SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
PARLIMEN
MALAYSIA
Editor:
Noor Hidayah Yusuf
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
P A R L I M E N M A L A Y S I A
3
PARLIMEN MALAYSIA
Pendahuluan
MalaysiamengamalkansistemDemokrasiBerparlimen
di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Perlembagaan  Persekutuan
telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem
ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian
dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman
dan Eksekutif (pentadbiran).
Fungsi-fungsi Parlimen
• 	 Meluluskan undang-undang
•	 Membuat pindaan kepada undang-undang yang
sedia ada
•	 Meluluskan cukai-cukai baru
•	 Menyemak dasar-dasar kerajaan
•	 Meluluskan bajet Kerajaan
4
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur
demokrasi kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat
melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia
yang merupakan badan penggubal undang – undang
tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Mengikut Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil
Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai
kuasa istimewa untuk memberhentikan atau
membubarkan Parlimen.Baginda bagaimanapun tidak
mempengerusikan persidangan kedua-dua Dewan
tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua
	 1. Yang di-Pertuan Agong
	 2. Dewan Negara
	 3. Dewan Rakyat
P A R L I M E N M A L A Y S I A
5
Dewan semasa perasmian Parlimen yang diadakan
setiap tahun. Sekiranya tidak dibubarkan lebih awal,
Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun dari
tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihan Raya
Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen
dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa
60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihan
Raya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan
Rakyat hendaklah diadakan dan Parlimen dipanggil
bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat
daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Dewan Negara
Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua
Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara
mestilah juga seorang Ahli Dewan Negara. Yang di-
Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan
yang hendaklah juga seorang Ahli Dewan Negara.
6
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah
seperti berikut:
•	bertanggungjawab mengawasi perjalanan
mesyuarat supaya berjalan dengan lancar;
•	 memastikan perbahasan ada berkaitan dengan
perkara yang dibahaskan; dan
•	membuat keputusan mengenai Peraturan-
peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku
perbalahan.
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua perlu
melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di
Dewan Negara tamat.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang
akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua
Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan
Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan
Yang di-Pertua Dewan Negara.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
7
Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (26 April
2010 hingga kini).
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli. Dewan
Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:
	
• 	 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili
oleh dua orang ahli).
• 	44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-
masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang
calon hendaklah:
	 • 	 warganegara Malaysia
	 • 	 tidak kurang dari 30 tahun
	 • 	 waras fikiran
	 • 	 bukan seorang muflis
	 • 	 tidak mempunyai rekod jenayah
8
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Tempoh jawatan seseorang Senator ialah untuk satu
penggal (tiga tahun) dan dihadkan kepada dua penggal
sahaja. Dewan Negara tidak terjejas dengan
pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara
dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah
mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-
masing, dalam perdagangan, industri, pertanian,
aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun
berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dalam
kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan
daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang
mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-
Pertua Dewan Rakyat.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
9
Fungsi-fungsi Yang di-Pertua secara amnya adalah:
•	 bertanggungjawab mengawasi perjalanan
mesyuarat supaya berjalan dengan lancar.
•	 memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-
Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
•	 membuat keputusan dan tafsiran mengenai
Peraturan-Peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku
pertikaian.
Secara amnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
boleh melepaskan jawatannya dan hendaklah
mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:
•	 Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan
raya.
•	 berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat (jika beliau
ahli Dewan yang dipilih.
•	 jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat
ketetapan sedemikian.
10
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB Tan
Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji
Mulia (28 April 2008 hingga kini).
 	
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari
sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh
majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau
bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari
masa ke semasa.
**Lazimnya bagi maksud perenggan
di atas Ketua Majlis merujuk kepada
Perdana Menteri danTimbalan Ketua
Majlis merujuk kepada Timbalan
Perdana Menteri
Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan
setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui
P A R L I M E N M A L A Y S I A
11
pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Parti
yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk
kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.
Kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat
adalah seperti berikut:
•	 Warganegara Malaysia.
•	 Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
•	 Berfikiran waras.
•	 Bukan seorang muflis.
•	 Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan
kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dalam satu masa.
12
P A R L I M E N M A L A Y S I A
RANG UNDANG-UNDANG
DEWAN RAKYAT
BACAAN KALI PERTAMA
Bacaan Tajuk Panjang
BACAAN KALI KEDUA
Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan
Undian melalui majoriti mudah (dengan suara)
atau 2/3 majoriti melalui undian belah bahagi
PERINGKAT JAWATANKUASA
Perbahasan spesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang
undang-undang akan diadakan
Pindaan-pindaan akan dibincangkan
BACAAN KALI KETIGA
Undian untuk kali kedua
Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Rakyat
DEWAN NEGARA
BACAAN KALI PERTAMA
Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan
Undian melalui majoriti mudah (dengan suara) atau 2/3 majoriti
melalui undian belah bahagi
PERINGKAT JAWATANKUASA
Perbahasan spesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang
undang-undang akan diadakan
Pindaan-pindaan akan dibincangkan
BACAAN KALI KETIGA
Undian untuk kali kedua
Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Negara
PERKENAN SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG
DIWARTA DAN DICETAK
UNDANG-UNDANG
Lampiran 1
Proses penggubalan undang-undang
12
P A R L I M E N M A L A Y S I A
1313
Lampiran 2
Soalan lazim berkaitan Parlimen
1.	Bilakah bangunan Parlimen Malaysia
dirasmikan?
	 Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2
November 1963. 
2.	 Siapakah yang boleh dilantik sebagai Yang
di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua
DewanRakyat?
	 Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik
berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 56
Perlembagaan Persekutuan dan beliau dilantik
daripada kalangan Ahli Dewan Negara itu sendiri.
Manakala Yang di-Pertua Dewan Rakyat  dilantik
berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1)(a)
Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan
beliau boleh dipilih daripada kalangan Ahli Dewan
ataupun seseorang yang layak dipilih menjadi
Ahli. 
14
P A R L I M E N M A L A Y S I A
3.	Siapakah yang boleh dilantik sebagai
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat?
	 Berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1)
Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan seorang
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
hendaklah dilantik daripada kalangan Ahli Dewan
Negara. Bagi Dewan Rakyat, dua orang Timbalan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dilantik
berdasarkan kepada  Fasal (1) (b) Perkara 57
yang mana mereka dipilih daripada kalangan Ahli
Dewan Rakyat. 
4. Apakah Peraturan yang diguna pakai ketika
perbahasan di dalam Dewan Negara dan
Dewan Rakyat?
	 Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan
di Dewan Negara adalah Peraturan-Peraturan
Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan bagi
Dewan Rakyat, peraturan yang terpakai
adalah  Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat
Dewan Rakyat. 
P A R L I M E N M A L A Y S I A
15
5.	Apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan “penggal Parlimen”?
	 Penggal adalah tempoh antara pembukaan
sidang Parlimen hingga penamatan penggal atau
pembubarannya.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
“mesyuarat”?
	 Mesyuarat adalah persidangan atau persidangan-
persidangan Majlis bermula daripada Majlis
bermesyuarat pertama kalinya selepas dipanggil
mesyuarat pada bila-bila masa jua dan habisnya
apabila Majlis ditangguhkan selama lebih
daripada 14 hari atau tidak ditentukan hari
bulan mesyuarat akan datang atau setelah tamat
sesuatu penggal Parlimen. 
16
P A R L I M E N M A L A Y S I A
7.	 Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
“persidangan”?
	 Sidang bermaksud mesyuarat Dewan. Sidang
bermula dan berakhir pada waktu yang ditetapkan
dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat,
kecuali diubah dengan pemberitahuan Tuan Yang
di-Pertua dan ketetapan Dewan.
8.	 Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
“prorog”?
	 Prorog adalah tamatnya satu penggal/sesi
Parlimen untuk digantikan dengan penggal yang
berikutnya. 
9.	 Bilakah Parlimen boleh dibubarkan?
	 Pembubaran Parlimen adalah berdasarkan
kepada Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan bahawa
Parlimen boleh dibubarkan selepas 5 tahun dari
tarikh mesyuarat pertama atau pada bila-bila
masa yang lebih awal.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
17
Lampiran 3
Soalan lazim berkaitan pembubaran Parlimen - Isu
Kerajaan Sementara
1.	 Jika pemerintahan kerajaan semasa sudah
berakhir, siapa yang memerintah negara?
	Elemen kerajaan sementara (caretaker
government). Konsep kerajaan sementara ini
secara umumnya dipraktikkan di semua negara
Komanwel dan Amerika Syarikat.
2.	Adakah caretaker government diamalkan
di negara lain di dunia?
	 Hakikatnya dalam semua amalan Komanwel yang
berasaskan undang-undang Common Law dan
amalan berkerajaan berparlimen dunia, Malaysia
sebenarnya telah lama menghormati amalan itu
sejak merdeka. Dalam aspek ini, jika Perdana
Menteri berdepan dengan sesuatu darurat,
beliau sebenarnya masih boleh menggunakan
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan
menasihati Yang di-Pertuan Agong sewajarnya
18
P A R L I M E N M A L A Y S I A
serta melaksanakan apa juga tugas sedia ada
di bawah undang-undang. Di India, kerajaan
sementara di New Delhi berjalan selama enam
bulan.
3. Apakah isu kerajaan sementara caretaker
government
	 Isu ‘sah atau tidak’ kerajaan sementara ini
pernah dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim
Kit Siang sebelum PRU ke-12 yang kemudian
memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia bagi
menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara
mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara
tarikh pembubaran Parlimen sehingga penubuhan
Kabinet baru selepas pilihan raya.
	
	 Kit Siang turut menuntut perisytiharan bahawa
dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara
itu hanya melaksanakan pentadbiran harian
kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar
kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau
P A R L I M E N M A L A Y S I A
19
penggunaan kemudahan-kemudahan awam
semasa kempen pilihan raya umum nanti.
	 Konvensyen berkerajaan dunia ini menjadi
terasnya untuk kerajaan sementara dikekalkan.
InikeranaperkarainimerupakansatuKonvensyen
Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat
negara-negara di dunia.
4.	 Mengapa perkara ini dibangkitkan?
	 Menjelang PRU-13, isu kerajaan sementara ini
dibangkitkan lagi antara dalam 22 syor untuk
dikaji oleh Jawatankuasa Penambahbaikan
Pilihan Raya. Jawapan SPR kepada isu ini ialah
badan ini akan membuat kajian berhubung
langkah untuk menyediakan garis panduan dan
kod etika (code of conduct) yang perlu dikenakan
terhadap kerajaan sementara semasa tempoh
selepas pembubaran Parlimen sehingga kepada
selesainya urusan pengundian. Perkara ini, tegas
SPR, perlu bagi menjamin wujudnya keadaan
pertandingan yang adil atas landasan yang sama
20
P A R L I M E N M A L A Y S I A
rata dalam kalangan semua parti politik yang
bertanding dalam pilihan raya.
5.	 Adakah (caretaker government) isu baru?
	 Pada 1970-an, sifat dan elemen kerajaan
sementara ini dipersoalkan oleh satu pihak
di mahkamah. Ketika itu, tindakan Menteri
berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah
dipersoalkan kerana mengumumkan satu
bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah
dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya
umum.
	 Keputusan mahkamah akhirnya memutuskan
bahawa kerajaan sementara masih berhak
memberikan bantuan kepada rakyat semasa
tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak
melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan
raya. Dengan ini juga bermakna semua
Menteri dan Timbalan Menteri semasa tempoh
kerajaan sementara masih boleh menggunakan
peruntukan untuk rakyat.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
21
	 Antaranya, memberi bantuan kewangan untuk
membaiki jambatan usang, baik pulih sekolah
daif dan memberi sumbangan kepada mangsa
banjir. Cuma asalkan jangan dikaitkan dengan
‘undilah saya’.
6.	Bagaimana (caretaker government)
berfungsi?
	 Fungsi kerajaan sementara berlaku selepas
Parlimen dibubarkan yang urusan itu
ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong serta
diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.
	
	 Maka, apa yang wujud dalam struktur kerajaan
ialah kerajaan sementara yang semata-mata
mentadbir negara mengikut lunas-lunas
Perlembagaan. Namun ia bukan bermakna
kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma,
yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.
22
P A R L I M E N M A L A Y S I A
	 Juga hak lupus yang kerajaan sebelumnya tidak
boleh laksanakan ialah meluluskan peruntukan
undang-undang dan dasar baru menerusi kuasa
Parlimen. Peruntukan undang-undang menerusi
Parlimen baru tidak boleh dibuat. Namun
begitu, kuasa-kuasa di bawah semua undang-
undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum
bubar boleh dilaksanakan terus oleh kerajaan
sementara.
	 Satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia
membawa pengertian mengambil alih kerja-
kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan
berkerajaan dunia dan Komanwel semasa
Parlimen dibubarkan sehingga Parlimen baru
dilantik semula, maka kerajaan sementara itu
hendaklah secara berhati-hati menjalankan
tugasnya. Ini bermakna secara minimum
kerajaan sementara menyudahkan sahaja kerja-
kerja pentadbiran yang dilaksanakan.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
23
	 Namun, sekiranya muncul sebarang peristiwa
yang memerlukan tindakan tegas misalnya yang
menghendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menjalankan tugas penguatkuasaan undang-
undang, maka perkara itu masih boleh diteruskan
oleh kerajaan sementara. Ia bukan bermakna
kuasa itu dihentikan.
Sumber: www.parlimen.gov.my
www.utusan.com.my
E parlimen malaysia

More Related Content

What's hot

bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdfbab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdfAlyaaSyahirah4
 
Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Faizah Yahya
 
Badan Perundangan
Badan PerundanganBadan Perundangan
Badan Perundanganazam_hazel
 
Jabatan perdana menteri
Jabatan perdana menteriJabatan perdana menteri
Jabatan perdana menterimunnianwar
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanKhai Khairy
 
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeriPentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negerinasywah79
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Pengajian am badan pelaksana
Pengajian am badan pelaksanaPengajian am badan pelaksana
Pengajian am badan pelaksanalida112
 
Majlis rajaraja melayu
Majlis rajaraja melayuMajlis rajaraja melayu
Majlis rajaraja melayusuriasultan
 
Sistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negaraSistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negaraIsaac Bonnie
 
Pengajian Am Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am  Sistem dan Struktur PemerintahanPengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am Sistem dan Struktur PemerintahanKhai Khairy
 
Kerajaan negeri
Kerajaan negeriKerajaan negeri
Kerajaan negerimunnianwar
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAShaff Fx
 

What's hot (20)

bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdfbab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
 
Mahkamah Khas
Mahkamah KhasMahkamah Khas
Mahkamah Khas
 
Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..
 
Badan Perundangan
Badan PerundanganBadan Perundangan
Badan Perundangan
 
Jabatan perdana menteri
Jabatan perdana menteriJabatan perdana menteri
Jabatan perdana menteri
 
Pengajian am stpm
Pengajian am stpmPengajian am stpm
Pengajian am stpm
 
Kabinet
KabinetKabinet
Kabinet
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
 
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeriPentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeri
 
Keistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimenKeistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimen
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
 
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpaPengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
 
Pengajian am badan pelaksana
Pengajian am badan pelaksanaPengajian am badan pelaksana
Pengajian am badan pelaksana
 
Majlis rajaraja melayu
Majlis rajaraja melayuMajlis rajaraja melayu
Majlis rajaraja melayu
 
Sistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negaraSistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negara
 
Pengajian Am Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am  Sistem dan Struktur PemerintahanPengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am Sistem dan Struktur Pemerintahan
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Kerajaan negeri
Kerajaan negeriKerajaan negeri
Kerajaan negeri
 
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIAKOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
 

Similar to E parlimen malaysia

Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangannasywah79
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
Panduan lencana jayadiri
Panduan lencana jayadiriPanduan lencana jayadiri
Panduan lencana jayadirijimmydeanz1
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
KenegaraanSky Red
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10azah narowi
 
Badanperundangan 130701101340-phpapp01
Badanperundangan 130701101340-phpapp01Badanperundangan 130701101340-phpapp01
Badanperundangan 130701101340-phpapp01suci ainiyah
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfhambadah
 
BAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
BAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIABAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
BAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIAZAFIRAHBERAHIM
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranKongChunLeong1
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
Badan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan ParlimenBadan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan Parlimenmunnianwar
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Kertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniKertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniMENAGA -
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Hazlin Nina Aman
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaZara Lumina
 

Similar to E parlimen malaysia (20)

Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Panduan lencana jayadiri
Panduan lencana jayadiriPanduan lencana jayadiri
Panduan lencana jayadiri
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10
 
Badanperundangan 130701101340-phpapp01
Badanperundangan 130701101340-phpapp01Badanperundangan 130701101340-phpapp01
Badanperundangan 130701101340-phpapp01
 
Keistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimenKeistimewaan parlimen
Keistimewaan parlimen
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
BAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
BAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIABAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
BAB 5 BADAN PERUNDANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Badan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan ParlimenBadan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan Parlimen
 
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014
 
Kertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniKertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkini
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysia
 

E parlimen malaysia

  • 2.
  • 3. P A R L I M E N M A L A Y S I A 3 PARLIMEN MALAYSIA Pendahuluan MalaysiamengamalkansistemDemokrasiBerparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan  Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran). Fungsi-fungsi Parlimen • Meluluskan undang-undang • Membuat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada • Meluluskan cukai-cukai baru • Menyemak dasar-dasar kerajaan • Meluluskan bajet Kerajaan
  • 4. 4 P A R L I M E N M A L A Y S I A Struktur Parlimen Malaysia Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen.Baginda bagaimanapun tidak mempengerusikan persidangan kedua-dua Dewan tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua 1. Yang di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat
  • 5. P A R L I M E N M A L A Y S I A 5 Dewan semasa perasmian Parlimen yang diadakan setiap tahun. Sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihan Raya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihan Raya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. Dewan Negara Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara mestilah juga seorang Ahli Dewan Negara. Yang di- Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang Ahli Dewan Negara.
  • 6. 6 P A R L I M E N M A L A Y S I A Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut: • bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar; • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan • membuat keputusan mengenai Peraturan- peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua perlu melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.
  • 7. P A R L I M E N M A L A Y S I A 7 Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (26 April 2010 hingga kini). Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut: • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). • 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing- masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah: • warganegara Malaysia • tidak kurang dari 30 tahun • waras fikiran • bukan seorang muflis • tidak mempunyai rekod jenayah
  • 8. 8 P A R L I M E N M A L A Y S I A Tempoh jawatan seseorang Senator ialah untuk satu penggal (tiga tahun) dan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing- masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. Dewan Rakyat Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dalam kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di- Pertua Dewan Rakyat.
  • 9. P A R L I M E N M A L A Y S I A 9 Fungsi-fungsi Yang di-Pertua secara amnya adalah: • bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar. • memastikan perbahasan mematuhi Peraturan- Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. • membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-Peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian. Secara amnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh melepaskan jawatannya dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya: • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya. • berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat (jika beliau ahli Dewan yang dipilih. • jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.
  • 10. 10 P A R L I M E N M A L A Y S I A Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia (28 April 2008 hingga kini).   Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. **Lazimnya bagi maksud perenggan di atas Ketua Majlis merujuk kepada Perdana Menteri danTimbalan Ketua Majlis merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui
  • 11. P A R L I M E N M A L A Y S I A 11 pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara. Kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut: • Warganegara Malaysia. • Berumur tidak kurang dari 21 tahun. • Berfikiran waras. • Bukan seorang muflis. • Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
  • 12. 12 P A R L I M E N M A L A Y S I A RANG UNDANG-UNDANG DEWAN RAKYAT BACAAN KALI PERTAMA Bacaan Tajuk Panjang BACAAN KALI KEDUA Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan Undian melalui majoriti mudah (dengan suara) atau 2/3 majoriti melalui undian belah bahagi PERINGKAT JAWATANKUASA Perbahasan spesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang akan diadakan Pindaan-pindaan akan dibincangkan BACAAN KALI KETIGA Undian untuk kali kedua Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Rakyat DEWAN NEGARA BACAAN KALI PERTAMA Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan Undian melalui majoriti mudah (dengan suara) atau 2/3 majoriti melalui undian belah bahagi PERINGKAT JAWATANKUASA Perbahasan spesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang akan diadakan Pindaan-pindaan akan dibincangkan BACAAN KALI KETIGA Undian untuk kali kedua Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Negara PERKENAN SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG DIWARTA DAN DICETAK UNDANG-UNDANG Lampiran 1 Proses penggubalan undang-undang 12
  • 13. P A R L I M E N M A L A Y S I A 1313 Lampiran 2 Soalan lazim berkaitan Parlimen 1. Bilakah bangunan Parlimen Malaysia dirasmikan? Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2 November 1963.  2. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua DewanRakyat? Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan dan beliau dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara itu sendiri. Manakala Yang di-Pertua Dewan Rakyat  dilantik berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1)(a) Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan beliau boleh dipilih daripada kalangan Ahli Dewan ataupun seseorang yang layak dipilih menjadi Ahli. 
  • 14. 14 P A R L I M E N M A L A Y S I A 3. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat? Berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1) Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan seorang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara. Bagi Dewan Rakyat, dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dilantik berdasarkan kepada  Fasal (1) (b) Perkara 57 yang mana mereka dipilih daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.  4. Apakah Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat? Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di Dewan Negara adalah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan bagi Dewan Rakyat, peraturan yang terpakai adalah  Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 
  • 15. P A R L I M E N M A L A Y S I A 15 5. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “penggal Parlimen”? Penggal adalah tempoh antara pembukaan sidang Parlimen hingga penamatan penggal atau pembubarannya. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “mesyuarat”? Mesyuarat adalah persidangan atau persidangan- persidangan Majlis bermula daripada Majlis bermesyuarat pertama kalinya selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa jua dan habisnya apabila Majlis ditangguhkan selama lebih daripada 14 hari atau tidak ditentukan hari bulan mesyuarat akan datang atau setelah tamat sesuatu penggal Parlimen. 
  • 16. 16 P A R L I M E N M A L A Y S I A 7. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “persidangan”? Sidang bermaksud mesyuarat Dewan. Sidang bermula dan berakhir pada waktu yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, kecuali diubah dengan pemberitahuan Tuan Yang di-Pertua dan ketetapan Dewan. 8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “prorog”? Prorog adalah tamatnya satu penggal/sesi Parlimen untuk digantikan dengan penggal yang berikutnya.  9. Bilakah Parlimen boleh dibubarkan? Pembubaran Parlimen adalah berdasarkan kepada Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Parlimen boleh dibubarkan selepas 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama atau pada bila-bila masa yang lebih awal.
  • 17. P A R L I M E N M A L A Y S I A 17 Lampiran 3 Soalan lazim berkaitan pembubaran Parlimen - Isu Kerajaan Sementara 1. Jika pemerintahan kerajaan semasa sudah berakhir, siapa yang memerintah negara? Elemen kerajaan sementara (caretaker government). Konsep kerajaan sementara ini secara umumnya dipraktikkan di semua negara Komanwel dan Amerika Syarikat. 2. Adakah caretaker government diamalkan di negara lain di dunia? Hakikatnya dalam semua amalan Komanwel yang berasaskan undang-undang Common Law dan amalan berkerajaan berparlimen dunia, Malaysia sebenarnya telah lama menghormati amalan itu sejak merdeka. Dalam aspek ini, jika Perdana Menteri berdepan dengan sesuatu darurat, beliau sebenarnya masih boleh menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong sewajarnya
  • 18. 18 P A R L I M E N M A L A Y S I A serta melaksanakan apa juga tugas sedia ada di bawah undang-undang. Di India, kerajaan sementara di New Delhi berjalan selama enam bulan. 3. Apakah isu kerajaan sementara caretaker government Isu ‘sah atau tidak’ kerajaan sementara ini pernah dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum PRU ke-12 yang kemudian memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia bagi menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara tarikh pembubaran Parlimen sehingga penubuhan Kabinet baru selepas pilihan raya. Kit Siang turut menuntut perisytiharan bahawa dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara itu hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau
  • 19. P A R L I M E N M A L A Y S I A 19 penggunaan kemudahan-kemudahan awam semasa kempen pilihan raya umum nanti. Konvensyen berkerajaan dunia ini menjadi terasnya untuk kerajaan sementara dikekalkan. InikeranaperkarainimerupakansatuKonvensyen Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat negara-negara di dunia. 4. Mengapa perkara ini dibangkitkan? Menjelang PRU-13, isu kerajaan sementara ini dibangkitkan lagi antara dalam 22 syor untuk dikaji oleh Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Jawapan SPR kepada isu ini ialah badan ini akan membuat kajian berhubung langkah untuk menyediakan garis panduan dan kod etika (code of conduct) yang perlu dikenakan terhadap kerajaan sementara semasa tempoh selepas pembubaran Parlimen sehingga kepada selesainya urusan pengundian. Perkara ini, tegas SPR, perlu bagi menjamin wujudnya keadaan pertandingan yang adil atas landasan yang sama
  • 20. 20 P A R L I M E N M A L A Y S I A rata dalam kalangan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. 5. Adakah (caretaker government) isu baru? Pada 1970-an, sifat dan elemen kerajaan sementara ini dipersoalkan oleh satu pihak di mahkamah. Ketika itu, tindakan Menteri berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah dipersoalkan kerana mengumumkan satu bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya umum. Keputusan mahkamah akhirnya memutuskan bahawa kerajaan sementara masih berhak memberikan bantuan kepada rakyat semasa tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan raya. Dengan ini juga bermakna semua Menteri dan Timbalan Menteri semasa tempoh kerajaan sementara masih boleh menggunakan peruntukan untuk rakyat.
  • 21. P A R L I M E N M A L A Y S I A 21 Antaranya, memberi bantuan kewangan untuk membaiki jambatan usang, baik pulih sekolah daif dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Cuma asalkan jangan dikaitkan dengan ‘undilah saya’. 6. Bagaimana (caretaker government) berfungsi? Fungsi kerajaan sementara berlaku selepas Parlimen dibubarkan yang urusan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong serta diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri. Maka, apa yang wujud dalam struktur kerajaan ialah kerajaan sementara yang semata-mata mentadbir negara mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Namun ia bukan bermakna kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma, yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
  • 22. 22 P A R L I M E N M A L A Y S I A Juga hak lupus yang kerajaan sebelumnya tidak boleh laksanakan ialah meluluskan peruntukan undang-undang dan dasar baru menerusi kuasa Parlimen. Peruntukan undang-undang menerusi Parlimen baru tidak boleh dibuat. Namun begitu, kuasa-kuasa di bawah semua undang- undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum bubar boleh dilaksanakan terus oleh kerajaan sementara. Satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia membawa pengertian mengambil alih kerja- kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan berkerajaan dunia dan Komanwel semasa Parlimen dibubarkan sehingga Parlimen baru dilantik semula, maka kerajaan sementara itu hendaklah secara berhati-hati menjalankan tugasnya. Ini bermakna secara minimum kerajaan sementara menyudahkan sahaja kerja- kerja pentadbiran yang dilaksanakan.
  • 23. P A R L I M E N M A L A Y S I A 23 Namun, sekiranya muncul sebarang peristiwa yang memerlukan tindakan tegas misalnya yang menghendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas penguatkuasaan undang- undang, maka perkara itu masih boleh diteruskan oleh kerajaan sementara. Ia bukan bermakna kuasa itu dihentikan. Sumber: www.parlimen.gov.my www.utusan.com.my