SlideShare a Scribd company logo
1.1 Peranan dan cabaran Guru Pendidikan Islam
Pengenalan
Sasterawan Negarawan, Usman Awang telah merakamkan kehebatan, kemuliaan dan
kemurnian tugas, peranan dan sumbangan guru dalam usaha mendidikan anak bangsa
supaya menjadi insan berguna pada masa akan datang dalam puisinya yang cukup
terkenal iaitu Guru Oh Guru.
Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca.
Sasterawan Usman Awang
Puisi yang ringkas, tetapi sangat bermakna ini telah mejadi azimat berkesan
kepada semua guru agar melangsungkan tanggungjawab sebagai pendidik walau di
manapun berada dan bertugas. Puisi ini juga dapat membangkitkan semangat dan
keseronokan menabur bakti kepada masyarakat. Namun begitu di sebalik keindahan
puisi ini, ia sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat iaitu kejayaan yang
diungkapkan tidak semudah itu dapat dicapai jika tidak didahului dengan persediaan
guru itu sendiri. Guru mesti melengkapkan diri dengan sahsiah yang mamtap,
pemahaman terhadap halatuju negara yang kukuh dan keprihatinan terhadap
keupayaan murid yang jitu. Semua faktor ini menjadi indikator pencapaian sistem
pendidikan negara.
5.1 Sahsiah Guru Pendidikan Islam
Guru merupakan elemen asas dalam proses pendidikan. Keberkesanan sesuatu
pendidikan itu bergantung kuat kepada ilmu seorang guru itu, kesungguhannya dan
kesabarannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.
Terdapat lima ciri utama yang mesti dimiliki oleh seorang guru untuk memastikan
pekerjaannya itu bertepatan dengan keizinan Allah SWT.: (Usul al-Tarbuyah al-
Islamyyah, hlm. 259)
1. Keikhlasan niat:
Seorang guru wajib mengikhlaskan niat dalam segala amalan dan ilmunya kerana Allah
SWT. Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada orang yang tidak ikhlas dalam
keilmuan yang boleh membawa kepada mencari keredaan Allah,
)‫من‬‫تعلم‬‫علما‬‫مما‬‫يبتغى‬‫به‬‫وجه‬‫ال‬‫عز‬‫وجل‬،‫ل‬‫يتعلمه‬‫إل‬‫ليصيب‬‫به‬‫عرضا‬‫من‬‫الدنيا‬‫لم‬‫يجد‬‫عرف‬‫الجنة‬‫يوم‬‫رواه‬ (‫القيامة‬
‫أبو‬.‫داود‬
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu Agama yang boleh mendapat keredaan Allah,
hal keadaan dia tidak mempelajari ilmu itu kecuali untuk mendapat habuan dunia, maka
dia tidak akan menghidu wangian syurga di hari kiamat.”
‫)من‬‫تعلم‬‫العلم‬‫ليباهي‬‫به‬‫العلماء‬‫ويجاري‬‫به‬‫السفهاء‬‫ويصرف‬‫به‬‫وجوه‬‫الناس‬‫إليه‬‫أدخله‬‫ال‬‫رواه‬ )‫جهنم‬‫ابن‬‫ماجه‬
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu supaya berbangga dengannya ulamak, dan
mempermainakn dengannya org bodoh dan memalingkan muka-muka manusia
kepadanya, maka Allah akan memasukkanya ke dalam neraka jahanam.”
‫)إنما‬‫العمال‬‫بالنيات‬‫وإنما‬‫لكل‬‫امرئ‬‫ما‬‫رواه‬ (‫نوي‬‫البخاري‬‫ومسلم‬
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya setiap seseorang itu
(akan dapat) apa yang diniatkan.”
2. Berilmu
Elemen ke dua yang mesti dimilki oleh guru ialah berilmu dan mempelajari ilmu yang
bermanfaat. Ini kerana ilmu yang bermanfaat dan kehendak yang kuat untuk
mendapatkannya merupakan kunci kebahagiaan bagi setiap insan. Ibn Qayyim pernah
berkata : kehendak adalah pintu untuk sampai dan ilmu adalah kuni pintu tersebut.
Dengan ilmu pengetahuan seseorang akan mengenali perkara halal dan haram,
kewajipan dan tanggungjawab, adab dan keperibadian mulia. ia seolah-olah perhiasan
bagi seorang muslim, yang diperlukan olehnya ketika di rumah, sekolah dan juga pusat
memberli belah dan di dalam semua urusan kehidupan peribadi dan kemasyarakatan.
Islam menggesa umatnya menuntut ilmu dengan pelbagai cara; ini berdasarkan firman
Allah SWT yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam
majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan
apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Mujadalah: 11)
Ertinya:
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-
orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(surah Ali imram: 18)
Menurut al-Qurtubi, ayat di atas menjadi dalil kelebihan ilmu pengetahuan dan
kemuliaan para ulama.
Ilmu pengetahuan yang betul dan benar akan memandu seseorang kepada bertakwa
kepada Allah dan jalan yang boleh membawa pemilik kepada syurga Allah SWT. Allah
berfirman yang bermaksud:
Ertinya:
“Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”
(surah Fathir: 28)
Rasulullah SAW bersabda:
‫)من‬‫سلك‬‫طريقا‬‫يطلب‬‫فيه‬‫علما‬‫سلك‬‫ال‬‫به‬‫طريقا‬‫من‬‫طرق‬‫أبو‬ (‫الجنة‬‫داود‬‫وابن‬‫ماجه‬‫والترمذي‬
“Sesiapa yang menyususri satu jalan yang padanya dia menuntut ilmu, maka Allah
akan menyusuri dengannya satu jalan dari jalan-jalan syurga.”.
3. Beramal dengan Ilmu
Mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang
itu berada di atas landasan yang betul. Bagi seorang guru, dia mesti beramal dengan
ilmu tersebut sehingga dia menjadi ikutan yang yg baik, dan zahirnya bertepatan
dengan batinnya, dia menghhiasi diri dengan akhlak yang mulia seperti benar, ikhlas,
amanah, memberi nasihat, sukakan kebaikan, menggalakkan manusia melakukannya,
menjahi sifat yang keji; seperti ucapan palsu, bohong, tipu, khianat, dengki, membenci
manusia lain, dan lain-lain akhlak yang keji.
Guru mesti meyakini bahawa dia akan dipersoalkan oleh Allah tentang ilmu
pengetahuan yang dimilikinya, adakah ia telah diamalkan. Ini berdasarkan sebuah
hadis Rasulullah SAW:
“Tidaklah berganjak dua kaki manusia itu (pada hari kiamat) sehinggalah dia ditanya
tentang umurnya di mana ia dihabiskan, tentang ilmunya pada apa dia lakukan, tentang
hartanya dari mana dia perolehi dan pada apa yang dibelanjakannya, tentang jasadnya
pada apa yang habiskan.”
Oleh itu seorang muslim mestilah bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana ia
mempunyai kelebihan yang pahala yang besar. Dan dia mestilah menjadikan
tingkahlakunya bertepatan dengan apa yang dipelajarinya, sehingga dia menjadi ikutan
yang baik bagi anak-anak didiknya, dan dia mestilah berniat baik dalam menuntut ilmu
iaitu untuk beramal dengan ilmunya dan untuk mencari keradaan Allah SWT.
4. Menyampaikan apa yang diketahui
Selepas seseorang guru itu mempelajari ilmu yang baik dan berfaedah serta beramal
dengan ilmu tersebut, maka dia hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya memberi
nasihat dan tunjuk ajar serta mendidik anak-anak didiknya supaya menginggalkan
segala kekejian dan mengambil kemuliaan.
Guru mesti berwaspada dari menyembunyikan ilmu dan tidak menerangkannya
dengan jelas kepada manusia. Dia mestilah menggalakkan manusia supaya
melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, supaya mereka tidak menjadi seperti
Ahli Kitab yang menyembunyi kebenaran dan menjualnya dengan harga yang amat
murah. Allah berfirman yang bermaksud:
Ertinya:
“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang Yang telah
diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu
kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". kemudian
mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka
menukarnya Dengan mengambil faedah dunia Yang sedikit. maka amatlah buruknya
apa Yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.”
(surah Ali Imran: 187)
Rasulullah SAW bersabda:
‫من‬‫سئل‬‫عن‬‫علم‬‫علمه‬،‫ثم‬‫كتمه‬،‫ألجم‬‫يوم‬‫القيامة‬‫بلجام‬‫من‬‫نار‬‫)رواه‬(‫الترمذي‬
Ertinya:
“Sesiapa yang ditanya tentang esuatu ilmu yang diketahuinya, kemudian dia
menyembunyinya, maka dia akan dikekang (dari bercakap) pada hari kiamat dengan
kekangan dari api neraka.”
5. Sabar
Satu lagi sifat yang mesti dimiliki oleh seorang ugur ialah sabar. Proses pendidikan
dipenuhi dengan kepayahan dan kesusahan. maka jika guru tidak memiliki sifat sabar,
maka tidak mustahil guru akan menjadi jemu dalam pekerjaan yang dilakukannya.
Rentetan itu dia akan menjadi tidak aktif dan tidak dapat menjadi seorang guru seperti
yang diharapkan.
Sesungguhnya Rasulullah merupakan orang yang paling tinggi sabarnya yang perlu
diteladani. Berdasarkan riwayat anas bin Malik:
“Anas bin Malik berkata: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW, dan baginda
memakai selendang najran yang tebal. Tiba-tiba seorang Arab badawi berjmupa
dengannya. Maka Arab Badawi itu merentab selendang baginda dengan rentapan yang
kuat, sehingga aku melihat di tengkok Rasulullah itu ada kesan tarikan selendang itu.
Kemudian Arab itu berkata: Wahai Muhammad! berikan aku harta allah yang ada
padamu. Maka Rasulullah SAW berpaling kepada Arab tersebut dan baginda ketawa,
kemudian baginda menyuruh (sahabatnya) memberi sesuatu kepada Arab tersebut.”
5.2 Peranan Guru Pendidikan Islam
Semua manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah
diiktiraf oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai khalifah Allah untuk mewakili-Nya bagi
mengurus alam ini. Alam dalam konteks pendidikan antaranya merujuk kepada sumber
manusia itu sendiri. Justeru tanggungjawab Guru Pendidikan Islam boleh dirumuskan
dengan pelbagai peranan seperti berikut:
i. Mu’allim
ii. Muaddib
iii. Mudarris
iv. Mursyid
v. Murabbi.
Rajah: Peranan Guru Pendidikan Islam.
Mu’allim
Muallim merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk memberitahu,
mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu
pengetahuan kepada murid sama ada melalui latihan, arahan atau amalan bentuk
pengajaran dan pembelajaran yang seumpamanya (Ab Halim, 2010). Muallim juga
merujuk kepada peranan guru untuk memberitahu, mengajar, memindah dan
menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para
pelajar sama ada melalui syarahan, latihan, amali, latihtubi, arahan atau sebarang
bentuk pengajaran yang dirancang.
Firman Allah yang bermaksud:
Ertinya:
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau
berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna),
sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah : 239
Muaddib
Ta’dib diertikan sebagai proses mendidik yang difokuskan kepada pembinaan dan
penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Menurut Sayed Muhammad An-Nuquib
Al-Attas, kata ta’dib adalah pengenalan dan pengakuan yang secara berangsur-angsur
ditanamkan kepada manusia tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu
dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa, sehingga membimbing ke arah pengenalan
dan pengakuan kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam tatanan wujud keberadaan-
Nya.
Mudarris
Mudarris merupakan orang memiliki kepekaan intelektual, informasi serta
memperbaharui pengetahuan dan keahlian secara berterusan di samping berusaha
mencerdaskan anak didiknya, membenteras kebodohan mereka, serta melatih
ketrampilan sesuai dengan bakat, minat dan kemampuannya.
Firman Allah yang bermaksud:
Ertinya:
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan
hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai:
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan
perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal
yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana
kamu selalu mempelajarinya.
Ali –Imran : 79
Mursyid
Merujuk kepada aspek kepimpinan guru untuk menjaga, menasihati, mangarah,
membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan
pembangunan diri (JERI) sebagai insan soleh. Konsep irshad lebih menfokuskan
konsep kepimpinan Rasulullah saw dalam proses mendidik dan membimbing para
sahabat.
Firman Allah yang bermaksud:
Kitab Al-Quran yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman
kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan
Tuhan kami.
Al-Jin : 2
Murabbi
Merujuk kepada peranan guru yang seiring dengan dasar pendemokrasian pendidikan
untuk membina akal budi, membangun jatidiri dan intergriti, memacu minda,
mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitnah para
pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara
beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang
dilalui oleh para pelajar.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah
rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.“
Al-Isra’ : 24
5.3 Peranan Guru Pendidikan Islam dalam melahirkan Modal Insan
Guru merupakan sumber manusia penting dalam industri pendidikan bagi menyokong
hasrat wawasan negara ke arah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Gurulah yang akan memastikan para pelajar serasi dengan acuan wawasan negara.
Gurulah yang akan memastikan modal insan negara mampu memenuhi usaha
memartabatkan taraf pendidikan modal insan negara sejajar dengan piawai negara
maju. Justeru, guru juga mesti melengkapkan diri mereka dengan nilai futuristik yang
akan menanggapi cabaran pembentukan modal insan cemerlang dan seimbang.
Pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang adalah hasrat
pendidikan negara secara umum dan matlamat Pendidikan Islam secara
khusus. Usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan
seimbang menuntut profesionalisme guru‐guru yang memikul
tanggungjawab dan tugas mendidik. Profesionalisme adalah satu isu
yang besar dan penting. Ia merujuk kepada kualiti yang dimiliki guru
daripada segi ilmu, kemahiran, sikap atau atribut. Guru dalam tradisi
keilmuan Islam adalah ibu bapa kedua penting selepas ibu bapa pelajar
sendiri. Guru juga adalah pendakwah yang menjadi ikutan dan rujukan
kepada pelajar. Terdapat empat atribut guru Pendidikan Islam yang
penting bagi menunjukkan tahap profesionalisme mereka iaitu sabar,
bersedia meningkatkan ilmu dan kemahiran, menilai amalan diri dan
amalan pengajaran serta memiliki pergantungan yang kuat dengan Allah
s.w.t. Keempat‐empat atribut tersebut berperanan menghasilkan modal
insan atau pelajar yang berkualiti dan seimbang sesuai dengan kehendak
Pendidikan Islam (Fathiyah, 2011).
Justeru Malaysia sedang mengarahkan seluruh usaha untuk membangunkan
modal insan kelas pertama. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan
revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan
sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan
merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan
merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut,
negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan
merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang
tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif,
sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan
yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara
pada masa hadapan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).

More Related Content

What's hot

Dr. gary miller
Dr. gary millerDr. gary miller
Dr. gary miller
Priya Dush
 
Ayat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikanAyat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikan
Jejen Jaelani
 
Rpp bab-2 (iman kepada allah)
Rpp bab-2 (iman kepada allah)Rpp bab-2 (iman kepada allah)
Rpp bab-2 (iman kepada allah)
Rizqi Abdillah
 
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al bannaAllah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
regi oka
 
Komunikasi islami
Komunikasi islamiKomunikasi islami
Komunikasi islami
Folly Akbar
 

What's hot (19)

Dr. gary miller
Dr. gary millerDr. gary miller
Dr. gary miller
 
Cerita..
Cerita..Cerita..
Cerita..
 
(A175293) GURU UNGGUL YANG DIIMPIKAN
(A175293) GURU UNGGUL YANG DIIMPIKAN (A175293) GURU UNGGUL YANG DIIMPIKAN
(A175293) GURU UNGGUL YANG DIIMPIKAN
 
Ayat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikanAyat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikan
 
Amirul bakhri tesisi_sinopsis
Amirul bakhri tesisi_sinopsisAmirul bakhri tesisi_sinopsis
Amirul bakhri tesisi_sinopsis
 
Sudah terlalu sering kita bahas di
Sudah terlalu sering kita bahas diSudah terlalu sering kita bahas di
Sudah terlalu sering kita bahas di
 
Adab terhadap guru beserta dalil
Adab terhadap guru beserta dalilAdab terhadap guru beserta dalil
Adab terhadap guru beserta dalil
 
Kunci rezeki
Kunci rezekiKunci rezeki
Kunci rezeki
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
 
Bab i hadits tarbawi
Bab i hadits tarbawiBab i hadits tarbawi
Bab i hadits tarbawi
 
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanAyat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
 
Adab seorang murid terhadap guru
Adab seorang murid terhadap guruAdab seorang murid terhadap guru
Adab seorang murid terhadap guru
 
Rpp bab-2 (iman kepada allah)
Rpp bab-2 (iman kepada allah)Rpp bab-2 (iman kepada allah)
Rpp bab-2 (iman kepada allah)
 
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al bannaAllah dalam aqidah islamiah hasan al banna
Allah dalam aqidah islamiah hasan al banna
 
Komunikasi islami
Komunikasi islamiKomunikasi islami
Komunikasi islami
 
Bagian 1 mengenal penciptaan manusia
Bagian 1 mengenal penciptaan manusiaBagian 1 mengenal penciptaan manusia
Bagian 1 mengenal penciptaan manusia
 
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan IslamFalsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 7
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 7Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 7
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 7
 
Pertemuan 4 asmaul husna
Pertemuan 4 asmaul husnaPertemuan 4 asmaul husna
Pertemuan 4 asmaul husna
 

Viewers also liked

Наукове товариствот 2015 р.
Наукове товариствот 2015 р.Наукове товариствот 2015 р.
Наукове товариствот 2015 р.
Helen Pisna
 
Gcse computing vs ict (creative i media)
Gcse computing vs ict (creative i media)Gcse computing vs ict (creative i media)
Gcse computing vs ict (creative i media)
chewict
 
Sergi alls
Sergi allsSergi alls
Sergi alls
ogusee
 
Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)
Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)
Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)
mcomanescu
 

Viewers also liked (20)

BQ27541 Hibernate Mode Disabling
BQ27541 Hibernate Mode DisablingBQ27541 Hibernate Mode Disabling
BQ27541 Hibernate Mode Disabling
 
Clothes
ClothesClothes
Clothes
 
Alfabet Polski
Alfabet PolskiAlfabet Polski
Alfabet Polski
 
Controlling .
Controlling . Controlling .
Controlling .
 
Наукове товариствот 2015 р.
Наукове товариствот 2015 р.Наукове товариствот 2015 р.
Наукове товариствот 2015 р.
 
Md
MdMd
Md
 
Q
QQ
Q
 
Marketing Principals That Apply To Recruiting
Marketing Principals That Apply To RecruitingMarketing Principals That Apply To Recruiting
Marketing Principals That Apply To Recruiting
 
Power Search #5 Searching Profile Interests
Power Search #5 Searching Profile InterestsPower Search #5 Searching Profile Interests
Power Search #5 Searching Profile Interests
 
Kế hoạch
Kế hoạchKế hoạch
Kế hoạch
 
Emotions. For kids
Emotions. For kidsEmotions. For kids
Emotions. For kids
 
Mirko Lorenz Data Driven Journalism Overview Seminar Ordine dei Giornalisti d...
Mirko Lorenz Data Driven Journalism Overview Seminar Ordine dei Giornalisti d...Mirko Lorenz Data Driven Journalism Overview Seminar Ordine dei Giornalisti d...
Mirko Lorenz Data Driven Journalism Overview Seminar Ordine dei Giornalisti d...
 
Usb idazteko plantilla
Usb idazteko plantillaUsb idazteko plantilla
Usb idazteko plantilla
 
Usb idazteko plantilla
Usb idazteko plantillaUsb idazteko plantilla
Usb idazteko plantilla
 
213952688
213952688213952688
213952688
 
Power Search #2 search tld’s
Power Search #2 search tld’sPower Search #2 search tld’s
Power Search #2 search tld’s
 
Legacy Transformation for Business Innovation
Legacy Transformation for Business InnovationLegacy Transformation for Business Innovation
Legacy Transformation for Business Innovation
 
Gcse computing vs ict (creative i media)
Gcse computing vs ict (creative i media)Gcse computing vs ict (creative i media)
Gcse computing vs ict (creative i media)
 
Sergi alls
Sergi allsSergi alls
Sergi alls
 
Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)
Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)
Caadp cgiar alignment-sept_16th_ver4 (3)
 

Similar to Peranan n cabaran

Memelihara dan mengamalkan al quran
Memelihara dan mengamalkan al quranMemelihara dan mengamalkan al quran
Memelihara dan mengamalkan al quran
aldianzeta
 
Terjemahan talim-word
Terjemahan talim-wordTerjemahan talim-word
Terjemahan talim-word
-
 
Konsep Ilmu Dalam Islam
Konsep Ilmu Dalam IslamKonsep Ilmu Dalam Islam
Konsep Ilmu Dalam Islam
taufiqakbar
 
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islamAnjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Excel Darmawan
 

Similar to Peranan n cabaran (20)

Ilmu dan belajar
Ilmu dan belajarIlmu dan belajar
Ilmu dan belajar
 
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
 
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxEtika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
 
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docxMAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
MAKALAH ILMU DAN WAKTU.docx
 
Tugas agama islam hadist
Tugas agama islam hadistTugas agama islam hadist
Tugas agama islam hadist
 
hadis 2.pptx
hadis 2.pptxhadis 2.pptx
hadis 2.pptx
 
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptx
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptxBab. 7 Mencari Ilmu.pptx
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptx
 
Memelihara dan mengamalkan al quran
Memelihara dan mengamalkan al quranMemelihara dan mengamalkan al quran
Memelihara dan mengamalkan al quran
 
MohdFirdaus.GA04202.projekakhir.LMCP1112
MohdFirdaus.GA04202.projekakhir.LMCP1112MohdFirdaus.GA04202.projekakhir.LMCP1112
MohdFirdaus.GA04202.projekakhir.LMCP1112
 
Pendidik Islam
Pendidik IslamPendidik Islam
Pendidik Islam
 
ulasan forum
ulasan forumulasan forum
ulasan forum
 
Pengantar Studi Quran 2023.pdf
Pengantar Studi Quran 2023.pdfPengantar Studi Quran 2023.pdf
Pengantar Studi Quran 2023.pdf
 
IPTEK DAN SENI DALAM ISLAM.pptx
IPTEK DAN SENI DALAM ISLAM.pptxIPTEK DAN SENI DALAM ISLAM.pptx
IPTEK DAN SENI DALAM ISLAM.pptx
 
Terjemahan talim-word
Terjemahan talim-wordTerjemahan talim-word
Terjemahan talim-word
 
Akhlak kel2
Akhlak kel2Akhlak kel2
Akhlak kel2
 
Presentasi kelompok Spatulag
Presentasi kelompok SpatulagPresentasi kelompok Spatulag
Presentasi kelompok Spatulag
 
Konsep Ilmu Dalam Islam
Konsep Ilmu Dalam IslamKonsep Ilmu Dalam Islam
Konsep Ilmu Dalam Islam
 
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islamAnjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
 
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu 02
 
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmuHadits nabi saw tentang menuntut ilmu
Hadits nabi saw tentang menuntut ilmu
 

Peranan n cabaran

  • 1. 1.1 Peranan dan cabaran Guru Pendidikan Islam Pengenalan Sasterawan Negarawan, Usman Awang telah merakamkan kehebatan, kemuliaan dan kemurnian tugas, peranan dan sumbangan guru dalam usaha mendidikan anak bangsa supaya menjadi insan berguna pada masa akan datang dalam puisinya yang cukup terkenal iaitu Guru Oh Guru. Berburu ke Padang Datar dapat rusa belang kaki berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi Jika hari ini Seorang perdana menteri berkuasa Jika hari ini Seorang raja menaiki takhta Jika hari ini Seorang Ulama' yang mulia Jika hari ini Seorang peguam menang bicara Jika hari ini Seorang penulis terkemuka Jika hari ini Siapa sahaja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. Sasterawan Usman Awang Puisi yang ringkas, tetapi sangat bermakna ini telah mejadi azimat berkesan kepada semua guru agar melangsungkan tanggungjawab sebagai pendidik walau di manapun berada dan bertugas. Puisi ini juga dapat membangkitkan semangat dan keseronokan menabur bakti kepada masyarakat. Namun begitu di sebalik keindahan puisi ini, ia sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat iaitu kejayaan yang diungkapkan tidak semudah itu dapat dicapai jika tidak didahului dengan persediaan guru itu sendiri. Guru mesti melengkapkan diri dengan sahsiah yang mamtap, pemahaman terhadap halatuju negara yang kukuh dan keprihatinan terhadap keupayaan murid yang jitu. Semua faktor ini menjadi indikator pencapaian sistem pendidikan negara. 5.1 Sahsiah Guru Pendidikan Islam Guru merupakan elemen asas dalam proses pendidikan. Keberkesanan sesuatu pendidikan itu bergantung kuat kepada ilmu seorang guru itu, kesungguhannya dan kesabarannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Terdapat lima ciri utama yang mesti dimiliki oleh seorang guru untuk memastikan pekerjaannya itu bertepatan dengan keizinan Allah SWT.: (Usul al-Tarbuyah al- Islamyyah, hlm. 259) 1. Keikhlasan niat:
  • 2. Seorang guru wajib mengikhlaskan niat dalam segala amalan dan ilmunya kerana Allah SWT. Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada orang yang tidak ikhlas dalam keilmuan yang boleh membawa kepada mencari keredaan Allah, )‫من‬‫تعلم‬‫علما‬‫مما‬‫يبتغى‬‫به‬‫وجه‬‫ال‬‫عز‬‫وجل‬،‫ل‬‫يتعلمه‬‫إل‬‫ليصيب‬‫به‬‫عرضا‬‫من‬‫الدنيا‬‫لم‬‫يجد‬‫عرف‬‫الجنة‬‫يوم‬‫رواه‬ (‫القيامة‬ ‫أبو‬.‫داود‬ “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu Agama yang boleh mendapat keredaan Allah, hal keadaan dia tidak mempelajari ilmu itu kecuali untuk mendapat habuan dunia, maka dia tidak akan menghidu wangian syurga di hari kiamat.” ‫)من‬‫تعلم‬‫العلم‬‫ليباهي‬‫به‬‫العلماء‬‫ويجاري‬‫به‬‫السفهاء‬‫ويصرف‬‫به‬‫وجوه‬‫الناس‬‫إليه‬‫أدخله‬‫ال‬‫رواه‬ )‫جهنم‬‫ابن‬‫ماجه‬ “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu supaya berbangga dengannya ulamak, dan mempermainakn dengannya org bodoh dan memalingkan muka-muka manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkanya ke dalam neraka jahanam.” ‫)إنما‬‫العمال‬‫بالنيات‬‫وإنما‬‫لكل‬‫امرئ‬‫ما‬‫رواه‬ (‫نوي‬‫البخاري‬‫ومسلم‬ “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya setiap seseorang itu (akan dapat) apa yang diniatkan.” 2. Berilmu Elemen ke dua yang mesti dimilki oleh guru ialah berilmu dan mempelajari ilmu yang bermanfaat. Ini kerana ilmu yang bermanfaat dan kehendak yang kuat untuk mendapatkannya merupakan kunci kebahagiaan bagi setiap insan. Ibn Qayyim pernah berkata : kehendak adalah pintu untuk sampai dan ilmu adalah kuni pintu tersebut. Dengan ilmu pengetahuan seseorang akan mengenali perkara halal dan haram, kewajipan dan tanggungjawab, adab dan keperibadian mulia. ia seolah-olah perhiasan bagi seorang muslim, yang diperlukan olehnya ketika di rumah, sekolah dan juga pusat memberli belah dan di dalam semua urusan kehidupan peribadi dan kemasyarakatan. Islam menggesa umatnya menuntut ilmu dengan pelbagai cara; ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mujadalah: 11) Ertinya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang- orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah Ali imram: 18) Menurut al-Qurtubi, ayat di atas menjadi dalil kelebihan ilmu pengetahuan dan kemuliaan para ulama. Ilmu pengetahuan yang betul dan benar akan memandu seseorang kepada bertakwa kepada Allah dan jalan yang boleh membawa pemilik kepada syurga Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: Ertinya:
  • 3. “Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (surah Fathir: 28) Rasulullah SAW bersabda: ‫)من‬‫سلك‬‫طريقا‬‫يطلب‬‫فيه‬‫علما‬‫سلك‬‫ال‬‫به‬‫طريقا‬‫من‬‫طرق‬‫أبو‬ (‫الجنة‬‫داود‬‫وابن‬‫ماجه‬‫والترمذي‬ “Sesiapa yang menyususri satu jalan yang padanya dia menuntut ilmu, maka Allah akan menyusuri dengannya satu jalan dari jalan-jalan syurga.”. 3. Beramal dengan Ilmu Mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu berada di atas landasan yang betul. Bagi seorang guru, dia mesti beramal dengan ilmu tersebut sehingga dia menjadi ikutan yang yg baik, dan zahirnya bertepatan dengan batinnya, dia menghhiasi diri dengan akhlak yang mulia seperti benar, ikhlas, amanah, memberi nasihat, sukakan kebaikan, menggalakkan manusia melakukannya, menjahi sifat yang keji; seperti ucapan palsu, bohong, tipu, khianat, dengki, membenci manusia lain, dan lain-lain akhlak yang keji. Guru mesti meyakini bahawa dia akan dipersoalkan oleh Allah tentang ilmu pengetahuan yang dimilikinya, adakah ia telah diamalkan. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW: “Tidaklah berganjak dua kaki manusia itu (pada hari kiamat) sehinggalah dia ditanya tentang umurnya di mana ia dihabiskan, tentang ilmunya pada apa dia lakukan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan pada apa yang dibelanjakannya, tentang jasadnya pada apa yang habiskan.” Oleh itu seorang muslim mestilah bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana ia mempunyai kelebihan yang pahala yang besar. Dan dia mestilah menjadikan tingkahlakunya bertepatan dengan apa yang dipelajarinya, sehingga dia menjadi ikutan yang baik bagi anak-anak didiknya, dan dia mestilah berniat baik dalam menuntut ilmu iaitu untuk beramal dengan ilmunya dan untuk mencari keradaan Allah SWT. 4. Menyampaikan apa yang diketahui Selepas seseorang guru itu mempelajari ilmu yang baik dan berfaedah serta beramal dengan ilmu tersebut, maka dia hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya memberi nasihat dan tunjuk ajar serta mendidik anak-anak didiknya supaya menginggalkan segala kekejian dan mengambil kemuliaan. Guru mesti berwaspada dari menyembunyikan ilmu dan tidak menerangkannya dengan jelas kepada manusia. Dia mestilah menggalakkan manusia supaya melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, supaya mereka tidak menjadi seperti Ahli Kitab yang menyembunyi kebenaran dan menjualnya dengan harga yang amat murah. Allah berfirman yang bermaksud: Ertinya: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya Dengan mengambil faedah dunia Yang sedikit. maka amatlah buruknya apa Yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.” (surah Ali Imran: 187) Rasulullah SAW bersabda: ‫من‬‫سئل‬‫عن‬‫علم‬‫علمه‬،‫ثم‬‫كتمه‬،‫ألجم‬‫يوم‬‫القيامة‬‫بلجام‬‫من‬‫نار‬‫)رواه‬(‫الترمذي‬ Ertinya:
  • 4. “Sesiapa yang ditanya tentang esuatu ilmu yang diketahuinya, kemudian dia menyembunyinya, maka dia akan dikekang (dari bercakap) pada hari kiamat dengan kekangan dari api neraka.” 5. Sabar Satu lagi sifat yang mesti dimiliki oleh seorang ugur ialah sabar. Proses pendidikan dipenuhi dengan kepayahan dan kesusahan. maka jika guru tidak memiliki sifat sabar, maka tidak mustahil guru akan menjadi jemu dalam pekerjaan yang dilakukannya. Rentetan itu dia akan menjadi tidak aktif dan tidak dapat menjadi seorang guru seperti yang diharapkan. Sesungguhnya Rasulullah merupakan orang yang paling tinggi sabarnya yang perlu diteladani. Berdasarkan riwayat anas bin Malik: “Anas bin Malik berkata: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW, dan baginda memakai selendang najran yang tebal. Tiba-tiba seorang Arab badawi berjmupa dengannya. Maka Arab Badawi itu merentab selendang baginda dengan rentapan yang kuat, sehingga aku melihat di tengkok Rasulullah itu ada kesan tarikan selendang itu. Kemudian Arab itu berkata: Wahai Muhammad! berikan aku harta allah yang ada padamu. Maka Rasulullah SAW berpaling kepada Arab tersebut dan baginda ketawa, kemudian baginda menyuruh (sahabatnya) memberi sesuatu kepada Arab tersebut.” 5.2 Peranan Guru Pendidikan Islam Semua manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah diiktiraf oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai khalifah Allah untuk mewakili-Nya bagi mengurus alam ini. Alam dalam konteks pendidikan antaranya merujuk kepada sumber manusia itu sendiri. Justeru tanggungjawab Guru Pendidikan Islam boleh dirumuskan dengan pelbagai peranan seperti berikut: i. Mu’allim ii. Muaddib iii. Mudarris iv. Mursyid v. Murabbi. Rajah: Peranan Guru Pendidikan Islam.
  • 5. Mu’allim Muallim merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada murid sama ada melalui latihan, arahan atau amalan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang seumpamanya (Ab Halim, 2010). Muallim juga merujuk kepada peranan guru untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui syarahan, latihan, amali, latihtubi, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang. Firman Allah yang bermaksud: Ertinya: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah : 239 Muaddib Ta’dib diertikan sebagai proses mendidik yang difokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Menurut Sayed Muhammad An-Nuquib Al-Attas, kata ta’dib adalah pengenalan dan pengakuan yang secara berangsur-angsur ditanamkan kepada manusia tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa, sehingga membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam tatanan wujud keberadaan- Nya. Mudarris Mudarris merupakan orang memiliki kepekaan intelektual, informasi serta memperbaharui pengetahuan dan keahlian secara berterusan di samping berusaha mencerdaskan anak didiknya, membenteras kebodohan mereka, serta melatih ketrampilan sesuai dengan bakat, minat dan kemampuannya. Firman Allah yang bermaksud: Ertinya: Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Ali –Imran : 79 Mursyid Merujuk kepada aspek kepimpinan guru untuk menjaga, menasihati, mangarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri (JERI) sebagai insan soleh. Konsep irshad lebih menfokuskan konsep kepimpinan Rasulullah saw dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat. Firman Allah yang bermaksud:
  • 6. Kitab Al-Quran yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. Al-Jin : 2 Murabbi Merujuk kepada peranan guru yang seiring dengan dasar pendemokrasian pendidikan untuk membina akal budi, membangun jatidiri dan intergriti, memacu minda, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitnah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar. Firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.“ Al-Isra’ : 24 5.3 Peranan Guru Pendidikan Islam dalam melahirkan Modal Insan Guru merupakan sumber manusia penting dalam industri pendidikan bagi menyokong hasrat wawasan negara ke arah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Gurulah yang akan memastikan para pelajar serasi dengan acuan wawasan negara. Gurulah yang akan memastikan modal insan negara mampu memenuhi usaha memartabatkan taraf pendidikan modal insan negara sejajar dengan piawai negara maju. Justeru, guru juga mesti melengkapkan diri mereka dengan nilai futuristik yang akan menanggapi cabaran pembentukan modal insan cemerlang dan seimbang. Pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang adalah hasrat pendidikan negara secara umum dan matlamat Pendidikan Islam secara khusus. Usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang menuntut profesionalisme guru‐guru yang memikul tanggungjawab dan tugas mendidik. Profesionalisme adalah satu isu yang besar dan penting. Ia merujuk kepada kualiti yang dimiliki guru daripada segi ilmu, kemahiran, sikap atau atribut. Guru dalam tradisi keilmuan Islam adalah ibu bapa kedua penting selepas ibu bapa pelajar sendiri. Guru juga adalah pendakwah yang menjadi ikutan dan rujukan kepada pelajar. Terdapat empat atribut guru Pendidikan Islam yang penting bagi menunjukkan tahap profesionalisme mereka iaitu sabar, bersedia meningkatkan ilmu dan kemahiran, menilai amalan diri dan amalan pengajaran serta memiliki pergantungan yang kuat dengan Allah s.w.t. Keempat‐empat atribut tersebut berperanan menghasilkan modal insan atau pelajar yang berkualiti dan seimbang sesuai dengan kehendak Pendidikan Islam (Fathiyah, 2011).
  • 7. Justeru Malaysia sedang mengarahkan seluruh usaha untuk membangunkan modal insan kelas pertama. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).