SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
                SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN
                     GURU-GURU SMK PANGKOR, PERAK




1.0    PENDAHULUAN
1.1    Pengenalan
Perkembangan dan perkayaan ilmu pada hari ini menjadi lebih pantas dengan peranan
yang dimainkan oleh komputer dan internet dalam pendidikan. Pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) adalah terminologi yang
digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al.(1998), pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang penggunaan komputer secara
terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa PBK amat berkesan
berbanding dengan pendekatan tradisional. Dalam menghadapi arus globalisasi, Sains
dan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat
yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40
pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang
tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik
untuk memenuhinya.


1.2    Pernyataan Masalah
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang
positif disamping menarik minat pengajar dan pelajar. Criswell (1989) pula
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai
penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar
secara aktif serta membolehkan maklum balas.
       Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen,
mesin taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian

                                         1
akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yang
besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik
(Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan
sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti video,
perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan
memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak
akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat
banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak
peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru
tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.


1.3      Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guru
Sains dan Matematik di SMK Pangkor, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 15
orang guru Sains dan 15 orang guru Matematik. Objektif kajian adalah seperti dibawah:
      1.3.1     Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru-
                guru Sains dan Matematik dalam pengajaran
      1.3.2     Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan
                perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru
                Sains dan Matematik di SMK Pangkor
      1.3.3     Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran


1.4      Persoalan Kajian
Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
      1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam
         pengajaran mereka?
      2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran
         penggunaan komputer dan internet di kalangan responden?
      3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk
         mendapatkan bahan pengajaran?



                                           2
4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang
         dibekalkan?
      5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan, adakah
         ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran?
      6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian
         kursus yang dibekalkan?
      7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran?


1.5      Kepentingan Kajian
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer
(internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik
dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah dan ia juga
merupakan kajian kes yang dijalankan bagi sekolah menengah di Pangkor. Hasil kajian
ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai
pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat
perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengan
kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan
lebih kerap dan efektif. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan
mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains
dan Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat
dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit
secara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan
impak globalisasi.




2.0      LITERATUR
2.1      Kajian Literatur
Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan peralatan
di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke
atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-
faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke

                                           3
atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih
pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka
memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam
kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai
cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana
dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang
dipertanggungjawabkan.
       Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah
daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa
pengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara
tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar
dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.
       Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di
beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan
sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap
penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas
dan dipertingkatkan terlebih dahulu.
       Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-
guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru
mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau
juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap
keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan
komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan
penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.




3.0    METODOLOGI KAJIAN

                                           4
3.1    Pengenalan
Pada asasnya bab ini akan menerangkan metodologi kajian yang merangkumi rekabentuk
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan tatacara penganlisaan data.




3.2    Rekabentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalam
pengajaran Sains dan Matematik di kalangan guru-guru Sains dan Matematik.
Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil
menggunakan borang soal selidik.


3.3    Sampel Kajian
Responden dalam kajian ini terdiri dari 30 guru Sains dan Matematik (15 guru Sains dan
15 guru Matematik) di Pulau Pangkor. Hanya sebuah sekolah dipilih iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Pangkor. Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7
orang guru lelaki dan 24 orang guru perempuan.


3.4    Instrumen kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang
soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar
belakang respondan, Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam
pengajaran Sains dan Matematik, Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam
pengajaran Sains dan Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media
komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik.
       Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sains
dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Jika
peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50%
hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah.




                                           5
4.0    DAPATAN KAJIAN
4.1    Pengenalan
Dalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.
Penganalisisan data dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan skop kajian yang telah
ditetapkan. Perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’17 (SPSS) digunakan
untuk menganalisis data-data dalam kajian ini.
4.2    Bahagian A – Latar Belakang Responden
Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilangan
responden yang terlibat terdiri daripada 15 orang guru Sains dan 15 orang guru
Matematik daripada SMK Pangkor. Terdapat 7 soalan yang dikemukakan di dalam
bahagian ini iaitu jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar, tahap kemahiran
menggunakan komputer dan internet serta pengalaman menghadiri kursus komputer.


4.2.1 Jantina
                                      Jadual 4.1:
          Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
                                   Guru Sains          Guru Matematik
        Jantina                     Bilangan               Bilangan
        Lelaki                       0 (0%)                   3 (20%)
        Perempuan                   15 (100%)                 12 (80%)


Dapatan hasil menunjukkan 100% guru Sains dan 12 orang (80%) guru Matematik adalah
perempuan. Ini bermaksud majoriti guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor adalah
terdiri daripada guru perempuan.


4.2.2 Umur
                                      Jadual 4.2:
           Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur
                                   Guru Sains                  Guru Matematik
        Umur                        Bilangan                      Bilangan
        24-30                        2 (13%)                      1 (7%)

                                           6
31-37                      8 (53%)                     9 (60%)
        38-44                      4 (27%)                     3 (20%)
        45 ke atas                 1 (7%)                      2 (13%)


Kebanyakan responden berumur 31 hingga 37 iaitu 8 orang (53%) guru Sains dan 9 orang
(60%) guru Matematik, hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru
Matematik berumur 45 ke atas. Ini bermakna responden adalah guru yang masih muda.


4.2.3 Kemahiran Menggunakan Komputer
                                      Jadual 4.3:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Menggunakan
                                      Komputer
                                               Guru Sains       Guru Matematik
        Kemahiran mengguna komputer               Bilangan          Bilangan
        Mahir                                     6 (40%)           10 (67%)
        Sederhana                                 6 (40%)            3 (20%)
        Tidak mahir                               3 (20%)            2 (13%)


Menurut Jadual 4.3, terdapat 6 orang (40%) guru Sains dan 10 orang (67%) guru
Matematik mahir mengguna komputer, 6 orang (40%) guru Sains dan 3 orang (20%) guru
Matematik sederhana mahir mengguna komputer. Ini menunjukkan 80% ke atas guru
Sains dan guru Matematik mempunyai kemahiran asas mengguna komputer.


4.2.4 Kemahiran Menggunakan Internet
                                      Jadual 4.4:
  Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Mengguna
                                       Internet
                                          Guru Sains             Guru Matematik
        Kemahiran mengguna internet        Bilangan                  Bilangan
        Mahir                                 6 (40%)              5 (33%)
        Sederhana                             5 (33%)              8 (53%)

                                          7
Tidak mahir                           4 (27%)               2 (13%)


Kajian menunjukkan 6 orang (40%) guru Sains dan 5 orang (33%) guru Matematik mahir
menngunakan internet, manakala 5 orang (33%) guru Sains dan 8 orang (53%) guru
Matematik sederhana mahir mengguna internet. Bilangan guru Sains yang tidak mahir
mengguna internet melebihi 2 orang daripada guru Matemati iaitu 4 orang (27%).


4.2.5 Pengalaman Menghadiri Kursus
                                     Jadual 4.5:
 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Menghadiri
                                       Kursus
                                              Guru Sains          Guru Matematik
        Pengalaman menghadiri kursus           Bilangan               Bilangan
        Pernah                                  14 (93%)             13 (87%)
        Tidak pernah                             1 (7%)              2 (13%)


Hampir kesemua guru Sains dan guru Matematik pernah menghadiri kursus komputer
hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru Matematik tidak pernah
menghadiri kursus komputer. Kebanyakan guru Sains dan Matematik menghadiri kursus
semasa pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).


4.3    Bahagian B - Tahap Penggunaan Media Dalam Pengajaran
Bahagian B terdapat 7 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap
penggunaan media dalam pengajaran.


4.3.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan media dalam pengajaran
                                     Jadual 4.6:
  Skor Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Penggunaan Media Dalam
                                     Pengajaran
                                                   Guru Sains       Guru Matematik

                                          8
Skor kekerapan dan peratus                  Bilangan            Bilangan
        Buku teks                                 15 (100%)           15 (100%)
        Lembaran kerja                             14 (93%)           15 (100%)
        OHP                                         0 (0%)              0 (0%)
        Komputer (perisian kursus)                 11 (73%)            7 (47%)
        Komputer (internet)                        7 (47%)             5 (33%)
        Radio (CD)                                 2 (13%)              1 (7%)
        Video (VCD/DVD)                            10 (67%)            8 (53%)
        Objek sebenar seperti carta dll            12 (80%)            7 (47%)


Berdasarkan Jadual 4.6, guru Matematik 100% mengguna buku teks dan lembaran kerja.
Keadaan ini lebih kurang sama dengan guru Sains iaitu buku teks (100%), lembaran kerja
(93%) dan carta (80%). Media yang berada pada tahap penggunaan sederhana ialah
komputer (53%), video (67%) dan pengguana media bagi guru Matematik pada tahap
sederhana ialah komputer (47%), video (53%) dan carta (47%). Hampir tiada guru Sains
dan guru Matematik mengguna OHP dan radio semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, ini mungkin peralatan OHP dan perisian radio tidak
dibekalkan lagi. Dapatan kajian menunjukkan guru SMK Pangkor masih cenderong
menggunakan kaedah lama iaitu ’chalk and talk’.
       Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru Sains (73%)
yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik (47%). Ini mungkin
kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus
telah dilengkapkan di dalam makmal Sains. Guru-guru Sains tidak perlu membawa
peralatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau
bilik media untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains
mempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup
kembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik
terpaksa menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan
seperti laptop, LCD, extension wire di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jika
dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendah
bagi kedua-dua panitia Sains dan Matematik.

                                          9
4.4    Bahagian C – Tahap Penggunaan Media Komputer


Bahagian C terdapat 10 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap
penggunaan media komputer iaitu perisian kursus dan penggunaan internet.


4.4.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan perisian kursus dalam pengajaran
                                     Jadual 4.7:
  Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Perisian Kursus Dalam Pengajaran
                                                   Guru Sains       Guru Matematik
        Skor kekerapan dan peratus                  Bilangan           Bilangan
        Pengenalpastian perisian kursus yang
        sesuai                                     10 (67%)           9 (60%)
        Install pengisisan                         6 (40%)            5 (33%)
        Explore pengisian                          5 (33%)            4 (27%)
        Perisian bantu mencapai objektif           10 (67%)           9 (60%)
        Suka mengguna perisian                     8 (53%)            10 (67%)
        Mengambil masa lama untuk
        memasang alatan                            6 (40%)            14 (93%)


Dari segi pengenalpastian perisian kursus yang sesuai dan suka menggunakan perisian,
guru Sains dan guru Matematik menunjukkan peratusan persetujuan yang sederhana. 67%
guru Sains dan 60% guru Matematik bersetuju perisian kursus membantu mereka
mencapai objektif pengajaran. Manakala penginstalsian dan explore sebelum digunakan
menunjukkan peratus persetujuan yang rendah. Guru Matematik menunjukkan
persetujuan yang tinggi tentang mengambil masa lama untuk memasang alatan iaitu 93%.
Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik,
guru Sains lebih berminat menggunakannya dalam P&P.

                                           10
4.4.2 Skor kekerapan dan peratus penggunaan internet dalam pengajaran
                                        Jadual 4.8:
       Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Internet Dalam Pengajaran
                                                      Guru Sains   Guru Matematik
        Skor kekerapan dan peratus                     Bilangan         Bilangan
        Tahu layari internet mendapat
        maklumat                                      14 (93%)      12 (80%)
        Penggunaan laman web penddikan
        mencari bahan mengajar                        13 (87%)       10(67%)
        Tahu muat turun bahan dari internet           12 (80%)      12 (80%)
        Copy- paste bahan dari internet ke
        MsWord, ppt dan excel                         14 (93%)      11 (73%)


Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru Sains mempunyai tahap pengetahuan yang
sangat baik (80% ke atas) tentang penggunaan internet berbanding dengan guru
Matematik, didapati guru Matematik kurang berpengetahuan tentang internet, namun
perbezaannya tidak begitu ketara.


4.5    Bahagian D – Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer


Bahagian D terdapat 12 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangan
dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Daripada dapatan, didapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi
oleh guru Sains dan guru Matematik dalam menggunakan media komputer:




                                             11
4.5.1 Skor kekerapan dan peratus kekangan yang dihadapi oleh guru Sains dan guru
Matematik
                                        Jadual 4.9:
  Skor Kekerapan Dan Peratus Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Sains Dan
                                   Guru Matematik
                                                      Guru Sains   Guru Matematik
       Skor kekerapan dan peratus                      Bilangan       Bilangan
       Tidak cukup masa untuk meneliti dan
       menggunakan perisian kursus.                   10 (67%)       14 (93%)
       Tidak cukup masa untuk melayari internet       14 (93%)      15 (100%)
       Terpaksa membawa banyak alat seperti
       laptop, LCD dll                                5 (33%)       15 (100%)
       Alatan tidak berfungsi dengan baik             12 (80%)       14 (93%)
       Talian internet di sekolah kurang
       memuaskan.                                     13 (87%)       13 (87%)
       Tiada kakitangan terlatih untuk
       membantu.                                      5 (33%)        10 (67%)
       Bilik darjah tidak mempunyai
       kelengkapan peralatan yang cukup untuk
       penggunaan media komputer dalam
       pengajaran.                                    5 (33%)        13 (87%)
       Tiada talian internet di rumah                 3 (20%)        5 (33%)
       Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin
       dan speaker terletak jauh dari bilik guru.     5 (33%)        14 (93%)
       Tiada kursus dalaman tentang penggunaan
       media komputer untuk guru.                     8 (53%)        8 (53%)
       Perisian kursus sukar diperolehi.              3 (20%)        5 (33%)
       Guru-guru kurang pengetahuan dan

                                            12
kemahiran dalam penggunaan media
        komputer                                      3 (20%)           5 (33%)


Menurut hasil kajian, lebih 60% guru Sains dan guru Matematik mengalami masalah
masa untuk mengguna perisian komputer dan melayari internet. Manakala jika
dibandingkan dengan kelengkapan peralatan seperti bilik, laptop, LCD, talian internet,
pembantu makmal dan lain-lain alatan teknologi, guru Sains menunjukkan persetujuan
yang lebih rendah daripada guru Matematik. Ini disebabakan sekolah telah melengkapkan
makmal sains dengan peralatan komputer, di samping itu, setiap makmal sains juga telah
dibekalkan seorang pembantu makmal. Maka guru Sains kurang mengalami masalah
kelengkapan komputer.
       Di sebaliknya jika guru Matematik hendak menggunakan peralatan komputer,
mereka perlu masa yang banyak untuk membuat persediaan seperti mencari bilik,
mencari perisian komputer, memasang laptop dan LCD. Berdasarkan hasil kajian, 100%
guru Matematik bersetuju terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dan lain-
lain peralatan jika hendak mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajara. Jika
berlaku masalah seperti pemasangan atau alatan tidak berfungsi, guru Matematik terpaksa
meminta tolong dari guru yang mahir. Guru Sains dan Matematik (87%) mengalami
masalah talian internet di sekolah kurang memuaskan. Ini mungkin menjadi halangan
bagi guru SMK Pangkor mengguna internet semasa pengajaran dan pembelajaran.




5.0    ULASAN DAN CADANGAN
5.1    Rumusan
       Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Sains dan Matematik di SMK
Pangkor menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dengan berkesan. Namun dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara di
antara guru Sains dan Matematik dalam aspek penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ini ditunjukkan dalam dapatan kajian di mana sebanyak 73% guru
Sains menggunakan komputer berbanding dengan hanya 47% guru Matematik yang

                                          13
menggunakannya semasa mengajar. Ini menunjukkan guru-guru Sains di SMK Pangkor
mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam
membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada
setiap guru Sains dan Matematik dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajran
berjalan dengan lancar dan objektifnya dicapai.
         Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guru
Matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 47%. Ini kerana
pengajaran dan pembelajaran Matematik banyak dilakukan di dalam kelas berbanding
dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang memang
telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti LCD projector, skrin dan speaker.
Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu makmal yang dapat membantu
guru-guru Sains menyediakan peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya
kembali setelah habis pengajaran. Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama
ada guru-guru Sains atau Matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari
maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan
pengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-
guru tidak sempat untuk melihat secara teliti perisian kursus yang sesuai digunakan bagi
tahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu.


5.2      Cadangan
      Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :
      1. Pihak panitia boleh merancang kursus dalaman secara berkala dengan tujuan
         melengkapkan guru-guru yang masih belum mahir dengan kemudahan media
         komputer dan internet dengan maklumat dan skil yang lebih.
      2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi
         meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan mengikut
         tingkatan yang diajar dan berkongsi teknik terbaik untuk menggunakan perisian
         yang disediakan oleh KPM.
Kesimpulannya, guru-guru Sains dan Matematik mempunyai persepsi yang sangat baik
terhadap penggunaan       komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan
perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas

                                            14
yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak
dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.


5.3    Penutup
       Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menarik
pelajar untuk lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih
menarik dan bermakna. Dengan itu, para guru harus dibantu bagi membolehkan mereka
menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru Sains dan
Matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Walaupun
penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini tidak harus mematahkan
semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi hanya merupakan
sebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia sama
sekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai seorang pendidik. Pendidikan
hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.




                                         15
Rujukan


Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher
education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.


Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology.
3:50-54.


Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of
existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis.
Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.


Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley
Publication Company.


Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah
%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf


Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and
learning. Stirling, USA: Kogan Page.


Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background
Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13

                                             16
Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing
Countries
www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20


Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana
Universiti Putra Malaysia


Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di
Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian :
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf


Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di
Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.




                                           17
KANDUNGAN


1.0   PENDAHULUAN
      1.1   Pengenalan                                             1
      1.2   Pernyataan Masalah                                     1
      1.3   Objektif Kajian                                        2
      1.4   Persoalan Kajian                                       2
      1.5   Kepentingan Kajian                                     3
2.0   LITERATUR
      2.1   Kajian Literatur                                       3
3.0   METODOLOGI KAJIAN
      3.1   Pengenalan                                             4
      3.2   Rekabentuk Kajian                                      5
      3.3   Sampel Kajian                                          5
      3.4   Instrumen Kajian                                       5
4.0   DAPATAN KAJIAN
      4.1   Pengenalan                                             5
      4.2   Bahagian A: Latarbelakang Responden                    6
      4.3   Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran    8
      4.4   Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer            10
      4.5   Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer   11
5.0   ULASAN DAN CADANGAN
      5.1   Ulasan                                                 13
      5.2   Cadangan                                               14
      5.3   Penutup                                                15




                                     18
Rujukan        16




          19

More Related Content

What's hot

61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-bigdeera zahrin
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Model kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliottModel kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliottRzain Zul
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srEsTee Wang
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 

What's hot (20)

61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Model kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliottModel kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliott
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru sr
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 

Similar to TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis MathsTee Teh
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044zailaamir
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044zailaamir
 
Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044
Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044
Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044Jeya Kumar
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 zailaamir
 
Bahasa melayu&komputer
Bahasa melayu&komputerBahasa melayu&komputer
Bahasa melayu&komputerRobishah Din
 
Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)Sazlina Man
 
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Lutfi Fahmi
 
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200shila siti
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 

Similar to TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN (20)

Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis Maths
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
Jurnal kajian
Jurnal kajianJurnal kajian
Jurnal kajian
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044Ulasan jurnal KPT6044
Ulasan jurnal KPT6044
 
Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044
Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044
Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044
 
Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044 Ulasan jurnal kpt6044
Ulasan jurnal kpt6044
 
Bahasa melayu&komputer
Bahasa melayu&komputerBahasa melayu&komputer
Bahasa melayu&komputer
 
Jurnal pp
Jurnal ppJurnal pp
Jurnal pp
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)Zurina yasak (dekan2010)
Zurina yasak (dekan2010)
 
Tahap ict
Tahap ictTahap ict
Tahap ict
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
 
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Asg 3
Asg 3Asg 3
Asg 3
 

More from Shemila Elaine Ambrose (7)

Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Tak Nak Merokok
Tak Nak MerokokTak Nak Merokok
Tak Nak Merokok
 
Tak Nak Merokok
Tak Nak MerokokTak Nak Merokok
Tak Nak Merokok
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Ceramah Keremajaan
Ceramah Keremajaan Ceramah Keremajaan
Ceramah Keremajaan
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

  • 1. TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SMK PANGKOR, PERAK 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dan perkayaan ilmu pada hari ini menjadi lebih pantas dengan peranan yang dimainkan oleh komputer dan internet dalam pendidikan. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) adalah terminologi yang digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al.(1998), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang penggunaan komputer secara terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa PBK amat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional. Dalam menghadapi arus globalisasi, Sains dan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya. 1.2 Pernyataan Masalah Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positif disamping menarik minat pengajar dan pelajar. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen, mesin taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian 1
  • 2. akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yang besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik (Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 15 orang guru Sains dan 15 orang guru Matematik. Objektif kajian adalah seperti dibawah: 1.3.1 Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru- guru Sains dan Matematik dalam pengajaran 1.3.2 Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor 1.3.3 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran 1.4 Persoalan Kajian Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam pengajaran mereka? 2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran penggunaan komputer dan internet di kalangan responden? 3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk mendapatkan bahan pengajaran? 2
  • 3. 4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang dibekalkan? 5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan, adakah ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran? 6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian kursus yang dibekalkan? 7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran? 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer (internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah dan ia juga merupakan kajian kes yang dijalankan bagi sekolah menengah di Pangkor. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan impak globalisasi. 2.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor- faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke 3
  • 4. atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru- guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 4
  • 5. 3.1 Pengenalan Pada asasnya bab ini akan menerangkan metodologi kajian yang merangkumi rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan tatacara penganlisaan data. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik di kalangan guru-guru Sains dan Matematik. Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik. 3.3 Sampel Kajian Responden dalam kajian ini terdiri dari 30 guru Sains dan Matematik (15 guru Sains dan 15 guru Matematik) di Pulau Pangkor. Hanya sebuah sekolah dipilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor. Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang guru lelaki dan 24 orang guru perempuan. 3.4 Instrumen kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar belakang respondan, Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Sains dan Matematik, Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik. Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sains dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Jika peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50% hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah. 5
  • 6. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Penganalisisan data dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan skop kajian yang telah ditetapkan. Perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’17 (SPSS) digunakan untuk menganalisis data-data dalam kajian ini. 4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilangan responden yang terlibat terdiri daripada 15 orang guru Sains dan 15 orang guru Matematik daripada SMK Pangkor. Terdapat 7 soalan yang dikemukakan di dalam bahagian ini iaitu jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar, tahap kemahiran menggunakan komputer dan internet serta pengalaman menghadiri kursus komputer. 4.2.1 Jantina Jadual 4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Guru Sains Guru Matematik Jantina Bilangan Bilangan Lelaki 0 (0%) 3 (20%) Perempuan 15 (100%) 12 (80%) Dapatan hasil menunjukkan 100% guru Sains dan 12 orang (80%) guru Matematik adalah perempuan. Ini bermaksud majoriti guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor adalah terdiri daripada guru perempuan. 4.2.2 Umur Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur Guru Sains Guru Matematik Umur Bilangan Bilangan 24-30 2 (13%) 1 (7%) 6
  • 7. 31-37 8 (53%) 9 (60%) 38-44 4 (27%) 3 (20%) 45 ke atas 1 (7%) 2 (13%) Kebanyakan responden berumur 31 hingga 37 iaitu 8 orang (53%) guru Sains dan 9 orang (60%) guru Matematik, hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru Matematik berumur 45 ke atas. Ini bermakna responden adalah guru yang masih muda. 4.2.3 Kemahiran Menggunakan Komputer Jadual 4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Menggunakan Komputer Guru Sains Guru Matematik Kemahiran mengguna komputer Bilangan Bilangan Mahir 6 (40%) 10 (67%) Sederhana 6 (40%) 3 (20%) Tidak mahir 3 (20%) 2 (13%) Menurut Jadual 4.3, terdapat 6 orang (40%) guru Sains dan 10 orang (67%) guru Matematik mahir mengguna komputer, 6 orang (40%) guru Sains dan 3 orang (20%) guru Matematik sederhana mahir mengguna komputer. Ini menunjukkan 80% ke atas guru Sains dan guru Matematik mempunyai kemahiran asas mengguna komputer. 4.2.4 Kemahiran Menggunakan Internet Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Mengguna Internet Guru Sains Guru Matematik Kemahiran mengguna internet Bilangan Bilangan Mahir 6 (40%) 5 (33%) Sederhana 5 (33%) 8 (53%) 7
  • 8. Tidak mahir 4 (27%) 2 (13%) Kajian menunjukkan 6 orang (40%) guru Sains dan 5 orang (33%) guru Matematik mahir menngunakan internet, manakala 5 orang (33%) guru Sains dan 8 orang (53%) guru Matematik sederhana mahir mengguna internet. Bilangan guru Sains yang tidak mahir mengguna internet melebihi 2 orang daripada guru Matemati iaitu 4 orang (27%). 4.2.5 Pengalaman Menghadiri Kursus Jadual 4.5: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Menghadiri Kursus Guru Sains Guru Matematik Pengalaman menghadiri kursus Bilangan Bilangan Pernah 14 (93%) 13 (87%) Tidak pernah 1 (7%) 2 (13%) Hampir kesemua guru Sains dan guru Matematik pernah menghadiri kursus komputer hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru Matematik tidak pernah menghadiri kursus komputer. Kebanyakan guru Sains dan Matematik menghadiri kursus semasa pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 4.3 Bahagian B - Tahap Penggunaan Media Dalam Pengajaran Bahagian B terdapat 7 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap penggunaan media dalam pengajaran. 4.3.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan media dalam pengajaran Jadual 4.6: Skor Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Penggunaan Media Dalam Pengajaran Guru Sains Guru Matematik 8
  • 9. Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Buku teks 15 (100%) 15 (100%) Lembaran kerja 14 (93%) 15 (100%) OHP 0 (0%) 0 (0%) Komputer (perisian kursus) 11 (73%) 7 (47%) Komputer (internet) 7 (47%) 5 (33%) Radio (CD) 2 (13%) 1 (7%) Video (VCD/DVD) 10 (67%) 8 (53%) Objek sebenar seperti carta dll 12 (80%) 7 (47%) Berdasarkan Jadual 4.6, guru Matematik 100% mengguna buku teks dan lembaran kerja. Keadaan ini lebih kurang sama dengan guru Sains iaitu buku teks (100%), lembaran kerja (93%) dan carta (80%). Media yang berada pada tahap penggunaan sederhana ialah komputer (53%), video (67%) dan pengguana media bagi guru Matematik pada tahap sederhana ialah komputer (47%), video (53%) dan carta (47%). Hampir tiada guru Sains dan guru Matematik mengguna OHP dan radio semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, ini mungkin peralatan OHP dan perisian radio tidak dibekalkan lagi. Dapatan kajian menunjukkan guru SMK Pangkor masih cenderong menggunakan kaedah lama iaitu ’chalk and talk’. Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru Sains (73%) yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik (47%). Ini mungkin kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di dalam makmal Sains. Guru-guru Sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti laptop, LCD, extension wire di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jika dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia Sains dan Matematik. 9
  • 10. 4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan Media Komputer Bahagian C terdapat 10 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap penggunaan media komputer iaitu perisian kursus dan penggunaan internet. 4.4.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan perisian kursus dalam pengajaran Jadual 4.7: Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Perisian Kursus Dalam Pengajaran Guru Sains Guru Matematik Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Pengenalpastian perisian kursus yang sesuai 10 (67%) 9 (60%) Install pengisisan 6 (40%) 5 (33%) Explore pengisian 5 (33%) 4 (27%) Perisian bantu mencapai objektif 10 (67%) 9 (60%) Suka mengguna perisian 8 (53%) 10 (67%) Mengambil masa lama untuk memasang alatan 6 (40%) 14 (93%) Dari segi pengenalpastian perisian kursus yang sesuai dan suka menggunakan perisian, guru Sains dan guru Matematik menunjukkan peratusan persetujuan yang sederhana. 67% guru Sains dan 60% guru Matematik bersetuju perisian kursus membantu mereka mencapai objektif pengajaran. Manakala penginstalsian dan explore sebelum digunakan menunjukkan peratus persetujuan yang rendah. Guru Matematik menunjukkan persetujuan yang tinggi tentang mengambil masa lama untuk memasang alatan iaitu 93%. Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik, guru Sains lebih berminat menggunakannya dalam P&P. 10
  • 11. 4.4.2 Skor kekerapan dan peratus penggunaan internet dalam pengajaran Jadual 4.8: Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Guru Sains Guru Matematik Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Tahu layari internet mendapat maklumat 14 (93%) 12 (80%) Penggunaan laman web penddikan mencari bahan mengajar 13 (87%) 10(67%) Tahu muat turun bahan dari internet 12 (80%) 12 (80%) Copy- paste bahan dari internet ke MsWord, ppt dan excel 14 (93%) 11 (73%) Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru Sains mempunyai tahap pengetahuan yang sangat baik (80% ke atas) tentang penggunaan internet berbanding dengan guru Matematik, didapati guru Matematik kurang berpengetahuan tentang internet, namun perbezaannya tidak begitu ketara. 4.5 Bahagian D – Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Bahagian D terdapat 12 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Daripada dapatan, didapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh guru Sains dan guru Matematik dalam menggunakan media komputer: 11
  • 12. 4.5.1 Skor kekerapan dan peratus kekangan yang dihadapi oleh guru Sains dan guru Matematik Jadual 4.9: Skor Kekerapan Dan Peratus Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Sains Dan Guru Matematik Guru Sains Guru Matematik Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan Tidak cukup masa untuk meneliti dan menggunakan perisian kursus. 10 (67%) 14 (93%) Tidak cukup masa untuk melayari internet 14 (93%) 15 (100%) Terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll 5 (33%) 15 (100%) Alatan tidak berfungsi dengan baik 12 (80%) 14 (93%) Talian internet di sekolah kurang memuaskan. 13 (87%) 13 (87%) Tiada kakitangan terlatih untuk membantu. 5 (33%) 10 (67%) Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran. 5 (33%) 13 (87%) Tiada talian internet di rumah 3 (20%) 5 (33%) Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan speaker terletak jauh dari bilik guru. 5 (33%) 14 (93%) Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru. 8 (53%) 8 (53%) Perisian kursus sukar diperolehi. 3 (20%) 5 (33%) Guru-guru kurang pengetahuan dan 12
  • 13. kemahiran dalam penggunaan media komputer 3 (20%) 5 (33%) Menurut hasil kajian, lebih 60% guru Sains dan guru Matematik mengalami masalah masa untuk mengguna perisian komputer dan melayari internet. Manakala jika dibandingkan dengan kelengkapan peralatan seperti bilik, laptop, LCD, talian internet, pembantu makmal dan lain-lain alatan teknologi, guru Sains menunjukkan persetujuan yang lebih rendah daripada guru Matematik. Ini disebabakan sekolah telah melengkapkan makmal sains dengan peralatan komputer, di samping itu, setiap makmal sains juga telah dibekalkan seorang pembantu makmal. Maka guru Sains kurang mengalami masalah kelengkapan komputer. Di sebaliknya jika guru Matematik hendak menggunakan peralatan komputer, mereka perlu masa yang banyak untuk membuat persediaan seperti mencari bilik, mencari perisian komputer, memasang laptop dan LCD. Berdasarkan hasil kajian, 100% guru Matematik bersetuju terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dan lain- lain peralatan jika hendak mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajara. Jika berlaku masalah seperti pemasangan atau alatan tidak berfungsi, guru Matematik terpaksa meminta tolong dari guru yang mahir. Guru Sains dan Matematik (87%) mengalami masalah talian internet di sekolah kurang memuaskan. Ini mungkin menjadi halangan bagi guru SMK Pangkor mengguna internet semasa pengajaran dan pembelajaran. 5.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dengan berkesan. Namun dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara di antara guru Sains dan Matematik dalam aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini ditunjukkan dalam dapatan kajian di mana sebanyak 73% guru Sains menggunakan komputer berbanding dengan hanya 47% guru Matematik yang 13
  • 14. menggunakannya semasa mengajar. Ini menunjukkan guru-guru Sains di SMK Pangkor mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru Sains dan Matematik dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajran berjalan dengan lancar dan objektifnya dicapai. Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guru Matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 47%. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran Matematik banyak dilakukan di dalam kelas berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti LCD projector, skrin dan speaker. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu makmal yang dapat membantu guru-guru Sains menyediakan peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis pengajaran. Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada guru-guru Sains atau Matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru- guru tidak sempat untuk melihat secara teliti perisian kursus yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu. 5.2 Cadangan Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut : 1. Pihak panitia boleh merancang kursus dalaman secara berkala dengan tujuan melengkapkan guru-guru yang masih belum mahir dengan kemudahan media komputer dan internet dengan maklumat dan skil yang lebih. 2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan mengikut tingkatan yang diajar dan berkongsi teknik terbaik untuk menggunakan perisian yang disediakan oleh KPM. Kesimpulannya, guru-guru Sains dan Matematik mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas 14
  • 15. yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka. 5.3 Penutup Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menarik pelajar untuk lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih menarik dan bermakna. Dengan itu, para guru harus dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru Sains dan Matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini tidak harus mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi hanya merupakan sebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia sama sekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai seorang pendidik. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. 15
  • 16. Rujukan Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43. Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54. Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis. Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM. Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley Publication Company. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003 Artikel atas talian : http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah %20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and learning. Stirling, USA: Kogan Page. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13 16
  • 17. Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20 Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004 Jurnal atas talian : www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. 17
  • 18. KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 1 1.3 Objektif Kajian 2 1.4 Persoalan Kajian 2 1.5 Kepentingan Kajian 3 2.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur 3 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 4 3.2 Rekabentuk Kajian 5 3.3 Sampel Kajian 5 3.4 Instrumen Kajian 5 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 5 4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 6 4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 8 4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10 4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 11 5.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Ulasan 13 5.2 Cadangan 14 5.3 Penutup 15 18
  • 19. Rujukan 16 19