SlideShare a Scribd company logo
1
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEMA:
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang
dikasihi sekalian,
1. Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna
bagi warga pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cikgu’. Pada
hari istimewa ini, para guru akan diraikan oleh anak-anak didik demi
menghargai jasa dan menyanjungi pengorbanan guru dalam mendidik
anak bangsa. Guru-guru sekalian amat bertuah kerana ia merupakan
pengiktirafan tertinggi masyarakat dan kerajaan atas sumbangan tidak
2
ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan
membangunkan negara. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada
tahun ini, dapat kita bersama-sama menyambut Hari Guru kali ke-45
yang bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”.
2. Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam
membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi,
memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh
kepada ajaran agama serta nilai sejagat. Para guru sekalian wajar
berbangga kerana faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan
negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puan-
puan sendiri.
3. Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang
bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata,
cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini,
para guru sanggup menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar,
desa, merentas pulau dan lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari
guru tersemat satu iltizam – akal budi murid mesti dibangunkan dan
ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin dan diasuh, jasmani murid
harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid patut dibelai dan
3
disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan, potensi murid
layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua!
4. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, prasyarat utama
untuk membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan
sejahtera adalah melalui pengukuhan perpaduan, pembinaan identiti
nasional, persefahaman dan saling meraikan kepelbagaian resam
budaya dan keutuhan semangat kebangsaan bersesuaian dengan
kepesatan pembangunan negara dalam menghadapi era dunia tanpa
sempadan. Tidak mungkin kepentingan peranan guru dalam
merealisasikan aspirasi ini boleh dikesampingkan dan dipandang remeh
apatah lagi perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah sebelum
negara mencapai kemerdekaan lagi. Berdiri teguh di barisan hadapan
pendidikan, dengan bersanggakan semangat juang yang tulus, tanpa
mengharapkan ganjaran dan balasan, para guru gigih berjuang melalui
penulisan, persatuan malah berani menentang secara terang-terangan
pihak penjajah yang menafikan hak kedaulatan negara.
5. Pengorbanan guru mana mungkin dipertikaikan lagi. Pada zaman
pasca kemerdekaan ini, peranan guru telah berubah daripada
menentang penjajah kepada menyuntik bibit-bibit perpaduan dan
pembangunan negara, memperkukuh perkongsian nilai dan
4
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Sekolah menjadi agen perpaduan dan medan penyubur
nilai sosial seperti semangat kekitaan, sifat toleransi, demokratik, saling
menghormati dan menerima, taat setia kepada negara dan mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
bersepakat, rukun dan harmoni.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
6. Sesungguhnya tugas seorang guru dipandang tinggi dan amat
mulia. Guru merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan
dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Menerusi transformasi tersebut, peradaban bangsa boleh diperkukuh
apabila guru melaksanakan peranan mereka menghasilkan modal insan
yang memiliki kemahiran memimpin, adil, berdikari, hidup dalam
masyarakat demokratik, liberal, bertolak ansur, prihatin dan penyayang.
Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bermula pada peringkat awal
pendidikan kanak-kanak lagi. Peranan guru adalah memastikan
generasi pewaris negara diberikan pendidikan berkualiti seiring era
kemajuan terkini.
5
7. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah,
melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa,
berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi. Guru juga
berperanan membentuk murid agar berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya
tahan dan kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global
yang dinamik. Sehubungan dengan itu, kita selaku warga pendidik perlu
melestarikan pembangunan profesionalisme keguruan melalui nilai
tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional
keguruan bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan
negara.
Guru-guru pembina bangsa sekalian,
8. Untuk bersaing dengan negara maju dunia, kita perlu
menyediakan pendidikan berkualiti dan mantap yang mampu
menghasilkan murid bertaraf dunia dan mempunyai pemikiran kritikal
abad ke-21. Kurikulum pendidikan disemak semula dari semasa ke
semasa untuk membangunkan kemahiran abad ke-21 yang dapat
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan
seimbang. Hasrat ini direalisasikan dalam Gelombang 2 PPPM (2016-
2020), iaitu melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan
6
penyemakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Selain itu, pendidikan abad ke-21 ini turut memberikan penekanan
kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan
pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal, seiring dengan
pembinaan identiti nasional yang kukuh dan sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pihak Kementerian Pendidikan telah mengenal
pasti kemahiran abad ke-21 yang mampu melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersemangat jitu, berprinsip, bermaklumat
dan patriotik, juga mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan seperti yang dihasratkan oleh kementerian
dalam melahirkan modal insan cemerlang dan berketerampilan.
Natijahnya, diharapkan modal insan negara pada era akan datang
memiliki keupayaan berdaya saing pada peringkat antarabangsa dan
diiktiraf pengetahuan, kemahiran dan nilai etika mereka dalam kelas
tersendiri.
9. Untuk makluman para guru, kerajaan sentiasa berusaha menaik
taraf kemudahan pendidikan yang meliputi pembinaan infrastruktur
bangunan dan penyediaan bilik khas bagi mengupayakan sistem
pembelajaran ke arah pendidikan abad ke-21. Pihak Kementerian
Pendidikan dalam usaha untuk menambah baik kelengkapan makmal
komputer, makmal sains dan bengkel kemahiran agar dapat menyokong
7
pembelajaran berteraskan projek yang membolehkan murid mempunyai
akses pembelajaran kendiri. Hal ini banyak membantu menarik minat
murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi pendidikan ini
adalah selaras dengan perubahan sistem pendidikan global yang
diaplikasikan oleh kebanyakan negara maju.
10. Kementerian juga sentiasa berusaha untuk melengkapkan murid
dengan pengetahuan dan kemahiran terkini yang amat penting dalam
mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, antaranya dengan
memperkukuh inisiatif pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik atau STEM. Pendidikan sepanjang hayat ini merangkumi
pembelajaran bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
di sekolah dan juga di luar sekolah. Pendidikan STEM akan mula
didedahkan kepada murid seawal usia empat atau lima tahun pada
peringkat prasekolah. Sekolah memainkan peranan utama dan
pemangkin untuk menyediakan sumber graduan STEM yang mencukupi
dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk
memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Gagasan kerajaan dan pihak kementerian ini tidak mungkin berjaya
tanpa sokongan dan daya upaya guru.
8
11. Melalui pelaksanaan inisiatif STEM di sekolah, nilai tambah yang
dikenal pasti boleh menyumbang kepada peningkatan minat murid
dalam bidang pendidikan STEM akan diberi penekanan dan
diperluaskan manakala pendekatan strategik yang optimum untuk
pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah akan dimantapkan dari
semasa ke semasa. Daya usaha ini merupakan titik tolak ke arah
mewujudkan masyarakat berliterasi STEM yang mampu memahami
sekurang-kurangnya konsep asas STEM dan mengaplikasikan
pengetahuan tersebut bagi memahami dunia sekeliling juga
menggunakan teknologi terkini serta prinsip matematik dan saintifik
dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam berkomunikasi,
mempermudahkan urusan dan menyelesaikan masalah.
12. Selain itu, usaha meningkatkan kualiti penyampaian pengetahuan
dan kemahiran serta memperluas pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET) menjadi fokus pihak kementerian. Inisiatif ini
merupakan sebahagian daripada transformasi pendidikan yang perlu
dicapai dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan, modal
insan dan daya saing negara. Transformasi Pendidikan Vokasional
(TPV) merupakan salah satu usaha merekayasa sistem tersebut bagi
menyumbang kepada agenda transformasi negara bertujuan memenuhi
9
keperluan industri dan kehendak pasaran kerja supaya kita tidak terlalu
bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara.
13. Sekolah dan guru sekali lagi memikul amanah melahirkan modal
insan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, mempunyai
kebolehkerjaan dan kebolehpasaran tinggi selaras dengan keperluan
industri negara malah bersahsiah mulia. Kerjasama dan usaha semua
pihak, termasuklah para guru, telah mula menampakkan kemajuan dan
keberhasilan positif. Antara kejayaannya; semua program yang
dilaksanakan di 15 buah Kolej Vokasional rintis telah menerima
akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan program yang ditawarkan
juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Peratusan pelajar yang
berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional
Malaysia telah meningkat kepada 87.9 peratus pada tahun 2015
berbanding 83.6 peratus pada tahun 2014.
14. KPM turut mengatur langkah bagi melahirkan golongan
berkemahiran melalui Transformasi Pendidikan Vokasional dengan
melaksanakan program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) melibatkan
81 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 4 buah Sekolah
Model Khas K9. Program kemahiran vokasional ini dilaksanakan seawal
10
pendidikan menengah rendah. Mulai tahun 2016, Program Vokasional
Menengah Atas (PVMA) diperkenalkan di 271 buah SMK terpilih di
seluruh negara. Murid akan menerima dua pensijilan iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran daripada badan pentauliahan
kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas menamatkan
program ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,
15. Kerjaya sebagai guru memerlukan kita semua siap siaga
melakukan anjakan minda dan perubahan budaya kerja dengan
memperbaharui pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran agar
pengajaran terus relevan dan berkesan. Peliharalah akhlak dan budi
pekerti supaya guru terus dipandang tinggi dan menjadi suri teladan
kepada anak didik dan masyarakat. Sayangilah profesion keguruan
kerana bakti luhur dan jasa murni guru sesungguhnya tidak terbalas.
Tanggungjawab kita sememangnya semakin hari semakin kompleks
serta mencabar selaras dengan perkembangan yang amat pesat pada
masa kini. Ingatlah bahawa setiap gerak laku, tutur bicara dan tindakan
para guru menjadi perhatian dan dinilai oleh masyarakat, justeru, guru
hendaklah memastikan martabat profesion keguruan dipelihara,
disanjung dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
11
16. Dasar dan etika penjawat awam seperti Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan Tahun 2002 perlu
dipatuhi demi menjaga imej dan kepentingan negara, juga profesion
keguruan. Guru merupakan contoh kepada murid melalui nilai integriti
yang dipamerkan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Guru yang berintegriti menjadi pemangkin memacu sesebuah organisasi
ke arah perkhidmatan berkualiti dan cekap yang menyumbang ke arah
pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain,
integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa hadapan
murid, malah masa hadapan bangsa dan negara ditentukan oleh corak
didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Integriti dalam
pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti keguruan
merangkumi tanggungjawab guru terhadap murid, diri sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara. Oleh itu, guru perlu melaksanakan tugas
dengan amanah, adil, berdedikasi, prihatin, penuh kasih sayang dan
memiliki tahap kesabaran yang tinggi.
Tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid sekalian,
17. Barisan kepimpinan sekolah juga tidak terlepas menerima tempias
cabaran perubahan pesat dalam arus transformasi yang melanda dunia
12
pendidikan kita pada masa kini. Senario ini sudah tentunya memerlukan
perubahan yang radikal dalam aspek pengurusan di sekolah khasnya
dalam pengurusan profesional. Pihak pentadbir bertanggungjawab
menentukan iklim sekolah, suasana pengajaran dan pembelajaran,
tahap dan kualiti profesionalisme guru, semangat kekitaan, dan rasa
tanggungjawab terhadap kemenjadian murid. Pengetua dan guru besar
selaku peneraju tonggak kepimpinan sekolah perlu berubah dahulu dan
bertindak proaktif bagi melaksanakan transformasi di sekolah dan
memberikan sokongan jitu terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka.
Hal ini kerana pengetua dan guru besar merupakan penggerak utama
dalam membina negara bangsa agar setiap murid memiliki jati diri yang
kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral,
bertolak ansur, hidup sebagai masyarakat penyayang, bersatu padu,
berfikiran dan berbudaya saintifik, demokratik serta liberal.
Anak-anak murid yang disayangi sekalian,
18. Saya yakin tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru dan
pelbagai cabaran yang harus dihadapi tidak sedikit pun melunturkan
rasa kasih sayang kepada anak-anak didik semua. Kehadiran murid ke
sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu
dan mempertingkatkan kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang
13
guru adalah permata yang menanti untuk digilap sehingga
bergemerlapan yang akhirnya membentuk individu berdaya saing,
berfikiran logik, berbudi pekerti mulia dan berjati diri kukuh seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara. Anggaplah para guru sebagai ibu dan
bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang
terbaik untuk murid-murid. Jadikanlah nasihat dan teguran para guru
sebagai pedoman dan bekalan menuju kejayaan.
Para guru yang dihormati,
19. Besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian
terus melaksanakan amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas,
bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan awam.
Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa
jemu tidak perlu dipertikaikan. Kahlil Gibran pernah mengungkapkan
bahawa “seorang guru yang bijaksana tidak hanya mengalu-alukan
murid meneroka domain kebijaksanaan guru malah memimpin
murid meneroka kecendiakaan sendiri”. Sudah terang lagi bersuluh,
jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas walaupun
dengan segunung intan dan emas permata. Sasterawan Negara,
Datuk Usman Awang pula pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang
perdana menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula
14
daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis.
Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam
mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.
Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insan dengan cahaya
ilmunya.
20. Guru haruslah menjaga keperibadian dan menjadi contoh kepada
insan lain dengan mengamalkan apa yang diajarkan. Selaku pencetus,
penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya mempunyai
kedudukan mulia yang tersendiri dalam masyarakat, sentiasa disegani
dan dipandang tinggi. Perjuangan guru tetap berterusan dan merupakan
satu perjalanan yang masih jauh. Jadi, teruskanlah khidmat baktimu
yang mulia ini. Terima kasih ‘cikgu’ dan sekali lagi saya mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Guru. Akhir kata, saya sudahi ucapan dengan
dua rangkap pantun:
Sekolah gudang pelita ilmu,
Bekalan hidup aman sentosa,
Selamat menyambut hari guru,
Guru Pembina Negara Bangsa.
15
Kaulah pendidik perwira bangsa,
Mendidik tanpa mengira masa,
Segala budi dan curahan jasa,
Tak akan dilupa terpahat sentiasa.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian. Terima kasih.
DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

More Related Content

What's hot

Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2
Fara Ziela
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2feeda79
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
Mohamad Aminuddin
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Tinagaran Magisparan
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
hidayahperlis
 
Kemahiran abad 21 kssr tahun 3
Kemahiran abad 21 kssr tahun 3Kemahiran abad 21 kssr tahun 3
Kemahiran abad 21 kssr tahun 3
Zuraiedah Ad
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
Valen Lee
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Azizi Ahmad
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Renstra mi sukajaya 2010 2015
Renstra mi sukajaya  2010   2015Renstra mi sukajaya  2010   2015
Renstra mi sukajaya 2010 2015Ajat Sudrajat
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Chon Seong Hoo
 
What's hot (13)

Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2Hsp sej ting1_2
Hsp sej ting1_2
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Kemahiran abad 21 kssr tahun 3
Kemahiran abad 21 kssr tahun 3Kemahiran abad 21 kssr tahun 3
Kemahiran abad 21 kssr tahun 3
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Renstra mi sukajaya 2010 2015
Renstra mi sukajaya  2010   2015Renstra mi sukajaya  2010   2015
Renstra mi sukajaya 2010 2015
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Viewers also liked

1a latarbelakang-inklusif-new
1a latarbelakang-inklusif-new1a latarbelakang-inklusif-new
1a latarbelakang-inklusif-new
nurainyasin87
 
Christmas gift
Christmas giftChristmas gift
Christmas gift
Benjamin Harrison
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
noor syazwani
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
noor syazwani
 
Agua tierra y aire. segunda parte
Agua tierra y aire. segunda parteAgua tierra y aire. segunda parte
Agua tierra y aire. segunda parte
JavierFraileGarcia
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
nurainyasin87
 
Portalveinportocavalanatomosis 160518041049
Portalveinportocavalanatomosis 160518041049Portalveinportocavalanatomosis 160518041049
Portalveinportocavalanatomosis 160518041049
Anubhuti Dave
 
hemorrhoids
hemorrhoidshemorrhoids
hemorrhoids
Anubhuti Dave
 
Lista def ord_ci_2016_gr_120
Lista def ord_ci_2016_gr_120Lista def ord_ci_2016_gr_120
Lista def ord_ci_2016_gr_120
tebastos
 
toxic goiter
toxic goitertoxic goiter
toxic goiter
Anubhuti Dave
 
Hematogenous Osteomyelitis
Hematogenous OsteomyelitisHematogenous Osteomyelitis
Hematogenous Osteomyelitis
Anubhuti Dave
 
topper steps for booking railway and air tickets booking
topper steps for booking railway and air tickets bookingtopper steps for booking railway and air tickets booking
topper steps for booking railway and air tickets booking
Vishal Sharma
 
Dunaway a
Dunaway aDunaway a
echinococcus
echinococcusechinococcus
echinococcus
Anubhuti Dave
 
Accor Boutique Hotel Project
Accor Boutique Hotel ProjectAccor Boutique Hotel Project
Accor Boutique Hotel Project
Alice Assenza
 
Viewers also liked (15)

1a latarbelakang-inklusif-new
1a latarbelakang-inklusif-new1a latarbelakang-inklusif-new
1a latarbelakang-inklusif-new
 
Christmas gift
Christmas giftChristmas gift
Christmas gift
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
 
Agua tierra y aire. segunda parte
Agua tierra y aire. segunda parteAgua tierra y aire. segunda parte
Agua tierra y aire. segunda parte
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
Portalveinportocavalanatomosis 160518041049
Portalveinportocavalanatomosis 160518041049Portalveinportocavalanatomosis 160518041049
Portalveinportocavalanatomosis 160518041049
 
hemorrhoids
hemorrhoidshemorrhoids
hemorrhoids
 
Lista def ord_ci_2016_gr_120
Lista def ord_ci_2016_gr_120Lista def ord_ci_2016_gr_120
Lista def ord_ci_2016_gr_120
 
toxic goiter
toxic goitertoxic goiter
toxic goiter
 
Hematogenous Osteomyelitis
Hematogenous OsteomyelitisHematogenous Osteomyelitis
Hematogenous Osteomyelitis
 
topper steps for booking railway and air tickets booking
topper steps for booking railway and air tickets bookingtopper steps for booking railway and air tickets booking
topper steps for booking railway and air tickets booking
 
Dunaway a
Dunaway aDunaway a
Dunaway a
 
echinococcus
echinococcusechinococcus
echinococcus
 
Accor Boutique Hotel Project
Accor Boutique Hotel ProjectAccor Boutique Hotel Project
Accor Boutique Hotel Project
 
Similar to Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
muhammad
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Anoi Edrieana
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
Valen Lee
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2
Efier Siti
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
Mages Panjaman
 
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdfTOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
DPMPAK10621Nurhafiza
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
Suzapah Alias
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
mgbkulim
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitianggerikvilla
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
kumasitah
 
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturJurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Imam Nashokha
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Anoi Edrieana
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
Inbmy
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
ZOol Fayniz
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiaishahrol2005
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitishare with me
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
ashamville
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
wmzuri
 
Similar to Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm (20)

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2Hsp sej f1_2
Hsp sej f1_2
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
 
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdfTOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
Sp kbsm sej
Sp kbsm sejSp kbsm sej
Sp kbsm sej
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti p&p
Buku panduan kreativiti p&pBuku panduan kreativiti p&p
Buku panduan kreativiti p&p
 
Jurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah LiteraturJurnal Hasil Telaah Literatur
Jurnal Hasil Telaah Literatur
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Recently uploaded

(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
BAHTIARMUHAMAD
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdeka
Fathan Emran
 
Modul Projek - Yuk Makan Ketupat (Kearifan Lokal) Fase C - Fase C.pdf
Modul Projek  - Yuk Makan Ketupat (Kearifan Lokal) Fase C - Fase C.pdfModul Projek  - Yuk Makan Ketupat (Kearifan Lokal) Fase C - Fase C.pdf
Modul Projek - Yuk Makan Ketupat (Kearifan Lokal) Fase C - Fase C.pdf
ShintaKurniawatiSs
 
Modul Ajar Informatika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Informatika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Informatika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Informatika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Fathan Emran
 
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
denny404455
 
BAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK
BAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAKBAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK
BAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK
HUMAH KUMARASAMY
 
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan marthaKoneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
johan199969
 
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi BencanaMateri Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
AyuniDwiLestari
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
TitisNindiasariAnggr
 
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdfAksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
DenysErlanders
 
SOSIALISASI PENULISAN IJAZAH Dua Ribu Dua Puluh Empat Semester 2.pptx
SOSIALISASI PENULISAN IJAZAH Dua Ribu Dua Puluh Empat Semester 2.pptxSOSIALISASI PENULISAN IJAZAH Dua Ribu Dua Puluh Empat Semester 2.pptx
SOSIALISASI PENULISAN IJAZAH Dua Ribu Dua Puluh Empat Semester 2.pptx
gusprima
 
RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...
RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...
RENCANA + Link2 Materi BimTek _"Ketentuan TERBARU_PTK 007 Rev-5 Tahun 2023 & ...
Kanaidi ken
 
Materi Khotbah Bercerita Untuk Anak Sekolah Minggu
Materi Khotbah Bercerita Untuk Anak Sekolah MingguMateri Khotbah Bercerita Untuk Anak Sekolah Minggu
Materi Khotbah Bercerita Untuk Anak Sekolah Minggu
BOWLNChannel
 
JURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN 5 SRI WAHYUNI.pdf
JURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN 5 SRI WAHYUNI.pdfJURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN 5 SRI WAHYUNI.pdf
JURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN 5 SRI WAHYUNI.pdf
SriWahyuni58535
 
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum MerdekaModul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Kanaidi ken
 
Tujuan pembelajaran kelas 4 SD Kurikulum Merdeka semester 1
Tujuan pembelajaran kelas 4 SD Kurikulum Merdeka semester 1Tujuan pembelajaran kelas 4 SD Kurikulum Merdeka semester 1
Tujuan pembelajaran kelas 4 SD Kurikulum Merdeka semester 1
JawaluddinJawaluddin
 
MODUL AJAR BAB 1 - B. INDONESIA KELAS 4 FASE B.docx
MODUL AJAR BAB 1 - B. INDONESIA  KELAS 4 FASE B.docxMODUL AJAR BAB 1 - B. INDONESIA  KELAS 4 FASE B.docx
MODUL AJAR BAB 1 - B. INDONESIA KELAS 4 FASE B.docx
AtikIstikhomatin
 
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptxAksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
dhenisarlini86
 
Recently uploaded (20)

  • 1. 1 TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna bagi warga pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cikgu’. Pada hari istimewa ini, para guru akan diraikan oleh anak-anak didik demi menghargai jasa dan menyanjungi pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Guru-guru sekalian amat bertuah kerana ia merupakan pengiktirafan tertinggi masyarakat dan kerajaan atas sumbangan tidak
  • 2. 2 ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan membangunkan negara. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, dapat kita bersama-sama menyambut Hari Guru kali ke-45 yang bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. 2. Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik dalam membentuk murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, memiliki jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berpegang teguh kepada ajaran agama serta nilai sejagat. Para guru sekalian wajar berbangga kerana faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia ialah tuan-tuan dan puan- puan sendiri. 3. Demi merealisasikan agenda pendidikan, gurulah yang bertungkus-lumus memerah kudrat, berkorban masa bersengkang mata, cekal menempuhi pelbagai cabaran. Bagi menjayakan misi murni ini, para guru sanggup menabur bakti ke segala pelosok rantau – bandar, desa, merentas pulau dan lautan hatta lurah dan gunung. Di sanubari guru tersemat satu iltizam – akal budi murid mesti dibangunkan dan ditajamkan, sahsiah murid perlu dipimpin dan diasuh, jasmani murid harus dicergaskan dan disegarkan, emosi murid patut dibelai dan
  • 3. 3 disentuh, rohani murid wajar dibimbing dan dimantapkan, potensi murid layak dimajukan dan disuburkan. Syabas guru semua! 4. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, prasyarat utama untuk membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan sejahtera adalah melalui pengukuhan perpaduan, pembinaan identiti nasional, persefahaman dan saling meraikan kepelbagaian resam budaya dan keutuhan semangat kebangsaan bersesuaian dengan kepesatan pembangunan negara dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan. Tidak mungkin kepentingan peranan guru dalam merealisasikan aspirasi ini boleh dikesampingkan dan dipandang remeh apatah lagi perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Berdiri teguh di barisan hadapan pendidikan, dengan bersanggakan semangat juang yang tulus, tanpa mengharapkan ganjaran dan balasan, para guru gigih berjuang melalui penulisan, persatuan malah berani menentang secara terang-terangan pihak penjajah yang menafikan hak kedaulatan negara. 5. Pengorbanan guru mana mungkin dipertikaikan lagi. Pada zaman pasca kemerdekaan ini, peranan guru telah berubah daripada menentang penjajah kepada menyuntik bibit-bibit perpaduan dan pembangunan negara, memperkukuh perkongsian nilai dan
  • 4. 4 menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Sekolah menjadi agen perpaduan dan medan penyubur nilai sosial seperti semangat kekitaan, sifat toleransi, demokratik, saling menghormati dan menerima, taat setia kepada negara dan mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan bersepakat, rukun dan harmoni. Warga pendidik yang diraikan sekalian, 6. Sesungguhnya tugas seorang guru dipandang tinggi dan amat mulia. Guru merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menerusi transformasi tersebut, peradaban bangsa boleh diperkukuh apabila guru melaksanakan peranan mereka menghasilkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, adil, berdikari, hidup dalam masyarakat demokratik, liberal, bertolak ansur, prihatin dan penyayang. Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bermula pada peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara diberikan pendidikan berkualiti seiring era kemajuan terkini.
  • 5. 5 7. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi. Guru juga berperanan membentuk murid agar berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya tahan dan kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik. Sehubungan dengan itu, kita selaku warga pendidik perlu melestarikan pembangunan profesionalisme keguruan melalui nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional keguruan bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan negara. Guru-guru pembina bangsa sekalian, 8. Untuk bersaing dengan negara maju dunia, kita perlu menyediakan pendidikan berkualiti dan mantap yang mampu menghasilkan murid bertaraf dunia dan mempunyai pemikiran kritikal abad ke-21. Kurikulum pendidikan disemak semula dari semasa ke semasa untuk membangunkan kemahiran abad ke-21 yang dapat menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang. Hasrat ini direalisasikan dalam Gelombang 2 PPPM (2016- 2020), iaitu melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan
  • 6. 6 penyemakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, pendidikan abad ke-21 ini turut memberikan penekanan kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal, seiring dengan pembinaan identiti nasional yang kukuh dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang mampu melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat jitu, berprinsip, bermaklumat dan patriotik, juga mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan seperti yang dihasratkan oleh kementerian dalam melahirkan modal insan cemerlang dan berketerampilan. Natijahnya, diharapkan modal insan negara pada era akan datang memiliki keupayaan berdaya saing pada peringkat antarabangsa dan diiktiraf pengetahuan, kemahiran dan nilai etika mereka dalam kelas tersendiri. 9. Untuk makluman para guru, kerajaan sentiasa berusaha menaik taraf kemudahan pendidikan yang meliputi pembinaan infrastruktur bangunan dan penyediaan bilik khas bagi mengupayakan sistem pembelajaran ke arah pendidikan abad ke-21. Pihak Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk menambah baik kelengkapan makmal komputer, makmal sains dan bengkel kemahiran agar dapat menyokong
  • 7. 7 pembelajaran berteraskan projek yang membolehkan murid mempunyai akses pembelajaran kendiri. Hal ini banyak membantu menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Transformasi pendidikan ini adalah selaras dengan perubahan sistem pendidikan global yang diaplikasikan oleh kebanyakan negara maju. 10. Kementerian juga sentiasa berusaha untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran terkini yang amat penting dalam mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, antaranya dengan memperkukuh inisiatif pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM. Pendidikan sepanjang hayat ini merangkumi pembelajaran bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik di sekolah dan juga di luar sekolah. Pendidikan STEM akan mula didedahkan kepada murid seawal usia empat atau lima tahun pada peringkat prasekolah. Sekolah memainkan peranan utama dan pemangkin untuk menyediakan sumber graduan STEM yang mencukupi dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Gagasan kerajaan dan pihak kementerian ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan daya upaya guru.
  • 8. 8 11. Melalui pelaksanaan inisiatif STEM di sekolah, nilai tambah yang dikenal pasti boleh menyumbang kepada peningkatan minat murid dalam bidang pendidikan STEM akan diberi penekanan dan diperluaskan manakala pendekatan strategik yang optimum untuk pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah akan dimantapkan dari semasa ke semasa. Daya usaha ini merupakan titik tolak ke arah mewujudkan masyarakat berliterasi STEM yang mampu memahami sekurang-kurangnya konsep asas STEM dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia sekeliling juga menggunakan teknologi terkini serta prinsip matematik dan saintifik dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam berkomunikasi, mempermudahkan urusan dan menyelesaikan masalah. 12. Selain itu, usaha meningkatkan kualiti penyampaian pengetahuan dan kemahiran serta memperluas pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menjadi fokus pihak kementerian. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada transformasi pendidikan yang perlu dicapai dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan, modal insan dan daya saing negara. Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan salah satu usaha merekayasa sistem tersebut bagi menyumbang kepada agenda transformasi negara bertujuan memenuhi
  • 9. 9 keperluan industri dan kehendak pasaran kerja supaya kita tidak terlalu bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara. 13. Sekolah dan guru sekali lagi memikul amanah melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, mempunyai kebolehkerjaan dan kebolehpasaran tinggi selaras dengan keperluan industri negara malah bersahsiah mulia. Kerjasama dan usaha semua pihak, termasuklah para guru, telah mula menampakkan kemajuan dan keberhasilan positif. Antara kejayaannya; semua program yang dilaksanakan di 15 buah Kolej Vokasional rintis telah menerima akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan program yang ditawarkan juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Peratusan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia telah meningkat kepada 87.9 peratus pada tahun 2015 berbanding 83.6 peratus pada tahun 2014. 14. KPM turut mengatur langkah bagi melahirkan golongan berkemahiran melalui Transformasi Pendidikan Vokasional dengan melaksanakan program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) melibatkan 81 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 4 buah Sekolah Model Khas K9. Program kemahiran vokasional ini dilaksanakan seawal
  • 10. 10 pendidikan menengah rendah. Mulai tahun 2016, Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) diperkenalkan di 271 buah SMK terpilih di seluruh negara. Murid akan menerima dua pensijilan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran daripada badan pentauliahan kemahiran seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas menamatkan program ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, 15. Kerjaya sebagai guru memerlukan kita semua siap siaga melakukan anjakan minda dan perubahan budaya kerja dengan memperbaharui pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran agar pengajaran terus relevan dan berkesan. Peliharalah akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dipandang tinggi dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Sayangilah profesion keguruan kerana bakti luhur dan jasa murni guru sesungguhnya tidak terbalas. Tanggungjawab kita sememangnya semakin hari semakin kompleks serta mencabar selaras dengan perkembangan yang amat pesat pada masa kini. Ingatlah bahawa setiap gerak laku, tutur bicara dan tindakan para guru menjadi perhatian dan dinilai oleh masyarakat, justeru, guru hendaklah memastikan martabat profesion keguruan dipelihara, disanjung dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
  • 11. 11 16. Dasar dan etika penjawat awam seperti Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan Tahun 2002 perlu dipatuhi demi menjaga imej dan kepentingan negara, juga profesion keguruan. Guru merupakan contoh kepada murid melalui nilai integriti yang dipamerkan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Guru yang berintegriti menjadi pemangkin memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan berkualiti dan cekap yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa hadapan murid, malah masa hadapan bangsa dan negara ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti keguruan merangkumi tanggungjawab guru terhadap murid, diri sendiri, sekolah, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru perlu melaksanakan tugas dengan amanah, adil, berdedikasi, prihatin, penuh kasih sayang dan memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid sekalian, 17. Barisan kepimpinan sekolah juga tidak terlepas menerima tempias cabaran perubahan pesat dalam arus transformasi yang melanda dunia
  • 12. 12 pendidikan kita pada masa kini. Senario ini sudah tentunya memerlukan perubahan yang radikal dalam aspek pengurusan di sekolah khasnya dalam pengurusan profesional. Pihak pentadbir bertanggungjawab menentukan iklim sekolah, suasana pengajaran dan pembelajaran, tahap dan kualiti profesionalisme guru, semangat kekitaan, dan rasa tanggungjawab terhadap kemenjadian murid. Pengetua dan guru besar selaku peneraju tonggak kepimpinan sekolah perlu berubah dahulu dan bertindak proaktif bagi melaksanakan transformasi di sekolah dan memberikan sokongan jitu terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka. Hal ini kerana pengetua dan guru besar merupakan penggerak utama dalam membina negara bangsa agar setiap murid memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, bertolak ansur, hidup sebagai masyarakat penyayang, bersatu padu, berfikiran dan berbudaya saintifik, demokratik serta liberal. Anak-anak murid yang disayangi sekalian, 18. Saya yakin tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru dan pelbagai cabaran yang harus dihadapi tidak sedikit pun melunturkan rasa kasih sayang kepada anak-anak didik semua. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkatkan kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang
  • 13. 13 guru adalah permata yang menanti untuk digilap sehingga bergemerlapan yang akhirnya membentuk individu berdaya saing, berfikiran logik, berbudi pekerti mulia dan berjati diri kukuh seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid. Jadikanlah nasihat dan teguran para guru sebagai pedoman dan bekalan menuju kejayaan. Para guru yang dihormati, 19. Besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan awam. Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Kahlil Gibran pernah mengungkapkan bahawa “seorang guru yang bijaksana tidak hanya mengalu-alukan murid meneroka domain kebijaksanaan guru malah memimpin murid meneroka kecendiakaan sendiri”. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan dan emas permata. Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pula pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang perdana menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula
  • 14. 14 daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit. Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insan dengan cahaya ilmunya. 20. Guru haruslah menjaga keperibadian dan menjadi contoh kepada insan lain dengan mengamalkan apa yang diajarkan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik sesungguhnya mempunyai kedudukan mulia yang tersendiri dalam masyarakat, sentiasa disegani dan dipandang tinggi. Perjuangan guru tetap berterusan dan merupakan satu perjalanan yang masih jauh. Jadi, teruskanlah khidmat baktimu yang mulia ini. Terima kasih ‘cikgu’ dan sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru. Akhir kata, saya sudahi ucapan dengan dua rangkap pantun: Sekolah gudang pelita ilmu, Bekalan hidup aman sentosa, Selamat menyambut hari guru, Guru Pembina Negara Bangsa.
  • 15. 15 Kaulah pendidik perwira bangsa, Mendidik tanpa mengira masa, Segala budi dan curahan jasa, Tak akan dilupa terpahat sentiasa. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian. Terima kasih. DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia