SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
abdulrazakal@iab.edu.my
Modul Latihan
PEMBANGUNAN
DASAR DAN
HALA TUJU SEKOLAH
14 Laluan
Lembaran Kerja Latihan
Disusun oleh
Abdul Razak bin Alias
Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek
abdulrazakal@iab.edu.my [019 – 947 4045]
Pelan
Pembangunan
Organisasi
MODUL ___ JAM
abdulrazakal@iab.edu.my
MISI
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara”
VISI
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera”
abdulrazakal@iab.edu.my
PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG
(PERANCANGAN STRATEGIK)
1
abdulrazakal@iab.edu.my
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
Sebelas Anjakan Untuk Transformasi Sistem
1
Menyediakan
Kesamarataan Akses
Kepada Pendidikan
Berkualiti Bertaraf
Antarabangsa
 Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan
standard antarabangsa. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang disemak semula pada 2017
 Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan
soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
 Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan
Matematik
 Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan,
bermula dengan pendidikan vokasional
 Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat
menjelang 2020
 Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran
untuk murid berkeperluan khusus
 Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun
bermula pada umur 6 tahun
2
Memastikan Setiap
Murid Menguasai
Kemahiran Dalam
Bahasa Malaysia Dan
Bahasa Inggeris Dan
Digalakkan Mempelajari
Bahasa Tambahan
 Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis
Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid
yang memerlukan
 Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris
 Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris
 Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus
peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan
terhadap bahasa Inggeris
 Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang
2025
3
Melahirkan Rakyat Yang
Menghayati Nilai
 Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan
lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang
erat antara murid
 Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan
Beruniform
 Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk
memudah cara interaksi antara jenis sekolah
4
Mentransformasi
Profesion Keguruan
Menjadi Profesion
Pilihan
 Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri
daripada kalangan graduan 30% teratas
 Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang
2020
 Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan
(CPD) mulai 2013
 Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran
mulai 2013
 Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan
prestasi menjelang 2016
 Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar
pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016
 Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas
dan proses pensijilan mulai 2025
2
abdulrazakal@iab.edu.my
5
Memastikan Kepimpinan
Berprestasi Tinggi
Ditempatkan Di Setiap
Sekolah
 Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan
penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
 Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu
secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan
kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan
murid
6
Mengupaya JPN, PPD
Dan Sekolah Untuk
Menyediakan
Penyelesaian Khusus
Berasaskan Keperluan
 Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang
2014
 Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan
autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum
 Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas
menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
 Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima
sokongan kewangan yang saksama
7
Memanfaatkan ICT Bagi
Meningkatkan Kualiti
Pembelajaran Di
Malaysia
 Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah
 Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan
terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa
Malaysia, dan Bahasa Inggeris
 Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan
pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada
pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap
kemahiran murid
8
Mentransformasi
Kebolehan Dan
Keupayaan
Penyampaian
Kementerian
 Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat
keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan
kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid
 Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan JPN
ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah
menjelang 2014
 Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan
kepimpinan utama mulai 2013
 Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013,
dan pelaksanaan mulai 2016
9
Bekerjasama Dengan Ibu
Bapa, Komuniti, Dan
Sektor Swasta Secara
Meluas
 Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak
mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian
kepada kemajuan anak di sekolah
 Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai
pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
 Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang
2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi
sebagai penaja
10
Memaksimumkan
Keberhasilan Murid Bagi
Setiap Ringgit
 Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan
merasional program berimpak rendah pada setiap tahun
 Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan peruntukan
kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan
latihan guru
11
Meningkatkan Ketelusan
Untuk
Kebertanggungjawaban
Awam Secara Langsung
 Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan
inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013
 Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025
3
abdulrazakal@iab.edu.my
ASPIRASI SISTEM
Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah
hingga menengah atas menjelang tahun 2020
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-
masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020.
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan
sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah
untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan,
Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi
kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila
dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020
Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik
kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau
latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi
jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap
sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid
lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid
belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini
mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina
masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem
pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan
aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat
Malaysia.
Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia
ada
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun
peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang
telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan
tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
4
abdulrazakal@iab.edu.my
ASPIRASI MURID
Pengetahuan Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya
kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu
didedahkan kepada pengetahuan am yangmenyeluruh tentang Malaysia,
Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga
digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain
seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran
Berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap
murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian,
menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
Kemahiran
Memimpin
Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin
dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks
sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu
keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.
Kemahiran
Dwibahasa
Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan
tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid
sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan
semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
Etika dan
Kerohanian
Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap
murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan
dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam
situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem
pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat
menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti
Nasional
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara,
diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama
atau status sosio ekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap
murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang
sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti
nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima
kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
5
abdulrazakal@iab.edu.my
PEMIKIRAN STRATEGIK: TEMPLAT ABC UNIVERSAL
Sumber: Haines Centre for Strategic Management
“Menjelaskan dan Mempermudahkan Pemikiran Anda” – Tentang Projek Anda
__________________________________________________________
(Nama Organisasi – Isu – Masalah – Projek – Usaha Perubahan (dll.)
Laluan 1
IMBASAN PERSEKITARAN LUARAN
MASA DEPAN
Apakah yang akan berubah di masa depan
kita? Persekitaran luaran yang akan
memberi kesan kepada kita
E
____________________
TARIKH MASA DEPAN A
OUTPUT/ OUTCOM ES
PENILAIAN SEMASA STRATEGI UTAMA
TINDAKAN
KEUTAMAAN
(dan bajet)
HASIL YANG DIINGINI
Di manakah kita
sekarang?
__________________
TARIKH MASA KINIC
INPUT Bagaimanakah kita sampai ke sana (merapatkan jurang dari ke  ?C A
KENDALIAN SISTEM / PROSES D
Ukuran Kejayaan Utama / Matlamat
Bagaimanakah kita akan tahu apabila
kita sampai ke sana?
Di manakah kita
mahu menjadi?
BGELUNG MAKLUM BALAS
S W
O C
6
abdulrazakal@iab.edu.my
PERANCANGAN STRATEGIK
Membina Pelan Pembangunan Organisasi memerlukan Perancangan Strategik.
Perancangan strategik adalah “usaha yang berhati-hati dan berdisiplin bagi
menghasilkan keputusan serta tindakan asas yang membentuk dan memandu
organisasi, apa yang dilakukannya dan mengapa ia melakukannya” (Bryson, 2011).
Perancangan strategik adalah pendekatan yang berurusan dengan cabaran yang
dihadapi organisasi. Cabaran ini memerlukan pemimpin berhati-hati dan berdisiplin jika
ia ingin diurus secara efektif.
Semua organisasi adalah dalam keadaan perubahan yang berterusan dan berubah-
ubah – walaupun mereka merasakan ianya stabil adalah secara tipikal berubah dalam
berbagai cara. Orang akan datang dan pergi, mandat bertukar, bajet berubah,
keperluan dan harapan pemegang taruh adalah juga berubah dan sebagainya.
Organisasi yang diurus secara strategik mendefinisikan di mana mereka mahu menjadi
dan mengurus perubahan secara efektif menerusi agenda tindakan bagi mencapai
masa depan berkenaan.
• Perancangan strategik adalah cara berfikir, bertindak dan belajar.
• Ia sering kali mengambil pandangan yang komprehensif dengan memberi
fokus terhadap gambaran yang besar atau “big picture”, ia juga membawa
tindakan yang spesifik, disasarkan dalam masa kini dan memberi kesan
jangka masa panjang.
• Ianya berkaitan dengan berwawasan dan sering kali proaktif berbanding
reaktif bagi menangani isu keperluan untuk berubah.
• Ianya fleksibel dan praktikal.
• Ianya panduan membuat keputusan dan pengagihan peruntukan;
perancangan strategik adalah panduan membuat bajet.
7
abdulrazakal@iab.edu.my
Perancangan strategik bukanlah satu perkara tersendiri tetapi sebagai pilihan set
konsep, prosedur, metodologi dan alat yang boleh membantu organisasi bukan
berasaskan keuntungan dan awam menjadi lebih berjaya dalam mendefinisi dan
mencapai misi dan visi mereka dan dalam mencipta nilai yang signifikan dan bertahan.
Menerusi perancangan strategik, organisasi boleh
• Membincang dan mendokumen tentang persekitaran di mana mereka
berada dan beroperasi dan meneroka faktor dan trend yang
mempengaruhi cara mereka melakukan urusan dan melakukan peranan
meraka.
• Memperjelas dan merangka isu atau cabaran yang dihadapi organisasi.
• Memperjelas misi, matlamat dan nilai organisasi dan menyatakan dengan
jelas visi, di mana organisasi mahu berada.
• Membangun strategi bagi melaksanakan mandat, memenuhi misi,
merealisasi visi, mencapai matlamat dan mencipta nilai dengan mengenal
pasti dan melaksanakan semula mandat, misi, nilai, matlamat, peringkat
hasil dan perkhidmatan, klien, pengguna atau pembayar, kos, kewangan,
struktur, proses dan pengurusan.
Untuk lebih efektif, perancangan strategik mesti berorientasikan tindakan dan
keputusan dan mesti dihubungkan kepada perancangan operasi. Ia mesti juga
dihubungkan kepada pelbagai jenis fungsi perancangan - teknologi maklumat, sumber
manusia, kewangan, pelan urusan dan sebagainya. Perancangan untuk semua jenis
mesti dilakukan dengan implementasi perkara yang ada dalam fikiran, dan
implementasi proses sendiri mesti diuruskan secara efektif; sebaliknya, harapan dan
impian lebih sedikit daripada fantasi.
8
abdulrazakal@iab.edu.my
RANGKA KERJA MEMBINA PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
PELAN JANGKA MASA PANJANG PELAN JANGKA MASA PENDEK
(3 – 5 TAHUN) (1 TAHUN)
Misi Visi Nilai
Strategi 1
Strategi 2
Pelan
Taktikal
Operasi 1
Operasi 2
Operasi 3
Operasi 4
Pelan
Operasi 1
Pelan
Operasi 2
Pelan
Operasi 3
Pelan
Operasi 4
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama
(KRA) 1
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama
(KRA) 2
Matlamat / Bidang
Keberhasilan Utama
(KRA) 3
Objektif 1 …
Objektif 2 …
Objektif 3 … Strategi 3 dan …
9
abdulrazakal@iab.edu.my
MISI
Mengapakah sekolah wujud?
Perkhidmatan, Produk &
Maklumat
Pelanggan Hasil Akhir, Outcome,
Akibat
1 Menggambarkan apakah
yang organisasi lakukan
sekarang (apakah
perkhidmatan yang
ditawarkan?) DAN
bagaimanakah cara
melakukannya
2 Menggambarkan kepada
siapakah perkhidmatan
tersebut diberikan. Ianya
menjawab soalan siapakah
pelanggan utama
organisasi?
3 Menggambarkan hasil
akhir yang diingini.
Apakah keperluan
pelanggan yang dapat
organisasi penuhi?
Perkhidmatan, Produk &
Maklumat
Pelanggan Hasil Akhir, Outcome,
Akibat
"Misi kami adalah untuk menyediakan ... (pelanggan) dengan ...
(perkhidmatan dan produk) dalam rangka mencapai ... (mengapa kita
wujud / ciri-ciri keunikan, nilai atau prinsip pegangan utama sekolah
dalam memenuhi tujuan kewujudannya).”
Laluan 2
10
abdulrazakal@iab.edu.my
Huraian
[Kata kunci dalam Misi]
11
abdulrazakal@iab.edu.my
VISI
Visi mengandungi pernyataan tertinggi yang hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi dan lazimnya mengandungi maklumat mengenai cita-cita organisasi.
Pernyataan visi adalah gambaran keunggulan prestasi organisasi yang dikongsi
bersama.
Ia adalah panduan gambaran kejayaan dan menjawab soalan:
 "Apakah yang ingin kita ciptakan?"
 "Bagaimanakah kita ingin dikenali?"
Proses pembinaan visi;
 Berfikir mengenai masa hadapan yang ingin dicapai dalam masa 3 -5 tahun.
 Membentuk halatuju yang jelas berdasarkan aktiviti organisasi.
 Memberi inspirasi kepada anggota organisasi.
 Memutuskan Siapa Kita, Apa Kita Buat, dan Ke Mana Hendak Kita Tuju.
Laluan 3
12
abdulrazakal@iab.edu.my
Apakah yang sekolah ingin capai?
Huraian
[Kata kunci dalam Visi]
13
abdulrazakal@iab.edu.my
NILAI SEKOLAH
Nilai merupakan
 Faktor kemanusiaan yang akan mendorong pekerjaan.
 Set panduan, prinsip, kepercayaan, atau pernyataan yang akan menyokong
mematuhi janji dan sebagai panduan mencapai visi.
NILAI
Laluan 4
14
abdulrazakal@iab.edu.my
Huraian berkaitan nilai:
15
abdulrazakal@iab.edu.my
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen bertulis, dipamerkan, jaminan penyampaian perkhidmatan mengikut
standard dan memberitahu hak-hak pelanggan.
Komitmen - 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga
dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya
kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg
bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja;
Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan,
kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu
terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk
mengekalkan askar-askarnya di sana.
Ikrar - Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh,
biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia
antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan:
orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh;
mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri
ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan
sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat;
pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb)
yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu.
(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008 – 2013)
16
abdulrazakal@iab.edu.my
Ditulis berdasarkan kaca mata pelanggan. Ditetapkan standard – satu ukuran
kejayaan kuantitatif.
Fokus – Pelanggan, standard dan sikap
Ciri-ciri – Jelas, senang disebarkan, praktikal, khusus, mempunyai
kebolehpercayaan, dan boleh ditambah baik.
[NAMA SEKOLAH] komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik
kepada semua pelanggan kami
KEPADA MURID
KEPADA GURU DAN KAKITANGAN
KEPADA WARIS
KEPADA PEMEGANG TARUH
17
abdulrazakal@iab.edu.my
INDIKATOR KEJAYAAN SEKOLAH
Indikator kejayaan sekolah boleh dibahagikan kepada dua:
1. Berfokuskan murid
2. Tidak Berfokuskan murid
Indikator menyediakan standard untuk sekolah atau murid dilihat dan boleh diukur.
Tanpanya, ianya susah, ataupun mustahil untuk mengukur kejayaan murid atau
keberkesanan sekolah atau cuba menambahbaik pembelajaran. Indikator juga
mengukur sejauh mana misi dan visi sekolah dicapai.
Indikator Kejayaan Murid adalah: keputusan yang boleh diukur berfokuskan murid
yang sekolah ada keupayaan, berhasrat atau perlu mempengaruhi dan baginya ia
sanggup atau dikehendaki dipertanggungjawabkan.
Indikator Kejayaan
Berfokuskan Murid
Yang Diukur Oleh
Laluan 5
18
abdulrazakal@iab.edu.my
Indikator Kejayaan
Berfokuskan Murid
Yang Diukur Oleh
Indikator Kejayaan
Tidak Berfokuskan
Murid
Yang Diukur Oleh
19
abdulrazakal@iab.edu.my
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Kejayaan misi dan visi dilihat kepada pencapaian matlamat. Matlamat merupakan
kejayaan yang ingin dicapai masih bersifat umum. Ianya diukur berdasarkan
pencapaian objektif.
Objektif merupakan ukuran kejayaan sesuatu matlamat. Ianya sesuatu yang boleh
diukur. Memiliki ciri-ciri SMART.
SMART
S = Specific / Spesifik;
M = Measurable / Boleh Di Ukur;
A = Attainable / Boleh Di Capai;
R = Reasonable / Wajar-Munasabah;
T = Timeline / Ada Tempoh Masa)
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI)
Sasaran
Ingat: Membezakan antara keputusan / hasil (apa) dan cara (bagaimana).
MATLAMAT OBJEKTIF
Laluan 6
20
abdulrazakal@iab.edu.my
MATLAMAT OBJEKTIF
Empat (4) Skala Pengukuran
1. Nominal
(Kurang dipercayai, samar-
samar dan mungkin keliru)
Menamakan sesuatu (contoh,
cemerlang, cantik, sejuk, panas)
Matlamat2. Ordinal
(Samar-samar dan kabur
tetapi lebih dipercayai
daripada nominal
Menentukan sesuatu lebih hebat
daripada yang lain (contoh,
pasukan ini lebih hebat daripada
pasukan tersebut)
3. Interval – Sela
(Lebih dipercayai, tepat)
Berkaitan item sepanjang skala
dengan selang yang sama yang
mempunyai titik sifar secara
rambang (contoh, darjah celsius)
Objektif
4. Ratio – Nisbah
(Lebih dipercayai, tepat)
Berkaitan item sepanjang skala
pada satu titik sifar diketahui
dengan selang yang sama. (contoh,
berat, jarak)
21
abdulrazakal@iab.edu.my
MENGENAL PASTI ISU / MASALAH / PERSOALAN POKOK
Analisis Persekitaran (Keperluan)
Analisis persekitaran adalah proses untuk mengenal pasti semua elemen dalaman
dan luaran yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi dan menilai tahap
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman yang hadir. Penilaian
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman kemudiannya dimasukkan ke
dalam proses membuat keputusan untuk menyelaraskan strategi yang lebih baik
dengan persekitaran organisasi.
Apakah cara dan alat mengumpul data bagi tujuan analisis persekitaran?
Laluan 7
Aspek Ketara
Strategi
Objektif
Polisi dan Prosedur
Struktur
Teknologi
Rantaian Arahan
Autoriti Formal
Aspek Tersembunyi
Sikap
Persepsi
Norma Kumpulan
Interaksi Formal
Konflik Interpersonal
Konflik Interkumpulan
22
abdulrazakal@iab.edu.my
Untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi peningkatan pencapaian murid
secara khususnya dan pencapaian sekolah amnya, mereka yang bekerja untuk
menyelesaikan masalah mesti menentukan apa masalah yang mereka cuba untuk
menyelesaikannya, dan sebab sebenar masalah berkenaan.
Mana-mana perangkap yang mudah untuk jatuh ke dalamnya sering untuk
seseorang itu terus melompat kepada penyelesaian sebelum memastikan masalah
sebenarnya. Menggali jauh di bawah gejala masalah akan mendedahkan punca
supaya penyelesaian yang sesuai boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian
murid dan keberkesanan sekolah. Banyak alat yang boleh digunakan untuk tujuan
ini, antara alat-alat berkenaan
 Analisis SWOT
 Percambahan Fikiran (Brainstorming)
 Teknik Kumpulan Nominal
 Diagram Sebab_Akibat
 Matriks Keputusan
 Diagram Kesamaan Dan Saling Berhubungan
 Analisis Force Field
 Matriks ‘Adalah / Bukanlah’
 Pemetaan Minda
 Diagram Pokok
 Perbandingan Berpasang
 Kajian-kajian (Profil Sekolah), laporan dan aduan dll.
23
abdulrazakal@iab.edu.my
ANALISIS KEPERLUAN
-5 -4 -3 -2 -1 0 1 2 3 4 5
- Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat +
Dalaman
(Dalam Konteks Sekolah)
1. Apakah yang perlu untuk hebat?
2. Sekarang ini, adakah ia penggerak
atau penghalang?
3. Berapakah skalanya?
4. Manakah yang perlu dahulu dihapuskan
atau ditingkatkan?
Luaran Dalaman
(Luar Konteks Sekolah)
Jumlah
ara
abdulrazakal@iab.edu.my
ANALISIS KEPERLUAN
-5 -4 -3 -2 -1 0 1 2 3 4 5
- Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat +
Dalaman
(Dalam Konteks Sekolah)
Luaran Dalaman
(Luar Konteks Sekolah)
Jumlah
24
25
abdulrazakal@iab.edu.my
ara
INISIATIF / STRATEGI
Inisiatif atau strategi adalah usaha yang kena buat bagi menyelesaikan masalah
yang wujud. Permasalahan adalah kesulitan yang dirasakan oleh seseorang.
Permasalahan dapat juga diertikan sebagai sesuatu yang menghalangi tercapainya
tujuan[1]. Secara umum, suatu masalah didefinisikan sebagai keadaan atau jurang
antara harapan dan kenyataan. Masalah sebagai jurang antara keperluan yang
diinginkan dan keperluan yang ada[2].
ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI
Laluan 8
26
abdulrazakal@iab.edu.my
ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI
abdulrazakal@iab.edu.my
ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI
27
abdulrazakal@iab.edu.my
PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PANJANG):
MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, INISIATIF / STRATEGI
Matlamat /
Bidang
Keberhasilan
Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk
Prestasi
Utama
(KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab
TOV 2015
[AR]
2016
[AR]
2017
[AR]
Laluan 9
28
abdulrazakal@iab.edu.my
Matlamat /
Bidang
Keberhasilan
Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk
Prestasi
Utama
(KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab
TOV 2015
[AR]
2016
[AR]
2017
[AR]
29
abdulrazakal@iab.edu.my
Matlamat /
Bidang
Keberhasilan
Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk
Prestasi
Utama
(KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab
TOV 2015
[AR]
2016
[AR]
2017
[AR]
TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula)
AR: Actual Results (Keputusan Sebenar)
30
abdulrazakal@iab.edu.my
PERANCANGAN JANGKA MASA PENDEK
(PELAN TAKTIKAL, PELAN OPERASI)
31
abdulrazakal@iab.edu.my
PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PENDEK):
MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN TAHUNAN, INISIATIF / STRATEGI
Matlamat /
Bidang
Keberhasilan
Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk
Prestasi
Utama
(KPI)
Sasaran 2015
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab
TOV OTI1
[AR]
OTI2
[AR]
ETR
[AR]
Laluan 10
32
abdulrazakal@iab.edu.my
Matlamat /
Bidang
Keberhasilan
Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk
Prestasi
Utama
(KPI)
Sasaran 2015
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab
TOV OTI1
[AR]
OTI2
[AR]
ETR
[AR]
TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar)
ETR: Expected Targeted Result (Keputusan Sasaran Dianggarkan)
OTI: Operational Targeted Increment (Kenaikan Sasaran Operasi)
33
abdulrazakal@iab.edu.my
11a PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI
MENGGUNAKAN GRID IMPAK-BOLEH BUAT
1
2Impak
3
4
0
Tinggi
Boleh Buat
1 2 3 4
Tinggi
CATATAN
Boleh Buat
mengambil kira (a)
tahap kesukaran
proses kerja;
(b) Kompetensi staf
yang
bertanggungjawab;
(c)Sumber kewangan
dan kos pembiayaan
terlibat;
(d) Kemudahan
infrastruktur dan
peralatan /
kelengkapan;
(e)Andaian keupayaan
mengatasi halangan;
(f) Andaian hasil yang
dijangkakan/impak
untuk mencapai
objektif, matlamat/isu,
misi dan visi;
(g) Akur kepatuhan
dengan mandat/
arahan;
(h) Rekod
keberkesanan yang
lepas;
(j) Kesesuaian dengan
persekitaran terkini
Laluan 11
34
abdulrazakal@iab.edu.my
SENARAI INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN
1
2
3
4
5
35
abdulrazakal@iab.edu.my
11 b PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI BERDASARKAN PEMBERATAN
Menggunakan skala likert 1 - Amat Rendah - 5*
2 - Rendah - 4
3 - Sederhana - 3
4 - Tinggi - 2
5 - Amat tinggi - 1
Bil Kriteria Pemilihan 1 2 3 4 5
1 Tahap kesukaran proses kerja*
2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab
3 Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat*
4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan
(tahap keperluan)*
5 Andaian keupayaan mengatasi halangan
6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai
objektif, matlamat / isu, misi dan visi
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
8 Rekod keberkesanan yang lepas
9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini
Jumlah Skor
Keputusan
Ulasan
Inisiatif / Strategi / Aktiviti mana didahulu?
36
abdulrazakal@iab.edu.my
SENARAI INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN
1
2
3
4
5
37
abdulrazakal@iab.edu.my
11c PENJANAAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN MATRIKS
TOWS
Dalaman
Luaran
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
S1
S2
S3
S4
S5
S6
S7
S8
W1
W2
W3
W4
W5
W6
W7
W8
PELUANG (O)
O1
O2
O3
O4
O5
O6
O7
O8
CABARAN / ANCAMAN (C/T)
C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
38
abdulrazakal@iab.edu.my
PROGRAM / AKTIVITI
INISIATIF / STRATEGI PROGRAM / AKTIVITI
Laluan 12
39
abdulrazakal@iab.edu.my
INISIATIF / STRATEGI PROGRAM / AKTIVITI
40
abdulrazakal@iab.edu.my
PELAN TAKTIKAL
INISIATIF / STRATEGI
Bil
Program, Aktiviti, Projek
dan Tindakan
Tanggung
jawab
Tempoh/
Hari
Kos/
Sumber
Output / Outcome KPI Sasaran
Pelan
Kontingensi
Laluan 13
41
abdulrazakal@iab.edu.my
PELAN OPERASI
Matlamat Strategik :
Iniasiatif / Strategi :
Nama Program / Projek :
Objektif Program / Projek :
Tanggungjawab :
Tempoh / Hari :
Tempat :
Sasaran :
Kos / Anggaran Perbelanjaan :
Sumber :
Jawatankuasa :
Ringkasan Program :
Laluan 14
42
abdulrazakal@iab.edu.my
Langkah Proses Kerja Tanggungjawab KPI Sasaran
Status/Pelan
Kontigensi
1 Mesyuarat Jawatankuasa:
- Bentang kertas kerja
- Lantikan J/Kuasa
- Tetapkan tarikh
- Anggaran kos
- Agihan tugas
2 Taklimat kepada yang terlibat
3 Mempromosikan program
- surat pemberitahuan
- surat jemputan
4 Penyediaan bahan
5 Penyediaan tempat dan peralatan
6 Pelaksanaan Program
7 Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem
43
TERIMAKASIH.
Pensyarah Kanan
JabatanMentoring& Coaching
Institut Aminuddin Baki
Bandar Enstek
NPQH (IAB); Diploma Pertanian (UPM); DiplomaPendidikan (UTM),
Bacelor Sains Pertanian (UPM); Sarjana Kepengetuaan (UM)
Certificate inCoachingPractice Programme (UMCCeD); Kursus
Leadership Coaching& Mentoring(IAB); Certificate Programme on
Coaching& Mentoring(The University ofWaikato); Coaching&
Mentoring – Awareness (Shaker Sdn Bhd))
Pengalaman Mengajar & Mentadbir
1990 Mula mengajar, SMK KualaKrau
1992 – 1999 PK Kokurikulum SMK KualaKrau
PK HEM, SMK KualaKrau
GKMP T & V, SMK Kuala Krau
1999 – 2000 Cuti Belajar
2001 PK Petang, SMK Mentakab
2002 – 2009 Memangku Pengetua& Care Taker, SBPITemerloh
PK, SBPI Temerloh
2009 PK, SMK DatukBahaman
2010 – 2014 Ketua Jabatan, JabatanMentoring& Coaching, IAB
2009 – Sekarang Pensyarah Kanan, IAB
Bidang Latihan di
IAB
Coaching&
Mentoring
Perancangan
Strategik
019 – 947 4045
abdulrazakal@iab.
edu.my
Pembangunan Sekolah

More Related Content

What's hot

Bentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcpBentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcpTok Ayah Wan
 
11anjakanpppm 121224002752-phpapp01
11anjakanpppm 121224002752-phpapp0111anjakanpppm 121224002752-phpapp01
11anjakanpppm 121224002752-phpapp01Elavarasan Selvom
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negaraAnparasu
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)Joyce Robert
 
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015btkipkalteng
 
pontian transformasi pendidikan dtp
pontian transformasi pendidikan dtppontian transformasi pendidikan dtp
pontian transformasi pendidikan dtpalinaza4299
 
Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...
Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...
Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...adi
 
Pendidikan Menengah Universal
Pendidikan Menengah UniversalPendidikan Menengah Universal
Pendidikan Menengah Universalgatothp
 
050000 prov. jawa timur 2019
050000 prov. jawa timur 2019050000 prov. jawa timur 2019
050000 prov. jawa timur 2019endro3
 
Bahan Sosialisasi Pendidikan Menengah Universal
Bahan Sosialisasi Pendidikan Menengah UniversalBahan Sosialisasi Pendidikan Menengah Universal
Bahan Sosialisasi Pendidikan Menengah UniversalKank Hari
 
National Key Results Area
National Key Results AreaNational Key Results Area
National Key Results Areaasrizane
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017Husli Khairi
 
Plan strategik hem
Plan strategik hemPlan strategik hem
Plan strategik hemShah Final
 
Pedoman beasiswa s2-2015
Pedoman beasiswa s2-2015Pedoman beasiswa s2-2015
Pedoman beasiswa s2-2015Mas Becak
 

What's hot (19)

PPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakanPPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakan
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
PPPM 2013-2015
PPPM 2013-2015PPPM 2013-2015
PPPM 2013-2015
 
Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 
Bentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcpBentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcp
 
11anjakanpppm 121224002752-phpapp01
11anjakanpppm 121224002752-phpapp0111anjakanpppm 121224002752-phpapp01
11anjakanpppm 121224002752-phpapp01
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
 
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
 
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
 
pontian transformasi pendidikan dtp
pontian transformasi pendidikan dtppontian transformasi pendidikan dtp
pontian transformasi pendidikan dtp
 
Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...
Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...
Manajemen strategis pembangunan daerah bidang pendidikan kabupaten pekalongan...
 
Pendidikan Menengah Universal
Pendidikan Menengah UniversalPendidikan Menengah Universal
Pendidikan Menengah Universal
 
050000 prov. jawa timur 2019
050000 prov. jawa timur 2019050000 prov. jawa timur 2019
050000 prov. jawa timur 2019
 
Bahan Sosialisasi Pendidikan Menengah Universal
Bahan Sosialisasi Pendidikan Menengah UniversalBahan Sosialisasi Pendidikan Menengah Universal
Bahan Sosialisasi Pendidikan Menengah Universal
 
National Key Results Area
National Key Results AreaNational Key Results Area
National Key Results Area
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017Pedoman bidikmisi 2017
Pedoman bidikmisi 2017
 
Plan strategik hem
Plan strategik hemPlan strategik hem
Plan strategik hem
 
Pedoman beasiswa s2-2015
Pedoman beasiswa s2-2015Pedoman beasiswa s2-2015
Pedoman beasiswa s2-2015
 

Similar to Pembangunan Sekolah

pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan
 pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan
pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 janCikgu Niezam
 
11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc
11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc
11_Anjakan_PPPM_2013_2025.docHemarani Munisamy
 
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...ssuser106e8b
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdfHamjahFauzi
 
Sejarah, ringkasan eksekutif pppm, 3 gelombang
Sejarah,  ringkasan eksekutif pppm,  3 gelombangSejarah,  ringkasan eksekutif pppm,  3 gelombang
Sejarah, ringkasan eksekutif pppm, 3 gelombangHafizahKhairuddin
 
Pelan pembangunan pendidikan
Pelan pembangunan pendidikanPelan pembangunan pendidikan
Pelan pembangunan pendidikanNamo Ku Azimah
 
PELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docx
PELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docxPELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docx
PELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docxImeldaDoraManuMatthe
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptxPENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptxBambangKristianto8
 
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptxPENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptxBambangKristianto8
 

Similar to Pembangunan Sekolah (20)

pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan
 pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan
pstrategik modul 1h edited fasilitator 10 jan
 
11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc
11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc
11_Anjakan_PPPM_2013_2025.doc
 
11 Anjakan PPPM 2013.docx
11 Anjakan PPPM 2013.docx11 Anjakan PPPM 2013.docx
11 Anjakan PPPM 2013.docx
 
11 anjakan pppm
11 anjakan pppm11 anjakan pppm
11 anjakan pppm
 
Dasar kpm
Dasar kpmDasar kpm
Dasar kpm
 
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
Dikbud-Revitalisasi Penyelenggaraan Pendidikan Vokasi Bali, 25 Juli 2022 rev ...
 
3PM_SKBC.pptx
3PM_SKBC.pptx3PM_SKBC.pptx
3PM_SKBC.pptx
 
data
data data
data
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
 
Sejarah, ringkasan eksekutif pppm, 3 gelombang
Sejarah,  ringkasan eksekutif pppm,  3 gelombangSejarah,  ringkasan eksekutif pppm,  3 gelombang
Sejarah, ringkasan eksekutif pppm, 3 gelombang
 
Pelan pembangunan pendidikan
Pelan pembangunan pendidikanPelan pembangunan pendidikan
Pelan pembangunan pendidikan
 
PELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docx
PELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docxPELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docx
PELAN TAKTIKAL SEJARAH 2020-2022.docx
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
ytl h 2022-2025.ppt
ytl h 2022-2025.pptytl h 2022-2025.ppt
ytl h 2022-2025.ppt
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Rks sd pmy 2014 2018
Rks sd pmy 2014 2018Rks sd pmy 2014 2018
Rks sd pmy 2014 2018
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptxPENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
 
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptxPENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
PENGEMBANGAN LINK AND MATCH PENDIDIKAN VOKASI DI SMK 2018.pptx
 

More from Cikgu Niezam

coaching & mentoring
coaching & mentoringcoaching & mentoring
coaching & mentoringCikgu Niezam
 
KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015
KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015
KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015Cikgu Niezam
 
04 borang s4 e pdp
04 borang s4 e pdp04 borang s4 e pdp
04 borang s4 e pdpCikgu Niezam
 
Cadangan pelan strategik sekolah
Cadangan pelan strategik sekolah  Cadangan pelan strategik sekolah
Cadangan pelan strategik sekolah Cikgu Niezam
 
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Cikgu Niezam
 
Plan Pemasaran Walit Assunnah
Plan Pemasaran Walit AssunnahPlan Pemasaran Walit Assunnah
Plan Pemasaran Walit AssunnahCikgu Niezam
 
Panduan bina fanpages
Panduan bina fanpagesPanduan bina fanpages
Panduan bina fanpagesCikgu Niezam
 
Modul abakus (b malaysia)
Modul abakus (b malaysia)Modul abakus (b malaysia)
Modul abakus (b malaysia)Cikgu Niezam
 
Borangpermohonanpengedar
BorangpermohonanpengedarBorangpermohonanpengedar
BorangpermohonanpengedarCikgu Niezam
 
E daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data murid
E daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data muridE daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data murid
E daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data muridCikgu Niezam
 

More from Cikgu Niezam (18)

coaching & mentoring
coaching & mentoringcoaching & mentoring
coaching & mentoring
 
KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015
KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015
KATALOG TSHIRT ENZO TERBARU 2015
 
04 borang s4 e pdp
04 borang s4 e pdp04 borang s4 e pdp
04 borang s4 e pdp
 
Pelan strategik.
Pelan strategik. Pelan strategik.
Pelan strategik.
 
Cadangan pelan strategik sekolah
Cadangan pelan strategik sekolah  Cadangan pelan strategik sekolah
Cadangan pelan strategik sekolah
 
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
 
KATALONG ENZO V5
KATALONG ENZO V5KATALONG ENZO V5
KATALONG ENZO V5
 
Pelan SPSHOPS
Pelan SPSHOPS Pelan SPSHOPS
Pelan SPSHOPS
 
Plan Pemasaran Walit Assunnah
Plan Pemasaran Walit AssunnahPlan Pemasaran Walit Assunnah
Plan Pemasaran Walit Assunnah
 
Panduan bina fanpages
Panduan bina fanpagesPanduan bina fanpages
Panduan bina fanpages
 
Dropship
DropshipDropship
Dropship
 
Promosi facebook
Promosi facebookPromosi facebook
Promosi facebook
 
Modul abakus (b malaysia)
Modul abakus (b malaysia)Modul abakus (b malaysia)
Modul abakus (b malaysia)
 
Borangpermohonanpengedar
BorangpermohonanpengedarBorangpermohonanpengedar
Borangpermohonanpengedar
 
Cara bayaran (2)
Cara bayaran (2)Cara bayaran (2)
Cara bayaran (2)
 
30 set m y3
30 set m y330 set m y3
30 set m y3
 
E daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data murid
E daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data muridE daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data murid
E daftar tahun 1 dalam aplikasi pangkalan data murid
 
Clixster mobile
Clixster mobileClixster mobile
Clixster mobile
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 

Pembangunan Sekolah

  • 1. abdulrazakal@iab.edu.my Modul Latihan PEMBANGUNAN DASAR DAN HALA TUJU SEKOLAH 14 Laluan Lembaran Kerja Latihan Disusun oleh Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek abdulrazakal@iab.edu.my [019 – 947 4045] Pelan Pembangunan Organisasi MODUL ___ JAM
  • 2. abdulrazakal@iab.edu.my MISI “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” VISI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
  • 3. abdulrazakal@iab.edu.my PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG (PERANCANGAN STRATEGIK) 1
  • 4. abdulrazakal@iab.edu.my Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Sebelas Anjakan Untuk Transformasi Sistem 1 Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa  Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017  Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.  Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik  Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional  Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020  Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus  Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun 2 Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran Dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris Dan Digalakkan Mempelajari Bahasa Tambahan  Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan  Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris  Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris  Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris  Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025 3 Melahirkan Rakyat Yang Menghayati Nilai  Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid  Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform  Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah 4 Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan  Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas  Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020  Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013  Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013  Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016  Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016  Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025 2
  • 5. abdulrazakal@iab.edu.my 5 Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah  Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013  Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid 6 Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan  Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014  Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum  Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak  Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan yang saksama 7 Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia  Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah  Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris  Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid 8 Mentransformasi Kebolehan Dan Keupayaan Penyampaian Kementerian  Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid  Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014  Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013  Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai 2016 9 Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti, Dan Sektor Swasta Secara Meluas  Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah  Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016  Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja 10 Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit  Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun  Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru 11 Meningkatkan Ketelusan Untuk Kebertanggungjawaban Awam Secara Langsung  Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013  Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025 3
  • 6. abdulrazakal@iab.edu.my ASPIRASI SISTEM Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing- masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020. Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa. Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. 4
  • 7. abdulrazakal@iab.edu.my ASPIRASI MURID Pengetahuan Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yangmenyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan. Kemahiran Berfikir Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Kemahiran Memimpin Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran Dwibahasa Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. Etika dan Kerohanian Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. Identiti Nasional Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosio ekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian. 5
  • 8. abdulrazakal@iab.edu.my PEMIKIRAN STRATEGIK: TEMPLAT ABC UNIVERSAL Sumber: Haines Centre for Strategic Management “Menjelaskan dan Mempermudahkan Pemikiran Anda” – Tentang Projek Anda __________________________________________________________ (Nama Organisasi – Isu – Masalah – Projek – Usaha Perubahan (dll.) Laluan 1 IMBASAN PERSEKITARAN LUARAN MASA DEPAN Apakah yang akan berubah di masa depan kita? Persekitaran luaran yang akan memberi kesan kepada kita E ____________________ TARIKH MASA DEPAN A OUTPUT/ OUTCOM ES PENILAIAN SEMASA STRATEGI UTAMA TINDAKAN KEUTAMAAN (dan bajet) HASIL YANG DIINGINI Di manakah kita sekarang? __________________ TARIKH MASA KINIC INPUT Bagaimanakah kita sampai ke sana (merapatkan jurang dari ke ?C A KENDALIAN SISTEM / PROSES D Ukuran Kejayaan Utama / Matlamat Bagaimanakah kita akan tahu apabila kita sampai ke sana? Di manakah kita mahu menjadi? BGELUNG MAKLUM BALAS S W O C 6
  • 9. abdulrazakal@iab.edu.my PERANCANGAN STRATEGIK Membina Pelan Pembangunan Organisasi memerlukan Perancangan Strategik. Perancangan strategik adalah “usaha yang berhati-hati dan berdisiplin bagi menghasilkan keputusan serta tindakan asas yang membentuk dan memandu organisasi, apa yang dilakukannya dan mengapa ia melakukannya” (Bryson, 2011). Perancangan strategik adalah pendekatan yang berurusan dengan cabaran yang dihadapi organisasi. Cabaran ini memerlukan pemimpin berhati-hati dan berdisiplin jika ia ingin diurus secara efektif. Semua organisasi adalah dalam keadaan perubahan yang berterusan dan berubah- ubah – walaupun mereka merasakan ianya stabil adalah secara tipikal berubah dalam berbagai cara. Orang akan datang dan pergi, mandat bertukar, bajet berubah, keperluan dan harapan pemegang taruh adalah juga berubah dan sebagainya. Organisasi yang diurus secara strategik mendefinisikan di mana mereka mahu menjadi dan mengurus perubahan secara efektif menerusi agenda tindakan bagi mencapai masa depan berkenaan. • Perancangan strategik adalah cara berfikir, bertindak dan belajar. • Ia sering kali mengambil pandangan yang komprehensif dengan memberi fokus terhadap gambaran yang besar atau “big picture”, ia juga membawa tindakan yang spesifik, disasarkan dalam masa kini dan memberi kesan jangka masa panjang. • Ianya berkaitan dengan berwawasan dan sering kali proaktif berbanding reaktif bagi menangani isu keperluan untuk berubah. • Ianya fleksibel dan praktikal. • Ianya panduan membuat keputusan dan pengagihan peruntukan; perancangan strategik adalah panduan membuat bajet. 7
  • 10. abdulrazakal@iab.edu.my Perancangan strategik bukanlah satu perkara tersendiri tetapi sebagai pilihan set konsep, prosedur, metodologi dan alat yang boleh membantu organisasi bukan berasaskan keuntungan dan awam menjadi lebih berjaya dalam mendefinisi dan mencapai misi dan visi mereka dan dalam mencipta nilai yang signifikan dan bertahan. Menerusi perancangan strategik, organisasi boleh • Membincang dan mendokumen tentang persekitaran di mana mereka berada dan beroperasi dan meneroka faktor dan trend yang mempengaruhi cara mereka melakukan urusan dan melakukan peranan meraka. • Memperjelas dan merangka isu atau cabaran yang dihadapi organisasi. • Memperjelas misi, matlamat dan nilai organisasi dan menyatakan dengan jelas visi, di mana organisasi mahu berada. • Membangun strategi bagi melaksanakan mandat, memenuhi misi, merealisasi visi, mencapai matlamat dan mencipta nilai dengan mengenal pasti dan melaksanakan semula mandat, misi, nilai, matlamat, peringkat hasil dan perkhidmatan, klien, pengguna atau pembayar, kos, kewangan, struktur, proses dan pengurusan. Untuk lebih efektif, perancangan strategik mesti berorientasikan tindakan dan keputusan dan mesti dihubungkan kepada perancangan operasi. Ia mesti juga dihubungkan kepada pelbagai jenis fungsi perancangan - teknologi maklumat, sumber manusia, kewangan, pelan urusan dan sebagainya. Perancangan untuk semua jenis mesti dilakukan dengan implementasi perkara yang ada dalam fikiran, dan implementasi proses sendiri mesti diuruskan secara efektif; sebaliknya, harapan dan impian lebih sedikit daripada fantasi. 8
  • 11. abdulrazakal@iab.edu.my RANGKA KERJA MEMBINA PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI PELAN JANGKA MASA PANJANG PELAN JANGKA MASA PENDEK (3 – 5 TAHUN) (1 TAHUN) Misi Visi Nilai Strategi 1 Strategi 2 Pelan Taktikal Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4 Pelan Operasi 1 Pelan Operasi 2 Pelan Operasi 3 Pelan Operasi 4 Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 1 Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2 Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 3 Objektif 1 … Objektif 2 … Objektif 3 … Strategi 3 dan … 9
  • 12. abdulrazakal@iab.edu.my MISI Mengapakah sekolah wujud? Perkhidmatan, Produk & Maklumat Pelanggan Hasil Akhir, Outcome, Akibat 1 Menggambarkan apakah yang organisasi lakukan sekarang (apakah perkhidmatan yang ditawarkan?) DAN bagaimanakah cara melakukannya 2 Menggambarkan kepada siapakah perkhidmatan tersebut diberikan. Ianya menjawab soalan siapakah pelanggan utama organisasi? 3 Menggambarkan hasil akhir yang diingini. Apakah keperluan pelanggan yang dapat organisasi penuhi? Perkhidmatan, Produk & Maklumat Pelanggan Hasil Akhir, Outcome, Akibat "Misi kami adalah untuk menyediakan ... (pelanggan) dengan ... (perkhidmatan dan produk) dalam rangka mencapai ... (mengapa kita wujud / ciri-ciri keunikan, nilai atau prinsip pegangan utama sekolah dalam memenuhi tujuan kewujudannya).” Laluan 2 10
  • 14. abdulrazakal@iab.edu.my VISI Visi mengandungi pernyataan tertinggi yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi dan lazimnya mengandungi maklumat mengenai cita-cita organisasi. Pernyataan visi adalah gambaran keunggulan prestasi organisasi yang dikongsi bersama. Ia adalah panduan gambaran kejayaan dan menjawab soalan:  "Apakah yang ingin kita ciptakan?"  "Bagaimanakah kita ingin dikenali?" Proses pembinaan visi;  Berfikir mengenai masa hadapan yang ingin dicapai dalam masa 3 -5 tahun.  Membentuk halatuju yang jelas berdasarkan aktiviti organisasi.  Memberi inspirasi kepada anggota organisasi.  Memutuskan Siapa Kita, Apa Kita Buat, dan Ke Mana Hendak Kita Tuju. Laluan 3 12
  • 15. abdulrazakal@iab.edu.my Apakah yang sekolah ingin capai? Huraian [Kata kunci dalam Visi] 13
  • 16. abdulrazakal@iab.edu.my NILAI SEKOLAH Nilai merupakan  Faktor kemanusiaan yang akan mendorong pekerjaan.  Set panduan, prinsip, kepercayaan, atau pernyataan yang akan menyokong mematuhi janji dan sebagai panduan mencapai visi. NILAI Laluan 4 14
  • 18. abdulrazakal@iab.edu.my PIAGAM PELANGGAN Komitmen bertulis, dipamerkan, jaminan penyampaian perkhidmatan mengikut standard dan memberitahu hak-hak pelanggan. Komitmen - 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana. Ikrar - Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008 – 2013) 16
  • 19. abdulrazakal@iab.edu.my Ditulis berdasarkan kaca mata pelanggan. Ditetapkan standard – satu ukuran kejayaan kuantitatif. Fokus – Pelanggan, standard dan sikap Ciri-ciri – Jelas, senang disebarkan, praktikal, khusus, mempunyai kebolehpercayaan, dan boleh ditambah baik. [NAMA SEKOLAH] komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami KEPADA MURID KEPADA GURU DAN KAKITANGAN KEPADA WARIS KEPADA PEMEGANG TARUH 17
  • 20. abdulrazakal@iab.edu.my INDIKATOR KEJAYAAN SEKOLAH Indikator kejayaan sekolah boleh dibahagikan kepada dua: 1. Berfokuskan murid 2. Tidak Berfokuskan murid Indikator menyediakan standard untuk sekolah atau murid dilihat dan boleh diukur. Tanpanya, ianya susah, ataupun mustahil untuk mengukur kejayaan murid atau keberkesanan sekolah atau cuba menambahbaik pembelajaran. Indikator juga mengukur sejauh mana misi dan visi sekolah dicapai. Indikator Kejayaan Murid adalah: keputusan yang boleh diukur berfokuskan murid yang sekolah ada keupayaan, berhasrat atau perlu mempengaruhi dan baginya ia sanggup atau dikehendaki dipertanggungjawabkan. Indikator Kejayaan Berfokuskan Murid Yang Diukur Oleh Laluan 5 18
  • 21. abdulrazakal@iab.edu.my Indikator Kejayaan Berfokuskan Murid Yang Diukur Oleh Indikator Kejayaan Tidak Berfokuskan Murid Yang Diukur Oleh 19
  • 22. abdulrazakal@iab.edu.my MATLAMAT DAN OBJEKTIF Kejayaan misi dan visi dilihat kepada pencapaian matlamat. Matlamat merupakan kejayaan yang ingin dicapai masih bersifat umum. Ianya diukur berdasarkan pencapaian objektif. Objektif merupakan ukuran kejayaan sesuatu matlamat. Ianya sesuatu yang boleh diukur. Memiliki ciri-ciri SMART. SMART S = Specific / Spesifik; M = Measurable / Boleh Di Ukur; A = Attainable / Boleh Di Capai; R = Reasonable / Wajar-Munasabah; T = Timeline / Ada Tempoh Masa) Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) Sasaran Ingat: Membezakan antara keputusan / hasil (apa) dan cara (bagaimana). MATLAMAT OBJEKTIF Laluan 6 20
  • 23. abdulrazakal@iab.edu.my MATLAMAT OBJEKTIF Empat (4) Skala Pengukuran 1. Nominal (Kurang dipercayai, samar- samar dan mungkin keliru) Menamakan sesuatu (contoh, cemerlang, cantik, sejuk, panas) Matlamat2. Ordinal (Samar-samar dan kabur tetapi lebih dipercayai daripada nominal Menentukan sesuatu lebih hebat daripada yang lain (contoh, pasukan ini lebih hebat daripada pasukan tersebut) 3. Interval – Sela (Lebih dipercayai, tepat) Berkaitan item sepanjang skala dengan selang yang sama yang mempunyai titik sifar secara rambang (contoh, darjah celsius) Objektif 4. Ratio – Nisbah (Lebih dipercayai, tepat) Berkaitan item sepanjang skala pada satu titik sifar diketahui dengan selang yang sama. (contoh, berat, jarak) 21
  • 24. abdulrazakal@iab.edu.my MENGENAL PASTI ISU / MASALAH / PERSOALAN POKOK Analisis Persekitaran (Keperluan) Analisis persekitaran adalah proses untuk mengenal pasti semua elemen dalaman dan luaran yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi dan menilai tahap kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman yang hadir. Penilaian kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman kemudiannya dimasukkan ke dalam proses membuat keputusan untuk menyelaraskan strategi yang lebih baik dengan persekitaran organisasi. Apakah cara dan alat mengumpul data bagi tujuan analisis persekitaran? Laluan 7 Aspek Ketara Strategi Objektif Polisi dan Prosedur Struktur Teknologi Rantaian Arahan Autoriti Formal Aspek Tersembunyi Sikap Persepsi Norma Kumpulan Interaksi Formal Konflik Interpersonal Konflik Interkumpulan 22
  • 25. abdulrazakal@iab.edu.my Untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi peningkatan pencapaian murid secara khususnya dan pencapaian sekolah amnya, mereka yang bekerja untuk menyelesaikan masalah mesti menentukan apa masalah yang mereka cuba untuk menyelesaikannya, dan sebab sebenar masalah berkenaan. Mana-mana perangkap yang mudah untuk jatuh ke dalamnya sering untuk seseorang itu terus melompat kepada penyelesaian sebelum memastikan masalah sebenarnya. Menggali jauh di bawah gejala masalah akan mendedahkan punca supaya penyelesaian yang sesuai boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid dan keberkesanan sekolah. Banyak alat yang boleh digunakan untuk tujuan ini, antara alat-alat berkenaan  Analisis SWOT  Percambahan Fikiran (Brainstorming)  Teknik Kumpulan Nominal  Diagram Sebab_Akibat  Matriks Keputusan  Diagram Kesamaan Dan Saling Berhubungan  Analisis Force Field  Matriks ‘Adalah / Bukanlah’  Pemetaan Minda  Diagram Pokok  Perbandingan Berpasang  Kajian-kajian (Profil Sekolah), laporan dan aduan dll. 23
  • 26. abdulrazakal@iab.edu.my ANALISIS KEPERLUAN -5 -4 -3 -2 -1 0 1 2 3 4 5 - Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat + Dalaman (Dalam Konteks Sekolah) 1. Apakah yang perlu untuk hebat? 2. Sekarang ini, adakah ia penggerak atau penghalang? 3. Berapakah skalanya? 4. Manakah yang perlu dahulu dihapuskan atau ditingkatkan? Luaran Dalaman (Luar Konteks Sekolah) Jumlah ara
  • 27. abdulrazakal@iab.edu.my ANALISIS KEPERLUAN -5 -4 -3 -2 -1 0 1 2 3 4 5 - Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat + Dalaman (Dalam Konteks Sekolah) Luaran Dalaman (Luar Konteks Sekolah) Jumlah 24 25
  • 28. abdulrazakal@iab.edu.my ara INISIATIF / STRATEGI Inisiatif atau strategi adalah usaha yang kena buat bagi menyelesaikan masalah yang wujud. Permasalahan adalah kesulitan yang dirasakan oleh seseorang. Permasalahan dapat juga diertikan sebagai sesuatu yang menghalangi tercapainya tujuan[1]. Secara umum, suatu masalah didefinisikan sebagai keadaan atau jurang antara harapan dan kenyataan. Masalah sebagai jurang antara keperluan yang diinginkan dan keperluan yang ada[2]. ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI Laluan 8 26
  • 29. abdulrazakal@iab.edu.my ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI
  • 30. abdulrazakal@iab.edu.my ISU / MASALAH DLL. INISIATIF / STRATEGI 27
  • 31. abdulrazakal@iab.edu.my PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PANJANG): MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, INISIATIF / STRATEGI Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Objektif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sasaran Inisiatif / Strategi Pegawai Bertanggung- jawab TOV 2015 [AR] 2016 [AR] 2017 [AR] Laluan 9 28
  • 33. abdulrazakal@iab.edu.my Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Objektif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sasaran Inisiatif / Strategi Pegawai Bertanggung- jawab TOV 2015 [AR] 2016 [AR] 2017 [AR] TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar) 30
  • 34. abdulrazakal@iab.edu.my PERANCANGAN JANGKA MASA PENDEK (PELAN TAKTIKAL, PELAN OPERASI) 31
  • 35. abdulrazakal@iab.edu.my PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PENDEK): MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN TAHUNAN, INISIATIF / STRATEGI Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Objektif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sasaran 2015 Inisiatif / Strategi Pegawai Bertanggung- jawab TOV OTI1 [AR] OTI2 [AR] ETR [AR] Laluan 10 32
  • 36. abdulrazakal@iab.edu.my Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Objektif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sasaran 2015 Inisiatif / Strategi Pegawai Bertanggung- jawab TOV OTI1 [AR] OTI2 [AR] ETR [AR] TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar) ETR: Expected Targeted Result (Keputusan Sasaran Dianggarkan) OTI: Operational Targeted Increment (Kenaikan Sasaran Operasi) 33
  • 37. abdulrazakal@iab.edu.my 11a PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN GRID IMPAK-BOLEH BUAT 1 2Impak 3 4 0 Tinggi Boleh Buat 1 2 3 4 Tinggi CATATAN Boleh Buat mengambil kira (a) tahap kesukaran proses kerja; (b) Kompetensi staf yang bertanggungjawab; (c)Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat; (d) Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan; (e)Andaian keupayaan mengatasi halangan; (f) Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi; (g) Akur kepatuhan dengan mandat/ arahan; (h) Rekod keberkesanan yang lepas; (j) Kesesuaian dengan persekitaran terkini Laluan 11 34
  • 38. abdulrazakal@iab.edu.my SENARAI INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN 1 2 3 4 5 35
  • 39. abdulrazakal@iab.edu.my 11 b PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI BERDASARKAN PEMBERATAN Menggunakan skala likert 1 - Amat Rendah - 5* 2 - Rendah - 4 3 - Sederhana - 3 4 - Tinggi - 2 5 - Amat tinggi - 1 Bil Kriteria Pemilihan 1 2 3 4 5 1 Tahap kesukaran proses kerja* 2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 3 Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat* 4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan (tahap keperluan)* 5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi 7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan 8 Rekod keberkesanan yang lepas 9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini Jumlah Skor Keputusan Ulasan Inisiatif / Strategi / Aktiviti mana didahulu? 36
  • 40. abdulrazakal@iab.edu.my SENARAI INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN 1 2 3 4 5 37
  • 41. abdulrazakal@iab.edu.my 11c PENJANAAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS Dalaman Luaran KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W) S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 W1 W2 W3 W4 W5 W6 W7 W8 PELUANG (O) O1 O2 O3 O4 O5 O6 O7 O8 CABARAN / ANCAMAN (C/T) C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 38
  • 42. abdulrazakal@iab.edu.my PROGRAM / AKTIVITI INISIATIF / STRATEGI PROGRAM / AKTIVITI Laluan 12 39
  • 44. abdulrazakal@iab.edu.my PELAN TAKTIKAL INISIATIF / STRATEGI Bil Program, Aktiviti, Projek dan Tindakan Tanggung jawab Tempoh/ Hari Kos/ Sumber Output / Outcome KPI Sasaran Pelan Kontingensi Laluan 13 41
  • 45. abdulrazakal@iab.edu.my PELAN OPERASI Matlamat Strategik : Iniasiatif / Strategi : Nama Program / Projek : Objektif Program / Projek : Tanggungjawab : Tempoh / Hari : Tempat : Sasaran : Kos / Anggaran Perbelanjaan : Sumber : Jawatankuasa : Ringkasan Program : Laluan 14 42
  • 46. abdulrazakal@iab.edu.my Langkah Proses Kerja Tanggungjawab KPI Sasaran Status/Pelan Kontigensi 1 Mesyuarat Jawatankuasa: - Bentang kertas kerja - Lantikan J/Kuasa - Tetapkan tarikh - Anggaran kos - Agihan tugas 2 Taklimat kepada yang terlibat 3 Mempromosikan program - surat pemberitahuan - surat jemputan 4 Penyediaan bahan 5 Penyediaan tempat dan peralatan 6 Pelaksanaan Program 7 Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem 43
  • 47. TERIMAKASIH. Pensyarah Kanan JabatanMentoring& Coaching Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek NPQH (IAB); Diploma Pertanian (UPM); DiplomaPendidikan (UTM), Bacelor Sains Pertanian (UPM); Sarjana Kepengetuaan (UM) Certificate inCoachingPractice Programme (UMCCeD); Kursus Leadership Coaching& Mentoring(IAB); Certificate Programme on Coaching& Mentoring(The University ofWaikato); Coaching& Mentoring – Awareness (Shaker Sdn Bhd)) Pengalaman Mengajar & Mentadbir 1990 Mula mengajar, SMK KualaKrau 1992 – 1999 PK Kokurikulum SMK KualaKrau PK HEM, SMK KualaKrau GKMP T & V, SMK Kuala Krau 1999 – 2000 Cuti Belajar 2001 PK Petang, SMK Mentakab 2002 – 2009 Memangku Pengetua& Care Taker, SBPITemerloh PK, SBPI Temerloh 2009 PK, SMK DatukBahaman 2010 – 2014 Ketua Jabatan, JabatanMentoring& Coaching, IAB 2009 – Sekarang Pensyarah Kanan, IAB Bidang Latihan di IAB Coaching& Mentoring Perancangan Strategik 019 – 947 4045 abdulrazakal@iab. edu.my