2. PENGENALAN
• Unit ini mendedahkan Doktor Muda
mengenai pemakanan sihat bagi
menjaga kesihatan dan mengekalkan
berat badan unggul.
3. Objektif
Dr. Muda dapat :
1. Menyatakan konsep makanan sihat serta
kepentingannya berdasarkan piramid
makanan.
2. Menyatakan amalan makan secara sihat.
3. Menyatakan masalah-masalah
kekurangan zat makanan tertentu.
4. Menyatakan keburukan snek yang tidak
sihat.
4. ISI PENTING
1. Makanan sihat berdasarkan
Piramid Makanan.
2. Amalan makan secara sihat.
3. Masalah kekurangan zat makanan
tertentu.
4. Keburukan snek tidak sihat.
5. AKTIVITI PENGAJARAN 1 :
• Kenalpasti makanan yang diambil sihat atau
tidak.
• Makanan ringan atau tidak.
• Klasifikasi kumpulan makanan yang diambil.
14. -
Nasi, mee, roti, bijirin lain dan produk bijirin dan ubi
MAKAN LEBIH BANYAK
Buah-buahan dan
sayuran
MAKAN BANYAK
Ikan, ayam itik,
daging dan kekacang
MAKAN DENGAN
SEDERHANA
Susu & produk tenusu
Lemak, minyak, gula dan
garam
MAKAN SEDIKIT SAHAJA
16. PROTEIN
Fungsi :
• Membina sel-sel dalam tubuh.
• Pembentukan sel darah merah.
• Pertumbuhan gigi dan tulang.
Sumber :
Ikan, ayam, itik, daging, kekacang, tempe,
telur, susu, keju, yogurt, dadih
17. Fungsi Vitamin & Mineral :
Menjauhkan penyakit.
Fungsi Serat :
Melawaskan saluran najis.
Mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir.
Mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes
dan beberapa jenis kanser.
Sumber :
Sayur-sayuran, buah-buahan,
kekacang
VITAMIN, MINERAL & SERAT
18. Tidak ada satu jenis makanan yang dapat
membekalkan semua zat makanan yang kita
perlukan.
Pilihlah makanan harian daripada gabungan
makanan yang berasaskan piramid
makanan.
Makanlah secara teratur.
Makan pelbagai jenis makanan:
19. Imbangkan makanan yang dimakan
dengan aktiviti fizikal:
Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan
keperluan makanan kita.
Kekalkan berat badan unggul.
Jika berlebihan berat badan, tingkatkan
aktiviti fizikal dan kurangkan pengambilan
makanan.
20. Pilih makanan yang banyak mengandungi
bijirin dan kekacang:
Sumber tenaga yang utama haruslah diambil
berasaskan bijirin. Seboleh-bolehnya, pilihlah
bijirin penuh.
Kacang kering dan kekacang adalah sumber
serat dan protein yang baik.
21. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-
sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
sumber vitamin, mineral dan serat yang baik.
Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu
dimakan pada setiap kali makan.
22. Pilih makanan yang rendah lemak dan
kolesterol.
Kurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Pilih makanan yang mengandungi rendah
lemak.
Pilih makanan yang rendah kolestrol.
23. Pilih makanan yang mengandungi kurang gula dan
garam.
Kurangkan makan makanan segera dan diproses.
Makanlah makanan daripada bahan semula jadi atau
yang disediakan segar.
Gunakan garam dan gula secara sederhana.
Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi
banyak garam, gula dan monosodium glutamat (MSG).
Kurangkan penggunaan perencah yang tinggi
kandungan garam dan natrium dalam masakan.
24. Banyakkan minum air kosong
Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas
sehari.
Kurangkan minum minuman manis dan
berkarbonat.
25. Makanlah makanan yang bersih dan
selamat.
Pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
Makan hanya di premis yang bersih.
Amalkan cara penyediaan, penyimpanan
dan penyajian makanan yang bersih.
27. Zat Makanan Sumber Makanan Kesan Kekurangan
Iodin Makanan laut seperti ikan
dan kerang.
• Goiter (Beguk)
Zat besi Hati, buah pinggang,
daging dan telur.
• Anemia (pucat
atau kurang darah)
Kalsium Susu, keju, ikan sardin dan
ikan bilis.
• Osteoporosis
(tulang rapuh atau
mudah patah)
Vitamin A Hati, ikan, hasil tenusu,
telur, mentega, margerin
dan sayur-sayuran
berdaun kuning dan
berdaun hijau tua.
• Rabun malam
• Kerosakan pada
selaput mata
(kornea)
• Kebutaan
28. Zat Makanan Sumber Makanan Kesan Kekurangan
Vitamin B Roti, bijirin, ubi kentang,
sayuran, kekacang dan hati.
• Gangguan sistem
saraf
• Kurang selera
makan
• Gementar
Vitamin C Betik, nenas, jambu batu,
limau, mangga, sayuran.
• Skurvi (penyakit
gusi
Vitamin D Minyak ikan, hati, telur, hasil
tenusu dan sinar matahari
yang mengandungi
ultraviolet.
• Pembentukan gigi
kurang kuat
• Pembesaran
tulang terhalang
Vitamin K Hati, sayuran berdaun hijau,
keju, mentega dan daging.
• Darah lambat beku
• Pendarahan dalam
badan
30. Snek adalah makanan ringan yang diambil di
antara waktu makan utama. Contoh-contoh
snek: buah-buahan, biskut, kuih-muih,
keropok, gula-gula, asam atau jeruk, coklat
dan minuman botol atau tin.
31. Snek yang sihat adalah makanan ringan yang tidak
tinggi kandungan gula serta garam seperti buah-buahan
dan biskut kraker.
Snek yang tidak sihat adalah
makanan ringan yang tinggi
kandungan gula dan garam. Ianya
tidak berfaedah untuk kesihatan dan
mempunyai banyak bahan perasa
seperti gula-gula, coklat dan asam
atau jeruk.
32. Keburukan snek tidak sihat adalah:
• Kandungan gula yang banyak boleh
menyebabkan kerosakan gigi.
• Kandungan garam yang banyak boleh
menyebabkan penyakit buah pinggang.
• Zat makanan yang tidak seimbang atau tidak
berzat.
• Mengurangkan selera makan.
• Menyebabkan dahaga.