Dokumen ini membahas ideologi kapitalisme, termasuk sejarahnya, pengaruh materialisme, dan kesan-kesannya. Kapitalisme bermula dari pemikiran logika yang dipelajari oleh bangsa Eropa di Andalus, Spanyol pada zaman keemasan Islam. Mereka kemudian menanamkan ide materialisme dan sekularisme untuk membangun tamadun barat, yang menghasilkan sistem ekonomi kapitalis berdasarkan persaingan dan keuntungan.
1. Ideologi Kapitalisme
Posted on August 13, 2012
Bismillahirrahmaanirrahim
Pendahuluan
Kapitalisme adalah sebuah ideologi ekonomi yang kuat tertanam di dalam minda masyarakat barat.
Kapitalisme menjadi ‘aqidah’ ataupun pegangan oleh bangsa barat. Segala muamalat dalam sektor
ekonomi pasti berpaksi kepada kapitalisme. Negara-negara diseluruh dunia, banyak mengamalkan
kapitalisme dalam sistem ekonomi mereka.
Sejarah
Sebelum berbicara tentang kapitalisme secara mendalam. Penulis suka untuk membawa pembaca
kembali melihat sejarah bagaimana wujudnya kapitalisme ini.
Ketika zaman keagungan Islam di Andalus, ramai penuntut-penuntut ilmu dari eropah menuntut ilmu di
Andalus. Bagi umat Islam, ilmu bukan milik sesiapa. Ilmu milik Allah, siapa sahaja layak menuntut ilmu.
Kerana itu, banyak teori-teori cendekiawan Islam tidak disandarkan kepada pembina teori tersebut.
Contohnya teori graviti. Sebelum Isac Newton mengklimkan teori graviti kepada nama beliau, Ibnu
Haitham awal-awal lagi mengemukakan teori tersebut dalam kajian beliau. Contoh ini dapat
membuktikan beberapa perkara seperti, cendekiawan Islam adalah orang terawal menemukan teori
graviti, bangsa eropah menuntut ilmu di dunia Islam dan yang paling penting, membuktikan umat Islam
memahami bahawa ilmu itu bersifat universal.
Berdasarkan kefahaman ilmu itu sifatnya universal, umat Islam di Andalus tidak pernah menghalang
bangsa eropah menuntut ilmu ditempat mereka. Banyak bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka.
Perkara paling penting yang mereka perolehi dari bumi Andalus adalah pemikiran logik.
2. Dari pemikiran logik inilah mereka mula membina tamadun barat. Banyak ilmu-ilmu yang dipelajari di
Andalus cuba diaplikasikan di eropah. Hasil kefahaman mereka terhadap ilmu logik, mereka
memisahkan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam setiap ilmu yang dipelajari di Andalus. Perkara ini
sebenarnya, mereka pelajari dari umat Islam itu sendiri. Bangsa barat melihat, bagaimana umat Islam
mengislamkan falsafah-falsafah Greek. Dari situlah mereka pelajari, seterusnya membina tamadun
mereka sendiri.
Materialisme
Perkara yang paling asas dalam membina tamadun adalah menanam kefahaman. Oleh itu, para
cendekiawan barat telah memikirkan ‘aqidah’ yang terbaik untuk ditanam di dalam jiwa masyarakat
mereka. Akhirnya mereka memutuskan untuk menanam ‘aqidah’ materialisme.
Materialisme adalah kefahaman manusia mengenai setiap kehidupan bersandarkan kepada benda. Jika
kita amati dengan baik, materialisme ini terasnya adalah sekularisme. Sekularisme adalah fahaman yang
menolak campur tangan kuasa ghaib dalam kehidupan manusia. Dari fahaman sekularisme inilah
lahirnya fahaman materialisme.
Fahaman sekularisme telah menatijahkan manusia itu sebagai tuhan. Manusia yang menentukan
kehidupan mereka sepenuhnya. Jika mahu berjaya, manusia yang menentukan dia berjaya atau tidak.
Tiada campur tangan kuasa ghaib. Dalam pemikiran mereka tiada kuasa ghaib.
Memahami diri manusia yang menentukan kehidupan mereka sendiri, timbul faham persaingan. Di
dunia ini manusia perlu bersaing untuk terus hidup. Untuk terus hidup, manusia perlu bersaing dan
berebut dengan manusia yang lain mendapatkan sumber kehidupan. Samada kita yang mati atau
mereka yang mati.
Kewujudan Kapitalisme
Bangsa barat melihat betapa pentingnya saingan maka, mereka mencipta satu sistem yang dinamakan
kapitalisme. Sistem kapitalisme ini bagi memastikan tiada saingan daripada mana-mana pihak. Sistem
3. kapitalisme asasnya adalah keuntungan. Apa sahaja yang memberi keuntungan, tidak kiralah perkara itu
memudaratkan orang lain ataupun tidak, apa yang penting, memberi benefit kepada mereka.
Kesan
Kesan kapitalisme yang mampu penulis paparkan adalah, yang pertama, meningkatnya jurang
perbezaan antara masyarakat. Oleh kerana kefahaman mereka ialah persaingan, orang lain adalah
musuh yang menjadi pesaing kepada mereka. Oleh itu, musuh-musuh ini perlu dikekang atau diatasi dari
melawan kedudukan mereka. Ini mengakibatkan, orang miskin makin miskin dan yang kaya bertambah
kaya.
Kesan kedua adalah, mengabaikan sifat kemanusiaan. Tiada dalam diri mereka sifat kemanusiaan. Apa
yang ada dalam jiwa golongan kapitalis adalah, orang lain adala musuh/ pesaing yang boleh menggugat
kedudukan mereka. Maka, mereka berfikir, perlu mempertahankan status quo yang dimiliki. Dalam
bahasa mudah, ‘ kalau aku tak kaya, mereka akan kaya, baik aku yang kaya’.
Kesan terakhir yang boleh penulis sebutkan disini adalah, meningkatnya jenayah. Oleh kerana perbezaan
yang tinggi dan banyak peluang-peluang untuk bersaing dinafikan oleh golongan yang memegang status
quo maka, gagalis dalam dunia persaingan ini telah mengambil jalan kekerasan bagi merampas material
yang selama ini sudah lama dipegang oleh golongan kapitalis lama. Gagalis ini mahu menjadi kapitalis
baru menggantikan kapitalis lama.
Kesimpulan
Roda kedudukan, antara kapitalis lama dan kapitalis baru akan terus berputar. Dunia ini akan terus ada
golongan penguasa dan golongan tertindas. Semuanya ini kerana ‘aqidah’ atau ideologi kapitalisme
mahupun materialisme yang menjadi pegangan kepada kebanyakan manusia di dunia ini. Selagimana
‘aqidah’ ini tidak ditukar kepada ‘aqidah’ baru yang mampu memberi solusi kepada masalah dunia ini
maka, roda ini akan terus berputar. Bagi penulis, aqidah ataupun pegangan baru itu adalah Islam. Cuma,
yang menjadi persoalan, sejauhmana Islam mampu memberi solusinya?