Media udara dan air digunakan untuk menyerap haba dalam pemeluwap. Terdapat tiga jenis pemeluwap: pemeluwap sejuk udara yang menggunakan udara sebagai media, pemeluwap sejuk air yang menggunakan air, dan pemeluwap evaporatif. Pemeluwap sejuk udara boleh menggunakan kipas untuk meningkatkan pemindahan haba, manakala pemeluwap sejuk air wujud dalam bentuk tiub dalam tiub, gelung dalam
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
JENIS PEMELUWAP
1. MEDIA DAN JENIS-JENIS PEMELUWAP
• Udara dan air digunakan sebagai media untuk
menyerap haba dari penyejuk semasa
dipemeluwap.
• Udara dan air digunakan kerana ia murah dan
mudah diperolehi
3. PEMELUWAP SEJUK UDARA
• Media penyerapan haba ialah udara lalu
pemeluwap ini dinamakan pemeluwap sejuk
udara.
• Terbahagi kepada dua :
i. Tidak menggunakan kipas
ii. Menggunakan kipas
4. PEMELUWAP SEJUK UDARA
• Pemeluwap yang tidak menggunakan kipas
bergantung pada luasnya kawasan sentuhan udara
dan tiub bagi proses pemindahan habanya.
• Tetapi mestilah berhati-hati semasa membentuknya
supaya kos bahan yang digunakan tidak terlalu
mahal.
• Kos bahan dan saiz pemeluwap mestilah seimbang.
• Pemeluwap sejuk udara ini boleh didapati dalam tiga
bentuk iaitu:
5. i) Tiub kuprum atau besi keluli sering digunakan.
Kawasan sentuhan bagi proses pemindahan haba cuma
tiub itu sahaja
6. ii) Kawasan sentuhan telah ditambah dengan adanya
jaringan-jaringan yang diperbuat daripada rod besi
keluli
8. PEMELUWAP SEJUK UDARA YANG
MENGGUNAKAN KIPAS
• Keupayaan pemeluwap boleh ditambah dengan
menyembur udara ke permukaan pemeluwap.
• Kipas digunakan dan sirip dilengkapkan pada
gelung pemeluwap (Rajah 1) agar udara dapat
diarahkan tepat ke permukaan pemeluwap.
• Kipas jenis pendorong (Rajah 2) dan empar
digunakan.
• Pemilihan kipas tersebut bergantung pada
beberapa faktor seperti rintangan udara, takat
bising, keluasan tempat dan sebagainya.
11. i) Tiub dalam tiub
• Pengaliran air dalam pemeluwap sejuk air tiub
dalam tiub ada dua cara.
• Rajah 3 menunjukkan pengaliran selari di
mana air dan penyejuk bermula dari atas lalu
mengalir ke bawah.
• Pengaliran kedua ialah pengaliran
bertentangan.
• Pengaliran bertentangan pula penyejuk yang
sebelah luar mengalir ke bawah dan air yang
di dalam mengalir dari bawah ke atas.
12. i) Tiub dalam tiub
• Tujuan penyejuk disalurkan di sebelah luar
tiub ialah supaya penyejuk itu boleh
disejukkan oleh udara sekeliling dan juga air
yang mengalir dalam tiub tengah.
• Proses pemindahan haba bagi pengaliran
bertentangan adalah lebih berkesan dari
pengaliran selari.
• Disebabkan terdapatnya beberapa lengkungan
dan sambungan maka pemeluwap sejuk air
tiub dalam tiub ini mudah berlaku kebocoran.
13. i) Tiub dalam tiub
• Ianya boleh dibentuk berbagai cara dan rupa.
• Lengkungan dan sambungan mestilah
dikurangkan untuk mengelak kejatuhan
tekanan.
• Pemeluwap tiub dalam tiub memerlukan
sebuah penerima yang berasingan untuk
menyimpan penyejuk yang mengalir dari
pemeluwap.
14. i) Tiub dalam tiub
• Saluran di antara pemeluwap dan penerima
dibesarkan sedikit agar:
i. Penyejuk boleh mengalir dengan bebas dari
pemeluwap ke penerima
ii. Wap penyejuk di penerima dapat mengalir balik
ke pemeluwap dan ia akan disejukkan dan
bertukar bentuk ke cecair.
18. ii) Gelung dalam sangkar
• Digunakan dengan meluas pada sistem
penyejukkan yang kecil.
• Bentuknya yang padat dan mempunyai dua
tugas iaitu sebagai pemeluwap dan penerima.
• Air akan mengalir di dalam tiub yang
bengkang-bengkok di dalam sangkar dan
penyejuk akan mengisikan tempat diluar tiub
tersebut.
• Pada setengahnya unit sirip dilengkapkan.
19. ii) Gelung dalam sangkar
• Proses pemindahan haba bagi pemeluwap ini
adalah yang terbaik sekali dibandingkan
dengan pemeluwap sejuk air yang lain.
• Keburukkannya, ia perlu dicuci selalu dengan
bahan kimia dan jika berlaku kebocoran ia
sangat rumit hendak dibaiki.
22. iii) Tiub dalam sangkar
• Skru digunakan untuk memegang kepala
pemeluwap tiub dalam sangkar pada
badannya.
• Air akan mengalir di dalam tiub-tiub tersebut
dan penyejuk akan mengisi ruang di antara
tiub dan sangkar.
• Tiub yang berisi air lama-kelamaan akan
menjadi kotor disebabkan bahan-bahan yang
tidak diingini ikut masuk bersama air.
23. iii) Tiub dalam sangkar
• Untuk mendapatkan proses pemindahan yang
baik daki pada tiub itu mesti dicuci.
• Untuk mencucinya, cuma tanggalkan skru dan
pisahkan kepala dari badan.
• Jadi tiub-tiub dapat dicuci dengan
menggunakan rotan di mana dihujungnya
diikat dengan kain buruk lalu disorong dan
tarik.
24. iii) Tiub dalam sangkar
• Ini adalah satu kebaikkan bagi pemeluwap sejuk
air tiub dalam sangkar dan juga air mengalir lebih
daripada sekali di dalam sangkar.
• Jika daki pada tiub terlalu tebal bahan kimia
boleh digunakan untuk menyuci daki tersebut.
• Semasa proses penyucian dijalankan ia tidak
mengganggu langsung saluran penyejuk.
• Kosnya yang murah, mudah pula menjaganya
menjadikan pemeluwap sejuk air tiub dalam
sangkar ini digunakan dengan meluas sekali.