SlideShare a Scribd company logo
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
1.0Pendahuluan
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di
peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program
Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip „Menyelesaikan masalah seawal mungkin‟
supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan
menengah rendah.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat atau „terkebelakang‟ menguasai sesuatu kemahiran
berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,
mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan
pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid
tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.
1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan
2.1 Pendidikan Pemulihan
Definisi
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.Dalam konteks pendidikan bererti
sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak
betul.
Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi
keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik
darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan
diajar oleh guru pemulihan.
2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan
Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi
intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang
demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang
mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi
perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan
pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti
pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah
tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini
ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran
asas.Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan
serta merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan
Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran supaya:
i)Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran;
ii)Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka;
iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh
murid;
iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut
kebolehannya;
v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka;
vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang
memuaskan;
vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari
apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan
viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya
mengurangkan masalah keciciran.
2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan
a. Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka
b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka
c. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif
d. Menilai kejayaan program pemulihan
3.0Masalah Penguasaan Pembelajaran
Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran
adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah.Keadaan ini
berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut.
3.1Faktor-faktor Masalah Pembelajaran
Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut:
1.Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
2.Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid.
3.Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.
Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang
minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga
keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran
dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran
kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru.
a.Faktor Peribadi
Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan
masalah sosial.
b.Faktor Kurang Kecerdasan
Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental.Murid-murid yang lambat berfikir, cepat
lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan
sebagainya.Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami
masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal,
bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam
sebuah kelas khas.
c.Faktor Fizikal
Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat dengan
factor-faktor kesihatan seperti berikut:
i.Kekurangan makanan yang berzat.
ii.Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan
untuk menolong ibu bapa.
iii.Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang dan
sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti terganggu.
iv.Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran,
penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah
khas.
d.Faktor Psikologi
Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi.Murid-murid yang menghadapi
masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak
berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.
4.0Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran
Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca,
menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut:
i.Pemerhatian
ii.Pentaksiran Rekod Prestasi
iii.Profil
iv.Ujian kertas dan pensel
v.Latihan harian
vi.Soal jawab/kuiz
5.0 Pendidikan Pengayaan
Definisi Pengayaan
Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang
sedang dipelajari.
Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid
mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti
yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga
boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program
ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka,
sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.
Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih
mencabar kebolehan mereka.Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid
menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru,
program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif.
Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan
aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar
daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi
keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman,
tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid.
Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan
sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan
dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali dengan
kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan
Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang
menyatakan
„...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja
untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-
murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan melaksanakan
program pengayaan KBSR‟.
5.1 Konsep Pengayaan
Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid
akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap
berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
5.2 Rasional Pengayaan
Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan
aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas
mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk
menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. Justeru itu , murid-
murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai
aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental
mereka.
Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.Murid-murid dalam
kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah
pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang
saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan
terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak setimpal
dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi keperluan murid-
murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru menyediakan program
pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid.
Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga
harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui
program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai
pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran.
Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid
bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan,
daya cita dan bakat individusecara menyeluruh.
5.3 Objektif Pengayaan
Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid:
i.Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi
memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka.
ii.Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.
iii.Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat.
iv.Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-bagai
bahan dan sumber pengetahuan.
v.Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup.
vi.Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk menilai
sesuatu hasil kerja sendiri.
vii.Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan
dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
viii.Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka
melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan
sebagainya.
ix.Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi
sesuai dengan kemampuan mereka.
5.4 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 )
5.3 Kumpulan Sasar
Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua
murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman
pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam
menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat
dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan
jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah.
5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah
5.5 Prinsip Program Pengayaan
Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti
pengayaan.Antaranya ialah:
i.Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
ii.Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
iii.Menggunakan daya usaha sendiri.
iv.Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
v.Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.
vi.Melibatkan pembacaan luas.
5.6Aktiviti Pengayaan
Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada:
1.Bacaan ( membaca )
2.Tulisan ( menulis )
3.Kiraan ( mengira )
Program Pengayaan
ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti
pengayaan yg dirancang untuk
kumpulan mengikut kebolehan.
iii) Pengayaan secara menegak: aktiviti
pengayaan yg dirancang untuk
kumpulan pelajar yg ce
Posted byNABILAH ABD HAMIDat06:45
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku
antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu
interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang
sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan
peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur
tertentu dihuraikan seperti yang berikut:
i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh
digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua
kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan
kemahiran berbahasa membaca.Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.
ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan dan menulis.
iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan
semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang
mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan
menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
Prinsip-prinsip penggabungjalinan
• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai
• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan
• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik
• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid
Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan
1. Penggabungjalinan kemahiran
2.Penggabungjalinan bahan
3.Penggabungjalinan aktiviti
1.Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
K1: Kemahiran mendengar
K2: Kemahiran bertutur
K3: Kemahiran membaca
K4: Kemahiran menulis
Sila rujuk rajah di bawah:
2. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan
kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan.Bacaan dan kefahaman dan tulisan.
3.Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.Peracangan
harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap
pencapaian murid.
Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini
dihuraikan seperti yang berikut:
i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang
mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun,
murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:
• Mencirikan
• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
• Membuat kaitan dan perhubungan
• Membanding dan membeza
• Menyusun atur
• Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
• Membezakan fakta dengan pendapat
• Menganalisis
• Mengesan kecondongan pendapat
• Mengenal pasti sebab akibat
• Meramal
• Mensintesis
• Mengitlak
• Membuat analogi
• Membuat inferens
• Membuat kesimpulan
• Menginterpretasi, mentafsir
• Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
• Menilai
• Menjana idea
• Merumus, meringkas
• Membuat keputusan
• Menyelesaikan masalah
Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir
tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan
bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira
kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang
ada.
Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata
pelajaran lain.
KB: Kemahiran bahasa
KS: Kemahiran Pendidikan Seni
KM: Kemahiran muzik
Penilaian
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua
jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).
Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu
1. Penilaian mengesan penguasaan
2.Penilaian mengesan kemajuan
3. Penilaian mengesan pencapaian
Aktiviti Penilaian
Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:
i. Penilaian formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
secara formal dan tidak formal dengan tujuan:
• Mengesan kemajuan pelajar
• Melihat keberkesanan pengajaran guru
• Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif
pengajaran
• Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru
ii. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau
semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan
mengandungi semua aras kemahiran.
Penilaian ini bertujuan:
• Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran
• Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid
• Membuat perbandingan pencapaian antara murid
Pemulihan
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi
secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-
langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-
sekolah.Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan
ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka.Individu yang memerlukan pemulihan ialah
murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang
memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.
Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan
sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.Melalui
aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan
kreativiti.Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta
melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan.
Antaranya adalah seperti berikut:
a. Menggunakan daya usaha sendiri
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:
• Pembelajaran akses kendiri
• Kerja projek
• Bacaan tambahan
• Permainan dan rekreasi da
• Pembelajaran berbentuk komputer
Latihan
1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :
2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami.
3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain.
4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui.
5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan.
6. Apakah tujuan penilaian?
7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu?
8. Nyatakan objektif pemulihan.
9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan.
Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran.

More Related Content

What's hot

EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
Syrvison Goh
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
NorlelaAlim
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
Mokhzani Fadir
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Emma Subpei Shafie
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Little Butterfly
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
umagul
 
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
marcellacla
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
afiq ikhwan
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
gemilangfaudzi
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
NancyKuak
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
amalinajohari94
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Jamaliah Harun
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
Ñûrãzwã Šãlěh
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
أمير الشفيق
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
noorfarahanahmohdnoo
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
Arthur Jupong
 

What's hot (20)

EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
contoh rph
contoh rphcontoh rph
contoh rph
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Program khas murid orang asli
Program khas murid orang asliProgram khas murid orang asli
Program khas murid orang asli
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 

Similar to Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
Habibah Abdullah
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
Habibah Abdullah
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Alia Ayumi
 
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
PuputPamela
 
hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1
Tri Wijayanto
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
Tjoetnyak Izzatie
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Zauhari Hussein
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajar
eka noviana
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
Fathur Rozi
 
Pengurusan Murid
Pengurusan MuridPengurusan Murid
Pengurusan Murid
izyanbukhari
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan
sintaroyani
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Hon Shan Shan
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
cikli7
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nieniekay
 
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abkMakalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
AiyUis NuriEanty
 
Kode
KodeKode

Similar to Isi asgmt pemulihan dan pengayaan (20)

Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
 
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
 
Bam
BamBam
Bam
 
hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajar
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Pengurusan Murid
Pengurusan MuridPengurusan Murid
Pengurusan Murid
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nie
 
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abkMakalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan  penyebab kelainan pada abk
Makalah Penyebab terjadinya masalah belajar dan penyebab kelainan pada abk
 
Kode
KodeKode
Kode
 

Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

  • 1. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0Pendahuluan Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip „Menyelesaikan masalah seawal mungkin‟ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau „terkebelakang‟ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.
  • 2. 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan 2.1 Pendidikan Pemulihan Definisi “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.Dalam konteks pendidikan bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan.
  • 3. 2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas.Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. 2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya: i)Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran; ii)Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka; iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh murid; iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut kebolehannya;
  • 4. v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka; vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan; vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran. 2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan a. Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka c. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif d. Menilai kejayaan program pemulihan 3.0Masalah Penguasaan Pembelajaran Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah.Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut. 3.1Faktor-faktor Masalah Pembelajaran Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut: 1.Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 5. 2.Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid. 3.Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid. Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru. a.Faktor Peribadi Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan masalah sosial. b.Faktor Kurang Kecerdasan Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental.Murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam sebuah kelas khas. c.Faktor Fizikal Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat dengan factor-faktor kesihatan seperti berikut: i.Kekurangan makanan yang berzat.
  • 6. ii.Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan untuk menolong ibu bapa. iii.Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang dan sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti terganggu. iv.Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah khas. d.Faktor Psikologi Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi.Murid-murid yang menghadapi masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya. 4.0Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut: i.Pemerhatian ii.Pentaksiran Rekod Prestasi iii.Profil iv.Ujian kertas dan pensel v.Latihan harian vi.Soal jawab/kuiz
  • 7. 5.0 Pendidikan Pengayaan Definisi Pengayaan Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka.Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai. Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata. Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid.
  • 8. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang menyatakan „...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid- murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan melaksanakan program pengayaan KBSR‟. 5.1 Konsep Pengayaan Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. 5.2 Rasional Pengayaan Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk
  • 9. menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. Justeru itu , murid- murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental mereka. Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi keperluan murid- murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid. Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cita dan bakat individusecara menyeluruh. 5.3 Objektif Pengayaan Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid:
  • 10. i.Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. ii.Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. iii.Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat. iv.Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-bagai bahan dan sumber pengetahuan. v.Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. vi.Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. vii.Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. viii.Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. ix.Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. 5.4 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 ) 5.3 Kumpulan Sasar Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam
  • 11. menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah. 5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah 5.5 Prinsip Program Pengayaan Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti pengayaan.Antaranya ialah: i.Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. ii.Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. iii.Menggunakan daya usaha sendiri. iv.Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial. v.Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah. vi.Melibatkan pembacaan luas. 5.6Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada: 1.Bacaan ( membaca ) 2.Tulisan ( menulis ) 3.Kiraan ( mengira ) Program Pengayaan ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan. iii) Pengayaan secara menegak: aktiviti pengayaan yg dirancang untuk kumpulan pelajar yg ce Posted byNABILAH ABD HAMIDat06:45
  • 12. Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca.Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis. iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan. Prinsip-prinsip penggabungjalinan • Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai • Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan • Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik • Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan 1. Penggabungjalinan kemahiran 2.Penggabungjalinan bahan 3.Penggabungjalinan aktiviti 1.Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengar K2: Kemahiran bertutur K3: Kemahiran membaca K4: Kemahiran menulis
  • 13. Sila rujuk rajah di bawah: 2. Penggabungjalinan Aktiviti Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan.Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 3.Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut: i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural. iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut: • Mencirikan • Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan • Membuat kaitan dan perhubungan • Membanding dan membeza • Menyusun atur • Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu • Membezakan fakta dengan pendapat • Menganalisis • Mengesan kecondongan pendapat • Mengenal pasti sebab akibat • Meramal • Mensintesis • Mengitlak • Membuat analogi
  • 14. • Membuat inferens • Membuat kesimpulan • Menginterpretasi, mentafsir • Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan • Menilai • Menjana idea • Merumus, meringkas • Membuat keputusan • Menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. KB: Kemahiran bahasa KS: Kemahiran Pendidikan Seni KM: Kemahiran muzik Penilaian Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian). Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu 1. Penilaian mengesan penguasaan 2.Penilaian mengesan kemajuan 3. Penilaian mengesan pencapaian Aktiviti Penilaian
  • 15. Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: i. Penilaian formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan: • Mengesan kemajuan pelajar • Melihat keberkesanan pengajaran guru • Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran • Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru ii. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan: • Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran • Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid • Membuat perbandingan pencapaian antara murid Pemulihan Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah- langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah- sekolah.Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka.Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Pengayaan Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti.Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut: a. Menggunakan daya usaha sendiri
  • 16. b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah: • Pembelajaran akses kendiri • Kerja projek • Bacaan tambahan • Permainan dan rekreasi da • Pembelajaran berbentuk komputer Latihan 1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut : 2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami. 3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain. 4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui. 5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan. 6. Apakah tujuan penilaian? 7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu? 8. Nyatakan objektif pemulihan. 9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran.