincangan
dapatlah dirumuskan bahawa min tinggi yang mempengaruhi penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan
SPP), Fakulti Pendidikan ialah faktor kandungan kursus dan faktor peranan pengajar.
Manakala faktor persekitaran pembelajaran, faktor peralatan pembelajaran dan proses
pembelajaran pula menunjukkan tahap sederhana dalam mempengaruhi penggunaan
epembelajaran. Faktor kandungan kursus paling mempengaruhi penggunaan e-
pembelajaran kerana kebanyakan pelajar setuju bahawa kandungan kursus adalah
sesuai dalam epembelajaran, kandungan kursus yang disediakan dalam e-
pembelajaran dapat menarik minat dan memberikan motivasi kepada mereka, elemen
KPT6044 - KHOR HUAN CHIN
multimedia yang digunakan dalam e-pembelajaran adalah berkesan, kandungan
kursus tidak mengelirukan mereka, kandungan kursus adalah bersistematik dan
kandungan kursus juga membantu mereka dalam kerja harian seperti tugasan, kuiz,
dan ujian. Faktor peranan pensyarah juga amat penting dalam meningkatkan
keberkesanan penggunaan e- pembelajaran. Ini kerana pengajar perlu menyediakan
bahan pengajaran dengan penggunaan bahasa yang berkesan. Bahan pengajaran yang
dimuatkan oleh pengajar dalam e-pembelajaran mestilah mudah difahami
pelajar.Pengajar mestilah seorang yang ramah mesra dan sentiasa menerima
pandangan, idea dan soalan pelajar. Selain itu pengajar mestilah seorang yang
berpengalaman dan berpengetahuan berkaitan subjek yang dikendalikan dalam
epembelajaran. Walaupun faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, peralatan
pembelajaran dan proses pembelajaran mencatat nilai min yang agak rendah tetapi
faktor-faktor tersebut merupakan kombinasi wujudnya e-pembelajaran. Maka pihak
tertentu perlu mengambil tindakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan
penggunaan e-pembelajaran dari segi faktor yang dinyatakan. Selain itu, didapati
masalah luaran seperti server down, database error, virus dan juga pengajar jarang
mengemaskini nota berada pada tahap sederhana yang agak membimbangkan.
Manakala masalah dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan
maklum balas yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer berada
pada tahap sederhana dan tidak begitu membimbangkan.
Menurut Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman dan Ting Kung
Shiung (2001), halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran untuk kajian ini
menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh Schilke’s (2001). Terdapat
empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti,
halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat
halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.10 Hasil kajian
adalah sama dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003)
mengenai kesediaan pelajar Universiti Malaysia penggunakan e-pembelajaran sebagai
satu alat pembelajaran oleh pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian
menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-
pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ia mencatat bacaan yang paling
tinggi iaitu min sebanyak 4.06. Ini menunjukkan bahawa masalah utama dalam
pelaksanaan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan ICT. Nisbah bilangan
KPT6044 - KHOR HUAN CHIN
komputer dengan bilangan pelajar masih pada tahap yang rendah. Halangan
personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.57. Hasil kajian adalah sama
dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003) mengenai
kesediaan pelajar Universiti Malaysia menggunakan e-pembelajaran sebagai satu alat
pembelajaran oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Masalah peribadi termasuk
seperti tidak minat terhadap aplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT.
Menurut Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009), majoriti ahli akademik
di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam
sistem pengajaran dan. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang
signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan
pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Ini
disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman
seperti faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula,
didapati ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam
membantu proses pembelajaran dan pengajaran.
Rujukan
Krishnan, J. A. P., Nihra, M., Mohamad, H., & Atan, N. A. (2004). Janarthini A/P
Krishnan, 1 Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, 2 Noor Azean Atan, 3 Johari
Hassan, 1150–1155.
Mengenai, K., Di, P. E. E., Di, V., Pengajian, I., Ipta, T., Johor, N., & Pendidikan, J.
(2001). Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (, (2000), 1123–1128.
Pinang, P., & Inovasi, T. R. (2009). Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-
Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ( Awareness , Evaluation and
Acceptance of e-Learning Among, 34(1), 155–172.
Yahaya, N., Ning, L. N., & Pendidikan, F. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning
Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains , Komputer Serta
Pendidikan , Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan,
1(1999), 121–140.

Penggunaan e learning

  • 1.
    KPT6044 - KHORHUAN CHIN DAPATAN KAJIAN E-LEARNING Tema : Penggunaan E-Learning Dalam Kalangan Pelajar Dan Ahli Akademik Menurut Noraffandy Yahaya dan Ling Ning Ning (2011), pelajar menunjukkan tahap pengetahuan yang tinggi. Ini bererti mereka bersedia untuk menggunakan e-learning. Kesediaan mereka menggunakan e-learning boleh membantu mereka dalam meningkatkan pembelajaran mereka . Bagi objektif yang kedua, pelajar menunjukkan sikap yang positif dalam kesediaan penggunaan e-learning. Para pelajar menunjukkan sikap inisiatif demi mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui objektif ketiga, boleh diperhatikan bahawa motivasi pelajar hanya berada pada tahap yang sederhana. Fenomena ini boleh memberi kesan negatif kepada kesediaan pelajar menggunakan e- learning. Pernyataan dalam aspek motivasi yang menunjukkan min terendah ialah talian internet selalu mengalami gangguan. Ini bersangkut-kait dengan pernyataan ketujuh belas di mana akses kepada internet adalah sangat perlahan dan pernyataan keenam belas iaitu kemudahan internet adalah tidak mencukupi. Gabungan ketiga-tiga faktor tersebut memberi kesan negatif yang jelas terhadap motivasi pelajar dalam kesediaan penggunaan e-learning. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa pelajar tahun kedua yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan adalah bersedia untuk menggunakan e- learning. Menurut kajian Janarthini Krishnan, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said dan Noor Azean Atan (2004), hasil daripada penganalisan data serta perbincangan dapatlah dirumuskan bahawa min tinggi yang mempengaruhi penggunaan e- pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan ialah faktor kandungan kursus dan faktor peranan pengajar. Manakala faktor persekitaran pembelajaran, faktor peralatan pembelajaran dan proses pembelajaran pula menunjukkan tahap sederhana dalam mempengaruhi penggunaan epembelajaran. Faktor kandungan kursus paling mempengaruhi penggunaan e- pembelajaran kerana kebanyakan pelajar setuju bahawa kandungan kursus adalah sesuai dalam epembelajaran, kandungan kursus yang disediakan dalam e- pembelajaran dapat menarik minat dan memberikan motivasi kepada mereka, elemen
  • 2.
    KPT6044 - KHORHUAN CHIN multimedia yang digunakan dalam e-pembelajaran adalah berkesan, kandungan kursus tidak mengelirukan mereka, kandungan kursus adalah bersistematik dan kandungan kursus juga membantu mereka dalam kerja harian seperti tugasan, kuiz, dan ujian. Faktor peranan pensyarah juga amat penting dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan e- pembelajaran. Ini kerana pengajar perlu menyediakan bahan pengajaran dengan penggunaan bahasa yang berkesan. Bahan pengajaran yang dimuatkan oleh pengajar dalam e-pembelajaran mestilah mudah difahami pelajar.Pengajar mestilah seorang yang ramah mesra dan sentiasa menerima pandangan, idea dan soalan pelajar. Selain itu pengajar mestilah seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan berkaitan subjek yang dikendalikan dalam epembelajaran. Walaupun faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran dan proses pembelajaran mencatat nilai min yang agak rendah tetapi faktor-faktor tersebut merupakan kombinasi wujudnya e-pembelajaran. Maka pihak tertentu perlu mengambil tindakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan e-pembelajaran dari segi faktor yang dinyatakan. Selain itu, didapati masalah luaran seperti server down, database error, virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota berada pada tahap sederhana yang agak membimbangkan. Manakala masalah dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer berada pada tahap sederhana dan tidak begitu membimbangkan. Menurut Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman dan Ting Kung Shiung (2001), halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran untuk kajian ini menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh Schilke’s (2001). Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.10 Hasil kajian adalah sama dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003) mengenai kesediaan pelajar Universiti Malaysia penggunakan e-pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran oleh pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e- pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ia mencatat bacaan yang paling tinggi iaitu min sebanyak 4.06. Ini menunjukkan bahawa masalah utama dalam pelaksanaan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan ICT. Nisbah bilangan
  • 3.
    KPT6044 - KHORHUAN CHIN komputer dengan bilangan pelajar masih pada tahap yang rendah. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.57. Hasil kajian adalah sama dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003) mengenai kesediaan pelajar Universiti Malaysia menggunakan e-pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Masalah peribadi termasuk seperti tidak minat terhadap aplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT. Menurut Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009), majoriti ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Rujukan Krishnan, J. A. P., Nihra, M., Mohamad, H., & Atan, N. A. (2004). Janarthini A/P Krishnan, 1 Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, 2 Noor Azean Atan, 3 Johari Hassan, 1150–1155. Mengenai, K., Di, P. E. E., Di, V., Pengajian, I., Ipta, T., Johor, N., & Pendidikan, J. (2001). Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (, (2000), 1123–1128. Pinang, P., & Inovasi, T. R. (2009). Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e- Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ( Awareness , Evaluation and Acceptance of e-Learning Among, 34(1), 155–172. Yahaya, N., Ning, L. N., & Pendidikan, F. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains , Komputer Serta Pendidikan , Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan, 1(1999), 121–140.