Badan perundangan di Malaysia terbahagi kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang memiliki tanggungjawab utama untuk mengubal dan meluluskan undang-undang. Parlimen juga berfungsi sebagai sebuah forum untuk menyemak dasar kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam undang-undang kewangan. Struktur Parlimen terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara, di mana Dewan Rakyat mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Dewan Negara.