SlideShare a Scribd company logo
PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan berkarisma.
Assalamualaikumdan salamceria buat semua.
Sesungguhnya pendidikan cemerlang ditakrifkan sebagai prakarsa menyuburkan pemahaman
teori, praktikaliti dan budaya mengkaji tanpa henti dalam mencanai ketinggian akal budi insan
sejati. Proses ini dapat memanusiakan manusia dan mencorakkan peradaban sesebuah bangsa.
Maka, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara terbilang, pendidikan cemerlang
berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat mampu melahirkan masyarakat yang
bertamadun demi mencapai wawasan negara maju yang kita impikan.
Persoalannya, bagaimanakah kita dapat merealisasikan pendidikan cemerlang demi
membentuk negara terbilang?
Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, rempuhan idea pertama “Sekolah Cemerlang,
Pendidikan Gemilang”.
Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, institusi sekolah sentiasa ditambahbaikkan,
sekolah kebangsaan diperkasakan, jurang pendidikan dirapatkan, sekolah wawasan diwujudkan,
semuanya untuk menyemai budaya kecemerlangan dan semangat perpaduan ke arah
1Malaysia yang kita gagaskan. Dalamera kemodenan, sekolah bestari menjadi pilihan, aplikasi
ICT banyak digunakan, malah pedagogi guru mampu ditingkatkan. Bagi menangani golongan
pelajar bermasalah, pendekatan kaunseling dibuat secara berhemah, penerapan disiplin
membentuk sahsiah, ketrampilan murid kian terserlah, bukti pendemokrasian pendidikan tidak
pernah goyah.
Hakikatnya, institusi pendidikan kita terbukti cemerlang apabila Laporan Daya Saing Global
2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan negara di tangga ke-14 daripada
142 buah negara. Malah, transformasi pendidikan telah melonjakkan kecemerlangan apabila
182 buah sekolah kluster berjaya dikenalpasti, 66 buah sekolah pula diiktiraf berprestasi tinggi
bahkan 2450 buah sekolah dilihat berpotensi memperbaiki Gred Purata Sekolah sendiri. Sudah
terang lagi bersuluh, “Sekolah Gemilang, Pendidikan Cemerlang, Negara Terbilang”.
Hadirin sekalian,
Rempuhan idea yang kedua “Guru Cemerlang, Pendidikan Gemilang”.
Kecemerlangan sistempendidikan di Malaysia sebenarnya ditunjangi oleh 5 prinsip utama
golongan pendidik kita, iaitu kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak,
kesediaan untuk berubah serta kecintaan terhadap profesion keguruan. Lantaran itulah,
Standard Guru Malaysia telah dilancarkan, Petunjuk Prestasi Utama Sektor Pendidikan terus
diperkasakan, Guru Cemerlang diberi pengiktirafan, Tawaran Baiah Baru turut diberikan, bukan
untuk menambah beban atau tekanan, tetapi sebagai dorongan untuk merintis perubahan
demi kemajuan dunia pendidikan. Kepimpinan bertauladan turut dijadikan teras utama lebih-
lebih lagi dalampengurusan masa, tanggungjawab bersama, amalan etika dan budaya kerja
dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Hasilnya kini, bilangan guru dan pengetua cemerlang telah mencecah 8125 orang berbanding
5984 orang pada tahun 2010. Lebih membanggakan lagi, Kajian Indeks Persepsi Murid 2012
mendedahkan bahawa 97.4% murid-murid Malaysia menganggap guru-guru mereka bersifat
penyayang, berdedikasi malah menjadi sumber inspirasi. Benarlah nukilan pantun, berburu ke
padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
Terima kasih guru-guru Malaysia dalammenjayakan hasrat Pendidikan Cemerlang, Negara
Terbilang.
Hadirin sekalian,
Rempuhan idea ketiga “Pendidikan Cemerlang, Modal Insan Gemilang”.
Sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dan bohsia jadi idola,
zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang tanpa ihsan, lebih
menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalamdunia moden kini, modal insan
bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam membentuk
ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang kita aplikasikan, subjek Sivik dan
Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian kokurikulum kita perhebatkan, Dasar 1Murid
1Sukan kita lancarkan, kempen budi bahasa kita jayakan, bahkan disiplin pelajar kita tingkatkan.
Lantaran itulah, sistempendidikan kita terbukti cemerlang dalam melahirkan individu yang
kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa contoh,
menerusi transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan lebih ramai pelajar pintar seperti
Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato’ Nicol Ann David, lebih ramai tokoh
belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja seperti Imam Muda Asyraf.
Hakikatnya jelas, Pendidikan Cemerlang Melahirkan Modal Insan Gemilang Demi Memacu
Kejayaan Negara Terbilang.
Ya, hadirin sekalian. Secara kesimpulannya, pendidikan cemerlang menjelaskan kolerasi yang
simbiotik antara institusi pendidikan berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan kemenjadian
pelajar modal insan berintegriti. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama, maka
pendidikan kita akan menjadi lebih bermakna sekaligus menjayakan hasrat pembinaan citra
negara yang berjaya. Benarlah bahawa “Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang”.
Teks Pidato
Disediakan oleh : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Disampaikan oleh : Sdr. Muhd Misykat Abdul Rahman
Mewakili SMK Subang Utama / Petaling Perdana
Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja KPM Peringkat Negeri Selangor 2012

More Related Content

What's hot

Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruputeracho
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21
Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21
Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21Kamsix
 
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.docNorazlinaLina1
 
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasPeruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasAnnis Salwa Tajudin
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Sebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaSebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaDayang Aimi
 
Syarahan mhormati ibu bapa
Syarahan mhormati ibu bapaSyarahan mhormati ibu bapa
Syarahan mhormati ibu bapaAdrizal Adnan
 
Panduan mengarang karangan peribahasa
Panduan mengarang karangan peribahasaPanduan mengarang karangan peribahasa
Panduan mengarang karangan peribahasaZaimah Adam
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanjinnyyong
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalizardiismail
 
KARAMAH INSANIAH
KARAMAH INSANIAH KARAMAH INSANIAH
KARAMAH INSANIAH Cikgu Naqib
 

What's hot (20)

Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Teks pidato bm 2016
Teks pidato bm 2016Teks pidato bm 2016
Teks pidato bm 2016
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21
Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21
Teks ucapan majlis bacaan yasin pelajar tahap 21
 
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc
 
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasPeruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Teks ucapan hari guru
Teks ucapan hari guruTeks ucapan hari guru
Teks ucapan hari guru
 
Sebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermulaSebelum majlis bermula
Sebelum majlis bermula
 
Syarahan mhormati ibu bapa
Syarahan mhormati ibu bapaSyarahan mhormati ibu bapa
Syarahan mhormati ibu bapa
 
Panduan mengarang karangan peribahasa
Panduan mengarang karangan peribahasaPanduan mengarang karangan peribahasa
Panduan mengarang karangan peribahasa
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunan
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
KARAMAH INSANIAH
KARAMAH INSANIAH KARAMAH INSANIAH
KARAMAH INSANIAH
 

Viewers also liked

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.Nur Ashikin Ismahun
 
INFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATION
INFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATIONINFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATION
INFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATIONkiemfull
 
Meneladani akhlaq rasulullah
Meneladani akhlaq rasulullahMeneladani akhlaq rasulullah
Meneladani akhlaq rasulullahSofyan Siroj
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumfiro HAR
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1zuliana2473
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bAi Li
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidupBoss
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahanone piece
 

Viewers also liked (16)

Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
 
Hsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun EnamHsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun Enam
 
INFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATION
INFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATIONINFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATION
INFO BEASISWA SAMPOERNA FOUNDATION
 
Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013
 
Meneladani akhlaq rasulullah
Meneladani akhlaq rasulullahMeneladani akhlaq rasulullah
Meneladani akhlaq rasulullah
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
Moral tahun-6
Moral tahun-6Moral tahun-6
Moral tahun-6
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-b
 
Teks ucapan perhimpunan
Teks ucapan perhimpunanTeks ucapan perhimpunan
Teks ucapan perhimpunan
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 

Similar to Pendidikan cemerlang negara terbilang

Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanRozi Aza
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
Amanat kpm2019
Amanat kpm2019Amanat kpm2019
Amanat kpm2019shamAhmad4
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 

Similar to Pendidikan cemerlang negara terbilang (20)

Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Amanat kpm2019
Amanat kpm2019Amanat kpm2019
Amanat kpm2019
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Tugas tik4
Tugas tik4Tugas tik4
Tugas tik4
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 

Recently uploaded

Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusiSusanti94678
 
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptperumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptAryLisawaty
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdfBukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdfZulkhaidirZulkhaidir
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxSriayuAnisaToip
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptDedi Dwitagama
 
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalLidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalCloudybblz
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfMIN1Sumedang
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)saritharamadhani03
 
PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...
PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...
PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...Kanaidi ken
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdferlita3
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024SABDA
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJARAKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJARcakrasyid
 
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxGallantryW
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfnaqarin2
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...AgusRahmat39
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawassuprihatin1885
 
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufalKhawariz
 

Recently uploaded (20)

Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptperumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA (PPKN) KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdfBukti dukung E kinerja  kepala sekolah.pdf
Bukti dukung E kinerja kepala sekolah.pdf
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis JurnalLidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
Lidia_Lidia_2021B_Analisis Kritis Jurnal
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...
PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...
PELAKSANAAN (di Hotel 101 Urban Thamrin Jkt) + Link2 MATERI Training_ "Effect...
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 1 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
 
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJARAKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
AKSI NYATA PENYEBARAN PEMAHAMAN MERDEKA BELAJAR
 
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 

Pendidikan cemerlang negara terbilang

  • 1. PENDIDIKAN CEMERLANG NEGARA TERBILANG Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan berkarisma. Assalamualaikumdan salamceria buat semua. Sesungguhnya pendidikan cemerlang ditakrifkan sebagai prakarsa menyuburkan pemahaman teori, praktikaliti dan budaya mengkaji tanpa henti dalam mencanai ketinggian akal budi insan sejati. Proses ini dapat memanusiakan manusia dan mencorakkan peradaban sesebuah bangsa. Maka, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara terbilang, pendidikan cemerlang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat mampu melahirkan masyarakat yang bertamadun demi mencapai wawasan negara maju yang kita impikan. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat merealisasikan pendidikan cemerlang demi membentuk negara terbilang? Maka, hayatilah cetusan minda kurniaan Allah, rempuhan idea pertama “Sekolah Cemerlang, Pendidikan Gemilang”. Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, institusi sekolah sentiasa ditambahbaikkan, sekolah kebangsaan diperkasakan, jurang pendidikan dirapatkan, sekolah wawasan diwujudkan, semuanya untuk menyemai budaya kecemerlangan dan semangat perpaduan ke arah 1Malaysia yang kita gagaskan. Dalamera kemodenan, sekolah bestari menjadi pilihan, aplikasi ICT banyak digunakan, malah pedagogi guru mampu ditingkatkan. Bagi menangani golongan pelajar bermasalah, pendekatan kaunseling dibuat secara berhemah, penerapan disiplin membentuk sahsiah, ketrampilan murid kian terserlah, bukti pendemokrasian pendidikan tidak pernah goyah. Hakikatnya, institusi pendidikan kita terbukti cemerlang apabila Laporan Daya Saing Global 2012, Forum Ekonomi Dunia meletakkan kualiti pendidikan negara di tangga ke-14 daripada
  • 2. 142 buah negara. Malah, transformasi pendidikan telah melonjakkan kecemerlangan apabila 182 buah sekolah kluster berjaya dikenalpasti, 66 buah sekolah pula diiktiraf berprestasi tinggi bahkan 2450 buah sekolah dilihat berpotensi memperbaiki Gred Purata Sekolah sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, “Sekolah Gemilang, Pendidikan Cemerlang, Negara Terbilang”. Hadirin sekalian, Rempuhan idea yang kedua “Guru Cemerlang, Pendidikan Gemilang”. Kecemerlangan sistempendidikan di Malaysia sebenarnya ditunjangi oleh 5 prinsip utama golongan pendidik kita, iaitu kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta kecintaan terhadap profesion keguruan. Lantaran itulah, Standard Guru Malaysia telah dilancarkan, Petunjuk Prestasi Utama Sektor Pendidikan terus diperkasakan, Guru Cemerlang diberi pengiktirafan, Tawaran Baiah Baru turut diberikan, bukan untuk menambah beban atau tekanan, tetapi sebagai dorongan untuk merintis perubahan demi kemajuan dunia pendidikan. Kepimpinan bertauladan turut dijadikan teras utama lebih- lebih lagi dalampengurusan masa, tanggungjawab bersama, amalan etika dan budaya kerja dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Hasilnya kini, bilangan guru dan pengetua cemerlang telah mencecah 8125 orang berbanding 5984 orang pada tahun 2010. Lebih membanggakan lagi, Kajian Indeks Persepsi Murid 2012 mendedahkan bahawa 97.4% murid-murid Malaysia menganggap guru-guru mereka bersifat penyayang, berdedikasi malah menjadi sumber inspirasi. Benarlah nukilan pantun, berburu ke padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Terima kasih guru-guru Malaysia dalammenjayakan hasrat Pendidikan Cemerlang, Negara Terbilang. Hadirin sekalian, Rempuhan idea ketiga “Pendidikan Cemerlang, Modal Insan Gemilang”. Sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dan bohsia jadi idola, zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang tanpa ihsan, lebih
  • 3. menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalamdunia moden kini, modal insan bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam membentuk ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang kita aplikasikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian kokurikulum kita perhebatkan, Dasar 1Murid 1Sukan kita lancarkan, kempen budi bahasa kita jayakan, bahkan disiplin pelajar kita tingkatkan. Lantaran itulah, sistempendidikan kita terbukti cemerlang dalam melahirkan individu yang kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa contoh, menerusi transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan lebih ramai pelajar pintar seperti Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato’ Nicol Ann David, lebih ramai tokoh belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja seperti Imam Muda Asyraf. Hakikatnya jelas, Pendidikan Cemerlang Melahirkan Modal Insan Gemilang Demi Memacu Kejayaan Negara Terbilang. Ya, hadirin sekalian. Secara kesimpulannya, pendidikan cemerlang menjelaskan kolerasi yang simbiotik antara institusi pendidikan berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan kemenjadian pelajar modal insan berintegriti. Apabila kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama, maka pendidikan kita akan menjadi lebih bermakna sekaligus menjayakan hasrat pembinaan citra negara yang berjaya. Benarlah bahawa “Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang”. Teks Pidato Disediakan oleh : En. Harmi bin Mohammad Jamil Disampaikan oleh : Sdr. Muhd Misykat Abdul Rahman Mewakili SMK Subang Utama / Petaling Perdana Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja KPM Peringkat Negeri Selangor 2012