Tips Ringkas Pemasaran Facebook       Ebook Ringkas Tentang Tips Pemasaran di Facebook                Dari kajian, pembaca...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookPromosi Facebook.   1. Promosi di ProfilTeknik ini cukup mudah, anda hanya perlu tuliskan a...
Tips Ringkas Pemasaran Facebook   b. Pemerengganan      Jika apa yang ingin anda sampaikan itu panjang, buatlah perenggan ...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookKlik “promote”Cikgu Niezam                                       Page 4
Tips Ringkas Pemasaran FacebookKlik “pay to Promote”..FB mengenakan cas sebanyak RM 3.13 untuk promosi iklantersebut.Lihat...
Tips Ringkas Pemasaran Facebook   B. Promosi di pagesPergi ke “buat iklan”Cikgu Niezam                                    ...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookPilih tujuan anda beriklan. Sama ada ingin menambah bilangan ‘like’ atau untukmempromosi po...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookIkuti langkah seterusnya sehingga akan keluar pemberitahuan bahawa iklan andatelah berjaya ...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookTeknik 2Pada setiap post di pages akan keluar button Promote di tepinya. Perasankan?Klik Pr...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookPilih jumlah kos yang ingin dibayar. Setelah itu anda akan lihat kesannya seperticontoh di ...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookTeknik 3.Anjurkan eventKlik Event. Paparan baru seperti di bawah akan muncul. Lengkapkan da...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookLain-lain tips.   1. Kurangkan beriklan pada hujung minggu kerana sambutannya kurang      m...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookPromosi parasit:Di sini ingin saya jelaskan bahawa maksud promosi parasit ini adalah bentuk...
Tips Ringkas Pemasaran Facebook   2. Parasit profile      Menggunakan nama samaran dan meletakkan bukan gambar sebenar.   ...
Tips Ringkas Pemasaran Facebook   5. Parasit tag      Mereka ini terlalu suka tag kita pada ayat promosi dan juga pada gam...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookJika anda gigih membina kerjaya pasti Berjaya…………………   1. Pasti suka buka email            ...
Tips Ringkas Pemasaran Facebook                         Tidak lupa CIMB………………    Statement emal dan akaun bank ini bukan ...
Tips Ringkas Pemasaran FacebookSekian , terima kasih# Mohon maaf jika ebook ringkas ini dilihat tidak berkualiti saya seka...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Promosi facebook

1,644 views

Published on

Tips ringkas pemasaran di facebook.

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,644
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
76
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Promosi facebook

  1. 1. Tips Ringkas Pemasaran Facebook Ebook Ringkas Tentang Tips Pemasaran di Facebook Dari kajian, pembacaan dan pengalaman sendiriOleh : Cikgu NiezamJom join saya di http:/www.facebook.com/groups/gengcikguniezam/Cikgu Niezam Page 1
  2. 2. Tips Ringkas Pemasaran FacebookPromosi Facebook. 1. Promosi di ProfilTeknik ini cukup mudah, anda hanya perlu tuliskan ayat-ayat promosi anda danposkan di profil anda. Nampak mudahkan?..Namun apakah sambutannyamemberangsangkan?. Mari saya kongsikan serba sedikit tips ringkas bagaimanauntuk meningkatkan sambutan terhadap promosi anda. a. Tulis ayat lengkap. Perhatikan usahawan-usahawan online menulis ayat. Perasan atau tidak bahawa mereka tidak menggunakan bahasa rojak? Semua menulis dengan ayat-ayat yang lengkap. Kurang menggunakan kependekan perkataan. Cuba perhatikan di bawah ini.Cikgu Niezam Page 2
  3. 3. Tips Ringkas Pemasaran Facebook b. Pemerengganan Jika apa yang ingin anda sampaikan itu panjang, buatlah perenggan dengan memisahkan isu-isu utama.Seelok-eloknya setiap perenggan itu dalam empat atau lima baris. Setiap perenggan tersebut perlu diselitkan beberapa ayat yang berbentuk pertanyaan, dan juga info berkaitan dengan produk anda. 2. Lakukan teknik promosi berbayar. Kita semua ketahui bahawa setiap post yang kita tulis tidak mungkin akan dapat dilihat oleh semua rakan-rakan kita. Kebanyakan post yang terlihat adalah post rakan-rakan yang selalu kita komen dan like sahaja. Beginilah cara halus FB mencari duit...hihihihi. Maka bagi memperbanyak jumlah view kita digalakkan menggunakan button promote yang terdapat di sebelah kanan bawah post kita itu. Pastikan kad debit anda telah diverikasi untuk urusan online. A. Promosi di profil Taipkan iklan anda, masukkan gambar jika perlu kerana gambar turut memainkan peranan dalam menarik perhatian pembaca. Kemudian klik ‘post’. Maka post anda telahpun publish di wall anda. Ikuti langkah selanjutnya…………………..Cikgu Niezam Page 3
  4. 4. Tips Ringkas Pemasaran FacebookKlik “promote”Cikgu Niezam Page 4
  5. 5. Tips Ringkas Pemasaran FacebookKlik “pay to Promote”..FB mengenakan cas sebanyak RM 3.13 untuk promosi iklantersebut.Lihatlah kesannya. Jumlah komen bertambah kerana jumlah view bertambah.Cikgu Niezam Page 5
  6. 6. Tips Ringkas Pemasaran Facebook B. Promosi di pagesPergi ke “buat iklan”Cikgu Niezam Page 6
  7. 7. Tips Ringkas Pemasaran FacebookPilih tujuan anda beriklan. Sama ada ingin menambah bilangan ‘like’ atau untukmempromosi post anda di pages.Pilih audien yang bakal melihat iklan anda. i. Anda boleh memilih promosi ke bandar-bandar tertentu. ii. Anda juga boleh memilih targeting anda berdasarkan umur ( 25 ke 45 adalah efektif ) iii. Pilih juga minat pengguna FB.Usah risau jika jumlah view iklan anda semakin kurang. Ingat kuantiti bukanlahyang dicari tapi kualiti kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelanggan andananti.Cikgu Niezam Page 7
  8. 8. Tips Ringkas Pemasaran FacebookIkuti langkah seterusnya sehingga akan keluar pemberitahuan bahawa iklan andatelah berjaya dan menunggu proses pengesahan.Cikgu Niezam Page 8
  9. 9. Tips Ringkas Pemasaran FacebookTeknik 2Pada setiap post di pages akan keluar button Promote di tepinya. Perasankan?Klik PromoteCikgu Niezam Page 9
  10. 10. Tips Ringkas Pemasaran FacebookPilih jumlah kos yang ingin dibayar. Setelah itu anda akan lihat kesannya seperticontoh di bawah.Cikgu Niezam Page 10
  11. 11. Tips Ringkas Pemasaran FacebookTeknik 3.Anjurkan eventKlik Event. Paparan baru seperti di bawah akan muncul. Lengkapkan dan lihatkesannya nanti.Cikgu Niezam Page 11
  12. 12. Tips Ringkas Pemasaran FacebookLain-lain tips. 1. Kurangkan beriklan pada hujung minggu kerana sambutannya kurang menggalakkan. Ini mungkin disebabkan ramai pengguna membuka FB semata-mata untuk bersembang dan bertanya khabar kawan-kawan sahaja setelah penat bekerja sebelumnya. 2. Gunakan ayat-ayat subjektif yang tidak memberi gambaran penuh apa yang ingin anda promosikan. Jangan terlalu direct kerana dari sudut psikologi ia tidak membawa kebaikan sebab ini menghilangkan rasa ingin tahu pembaca. 3. Lakukan promosi berkala. Contohnya tiga kali sehari. Pilihlah waktu sesuai seperti pagi( kira-kira pukul 10 pagi )..petang dan malam. Jangan terlalu kerap dan juga terlalu kurang. 4. Elakkan mempelbagaikan promosi barangan. Maksudnya di sini jangan mempromosikan pelbagai jenis perniagaan anda serentak. Ini menghilangkan kredibiliti anda.Anda dilihat seolah-olah tidak berjaya kerana sering bertukar-tukar perniagaan. Jika sememangnya anda ingin mempromosikan pelbagai produk anda, binalah pages khusus.Cikgu Niezam Page 12
  13. 13. Tips Ringkas Pemasaran FacebookPromosi parasit:Di sini ingin saya jelaskan bahawa maksud promosi parasit ini adalah bentuk-bentuk promosi tidak beretika. Anda digalakkan tidak melakukan promosisebegini kerana promosi sebegini dilihat negatif oleh orang lain. Ingat terdapatramai mata yang memandang setiap iklan kita di FB. Jangan bunuh kepercayaananda dengan melakukan promosi parasit yang membuatkan orang tidak selesadengan kita dan akhirnya kita dikeluarkan daripada senarai rakannya. 1. Parasit ChatMaksudnya anda tanpa segan silu, tanpa sapaan terus sahaja menghantar iklananda dalan inbox atau di ruangan chat rakan-rakan anda. Lihat contoh di bawah.Sedang anda syok-syok melayan dan membaca status kawan-kawan..tiba-tibamuncul iklan sebegini. Suka tak?Cikgu Niezam Page 13
  14. 14. Tips Ringkas Pemasaran Facebook 2. Parasit profile Menggunakan nama samaran dan meletakkan bukan gambar sebenar. Sebenarnya cara ini tidak dilihat sebagai professional. Perasankan terdapat ramai yang melakukannya? Pada saya ini langsung tidak menggambarkan tahap seriusnya anda berniaga secara online. Pastinya kepercayaan pembeli pada kita akan terhalang. Bahkan wujud rasa was-was dalam hati mereka. 3. Parasit wallMereka yang sering menghantar iklan di wall orang lain tanpa kebenaran daniklan tersebut langsung tiada kena-mengena dengan kita. 4. Parasit status Ada dua jenis parasite ini. Pertamanya mereka akan meletakkan ayat-ayat promosi pada ruangan komen di post kita. Pastinya ayat-ayat mereka ini langsung tidak ada kena- mengena dengan apa yang kita tulis. Jenis yang kedua adalah merampas bakal pelanggan kita. Contohnya saya iklankan produk A. Parasit ini juga menjual produk A. Jadi pada ruangan komen parasite ini akan meminta bakal-bakal pelanggan saya membeli melaluinya dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik. Harap anda tidak sebegini.Cikgu Niezam Page 14
  15. 15. Tips Ringkas Pemasaran Facebook 5. Parasit tag Mereka ini terlalu suka tag kita pada ayat promosi dan juga pada gambar- gambar yang tiada kena-mengena dengan kita dan hanya akan menguntungkan mereka sahaja.Selain itu juga beriklan di group-group pengiklanan yang terdapat di FB jugabukan cara efektif. Ini kerana semua yang yang ada di dalam kumpulan tersebuthanyalah semata-mata untuk beriklan. Akhirnya wujudlah lambakan iklan tanpaada seorangpun pembeli kerana semua ahli kumpulan tersebut adalah penjual.Kita juga tidak digalakkan meletakkan gambar-gambar berbentuk mata wangsebagai bukti kejayaan kita. Cukuplah sekadar penyata bank atau reward daripadasyarikat. Ini penting kerana apabila kita bergambar dengan duit ia seolah-olahmemberitahu orang ramai bahawa kita ini suka bermegah. Perbuatan ini pastinyamewujudkan rasa menyampah orang lain kepada kita.Kesimpulannya menjaga kredibiliti merupakan asas kepercayaan orang pada kita.Justeru itu binalah kredibiliti anda. Ini mungkin mengambil masa namunpercayalah bahawa jika anda bermatlamat jangka panjang dalam perniagaanonline ini maka biarlah bersusah-susah dahulu supaya kesan jangka panjangnyamembuahkan hasil berterusan. Sabar perlu ada. Selain itu banyakkanlah solatDhuha, bersedekah dan bersedekahkan Fatihah buat ibu bapa kita. In sha Allahrezeki kita akan datang….Cikgu Niezam Page 15
  16. 16. Tips Ringkas Pemasaran FacebookJika anda gigih membina kerjaya pasti Berjaya………………… 1. Pasti suka buka email Juga suka tengok akaun Maybank………………Cikgu Niezam Page 16
  17. 17. Tips Ringkas Pemasaran Facebook Tidak lupa CIMB………………  Statement emal dan akaun bank ini bukan niat saya untuk bermegah tapi untuk menunjukkan bukti kepada anda bahawa kita boleh Berjaya asalkan jangan berputus asa dan ingin cepat mengaut keuntungan. Sabar itu perlu..masih ramai otai yang Berjaya memungut lebih banyak pendapatan secara online jika dibandingkan dengan saya ini.Cikgu Niezam Page 17
  18. 18. Tips Ringkas Pemasaran FacebookSekian , terima kasih# Mohon maaf jika ebook ringkas ini dilihat tidak berkualiti saya sekadarmenceritakan secara ringkas terutamanya pada bahagian-bahagian tertentu.# Mohon maaf jika terdapat apa-apa ayat yang menyinggung hati dan perasaananda. Saya sekadar menyampaikan apa yang saya patut sampaikan berdasarkanpengalaman saya selama ini.# Ayat dalam ebook ini sememangnya ditulis secara ringkas dan padat sertadiselang-seli dengan perkataan Inggeris.Harap tidak menyusahkan anda.Cikgu Niezamhttp://www.facebook.com/cikguniezamCikgu Niezam Page 18

×