Rimbasadewo experience journal (re'j) vol.1 Mata Pelajaran Sains dalam Pandan...ZainulHasan13
Â
Mata Pelajaran Sains dalam Pandangan Siswa Madrasah Tsanawiyah
Rimbasadewo
Pushakarsa Journal & Article
rimbasadewo@gmail.com
Abstrak: Sains adalah salah satu mata pelajaran yang diajarkan pada jenjang sekolah tingkat dasar hingga atas. Stigma siswa dalam pembelajaran sains berbeda-beda, begitupun pandangan siswa dengan mata pelajaran lainnya. Sains dianggap salah satu pelajaran sulit yang masih ada hubungannya dengan kemampuan berhitung atau konsep matematika di dalammnya. Pada tingkat MTs atau SMP sains diajarkan dalam bentuk IPA terpadu yang di dalamnya terdapat bidang biologi, fisika, dan kimia. Walaupun madrasah Tsanawiyah dan SMP memiliki level atau tingkatan yang sama, madrasah lebih dianggap condong ke pelajaran agama ditambah lagi MTS yang diteliti berada dalam lingkup pondok pesantren. Tujuan orang tua sebagian besar menyekolahkan putra-putrinya di lingkungan pesantren adalah untuk mendapatkan kemampuan lebih di bidang agama. Dari segi kurikulum tentu pada sekolah madrasah diseimbangkan antara materi agama dan materi umum. Berdasarkan profil dan lingkungan madrasah maka sangat menarik untuk mengetahui sudut pandang siswa dalam pelajaran sains. Hasil observasi dan pengamatan menunjukkan pelajaran sains masih dianggap pelajaran yang sulit yang menjadi alasan siswa kurang meminati pelajaran ini. Peran sekolah dan pendidik dibutuhkan untuk meningkatkan motivasi dan memperluas pandangan siswa tentang pelajaran sains. Pendekatan secara emosional serta pemetaan siswa sangat penting dilakukan untuk menentukan metode proses belajar mengajar dilaksanakan.
Kata kunci: Sains, Madrasah Tsanawiyah, Pandangan dan Minat Siswa, Motivasi.
Rimbasadewo experience journal (re'j) vol.1 Mata Pelajaran Sains dalam Pandan...ZainulHasan13
Â
Mata Pelajaran Sains dalam Pandangan Siswa Madrasah Tsanawiyah
Rimbasadewo
Pushakarsa Journal & Article
rimbasadewo@gmail.com
Abstrak: Sains adalah salah satu mata pelajaran yang diajarkan pada jenjang sekolah tingkat dasar hingga atas. Stigma siswa dalam pembelajaran sains berbeda-beda, begitupun pandangan siswa dengan mata pelajaran lainnya. Sains dianggap salah satu pelajaran sulit yang masih ada hubungannya dengan kemampuan berhitung atau konsep matematika di dalammnya. Pada tingkat MTs atau SMP sains diajarkan dalam bentuk IPA terpadu yang di dalamnya terdapat bidang biologi, fisika, dan kimia. Walaupun madrasah Tsanawiyah dan SMP memiliki level atau tingkatan yang sama, madrasah lebih dianggap condong ke pelajaran agama ditambah lagi MTS yang diteliti berada dalam lingkup pondok pesantren. Tujuan orang tua sebagian besar menyekolahkan putra-putrinya di lingkungan pesantren adalah untuk mendapatkan kemampuan lebih di bidang agama. Dari segi kurikulum tentu pada sekolah madrasah diseimbangkan antara materi agama dan materi umum. Berdasarkan profil dan lingkungan madrasah maka sangat menarik untuk mengetahui sudut pandang siswa dalam pelajaran sains. Hasil observasi dan pengamatan menunjukkan pelajaran sains masih dianggap pelajaran yang sulit yang menjadi alasan siswa kurang meminati pelajaran ini. Peran sekolah dan pendidik dibutuhkan untuk meningkatkan motivasi dan memperluas pandangan siswa tentang pelajaran sains. Pendekatan secara emosional serta pemetaan siswa sangat penting dilakukan untuk menentukan metode proses belajar mengajar dilaksanakan.
Kata kunci: Sains, Madrasah Tsanawiyah, Pandangan dan Minat Siswa, Motivasi.
Buku Panduan Guru IPA kelas 7 kurikulum 2013gustini12linda
Â
Merupakan buku panduan guru IPASMP kelas 7 dalam melaksanakan PBM kurikulum 2013, Pendekatan dan metode pembelajaran IPA, Keterampilan proses, Pembiasaan sikap, Penilaian dalam pembelajaran IPA, Penilaian Unjuk Kerja, Penilaian Produk, Penilaian Sikap
Sebagai salah satu pertanggungjawab pembangunan manusia di Jawa Timur, dalam bentuk layanan pendidikan yang bermutu dan berkeadilan, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Timur terus berupaya untuk meningkatkan kualitas pendidikan masyarakat. Untuk mempercepat pencapaian sasaran pembangunan pendidikan, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Timur telah melakukan banyak terobosan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesinambungan. Salah satunya adalah Penerimaan Peserta Didik Baru (PPDB) jenjang Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Kejuruan, dan Sekolah Luar Biasa Provinsi Jawa Timur tahun ajaran 2024/2025 yang dilaksanakan secara objektif, transparan, akuntabel, dan tanpa diskriminasi.
Pelaksanaan PPDB Jawa Timur tahun 2024 berpedoman pada Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan RI Nomor 1 Tahun 2021 tentang Penerimaan Peserta Didik Baru, Keputusan Sekretaris Jenderal Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi nomor 47/M/2023 tentang Pedoman Pelaksanaan Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nomor 1 Tahun 2021 tentang Penerimaan Peserta Didik Baru pada Taman Kanak-Kanak, Sekolah Dasar, Sekolah Menengah Pertama, Sekolah Menengah Atas, dan Sekolah Menengah Kejuruan, dan Peraturan Gubernur Jawa Timur Nomor 15 Tahun 2022 tentang Pedoman Pelaksanaan Penerimaan Peserta Didik Baru pada Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Kejuruan dan Sekolah Luar Biasa. Secara umum PPDB dilaksanakan secara online dan beberapa satuan pendidikan secara offline. Hal ini bertujuan untuk mempermudah peserta didik, orang tua, masyarakat untuk mendaftar dan memantau hasil PPDB.
1. Significance
Utility
Validity
Learnability
Feasibility
Scope, Integration, Sequence, Continuity, Articulation.
Dimensi Kurikulum
Rajah 1 : Conceptual Framework : Horizontal And Vertical Organization
Kurikulum yang saya pilih adalah Subjek Sains tahap 2 iaitu, subjek sains untuk pelajar tahun
4, tahun 5 dan tahun 6. Berdasarkan falsafah pendidikan Sains yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi
dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas
dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Hubungan
menegak contohnya : hubungan antara mata pelajaran sains tahun 5 dan sains tahun 6.
Hubungan mendaftar contohnya: hubungan antara mata pelajaran sains dan mata pelajaran
matematik dalam tahun 5.
Menegak
Signifikan :Kandungan perlulah releven dan signifikan. Iaitu kandungan pembelajaran perlulah
mencerminkan budaya, sosial dan teknologi yang sering berubah dari semasa ke semasa. Di
sebabkan zaman informasi kini. Kandungan merupakan sesuatu yang sangat penting dan
signifikan termasuklah Standard Kurikulum Sains sekolah yang rendah bertujuan untuk
menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid
melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik
dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi
dalam kehidupan harian. Pusat Pembangunan Kurikulum (2002).
Berguna /Utility : Kandungan perlulah beguna, berguna demi kepentingan pelajar dan
masyarakat. Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap
sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,
murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian
untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya
sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.
2. Sahih/ Validity : Sudah semestinya isi kandungan pendidikan perlu memiliki nilai kesahihan
atau tidak sahih. Bermaksud sesuatu perkara yang benar perlulah di jelaskan tentang
kebenaranya manakala perkara yang salah di jelaskan rasional kesalahanya. Sudah semestinya
subjek sains sekolah rendah ini memiliki validitinya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana
sains itu sendiri memerlukan bukti.
Boleh Di Pelajari/ Learnability : Isi kandungan yang dipilih perlulah seiring dengan peringkat
perkembangan pelajar. Konsep yang terlampau sukar atau atau di luar genggaman pelajar hanya
akan memberi sedikit kesan kepada pelajar. Situasi ini selaras dengan turutan. Bermaksud tahap
kesukaran isi kandungan perlu seiring dengan perkembangan kongnitif pelajar. Contonya. Dalam
subjek sains untuk tahap dua ini dari tahun empat hingga tahun 6 pelajar akan belajar tajuk yang
sama iaitu menyiasat alam kehidupan. Pada tahun 4 pelajar hanya akan belajar serba sedikit
tentang alam kehidupan seperti organ pernafasan manusia, apabila pelajar tersebut masuk ke
tahun 5 mereka akan tetap mempelajari tema yang sama iaitu menyiasat alam kehidupan tetapi
pelajar akan mempelajari ilmu alam kehidupan yang lebih mendalam lagi seperti kemandirian
hiduapan dan interaksi antara benda hidup.
Kebolehlaksanaan. / Feasibility : Kebolehlaksanaan amat menitik beratkan soal sumber
( manusia, fizikal dan kewangan), takwim sekolah, undang –undang dan peraturan, sokongan
ibu-bapa dan masyarakat serta masa yang diperuntukkan untuk mengajar sesuatu kandungan
pendidikan. Sudah semestinya kebolehlaksanan perlu dalam penerapan kurikulum sains.
Contohya di setiap sekolah disediakan makmal-makmal sains untuk kegunaan pelajar dan guru
menjalankan kajian atau eksperiment. Turut kementerian sediakan pembantu makmal demi
memudahkan tugas guru dan pelajar. Selain daripada itu juga, kerajaan juga telah
memperuntukkan satu jumlah yang besar untuk setiap sekolah di Malaysia agar dapat digunakan
unutuk tujuan memperkukuhkan lagi penguasan pelajar terhadap subjek sains.
Mendatar
Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka bentuk kurikulum merupakan satu penyataan
yang menunjukkan perkaitan antara komponen-komponen sesebuah kurikulum. Ketika usaha
mendapatkan penyataan itu pereka bentuk kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum dengan
mengambil kira beberapa dimensi kurikulum; skop; penyepaduan; urutan dan kesinambungan
dan keseimbangan. (Ornstein dan Hankins 2004)
Skop /Scope
Ketika mereka bentuk sesebuah kurikulum, seseorang itu harus mengambil kira tentang keluasan
dan kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan skop. J.
Galen Saylor mendefinisikan skop sebagai keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman
pembelajaran yang disediakan untuk pelajar alami ketika mereka mengikuti program pendidikan
di sekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui program ini?. Apakah
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya disediakan?. Sejauhmana komponen-komponen
3. (isi kandungan dan aktiviti) ini harus dirancangkan?. Kandungan pendidikan sains merujuk pada
apa yang perlu diajar dan disediakan dalam sukatan pelajaran dan huraian spesifikasi kurikulum
sains. Matapelajaran Sains adalah disusun mengikut pendekatan bertema dan berasaskan pada
keperluan pelajar, masyarakat dan sejagat. Setiap tema terdiri daripada beberapa bidang
pembelajaran yang terdiri daripada beberapa objektif pembelajaran. Setiap objektif pembelajaran
mengandungi satu atau lebih hasil pembelajaran.
Subjek sains tahap 2 mengandungi tema berikut:
• Pengenalan kepada Sains
• Sains Hayat
• Sains Fizikal
• Sains Bahan
• Bumi dan Sains Angkasa
• Teknologi dan Kehidupan Lestari
Penyepaduan /Intergration Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di
antara isi kandungan daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang lain.
Dengan kata lain, penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di antara pelbagai topik dan
tema. Jika idea dan konsep digunakan sebagai asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan,
penyepaduan dapat dicapai dengan menunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan
merentas subjek atau kurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan juga merujuk
kepada kaitan isi kandungan dengan pengalaman dan aktiviti pembelajaran pelajar agar
keperluan pelajar dapat dipenuhi. Kemahiran yang digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain
dalam tahun yang sama. Hilda Taba ( 1962 ) Kurikulum sains di perkenalkan untuk memupuk
pelajar menjadi manusia yang teliti dan mematuhi arahan melalui exsperiment yang dijalankan.
Selain daripada itu juga subjek sains juga merupakan asas kepada subjek saian tulin seperti
subjek biologi, kimia dan fizik. Hal ini demikian kerana asas-asas tersebut yang akan digunakan
kelak, contohnya melalui proses photosintesi yang di pelajari di sekolah rendah akan dibawa ke
sekolah menengah melalui subjek biologi untuk menetahui tentang Xylem dan Pheolem. Tidak
dapat dinafikan juga bahawa subjek sains dapat membantu pelajar dalam subjek seperti
matematik. Hal ini demikian kerana di dalam subjek sains pelajar perlu mempelajari beberapa
formula yang berkaitan dengan matematik contohya formula mengira kelajuan dan formula isi
padu.
4. Urutan/ Sequence
Membina pengalaman baru berasaskan pengalaman yang sedia ada secara berperingkat-
peringkat. Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum, pereka bentuk kurikulum perlu
mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum secara berkesan agar dapat mewujudkan
pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam kalangan pelajar atau apa yang dikenali
sebagai perkaitan “vertical” di antara bidang-bidang dalam sesebuah kurikulum. Bidang-bidang
yang dimaksudkan di sini merangkumi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran dan juga proses
yang diperlukan bagi memperoleh isi kandungan tersebut. Ini bermakna isi kandungan,
kemahiran dan proses perlu diorganisasikan secara berkesan agar organisasi itu dapat
mengujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam kalangan pelajar. Lazimnya
ketika mengorganisasikan isi kandungan, proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum,
seseorang pereka bentuk itu akan mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip psikologi
yang diambil daripada kefahaman tentang bagaimana manusia berkembang dan belajar.
Kurikulum sains di Malaysia telah disusun dengan sebaiknya oleh pihak kementerian sama ada
dari segi:
Simple To Complex : Menyatakan maksud buruj Mengenal pasti buruj biduk ,belatik
dan scorpio Menyatakan kegunaan buruj
Spiral: Tajuk : Menyiasat Alam Bahan
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Memahami sifat-sifat bahan
seperti kayu, daun, kapas,
buku dan sebagainya.
Menyatakan keadaan bahan
sama ada cecair, gas atau
pepejal.
Memahami kesan pembuangan
bahan buangan keatas alam
sekitar
Prerequisite: Sebelum pelajar boleh mempelajari tentang rantaian makanan terlebih dahulu
sebelum mempelajari tentang herbivor, karnivor dan omnivor.
Whole To Part Learning: Dalam tajuk menyiasat bumi dan alam semester pelajar perlu tahun
bahawa terdapat 8 planet di ruang angkasa seperti Bumi, Marikh dan Zuhal sebelum
mengetahui struktur dan rupa bentuk setiap planet.
Chronological Learning: Dalam eksperiment pengaratan melalui tajuk menyiasat alam bahan
tahun 5. Pelajar perlu melakukan eksperiment yang mengambil masa tiga hari intuk dijalankan.
Pelajar perlu mencatat perubahan yang berlaku pada paku yang di rendam dari hari pertama
hingga hari ketiga sebelum membuat kesimpulan tentang tajuk tersebut.
Kesinambunngan/Continuity
5. Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangan komponen-komponen
kurikulum secara vertical. Ini bermaksud kesinambungan kurikulum menerangkan tentang
pengulangan idea dan kemahiran-kemahiran utama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum
sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar secara meluas dan mendalam dalam masa yang
ditentukan. Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam kurikulum spiral yang dianjurkan
oleh Bruner. Konsep kurikulum spiral ini bukan sahaja menekankan perkaitan secara vertical
malah perkaitan secara horizontal juga ia itu yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum.
Jika seseorang pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara topik dalam sesuatu mata
pelajaran atau sesuatu bidang ilmu itu, ia dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika pendidik itu
ingin memperbaiki perkaitan antara mata pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan sebagai
perkaitan secara horizontal. Dalam kurikulum sains dari tahun empat hingga enam pelajar di ajar
tentang kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelas, mengukur dan membuat inference.
Bahkan sehingga tingkatan 5 pun pelajar perlu sentiasa mengaplikasikan kemahiran tersebut.
Oleh itu peranan para guru untuk memupuk kemahiran tersebut dalam diri pelajar sama ada
mereka berada pada tahun 4, tahun 5 atau tahun 6.
Seimbang/ Articulation ialah kurikulum yang menyediakan pelajar peluang untuk menguasai
ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai untuk perkembangan diri, sosial dan
intelektualnya. Oleh kerana kurikulum boleh dilihat daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu
sama ada daripada bingkai rujukan mata pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai,
komponen-komponen kurikulum yang perlu diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan
dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka bentuk itu, kesemua komponen kurikulumnya
mestilah seimbang. Kurikukum sains sudah semestinya mempunyai keseimbangan dengan
subjek lain seperti Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Contohnya,
Rujukan
6. Ornstein, A. C., & Hunkins, F. (2004). Curriculum foundations: Principles and theory (4th ed).
Boston: Allyn and Bacon.
Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.
Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian
Pelajaran Malaysia
Tyler, R. W. (1949). Basic Principles Of Curriculum And Instruction. Chicago, IL: University of
Chicago Press.
7. Ornstein, A. C., & Hunkins, F. (2004). Curriculum foundations: Principles and theory (4th ed).
Boston: Allyn and Bacon.
Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.
Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian
Pelajaran Malaysia
Tyler, R. W. (1949). Basic Principles Of Curriculum And Instruction. Chicago, IL: University of
Chicago Press.