Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT

2,549 views

Published on

Teknologi Maklumat dalam Kehidupan INSAN
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT

Published in: Technology
  • Be the first to comment

Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT

  1. 1. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Sub-topik • Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia • Kesan ICT dalam Masyarakat dan Negara • ICT dan Cara Hidup Islam
  2. 2. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • MIMOS – 1985 – (Malaysian Institute of Microelectronic System) – ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri – menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. – membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan
  3. 3. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • Malaysia East Asia Satellite - 1996 – MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. – Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center – MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. – Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
  4. 4. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • Koridor Raya Multimedia - 1996 – Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. – Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. – Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia perkembangan MSC.
  5. 5. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • 7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996 – Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana. – Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. – Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini. – Tujuh aplikasi perdana MSC ialah • Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.
  6. 6. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • Taman Teknologi Malaysia - 1996 – Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi – Dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. – Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. – Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
  7. 7. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • ASTRO - 1996 – Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. – Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. – Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. – 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. – Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
  8. 8. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • MyKad / Kad Pintar - 2001 – MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. – MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. – Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. – Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. – MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan.
  9. 9. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Pembangunan dan Perkembangan ICT di Malaysia • My Government - 2006 – myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. – myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. – Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. – Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
  10. 10. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia Rancangan Malaysia Ke-8 Malaysia telah mengenal pasti 8 teras strategik bagi meneruskan pembangunan ICT negara: 1- Menjadikan Malaysia sebagai Hub Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia.  Kerajaan merancang untuk melaksanakan usaha yang bersepadu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ICT, menggalakkan syarikat tempatan mengekalkan prestasi dan meningkatkan daya saing supaya setanding dengan syarikat antarabangsa di peringkat serantau dan global.
  11. 11. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 2- Menaikkan Taraf dan Menambahkan Infrastruktur Komunikasi  Kerajaan telah menetapkan bahawa pelaburan akan dibuat untuk meningkatkan rangkaian komunikasi selaras dengan kemajuan teknologi.
  12. 12. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 3- Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia dalam bidang ICT  Tumpuan akan diberikan kepada usaha memperbaiki dan memperluaskan pendidikan ICT negara. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membekalkan kemudahan komputer kepada sekolah serta memudahkan capaian Internet disekolah.  Objektifnya adalah untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.
  13. 13. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 4- Menggalakkan E-Dagang dan Meningkatkan Penggunaannya  Kerajaan akan memberikan tumpuan khas untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan e-dagang secara maluas sebagai satu cara baru untuk menjalankan perniagaan melalui rangkaian digital.
  14. 14. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 5- Memupuk Keupayaan Tempatan dalam Mencipta Pembangunan Kandungan  Antara langkah-langkah yang diambil bagi mencapai objektif ini termasuklah mengurangkan pengawalan ke atas pengeluaran kandungan bagi televisyen dan filem bagi meningkatkan penyertaan dalam pasaran.  Pada masa yang sama, kawal selia yang minimum dijangka akan diperkenalkan ke atas kandungan pengeluaran secara talian supaya tidak menghalang pertumbuhan industri yang baru.
  15. 15. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 6- Meluaskan Pelaksanaan Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia  Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan perlaksanaan dan pembangunan aplikasi perdana gelombang pertama. Perluasan aplikasi ini akan mengandungi strategi bagi mengatasi jurang digital.
  16. 16. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 7- Memupuk Pembentukan Kumpulan Kritikal Perusahan Kecil dan sederhana (PKS) yang berasaskan ICT  Beberapa inisiatif akan dilaksanakan termasuklah menjadikan syarikat Malaysia yang berjaya sebagai model kepada syarikat PKS, membantu syarikat PKS dalam pemasaran dan menembusi pasaran antarabangsa serta menaikkan taraf pusat inkubator MSC untuk membantu usahawan teknologi.
  17. 17. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia 8- Menggalakkan Kegiatan Penyelidikan dan Pembangunan  Kerajaan dengan sokongan dasar awam dan kerjasama institusi pengajian tinggi akan menjalankan penyelidikan ke atas elemen bukan perkakasan dalam pembangunan pembangunan ICT. Usaha ini termasuklah: i. Memantau serta menilai kesan ICT kepada sektor awam, swasta dan isi rumah. ii.Perubahan budaya kerja hasil pertambahan pekarja berpengetahuan dan pelaksanaan tele-pekerjaan. iii.Penjajaran semula kod klasifikasi industri, produk dan pekerjaan supaya selaras dengan pengertian sektor maklumat. iv.Langganan dan profil penggunaan Internet.
  18. 18. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia Rancangan Malaysia Ke-9 a) Menjana Sumber Kekayaan Baru Melalui ICT  Kerajaan akan memanfaatkan potensinya dengan terus menggalakkan pertumbuhan industri perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar. Kerajaan juga akan membangunkan bidang baru seperti industri kandungan digital tempatan dan bio-informatik.
  19. 19. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Inisiatif Kerajaan dalam ICT di Malaysia b) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’  Pendekatan khusus akan diberikan kepada pembangunan modal insan(human capacity building) yang akan dilaksanakan secara holistik.  Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama : i. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. ii.Memperkukuhkan keupayaan Sains, R&D dan Inovasi. iii.Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
  20. 20. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Kesan ICT dalam Masyarakat dan Negara ICT ICT ICT ICT ICT ICT ICT KESAN POSITIF KESAN NEGATIF
  21. 21. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Kesan ICT dalam Masyarakat dan Negara KESAN POSITIF Proses menyebar dan mendapat maklumat berlaku dengan pantas Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat dan negara Menghasilkan kerja yang lebih produktif dan bersistematik Memudahkan perhubungan dan komunikasi
  22. 22. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Kesan ICT dalam Masyarakat dan Negara KESAN NEGATIF Penyebaran maklumat palsu dan tidak sahih. Penyebaran bahan-bahan yang mendorong kepada gejala sosial Berleluasanya penipuan dan kecurian data secara on-line Obses melampau sehingga mengabaikan kehidupan sosial yang sihat.
  23. 23. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT ICT dan Cara Hidup Islam • “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” • Bagaimana? Ibadah • “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” • Bagaimana? Khalifah
  24. 24. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT ICT dan Cara Hidup Islam • “Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” • Bagaimana? Dakwah • Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik? Amanah
  25. 25. Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT Terima kasih

×