Undang undang bertulis

9,450 views

Published on

UNDANG-UNDANG BERTULIS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
9,450
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
93
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Undang undang bertulis

  1. 1. KOD DAN NAMA KURSUS: SSF 2024 SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA TAJUK TUGASAN: SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: SITI AISYAH BINTI SALIMAN 38720 TARIKH PENGHANTARAN: 25 NOV 2013 PENSYARAH: DR.AHI SAROK SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS DI MALAYSIA
  2. 2. Definisi undang-undang Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri .Begitu juga dengan Malaysia yang mempunyai peraturan dan undang-undang yang tersendiri. Suatu peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku atau prosedur yang dibentuk oleh adat,perjanjian atau autoriti .Suatu set peraturan atau prinsip yang mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan peraturan atau prinsip yang mengendalikan sebahagian sistem guaman:undang-undang cukai, undang-undang jenayah dll (free online dictionary ). Undang-undang adalah peraturan atau prinsip yang digunakan dan dipakai oleh oleh sesuatu autoriti politik,suatu sistem guaman.Suatu set kerajaan dalam membentuk keadilan dan atau peraturan yang dikuatkuasakan untuk memerintah sesebuah masyarakat.Selain itu juga ia boleh ditafsirkan sebagai suatu set yang diperintahkan oleh orang atasan kepada orang bawahan yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan melalui hukuman.Menurut Webster`s Dictionary undang-undang adalah satu bentuk tingkah laku yang dibentuk dengan aktiviti atau adat sesuatu kaum.Disamping itu,menurut Yaqin,1996 undang-undang adalah dimana semua pihak bersetuju,dan juga satu set yang mengawal tingkah laku dalam masyarakat. Sumber undang-undang di Malaysia terdapat dua iaitu sumber bertulis dan tidak bertulis.Sumber undang –undang bertulis daripada perlembagaan persekutuan,perlembagaan negeri dan undangundang subsidiari.Manakala,sumber undang-undang tidak bertulis ialah undang-undang Inggeris,undang-undang adat dan undang-undang Islam. Undang-undang bertulis juga dikenali sebagai undang-undang statut. Undang-undang yang digubal oleh badan-badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Dikenali sebagai sumber bertulis sebab undangundang tersebut dinyatakan,ditulis dan distatutorikan secara spesifik.Sumber undang-undang bertulis Ia merujuk kepada undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan (akta, ordinan dan enakmen). Tidak seperti di UK, undang-undang bertulis ini adalah sumber undang-undang yang utama di Malaysia. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari persekutuan 13 buah negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di Malaysia ini adalah terdiri dari undang-undang negeri (State Laws) dan persekutuan (Federal
  3. 3. Laws)1. Undang-undang tidak bertulis tidak bermaksud undang-undang itu tidak bertulis langsung (literally unwritten). Keputusan kehakiman misalnya boleh dirujuk secara bertulis dalam laporan-laporan undang-undang (judicial report), begitu juga common-law Inggeris. Namun untuk memudahkan kita semua memahami dan mengingati sumber undang-undang di Malaysia, maka klasifikasi sebegini dibuat. Bagi tujuan ini, undang-undang tidak bertulis adalah merujuk kepada bahagian undang-undang Malaysia yang tidak dibuat oleh badan yang menggubal undang-undang (Parlimen & Dewan Undangan Negeri) serta ia juga bukan dari Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri-negeri. SUMBER UNDANG-UNDANG BERTULIS Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang utama negara (supreme law of the land) dan perlembagaan negeri-negeri di Malaysia. Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan: “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu“. Rujukan: Ah Thian v Government Of Malaysia [19762 MLJ 112].Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dan utama yang terdapat di Malaysia.Oleh itu,mana-mana undang-undang yang bercanggah atu tidak konsisten dengan peruntukan perlembagaan adalah tidak sah.Perlembagaan persekutuan mengandungi perkara-perkara mengenai hak asasi individu,kuasa kerajaan pusat dan negeri ,kuasa raja-raja,sistem pentadbiran Malaysia,bahasa dan agama rasmi. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu 1 Teacher, L. (n.d.). Legal System of Malaysia. Retrieved november 17, 2013, from LAWTEACHER: http://www.lawteacher.net/free-law-essays/2-2-essays/legal-system-ofmalaysia.php
  4. 4. iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. (Perlembagaan Malaysia) Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis RajaRaja dan Pemimpin-Pemimpin parti.Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.
  5. 5. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini dimana ia memerlukan persetujuan dari kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan". Tujuan Perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil,mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah,mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat,sebagai alat untuk myelesaikan masalah,menjamin riwayat negara bangsa,menjamin keamanan dan kestabilan negara,dan juga perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu :Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan diaman Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah. Bahagian 2 : Kebebasan Asasi Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta. Bahagian 3 : Kewarganegaraan Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.
  6. 6. Bahagian 4 : Persekutuan Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bahagian 5 : Negeri-Negeri Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang. Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang. Bahagian 7 : Pilihan Raya Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpinpemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Bahagian 8 : Badan Kehakiman Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga
  7. 7. menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik. Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya-Suruhajaya'. Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hakhak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam. Bahagian 11 : Am dan Pelbagai Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak. Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka. Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya
  8. 8. Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini. Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Di bawah bahagian ini, prosiding oleh atau terhadap Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan 'Mahkamah Khas'. Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja,melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Perlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.Dan juga soal berkaitan kerakyatan. PERLEMBAGAAN NEGERI Definisi perlembagaan negeri adalah terbentuknya perlembagaan Malaysia, adalah bermula dari perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.Kerajaan Persekutuan menjamin mana-mana negeri bagi mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak perlembagaan dan keistimewaan negeri.Kesemua 13 kerajaan negeri mempunyai perlembagaan masing-masing yang ditadbirkan oleh Dewan Perundangan Negeri. Peruntukan Perlembagaan iaitu jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan perlembagaan sesuatu negeri tidak di patuhi, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu di patuhi.Dinyatakan di dalam Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan dimana bahawa semua Perlembagaan Negeri mengandungi `perkara perlu`yang disenarai dalam Jadual ke Lapan.Parlimen boleh membuat undang-undang yang member negeri tersebut kuasa untuk mengadakan Peruntukan Perlu atau mengetepikan apa-apa peruntukan yang bercanggah dengannya.Oleh itu,bagi negeri Sabah dan
  9. 9. Sarawak,mereka mendapat perlembagaan melalui Perjanjian Malaysia yang memberi peruntukan tambahan kepada negeri-negeri berkenaan. Undang-undang negeri yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan yang duduk di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya terpakai dalam keadaan tertentu. Undang-undang negeri sering dirujuk sebagai enakmen atau ordinan. Perkara 75 Perlembagaan menyatakan bahawa undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi mana-mana undang-undang negeri yang tidak konsisten, termasuk undang-undang syariah.Enakmen iaitu undang-undang yang dibuat oleh DUN Kecuali Sarawak.Selain itu,Ordinan pula bermaksud undang-undang yang dibuat di Sarawak. Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959 Diluluskan oleh Sabah dan Sarawak dan diluluskan dalam masa darurat.Contohnya,setiap negeri mempunyai undang-undang yang berbeza kebiasannya dari segi syarat berpoligami dan sebagainya. Di dalam JADUAL KELAPAN dalam Perlembagaan Persekutuan(Perlembagaan Persekutuan,2011)telah dinyatakan juga peruntukan untuk dimasukkan di dalam Perlembagaan Negeri iaitu di dalam BAHAGIAN I - PERUNTUKAN AKHIR dimana Pemerintah harus atau untuk bertindak atas nasihat (1 ) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai anggota Majlis Raja-Raja Raja-Raja hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Eksekutif atau ahlinya yang bertindak di bawah kuasa Majlis, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri; tetapi berhak, atas permintaannya, untuk apa-apa maklumat berkenaan dengan Kerajaan Negeri yang boleh didapati oleh Majlis Eksekutif. (2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut ( sebagai tambahan kepada yang di prestasi yang dia boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu (a) pelantikan seorang Menteri Besar . (b) yang tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan . (c ) membuat permintaan bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berkenaan semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, penghormatan dan kebesaran daripada baginda Diraja mereka atau tindakan agama , amalan atau upacara,
  10. 10. (d) apa-apa fungsi sebagai Ketua agama Islam atau yang berkaitan dengan adat orang Melayu, (e) pelantikan seorang waris atau waris , isteri , Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, (f) pelantikan orang ke Bahasa Melayu Bahasa pangkat adat, tajuk, penghormatan dan kebesaran dan penetapan fungsi bersangkutan dengannya , (g ) pengawalseliaan mahkamah diraja dan istana. (3 ) Undang-undang Negeri boleh membuat peruntukan bagi menghendaki pemerintah untuk bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain daripada Majlis Mesyuarat pada menjalankan mana-mana fungsinya selain daripada (a ) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya; (b) fungsi berkenaan dengan penjalanan mana peruntukan dibuat Perlembagaan Negeri atau dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelasnya,setiap negeri diberi kuasa untuk membuat undang-undang berdasarkan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan.Hal ini kerana ada sesetengah negeri yang mempunyai Sultan yang dimana kuasa Sultan adalah terletak pada hal-hal yang membincangkan mengenai agama.Justeru itu,wujudlah enakmen,ordinan dan akta.Akta ialah undang-undang yang digubal oleh parlimen selepas merdeka iaitu sejak bulan September 1959.Enakmen tertakluk kepada Semenanjung Malaysia manakala Ordinan tertakluk kepada negeri Sarawak sahaja.Perlembagaan negeri masih lagi merupakan sumber undang-undang bertulis yang terdapat di Malaysia selagi mana tertakluk dan termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  11. 11. PERUNDANGAN SUBSIDIARI/EKSEKUTIF Perundangan subsidiari yang dibuat oleh orang-orang atau badan-badan yang diberi kuasa oleh badan perundangan . Akta Tafsiran 1967 mentakrifkan perundangan subsidiari sebagaimana kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, undang-undang kecil , perintah , pemberitahuan yang dibuat di bawah perundangan2 . Badan Perundangan menyediakan undang-undang asas , jadi undangundang subsidiari adalah sangat penting untuk mentadbir perkara. Sebab itu kuasa tersebut diwakilkan untuk mewakilkan kuasa perundangan mereka. Dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh meluluskan kuasa untuk membuat undang-undang mana-mana perundangan semasa darurat, walaupun terdapat apa-apa percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan yang terlibat.Hal ini diadakan untuk membolehkan badan-badan berkuasa dan agensi membuat perincian terhadap undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Selain itu,untuk membolehkan badan-badan berkuasa membuat undang-undang yang sesuai dengan bidang masing-masing berlandaskan akata induk yang digubal oleh badan perundangan.Sesuatu perundangan boleh diisytiharkan `ultra vires`(di luar kuasa undang-undang) jika mahkamah mendapati undang-undang yang dibuat bercanggah dengan Akta Parlimen dan Enakmen DUN.Contohnya undang-undang yang digubal oleh Kerajaan Tempatan. Rakyat atau badan-badan yang diberi kuasa oleh badan perundangan adalah Yang di- Pertuan Agong yang ketua nominal eksekutif dan Perdana Menteri dan kabinet adalah eksekutif yang sebenar. Kabinet adalah bertanggungjawab kepada Yang di- Pertuan Agong sebagai ketua nominal eksekutif di negara ini. Walau bagaimanapun, mengikut sistem pemerintahan demokrasi , Ketua Eksekutif ialah Perdana Menteri. Ini tidak bermakna bahawa Yang di- Pertuan Agong tidak dapat menyuarakan apa-apa pendapat , tetapi sebaliknya dia mesti bertindak atas nasihat kerajaan , apa sahaja pandangan peribadinya mungkin. Yang di- Pertuan Agong melantik 2 Hamzah, W. A. (2008). A First Look at The Malaysian Legal System. In W. A. Hamzah, A First Look at The Malaysian Legal System-Subsidiary Legislation (p. 59). Oxford Fajar Sdn.Bhd.
  12. 12. Kabinet memberi nasihat kepada beliau mengenai perkara negara. Kabinet terdiri daripada Perdana Menteri dan beberapa Menteri yang semua mesti ahli-ahli Parlimen . Di samping itu , Kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi untuk memastikan penguatkuasaan lancar undangundang. Ia terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun. Perundangan subsidiari adalah alat penting kerajaan moden tetapi ia telah menimbulkan kesedaran sesetengah pihak.Hal ini jadi meluas adalah kerana undang-undang subsidiari adalah pada dasarnya undang-undang yang dibuat oleh pegawai, dan eksekutif yang membuat undangundang tidak selaras dengan doktrin pengasingan kuasa(Wan Arfah Hamzah,2008).Oleh itu,terdapat beberapa kawalan ke atas Perundangan Subsidiari iaitu kawalan kehakiman,kawalan perundangan dan kawalan-kawalan yang lain.Bentuk kawalan utama ke atas perundangan ini adalah kawalan kehakiman ataupun `ultra vires`.Kawalan kehakiman disini adalah yang dimaksudkan dengan pelaksanaan terhadap kuasa oleh badan-badan atau agensi-agensi kerajaan ataupun penjawat awam.Hal ini kerana kuasa pentadbiran diperoleh melalui statut.Statut member kuasa bagi maksud-maksud tertentu sahaja atau tertakluk kepada prosedur-prosedur tertentu atau dengan beberapa had tertentu.Had-had ini bukan sahaja dinyatakan dalam statut tetapi juga di dalam prinsip-prinsip umum.Semua kuasa-kuasa statutory ada hadnya dan dimana had-had tidak dinyatakan ,maka mahkamah akan mencari had-had yang tersirat di dalamnya.Antaranya,prinsip atau doktrin `ultra vires` adalah semua tindakan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang ,tidak ada `legal validity` dan mahkamah akan mengisytiharkan ianya tidak sah.Contohnya,kegagalan pelaksanaan tugas dimana agensi-agensi kerajaan gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab.Justeru,tindakan undang-undang boleh dikenakan di atas kegagalan tersebut. Mahkamah mempunyai kawalan ke atas perundangan subsidiari melalui judicial review.Apabila kehakiman di dalam tindakan, pertahanan yang dibangkitkan oleh oleh tertuduh atau defendan atau cabaran yang dibuat oleh seseorang yang terkilan mengenai kesahihan perundangan subsidiari, mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa menjalankan n kuasa dan tidak sah perundangan subsidiari di bawah doktrin ultra vires.Hal ini kerana dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa. Bagi melaksanakan fungsi
  13. 13. kehakiman Perlembagaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan yang berkaitan yang terkandung dalam Bab 9, Perkara 121-131A. Hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada mereka. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia terletak dalam Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa.Hubungan undang-undang dengan kehakiman adalah seperti asalnye tujuan undang-undang diwujudkan di sesebuah negara seperti Malaysia ialah untuk mencapai keadilan dalam masyarakat. Keadilan merupakan idea yang abstrak mengenai betul atau salah (right or wrong), keadilan dan kesamarataan (fairness and equality) Maka tujuan satu-satu undang-undang itu ialah menggalakkan ahli masyarakat melakukan sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan tertentu. Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat, malah ia merupakan hasil dari proses interaksi sosial. Adalah wajar undang-undang di Malaysia berlainan dengan undangundang di negara-negara lain, jika mahukannya dapat berfungsi di negara ini. Seperti undangundang di negara lain, undang-undang di Malaysia dibentuk/digubal berdasarkan ethos sejarah dan budaya tempatan.
  14. 14. PENUTUP Justeru dapat disimpulkan bahawa setiap komponen di dalam sumber undang-undang mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat melalui perlembagaan persekutuan .Seperti menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan juga menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara. Dan demi untuk mencapai kebahagiaan dalam masyarakat telah dipersetujui juga bahawa undang-undang hendaklah dijelmakan bagi menyelesaikan kesulitan dalam masyarakat. Mereka bersetuju bahawa matlamat terakhir setiap sistem perundangan ialah untuk mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat.Hal ini kerana ahli falsafah sudah lama berbahas mengenai hubungan antara undang-undang dan masyarakat. Mereka kemukakan pelbagai teori. Semua teori dan falsafah itu tidak menolak kepentingan undang-undang dalam masyarakat. Tidak ada satu pun yang menafikan hubung kait antara undang-undang dan masyarakat, bahkan menekankan keperluan undang-undang demi untuk mencapai masyarakat yang harmoni dan negara yang aman.

×