Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016

5,019 views

Published on

Nota Komsas

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016

  1. 1. AZIB AZWAR B. SUHAIMI SAIDY WILDAN B. SAPUAN MUHAMMAD ASRUL AFFENDI B. ZAINUL IRWAN AZIZY B. ABD RAHMAN JUHANUR BIN IDRIS 5 EA1
  2. 2. Penulis menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran disana . Oleh sebab suasana dan persekitaran bandar dan kampung jauh berbeza, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti.
  3. 3. Penulis sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya.Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri.Dengan berbuat demikian,pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan.
  4. 4. Penulis beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya yang sedang menimba ilmu di sana.Walau bagaimanapun,penulis beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya waima pengaruh media massa.Oleh hal yang demikian,penulis berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong dan mementingkan status sebagai seorang mahasiswa di bandar
  5. 5. Penulis berharap agar anak perempuannya yang belajar di universiti bijak menyesuaikan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh di bandar terutamanya dia yang terpaksa berjauhan daripada keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap oleh anaknya, dia dapat mengembangkan sayapnya demi masa depannya yang lebih cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar anaknya tidak berputus asa lalu pulang ke pangkuannya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis mahu anaknya menjadi seorang perantau yang tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan harian.
  6. 6. “ Nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak gadisnya yang melanjutkan pelajaran ke menara gading. “
  7. 7. 1. Persoalan nasihat hidup untuk anak lambang harapan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak. Contohnya:Lelaki kecil menasihati anak gadisnya yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi agar tekun menuntut ilmu di menara gading itu. 2.Persoalan kebimbangan seorang ayah akan kehidupan baru anaknya di kampus. Contohnya:Lelaki kecil meninggalkan pesanan agar anak gadisnya menggunakan kebebasan yang diberi dengan akal yang waras semoga dapat menepis godaan hidup di kampus.
  8. 8. 3.Persoalan dunia kampus yang dipandang gah mampu mengubah budi pekerti penghuninya. Contohnya:Lelaki kecil mengingatkan anak gadisnya agar tidak leka akan kampus yang gah dengan ilmu tidak mengubah dirinya menjadi sombong dan hilang budi pekerti. 4.Persoalan kegagalan yang bakal menimpa jika gagal mengawal nafsu. Contohnya:Lelaki kecil berpesan agar anak gadisnya bijak menggunakan kebebasan yang diberi supaya tidak pulang dengan kegagalan merealisasikan cita- cita kerana gagal mengawal nafsu.
  9. 9. 5.Persoalan cabaran hidup di perantauan. Contohnya:Lelaki kecil menyedarkan anak gadisnya tentang cabaran yang bakal ditempuhinya apabila hidup di tempat yang sangat berbeza budayanya dengan tempat asal mereka di desa
  10. 10.  1.Sinkope:kuhantar kau mengecapi awan baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara lain dari yang sering kaumerasai dengan suasana suntimu. kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu kulepaskan kau menjadi burung putih pandai –Pandailah kau terbang jangan kau pulang.
  11. 11. 2.Response:kuhantar kau mengecapi angin baru kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu kaunikmatilah angin dan udara itu Memesrai azimat dan tangkal 3.Anafora:Di awan kampus yang sarat ilmu Di pohon status yang tegar status Di padang kampus yang hijau pertimbangan 4.Metafora:Mengenai kalimat hujan dan bilah petir Menyelit antara sembilu nasib dan waras akal.
  12. 12. 1.Nilai kasih sayang Buktinya:Lelaki kecil seorang ayah yang amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengankehidupannya di desa. 2.Nilai rasional Buktinya:Lelaki kecil menasihati anaknya agar menjadi seorang manusia yang rasional membuat pertimbangan walaupun hidup bebas di kampus.
  13. 13. 3.Nilai berhemah tinggi Buktinya:Lelaki kecil menasihati anak gadisnya agar menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi. 4.Nilai kebijaksanaan Buktinya:Lelaki kecil menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .
  14. 14. 1.Kita hendaklah sentiasa menasihati golongan muda agar mereka tidak hilang pedoman apabila hidup sendirian Buktinya: Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya dengan nasihat yang berguna agar anak gadisnya bijak menggunakan akal untuk mengawal diri dari godaan yang menghancurkan masa depan. 2. Sebagai remaja,Kita hendaklah menggunakan kepercayaan dan kebebasan yang dinikmati dengan bijak agar tidak kecewa pada kemudian hari Buktinya:Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menggunakan kebebasan dengan bijak supaya tidak mengalami kekecewaan dan kegagalan dalam hidup kelak.
  15. 15. 3.Sebagai remaja,yang hidup sendirian di perantauan,kita mesti rasional melawan cabaran agar tidak hanyut dalam kelalaian Buktinya:Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menggunakan akal yang waras untuk menilai buruk baik yang ada di sekeliling demi menjaga maruah dirinya. 4.Sebagai penuntut di Pusat Pengajian Tinggi,kita janganlah berasa ego dengan status diri agar terpelihara budi pekerti yang dijunjung. Buktinya:Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya tidak menjadikan status sebagai mahasiswi untuk menyombong dan berbangga diri sehingga tidak lagi mementingkan budi pekerti yang dijunjung selama berada di desa.

×