SlideShare a Scribd company logo
7 AMALAN HIDUP SIHAT YANG
MUDAH DILAKUKAN.
BY KAKI PELANGI · 12:40 PM
Tidak dinafikan semakinramairakyat Malaysiayang mula sedar akan
kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapatantarakita
yang tidak mengambilhalini sebagai suatu yang penting.
Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih
sejahtera. Danuntuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup
sihat merupakan satu daripadasyaratnya.
Gaya Hidup Sihat
Amalankehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk
terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua
pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utamamanusia.
Masih ramai individudiluar sana yang mengalami masalah
berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalanigaya hidup yang sihat.
Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka
mempunyai kandungan kolesterolyang tinggi.
Namun, masih belum terlambatuntuk mereka berubah dan menjalani
hidup yang lebih sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:
1. Pemakanan Sihat
Ini merupakan amalan utamadalam menjalanigaya hidup sihat.
Pemakanan yang sihat dapat membantukita mengekalkan tubuh yang sihat
dan mengelakkan kita menjadi gemuk.
Kurangkan pengambilan makanan bergula dangaram kerana pengambilan
berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis
dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.
Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh
menggantikannya dengan snekyang berkhasiat danpastikan anda tidak
mengambilnya pada waktuhampirdengan waktu makan malam.
Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari.
2. Persekitaran Yang Bersih
Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran jugapenting dalam
amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang
wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar danmerisikokan anda
mendapatkan penyakitlain.
3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal
penyakit yang boleh meragut nyawa.
Sekiranya penyakit berbahaya dapatdikesan pada peringkat awal, ini boleh
memastikan carapencegahan danrawatan terperinci yang boleh
dijalankan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospitalkerajaan atau
swasta.
4. Beriadah
Beriadah atau bersenam dapatmengeluarkan peluh dari badan. Toksin
dalam badan juga turut keluar melalui peluh.
Kebaikan bersukan
Senaman berjadualsangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi
cergas danmembantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat!Saluran
darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan
aerobik.
5. Berhenti Merokok
Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang
mendapat penyakit paru-parudanjantung danlebih 40 jenis penyakit yang
boleh membawa maut.
Ini adalah kerana terdapat 4000jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam
asap rokok.
Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari
doktoruntuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.
6. Atasi Stress
Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh
menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan
sebagainya.
Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah.
Jadi, atasi masalah ini dengan mengawaltekanan dankemarahan.
Beberapa cara untuk mengurangkan marah:
 Berfikir secara positif
 Belajar bertenang
 Wujudkan hobi
 Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
 Rehat dan tidur yang cukup
 Cari temanuntuk berkongsi atau meluahkan masalah
7. Pastikan Rehat yang Cukup
Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkantekanan selaindapat
menenangkan tubuh badan serta minda.
Selain itu, proses metabolisme jugadapat berjalan dengan lancar dengan
rehat yang mencukupi.
Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih. 7 amalan yang sangat mudah
untuk kita amalkan untuk menjadikangaya hidup kita jalani lebih sihat.
Usaha yang kita laburkan hari ini akanmendatangkan faedah yang sangat
berbaloi di masa akandatang. KP mahu hari tua yang cergas danceria.
Anda?
10 Langkah Gaya Hidup Sihat
Semua orang ingin sihat. Bila sihat, badan pun rasa lebih cergas dan lebih bersemangat
nak buat kerja. Untuk artikel ni puteri nak kongsikan 10 langkah gaya hidup sihat yang
boleh kita amalkan.
1. Makan makanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu
diutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau
dielakkan.
2. Minum air secukupnya – minum air suam atau air masak yer, bukannya air manis atau
air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan.
Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula.
3. Bersenam – Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau
berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina.
4. Buat sesuatu yang kita minat – Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita
akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat.
5. Kawal berat badan – Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh
juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Kalau rasa berat
badan dah berlebihan, boleh dapatkan Panduan untuk menurunkan berat badan
secara sihat.
6. Pengambilan Supplemen – Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang
sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat.
7. Rehat– Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah
bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan.
8. Tidur – Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab
badan kita akan terasa letih.
9. Berfikiran positif – Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup kita akan
terasa lebih ceria.
10. Pemeriksaan kesihatan – Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya
setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan 10 langkah ini, kita akan berjaya mengamalkan
gaya hidup yang lebih sihat. Tapi yang penting jangan tinggalkan solat.
Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat
pada 19hb Februari 2013 jam 4.09 ptg
Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat.
Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak
Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah
tentang amalan gaya hidup sihat ini.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan
tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat
pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman,
jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita
semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik
dan menguatkan lagi otot-otot badan.
3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-
tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap
hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke
dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini
boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh
megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik.
Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap
rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala
penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang
kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan
kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah
berlakunya kegiatan buruk ini.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita
hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta
anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu
mencegah lebih baik dari mengubati.
Amalan gaya hidup sihat masyarakat kita?
Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha
menjaga kesihatan diri.
Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu.
Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala.
Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang
menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak
gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah
banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-
sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima
semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi,
diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk
diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal
penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat
awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada
kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk
menjalani kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan
peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada
badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami
terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup
yang baik buat manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah
berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia
memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya
untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada
kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan
manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran
positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah
bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu
peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang
lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu
mendesak ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia.
Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam
hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda
penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan
betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.
Postedby Noor Azman Mahat at 2:18 PM
Apakah saiz sajian?
Saiz sajian ialah jumlah makanan yang dimakan dalam kumpulan yang
sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar
ganti.
Apakah yang membentuk sajian?
Jenis Makanan Satu Sajian
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
 ½ cawan nasi putih
 ½ cawan mi / bihun / kue tiau / pasta
 1 keping roti bijirin penuh
 ½ keping capati (saiz kecil)
 1 cawan bubur nasi
 ½ cawan bijiran sarapan
 1 biji ubi kentang saiz sederhana
 3 keping biskut tawar / krim
Sayur-sayuran
 ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
 ½ cawan sayuran buah atau ubian
 ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan
 ½ biji jambu batu saiz sederhana
 1 potong betik / tembikai / nanas
 1 biji pisang / oren / pir / epal
 ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu
 1 cawan susu
 ½ cawan dadih
 1 keping keju
 * tenusu rendah lemak lebih
digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
 1 ketul peha ayam saiz sederhana
 1 ekor ikan kembung
 2 ketul daging tanpa lemak sebesar
kotak mancis
 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
 ½ cawan kekacang kering
 4 sudu makan udang kecil dengan
kulit
 1 keping tauhu
 1 keping tempe
 1 biji telur saiz sederhana (gred C)
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive
Messages, Ministry of Health Malaysia
Kadar Pemakanan Kanak-kanak Petatih
Dan Pra-sekolah.
(2 Tahun Hingga 6 Tahun)
Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan
keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak-
kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Pada tahap usia
ini juga, kanak-kanak perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian
dan galakan.
Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak
Petatih Dan Prasekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa
dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan.
Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini.
Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:
 Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan
Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan
makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai
jenis makanan setiap hari.
 Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting
untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.
 Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari
dan makanan snek antara waktu makan.
 Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa
kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan
utama.
 Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-
kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
 Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian
untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.
Pemakanan Kanak-kanak Berpandukan
Piramid Makanan
 Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:
 Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.
 Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.
 Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan
pada peringkat remaja.
 Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana
untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang
pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang
diperlukan.
 Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan
Malaysia.
Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian
 Beri kanak-kanak lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
 Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang
membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.
 Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah
protein.
 Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.
 Kanak-kanak memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran serta ubi
Bilangan hidangan sehari
2 - 3 Tahun 4 - 6 Tahun
1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi
1/2 Capati
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim
Krakers masin
6* 8*
* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis
makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 2: Buah dan sayur
 Berikan kanak-kanak lebih makanan daripada kumpulan ini.
 Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada kanak-kanak.
 Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 2 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi / Satu
hidangan buah-buahan
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun 4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang
telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-
sayuran
2* 2*
1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren,
sejenis buah berwarna hijau (pear,
epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai
1* 1*
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis
makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
 Kanak-kanak harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti
yang sederhana.
 Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan
mineral.
 Keperluan untuk kanak-kanak ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik,
daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil
tenusu setiap hari.
*Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan
untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula
 Pastikan kanak-kanak kurangkan pengambilan daripada kumpulan
makanan jenis ini.
Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging
dan ubi-ubian / Satu hidangan hasil
tenusu.
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun 4-6 Tahun
1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana
2 Ketul daging saiz kotak mancis
5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala
Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak
mancis
= 1 Biji telur sederhana
= 1 Keping tempe
= 1 Keping tauhu
= 2 Sudu makan mentega kacang
= 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang
telah dikeringkan
= 4 Ekor udang bersaiz kecil
2* 2*
1 Gelas susu
1 Cawan dadih
1 Keping Keju
2 - 3 * 3 *
Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk
makan
Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan,
walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara
yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak
untuk makan. Di antaranya ialah:
 Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang
dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak
menikmati hidangan.
 Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka,
jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa
makan.
 Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.
 Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan agar dia
mendapat jumlah makanan secukupnya.
 Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri
untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang
secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.
 Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba
campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
 Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika
kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera
kanak-kanak akan hilang.
 Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.
 Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh
meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu
makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
 Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak
menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
 Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi
selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).
 Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan
kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera
kanak-kanak.
 Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh seperti di
taman permainan atau di pantai.
 Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh
snek seperti susu, buah dan sandwich.
 Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan
utamanya.
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang
tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.
Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan
yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama
serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung
ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak
pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda
Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun
di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat
badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan
daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah,
pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah
untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling
penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang
mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat
sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi
jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang
itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang
menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya
selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko
Penyakit Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada
pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang
dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa
penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan
darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh
manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada
penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan
risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti
yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana
kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser
prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti
menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan
disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami
28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok
berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan
risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko
terhadap penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3
hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan
banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran
hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika
hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih,
gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini
sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B).
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati
dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein
sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga
21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-
kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati
daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan
20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh
itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
 Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
 Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
 Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam
masakan.
 Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
(contoh: kulit ayam).
 Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti
marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
 Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan
aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar
kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga
menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna
anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah
lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung
dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan
ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak
garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

More Related Content

What's hot

Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaan
manisa_aniesz
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
Nasyiba Sahari
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikEve93Ooi
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
Nurull Sya
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
ciklaili. com
 
Gandaan
GandaanGandaan
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Nur Syafika
 
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
ROSNANI MOHAMED JAMALLUDIN
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
HT Hong
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
LIMXINGHOOIMoe
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Zhang Ewe
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
sumayy fa
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Jayakanth tamil kalanathan
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
Siti Aishah
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
Chandralegah Kuppusamy
 

What's hot (20)

Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaan
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksik
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Gandaan
GandaanGandaan
Gandaan
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
3. Lemak Dan Kesannya Kepada Kesihatan
 
Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
SAINS TINGKATAN 4 BAB 8
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 

Viewers also liked

Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan
devakijp
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
noor hasikim
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
one piece
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraismail lambung
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaannooakmaawanglah
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
Muhammad Nasrullah
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
ashleywyf1984
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatRaJa MakSum
 

Viewers also liked (10)

Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
 

Similar to 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Doc1
Doc1Doc1
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
Septian Muna Barakati
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
Operator Warnet Vast Raha
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
Operator Warnet Vast Raha
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
Septian Muna Barakati
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Septian Muna Barakati
 
Makalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehatMakalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehat
Septian Muna Barakati
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
Anisah Nadzir
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
alifhamman
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belumSeptian Muna Barakati
 
Siap
SiapSiap
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
nurulirdina halikulanuar
 
Gaya hidup sihat cikgu nasir
Gaya hidup sihat  cikgu nasirGaya hidup sihat  cikgu nasir
Gaya hidup sihat cikgu nasir
ikhwan hadi
 
Bab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehatBab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehat
agus
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
IlhamTrismihardi
 
Ppt mas izar
Ppt mas izarPpt mas izar
Ppt mas izar
izar jk
 
POLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHATPOLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHAT
Nur Amalia Sholeha
 
Tetap Muda.docx
Tetap Muda.docxTetap Muda.docx
Tetap Muda.docx
Elfian5
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
Bong Shuying
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
raniastudio
 

Similar to 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan (20)

Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat  dan bersih irmayaniMakalah pola hidup sehat  dan bersih irmayani
Makalah pola hidup sehat dan bersih irmayani
 
Makalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehatMakalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehat
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Siap
SiapSiap
Siap
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Gaya hidup sihat cikgu nasir
Gaya hidup sihat  cikgu nasirGaya hidup sihat  cikgu nasir
Gaya hidup sihat cikgu nasir
 
Bab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehatBab i budaya hidup sehat
Bab i budaya hidup sehat
 
Pola hidup sehat
Pola hidup sehatPola hidup sehat
Pola hidup sehat
 
Ppt mas izar
Ppt mas izarPpt mas izar
Ppt mas izar
 
POLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHATPOLA HIDUP SEHAT
POLA HIDUP SEHAT
 
Tetap Muda.docx
Tetap Muda.docxTetap Muda.docx
Tetap Muda.docx
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 

More from Senior Executive - Open University Malaysia

12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)
12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)
12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Contoh surat rayuan pertukaran guru
Contoh surat rayuan pertukaran guruContoh surat rayuan pertukaran guru
Contoh surat rayuan pertukaran guru
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Kertas kerja ekspedisi_ledang.Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Bagaimana meraih kebahgiaan
Bagaimana meraih kebahgiaanBagaimana meraih kebahgiaan
Bagaimana meraih kebahgiaan
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanakSoalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Senior Executive - Open University Malaysia
 
8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan8 dimensi kesihatan
Pengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan new
Pengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan newPengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan new
Pengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan new
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Senarai alamat jabatan april2015
Senarai alamat jabatan april2015Senarai alamat jabatan april2015
Senarai alamat jabatan april2015
Senior Executive - Open University Malaysia
 
Nota ms access 2007
Nota ms access 2007Nota ms access 2007

More from Senior Executive - Open University Malaysia (12)

12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)
12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)
12. perakuan amalan kaunselor (nov 2018 nov 2020)
 
Contoh surat rayuan pertukaran guru
Contoh surat rayuan pertukaran guruContoh surat rayuan pertukaran guru
Contoh surat rayuan pertukaran guru
 
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
 
Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Kertas kerja ekspedisi_ledang.Kertas kerja ekspedisi_ledang.
Kertas kerja ekspedisi_ledang.
 
Bagaimana meraih kebahgiaan
Bagaimana meraih kebahgiaanBagaimana meraih kebahgiaan
Bagaimana meraih kebahgiaan
 
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanakSoalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 
8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan
 
Pengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan new
Pengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan newPengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan new
Pengenalan kpd cssu & prinsip2 pensterilan new
 
Senarai alamat jabatan april2015
Senarai alamat jabatan april2015Senarai alamat jabatan april2015
Senarai alamat jabatan april2015
 
Nota ms access 2007
Nota ms access 2007Nota ms access 2007
Nota ms access 2007
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 

Recently uploaded

kesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmas
kesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmaskesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmas
kesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmas
IrmaFitriani7
 
PMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptx
PMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptxPMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptx
PMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptx
kartikaoktarini
 
Penanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.ppt
Penanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.pptPenanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.ppt
Penanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.ppt
SuryaniAnggun2
 
Panduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdf
Panduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdfPanduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdf
Panduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdf
AbdulWahid24425
 
LAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docx
LAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docxLAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docx
LAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docx
YuniAfridaniHasibuan
 
keadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesia
keadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesiakeadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesia
keadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesia
RizkyAndrianiBakara2
 
lp HERNIA keperawatan medical bedah stase
lp HERNIA keperawatan medical bedah staselp HERNIA keperawatan medical bedah stase
lp HERNIA keperawatan medical bedah stase
jeanlomirihi1
 
Buku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdf
Buku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdfBuku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdf
Buku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdf
SIMRS Cendana
 
Virtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptx
Virtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptxVirtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptx
Virtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptx
NersIqbal
 
MATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptx
MATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptxMATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptx
MATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptx
MeiLia12
 
Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...
Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...
Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...
ParamithaZalda1
 
Lp persalinan normal maternitas keperawatan
Lp persalinan normal maternitas keperawatanLp persalinan normal maternitas keperawatan
Lp persalinan normal maternitas keperawatan
jeanlomirihi1
 
25 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 2024
25 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 202425 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 2024
25 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 2024
SriyantiSulaiman
 

Recently uploaded (13)

kesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmas
kesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmaskesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmas
kesehatan reproduksi remaja PPT oleh puskesmas
 
PMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptx
PMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptxPMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptx
PMBA 6-23, IBU HAMIL,IBU MENYUSUISUI.pptx
 
Penanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.ppt
Penanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.pptPenanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.ppt
Penanggulangan Penyakit FLU SINGAPURA.ppt
 
Panduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdf
Panduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdfPanduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdf
Panduan 25 Keterampilan Dasar Kader posyandu.pdf
 
LAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docx
LAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docxLAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docx
LAPORAN AUDIT INTERNAL UKM PKM PP 1.docx
 
keadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesia
keadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesiakeadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesia
keadaan kesehatan bayi dan anak balita di indonesia
 
lp HERNIA keperawatan medical bedah stase
lp HERNIA keperawatan medical bedah staselp HERNIA keperawatan medical bedah stase
lp HERNIA keperawatan medical bedah stase
 
Buku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdf
Buku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdfBuku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdf
Buku Panduan Penggunaan Terminologi LOINC.pdf
 
Virtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptx
Virtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptxVirtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptx
Virtual Metaverse Project Proposal by Slidesgo.pptx
 
MATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptx
MATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptxMATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptx
MATERI KEBIJAKAN DAN EVALUAS PPROGRAM KIA - GIZI.pptx
 
Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...
Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...
Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan Kerja di Tempat Kerja PT. Mayora Jayanti ...
 
Lp persalinan normal maternitas keperawatan
Lp persalinan normal maternitas keperawatanLp persalinan normal maternitas keperawatan
Lp persalinan normal maternitas keperawatan
 
25 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 2024
25 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 202425 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 2024
25 Kecakapan Kader.pptx Puskesmas Kota Ratu Tahun 2024
 

7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

  • 1. 7 AMALAN HIDUP SIHAT YANG MUDAH DILAKUKAN. BY KAKI PELANGI · 12:40 PM Tidak dinafikan semakinramairakyat Malaysiayang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapatantarakita yang tidak mengambilhalini sebagai suatu yang penting. Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Danuntuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripadasyaratnya. Gaya Hidup Sihat Amalankehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utamamanusia. Masih ramai individudiluar sana yang mengalami masalah berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalanigaya hidup yang sihat. Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterolyang tinggi. Namun, masih belum terlambatuntuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah: 1. Pemakanan Sihat Ini merupakan amalan utamadalam menjalanigaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantukita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi gemuk. Kurangkan pengambilan makanan bergula dangaram kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok. Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh menggantikannya dengan snekyang berkhasiat danpastikan anda tidak mengambilnya pada waktuhampirdengan waktu makan malam. Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari. 2. Persekitaran Yang Bersih
  • 2. Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran jugapenting dalam amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar danmerisikokan anda mendapatkan penyakitlain. 3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa. Sekiranya penyakit berbahaya dapatdikesan pada peringkat awal, ini boleh memastikan carapencegahan danrawatan terperinci yang boleh dijalankan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospitalkerajaan atau swasta. 4. Beriadah Beriadah atau bersenam dapatmengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh.
  • 3. Kebaikan bersukan Senaman berjadualsangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas danmembantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat!Saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok. Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik. 5. Berhenti Merokok Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-parudanjantung danlebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.
  • 4. Ini adalah kerana terdapat 4000jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok. Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari doktoruntuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok. 6. Atasi Stress Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya.
  • 5. Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan mengawaltekanan dankemarahan. Beberapa cara untuk mengurangkan marah:  Berfikir secara positif  Belajar bertenang  Wujudkan hobi  Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah  Rehat dan tidur yang cukup  Cari temanuntuk berkongsi atau meluahkan masalah 7. Pastikan Rehat yang Cukup Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkantekanan selaindapat menenangkan tubuh badan serta minda. Selain itu, proses metabolisme jugadapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi. Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih. 7 amalan yang sangat mudah untuk kita amalkan untuk menjadikangaya hidup kita jalani lebih sihat. Usaha yang kita laburkan hari ini akanmendatangkan faedah yang sangat berbaloi di masa akandatang. KP mahu hari tua yang cergas danceria. Anda?
  • 6. 10 Langkah Gaya Hidup Sihat Semua orang ingin sihat. Bila sihat, badan pun rasa lebih cergas dan lebih bersemangat nak buat kerja. Untuk artikel ni puteri nak kongsikan 10 langkah gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan. 1. Makan makanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan. 2. Minum air secukupnya – minum air suam atau air masak yer, bukannya air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula. 3. Bersenam – Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina. 4. Buat sesuatu yang kita minat – Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat. 5. Kawal berat badan – Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Kalau rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkan Panduan untuk menurunkan berat badan secara sihat. 6. Pengambilan Supplemen – Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat. 7. Rehat– Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan. 8. Tidur – Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab badan kita akan terasa letih. 9. Berfikiran positif – Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup kita akan terasa lebih ceria.
  • 7. 10. Pemeriksaan kesihatan – Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita. Mudah-mudahan dengan mengamalkan 10 langkah ini, kita akan berjaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Tapi yang penting jangan tinggalkan solat.
  • 8. Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat pada 19hb Februari 2013 jam 4.09 ptg Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini. 1. Menjaga Pemakanan Seharian Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. 2. Bersenam atau Beriadah Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. 3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat- tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. 4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun. 5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan
  • 9. kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.
  • 10. Amalan gaya hidup sihat masyarakat kita? Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri. Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini. Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur- sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat. Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia. Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia. Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini. Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.
  • 11. Postedby Noor Azman Mahat at 2:18 PM
  • 12. Apakah saiz sajian? Saiz sajian ialah jumlah makanan yang dimakan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti. Apakah yang membentuk sajian? Jenis Makanan Satu Sajian Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian  ½ cawan nasi putih  ½ cawan mi / bihun / kue tiau / pasta  1 keping roti bijirin penuh  ½ keping capati (saiz kecil)  1 cawan bubur nasi  ½ cawan bijiran sarapan  1 biji ubi kentang saiz sederhana  3 keping biskut tawar / krim Sayur-sayuran  ½ cawan sayuran berdaun hijau tua  ½ cawan sayuran buah atau ubian  ½ cawan lain-lain sayuran Buah-buahan  ½ biji jambu batu saiz sederhana  1 potong betik / tembikai / nanas  1 biji pisang / oren / pir / epal  ½ cawan jus buah (tanpa gula) Susu dan Produk Tenusu  1 cawan susu  ½ cawan dadih  1 keping keju  * tenusu rendah lemak lebih digalakkan Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang  1 ketul peha ayam saiz sederhana  1 ekor ikan kembung  2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis  5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • 13.  ½ cawan kekacang kering  4 sudu makan udang kecil dengan kulit  1 keping tauhu  1 keping tempe  1 biji telur saiz sederhana (gred C) Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia Kadar Pemakanan Kanak-kanak Petatih Dan Pra-sekolah. (2 Tahun Hingga 6 Tahun) Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak- kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Pada tahap usia ini juga, kanak-kanak perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan. Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan Prasekolah Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:  Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan
  • 14. makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.  Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.  Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.  Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.  Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak- kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.  Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus. Pemakanan Kanak-kanak Berpandukan Piramid Makanan  Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:  Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.  Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.  Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.  Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang
  • 15. pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.  Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian  Beri kanak-kanak lebih banyak makanan dari kumpulan ini.  Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.  Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.  Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.  Kanak-kanak memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari. Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran serta ubi Bilangan hidangan sehari 2 - 3 Tahun 4 - 6 Tahun 1 Keping roti "whole meal" 1/2 Cawan Nasi 1/2 Capati 1 Cawan bubur 1 Biji sederhana kentang Keping biskut - Krim Krakers masin 6* 8* * Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan. Aras 2: Buah dan sayur  Berikan kanak-kanak lebih makanan daripada kumpulan ini.  Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada kanak-kanak.  Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 2 hidangan setiap hari.
  • 16. Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi / Satu hidangan buah-buahan Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun 1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak 1/2 Cawan buah-buahan / sayur- sayuran 2* 2* 1/2 Biji jambu sederhana 1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal) 1 saiz sederhana pisang 1 hiris betik, nenas, tembikai 1* 1* * Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan. Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu  Kanak-kanak harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana.  Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral.  Keperluan untuk kanak-kanak ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.
  • 17. *Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan. Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula  Pastikan kanak-kanak kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini. Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian / Satu hidangan hasil tenusu. Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun 1 Potong sederhana "peha ayam" 1 Ekor ikan kembong sederhana 2 Ketul daging saiz kotak mancis 5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis = 1 Biji telur sederhana = 1 Keping tempe = 1 Keping tauhu = 2 Sudu makan mentega kacang = 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan = 4 Ekor udang bersaiz kecil 2* 2* 1 Gelas susu 1 Cawan dadih 1 Keping Keju 2 - 3 * 3 *
  • 18. Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:  Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak menikmati hidangan.  Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.  Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.  Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.  Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.  Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  • 19.  Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak akan hilang.  Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.  Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.  Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.  Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).  Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera kanak-kanak.  Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh seperti di taman permainan atau di pantai.  Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh snek seperti susu, buah dan sandwich.  Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.
  • 20. Kepentingan Makanan Berkhasiat Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Sumber dari berita harian Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
  • 21. boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. 2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. 3. Mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. 4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kesimpulannya
  • 22. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”. Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya? 1. Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
  • 23. lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser. 2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. 3. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari. 4. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. 5. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium. 6. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
  • 24. Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian) Tips Diet Seimbang Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan. 1. Banyakkan makan makanan yang berbuah. Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. 2. Banyakkan juga memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh. 3. Banyakkan minum air. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang- kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
  • 25. 4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan. Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:  Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.  Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.  Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.  Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).  Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).  Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng. 5. Kurangkan gula. Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. 6. Kurangkan garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
  • 26. atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Sumber dari UTUSAN PENGGUNA