SlideShare a Scribd company logo
Nota pemulihan nieTerdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan
Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun
‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.
Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran
sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau
gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan
peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan
ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah
putus asa.
DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS
Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas
3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
A.E. Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan
kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan
membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara
yang abstrak.
Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima
pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi,
sederhana dan yang di bawah sederhana.
Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk
kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu,
bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta
kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa,
kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita
kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak
memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf
yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah
dengannya.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah
mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah
sederhana ataurencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan
am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar
bila telah ‘bersedia’.
SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS...
 Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
 Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan
supaya murid belajar bersabar
 Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
 Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
 Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh
memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.
CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS
Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan.
Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.
 Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
 Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
 Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah
dipelajari dalam situasi baru
 Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual
waktu atau menguasai peraturan mengeja
 Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk
keperluan semasa.
 Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi
tumpuan
 Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
 Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
 Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.
 Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan
memahami perkaitan
 Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
 Bersikap egosentrik
Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem
with the process.
A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for
teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.
Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun
2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh
dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi PdP.
Singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran; P&P/PnP kini telah digantikan dengan PdP ( sebut P,
d, P)
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita,
lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid.
Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti
yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan
mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Bercerita - contoh didik hibur
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila
keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata
pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan,
manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan
hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan
didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif
serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh
murid.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur
estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan
sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi
aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti
tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan
ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara
persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan
penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan
seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud
semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru
sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru,
beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel
Aktiviti Didik Hibur
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti
didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran
yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada
banyak masalah atau halangan.
( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan
negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang
bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi
pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
Artikel ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja
Melewar
Apa yang saya catatkan di sini adalah berkaitan dengan bidang tugas Guru Pemulihan Khas/Guru
Khas Pemulihan sebelum wujudnya program LINUS pada tahun 2010. Setelah adanya program
LINUS, bidang tugas guru pemulihan khas telah bertambah di mana guru pemulihan khas juga
berperanan mengajar murid-murid LINUS kategori tegar ( tidak menguasai konstruk 1 dan 2). Murid-
murid kategori ini adalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengenal abjad dan suku
kata KV.
Catatan tentang senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini berdasarkan dua sumber rujukan yang saya
baca iaitu:
1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi
Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah
Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1999.
Terdapat sedikit perbezaan jumlah waktu mengajar seminggu bagi guru pemulihan khas jika merujuk
kepada kedua-duanya.
SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS
Catatan senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur
yang telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pengajaran pemulihan.
3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan,
ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan
mengenai latar belakang murid
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid - murid.
Agihan waktu mengajar guru pemulihan khas adalah seperti berikut:
Tahun
Mata pelajaran
JumlahBahasa
Melayu
Matematik
1
2
8 kali x 30
minit=240
7 kali x 30
minit=210
450 minit
3
8 kali x 30
minit=240
7 kali x 30
minit=210
450 minit
Jumlah 480 minit 420 minit 900 minit
*900 minit + 120 minit (waktu persediaan) = 1020 minit seminggu
Waktu Panduan dan Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam
jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang
boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut :
1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengemas kini rekod-rekod
4. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang
perkembangan murid di kelas biasa.
5. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid.
6. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.
TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS
Catatan ini pula adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas
(Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
A. Senarai tugas
1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan
3.
2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:
 Mengenal pasti muri-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada
di kelas biasa atau kelas khas
 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan.
 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan
 Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan.
3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak
lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid
yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program
pemulihan khas.
4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas
dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual
dan rujukan.
5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar
dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran
pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan.
7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.
B. Jadual Waktu
Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut:
 Masa untuk mengajar – 990 minit
 Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul Waktu)
 Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah
yang berkenaan.
Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk
persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:
 Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid
 Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
 mengemas kini rekod-rekod
 Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
 Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan
murid di kelas biasa
 Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid
 Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran
 Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid
PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS
1) Peranan Penilaian (Assessment Role)
 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
 Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid secara khusus.
 Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.
2) Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
 Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid
yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.
3) Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
 Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan
bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
 Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
 Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat
damping sekiranya perlu.
4) Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
 Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran.
 Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik
mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.
5) Peranan Perhubungan (Liaison Role)
Berhubung dengan:
 Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
 Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
 Ibu bapa dan waris
 Masyarakat
 Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.
6) Peranan Kaunseling (Counseling Role)
 Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari
ancaman
 Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
7) Peranan Advokasi (Advocative Role)
 Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat
PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
 Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para
waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.
Definisi
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang
mengalamiMasalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap
boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran.
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan berikut:-
1. Kebolehan Kognitif
2. Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
3. Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
4. Keupayaan Membaca
5. Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
6. Kemahiran Matematik
Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti;
1. Sindrom Down
2. Autisme
3. Hiperaktif -ADHD
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus contohnya disleksia.
Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;
1. Lembam ( akibat kecacatan otak)
2. Autistik
3. Dowm Sindrom
4. Terencat Akal Ringan
5. Terencat Akal Sederhana
6. Hiper Aktif
7. Hipo Aktif
8. Cerebral Palsy
9. Emosi / Tingkah Laku
10. Pertuturan
11. Epilepsi
12. Pelbagai Kecacatan
Sindrom Down
Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca
dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21.
Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek,
bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari
tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal
bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic
Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran.
Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya
mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang
mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang
lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan
meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi
percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya
mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih
sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin.
Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif selain vitamin
B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD)
Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu.
Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru
di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya
memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar
apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan
daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar
mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman.
Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh
membantu mendidik murid ADHD.
Disleksia
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang
serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan
pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun
mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar
berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa
dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca
disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan
(lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia.
Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah
melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan
kinestetik.
https://www.youtube.com/watch?v=_H3FiKYp9xo
Berdasarkan buku yang saya baca iaitu Kaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan
Khas yang ditulis oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, ia menyatakan bahawa kanak-kanak
lebih cenderung membaca daripada mengeja. Ini menunjukkan bahawa mengeja suku kata adalah
lebih sukar berbanding membaca perkataan. Hal ini kerana ejaan adalah kaedah yang terlalu
kompleks untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Tambahan pula membaca hanya melibatkan proses
menafsirkan kod dengan jalinan perkataan sedangkan mengeja adalah proses mengeluarkan k od
dengan peka dan betul.
EJAAN DAN MENGEJA : APAKAH MAKSUDNYA?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
Ejaan ialah kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf.
Mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu
perkataan.
CARA UNTUK MENGEJA
Terdapat dua cara untuk mengeja iaitu;
1. Menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata
atau perkataan danmembunyikan suka kata/perkataan itu.
2. Menulis huruf untuk membentuk suku kata atau perkataan.
CARA MENYEBUT HURUF
Terdapat dua cara menyebut huruf untuk menjadi suku kata dan perkataan;
1. Menyebut huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa
menyebut suku kata dalam perkataan itu. Misalnya, “bola” dieja b – o – l – a. Gambaran
ringkasnya ialah huruf → perkataan.
2. Menyebut huruf, diikuti dengan penyebutan suku kata dan seterusnya menyebut
perkataan. Contohnya, “bola” dieja “b” “o”, diikuti penyebutan suku kata “bo”. Seterusnya
disebut pula nama huruf “l” “a”, diikuti dengan penyebutan suku kata “la”. Akhirnya disebut
perkataan “bola”. Gambaran ringkasnya ialahhuruf → suku kata → perkataan.
KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN EJAAN
Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengajar kemahiran mengeja;
 Kaedah Abjad
Berdasarkan kaedah abjad, murid menyebut nama huruf. Bagi mengeja dengan abjad Rumi, cara
yang kedua kerap digunakan. Hal ini kerana cara yang pertama dianggap tidak lengkap.
 Kaedah Fonik dan Fonetik
Ia merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata
yang lain.
 Kaedah Elektik
Ia merupakan kaedah campuran yang menggabungkan pendekatan binaan dan cerakinan.
 Kaedah Suku Kata
Pengajaran dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKK. Murid akan ditekankan
dengan kemahiran membatang suku kata.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Pemulihan Khas, murid-murid pemulihan khas sering
mengeja sesuatu perkataan terlebih dahulu sebelum dapat menyebut perkataan tersebut. Ia seolah-
olah seperti sudah menjadi kelaziman mereka semasa membaca. Pada fikiran saya, apabila murid
mengeja perkataan sebelum membaca, maksudnya murid belum lancar membaca. Saya selalu
menyarankan murid-murid supaya mengeja perkataan jika perlu sahaja dan menyebut terus
perkataan jika perkataan tersebut telah biasa dijumpai atau dibaca.
Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Tulisan ini adalah sambungan daripada post sebelumnya iaitu punca-punca murid lemah mengeja.
Mengeja memerlukan seseorang mengingat dan mengetahui banyak perkataan. Sekiranya arahan
membaca dan mengeja diasingkan, maka kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran membaca
dan mengeja serentak.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai
langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja.
1. Kaedah Abjad
Kaedah ini sememangnya digunakan untuk mengajar murid mengeja. Murid perlu mengenal semua
abjad sebelum murid berjaya mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Contohnya : untuk mengeja
"ibu", murid perlu kenal abjad "i", "b" dan "u".
2. Kaedah Fonik/Fonetik
Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan
suku kata yang lain. Untuk mengeja sesuatu perkataan, murid perlu membunyikan huruf-huruf
terlebih dahulu, kemudian membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contohnya: Perkataan
bola dieja [b (beh) + o (o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua suku kata kemudian digabungkan
iaitu [bo] + [la] dan ia menjadi [bola].
3. Kaedah Elektik
Kaedah elektik adalah kaedah campuran atau gabungan di antara dua pendekatan iaitu pendekatan
membina dan pendekatan cerakinan. Beberapa kaedah digabungkan seperti kaedah bunyi, kaedah
abjad dan kaedah suku kata, kaedah rangkai kata, kaedah ayat. Kaedah ini adalah mengikut prinsip
psikologi membaca, maka ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan kebolehan murid untuk
membaca dalam sebarang keadaan.
Cara pengajaran:
Huruf: Guru memperkenalkan huruf abjad berdasarkan bunyi huruf sahaja. Contonya, a - ayam, u -
ular. Guru tidak boleh memperkenalkan nama huruf abjad.
Suku kata: Guru mengajar suku kata menerusi perkataan. Contohnya, ba - baju, bakul, basikal,
bawang.
4. Kaedah Suku Kata
Kaedah ini dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKVK dan seterusnya.
5. Teknik Perisian Komputer
Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan pengutipan maklumat daripada
teks yang dibaca. Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh dihasilkan bukan
sahaja dalan bentuk teks malah dalam bentuk visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej
sebagai elemen dalam proses membaca dapat dilihat menerusi teori dwipengkodan.
Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid yang didedahkan dengan dua mod
pembelajaran (melalui visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Dalam teknik
ini, murid diberi peluang untuk membina makna teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran
visual.
Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta Post dan Carreker (2002), murid tidak
berupaya menghasilkan gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh guru menerusi
galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini.
6. Mendengar Perakam Suara
Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja yang dimainkan oleh pita rakaman.
7. Kaedah Multisensori
Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti deria visual,
deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid terutamanya
murid yang mengalami masalah pembelajaran.
Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid-
Murid Pemulihan Khas
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh GPK untuk mengatasi masalah murid-murid
pemulihan khas yang tidak dapat membaca dengan lancar :
1. Guru menunjukkan kad bergambar dan semua
murid dikehendaki menyebut nama benda yang
dilihat.
2. Guru menunjukkan dan membaca kad-kad
perkataan dan kemudian murid-murid akan
mengikut guru.
3. Murid-murid dikehendaki memadankan kad-
kad perkataan dengan gambar.
4. Selepas itu, semua murid akan membaca kad-
kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan
guru.
5. Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa
dibimbing.
6. Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid
akan mula menulis ayat pada buku.
Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid
LINUS dan Pemulihan
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Kajian tindakan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid tahun satu (LINUS) ini
boleh membantu GPK dan guru LINUS dalam menangani masalah murid-murid yang tidak
menguasai kemahiran membaca. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan bunyi kata dengan
teknik latih tubi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
 Latih tubi bacaan menggunakan kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad frasa dan kad
ayat.
 Latih tubi bacaan menggunakan Powerpoint.
 Permainan mencantum suku kata membentuk perkataan.
 Nyanyian
Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi
kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat
gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari
dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan.
Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih
kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran
literasi.
Aktiviti membaca lantang
Apa itu bacaan lantang?
 Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
 Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
 Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
 Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
 Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
 Guru berinteraksi dengan kanak-kanak
Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
 Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
 Sementara menunggu aktiviti lain
 Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan
Apakah kepentingan membaca lantang?
1. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
2. Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
3. Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
4. Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
5. Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi
Bagaimana pelaksanaannya?
SEBELUM
 Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
 Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca
SEMASA
 Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
 Pegang buku ke hadapan
Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak
 Mulakan suara dengan kuat
 Pastikan murid-murid diam
 Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
 Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza
SELEPAS
 Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut
terjadi
 Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas
Sumber rujukan
1. http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html
2. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit
UPSI, 2012
Buku rujukan
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu:
Kaedah Gabungan
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan
sebut’ dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut
juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan
yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa
lain – dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ boleh
digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai
perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.
Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi
huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan
guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z
secara tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf
vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan
yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga
pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini
membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang
dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci,
lihat beberapa contoh berikut:
1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan
menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali,
selang-seli.
2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan
menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat
melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:
da di du ka ki k u sa si su
4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
ba..... ba.... baba
bu..... bu.....bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku
5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih
murid membacanya:
baba bubu
dada kuku
6. Perkenalkan gabungan lain:
a ..... ku..... aku
a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju
7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:
aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku
8. Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.
9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
10. Gantikan ‘buku’ dengan ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad
imbasan.
11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i ... bu ..... ibu
bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
di ... a ..... dia
ka ... ki ..... kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang
dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda
Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam
sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k
dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.
Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
*** Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang.
Aktiviti membina dan membaca ayat yg mengandungi perkataan KV+KVKK.
Murid menyusun kad-kad perkataan, membaca ayat yg dibina kemudian menulisnya di papan putih.
Murid kemudian membaca semua ayat yg ditulis dan menyalin ke dalam buku tulis.
Kemahiran 31 - Membaca dan menulis ayat mudah.
1. Murid menyusun perkataan membentuk ayat yg betul.
2. Murid membaca ayat yang dibina.
3. Murid menukarkan ayat-ayat yang dibina kepada karangan pendek satu perenggan....
See More
Perkataan Diftong dan Vokal Berganding
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Diftong:
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut
dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam
bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal
iaitu ai, au, oi.
Secara lebih terperinci, Diftong ialah:
1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan
nafas.
2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal
lain.
3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi
bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan
sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan
vokal yang lain.
4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan
vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu
juga cara membunyikan diftong au, dan oi.
Contoh perkataan yang mengandungi diftong
ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai,
teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi
Vokal berganding (Vokal Rangkap):
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi
terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Secara ringkasnya:
Diftong:
Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat.
Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi
Vokal berganding:
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.
baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as
Terima kasih:
http://rasfarina72.blogspot.com/2014/02/diftong-vokal-berganding-digraf-dan.html
http://cikgupenmerah.blogspot.com/2012/05/apa-itu-vokal-berganding-dan-diftong.html
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-dan-vokal-berganding.html

More Related Content

What's hot

Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Septi Dewi
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103zainuns
 
Pemadatan kurikulum
Pemadatan kurikulumPemadatan kurikulum
Pemadatan kurikulumN Szly
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Alia Ayumi
 
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4Nastiti Rahajeng
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Ustat Penang
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4shockgadof
 
Nyanyian dalam didik hibur 2011
Nyanyian dalam didik hibur 2011Nyanyian dalam didik hibur 2011
Nyanyian dalam didik hibur 2011
Iman Irdyna Fairul Hadi
 
Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model Pengurusan Kelompok Kounin Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model Pengurusan Kelompok Kounin
Ustat Penang
 
Pemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaPemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaSiTi SaJali
 
Ciri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarahCiri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarah
Anarchist Cat Owner
 
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajarFasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
Puan Nyss Rasid
 
Makalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMakalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMellya Silaban
 
Tugas seminar probelamtika
Tugas seminar probelamtikaTugas seminar probelamtika
Tugas seminar probelamtika
Manchester United
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Hon Shan Shan
 

What's hot (20)

Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
Tugas individu perspektif pendidikan Modul 10
 
Bahan
BahanBahan
Bahan
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103
 
Pemadatan kurikulum
Pemadatan kurikulumPemadatan kurikulum
Pemadatan kurikulum
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
 
Minggu 1
Minggu 1Minggu 1
Minggu 1
 
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
PPT Problematika Pembelajaran Kelas 4
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
Nyanyian dalam didik hibur 2011
Nyanyian dalam didik hibur 2011Nyanyian dalam didik hibur 2011
Nyanyian dalam didik hibur 2011
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model Pengurusan Kelompok Kounin Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model Pengurusan Kelompok Kounin
 
Pemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaPemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasa
 
Ciri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarahCiri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarah
 
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajarFasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
 
Makalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMakalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasi
 
MATERI 2 - Keterampilan Dasar Mengajar
MATERI 2 - Keterampilan Dasar MengajarMATERI 2 - Keterampilan Dasar Mengajar
MATERI 2 - Keterampilan Dasar Mengajar
 
Tugas seminar probelamtika
Tugas seminar probelamtikaTugas seminar probelamtika
Tugas seminar probelamtika
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 

Similar to Nota pemulihan nie

kesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docxkesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docx
WayanArtha1
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Kazirul Latif
 
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanUlin Zuliha Baharom
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
UMN AL WASHLIYAH
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
Joko Prasetiyo
 
Klp 2 dasar dasar mengajar
Klp 2 dasar dasar mengajarKlp 2 dasar dasar mengajar
Klp 2 dasar dasar mengajarIrwan Hasan
 
hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1
Tri Wijayanto
 
Penilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENI
Penilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENIPenilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENI
Penilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENIYENI ISNAENI SUNARDI
 
Slow learner
Slow learnerSlow learner
Slow learner
Nia Islamiah
 
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdfKEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
BayuSetiyo1
 
KELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptxKELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptx
TiaNafaridah1
 
diagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxdiagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docx
luthfiahkhairani
 
PPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptx
PPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptxPPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptx
PPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptx
firmanadetra
 
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptxPsikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
suryaregif1
 

Similar to Nota pemulihan nie (20)

kesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docxkesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docx
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Klp 2 dasar dasar mengajar
Klp 2 dasar dasar mengajarKlp 2 dasar dasar mengajar
Klp 2 dasar dasar mengajar
 
hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1
 
Penilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENI
Penilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENIPenilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENI
Penilaian Kemampuan Mengelola pbl.YENI ISNAENI
 
Metode pembelajaran paikem
Metode pembelajaran paikemMetode pembelajaran paikem
Metode pembelajaran paikem
 
Slow learner
Slow learnerSlow learner
Slow learner
 
Pendidikan Inklusi
Pendidikan InklusiPendidikan Inklusi
Pendidikan Inklusi
 
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdfKEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
 
KELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptxKELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptx
 
diagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxdiagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docx
 
PPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptx
PPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptxPPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptx
PPT Pembelajaran Berdiferensiasi .pptx.pdf.pptx
 
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptxPsikologi pendidikan kel 5.pptx
Psikologi pendidikan kel 5.pptx
 

Nota pemulihan nie

  • 1. Nota pemulihan nieTerdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas. Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. A.E. Tansley dan Gulliford Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa. M.F. Clough Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. Sharifah Rahmah Ali Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. Brennan (1974) Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Koh (1984) Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak
  • 2. memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu. Johnson (1963) Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya. Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana ataurencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa. Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’. SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS...  Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)  Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid belajar bersabar  Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya  Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka  Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan. CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.  Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah  Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja  Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru  Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja  Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.  Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan  Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan  Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman  Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.  Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan  Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
  • 3.  Bersikap egosentrik Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities. Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi PdP. Singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran; P&P/PnP kini telah digantikan dengan PdP ( sebut P, d, P) Definisi Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Pengenalan Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Bercerita - contoh didik hibur Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
  • 4. Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Ciri-Ciri Didik Hibur Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut: (i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. (ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. (iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. (iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. (v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p. (vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. (vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. (viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. (ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal. (x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: ( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid ( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
  • 5. (iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. (iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. (v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. (vi) Guru boleh membuat pelbagai suara. (vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. (viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. (ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak (x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel Aktiviti Didik Hibur Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu: ( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. ( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama. ( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel. ( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan. ( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. ( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid. ( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid. Penutup Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
  • 6. Artikel ini saya salin daripada portal KSSR yang ditulis oleh Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar Apa yang saya catatkan di sini adalah berkaitan dengan bidang tugas Guru Pemulihan Khas/Guru Khas Pemulihan sebelum wujudnya program LINUS pada tahun 2010. Setelah adanya program LINUS, bidang tugas guru pemulihan khas telah bertambah di mana guru pemulihan khas juga berperanan mengajar murid-murid LINUS kategori tegar ( tidak menguasai konstruk 1 dan 2). Murid- murid kategori ini adalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengenal abjad dan suku kata KV. Catatan tentang senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini berdasarkan dua sumber rujukan yang saya baca iaitu: 1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999. Terdapat sedikit perbezaan jumlah waktu mengajar seminggu bagi guru pemulihan khas jika merujuk kepada kedua-duanya. SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS Catatan senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan. 2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid 4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. 6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid - murid. Agihan waktu mengajar guru pemulihan khas adalah seperti berikut: Tahun Mata pelajaran JumlahBahasa Melayu Matematik 1
  • 7. 2 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30 minit=210 450 minit 3 8 kali x 30 minit=240 7 kali x 30 minit=210 450 minit Jumlah 480 minit 420 minit 900 minit *900 minit + 120 minit (waktu persediaan) = 1020 minit seminggu Waktu Panduan dan Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut : 1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid. 2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengemas kini rekod-rekod 4. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa. 5. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid. 6. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran. TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS Catatan ini pula adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999. A. Senarai tugas 1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3. 2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:  Mengenal pasti muri-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas  Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan.  Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan  Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan. 3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas. 4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan. 5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
  • 8. 6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan. 7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa. B. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut:  Masa untuk mengajar – 990 minit  Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul Waktu)  Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah yang berkenaan. Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:  Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid  Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran  mengemas kini rekod-rekod  Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid  Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa  Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid  Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran  Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS 1) Peranan Penilaian (Assessment Role)  Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.  Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.  Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik. 2) Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)  Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.  Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan. 3) Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)  Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.  Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
  • 9.  Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu. 4) Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)  Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.  Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran. 5) Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan:  Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan  Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek  Ibu bapa dan waris  Masyarakat  Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar. 6) Peranan Kaunseling (Counseling Role)  Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman  Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif. 7) Peranan Advokasi (Advocative Role)  Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.  Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’. Definisi Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalamiMasalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:- 1. Kebolehan Kognitif 2. Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial 3. Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan) 4. Keupayaan Membaca 5. Kemahiran Perkembagan (Development Skills) 6. Kemahiran Matematik Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti;
  • 10. 1. Sindrom Down 2. Autisme 3. Hiperaktif -ADHD 4. Terencat akal minima 5. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities) 6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus contohnya disleksia. Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran; 1. Lembam ( akibat kecacatan otak) 2. Autistik 3. Dowm Sindrom 4. Terencat Akal Ringan 5. Terencat Akal Sederhana 6. Hiper Aktif 7. Hipo Aktif 8. Cerebral Palsy 9. Emosi / Tingkah Laku 10. Pertuturan 11. Epilepsi 12. Pelbagai Kecacatan Sindrom Down Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS). Autisme Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD) Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru
  • 11. di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD. Disleksia Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik. https://www.youtube.com/watch?v=_H3FiKYp9xo Berdasarkan buku yang saya baca iaitu Kaedah dan Strategi Pengajaran kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang ditulis oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, ia menyatakan bahawa kanak-kanak lebih cenderung membaca daripada mengeja. Ini menunjukkan bahawa mengeja suku kata adalah lebih sukar berbanding membaca perkataan. Hal ini kerana ejaan adalah kaedah yang terlalu kompleks untuk dipelajari oleh kanak-kanak. Tambahan pula membaca hanya melibatkan proses menafsirkan kod dengan jalinan perkataan sedangkan mengeja adalah proses mengeluarkan k od dengan peka dan betul. EJAAN DAN MENGEJA : APAKAH MAKSUDNYA? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Ejaan ialah kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. CARA UNTUK MENGEJA Terdapat dua cara untuk mengeja iaitu; 1. Menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata atau perkataan danmembunyikan suka kata/perkataan itu. 2. Menulis huruf untuk membentuk suku kata atau perkataan. CARA MENYEBUT HURUF
  • 12. Terdapat dua cara menyebut huruf untuk menjadi suku kata dan perkataan; 1. Menyebut huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa menyebut suku kata dalam perkataan itu. Misalnya, “bola” dieja b – o – l – a. Gambaran ringkasnya ialah huruf → perkataan. 2. Menyebut huruf, diikuti dengan penyebutan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Contohnya, “bola” dieja “b” “o”, diikuti penyebutan suku kata “bo”. Seterusnya disebut pula nama huruf “l” “a”, diikuti dengan penyebutan suku kata “la”. Akhirnya disebut perkataan “bola”. Gambaran ringkasnya ialahhuruf → suku kata → perkataan. KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN EJAAN Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengajar kemahiran mengeja;  Kaedah Abjad Berdasarkan kaedah abjad, murid menyebut nama huruf. Bagi mengeja dengan abjad Rumi, cara yang kedua kerap digunakan. Hal ini kerana cara yang pertama dianggap tidak lengkap.  Kaedah Fonik dan Fonetik Ia merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain.  Kaedah Elektik Ia merupakan kaedah campuran yang menggabungkan pendekatan binaan dan cerakinan.  Kaedah Suku Kata Pengajaran dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKK. Murid akan ditekankan dengan kemahiran membatang suku kata. Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Pemulihan Khas, murid-murid pemulihan khas sering mengeja sesuatu perkataan terlebih dahulu sebelum dapat menyebut perkataan tersebut. Ia seolah- olah seperti sudah menjadi kelaziman mereka semasa membaca. Pada fikiran saya, apabila murid mengeja perkataan sebelum membaca, maksudnya murid belum lancar membaca. Saya selalu menyarankan murid-murid supaya mengeja perkataan jika perlu sahaja dan menyebut terus perkataan jika perkataan tersebut telah biasa dijumpai atau dibaca. Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
  • 13. Tulisan ini adalah sambungan daripada post sebelumnya iaitu punca-punca murid lemah mengeja. Mengeja memerlukan seseorang mengingat dan mengetahui banyak perkataan. Sekiranya arahan membaca dan mengeja diasingkan, maka kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja serentak. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja. 1. Kaedah Abjad Kaedah ini sememangnya digunakan untuk mengajar murid mengeja. Murid perlu mengenal semua abjad sebelum murid berjaya mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Contohnya : untuk mengeja "ibu", murid perlu kenal abjad "i", "b" dan "u". 2. Kaedah Fonik/Fonetik Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain. Untuk mengeja sesuatu perkataan, murid perlu membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu, kemudian membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contohnya: Perkataan bola dieja [b (beh) + o (o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua suku kata kemudian digabungkan iaitu [bo] + [la] dan ia menjadi [bola]. 3. Kaedah Elektik Kaedah elektik adalah kaedah campuran atau gabungan di antara dua pendekatan iaitu pendekatan membina dan pendekatan cerakinan. Beberapa kaedah digabungkan seperti kaedah bunyi, kaedah
  • 14. abjad dan kaedah suku kata, kaedah rangkai kata, kaedah ayat. Kaedah ini adalah mengikut prinsip psikologi membaca, maka ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan kebolehan murid untuk membaca dalam sebarang keadaan. Cara pengajaran: Huruf: Guru memperkenalkan huruf abjad berdasarkan bunyi huruf sahaja. Contonya, a - ayam, u - ular. Guru tidak boleh memperkenalkan nama huruf abjad. Suku kata: Guru mengajar suku kata menerusi perkataan. Contohnya, ba - baju, bakul, basikal, bawang. 4. Kaedah Suku Kata Kaedah ini dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKVK dan seterusnya. 5. Teknik Perisian Komputer Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan pengutipan maklumat daripada teks yang dibaca. Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh dihasilkan bukan sahaja dalan bentuk teks malah dalam bentuk visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej sebagai elemen dalam proses membaca dapat dilihat menerusi teori dwipengkodan. Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran (melalui visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Dalam teknik ini, murid diberi peluang untuk membina makna teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual. Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta Post dan Carreker (2002), murid tidak berupaya menghasilkan gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh guru menerusi galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini. 6. Mendengar Perakam Suara Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja yang dimainkan oleh pita rakaman. 7. Kaedah Multisensori Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti deria visual, deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid terutamanya murid yang mengalami masalah pembelajaran. Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid- Murid Pemulihan Khas
  • 15. Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh GPK untuk mengatasi masalah murid-murid pemulihan khas yang tidak dapat membaca dengan lancar : 1. Guru menunjukkan kad bergambar dan semua murid dikehendaki menyebut nama benda yang dilihat. 2. Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan kemudian murid-murid akan mengikut guru. 3. Murid-murid dikehendaki memadankan kad- kad perkataan dengan gambar. 4. Selepas itu, semua murid akan membaca kad- kad perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru. 5. Kemudian, murid-murid akan membaca tanpa dibimbing. 6. Setelah mahir dalam bacaan, setiap murid akan mula menulis ayat pada buku.
  • 16. Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid LINUS dan Pemulihan Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Kajian tindakan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid tahun satu (LINUS) ini boleh membantu GPK dan guru LINUS dalam menangani masalah murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan bunyi kata dengan teknik latih tubi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:  Latih tubi bacaan menggunakan kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad frasa dan kad ayat.  Latih tubi bacaan menggunakan Powerpoint.  Permainan mencantum suku kata membentuk perkataan.  Nyanyian Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan. Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.
  • 17. Aktiviti membaca lantang Apa itu bacaan lantang?  Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca  Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru  Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca  Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu  Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham  Guru berinteraksi dengan kanak-kanak Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?  Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit  Sementara menunggu aktiviti lain  Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan Apakah kepentingan membaca lantang? 1. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak 2. Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata 3. Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca 4. Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka 5. Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi
  • 18. Bagaimana pelaksanaannya? SEBELUM  Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak  Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca SEMASA  Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)  Pegang buku ke hadapan Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak  Mulakan suara dengan kuat  Pastikan murid-murid diam  Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh  Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza SELEPAS  Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi  Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas Sumber rujukan 1. http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html 2. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012
  • 19. Buku rujukan Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: Kaedah Gabungan Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
  • 20. a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya). c) Ciri-ciri yang baik daripada ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ boleh digabungkan. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara tertib biasa. Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca. Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut: 1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli. 2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. 3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su 4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
  • 21. ba..... ba.... baba bu..... bu.....bubu da..... da..... dada ku..... ku..... kuku 5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid membacanya: baba bubu dada kuku 6. Perkenalkan gabungan lain: a ..... ku..... aku a..... da..... ada i..... ni..... ini i..... tu...... itu bu..... ku..... buku ba..... ba..... baba bu..... ka..... buka ba..... ju..... baju 7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku 8. Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya.
  • 22. 9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku 10. Gantikan ‘buku’ dengan ‘baju’, ‘baju’, dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. 11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. i ... bu ..... ibu bu ... di ..... budi u ... da ..... uda budi ibu budi ibuku budi uda di ... a ..... dia ka ... ki ..... kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda 12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda
  • 23. dia kaki kuda buku uda Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. *** Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang. Aktiviti membina dan membaca ayat yg mengandungi perkataan KV+KVKK. Murid menyusun kad-kad perkataan, membaca ayat yg dibina kemudian menulisnya di papan putih. Murid kemudian membaca semua ayat yg ditulis dan menyalin ke dalam buku tulis.
  • 24. Kemahiran 31 - Membaca dan menulis ayat mudah. 1. Murid menyusun perkataan membentuk ayat yg betul. 2. Murid membaca ayat yang dibina. 3. Murid menukarkan ayat-ayat yang dibina kepada karangan pendek satu perenggan.... See More
  • 25. Perkataan Diftong dan Vokal Berganding Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Diftong: Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi. Secara lebih terperinci, Diftong ialah: 1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. 2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi. 5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. Contoh perkataan yang mengandungi diftong ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi
  • 27. Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
  • 28. Secara ringkasnya: Diftong: Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat. Kedai = ke+dai pulau = pu+lau amboi = am+boi Vokal berganding: Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata. baik = ba+ik kaum = ka+um liar = li+ar luas = lu+as Terima kasih: http://rasfarina72.blogspot.com/2014/02/diftong-vokal-berganding-digraf-dan.html http://cikgupenmerah.blogspot.com/2012/05/apa-itu-vokal-berganding-dan-diftong.html http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-dan-vokal-berganding.html