SlideShare a Scribd company logo
1
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SEMESTER 4 SIDANG AKADEMIK 2017/2018
HGM238 : EKONOMI & RUANG
SOALAN :
DENGAN MERUJUK KEPADA SATU DARIPADA BERIKUT, BINCANGKAN
FOKUS UTAMA STRATEGI PEMBANGUNAN TERSEBUT DAN KESANNYA
TERHADAP PEMBANGUNAN KAWASAN DAN EKONOMI DI MALAYSIA.
II. MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC)
DISEDIAKAN OLEH :
EDDY TERINISIP 132215
MOHD IMTIYAZ BIN AZMAN 132241
ZIBEON BIN LUHAIM 132198
NAMA PENSYARAH :
DR. NOORIAH YUSOF
TARIKH PENGHANTARAN :
19 APRIL 2018
2
1.0 PENGENALAN
MSC atau dikenali sebagai “Multimedia Super Corridor” merupakan salah satu inisiatif
nasional kerajaan Malaysia bagi industri informasi global dan teknologi komunikasi (ICT).
Pencetus idea bernas ini adalah dari Perdana Menteri Malaysia ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada tahun 1996. Ianya direka bagi menarik syarikat teknologi bertaraf dunia dan
pada waktu yang sama membimbing industri ICT tempatan. Disokong sepenuhnya oleh
Kerajaan, MSC Malaysia telah membawa transformasi negara ke arah K-Ekonomi sepanjang
sedekad setengah yang lalu. MSC Malaysia adalah pintu masuk ke industri ICT di Malaysia
dan rantau Asia.
Sumber: www.mdec.my/faq/msc-malaysia#
Rajah 1.1 : Logo MSC Malaysia
Lokasi MSC terletak di satu kawasan berteraskan teknologi serta pengetahuan yang
berkeluasan 15 x 50 kilometer persegi yang menjangkau kawasan segi tiga emas, meliputi
utara Menara Berkembar Petronas (KLCC) sehingga selatan Lapangan Terbang
Antarabangsa (KLIA), dan turut merangkumi Bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Pusat Bandar
Kuala Lumpur menyediakan sistem telekomunikasi moden yang lengkap di Menara Kuala
Lumpur. Sementara KLIA merupakan salah satu pintu masuk ke MSC. Manakala Putrajaya
pula ialah sebuah bandar pentadbiran pintar di mana Kerajaan Elektronik diperkenalkan dan
merupakan Pusat Bandar yang berteraskan IT.
3
2.0 FASA-FASA MSC
2.1 MSC Fasa 1 ( 1996 - 2003)
Sumber : http://www.digitalmalaysia.my/faq/msc-malaysia
Rajah 2.1 : MSC Fasa Pertama
Pada fasa pertama MSC (Rajah 2), lima cybercities telah pun berjaya dibangunkan
sepenuhnya, lebih daripada 1000 syarikat, terdapat juga universiti, status MSC yang
diberikan, tujuh kemegahan utama perintis inisiatif MSC, sebanyak 22, 000 jumlah pekerjaan
bernilai tinggi wujud, dan jumlah keseluruhan kekayaan sebanyak RM 6 Billion pendapatan
yang dijana.
2.2 MSC Fasa Seterusnya (2004-2010)
Dalam tahap permulaan fasa MSC kebangsaan dibawa fasa seterusnya, status MSC
cybercity, telah diberikan di Penang (di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan kawasan
sekitar) dan Kulim Hi-Tech Park (lihat rajah 3).
Sumber : http://www.digitalmalaysia.my/faq/msc-malaysia
Rajah 2.2 : Tahap Permulaan MSC fasa seterusnya
4
2.3 MSC Fasa 3 (2011-2020)
Semasa fasa akhir MSC 3 pada tahun 2020, agenda MSC akan dilanjutkan ke seluruh
negara. Ia akan mentransformasikan Malaysia untuk menjadi ekonomi dan masyarakat
berasaskan pengetahuan seperti yang dijangkakan pada tahun 2020.
Visi MSC : Sekarang hingga 2020
3.0 STRATEGI PEMBANGUNAN KORIDOR RAYA MULTIMEDIA
Kawasan Koridor Raya Multimedia bermula di ibu kota Malaysia iaitu Kuala
Lumpur, terus ke selatan merangkumi Menara Berkembar Petronas, hingga ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Koridor Raya Multimedia memainkan
peranan yang penting sebagai pusat pemangkin multimedia di kawasan ibu kota Negara kita,
iaitu Malaysia. Perbadanan multimedia bertaraf antarabangsa akan dijemput menempatkan
unit perniagaan serta kelengkapan penyelidikan dan perkembangan mereka di Kuala Lumpur,
sebagai tapak untuk membekalkan produk multimedia dan memberi perkhidmatan berkenaan
pasaran serantau dan seluruh dunia amnya.
Kerajaan Malaysia telah membuat pelbagai pelarasan dan perancangan dalam hal
perlembagaan, pembinaan prasarana serta jaminan pelaburannya untuk menarik lebih banyak
syarikat komputer dan multimedia bertaraf antarabangsa datang melabur di Koridor Raya
Multimedia. Pelarasan ini bertujuan untuk menarik lebih banyak pelabur di kawasan Koridor
Raya Multimedia dan memesatkan perkembangannya.
Kejayaan
menubuhkan
MSC
Fasa
1
Perkembangan
MSC sehingga
menjadi hub
global
Fasa
2
Mentransformas
i-kan Malaysia
ke masyarakat
berpengetahuan
Fasa
3
1996 -----------------------------2004-------------------------------------2010------------------------------2020
Menerajui
Ekonomi
Pengetahuan
Sumber : Laporan MSC Malaysia, 2015
Rajah 2.3 : Pelaksanaan MSC dibahagikan kepada tiga fasa dari tahun 1996-2020
5
3.1. Perbadanan Yang Terlibat Dalam Pembangunan Koridor Kaya Multimedia
(MSC)
Terdapat beberapa perbadanan yang sesuai untuk mendirikan syarikat di
Koridor Raya Multimedia iaitu, pengguna teknologi yang utama. Ini melibatkan
firma-firma besar di negara perindustrian yang ingin mencari sebuah pusat di Asia
untuk menggunakan teknologi telekomunikasi dan multimedianya, supaya menguasai
keunikan yang mengatasi saingannya dalam bidang yang mereka ceburi. Penggunaan
multimedia ini akan mempertingkatkan dan memberi nafas baru kepada fungsi-fungsi
perniagaan corak tradisional, misalnya pengurusan hal ehwal kewangan dengan
lingkaran maklumat sedunia (World Wide Web), kawalan jauh pengeluaran dan
pemasaran, peningkatan hubungan antara kakitangan serta produktiviti.
Teknologi baru ini termasuk pengendalian jual beli, pemasaran elektronik,
perkhidmatan pelanggan jarak jauh, perkhidmatan pengangkutan elektronik serta
penggunaan teknologi maklumat untuk menerbitkan risalah produk, ulasan produk
dan borang penempahan secara tempatan. Penggunaan multimedia ini amat berkesan
terhadap persaingan di antara pasaran jualan runcit, penerbitan, teleperubatan,
perkhidmatan kewangan, perkapalan, pengangkutan dan bidang-bidang lain.
Penglibatan perbadanan atau organisasi tertentu dalam pembangunan Koridor Raya
Multimedia ini membawa kepada satu impak yang besar serta perubahan. Penglibatan
ini merupakan salah satu strategi pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).
3.1.2 Pengeluar Produk Teknologi Multimedia Yang Utama
Syarikat-syarikat teknologi tinggi yang ingin mencari sebuah pusat di Asia
untuk mengeluarkan produk multimedia yang dapat digunakan dalam bidang
perniagaan, kewangan dan perkhidmatan. Produk seperti ini akan digunakan dalam
lingkaran pengilangan hubungan multimedia, kad pintar, sistem pejabat multimedia,
tele-perniagaan , pemberitaan multimedia, hiburan dan pendidikan. Koridor Raya
Multimedia ialah pusat yang ideal sebagai tapak penyelidikan, pengilangan,
pemasaran, dan pengedaran teknologi multimedia. Bermula dari Malaysia, lingkaran
ini akan berkembang ke Asia dan seluruh dunia.
6
3.1.3 Universiti Serta Pusat Penyelidikan Dan Perkembangan Perusahaan Yang
Bertumpu Kepada Penyelidikan Dan Perkembangan Multimedia
Universiti terulung bertaraf dunia yang mendirikan cawangannya di Koridor
Raya Multimedia akan menjadi institusi yang memberi peluang pengajian baru
kepada komuniti-komuniti lain. Institusi seperti ini merupakan institusi bestari yang
akan melatih mahasiswa secara pembelajaran jarak jauh, demi menghasilkan graduan-
graduan yang berkualiti tinggi. Pusat penyelidikan dan perkembangan syarikat-
syarikat keusahawanan akan dijemput untuk bekerjasama dengan institusi-institusi
pendidikan. Melalui pendidikan tinggi penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan
menghasilkan satu produk yang baru bagi membangunkan sesebuah negara.
3.1.4 Syarikat Permodalan
Sumber modal ialah unsur utama bagi usahawan baru dan faktor kejayaan bagi
perkembangan teknologi. Dalam konteks ini, syarikat permodalan yang bertapak di
Koridor Raya Multimedia dapat membekalkan bantuan modal kepada syarikat yang
berkelayakan.
3.2 Aplikasi MSC
Aplikasi MSC adalah salah satu strategi pembangunan untuk memastikan MSC
berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan rakyat negara ini serta berupaya menarik
pelabur asing, kerajaan telah menetapkan tujuh aplikasi perdana yang akan dibangunkan
sebagai projek utama sepanjang tempoh pembangunan MSC.
Aplikasi MSC terdiri daripada dua kumpulan iaitu pembangunan multimedia, di mana
dalam pembangunan ini terdapat empat projek iaitu kerajaan elektronik, sekolah bestari, kad
pelbagai guna dan teleperubatan. Manakala kumpulan yang kedua adalah dikategorikan
sebagai persekitaran multimedia. Dalam persekitaran multimedia terdapat tiga projek aplikasi
iaitu, kluster penyelidikan dan pembangunan (R&D), rangkaian pengilang sedunia dan pusat
pemasaran tanpa sempadan. Ketujuh-tujuh projek aplikasi ini adalah bertujuan untuk
membangunkan MSC.
7
3.2.1 Kerajaan Elektronik
Kerajaan elektronik adalah satu pusat pentadbiran elektronik yang terletak di
Putrajaya, dalam lingkungan MSC. Kerajaan elektronik ini akan dihubungkan dengan
bandar-bandar pentadbiran yang lai, untuk memberi perkhidmatan yang lebih lancar
dan efisien. Matlamat utama kerajaan elektronik ialah mempertingkatkan
keberkesanan pengurusan agensi-agensi kerajaan untuk kemudahan orang ramai,
memudahkan dokumentasi data kementerian kerajaan untuk memperbaiki mutu
perkhidmatan, memendekkan jarak penghantaran maklumat untuk mengurangkan kos,
mempertingkatkan keselamatan dan kerahsiaan. Perbadanan yang terlibat dalam
kerajaan elektronik ini adalah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC),
MAMPU dan McKinsey & Co. Perbadanan ini bertanggungjawab dalam penubuhan
kerajaan elektronik dengan bantuan koordinasi pihak swasta.
3.2.2 Kad Pelbagai Guna
Setelah 12 tahun dilancarkan, projek perdana tersebut boleh dibanggakan kerana
melakukan transformasi dalam penggunaan IT dan memberi kemudahan kepada rakyat.
Beralih daripada pengurusan secara konvensional, MSC Malaysia adalah faktor utama
kejayaan tersebut apabila sistem perkhidmatan kerajaan dan swasta kini boleh dinikmati
secara elektronik. Melalui aplikasi kad pelbagai guna ini ia telah memberikan satu
impak yang sangat besar dalam negara, terutamanya dalam memudahkan urusan
seharian masyarakat.
Salah satu contoh penggunaan kad pelbagai guna adalah Mykad ataupun dikenali
sebagai kad pengenalan. Ia bukan sekadar kad pengenalan tetapi memiliki banyak
kegunaan yang berkaitan dengan urusan kerajaan, menawarkan perkhidmatan tanpa
kertas, serta penyimpanan maklumat serta pelbagai aplikasi lain. Dengan sekeping cip
yang terkandung di dalamnya, pelbagai maklumat peribadi, maklumat kesihatan, lesen
memandu dan pasport pemiliknya boleh diakses dengan mudah. Menerusi Kiosk
pembaharuan passport (KiPPas) misalnya, pemilik pasport boleh memperbaharui
pasport mereka dalam masa sehari sahaja.
8
3.2.3 Teleperubatan
Teleperubatan adalah satu daripada tujuan aplikasi perdana awal MSC yang
dilancarkan oleh kerajaan pada 1997 dan kerajaan berharap aplikasi itu akan
merangsang usaha negara untuk melompat ke Era Maklumat. Empat projek itu ialah
Pelan Kesihatan Seumur Hidup (LHP), MCPHIE, Pendidikan Kesihatan Berterusan
(CME) dan Tele-perundingan yang direka bentuk bagi menyediakan sistem
penghantaran rawatan kesihatan bersepadu. Melalui tele-perubatan ia akan
memajukan negara kita bukan sahaja dari segi ekonomi malah dalam sains dan
teknologi perubatan.
3.2.4 Sekolah Bestari
Sekolah Bestari adalah merupakan satu institusi pendidikan yang
menggunakan teknologi multimedia, misalnya pusat pendidikan jarak jauh yang
mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh melalui internet. Universiti
Multimedia yang terletak di Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia juga salah satu
daripada Rancangan Sekolah Bestari. Dalam menjayakan konsep Sekolah Bestari ini
pihak kerajaan bekerjasama dengan syarikat swasta yang bertapak di Koridor Raya
Multimedia untuk menyelidik dan mengembangkan pengisian pembelajaran,
kurikulum, Alat Bantu Mengajar (ABM), latihan tenaga pengajar serta kemudahan-
kemudahan pengajaran yang lain.
3.2.5 Kluster Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
Kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah sama luas yang berdampingan
dengan Putrajaya untuk menumpukan segala projek penyelidikan dan perkembangan
teknologi maklumat. Cyberjaya menempatkan institusi dan rumah perniagaan yang
lengkap dengan kemudahan moden yang bertujuan sebagai pusat penyelidikan dan
perkembangan multimedia. Selain itu, kerajaan juga berusaha untuk menarik syarikat-
syarikat teknologi untuk melabur di kawasan ini bagi tujuan meningkatkan lagi dalam
perkembangan penyelidikan negara.
3.2.6 Rangkaian Pengilangan Sedunia
Aplikasi Rangkaian Pengilangan Sedunia (World Wide Manufacturing Web)
menggunakan kelengkapan sedia ada yang ada di Koridor Raya Multimedia dalam
pengeluaran produk pengilangan, dengan itu ia akan menarik lebih ramai pelabur
9
industri ke kawasan ini. Kemudahan rangkaian komunikasi yang ada perlu
dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu dalam mempertingkatkan produktiviti
negara dan perdagangan eksport.
3.2.7 Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
Perkembangan pesat multimedia dan maklumat digital telah membawa kepada
ketelusan sempadan rantau dan negara, ini seterusnya menggalakkan kebangkitan
ekonomi digital yang mempunyai pasarannya yang tersendiri. Koridor Raya
Multimedia mempunyai kemudahan komunikasi yang terbaik, oleh itu strategi
pemasaran tanpa sempadannya pasti akan menguntungkan banyak syarikat kecil dan
sederhana dan membantu dalam menerokai pasaran antarabangsa. Salah satu
matlamat dalam pusat pemasaran ini adalah memperkenalkan teknik pemasaran
terkini, melalui matlamat dapat dilihat bahawa negara kita tidak akan ketinggalan arus
dalam dunia perniagaan.
4.0 KESAN MSC KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA
4.1 Mewujudkan Aplikasi Perdana
Dalam projek MSC, kerajaan Malaysia telah mempelopori 7 aplikasi perdana iaitu ;
kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai Guna, Teleperubatan dan Sekolah bestari
dikategorikan sebagai Pembangunan Multimedia serta Kelompok Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D), Rangkaian Pengilangan Sedunia, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
dikategorikan sebagai Persekitaran Multimedia. Aplikasi-aplikasi perdana ini telah memberi
kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Sememangnya aplikasi-aplikasi telah
membawa dimensi baru dalam corak kehidupan dan cara perhubungan antara rakyat dengan
kerajaan seperti dengan pelaksanaan aplikasi e-kerajaan dan kad pintar. Dalam Kerajaan
Elektronik, Jabatan Kerajaan akan berfungsi secara atas talian (Online) untuk memudahkan
rakyat membuat pertanyaan, permohonan, dan pembaharuan lesen atau perkara-perkara lain.
Melalui sekolah bestari yang dibangunkan, suasana pembelajaran akan lebih menarik dan
kondusif. Kemudahan kad pelbagai guna yang diberikan kepada penduduk membolehkan
penduduk mendapat akses terhadap pelbagai kemudahan di negara ini.
10
4.2 Meningkatkan Imej Negara di Peringkat Global
MSC penting dalam pembangunan negara hal ini kerana ia dapat memberikan
pelbagai idea yang baru bukan sahaja dalam negara malah kepada negara lain. Hal ini
demikian kerana, MSC ini merupakan satu pengiktirafan atau aras yang menunjukkan
teknologi di negara kita ini semakin pesat membangun dan maju. Oleh itu, banyak negara
telah mengikut jejak negara kita ini iaitu Malaysia sebagai sebuah negara yang
mengetengahkan Industri Informasi Global. Sebagai contoh, Cyberport di Hong Kong.
Kewujudan MSC ini juga telah menunjukkan satu perkembangan yang sihat kerana ia telah
mewujudkan pasaran yang lebih luas dan bersifat menyeluruh dalam tiap-tiap aplikasi produk
yang dihasilkannya. Secara keseluruhannya, MSC Malaysia ini telah membuka mata dunia
dengan pengaplikasiannya dan pelaksanaan industrinya yang berasaskan teknologi dan
informasi. Banyak juga syarikat-syarikat asing yang telah datang ke Malaysia untuk
membuka perniagaannya di sini kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh kerajaan dan
juga faktor-faktor fizikal yang lain. MSC ini juga secara tidak sengajanya telah merancakkan
lagi persaingan antara negara di dalam saham, perniagaan dan bermacam-macam-macam
lagi. oleh itu, MSC ini telah mendatangkan pelbagai kelebihan kepada sesebuah negara itu
sendiri.
4.3 Meningkatkan Aktiviti R&D
Aktiviti R&D ini sangat penting dalam setiap bidang di setiap sektor pekerjaan.
Antara yang terpenting adalah di sektor perkilangan kerana ia akan dapat meningkatkan lagi
mutu dan kuantiti pengeluaran serta kualiti produk. Namun begitu, bukan semua kilang di
Malaysia ini dibenarkan untuk menjalankan R&D kerana ia akan membawa kepada kesan
pencemaran dan juga akan menjejaskan usaha untuk mewujudkan persekitaran yang bersih
dan semula jadi. Hal ini disebabkan, negara Malaysia pada masa ini sudah mempunyai
pelbagai jenis taman teknologi yang bersih dan cantik seperti di Kulim, Kedah dan Melaka
untuk aktiviti perkilangan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di bawah MSC
ini mestilah kilangnya bersifat reka bentuk dan tidak menjejaskan alam sekitar sekelilingnya.
Sebagai contoh, dalam bidang-bidang bio-teknologi, teknologi reka bentuk, reka bentuk aero
angkasa, farmasi dan lain-lain yang berkait rapat dengan IT sebagai asas R&D. Oleh itu,
dengan adanya MSC ini, ia menyebabkan kilang-kilang di Malaysia pada masa ini lebih
produktif dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.
11
4.4 MSC Membantu Dalam Bidang Pendidikan.
Penubuhan universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya merupakan
pemangkin kepada lahirnya graduan yang mempunyai prospek kepada pekerjaan. Hal ini
kerana, bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan multimedia dan teknologi seperti
kejuruteraan, IT, pengurusan dan bidang kreatif yang ditawarkan MMU ini memenuhi
kehendak serta kriteria dalam bidang pekerjaan terutama sekali pekerjaan yang ditawarkan
oleh syarikat-syarikat yang bertapak di dalam MSC sendiri. MMU juga sering mengadakan
hubungan kerjasama dengan syarikat-syarikat berstatus MSC seperti Telenor Research and
Innovation Centre Asia Pacific untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam
bidang ICT. Syarikat ini telah melihat MMU sebagai sebuah universiti yang dapat
menggabungkan antra Pendidikan dan pekerjaan. Secara tidak langsung memberi peluang
kepada pelajar tempatan untuk berkecimpung dalam bidang penyelidikan bagi membantu
membangunkan industri ICT.
4.5 MSC Memudahkan Aktiviti Pertanian
kehadiran MSC ini dalam sektor pertanian secara tidak langsung telah mewujudkan
pelbagai kemudahan terhadap para petani iaitu dengan munculnya kad pintar (MyKad) dan
ini telah memudahkan banyak pihak. Lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA)
ini mewujudkannya adalah untuk mengumpul data dengan cara mengimport data terbuka
kepada para peladang dan pedagang daripada Mykad ke dalam sistem mereka. Idea ini telah
diwujudkan pada April 2007 dengan sokongan pertubuhan seperti Multimedia Development
Corp SDN. BHD (MDeC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Projek e-
pasartani@FAMA telah dilangsungkan di Putrajaya, Kelana Jaya, Jerantut, dan Bukit
Gambir. Penggunaan MSC ini telah meletakkan Malaysia di hadapan dalam pengenalan cip
sebagai media untuk memungut data bagi aktiviti pertanian. Buktinya terdapat banyak
pasartani yang telah dibina dan digunakan oleh penduduk setempat. Melalui pembinaan ini
juga, telah menyebabkan para penjual mudah untuk mendapatkan pembekal dan juga tempat
berniaga mereka.
12
5.0 KESAN MSC TERHADAP EKONOMI MALAYSIA
Koridor yang menjadi pusat ujian bagi teknologi perisian dan multimedia itu bukan saja
bakal menjadi pemangkin pembangunan teknologi maklumat (IT) negara, tetapi memberi
impak terhadap ekonomi Malaysia khususnya untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Ke-
4 (4th
Industrial Revolution, 4IR) dan mencapai Wawasan 2020 serta merealisasikan aspirasi
Transformasi Nasional (TN50). Kesan positif dan negatif yang wujud dalam pelaksanaan
MSC akan dibincangkan dalam kajian ini.
5.1 Kesan Positif
5.1.1 Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-ekonomi)
K- ekonomi adalah istilah yang merujuk sama ada kepada ekonomi
pengetahuan yang memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pengurusan
pengetahuan dalam kerangka kekangan ekonomi, atau kepada ekonomi berasaskan
pengetahuan. Dalam erti yang kedua, ia merujuk kepada penggunaan teknologi
pengetahuan (seperti pengetahuan kejuruteraan dan pengurusan pengetahuan) untuk
menghasilkan manfaat ekonomi serta penciptaan pekerjaan (Peter Drucker, 1969).
Pembangunan MSC menandakan permulaan inisiatif ke arah K-ekonomi (Knowledge
economy) di Malaysia. Ini merupakan langkah dan usaha untuk menggalakkan
pembangunan syarikat ICT bertaraf dunia, pelbagai insentif telah disediakan bagi
menarik syarikat–syarikat ICT ke MSC. Malaysia mula meletakkan asas ekonomi
berlandaskan pengetahuan pada pertengahan tahun 1990. Pelancaran Koridor Raya
Multimedia (MSC) merupakan agenda fasa pertama ekonomi berasaskan
pengetahuan. Sementara itu, usaha yang berterusan telah diambil untuk meningkatkan
keupayaan beberapa bidang penting bagi memastikan peralihan ke arah ekonomi
berasaskan pengetahuan. Ini termasuklah pembangunan sumber manusia, sains dan
teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (R&D), infrastruktur dan info
struktur serta insentif dan pembiayaan. Pada masa yang sama, dengan adanya
infrastruktur dan info struktur bertaraf dunia yang komprehensif, MSC dapat
menawarkan persekitaran ICT yang terbaik dan kondusif untuk menerajui
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan, terutamanya dalam menarik pekerja
berpengetahuan dan industri berteknologi tinggi. (Laporan Kewangan MSC, 2001)
K-ekonomi telah mengerakkan perniagaan ke hadapan melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau Kluster Teknologi MSC Malaysia dengan
adanya syarikat berasaskan Information Technology (INFOTECH) iaitu Syarikat-
13
syarikat yang menjalankan kajian, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan,
perkhidmatan teknikal atau sokongan, pemasaran dan pengurusan mana-mana sistem
maklumat berasaskan pengkomputeran. Selain itu, IHL & Incubators di mana Institusi
pendidikan tinggi atau kemudahan yang menyediakan kursus berkaitan penciptaan
kandungan, maklumat bidang teknologi dan komunikasi. Inkubator yang penyewa
rumah terlibat ICT & multimedia (mis. Perisian, eCommerce, telekomunikasi),
bioteknologi dan / atau bioinformatik. Kemunculan syarikat berasaskan kandungan
kreatif & teknologi (CCT) iaitu Syarikat yang terlibat dalam penciptaan kandungan
digital kreatif. Ini terdiri daripada manipulasi elemen digital untuk mencapai
kemuncak dalam produk atau perkhidmatan komersial dan bekalan alat teknologi
bersekutu, perkhidmatan dan platform untuk menyokongnya aktiviti. Perkhidmatan
Perniagaan Global (GBS) juga turut memainkan peranan penting dalam K-ekonomi
yang memfokuskan perniagaan di mana perkhidmatan biasa disediakan oleh satu
organisasi dimanfaatkan skala ekonomi, atau peruntukan pada perkhidmatan itu
secara geografi dihilangkan dari pelanggan. (MSC-Malaysia Annual Industry
Report, 2015)
5.1.2 Pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)
Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) merupakan Zon Perdagangan Bebas
Digital pertama di dunia di Luar China. Zon ini adalah inisiatif di bawah Pelan hala
tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang bermatlamat untuk menggandakan
pertumbuhan e-Dagang daripada 10.8% kepada 20.8% dan meningkatkan sumbangan
kepada KDNK sebanyak 211 Billion menjelang 2020 (Laporan Ekonomi, 2018).
DFTZ muncul kesan pelaksanaan MSC yang menarik ramai pelabur asing datang ke
Malaysia khususnya Multinational Company yang berorientasikan ICT seperti Intel,
Samsung, dan banyak lagi. Melalui DFTZ, Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS)
akan lebih muda mengeksport produk ke peringkat global dan menyediakan pemain
pasaran dengan persekitaran perdagangan e-Dagang yang holistik. Persekitaran ini
dapat dilaksanakan melalui lokasi strategik yang dilengkapi dengan kemudahan
bertaraf dunia ; platform e-Perkhidmatan digital yang bersepadu untuk mengakses
penyedia perkhidmatan global terkemuka ; dan proses pengawalseliaan yang lebih
baik untuk meningkatkan kecekapan dalam pelepasan kastam dan kargo. DFTZ terdiri
daripada tiga komponen yang menggabungkan zon fizikal dan zon maya. Zon fizikal
14
terdiri daripada Hab e-Fulfilment dan Hab Perkhidmatan Satelit. Sementara itu,
platform e-Perkhidmatan pula berfungsi sebagai zon maya.
5.1.3 Memperkukuh Modal Insan
Kerajaan terus memperkukuh sistem pendidikan berasaskan pengetahuan
teknologi bagi melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan
industri teknologi dan maklumat. Buktinya, penubuhan beberapa institusi tinggi
berasaskan ICT seperti Multimedia University, institusi latihan yang menawarkan
kursus-kursus kemahiran penggunaan teknologi dan mesin, Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M) dan Pelaksanaan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia. Ia membuka peluang
yang luas terhadap masyarakat Malaysia khususnya golongan belia untuk
memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi menghadapi sektor
pekerjaan yang semakin mencabar. Sejajar dengan pelaksanaan MSC Malaysia,
Kerajaan terus melaksanakan beberapa program termasuk Program Dwibahasa atau
Dual Language Programme (DLP) di 6,715 sekolah bagi meningkatkan lagi
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Pada masa yang sama, penjajaran semula kokurikulum, kaedah penilaian dan
bahan pengajaran dan pembelajaran serta melatih semua guru Bahasa Inggeris dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan selaras dengan Common European Framework
of Reference for Languages (CEFR) telah dilaksanakan. Bagi menyediakan dan
mengukuhkan lagi modal insan dalam menghadapi dunia teknologi kini, komputer
dan tablet yang mengandungi perisian Tutor guru dan e-Surat khabar telah dibekalkan
kepada guru menggalakkan lagi
e-Pembelajaran dalam kelas. Selain melabur dalam bidang berkaitan
teknologi, perkhidmatan, penyelidikan dan sebagainya, syarikat tersebut juga tidak
lupa dalam pembangunan modal insan. Hal ini dapat dilihat melalui penyediaan
biasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar
negara. Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut secara tidak langsung
mendapat peluang untuk bekerja dalam syarikat-syarikat tersebut. Antara syarikat
berstatus MSC yang menyediakan geran biasiswa kepada golongan pelajar ialah
Petronas, Intel Corperation, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Telekom Malaysia (TM)
dan lain-lain. (Laporan Ekonomi, 2018)
15
5.1.4 Menyediakan Peluang Pekerjaan
Kemasukan pelabur-pelabur asing dan pelaburan pelabur tempatan dalam msc
MSC Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat untuk menceburkan diri dalam
pekerjaan yang berkaitan dengan teknologi. Berdasarkan Laporan Tahunan MSC pada
tahun 2015, sebanyak 158, 549 peluang pekerjaan telah wujud menunjukkan kenaikan
sebanyak 10, 981 dari tahun 2014 dan 87% pekerjanya adalah pekerja tempatan.
Pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar
dengan MSC bermula dari pekerja sampingan hinggalah ke tahap pengurusan.
Kewujudan MSC juga membuka peluang dalam bidang pendidikan seterusnya kepada
peluang pekerjaan. Penubuhan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya
boleh dianggap sebagai pemangkin ke arah melahirkan graduan universiti yang
mempunyai prospek kepada pekerjaan. Hal ini kerana, bidang-bidang yang
ditawarkan adalah berkaitan dengan multimedia dan teknologi seperti bidang
kejuruteraan, IT, pengurusan dan kreatif. Bidang-bidang yang ditawarkan oleh MMU
ini memenuhi kehendak dalam bidang pekerjaan terutama sekali pekerjaan yang
ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang bertapak di dalam MSC.
Selain itu, MMU juga banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat berstatus
MSC seperti Telenor Research and Innovation Centre Asia Pacific untuk membuat
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Syarikat-syarikat tersebut telah
melihat MMU sebagai sebuah universiti yang dapat menggabungkan antara
pendidikan dan pekerjaan. Melalui kerjasama ini secara tidak langsung memberi
peluang kepada pelajar-pelajar tempatan untuk terlibat dalam bidang penyelidikan
Sumber : MSC Annual Report, 2015
Graf 5.1 : Pertumbuhan jumlah pekerjaan dari tahun 2011-2015
16
untuk membantu membangunkan industri ICT di Malaysia dan seterusnya memberi
peluang untuk rakyat Malaysia menceburi bidang ICT di peringkat antarabangsa.
Bagi memperbanyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysian dan
mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan universiti, kerajaan juga
telah mengambil inisiatif dengan membangunkan beberapa lagi kawasan berstatus
MSC seperti di Kulim, Kedah, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Meru, Perak.
Kawasan-kawasan ini telah disediakan kemudahan dan infrastruktur serta pelbagai
inisiatif diberikan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di kawasan
tersebut. Kemasukan syarikat-syarikat ini seterusnya membuka peluang kepada
rakyat-rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
5.1.5 Sumber Pendapatan Ekonomi Negara
Sumber : MSC Annual Report, 2015
Graf 5.2 : Jumlah pekerjaan tahun 2015 berdasarkan kluster teknologi
Sumber : MSC Annual Report, 2015
Graf 5.2 : Prestasi MSC Malaysia
17
Laporan semasa kedudukan MSC setakat ini telah berjaya menarik sejumlah
249 syarikat baru, menjadikan jumlah keseluruhan syarikat berdaftar sebanyak 3, 881,
pelaburan baru sebanyak RM19.8 Billion, RM15.2 Billion daripada syarikat sedia
ada, RM42.1 Billion hasil pertumbuhan sebanyak 9% daripada tahun 2014, RM16.2
Bilion hasil jualan eksport pertumbuhan sebanyak 18% dari tahun 2014, jumlah
peluang pekerjaan sebanyak 158, 549 menunjukkan kenaikan sebanyak 10, 981
peningkatan pekerjaan dari tahun 2014 dan 87% adalah pekerja tempatan. (MSC-
Malaysia Annual Industry Report, 2015).
Berdasarkan graf jualan tempatan dan jualan eksport MSC Malaysia, ia
menunjukkan peningkatan jualan setiap tahun untuk kedua-dua jenis jualan. Jualan
tempatan (local sales) telah meningkat sebanyak RM1.14 Billion pada tahun 2015
dari tahun 2014, manakala jualan eksport meningkat sebanyak RM 2.43 Billion pada
tahun yang sama. Teras ekonomi digital negara adalah MSC. Sejak penubuhannya
pada tahun 1996, ia sudah menyumbang lebih RM295 bilion kepada pendapatan
ekonomi negara, RM238 bilion dalam bentuk pelaburan dan membuka lebih 158, 549
peluang pekerjaan. Hasil daripada kemasukan syarikat-syarikat asing dan penjualan
eksport, ia secara tidak langsung merancakkan lagi tukaran mata wang asing di
Malaysia.
Sumber : MSC Annual Report, 2015
Graf 5.3 : Jualan tempatan dan jualan eksport
18
5.2 Kesan Negatif
5.2.1 Penguasaan Ekonomi Negara oleh Syarikat Multinasional (MNC)
Kebanyakan syarikat yang melabur dan mendaftar di bawah MSC Malaysia
adalah syarikat-syarikat Multinasional (MNC) dari negara luar yang mempunyai
keupayaan modal yang tinggi, skala pengeluaran yang besar, penggunaan teknologi
yang canggih, dan kemampuan mengatasi jarak untuk bertempat di Malaysia. Antara
MNC yang sudah lama bertapak di negara dan diiktiraf sebagai syarikat MSC
termasuklah British Telecoms, Fujitsu-ICL, DHL, ACL, NCR, NEC, Nortel, Nippon
Telegraph and Telephone, Mitsubishi, Siemens, Reuters, Sumitomo, Sharp dan Sun
Microsystem. Syarikat Malaysia pula termasuk AIMS World Wide, Alam Teknorat
CSA, IOI-Multimedia, MIMOS Berhad, PNB, Renong Solutions, Sapura, TV3 dan
Telekom Malaysia. (Menangani Cabaran Dunia, Mei Ling Sieh Lee, 2007).
Syarikat-syarikat ini mampu melakukan manipulasi pasaran sehingga pesaing
tempatan gulung tikar kerana tidak lagi mampu bersaing, mengalami kerugian yang
besar, permintaan tidak konsisten dan akhirnya pesaing tempatan akan dikuasai MNC
melalui penjualan syarikat kecil atau penguasaan saham. Walau bagaimanapun,
terdapat syarikat-syarikat tempatan yang mampu bersaing dengan MNC malah
keuntungannya lebih besar dengan pasaran yang lebih luas.
5.2.2 Kesukaran Mengawal Aliran Modal Asing
Kemasukan syarikat-syarikat asing di negara ini membawa kepada berlakunya
aliran modal asing yang tinggi. Peningkatan syarikat berdaftar MSC setiap tahun akan
berlaku dan kebanyakan syarikat adalah syarikat dari negara luar. Konsep pasaran
bebas dalam globalisasi memberi kelebihan kepada pelabur luar selaku pemilik
modal. Ini kerana, kawalan yang sangat minimum sahaja boleh dikenakan ke atas
mereka. Jika pelabur memindahkan operasi pengeluaran ke negara lain, ekonomi
negara akan terjejas. Perdagangan bebas yang berlaku menyebabkan pengaliran keluar
wang yang tidak terkawal dan akhirnya membawa kepada penguasaan ekonomi oleh
syarikat asing. Ini lebih jelas lagi apabila modal asing melebihi modal tempatan.
Pengaliran modal asing yang berterusan meningkatkan risiko kepada berlakunya
krisis kewangan seperti yang berlaku pada tahun 1996. Tabung Kewangan
Antarabangsa menjelaskan, dengan sebahagian besar hutang luar Malaysia dalam
mata wangnya sendiri dan kadar tukaran asing yang fleksibel, membenarkan lebih
banyak perkongsian risiko dengan pelabur asing. (Berita Harian, 9 Mei 2016)
19
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, MSC Malaysia telah membawa perubahan besar kepada
pembangunan dan teknologi dan multimedia, penyaluran informasi dan infografik dan paling
penting terhadap peningkatan pendapatan ekonomi negara. Sejak penubuhannya pada tahun
2001, banyak inovasi, pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan dan kemsukkan syarikat
dan warga asing ke dalam negara. Walaupun banyak kesan positif hasil daripada pelaksanaan
MSC, terdapat juga kesan negatif penubuhannya terhadap negara khusunya dan masyarakat
amnya. K-Ekonomi merupakan arah transformasi yang dibawa oleh MSC dalam
memperkasakan perniagaan melalui ICT dan pengetahuan. Banyak syarikat gergasi teknologi
yang bertaraf dunia telah pun sedekad bertapak di Malaysia. Banyak kawasan perindustrian
dan High Technology (Hi-Tech) telah wujud akibat daripada kemasukkan Multinasional
Company (MNC) ini. MSC juga merupakan salah satu strategi untuk menjadikan Malaysia
menjadi negara maju menjelang 2020, berbaki dua tahun sahaja lagi. Persoalannya adakah
wawasan 2020 berjaya dicapai? Adakah MSC akan terus menerajui penerokaan maklumat
dan ICT di pada masa akan datang dengan cabaran global yang kian mencabar pada masa ini?
20
BIBLIOGRAFI
Lee, M. L. (2007). Menangani Cabaran Dunia : Strategi Globalisasi Di Malaysia. Kuala
Lumpur: ITNMB.
Malaysia, M. (2016). MSC Malaysia Annual Industry Report 2015. Kuala Lumpur: MSC
Malaysia.
Bernama. (2016, 05 9). Kesan MSC terhadap negara. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/node/22852
Malaysia, K. K. (2018). Laporan Ekonomi 2018. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan
Malaysia.
MSC. (2001). Laporan Kewangan 2001. Kuala Lumpur: MSC Malaysia.
Mdec. (2018, 03 28). FAQ FOR MSC MALAYSIA. Retrieved from MDEC:
https://www.mdec.my/faq/msc-malaysia#
emelaka. (2018, 4 3). MSC-TECNOPRENEUR. Retrieved from emelaka.
http://nurelimtiaz.uitm.edu.my/wordpressfolder- elimtiaz/wpcontent/uploads/
2012/08/MSC.pdf
(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec=
Dalam_Negeri&pg=hn_06.htm)
Mohd Yusof Akbar, (2002). koridor raya multimedia (MSC). Petaling Jaya. Oscar
International.
21

More Related Content

What's hot

Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
Lim Willy
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
hanifah mohiji
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
AINSHAHIRIAH ROSLY | UPSI
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
nasywah79
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Asmawi Abdullah
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
evelyn_01
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Farhana Aisyah Norzelan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
Rosnaliza07
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
NurZahidah22
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
JASONYAPMUNHONG
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Model Ekonomi Baru
Model Ekonomi BaruModel Ekonomi Baru
Model Ekonomi Baru
Anies Syahieda
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
nasywah79
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 

What's hot (20)

Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Model Ekonomi Baru
Model Ekonomi BaruModel Ekonomi Baru
Model Ekonomi Baru
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 

Similar to HGM239 : MSC MALAYSIA

Kerjaya dalam bidang it ec-2
Kerjaya dalam bidang it   ec-2Kerjaya dalam bidang it   ec-2
Kerjaya dalam bidang it ec-2
Khirulnizam Abd Rahman
 
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3   Masyarakat Malaysia dan ICTTopik 3   Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
Khirulnizam Abd Rahman
 
Perincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meeraPerincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meerameerasidi
 
Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api
FadliHadinur
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
Zuana Hanom
 
Tugasan bandar mapan 3
Tugasan bandar mapan 3Tugasan bandar mapan 3
Tugasan bandar mapan 3
Najwa Qurratu ' Aini Khalid
 
bandar mapan
bandar mapanbandar mapan
bandar mapan
SHEREENROHAYU
 
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)Ne Qiela
 
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
NURZAWANI BINTI ZAINI
 
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam(2)
Lmcp1552   projek akhir bandar  mapan dalam islam(2)Lmcp1552   projek akhir bandar  mapan dalam islam(2)
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam(2)
Sofea Balqis
 
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam
Lmcp1552   projek akhir bandar mapan dalam islamLmcp1552   projek akhir bandar mapan dalam islam
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam
farha nis
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
Open University Malaysia
 
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2) Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2) Arwendy jaikul
 
Tugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
Tugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANTugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
Tugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
amirdn
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Renee Evelyn
 
Chapter 15 managing global systems MIS
Chapter 15 managing global systems MISChapter 15 managing global systems MIS
Chapter 15 managing global systems MIS
Amirul Shafiq Ahmad Zuperi
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
JapenTV
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Azmi Yusoff
 

Similar to HGM239 : MSC MALAYSIA (20)

Usaha memajukan ict
Usaha memajukan ictUsaha memajukan ict
Usaha memajukan ict
 
Kerjaya dalam bidang it ec-2
Kerjaya dalam bidang it   ec-2Kerjaya dalam bidang it   ec-2
Kerjaya dalam bidang it ec-2
 
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3   Masyarakat Malaysia dan ICTTopik 3   Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
 
Perincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meeraPerincian dasar dasar negara by meera
Perincian dasar dasar negara by meera
 
Cabaran Masa Depan Sejarah Tingkatan Lima
Cabaran Masa Depan Sejarah Tingkatan LimaCabaran Masa Depan Sejarah Tingkatan Lima
Cabaran Masa Depan Sejarah Tingkatan Lima
 
Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api
 
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsxT2 Bab 6  - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
T2 Bab 6 - Telekomunikasi Di Malaysia.show.ppsx
 
Tugasan bandar mapan 3
Tugasan bandar mapan 3Tugasan bandar mapan 3
Tugasan bandar mapan 3
 
bandar mapan
bandar mapanbandar mapan
bandar mapan
 
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
 
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
LMCP 1552 (PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM)
 
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam(2)
Lmcp1552   projek akhir bandar  mapan dalam islam(2)Lmcp1552   projek akhir bandar  mapan dalam islam(2)
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam(2)
 
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam
Lmcp1552   projek akhir bandar mapan dalam islamLmcp1552   projek akhir bandar mapan dalam islam
Lmcp1552 projek akhir bandar mapan dalam islam
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2) Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
 
Tugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
Tugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANTugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
Tugasan 3 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
 
Chapter 15 managing global systems MIS
Chapter 15 managing global systems MISChapter 15 managing global systems MIS
Chapter 15 managing global systems MIS
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
 

More from Eddy Terinisip

ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFIULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
Eddy Terinisip
 
Faktor Aglomerasi
Faktor AglomerasiFaktor Aglomerasi
Faktor Aglomerasi
Eddy Terinisip
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
Eddy Terinisip
 
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
Eddy Terinisip
 
GEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYA
GEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYAGEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYA
GEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYA
Eddy Terinisip
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21
Eddy Terinisip
 
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di MalaysiaRevolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Eddy Terinisip
 
Pemikiran Kreatif
Pemikiran Kreatif Pemikiran Kreatif
Pemikiran Kreatif
Eddy Terinisip
 
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
Eddy Terinisip
 
BAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
BAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIMBAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
BAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
Eddy Terinisip
 
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHODPGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
Eddy Terinisip
 
PGT202E-MEASUREMENT & EVALUATION
PGT202E-MEASUREMENT & EVALUATIONPGT202E-MEASUREMENT & EVALUATION
PGT202E-MEASUREMENT & EVALUATION
Eddy Terinisip
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Eddy Terinisip
 
Variasi Bahasa
Variasi BahasaVariasi Bahasa
Variasi Bahasa
Eddy Terinisip
 

More from Eddy Terinisip (14)

ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFIULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
ULASAN ARTIKEL_PENDEKATAN SAINS RUANG DALAM PEMIKIRAN GEOGRAFI
 
Faktor Aglomerasi
Faktor AglomerasiFaktor Aglomerasi
Faktor Aglomerasi
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
 
GEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYA
GEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYAGEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYA
GEOGRAFI MANUSIA -TURUTAN BUDAYA
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21
 
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di MalaysiaRevolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Pemikiran Kreatif
Pemikiran Kreatif Pemikiran Kreatif
Pemikiran Kreatif
 
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
 
BAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
BAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIMBAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
BAB 9 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM
 
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHODPGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
 
PGT202E-MEASUREMENT & EVALUATION
PGT202E-MEASUREMENT & EVALUATIONPGT202E-MEASUREMENT & EVALUATION
PGT202E-MEASUREMENT & EVALUATION
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
 
Variasi Bahasa
Variasi BahasaVariasi Bahasa
Variasi Bahasa
 

HGM239 : MSC MALAYSIA

  • 1. 1 PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 4 SIDANG AKADEMIK 2017/2018 HGM238 : EKONOMI & RUANG SOALAN : DENGAN MERUJUK KEPADA SATU DARIPADA BERIKUT, BINCANGKAN FOKUS UTAMA STRATEGI PEMBANGUNAN TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN KAWASAN DAN EKONOMI DI MALAYSIA. II. MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR (MSC) DISEDIAKAN OLEH : EDDY TERINISIP 132215 MOHD IMTIYAZ BIN AZMAN 132241 ZIBEON BIN LUHAIM 132198 NAMA PENSYARAH : DR. NOORIAH YUSOF TARIKH PENGHANTARAN : 19 APRIL 2018
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN MSC atau dikenali sebagai “Multimedia Super Corridor” merupakan salah satu inisiatif nasional kerajaan Malaysia bagi industri informasi global dan teknologi komunikasi (ICT). Pencetus idea bernas ini adalah dari Perdana Menteri Malaysia ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1996. Ianya direka bagi menarik syarikat teknologi bertaraf dunia dan pada waktu yang sama membimbing industri ICT tempatan. Disokong sepenuhnya oleh Kerajaan, MSC Malaysia telah membawa transformasi negara ke arah K-Ekonomi sepanjang sedekad setengah yang lalu. MSC Malaysia adalah pintu masuk ke industri ICT di Malaysia dan rantau Asia. Sumber: www.mdec.my/faq/msc-malaysia# Rajah 1.1 : Logo MSC Malaysia Lokasi MSC terletak di satu kawasan berteraskan teknologi serta pengetahuan yang berkeluasan 15 x 50 kilometer persegi yang menjangkau kawasan segi tiga emas, meliputi utara Menara Berkembar Petronas (KLCC) sehingga selatan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), dan turut merangkumi Bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Pusat Bandar Kuala Lumpur menyediakan sistem telekomunikasi moden yang lengkap di Menara Kuala Lumpur. Sementara KLIA merupakan salah satu pintu masuk ke MSC. Manakala Putrajaya pula ialah sebuah bandar pentadbiran pintar di mana Kerajaan Elektronik diperkenalkan dan merupakan Pusat Bandar yang berteraskan IT.
  • 3. 3 2.0 FASA-FASA MSC 2.1 MSC Fasa 1 ( 1996 - 2003) Sumber : http://www.digitalmalaysia.my/faq/msc-malaysia Rajah 2.1 : MSC Fasa Pertama Pada fasa pertama MSC (Rajah 2), lima cybercities telah pun berjaya dibangunkan sepenuhnya, lebih daripada 1000 syarikat, terdapat juga universiti, status MSC yang diberikan, tujuh kemegahan utama perintis inisiatif MSC, sebanyak 22, 000 jumlah pekerjaan bernilai tinggi wujud, dan jumlah keseluruhan kekayaan sebanyak RM 6 Billion pendapatan yang dijana. 2.2 MSC Fasa Seterusnya (2004-2010) Dalam tahap permulaan fasa MSC kebangsaan dibawa fasa seterusnya, status MSC cybercity, telah diberikan di Penang (di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan kawasan sekitar) dan Kulim Hi-Tech Park (lihat rajah 3). Sumber : http://www.digitalmalaysia.my/faq/msc-malaysia Rajah 2.2 : Tahap Permulaan MSC fasa seterusnya
  • 4. 4 2.3 MSC Fasa 3 (2011-2020) Semasa fasa akhir MSC 3 pada tahun 2020, agenda MSC akan dilanjutkan ke seluruh negara. Ia akan mentransformasikan Malaysia untuk menjadi ekonomi dan masyarakat berasaskan pengetahuan seperti yang dijangkakan pada tahun 2020. Visi MSC : Sekarang hingga 2020 3.0 STRATEGI PEMBANGUNAN KORIDOR RAYA MULTIMEDIA Kawasan Koridor Raya Multimedia bermula di ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur, terus ke selatan merangkumi Menara Berkembar Petronas, hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Koridor Raya Multimedia memainkan peranan yang penting sebagai pusat pemangkin multimedia di kawasan ibu kota Negara kita, iaitu Malaysia. Perbadanan multimedia bertaraf antarabangsa akan dijemput menempatkan unit perniagaan serta kelengkapan penyelidikan dan perkembangan mereka di Kuala Lumpur, sebagai tapak untuk membekalkan produk multimedia dan memberi perkhidmatan berkenaan pasaran serantau dan seluruh dunia amnya. Kerajaan Malaysia telah membuat pelbagai pelarasan dan perancangan dalam hal perlembagaan, pembinaan prasarana serta jaminan pelaburannya untuk menarik lebih banyak syarikat komputer dan multimedia bertaraf antarabangsa datang melabur di Koridor Raya Multimedia. Pelarasan ini bertujuan untuk menarik lebih banyak pelabur di kawasan Koridor Raya Multimedia dan memesatkan perkembangannya. Kejayaan menubuhkan MSC Fasa 1 Perkembangan MSC sehingga menjadi hub global Fasa 2 Mentransformas i-kan Malaysia ke masyarakat berpengetahuan Fasa 3 1996 -----------------------------2004-------------------------------------2010------------------------------2020 Menerajui Ekonomi Pengetahuan Sumber : Laporan MSC Malaysia, 2015 Rajah 2.3 : Pelaksanaan MSC dibahagikan kepada tiga fasa dari tahun 1996-2020
  • 5. 5 3.1. Perbadanan Yang Terlibat Dalam Pembangunan Koridor Kaya Multimedia (MSC) Terdapat beberapa perbadanan yang sesuai untuk mendirikan syarikat di Koridor Raya Multimedia iaitu, pengguna teknologi yang utama. Ini melibatkan firma-firma besar di negara perindustrian yang ingin mencari sebuah pusat di Asia untuk menggunakan teknologi telekomunikasi dan multimedianya, supaya menguasai keunikan yang mengatasi saingannya dalam bidang yang mereka ceburi. Penggunaan multimedia ini akan mempertingkatkan dan memberi nafas baru kepada fungsi-fungsi perniagaan corak tradisional, misalnya pengurusan hal ehwal kewangan dengan lingkaran maklumat sedunia (World Wide Web), kawalan jauh pengeluaran dan pemasaran, peningkatan hubungan antara kakitangan serta produktiviti. Teknologi baru ini termasuk pengendalian jual beli, pemasaran elektronik, perkhidmatan pelanggan jarak jauh, perkhidmatan pengangkutan elektronik serta penggunaan teknologi maklumat untuk menerbitkan risalah produk, ulasan produk dan borang penempahan secara tempatan. Penggunaan multimedia ini amat berkesan terhadap persaingan di antara pasaran jualan runcit, penerbitan, teleperubatan, perkhidmatan kewangan, perkapalan, pengangkutan dan bidang-bidang lain. Penglibatan perbadanan atau organisasi tertentu dalam pembangunan Koridor Raya Multimedia ini membawa kepada satu impak yang besar serta perubahan. Penglibatan ini merupakan salah satu strategi pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). 3.1.2 Pengeluar Produk Teknologi Multimedia Yang Utama Syarikat-syarikat teknologi tinggi yang ingin mencari sebuah pusat di Asia untuk mengeluarkan produk multimedia yang dapat digunakan dalam bidang perniagaan, kewangan dan perkhidmatan. Produk seperti ini akan digunakan dalam lingkaran pengilangan hubungan multimedia, kad pintar, sistem pejabat multimedia, tele-perniagaan , pemberitaan multimedia, hiburan dan pendidikan. Koridor Raya Multimedia ialah pusat yang ideal sebagai tapak penyelidikan, pengilangan, pemasaran, dan pengedaran teknologi multimedia. Bermula dari Malaysia, lingkaran ini akan berkembang ke Asia dan seluruh dunia.
  • 6. 6 3.1.3 Universiti Serta Pusat Penyelidikan Dan Perkembangan Perusahaan Yang Bertumpu Kepada Penyelidikan Dan Perkembangan Multimedia Universiti terulung bertaraf dunia yang mendirikan cawangannya di Koridor Raya Multimedia akan menjadi institusi yang memberi peluang pengajian baru kepada komuniti-komuniti lain. Institusi seperti ini merupakan institusi bestari yang akan melatih mahasiswa secara pembelajaran jarak jauh, demi menghasilkan graduan- graduan yang berkualiti tinggi. Pusat penyelidikan dan perkembangan syarikat- syarikat keusahawanan akan dijemput untuk bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan. Melalui pendidikan tinggi penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan menghasilkan satu produk yang baru bagi membangunkan sesebuah negara. 3.1.4 Syarikat Permodalan Sumber modal ialah unsur utama bagi usahawan baru dan faktor kejayaan bagi perkembangan teknologi. Dalam konteks ini, syarikat permodalan yang bertapak di Koridor Raya Multimedia dapat membekalkan bantuan modal kepada syarikat yang berkelayakan. 3.2 Aplikasi MSC Aplikasi MSC adalah salah satu strategi pembangunan untuk memastikan MSC berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan rakyat negara ini serta berupaya menarik pelabur asing, kerajaan telah menetapkan tujuh aplikasi perdana yang akan dibangunkan sebagai projek utama sepanjang tempoh pembangunan MSC. Aplikasi MSC terdiri daripada dua kumpulan iaitu pembangunan multimedia, di mana dalam pembangunan ini terdapat empat projek iaitu kerajaan elektronik, sekolah bestari, kad pelbagai guna dan teleperubatan. Manakala kumpulan yang kedua adalah dikategorikan sebagai persekitaran multimedia. Dalam persekitaran multimedia terdapat tiga projek aplikasi iaitu, kluster penyelidikan dan pembangunan (R&D), rangkaian pengilang sedunia dan pusat pemasaran tanpa sempadan. Ketujuh-tujuh projek aplikasi ini adalah bertujuan untuk membangunkan MSC.
  • 7. 7 3.2.1 Kerajaan Elektronik Kerajaan elektronik adalah satu pusat pentadbiran elektronik yang terletak di Putrajaya, dalam lingkungan MSC. Kerajaan elektronik ini akan dihubungkan dengan bandar-bandar pentadbiran yang lai, untuk memberi perkhidmatan yang lebih lancar dan efisien. Matlamat utama kerajaan elektronik ialah mempertingkatkan keberkesanan pengurusan agensi-agensi kerajaan untuk kemudahan orang ramai, memudahkan dokumentasi data kementerian kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, memendekkan jarak penghantaran maklumat untuk mengurangkan kos, mempertingkatkan keselamatan dan kerahsiaan. Perbadanan yang terlibat dalam kerajaan elektronik ini adalah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), MAMPU dan McKinsey & Co. Perbadanan ini bertanggungjawab dalam penubuhan kerajaan elektronik dengan bantuan koordinasi pihak swasta. 3.2.2 Kad Pelbagai Guna Setelah 12 tahun dilancarkan, projek perdana tersebut boleh dibanggakan kerana melakukan transformasi dalam penggunaan IT dan memberi kemudahan kepada rakyat. Beralih daripada pengurusan secara konvensional, MSC Malaysia adalah faktor utama kejayaan tersebut apabila sistem perkhidmatan kerajaan dan swasta kini boleh dinikmati secara elektronik. Melalui aplikasi kad pelbagai guna ini ia telah memberikan satu impak yang sangat besar dalam negara, terutamanya dalam memudahkan urusan seharian masyarakat. Salah satu contoh penggunaan kad pelbagai guna adalah Mykad ataupun dikenali sebagai kad pengenalan. Ia bukan sekadar kad pengenalan tetapi memiliki banyak kegunaan yang berkaitan dengan urusan kerajaan, menawarkan perkhidmatan tanpa kertas, serta penyimpanan maklumat serta pelbagai aplikasi lain. Dengan sekeping cip yang terkandung di dalamnya, pelbagai maklumat peribadi, maklumat kesihatan, lesen memandu dan pasport pemiliknya boleh diakses dengan mudah. Menerusi Kiosk pembaharuan passport (KiPPas) misalnya, pemilik pasport boleh memperbaharui pasport mereka dalam masa sehari sahaja.
  • 8. 8 3.2.3 Teleperubatan Teleperubatan adalah satu daripada tujuan aplikasi perdana awal MSC yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1997 dan kerajaan berharap aplikasi itu akan merangsang usaha negara untuk melompat ke Era Maklumat. Empat projek itu ialah Pelan Kesihatan Seumur Hidup (LHP), MCPHIE, Pendidikan Kesihatan Berterusan (CME) dan Tele-perundingan yang direka bentuk bagi menyediakan sistem penghantaran rawatan kesihatan bersepadu. Melalui tele-perubatan ia akan memajukan negara kita bukan sahaja dari segi ekonomi malah dalam sains dan teknologi perubatan. 3.2.4 Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah merupakan satu institusi pendidikan yang menggunakan teknologi multimedia, misalnya pusat pendidikan jarak jauh yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh melalui internet. Universiti Multimedia yang terletak di Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia juga salah satu daripada Rancangan Sekolah Bestari. Dalam menjayakan konsep Sekolah Bestari ini pihak kerajaan bekerjasama dengan syarikat swasta yang bertapak di Koridor Raya Multimedia untuk menyelidik dan mengembangkan pengisian pembelajaran, kurikulum, Alat Bantu Mengajar (ABM), latihan tenaga pengajar serta kemudahan- kemudahan pengajaran yang lain. 3.2.5 Kluster Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah sama luas yang berdampingan dengan Putrajaya untuk menumpukan segala projek penyelidikan dan perkembangan teknologi maklumat. Cyberjaya menempatkan institusi dan rumah perniagaan yang lengkap dengan kemudahan moden yang bertujuan sebagai pusat penyelidikan dan perkembangan multimedia. Selain itu, kerajaan juga berusaha untuk menarik syarikat- syarikat teknologi untuk melabur di kawasan ini bagi tujuan meningkatkan lagi dalam perkembangan penyelidikan negara. 3.2.6 Rangkaian Pengilangan Sedunia Aplikasi Rangkaian Pengilangan Sedunia (World Wide Manufacturing Web) menggunakan kelengkapan sedia ada yang ada di Koridor Raya Multimedia dalam pengeluaran produk pengilangan, dengan itu ia akan menarik lebih ramai pelabur
  • 9. 9 industri ke kawasan ini. Kemudahan rangkaian komunikasi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu dalam mempertingkatkan produktiviti negara dan perdagangan eksport. 3.2.7 Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan Perkembangan pesat multimedia dan maklumat digital telah membawa kepada ketelusan sempadan rantau dan negara, ini seterusnya menggalakkan kebangkitan ekonomi digital yang mempunyai pasarannya yang tersendiri. Koridor Raya Multimedia mempunyai kemudahan komunikasi yang terbaik, oleh itu strategi pemasaran tanpa sempadannya pasti akan menguntungkan banyak syarikat kecil dan sederhana dan membantu dalam menerokai pasaran antarabangsa. Salah satu matlamat dalam pusat pemasaran ini adalah memperkenalkan teknik pemasaran terkini, melalui matlamat dapat dilihat bahawa negara kita tidak akan ketinggalan arus dalam dunia perniagaan. 4.0 KESAN MSC KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA 4.1 Mewujudkan Aplikasi Perdana Dalam projek MSC, kerajaan Malaysia telah mempelopori 7 aplikasi perdana iaitu ; kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai Guna, Teleperubatan dan Sekolah bestari dikategorikan sebagai Pembangunan Multimedia serta Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Rangkaian Pengilangan Sedunia, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan dikategorikan sebagai Persekitaran Multimedia. Aplikasi-aplikasi perdana ini telah memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Sememangnya aplikasi-aplikasi telah membawa dimensi baru dalam corak kehidupan dan cara perhubungan antara rakyat dengan kerajaan seperti dengan pelaksanaan aplikasi e-kerajaan dan kad pintar. Dalam Kerajaan Elektronik, Jabatan Kerajaan akan berfungsi secara atas talian (Online) untuk memudahkan rakyat membuat pertanyaan, permohonan, dan pembaharuan lesen atau perkara-perkara lain. Melalui sekolah bestari yang dibangunkan, suasana pembelajaran akan lebih menarik dan kondusif. Kemudahan kad pelbagai guna yang diberikan kepada penduduk membolehkan penduduk mendapat akses terhadap pelbagai kemudahan di negara ini.
  • 10. 10 4.2 Meningkatkan Imej Negara di Peringkat Global MSC penting dalam pembangunan negara hal ini kerana ia dapat memberikan pelbagai idea yang baru bukan sahaja dalam negara malah kepada negara lain. Hal ini demikian kerana, MSC ini merupakan satu pengiktirafan atau aras yang menunjukkan teknologi di negara kita ini semakin pesat membangun dan maju. Oleh itu, banyak negara telah mengikut jejak negara kita ini iaitu Malaysia sebagai sebuah negara yang mengetengahkan Industri Informasi Global. Sebagai contoh, Cyberport di Hong Kong. Kewujudan MSC ini juga telah menunjukkan satu perkembangan yang sihat kerana ia telah mewujudkan pasaran yang lebih luas dan bersifat menyeluruh dalam tiap-tiap aplikasi produk yang dihasilkannya. Secara keseluruhannya, MSC Malaysia ini telah membuka mata dunia dengan pengaplikasiannya dan pelaksanaan industrinya yang berasaskan teknologi dan informasi. Banyak juga syarikat-syarikat asing yang telah datang ke Malaysia untuk membuka perniagaannya di sini kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh kerajaan dan juga faktor-faktor fizikal yang lain. MSC ini juga secara tidak sengajanya telah merancakkan lagi persaingan antara negara di dalam saham, perniagaan dan bermacam-macam-macam lagi. oleh itu, MSC ini telah mendatangkan pelbagai kelebihan kepada sesebuah negara itu sendiri. 4.3 Meningkatkan Aktiviti R&D Aktiviti R&D ini sangat penting dalam setiap bidang di setiap sektor pekerjaan. Antara yang terpenting adalah di sektor perkilangan kerana ia akan dapat meningkatkan lagi mutu dan kuantiti pengeluaran serta kualiti produk. Namun begitu, bukan semua kilang di Malaysia ini dibenarkan untuk menjalankan R&D kerana ia akan membawa kepada kesan pencemaran dan juga akan menjejaskan usaha untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan semula jadi. Hal ini disebabkan, negara Malaysia pada masa ini sudah mempunyai pelbagai jenis taman teknologi yang bersih dan cantik seperti di Kulim, Kedah dan Melaka untuk aktiviti perkilangan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di bawah MSC ini mestilah kilangnya bersifat reka bentuk dan tidak menjejaskan alam sekitar sekelilingnya. Sebagai contoh, dalam bidang-bidang bio-teknologi, teknologi reka bentuk, reka bentuk aero angkasa, farmasi dan lain-lain yang berkait rapat dengan IT sebagai asas R&D. Oleh itu, dengan adanya MSC ini, ia menyebabkan kilang-kilang di Malaysia pada masa ini lebih produktif dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.
  • 11. 11 4.4 MSC Membantu Dalam Bidang Pendidikan. Penubuhan universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya merupakan pemangkin kepada lahirnya graduan yang mempunyai prospek kepada pekerjaan. Hal ini kerana, bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan multimedia dan teknologi seperti kejuruteraan, IT, pengurusan dan bidang kreatif yang ditawarkan MMU ini memenuhi kehendak serta kriteria dalam bidang pekerjaan terutama sekali pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang bertapak di dalam MSC sendiri. MMU juga sering mengadakan hubungan kerjasama dengan syarikat-syarikat berstatus MSC seperti Telenor Research and Innovation Centre Asia Pacific untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Syarikat ini telah melihat MMU sebagai sebuah universiti yang dapat menggabungkan antra Pendidikan dan pekerjaan. Secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar tempatan untuk berkecimpung dalam bidang penyelidikan bagi membantu membangunkan industri ICT. 4.5 MSC Memudahkan Aktiviti Pertanian kehadiran MSC ini dalam sektor pertanian secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai kemudahan terhadap para petani iaitu dengan munculnya kad pintar (MyKad) dan ini telah memudahkan banyak pihak. Lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) ini mewujudkannya adalah untuk mengumpul data dengan cara mengimport data terbuka kepada para peladang dan pedagang daripada Mykad ke dalam sistem mereka. Idea ini telah diwujudkan pada April 2007 dengan sokongan pertubuhan seperti Multimedia Development Corp SDN. BHD (MDeC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Projek e- pasartani@FAMA telah dilangsungkan di Putrajaya, Kelana Jaya, Jerantut, dan Bukit Gambir. Penggunaan MSC ini telah meletakkan Malaysia di hadapan dalam pengenalan cip sebagai media untuk memungut data bagi aktiviti pertanian. Buktinya terdapat banyak pasartani yang telah dibina dan digunakan oleh penduduk setempat. Melalui pembinaan ini juga, telah menyebabkan para penjual mudah untuk mendapatkan pembekal dan juga tempat berniaga mereka.
  • 12. 12 5.0 KESAN MSC TERHADAP EKONOMI MALAYSIA Koridor yang menjadi pusat ujian bagi teknologi perisian dan multimedia itu bukan saja bakal menjadi pemangkin pembangunan teknologi maklumat (IT) negara, tetapi memberi impak terhadap ekonomi Malaysia khususnya untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Ke- 4 (4th Industrial Revolution, 4IR) dan mencapai Wawasan 2020 serta merealisasikan aspirasi Transformasi Nasional (TN50). Kesan positif dan negatif yang wujud dalam pelaksanaan MSC akan dibincangkan dalam kajian ini. 5.1 Kesan Positif 5.1.1 Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-ekonomi) K- ekonomi adalah istilah yang merujuk sama ada kepada ekonomi pengetahuan yang memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pengurusan pengetahuan dalam kerangka kekangan ekonomi, atau kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam erti yang kedua, ia merujuk kepada penggunaan teknologi pengetahuan (seperti pengetahuan kejuruteraan dan pengurusan pengetahuan) untuk menghasilkan manfaat ekonomi serta penciptaan pekerjaan (Peter Drucker, 1969). Pembangunan MSC menandakan permulaan inisiatif ke arah K-ekonomi (Knowledge economy) di Malaysia. Ini merupakan langkah dan usaha untuk menggalakkan pembangunan syarikat ICT bertaraf dunia, pelbagai insentif telah disediakan bagi menarik syarikat–syarikat ICT ke MSC. Malaysia mula meletakkan asas ekonomi berlandaskan pengetahuan pada pertengahan tahun 1990. Pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan agenda fasa pertama ekonomi berasaskan pengetahuan. Sementara itu, usaha yang berterusan telah diambil untuk meningkatkan keupayaan beberapa bidang penting bagi memastikan peralihan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini termasuklah pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (R&D), infrastruktur dan info struktur serta insentif dan pembiayaan. Pada masa yang sama, dengan adanya infrastruktur dan info struktur bertaraf dunia yang komprehensif, MSC dapat menawarkan persekitaran ICT yang terbaik dan kondusif untuk menerajui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan, terutamanya dalam menarik pekerja berpengetahuan dan industri berteknologi tinggi. (Laporan Kewangan MSC, 2001) K-ekonomi telah mengerakkan perniagaan ke hadapan melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau Kluster Teknologi MSC Malaysia dengan adanya syarikat berasaskan Information Technology (INFOTECH) iaitu Syarikat-
  • 13. 13 syarikat yang menjalankan kajian, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, perkhidmatan teknikal atau sokongan, pemasaran dan pengurusan mana-mana sistem maklumat berasaskan pengkomputeran. Selain itu, IHL & Incubators di mana Institusi pendidikan tinggi atau kemudahan yang menyediakan kursus berkaitan penciptaan kandungan, maklumat bidang teknologi dan komunikasi. Inkubator yang penyewa rumah terlibat ICT & multimedia (mis. Perisian, eCommerce, telekomunikasi), bioteknologi dan / atau bioinformatik. Kemunculan syarikat berasaskan kandungan kreatif & teknologi (CCT) iaitu Syarikat yang terlibat dalam penciptaan kandungan digital kreatif. Ini terdiri daripada manipulasi elemen digital untuk mencapai kemuncak dalam produk atau perkhidmatan komersial dan bekalan alat teknologi bersekutu, perkhidmatan dan platform untuk menyokongnya aktiviti. Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) juga turut memainkan peranan penting dalam K-ekonomi yang memfokuskan perniagaan di mana perkhidmatan biasa disediakan oleh satu organisasi dimanfaatkan skala ekonomi, atau peruntukan pada perkhidmatan itu secara geografi dihilangkan dari pelanggan. (MSC-Malaysia Annual Industry Report, 2015) 5.1.2 Pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) merupakan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama di dunia di Luar China. Zon ini adalah inisiatif di bawah Pelan hala tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang bermatlamat untuk menggandakan pertumbuhan e-Dagang daripada 10.8% kepada 20.8% dan meningkatkan sumbangan kepada KDNK sebanyak 211 Billion menjelang 2020 (Laporan Ekonomi, 2018). DFTZ muncul kesan pelaksanaan MSC yang menarik ramai pelabur asing datang ke Malaysia khususnya Multinational Company yang berorientasikan ICT seperti Intel, Samsung, dan banyak lagi. Melalui DFTZ, Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) akan lebih muda mengeksport produk ke peringkat global dan menyediakan pemain pasaran dengan persekitaran perdagangan e-Dagang yang holistik. Persekitaran ini dapat dilaksanakan melalui lokasi strategik yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia ; platform e-Perkhidmatan digital yang bersepadu untuk mengakses penyedia perkhidmatan global terkemuka ; dan proses pengawalseliaan yang lebih baik untuk meningkatkan kecekapan dalam pelepasan kastam dan kargo. DFTZ terdiri daripada tiga komponen yang menggabungkan zon fizikal dan zon maya. Zon fizikal
  • 14. 14 terdiri daripada Hab e-Fulfilment dan Hab Perkhidmatan Satelit. Sementara itu, platform e-Perkhidmatan pula berfungsi sebagai zon maya. 5.1.3 Memperkukuh Modal Insan Kerajaan terus memperkukuh sistem pendidikan berasaskan pengetahuan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan industri teknologi dan maklumat. Buktinya, penubuhan beberapa institusi tinggi berasaskan ICT seperti Multimedia University, institusi latihan yang menawarkan kursus-kursus kemahiran penggunaan teknologi dan mesin, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Pelaksanaan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia. Ia membuka peluang yang luas terhadap masyarakat Malaysia khususnya golongan belia untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi menghadapi sektor pekerjaan yang semakin mencabar. Sejajar dengan pelaksanaan MSC Malaysia, Kerajaan terus melaksanakan beberapa program termasuk Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di 6,715 sekolah bagi meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama, penjajaran semula kokurikulum, kaedah penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran serta melatih semua guru Bahasa Inggeris dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) telah dilaksanakan. Bagi menyediakan dan mengukuhkan lagi modal insan dalam menghadapi dunia teknologi kini, komputer dan tablet yang mengandungi perisian Tutor guru dan e-Surat khabar telah dibekalkan kepada guru menggalakkan lagi e-Pembelajaran dalam kelas. Selain melabur dalam bidang berkaitan teknologi, perkhidmatan, penyelidikan dan sebagainya, syarikat tersebut juga tidak lupa dalam pembangunan modal insan. Hal ini dapat dilihat melalui penyediaan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT dalam dan luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa tersebut secara tidak langsung mendapat peluang untuk bekerja dalam syarikat-syarikat tersebut. Antara syarikat berstatus MSC yang menyediakan geran biasiswa kepada golongan pelajar ialah Petronas, Intel Corperation, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Telekom Malaysia (TM) dan lain-lain. (Laporan Ekonomi, 2018)
  • 15. 15 5.1.4 Menyediakan Peluang Pekerjaan Kemasukan pelabur-pelabur asing dan pelaburan pelabur tempatan dalam msc MSC Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat untuk menceburkan diri dalam pekerjaan yang berkaitan dengan teknologi. Berdasarkan Laporan Tahunan MSC pada tahun 2015, sebanyak 158, 549 peluang pekerjaan telah wujud menunjukkan kenaikan sebanyak 10, 981 dari tahun 2014 dan 87% pekerjanya adalah pekerja tempatan. Pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar dengan MSC bermula dari pekerja sampingan hinggalah ke tahap pengurusan. Kewujudan MSC juga membuka peluang dalam bidang pendidikan seterusnya kepada peluang pekerjaan. Penubuhan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya boleh dianggap sebagai pemangkin ke arah melahirkan graduan universiti yang mempunyai prospek kepada pekerjaan. Hal ini kerana, bidang-bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan multimedia dan teknologi seperti bidang kejuruteraan, IT, pengurusan dan kreatif. Bidang-bidang yang ditawarkan oleh MMU ini memenuhi kehendak dalam bidang pekerjaan terutama sekali pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang bertapak di dalam MSC. Selain itu, MMU juga banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat berstatus MSC seperti Telenor Research and Innovation Centre Asia Pacific untuk membuat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Syarikat-syarikat tersebut telah melihat MMU sebagai sebuah universiti yang dapat menggabungkan antara pendidikan dan pekerjaan. Melalui kerjasama ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar-pelajar tempatan untuk terlibat dalam bidang penyelidikan Sumber : MSC Annual Report, 2015 Graf 5.1 : Pertumbuhan jumlah pekerjaan dari tahun 2011-2015
  • 16. 16 untuk membantu membangunkan industri ICT di Malaysia dan seterusnya memberi peluang untuk rakyat Malaysia menceburi bidang ICT di peringkat antarabangsa. Bagi memperbanyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysian dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan universiti, kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan membangunkan beberapa lagi kawasan berstatus MSC seperti di Kulim, Kedah, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Meru, Perak. Kawasan-kawasan ini telah disediakan kemudahan dan infrastruktur serta pelbagai inisiatif diberikan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di kawasan tersebut. Kemasukan syarikat-syarikat ini seterusnya membuka peluang kepada rakyat-rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. 5.1.5 Sumber Pendapatan Ekonomi Negara Sumber : MSC Annual Report, 2015 Graf 5.2 : Jumlah pekerjaan tahun 2015 berdasarkan kluster teknologi Sumber : MSC Annual Report, 2015 Graf 5.2 : Prestasi MSC Malaysia
  • 17. 17 Laporan semasa kedudukan MSC setakat ini telah berjaya menarik sejumlah 249 syarikat baru, menjadikan jumlah keseluruhan syarikat berdaftar sebanyak 3, 881, pelaburan baru sebanyak RM19.8 Billion, RM15.2 Billion daripada syarikat sedia ada, RM42.1 Billion hasil pertumbuhan sebanyak 9% daripada tahun 2014, RM16.2 Bilion hasil jualan eksport pertumbuhan sebanyak 18% dari tahun 2014, jumlah peluang pekerjaan sebanyak 158, 549 menunjukkan kenaikan sebanyak 10, 981 peningkatan pekerjaan dari tahun 2014 dan 87% adalah pekerja tempatan. (MSC- Malaysia Annual Industry Report, 2015). Berdasarkan graf jualan tempatan dan jualan eksport MSC Malaysia, ia menunjukkan peningkatan jualan setiap tahun untuk kedua-dua jenis jualan. Jualan tempatan (local sales) telah meningkat sebanyak RM1.14 Billion pada tahun 2015 dari tahun 2014, manakala jualan eksport meningkat sebanyak RM 2.43 Billion pada tahun yang sama. Teras ekonomi digital negara adalah MSC. Sejak penubuhannya pada tahun 1996, ia sudah menyumbang lebih RM295 bilion kepada pendapatan ekonomi negara, RM238 bilion dalam bentuk pelaburan dan membuka lebih 158, 549 peluang pekerjaan. Hasil daripada kemasukan syarikat-syarikat asing dan penjualan eksport, ia secara tidak langsung merancakkan lagi tukaran mata wang asing di Malaysia. Sumber : MSC Annual Report, 2015 Graf 5.3 : Jualan tempatan dan jualan eksport
  • 18. 18 5.2 Kesan Negatif 5.2.1 Penguasaan Ekonomi Negara oleh Syarikat Multinasional (MNC) Kebanyakan syarikat yang melabur dan mendaftar di bawah MSC Malaysia adalah syarikat-syarikat Multinasional (MNC) dari negara luar yang mempunyai keupayaan modal yang tinggi, skala pengeluaran yang besar, penggunaan teknologi yang canggih, dan kemampuan mengatasi jarak untuk bertempat di Malaysia. Antara MNC yang sudah lama bertapak di negara dan diiktiraf sebagai syarikat MSC termasuklah British Telecoms, Fujitsu-ICL, DHL, ACL, NCR, NEC, Nortel, Nippon Telegraph and Telephone, Mitsubishi, Siemens, Reuters, Sumitomo, Sharp dan Sun Microsystem. Syarikat Malaysia pula termasuk AIMS World Wide, Alam Teknorat CSA, IOI-Multimedia, MIMOS Berhad, PNB, Renong Solutions, Sapura, TV3 dan Telekom Malaysia. (Menangani Cabaran Dunia, Mei Ling Sieh Lee, 2007). Syarikat-syarikat ini mampu melakukan manipulasi pasaran sehingga pesaing tempatan gulung tikar kerana tidak lagi mampu bersaing, mengalami kerugian yang besar, permintaan tidak konsisten dan akhirnya pesaing tempatan akan dikuasai MNC melalui penjualan syarikat kecil atau penguasaan saham. Walau bagaimanapun, terdapat syarikat-syarikat tempatan yang mampu bersaing dengan MNC malah keuntungannya lebih besar dengan pasaran yang lebih luas. 5.2.2 Kesukaran Mengawal Aliran Modal Asing Kemasukan syarikat-syarikat asing di negara ini membawa kepada berlakunya aliran modal asing yang tinggi. Peningkatan syarikat berdaftar MSC setiap tahun akan berlaku dan kebanyakan syarikat adalah syarikat dari negara luar. Konsep pasaran bebas dalam globalisasi memberi kelebihan kepada pelabur luar selaku pemilik modal. Ini kerana, kawalan yang sangat minimum sahaja boleh dikenakan ke atas mereka. Jika pelabur memindahkan operasi pengeluaran ke negara lain, ekonomi negara akan terjejas. Perdagangan bebas yang berlaku menyebabkan pengaliran keluar wang yang tidak terkawal dan akhirnya membawa kepada penguasaan ekonomi oleh syarikat asing. Ini lebih jelas lagi apabila modal asing melebihi modal tempatan. Pengaliran modal asing yang berterusan meningkatkan risiko kepada berlakunya krisis kewangan seperti yang berlaku pada tahun 1996. Tabung Kewangan Antarabangsa menjelaskan, dengan sebahagian besar hutang luar Malaysia dalam mata wangnya sendiri dan kadar tukaran asing yang fleksibel, membenarkan lebih banyak perkongsian risiko dengan pelabur asing. (Berita Harian, 9 Mei 2016)
  • 19. 19 6.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, MSC Malaysia telah membawa perubahan besar kepada pembangunan dan teknologi dan multimedia, penyaluran informasi dan infografik dan paling penting terhadap peningkatan pendapatan ekonomi negara. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, banyak inovasi, pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan dan kemsukkan syarikat dan warga asing ke dalam negara. Walaupun banyak kesan positif hasil daripada pelaksanaan MSC, terdapat juga kesan negatif penubuhannya terhadap negara khusunya dan masyarakat amnya. K-Ekonomi merupakan arah transformasi yang dibawa oleh MSC dalam memperkasakan perniagaan melalui ICT dan pengetahuan. Banyak syarikat gergasi teknologi yang bertaraf dunia telah pun sedekad bertapak di Malaysia. Banyak kawasan perindustrian dan High Technology (Hi-Tech) telah wujud akibat daripada kemasukkan Multinasional Company (MNC) ini. MSC juga merupakan salah satu strategi untuk menjadikan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020, berbaki dua tahun sahaja lagi. Persoalannya adakah wawasan 2020 berjaya dicapai? Adakah MSC akan terus menerajui penerokaan maklumat dan ICT di pada masa akan datang dengan cabaran global yang kian mencabar pada masa ini?
  • 20. 20 BIBLIOGRAFI Lee, M. L. (2007). Menangani Cabaran Dunia : Strategi Globalisasi Di Malaysia. Kuala Lumpur: ITNMB. Malaysia, M. (2016). MSC Malaysia Annual Industry Report 2015. Kuala Lumpur: MSC Malaysia. Bernama. (2016, 05 9). Kesan MSC terhadap negara. Retrieved from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/node/22852 Malaysia, K. K. (2018). Laporan Ekonomi 2018. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia. MSC. (2001). Laporan Kewangan 2001. Kuala Lumpur: MSC Malaysia. Mdec. (2018, 03 28). FAQ FOR MSC MALAYSIA. Retrieved from MDEC: https://www.mdec.my/faq/msc-malaysia# emelaka. (2018, 4 3). MSC-TECNOPRENEUR. Retrieved from emelaka. http://nurelimtiaz.uitm.edu.my/wordpressfolder- elimtiaz/wpcontent/uploads/ 2012/08/MSC.pdf (http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=hn_06.htm) Mohd Yusof Akbar, (2002). koridor raya multimedia (MSC). Petaling Jaya. Oscar International.
  • 21. 21