2. Evaporator
IKML 2
TAJUK : PENYEJAT (EVAPORATOR)
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih tentang
penyejat iaitu salah satu daripada komponen yang utama di dalam sistem penyaman
udara. Diharap para pelatih akan dapat memahami tajuk yang diterangkan dan boleh
membuat latihan amali bila perlu.
PENERANGAN :
Penyejat adalah satu daripada komponen dalam sistem peyejukan dan
penyamanan udara yang berfungsi sebagai peyerap haba. Cecair bahan pendingin di
dalam peyejat akan bertukar kepada gas selepas haba diserap. Dalam keadaan sejuk
(tekanan dan suhu rendah ) penyejat akan menyerap haba yang panas di sekelilingnya.
Banyak terdapat nama - nama lain bagi penyejat seperti gelung penyejat, unit
penyejuk , gelung pembeku dan penyejuk cecair..
Prinsip Kerja Penyejat
Fungsi atau prinsip kerja ialah untuk menyerap haba di dalam ruang , kabinet atau
tempat yang hendak disejukkan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair yang
mempunyai suhu dan tekanan rendah akan berupaya untuk menarik haba yang panas
ke linkaran penyejat. Selepas menyerap haba cecair yang dingin akan bertukar bentuk
kepada gas dingin dan seterusnya masuk ke dalam pemampat untuk dimampatkan
JENIS - JENIS PENYEJAT.
Jenis -jenis penyejat terbahagi kepada dua kategori.
(a) Penyejat jenis pengembangan kering.( Dry Evaporator/Direct Expansion
Evap.)
(b) Penyejat jenis banjir. ( Flooded Evaporator ).
(a) Penyejat Jenis Pengembangan Kering.
Alat kawalan kemasukan bahan pendingin ( peranti permeteraan ) dalam penyejat
jenis ini hanya membenarkan cecair bahan pendingin yang diperlukan sahaja untuk
menyerap haba (terpeluwap ) di dalam lingkaran penyejat. Bahan
3. Evaporator
IKML 3
pendingin ini akan masuk melalui satu hujung penyejat dan keluar melalui hujung
yang lain , di dalam lingkaran yang sama. Kesemua bahan pendingin yang keluar
melalui hujung yang lain, di dalam lingkaran yang sama. Kesemua bahan pendingin
yang meninggalkan lingkaran penyejat dalam bentuKgas yang kering. Kadar
banyaknya cecair bahan pendingin yang masuk ke dalam penyejat bergantung pada
kadar pemeluwap dan pertambahan atau pengurangan beban haba pada penyejat.
Jumlah cecair yang masuk ke dalam lingkaran penyejat menjadi kurang apabila beban
sedikit dan bertambah apabila beban banyak. Walau bagaimana kecekapan penyejat
adalah tinggi apabila beban haba yang diserap banyak. (lihat rajah1)
REKA BENTUK DAN BINAAN PENYEJAT
Reka bentuk penyejat berdasarkan kepada kedua - dua jenis penyejat yang
diterangkan di atas. Terdapat beberapa jenis reka bentuk penyejat.
(a) Gelung atau lingkaran bersirip.( Fin type )
(b) Kelumpang dan tiub.( Shell and tube )
(c) Kelumpang dan gelung. ( Shell and coil)
(d) Tiub terdedah. ( Bare type )
(e) Plat. ( Plate type ).
a) Gelung atau lingkaran bersirip.
Sirip dibina bertujuan untuk meluaskan lagi permukaan penyerapan haba pada
penyejat.Lingkaran penyejat lalu menerusi celah - celah sirip tersebut. Reka bentuk
jenis ini digunakan untuk sistem penyamanan udara. (lihat rajah 3 ).
4. Evaporator
IKML 4
(b) Kelumpang dan tiub.
Penyejat jenis kelumpang dan tiub digunakan untuk sistem yang besaryang
dinamakan sistem air kokol. Bahan pendingin masuk melalui tiub dan air pula masuk
melalui kelumpang. Air yang masuk mempunyai suhu yang tinggi dan apabila keluar
suhu air menjadi rendah kerana bahan pendingin di dalam tiub menyerap haba
daripada air di dalam kelumpang (lihat rajah 4 ).
5. Evaporator
IKML 5
(c) Kelumpang dan Gelung,
Penyejat jenis lebih kecil daripada penyejat jenis kelumpang dan tiub. Kelumpangnya
lebih kecil dan gelung penyejat berada di dalamnya. Penyejat ini digunakan dalam
sistem pendingin air.
6. Evaporator
IKML 6
(lihat rajah 5).
Kelumpang dan Gelung
(d) Tiub Terdedah.
Lingkaran penyejat berbentuk-U dilingkarkan di dalam kabinet penyejukan tanpa
pembalut. Lingkaran ini dilekatkan ke dinding kabenit penyejukan. Jenis ini
digunakan bagi peti sejuk di kedai - kedai untuk membuat ketulan ais. Bahan
pendingin menyerap haba secara terus daripada bahan yang hendak disejuk atau
beban. (lihat rajah 6 ).
7. Evaporator
IKML 7
(e) Plat
Reka bentuk ini dibuat khas untuk peti sejuk rumah. Petak - petak yang banyak di atas
permukaan plat membolehkan cecair bahan pendingin beredar lebih banyak untuk
menyerap haba . Plat : salut dengan plastik keras untuk menjamin keselamatan.
Walaupun begitu , ini tidaklah menjejaskan proses penyerapan haba. (lihat rajah 7 ).
Plat aluminium
Tiub Penyejukan
Bahan
Pendingin
Bahan
Pendingin
Keluar
8. Evaporator
IKML 8
BAHAN BINAAN PENYEJAT.
Kompenen dalam penyejat daripada gelung atau lingkaran yang diperbuat daripada
tiub kuprum , kelumpang yang diperbuat daripada plat keluli yang tebal dan plat yang
diperbuat daripada kepingan aluminium.