Hadis ini mengajarkan bahwa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan sebagai perantau. Kita harus memanfaatkan waktu ketika sehat untuk mempersiapkan diri di hari tua dan kematian dengan mengerjakan amal saleh seperti ilmu, ibadah, dan sedekah agar mendapatkan kehidupan yang abadi di akhirat.
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Kehidupan Di Dunia Adalah Sementara
1.
2. (Hadis Riwayat Bukhari)
Maksudnya:Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah
'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku
seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai
seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu
berada pada waktu petang, janganlah tunggu
menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada
waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang.
Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat
untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu
hidup untuk
persediaan matimu.
3. Intisari Hadis:
• Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya
menganggap dunia ini sebagai tempat
persinggahan.Hidup yang kekal abadi hanyalah di
akhirat nanti. Kehidupan kita ibarat kehidupan
seorang perantau yang singgah di tempat
persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat
perjalanannya yang masih jauh. Kita hendaklah
mengambil peluang semasa kita masih sihat dan
masih hidup untuk mengumpul bekalan akhirat.
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah
menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan
urusan yang baik.
4. Kehidupan Di Dunia Adalah Sementara
• Tempoh kehidupan di dunia terlalu singkat berbanding
di alam akhirat yang kekal abadi.
• Dunia merupakan tempat manusia mencari bekalan
untuk hari akhirat.
• Antara bekalan atau amalan tersebut ialah seperti ilmu,
ibadat, sedekah jariah, dan seumpamanya.
• Tidak wajar leka dengan keseronokan di dunia hingga
melupakan kehidupan akhirat yang lebih berharga.
• Kedudukan manusia sama seperti seorang perantau
yang tidak boleh leka dengan keseronokan di tempat
persinggahannya hingga lupa kepada destinasi yang
masih jauh
5. Teknik Pengurusan Masa Yang Efektif
Pengurusan masa secara
efektif boleh dilakukan
dengan melaksanakan
langkah-langkah
berikut:
6. A.Merancang Penggunaan Masa:
• Kita mestilah memperuntukkan masa untuk
bersolat, membaca buku, mengulang kaji
pelajaran, menyelesaikan kerja rumah,
membantu ibu bapa, beriadah dan berehat.
• Kita wajib menjauhi aktiviti-aktiviti tidak
berfaedah seperti melepak dan berpeleseran.
• Untuk menjadikan pengurusan lebih efektif
dan sistematik, hendaklah menyediakan
jadual waktu yang tersusun.
7. b.mengurus masa dengan bijak:
• Kita mestilah menggunakan waktu dengan
perkara-perkara yang berfaedah
• Semasa berada di dalam kenderaaan atau
perhentian bas umpamanya kita boleh
membaca buku, nota, akhbar, bacaan lain
yang berfaedah.
• Jika kita tidak menggunakan waktu tersebut
dengan sebaiknya kita akan menghadapi
kerugian.
8. c. menentukan wawasan hidup:
• menentukan wawasan hidup adalah perkara penting
kerana ianya menentukan matlamat dalam kehidupan
kita.
• orang yang tidak berwawasan akan membuang
masanya tanpa sebarang matlamat dan tujuan.
• dengan wawasan, kita akan mendisiplinkan diri kita dan
menggunakan semula kualiti penggunaan masa yang
telah kita lalui.
• untuk mengukur pencapaian wawasan kita hendaklah
menggunakan diari merekodkan aktiviti harian kita.
• pengurusan masa secara efektif adalah faktor
terpenting kejayaan tokoh-tokoh dunia.
10. Antara kesan negatif menangguhkan
sesuatu urusan ialah:
• Hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana
menghadapi tekanan daripada majikan
• Hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan
akan menjejaskan nama syarikat dan sebagainya
• Produktiviti sesebuah syarikat akan menurun. Ini
akan menjejaskan ekonomi sesebuah negara
• Pembangunan sesebuah negara akan berjalan
dengan perlahan. Ini akan menyebabkan negara
ketinggalan dalam arus perdana dunia