1. LAPORAN PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 2017
TARIKH 9/5/17
MASA 11.20 PAGI
TINGKATAN 3A
BILANGAN PELAJAR 18 ORANG
M/PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
CATATAN/REFLEKSI Guru sering menggunakan soal jawab bagi menggalakkan penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semasa
mengajar , guru akan memberikan definisi dan meminta pelajar mencatat
kata kunci yang penting. Seterusnya , guru akan menyuruh pelajar
memberikan cirri-ciri untuk nilai yang dipelajari. Guru juga memberikan
contoh kepada pelajar agar boleh menjawab dan mengaplikasi nilai ini
dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, guru sering memberikan kajian kes agar pelajar
berfikir dan mencari jalan penyelesaian yang paling baik untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila pelajar tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan guru akan memberikan latihan yang lain
agar pelajar mencapai band yang ditetapkan.
Guru sering menjadi pemudahcara dalam kelas dan guru sering
menggunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan agar pelajar boleh
menyelesaikan situasi yang diberikan dengan lebih baik.
Tindakan Susulan Guru akan memberikan pelbagai situasi agar pelajar bijak menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian.Guru menggalakkan pelajar
membimbing antara satu sama lain agar mereka lebih berfikiran matang
dalam kehidupan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.