SlideShare a Scribd company logo
Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi 
Malaysia 
Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad 
Fakulti Pendidikan 
Universiti Teknologi Malaysia 
Abstrak : Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta 
Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang 
ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 137 orang responden yang terdiri daripada 
pelajar tahun satu hingga tahun empat dari program SPM dan SPN terlibat sebagai responden 
dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik dengan skala lima mata 
bagi mengukur empat kategori model CIPP. Kategori yang dinilai adalah contexts, input, process 
dan product di mana ianya mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah program, 
kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar. Kebolehpercayaan 
alat kajian ini mempunyai nilai, α = 0.86. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 
12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan lazim bagi setiap item. Nilai bagi 
setiap aspek yang dinilai adalah: program (M=3.87, SL=0.79), kandungan pelajaran (M=3.77, 
SL=0.79) dan kepuasan pelajar (M=3.76, SL=0.76) berada pada tahap memuaskan pada 
keseluruhannya kecuali bagi aspek pengajaran dan pembelajaran (M=3.67, SL=0.88) yang 
berada pada tahap kurang memuaskan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan 
masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan 
program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia lebih 
memuaskan pelajar. 
Katakunci : penilaian kokurikulum 
Pendahuluan 
Sesuatu kurikulum yang dibentuk untuk suatu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah 
berdasarkan fungsi universiti itu di dalam konteks negara di mana, fungsi tersebut dibayangkan 
di dalam matlamat sesebuah universiti itu. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan 
satu-satunya universiti di Malaysia yang menjadikan Sains dan Teknologi sebagai bidang utama 
pengkhususannya. Di samping itu, UTM bermatlamat untuk menyediakan golongan intelek yang 
berkemampuan dan berdaya saing serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang maksima. 
Kurikulum sesuatu program itu hendaklah dilihat secara menyeluruh dan bagi sesuatu 
kurikulum yang baik, ianya berkait dengan kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan 
kemudahan yang terdapat di dalam institusi tersebut. Penilaian kurikulum dapat memperlihatkan 
kelemahan-kelemahan sepanjang sesuatu program itu dijalankan. Secara amnya, penilaian 
kurikulum adalah bertujuan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). 
Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha 
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu 
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan 
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, 
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan 
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Pernyataan Masalah 
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang penilaian kurikulum bagi program SPM dan 
SPN di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Berdasarkan latar belakang masalah yang telah 
dihuraikan oleh penyelidik, menunjukkan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang 
wujud dalam kurikulum program SPM dan SPN ini dari segi kualiti pensyarah, proses P&P, serta 
kandungan kedua-dua program itu sendiri. 
Objektif Kajian 
Kajian ini dijalankan dengan objektif-objektif khusus seperti berikut: 
i. Mengenal pasti sejauh manakah program yang diambil di UTM dapat memenuhi 
pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam profesion perguruan. 
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran yang terdapat dalam 
kursus yang dipelajari di UTM. 
iii. Mengenal pasti sejauh manakah proses pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di 
UTM memenuhi keperluan pelajar. 
iv. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM. 
Kepentingan Kajian 
Dapatan kajian ini memberi kepentingan terhadap pihak-pihak berkenaan : 
Pelajar : Dapatan kajian boleh memberi gambaran sebenar tentang persepsi pelajar terhadap 
kurikulum yang ada di dalam program mereka pada masa ini sama ada dari segi 
pensyarah dan kandungan program. Malah, ianya dapat membantu para pelajar tersebut 
memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka khususnya dalam proses P&P serta 
memberikan mereka kesedaran tentang tahap kesediaan pelajar untuk menjadi bakal 
seorang guru yang baik selepas tamat pengajian nanti. 
Pensyarah : Hasil kajian juga dapat membantu pensyarah dalam memperbaiki kaedah 
pengajaran mereka dalam proses P&P. Di samping itu, pensyarah dapat mempelbagaikan 
aktiviti P&P dan bukan sekadar memberi kuliah semata-mata. 
Fakulti Pendidikan : Dapatan kajian juga berguna bagi pihak Fakulti Pendidikan supaya dapat 
mengubah atau mengubal kurikulum mereka pada kursus-kursus yang ditawarkan pada 
setiap semester. Selain itu, kajian ini juga berguna untuk pihak Fakulti Pendidikan 
memperbaiki kelemahan mereka dari segi prasarana yang terdapat di fakulti tersebut. 
Universiti Teknologi Malaysia : Kajian ini juga dapat membantu pihak universiti dalam 
mengambil langkah-langkah awal yang bersesuaian tentang program-program yang 
ditawarkan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini adalah penting untuk memastikan 
penghasilan guru-guru yang berkualiti dan cemerlang. 
Rekabentuk Kajian 
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif di mana ianya dijalankan untuk 
mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan program yang diambil di UTM dalam memenuhi 
keperluan sebagai seorang guru. Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi melalui kaedah 
soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap 
seseorang (Mohamad Najib, 1999). Penyelidik telah memilih untuk menggunakan soal selidik 
berdasarkan kaedah Likert di mana responden memilih jawapan dari satu kontinum (ekstrem ke 
ekstrem). Soalan-soalan ini dikemukakan kepada pelajar tahun satu hingga empat yang 
mengikuti kursus SPM dan SPN. Kesemua persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1
telah digunakan untuk membentuk item-item dalam borang soal selidik. Borang soal selidik ini 
akan diedarkan kepada responden secara terus. Semua maklumat yang telah diperolehi daripada 
soal selidik yang dijalankan telah ditukar dalam bentuk perangkaan dengan menggunakan 
Statistical Package For Science Social (SPSS 12.0). Perangkaan ini telah diproses dan dianalisa 
bagi mendapatkan keputusan kajian. 
Populasi dan Sampel Kajian 
Populasi akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji bagi mendapatkan 
maklumat dan data. Seterusnya maklumat tersebut dikumpul dan dianalisis. Di samping itu, 
populasi juga menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang perlu digunakan dalam 
menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini, populasi pelajar adalah terdiri daripada pelajar 
tahun satu hingga empat, berikut adalah jadual yang menunjukkan jumlah pelajar tersebut yang 
mengikuti program SPM dan SPN; 
Jadual 1: Jumlah Pelajar Tahun Satu Hingga Empat Mengikut Program 
Populasi merangkumi semua ahli yang terdapat dalam anggota populasi, manakala 
sampel ialah ahli-ahli kumpulan yang dipilih daripada populasi untuk mengkaji sifat dan 
parameter populasi. Berdasarkan kepada formula Krejcie iaitu: 
Sampel yang harus diambil adalah sebanyak 137 orang, di mana: 
S = besarnya sampel yang diperlukan 
N = ukuran populasi yang diketahui 
P = proporsi ragam populasi yang dianggap, P = 0.5 
d = taraf kesalahan yang dapat ditolerer, iaitu 0.05 
χ 
2 
= nilai chi square pada taraf kepercayaan 0.95 iaitu 3.84 
Bilangan populasi bagi tahun 1 hingga tahun 4 bagi program SPM dan SPN ialah seramai 
212 orang. Maka dengan menggunakan formula Krejcie, sampel yang diperolehi ialah sebanyak 
137 orang. 
Bagi program SPN, sebanyak 16 orang pelajar tahun dua dijadikan sebagai sampel. 
Selain itu, 21 orang pelajar tahun tiga dan 18 orang pelajar tahun empat dijadikan sampel bagi 
program SPN. Bagi program SPM, pelajar tahun satu yang diambil adalah sebanyak 22 orang, 
tahun dua sebanyak 19 orang, tahun tiga sebanyak 21 orang dan tahun empat sebanyak 20 orang. 
Kesemua pelajar tersebut diambil untuk dijadikan sampel kajian iaitu sebanyak 137 orang.
Instrumen Kajian 
Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik. Faktor 
penyelidik memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat daripada 
responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian. Manakala cadangan 
jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat (Mohamad 
Najib, 1999). Pecahan dan bilangan soalan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual 2 
di bawah:
Jadual 2 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian
Kajian Rintis 
Kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dilaksanakan bagi 
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Ianya juga bertujuan mendapatkan 
maklum balas mengenai kemungkinan pelajar menghadapi masalah dalam memahami ayat yang 
terkandung dalam instrumen kajian (Aina, 2006). Menerusi kajian rintis, kefahaman pelajar 
berkenaan arahan dan bahasa yang digunakan dalam set soal selidik boleh dikenal pasti. 
Kajian rintis telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 21 orang terlibat 
dalam kajian rintis yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun empat bagi program Ijazah Sarjana 
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)-SPA yang tidak terlibat dengan kajian 
sebenar. Data kemudiannya dianalisis menggunakan program SPSS. Daripada hasil analisis data 
kajian rintis, nilai alpha yang diperoleh ialah 0.86. Menurut Mohamad Najib (1999), nilai alpha 
adalah perlu melebihi 0.8 bagi memastikan kebolehpercayaan soalan. Nilai ini adalah merupakan 
nilai yang sesuai bagi sesuatu alat ukur. Oleh itu, instrumen boleh digunakan dalam kajian 
sebenar. 
Analisis Keseluruhan 
Setiap item soalan dikategorikan mengikut objektif kajian. Untuk menilai min 
keseluruhan, penyelidik telah mengkategorikan skor min seperti berikut: 
Jadual 3 : Petanda Skor Min Bagi Setiap Objektif 
Jadual 4 : Purata Min Bagi Setiap Objektif Kajian
Jadual 4 menunjukkan purata min bagi setiap objektif. Objektif ketiga memperolehi min 
yang paling rendah iaitu 3.67. Ini menunjukkan bahawa proses P&P yang dipelajari di UTM 
berada pada tahap kurang memuaskan dalam memenuhi keperluan pelajar. Untuk objektif 
pertama, kedua dan keempat, didapati secara keseluruhannya berada pada tahap memuaskan. Ini 
menunjukkan bahawa majoriti daripada responden berpuas hati dengan tahap program, 
kandungan pelajaran dan tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM. 
Perbincangan 
Analisis menunjukkan purata min bagi persoalan kajian satu ialah 3.87. Berpandukan 
petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min 
ini berada pada tahap yang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan program yang 
diambil di UTM dapat memenuhi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam 
profesion perguruan. Para pendidik hari ini memainkan peranan penting di dalam merealisasikan 
aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan dan pengetahuan tentang 
sesuatu pelajaran amat perlu dikuasai oleh bakal guru di dalam kursus-kursus akademik sebagai 
persediaan untuk menjadi seorang guru. Untuk itu, aspek-aspek yang terdapat dalam kurikulum 
pendidikan sekarang seperti pengetahuan dan kemahiran asas serta nilai-nilai murni, perlu 
dimantapkan. 
Bagi persoalan kajian dua ini, jumlah min keseluruhan bagi sembilan item yang diuji 
ialah 3.77. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik 
menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Penyelidik mengkategorikan 
pernyataan yang mempunyai nilai skor min pada tahap memuaskan sebagai kekuatan kandungan 
pelajaran dalam kursus yang dipelajari. Sebaliknya, untuk pernyataan dengan skor min yang 
berada pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan, ianya merupakan kelemahan 
kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari. 
Menerusi jawapan-jawapan kepada soal selidik yang diedarkan, pelajar-pelajar telah 
memberi pandangan mereka mengenai kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari di 
UTM. Pada keseluruhannya, tinjauan yang dibuat telah menggariskan beberapa kekuatan dan 
kelemahan yang terdapat dalam kursus bagi program SPM dan SPN ini. Antara kelemahan yang 
terdapat dalam kandungan pelajaran di UTM ialah dari segi kerelevanan kursus teras program 
dengan subjek di sekolah, kesukaran isi pelajaran dalam kursus yang ditawarkan dan tugasan 
yang diberikan oleh pensyarah agak membebankan. Walaubagaimanapun, kekuatan kandungan 
pelajaran didapati melebihi kelemahan kandungan pelajaran. Antara kekuatan-kekuatan tersebut 
ialah pengetahuan pensyarah dalam sesuatu kursus yang diajar adalah mendalam, aktiviti ko-kurikulum 
memberi kemahiran dan ilmu pengetahuan tambahan, kursus amali memberikan 
pemahaman yang lebih mendalam terhadap teori yang dipelajari, kursus bagi subjek pendidikan 
(pedagogi, falsafah atau psikologi) membekalkan kemahiran mengajar yang cukup, kursus 
mengenai komputer dan Teknologi Maklumat membekalkan ilmu yang mencukupi dalam 
penggunaan pelbagai bahan dan peralatan berteknologi dan kursus Bahasa Inggeris yang diambil 
di UTM dapat memberi kemahiran berbahasa dengan baik.
Jumlah min keseluruhan bagi persoalan kajian tiga ialah 3.67. Berpandukan petanda skor 
min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada 
tahap yang kurang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan proses pengajaran dan 
pembelajaran yang dipelajari di UTM adalah kurang memuaskan dari segi memenuhi keperluan 
pelajar. Dapatan kajian mendapati walaupun setiap item berada pada tahap kuang memuaskan, 
namun penumpuan lebih kepada setuju. Item yang mempunyai min paling rendah ialah item 25 
dengan nilai minnya 3.18. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden masih tidak berpuas 
hati dengan keadaan bilik kuliah di Fakulti Pendidikan sepanjang proses P&P dijalankan. Ini 
selaras dengan kajian oleh Hamidah et al. (2004) berkaitan dengan tahap kepuasan pelajar di 
fakulti terhadap kemudahan yang disediakan di fakulti khususnya dan di UTM amnya. Tahap 
kualiti pendidikan tinggi di UTM masih berada di tahap sederhana. 
Secara kesimpulannya, proses P&P yang dipelajari di UTM berada pada tahap yang 
kurang memuaskan dalam memenuhi keperluan pelajar terutamanya dari segi kemudahan bilik 
kuliah, penggunaan ICT dalam P&P, dan teknik pengajaran yang digunakan. 
Walaubagaimanapun, kesemua aspek ini masih lagi boleh diperbaiki pada masa akan datang. 
Analisis menunjukkan jumlah min bagi persoalan kajian empat ialah 3.76. Berpandukan 
petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min 
ini berada pada tahap yang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan tahap kepuasan 
pelajar terhadap program yang diambil di UTM berada pada tahap yang memuaskan. Dapatan 
kajian menunjukkan majoriti 75.2% bersetuju bahawa program yang diikuti membekalkan 
pelajar dengan ilmu pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini mengambarkan bahawa bahawa 
program SPM dan SPN yang sedang diikuti oleh pelajar telah banyak membekalkan mereka 
dengan ilmu-ilmu seperti kemahiran berkomunikasi, Teknologi Maklumat, menyelesaikan 
masalah dan sebagainya. Satu daripada subjek yang dapat menggambarkan keadaan ini ialah 
subjek Perdagangan dan Keusahawanan yang ditawarkan pada masa sekarang. Selain 
mempelajari subjek pendidikan, Matematik dan Sains, pelajar juga mendapat ilmu baru tentang 
bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara 
yang berhasrat menyediakan guru yang seumur hidupnya mencari ilmu dan mengamalkannya 
serta boleh menjadi model kepada insan terdidik pelajar dan masyarakat. 
Dalam kajian ini juga, didapati pelajar kurang berpuas hati dengan kemudahan 
pembelajaran yang disediakan di UTM kerana nilai min bagi item yang menjawab tentang 
persoalan ini hanya 3.55 dan ianya merupakan nilai min terendah dalam persoalan kajian empat 
ini. Ia juga berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ada di antara mereka yang memberi 
respon tentang keadaan sesetengah bilik kuliah yang agak sempit, makmal komputer agak 
kurang, kerusi dan meja yang rosak, dan sebagainya. Hal ini turut disokong oleh kajian Rohaizat 
(2003) di mana pelajar didapati kurang berpuas hati dengan aspek kemudahan pembelajaran dan 
kualiti perkhidmatan fakulti. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada 
banyak faktor antaranya faktor guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Faktor di atas 
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keadaan 
pembelajaran di Fakulti Pendidikan ini sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan pelajar 
dan pensyarah. 
Rujukan 
Azizi Bin Haji Yahaya, Shahrin Hashim, dan Fathiah Bt Mohamed @ Mohd Zamani (2007). 
Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Di Kalangan Guru Pelatih Kimia Universiti 
Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Bowlby, J. (1982). Attachment And Loss. Vol 1, Attachment. New York: Basic Books 
Borich, G. D. dan Tombari, M. L. (1997). Educational Psychology: A Contemporary Approach. 
New York: Longman 
Crow, L. D. dan Crow, L. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 290. 
David G. Armstrong (2003). Curriculum today. Merrill Prentice Hall. 
Dewan Bahasa dan Pustaka (2002). Kamus Dewan, Edisi ketiga, Kuala Lumpur. 
Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit UTM. 
Grasha, A. F. (1996). Teaching With Styles. Cincinnati: Allience Pub. 
Hazil Abd. Hamid (1997). Pembentukan kurikulum. Kursus Perancangan dan Rekabentuk 
Kurikulum UTM. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. 
Kamaruddin Hussain dan Hazil Abdul Hamid (1987). Pengenalan Pembentukan Kurikulum 
Peringkat Diri – Satu Proses. Universitit Teknologi Malaysia. 
Mok Soon Sang (2000). Ilmu pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) 
Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 
Napsiah Mahfoz (1983). The role of key teachers in the implementation of a New History 
Curriculum in Malaysia: A Study of Perception. Ph.D., University of Columbia. 
Ornstein, A. C. and Hunkins, F. P. (1993). Curriculum foundations, Principles and Issues. 
Boston: Allyn and Bacon. 
Pask, G (1976). Style & Strategies of Learning British. Journal of Learning Psychology. 40 pp: 
128-149. 
Rohaizat Baharun (2003). Kepuasan Pengguna Selepas Pengiktirafan Iso 9001: Kajian Kes 
Sebuah Fakulti Di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 
15–26. 
Shaharir Mohammad Zain (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Universiti di 
Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik : 
Universiti Kebangsaan Malaysia. 
Taba, H. (1962). Curriculum Development, Theory and Practice. San Francisco: Harcourt, Prace 
and World, Inc. 
Zainal Ghani, Haris Md. Jadi, dan Ng Khar Thoe (1991). The Malaysian Dropout Study 
Revisited. Universiti Sains Malaysia.

More Related Content

What's hot

Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Asep Supriatna
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)zalizakpt6044
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Syaza Mohd Sabri
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnal
Ker0
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationumiefatiya
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
nurinbatrisyia
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Fathmalyn Abdullah
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
haidah888
 
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniEjournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
AGUS SETIYONO
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Myss Youry
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
hafizah noor
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Syaza Mohd Sabri
 
Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas nani
Nani Al-Pleredy
 
Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...
Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...
Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...
SubmissionResearchpa
 
What's hot (19)

Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
Presentasi sidang thesis implementasi mutu pendidikan
 
Disertasi 1(16-10-2010)
Disertasi 1(16-10-2010)Disertasi 1(16-10-2010)
Disertasi 1(16-10-2010)
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnal
 
kritik jurnal higher education
kritik jurnal higher educationkritik jurnal higher education
kritik jurnal higher education
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
 
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniEjournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas nani
 
Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...
Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...
Implementasi Kurikulum K13 Dengan Pendekatan Saintifik Pada Pelajaran Pai Di ...
 
Similar to Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknologi_malaysia

Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Rosida Marasabessy
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Yurhamy Yusuf
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruFatim Fauziani
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Muhammad Nazri Abdul Halim
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
VinaOktaviani17
 
Penilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspPenilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktsp
Khusnul Huda
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematika
imam syafii
 
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Tembuakar Corp
 
Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...
Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...
Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...
FitriLoVeIMyuecth
 
Penilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siapPenilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siaplinamira
 
7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb
Fppi Unila
 
Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...
Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...
Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...indoamaterasu
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN Shemila Elaine Ambrose
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
Justo Godot
 
Jurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideqJurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideq
Aaisyah Aisyah
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
RellySeptiaPutriUtar
 
Similar to Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknologi_malaysia (20)

Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Pbl
PblPbl
Pbl
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Penilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspPenilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktsp
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
704 1290-1-sm
704 1290-1-sm704 1290-1-sm
704 1290-1-sm
 
contoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematikacontoh Jurnal Matematika
contoh Jurnal Matematika
 
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
 
Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...
Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...
Pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe stad berbantua media gambar terha...
 
Penilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siapPenilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siap
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb7845 13951-1-pb
7845 13951-1-pb
 
Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...
Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...
Pengaruh kompetensi guru akuntansi dan pemanfaatan media pembelajaran terhada...
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
Jurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideqJurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideq
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
More from Shafiqah Rashid

Report 5
Report 5Report 5
Report 5
Shafiqah Rashid
 
Journal Assessment
Journal AssessmentJournal Assessment
Journal Assessment
Shafiqah Rashid
 
journal of assesment
journal of assesmentjournal of assesment
journal of assesment
Shafiqah Rashid
 
Hots report
Hots reportHots report
Hots report
Shafiqah Rashid
 
journal hots
journal hotsjournal hots
journal hots
Shafiqah Rashid
 
journal article
journal article journal article
journal article
Shafiqah Rashid
 
Journal Article about HOTS
Journal Article about HOTSJournal Article about HOTS
Journal Article about HOTS
Shafiqah Rashid
 
Assessment
AssessmentAssessment
Assessment
Shafiqah Rashid
 
Teaching approaches
Teaching approachesTeaching approaches
Teaching approaches
Shafiqah Rashid
 
Timss and pisa
Timss and pisaTimss and pisa
Timss and pisa
Shafiqah Rashid
 
More from Shafiqah Rashid (12)

Report 5
Report 5Report 5
Report 5
 
Journal Assessment
Journal AssessmentJournal Assessment
Journal Assessment
 
journal of assesment
journal of assesmentjournal of assesment
journal of assesment
 
Hots report
Hots reportHots report
Hots report
 
journal hots
journal hotsjournal hots
journal hots
 
journal article
journal article journal article
journal article
 
Journal Article about HOTS
Journal Article about HOTSJournal Article about HOTS
Journal Article about HOTS
 
Assessment
AssessmentAssessment
Assessment
 
Teaching approaches
Teaching approachesTeaching approaches
Teaching approaches
 
Hots (1)
Hots (1)Hots (1)
Hots (1)
 
Timss and pisa
Timss and pisaTimss and pisa
Timss and pisa
 
Sme3023
Sme3023Sme3023
Sme3023
 
Recently uploaded

Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Recently uploaded (20)

Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknologi_malaysia

  • 1. Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 137 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat dari program SPM dan SPN terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori model CIPP. Kategori yang dinilai adalah contexts, input, process dan product di mana ianya mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar. Kebolehpercayaan alat kajian ini mempunyai nilai, α = 0.86. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan lazim bagi setiap item. Nilai bagi setiap aspek yang dinilai adalah: program (M=3.87, SL=0.79), kandungan pelajaran (M=3.77, SL=0.79) dan kepuasan pelajar (M=3.76, SL=0.76) berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali bagi aspek pengajaran dan pembelajaran (M=3.67, SL=0.88) yang berada pada tahap kurang memuaskan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia lebih memuaskan pelajar. Katakunci : penilaian kokurikulum Pendahuluan Sesuatu kurikulum yang dibentuk untuk suatu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berdasarkan fungsi universiti itu di dalam konteks negara di mana, fungsi tersebut dibayangkan di dalam matlamat sesebuah universiti itu. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menjadikan Sains dan Teknologi sebagai bidang utama pengkhususannya. Di samping itu, UTM bermatlamat untuk menyediakan golongan intelek yang berkemampuan dan berdaya saing serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang maksima. Kurikulum sesuatu program itu hendaklah dilihat secara menyeluruh dan bagi sesuatu kurikulum yang baik, ianya berkait dengan kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan kemudahan yang terdapat di dalam institusi tersebut. Penilaian kurikulum dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan sepanjang sesuatu program itu dijalankan. Secara amnya, penilaian kurikulum adalah bertujuan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
  • 2. Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang penilaian kurikulum bagi program SPM dan SPN di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan oleh penyelidik, menunjukkan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam kurikulum program SPM dan SPN ini dari segi kualiti pensyarah, proses P&P, serta kandungan kedua-dua program itu sendiri. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan dengan objektif-objektif khusus seperti berikut: i. Mengenal pasti sejauh manakah program yang diambil di UTM dapat memenuhi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam profesion perguruan. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran yang terdapat dalam kursus yang dipelajari di UTM. iii. Mengenal pasti sejauh manakah proses pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di UTM memenuhi keperluan pelajar. iv. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM. Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini memberi kepentingan terhadap pihak-pihak berkenaan : Pelajar : Dapatan kajian boleh memberi gambaran sebenar tentang persepsi pelajar terhadap kurikulum yang ada di dalam program mereka pada masa ini sama ada dari segi pensyarah dan kandungan program. Malah, ianya dapat membantu para pelajar tersebut memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka khususnya dalam proses P&P serta memberikan mereka kesedaran tentang tahap kesediaan pelajar untuk menjadi bakal seorang guru yang baik selepas tamat pengajian nanti. Pensyarah : Hasil kajian juga dapat membantu pensyarah dalam memperbaiki kaedah pengajaran mereka dalam proses P&P. Di samping itu, pensyarah dapat mempelbagaikan aktiviti P&P dan bukan sekadar memberi kuliah semata-mata. Fakulti Pendidikan : Dapatan kajian juga berguna bagi pihak Fakulti Pendidikan supaya dapat mengubah atau mengubal kurikulum mereka pada kursus-kursus yang ditawarkan pada setiap semester. Selain itu, kajian ini juga berguna untuk pihak Fakulti Pendidikan memperbaiki kelemahan mereka dari segi prasarana yang terdapat di fakulti tersebut. Universiti Teknologi Malaysia : Kajian ini juga dapat membantu pihak universiti dalam mengambil langkah-langkah awal yang bersesuaian tentang program-program yang ditawarkan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini adalah penting untuk memastikan penghasilan guru-guru yang berkualiti dan cemerlang. Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif di mana ianya dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan program yang diambil di UTM dalam memenuhi keperluan sebagai seorang guru. Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang (Mohamad Najib, 1999). Penyelidik telah memilih untuk menggunakan soal selidik berdasarkan kaedah Likert di mana responden memilih jawapan dari satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Soalan-soalan ini dikemukakan kepada pelajar tahun satu hingga empat yang mengikuti kursus SPM dan SPN. Kesemua persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1
  • 3. telah digunakan untuk membentuk item-item dalam borang soal selidik. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada responden secara terus. Semua maklumat yang telah diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan telah ditukar dalam bentuk perangkaan dengan menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS 12.0). Perangkaan ini telah diproses dan dianalisa bagi mendapatkan keputusan kajian. Populasi dan Sampel Kajian Populasi akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji bagi mendapatkan maklumat dan data. Seterusnya maklumat tersebut dikumpul dan dianalisis. Di samping itu, populasi juga menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang perlu digunakan dalam menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini, populasi pelajar adalah terdiri daripada pelajar tahun satu hingga empat, berikut adalah jadual yang menunjukkan jumlah pelajar tersebut yang mengikuti program SPM dan SPN; Jadual 1: Jumlah Pelajar Tahun Satu Hingga Empat Mengikut Program Populasi merangkumi semua ahli yang terdapat dalam anggota populasi, manakala sampel ialah ahli-ahli kumpulan yang dipilih daripada populasi untuk mengkaji sifat dan parameter populasi. Berdasarkan kepada formula Krejcie iaitu: Sampel yang harus diambil adalah sebanyak 137 orang, di mana: S = besarnya sampel yang diperlukan N = ukuran populasi yang diketahui P = proporsi ragam populasi yang dianggap, P = 0.5 d = taraf kesalahan yang dapat ditolerer, iaitu 0.05 χ 2 = nilai chi square pada taraf kepercayaan 0.95 iaitu 3.84 Bilangan populasi bagi tahun 1 hingga tahun 4 bagi program SPM dan SPN ialah seramai 212 orang. Maka dengan menggunakan formula Krejcie, sampel yang diperolehi ialah sebanyak 137 orang. Bagi program SPN, sebanyak 16 orang pelajar tahun dua dijadikan sebagai sampel. Selain itu, 21 orang pelajar tahun tiga dan 18 orang pelajar tahun empat dijadikan sampel bagi program SPN. Bagi program SPM, pelajar tahun satu yang diambil adalah sebanyak 22 orang, tahun dua sebanyak 19 orang, tahun tiga sebanyak 21 orang dan tahun empat sebanyak 20 orang. Kesemua pelajar tersebut diambil untuk dijadikan sampel kajian iaitu sebanyak 137 orang.
  • 4. Instrumen Kajian Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik. Faktor penyelidik memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat daripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian. Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat (Mohamad Najib, 1999). Pecahan dan bilangan soalan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual 2 di bawah:
  • 5. Jadual 2 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian
  • 6. Kajian Rintis Kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dilaksanakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Ianya juga bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai kemungkinan pelajar menghadapi masalah dalam memahami ayat yang terkandung dalam instrumen kajian (Aina, 2006). Menerusi kajian rintis, kefahaman pelajar berkenaan arahan dan bahasa yang digunakan dalam set soal selidik boleh dikenal pasti. Kajian rintis telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 21 orang terlibat dalam kajian rintis yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun empat bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)-SPA yang tidak terlibat dengan kajian sebenar. Data kemudiannya dianalisis menggunakan program SPSS. Daripada hasil analisis data kajian rintis, nilai alpha yang diperoleh ialah 0.86. Menurut Mohamad Najib (1999), nilai alpha adalah perlu melebihi 0.8 bagi memastikan kebolehpercayaan soalan. Nilai ini adalah merupakan nilai yang sesuai bagi sesuatu alat ukur. Oleh itu, instrumen boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis Keseluruhan Setiap item soalan dikategorikan mengikut objektif kajian. Untuk menilai min keseluruhan, penyelidik telah mengkategorikan skor min seperti berikut: Jadual 3 : Petanda Skor Min Bagi Setiap Objektif Jadual 4 : Purata Min Bagi Setiap Objektif Kajian
  • 7. Jadual 4 menunjukkan purata min bagi setiap objektif. Objektif ketiga memperolehi min yang paling rendah iaitu 3.67. Ini menunjukkan bahawa proses P&P yang dipelajari di UTM berada pada tahap kurang memuaskan dalam memenuhi keperluan pelajar. Untuk objektif pertama, kedua dan keempat, didapati secara keseluruhannya berada pada tahap memuaskan. Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden berpuas hati dengan tahap program, kandungan pelajaran dan tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM. Perbincangan Analisis menunjukkan purata min bagi persoalan kajian satu ialah 3.87. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan program yang diambil di UTM dapat memenuhi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam profesion perguruan. Para pendidik hari ini memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan dan pengetahuan tentang sesuatu pelajaran amat perlu dikuasai oleh bakal guru di dalam kursus-kursus akademik sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru. Untuk itu, aspek-aspek yang terdapat dalam kurikulum pendidikan sekarang seperti pengetahuan dan kemahiran asas serta nilai-nilai murni, perlu dimantapkan. Bagi persoalan kajian dua ini, jumlah min keseluruhan bagi sembilan item yang diuji ialah 3.77. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Penyelidik mengkategorikan pernyataan yang mempunyai nilai skor min pada tahap memuaskan sebagai kekuatan kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari. Sebaliknya, untuk pernyataan dengan skor min yang berada pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan, ianya merupakan kelemahan kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari. Menerusi jawapan-jawapan kepada soal selidik yang diedarkan, pelajar-pelajar telah memberi pandangan mereka mengenai kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari di UTM. Pada keseluruhannya, tinjauan yang dibuat telah menggariskan beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kursus bagi program SPM dan SPN ini. Antara kelemahan yang terdapat dalam kandungan pelajaran di UTM ialah dari segi kerelevanan kursus teras program dengan subjek di sekolah, kesukaran isi pelajaran dalam kursus yang ditawarkan dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah agak membebankan. Walaubagaimanapun, kekuatan kandungan pelajaran didapati melebihi kelemahan kandungan pelajaran. Antara kekuatan-kekuatan tersebut ialah pengetahuan pensyarah dalam sesuatu kursus yang diajar adalah mendalam, aktiviti ko-kurikulum memberi kemahiran dan ilmu pengetahuan tambahan, kursus amali memberikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap teori yang dipelajari, kursus bagi subjek pendidikan (pedagogi, falsafah atau psikologi) membekalkan kemahiran mengajar yang cukup, kursus mengenai komputer dan Teknologi Maklumat membekalkan ilmu yang mencukupi dalam penggunaan pelbagai bahan dan peralatan berteknologi dan kursus Bahasa Inggeris yang diambil di UTM dapat memberi kemahiran berbahasa dengan baik.
  • 8. Jumlah min keseluruhan bagi persoalan kajian tiga ialah 3.67. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di UTM adalah kurang memuaskan dari segi memenuhi keperluan pelajar. Dapatan kajian mendapati walaupun setiap item berada pada tahap kuang memuaskan, namun penumpuan lebih kepada setuju. Item yang mempunyai min paling rendah ialah item 25 dengan nilai minnya 3.18. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden masih tidak berpuas hati dengan keadaan bilik kuliah di Fakulti Pendidikan sepanjang proses P&P dijalankan. Ini selaras dengan kajian oleh Hamidah et al. (2004) berkaitan dengan tahap kepuasan pelajar di fakulti terhadap kemudahan yang disediakan di fakulti khususnya dan di UTM amnya. Tahap kualiti pendidikan tinggi di UTM masih berada di tahap sederhana. Secara kesimpulannya, proses P&P yang dipelajari di UTM berada pada tahap yang kurang memuaskan dalam memenuhi keperluan pelajar terutamanya dari segi kemudahan bilik kuliah, penggunaan ICT dalam P&P, dan teknik pengajaran yang digunakan. Walaubagaimanapun, kesemua aspek ini masih lagi boleh diperbaiki pada masa akan datang. Analisis menunjukkan jumlah min bagi persoalan kajian empat ialah 3.76. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM berada pada tahap yang memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti 75.2% bersetuju bahawa program yang diikuti membekalkan pelajar dengan ilmu pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini mengambarkan bahawa bahawa program SPM dan SPN yang sedang diikuti oleh pelajar telah banyak membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu seperti kemahiran berkomunikasi, Teknologi Maklumat, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Satu daripada subjek yang dapat menggambarkan keadaan ini ialah subjek Perdagangan dan Keusahawanan yang ditawarkan pada masa sekarang. Selain mempelajari subjek pendidikan, Matematik dan Sains, pelajar juga mendapat ilmu baru tentang bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat menyediakan guru yang seumur hidupnya mencari ilmu dan mengamalkannya serta boleh menjadi model kepada insan terdidik pelajar dan masyarakat. Dalam kajian ini juga, didapati pelajar kurang berpuas hati dengan kemudahan pembelajaran yang disediakan di UTM kerana nilai min bagi item yang menjawab tentang persoalan ini hanya 3.55 dan ianya merupakan nilai min terendah dalam persoalan kajian empat ini. Ia juga berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ada di antara mereka yang memberi respon tentang keadaan sesetengah bilik kuliah yang agak sempit, makmal komputer agak kurang, kerusi dan meja yang rosak, dan sebagainya. Hal ini turut disokong oleh kajian Rohaizat (2003) di mana pelajar didapati kurang berpuas hati dengan aspek kemudahan pembelajaran dan kualiti perkhidmatan fakulti. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada banyak faktor antaranya faktor guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Faktor di atas saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keadaan pembelajaran di Fakulti Pendidikan ini sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Rujukan Azizi Bin Haji Yahaya, Shahrin Hashim, dan Fathiah Bt Mohamed @ Mohd Zamani (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Di Kalangan Guru Pelatih Kimia Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
  • 9. Bowlby, J. (1982). Attachment And Loss. Vol 1, Attachment. New York: Basic Books Borich, G. D. dan Tombari, M. L. (1997). Educational Psychology: A Contemporary Approach. New York: Longman Crow, L. D. dan Crow, L. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 290. David G. Armstrong (2003). Curriculum today. Merrill Prentice Hall. Dewan Bahasa dan Pustaka (2002). Kamus Dewan, Edisi ketiga, Kuala Lumpur. Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit UTM. Grasha, A. F. (1996). Teaching With Styles. Cincinnati: Allience Pub. Hazil Abd. Hamid (1997). Pembentukan kurikulum. Kursus Perancangan dan Rekabentuk Kurikulum UTM. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kamaruddin Hussain dan Hazil Abdul Hamid (1987). Pengenalan Pembentukan Kurikulum Peringkat Diri – Satu Proses. Universitit Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang (2000). Ilmu pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Napsiah Mahfoz (1983). The role of key teachers in the implementation of a New History Curriculum in Malaysia: A Study of Perception. Ph.D., University of Columbia. Ornstein, A. C. and Hunkins, F. P. (1993). Curriculum foundations, Principles and Issues. Boston: Allyn and Bacon. Pask, G (1976). Style & Strategies of Learning British. Journal of Learning Psychology. 40 pp: 128-149. Rohaizat Baharun (2003). Kepuasan Pengguna Selepas Pengiktirafan Iso 9001: Kajian Kes Sebuah Fakulti Di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 15–26. Shaharir Mohammad Zain (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Universiti di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik : Universiti Kebangsaan Malaysia. Taba, H. (1962). Curriculum Development, Theory and Practice. San Francisco: Harcourt, Prace and World, Inc. Zainal Ghani, Haris Md. Jadi, dan Ng Khar Thoe (1991). The Malaysian Dropout Study Revisited. Universiti Sains Malaysia.