SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAB 1 – PENGENALAN KAUNSELING
Definisi kaunseling.
Satu perbincangan antara kaunselor terlatih dgn individu atau kelompok kecil yg mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan,bersama-sama memikirkan dan meneliti bbrp alternatif utk
mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yg dipilih.”
Perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi.
(1)Kaunseling – lebih menumpukan perhatian kpd membantu individu mengatasi
kebuntuan,kekusutan fikiran utk meneruskan kehidupan yg lebih tenteram.
(2)Psikoterapi – lebih memberi penekanan kpd pemulihan ‘penyakit mental’.
Matlamat kaunseling
(1)Mengubah tingkah laku kpd kehidupan yg lebih produktif/memuaskan.Con: Ali suka lumba haram
motosikal di jln raya.Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yg bahaya ini spt
menggalakkan minat Ali spy berlumba di litar lumba motosikal.
(2)Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Cth:Lina rasa diabaikan suaminya.Dia marah dan
kecewa. Kaunseling boleh membantu Lina berkomunikasi dgn suaminya perasaannya tanpa
mengeruhkan keadaan dan mencapai penyelesaian.
(3)Mengurus kendiri dgn efaktif apb dlm kesulitan Cth: Koh kehilangan ibunya.Pelajarannya
tergugat.Kaunseling boleh membantu Koh menerima kehilangannya dan mengurus
pembelajarannya.
(4)Membuat keputusan Rasional.Cth:Devi tidak tahu bidang pengkhususan mana patut diambil di
peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dgn mengenali diri dan minatnya.
(5) Bantu Klien Berkembang secara positif dan mencapai potensi/minat. Cth Man minat melukis.Ibu
bapaya suruh masuk aliran sains yg dia tak minat. Kaunseling boleh bantu capai resolusi man dan ibu
bapanya.
Peranan Kaunselor ( Aspek tempat dan situasi)
(1) Sekolah – membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya yg sesuai utk mereka.
(2) Penjara – Membantu pemulihan ahli dan proses mengintegrasikan mrk semula dgn masyarakat.
(3) Hospital – membantu keluarga yg kehilangan ahlinya menghadapi dan menerima kehilangan.
(4) Pejabat Agama Islam – membantu suami isteri yg mengalami masalah r.tangga.
(5) Pejabat Kerajaan – Membantu pekerja yg stress atau menghadapi masalah burn out.
(6) Gereja – membantu mrk yg menghadapi masalah peribadi spt masalah dgn ibu bapa.
Peranan Kaunselor (Aspek Individu)
(1) Kesihatan fizikal – bantu individu jaga kesihatan.amalkan tabiat yg positif.mengamalkan gaya
hidup yg sihat.
(2) Keperluan sosial – hubungan keluarga,persekitaran tempat kerja,persahabatan dan kegiatan lain
yg menghubungkan individu tersebut dgn orang lain.
(3) Kesihatan mental – kaunselor perlu rangsang pemikiran klien spy lebih kreatif dlm menyelesaikan
masalah.
(4) Keperluan emosi – tingkatkan kesejahteraan emosi klien spy ia dpt menyatakan masalah dan
perasaannya terhadap kehidupannya.
(5) Keperluan kerohanian – perlu krn skrg manusia bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan
ajaran agamanya.
Ciri-ciri Kaunselor.
Ciri Kepentingan
Percaya Klien unik dan berharga Membolehkan klien menaruh harapan dan mula percaya kepada
kaunselor.
Percaya Klien boleh berubah Membolehkan kaunselor meneruskan proses kaunseling jika ada
penghujung di mana klien akan berubah dan boleh dibantu.
Faham bagmna indiv efektif berfungsi M’bolehkan kaunselor mengetahui klien berjaya mencapai
tahap perfungsian sbg individu yg efektif berfungsi & mblhkn proses kaunseling dihentikan.
Ada pengetahuan untuk membantu Membolehkan kaunselor tahu strategi mana yg sesuai
digunakan utk membantu klien
Ada kesanggupan
Melibat diri Membolehkan klien percaya yg kaunselor benar-benar menumpukan sepenuh perhatian
kpdnya dan masalah yg dihadapinya
Mengenali diri sendiri Membolehkan kaunselor menjadi model kpd kliennya
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
(1) Pengajaran dan latihan – menyebarkan maklumat dan melatih kemahiran. Cth ceramah AIDS
(2) Kaunseling – membantu mencapai penyelesaian klien. Cth Pemulihan Dadah
(3) Pengambilan ujian – ujian IQ (kecerdasan),ujian EQ (ujian emosi dan ujian personaliti)
Kaunseling kelompok.
Antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri
dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu.
Jenis-jenis kelompok.
(1) Kelompok Bimbingan.Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah social (bahaya
dadah);pengurusan masa.;kemahiran belajar;pemilihan kerjaya.;persediaan peperiksaan.
(2) Kelompok Kaunseling – lima hingga sepuluh orang.Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan
kaunselor.
(3) Kelompok lain – kelompok terapi,kelompok sensitivity,kelompok – T.
Kelebihan Kaunseling Kelompok.
(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara
kelompok.
(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan
sebaya.
(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-
ahli lain.
(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.
Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.
(1) memberi harapan kpd klien. (2) perasaan selamat dan mendapat sokongan. (3) kesatuan antara
ahli-ahli. (4)mempelajari sesuatu dari ahli lain.(5) pembelajaran interpersonal (perorangan)
Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.
(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu
boleh dedahkan. (2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.
Kepentingan Kerahsiaan
(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan
Situasi pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien membahayakan diri dan org lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
(3)Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4)Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.
BAB 2 – PROSES KAUNSELING
Tahap Kaunseling.
(1) Tahap membina hubungan- tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu perkongsian
bekerjasama.
(1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
(2) Menentukan matlamat awal kaunseling.
(3) Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor
dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.(4) Membina kepercayaan.
(2) Tahap penerokaan – tahap memahami bgmn klien mempersepsikan masalahnya.
(1) Meneroka Skop masalah.
(2) Analisis aras perkongsian klien.
(3) Analisis Pola sejarah klien- Adakah pernah alami; Adakah resolusi sama.
(4) Mengenalpasti kekuatan dalaman klien
(3) Tahap membuat keputusan – thp membentuk satu matlamat utk klien.Strategi dan arah mana
nak bawa klien. Persetujuan; (1) matlamat mesti dipersetujui bersama (2) setuju dgn pendekatan
dan strategi diguna.
(4) Tahap pelaksanaan- thp di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau
menyelesaikan masalahnya. Faktor yg mempengaruhi keberkesanan kaunseling:
(1) Pengaruh org yg terdekat cth ; suami
(2) Sumber bantuan lain cth: kebajikan masyarakat
(3) Penyediaan risalah –Maklumat AIDS
(5) Tahap menamatkan sesi kaunseling- thp kaunselor membuat rumusan apa yg tlh berlaku dlm sesi
kaunseling dan kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai:
(1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga kesan-kesannya.
(2) Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan.
(3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling.
Klien yang enggan bekerjasama.(Dirujuk kpd kaunselor tanpa kerelaan mereka)
(1) Klien yang degil dan tidak komited.
Sebab-sebab klien degil tapi komited dan tidak mahu membuat perubahan ialah kemungkinan klien:
• takut utk mengetahui diri dgn mendalam dan mengetahui kelemahan dan keburukan diri sendiri.
• Takut utk membuat perubahan.Sesuatu yg diketahui adalah selesa dan selamat dr sesuatu yg tdk
diketahui yg mungkin akan menggugat rasa selamat.
• Takut atau tidak tahu bgmn hendak meluahkan perasaan.
• Tdk memahami proses kaunseling dan tidak tahu apa yg akan berlaku kalau melaluinya.
(2) Klien yg degil tapi komited.
• datang dgn sukarela.
• Sanggup membina hubungan dgn kaunselornya.
• Melibatkan secara aktif dlm proses kaunseling.
• Tetapi tdkmahu mengubah perasaannya,pemikirannya dan kelakuannya yg bermasalah.
Menghadapi klien yg degil.
(1)Elak reaksi negetif.- elak perbuatan yg blh timbulkan kemarahan klien (2)Terima klien.- hormati
(3) Sikap tdk putus asa- bersabar (4) Fahami punca kedegilan. (5) Atasi kedegilan dgn positif – beri
jalan yg membina/menolong
Mencari maklumat tentang klien.
(1) Mengenali klien sendiri sblm menjadi klien.
(2) Mendapat maklumat dr org terdekat dan yg mengenali klien.
(3) Menyelidik latar belakang klien dgn borang-borang.
(4) Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien.
(5)Membuat pemerhatian ke atas apa yg diceritakan dan pergerakan badan klien
Bab 3- Kemahiran Berkomunikasi
Mempelajari kemahiran kaunseling.
(1) kaunselor baca buku-buku.(2)Mendengar kuliah.(3)Menghadiri seminar-seminar.(4)Berbincang
dgn kaunselor atau org lain yg berminat.(5)Melihat demontrasi bagaimana pendekatan-pendekatan
kaunseling digunakan.
(6) Melakonkan gerak geri kaunselor yg dilihat atau dirakam.
Persediaan awal Kaunselor
(1) memastikan persekitaran perjumpaan; (selesa dan selamat./perbualan tidak boleh didengari oleh
orang lain./Tidak ada gangguan manusia atau benda./Memberi ketenangan.)
(2) pengambilan klien. (mengetahui latar belakang klien./ Membuat kaji selidik untuk mengetahui
klien.)
Temu bual Kaunseling Pertama. (Ada FASA)
(1) Fasa memulakan sesi.( berbual ringan utk bbrp minit sehingga klien rasa selesa.- Menetapkan dgn
persetujuan klien brp lama sesi itu - Memastikan klien tahu dia boleh meluahkan masalahnya dgn
selamat.)
(2) Fasa menstruktur sesi.( peranan masing2.- matlamat kaunseling.- Kerahsiaan antara kaunselor
dan klien.)
(3) Fasa menerangkan matlamat sesi.
(4) Fasa menamatkan sesi. (dgn membuat keputusan utk meneruskan proses kaunseling atau
tdk.Jika ya,adakah utk merujuk klien ke agensi lain atau tdk.Jika tdk,mengatur temujanji utk sesi
seterusnya).
(5) Fasa membuat rujukan.
Jenis-jenis tingkah laku bukan lisan.
(1) Anggota badan Cth: mata yang selalu pandang ke bawah mungkin menunjukkan klien tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
(2) Nada suara Cth: suara yang tinggi dalam percakapan mungkin menunjukkan klien sedang
mengalami tekanan seperti marah atau kerisauan yang amat sangat.
(3) Persekitaran Cth: kedudukan klien yang jauh dari kaunselor dan mengundur apabila kaunselor
mendekatinya mungkin menunjukkan klien masih belum bersedia untuk menaruh harapan atau
kepercayaan kepada kaunselor.
Tingkah laku bukan lisan seorang kaunselor dan ertinya:
(1) Tumpuan mata.- Tumpuan mata yg bersahaja akan memberi erti yg kaunselor memang ambil
berat apa yg hendak diperkatakan klien.
(2) Postur terbuka. - Kaunselor x blh duduk dgn tgn. atau kaki bersilang yg memberi erti dia tdk
bersedia mendgr klien.Postur terbuka akan meyakinkan klien yg kaunselor sdg menumpu perhatian.
(3) Menghadap klien.- Kaunselor perlu hadap klien tanpa sebarang sekatan objek.Ini akan memberi
erti yg kaunselor melibatkan diri dlm perbincgn antara mereka.
(4) Condong ke hadapan. - Menunjukkan minat kaunselor kpd apa yg hendak dibincang oleh klien.
(5) Dlm keadaan rilek. - Raut wajah kaunselor mesti dlm keadaan tenang dan selesa.Nada suara
sederhana.Suara lembut.Keadaan tenang kaunselor akan meyakinkan klien dan ia akan merasa
selesa.
Kemahiran Komunikasi
(1) Soalan terbuka.- Kaunselor perlu tahu bila serta byk mana hendak guna soalan terbuka. Jika
digunakan pd masa yg sesuai akan menggalakkan klien bercerita.Terlalu byk soalan terbuka akan
membosankan klien.
(2) Senyap.- Kaunselor perlu senyap spy klien dpt merefleksi ceritanya atau menggalakkan klien
berckp.Terlalu lama senyap buat klien rasa tk selesa dn kaunselor tk tumpu perhatian.
(3) Mendengar. - Kaunselor perlu dgr dgn teliti apa yg dikatakan klien utk beri respon.Dia perlu
‘mendengar’ disebalik apa yg diperkatakan juga utk mengetahui maksud sebenar apa yg
diperkatakan klien.
(4) Penyataan semula.- Kaunselor menyatakan semula dgn perkataan sendiri kenyataan klien utk
memastikan persepsinya adalah betul.
(5) Merefleksi perasaan. - Penekanan kpd perasaan yg dialami oleh klien akan menunjukkan yg
kaunselor menerima dan memahami apa yg klien rasa.
(6) Meringkaskan isu. - Ringkaskan semua isu yg penting dan masalah yg boleh merangkumi bbrp
sesi.
(7) Meringkaskan perasaan. - Ringkaskan perasaan klien mengenai isu-isu pening dan masalah yg
dihadapi dpt membantu kaunselor menunjukkan pemahaman kaunselor dan membolehkan
kaunselor memberi respon yg betul secara empatik.
Bab 4: Kemahiran Peranan
Peranan Penumpuan : Beri sepenuh perhatian pd klien dan tunjuk pemahaman tanpa prasangka dari
segi suara, fizikal, mental dan perasaan.
Jenis-Jenis Respon Penumpuan
(1) Respon mudah; galak klien teruskan cerita spt ya, mm, oo atau anguk2 kepala.
(2) Refleksi kandungan dan perasaan ; memahami perasaan dari cerita klien spt sedih, marah, suka.
(3) Penekanan; merangsang klien jelaskan fakta penting dalam cerita spt, minta klien ulang yg
disebut.
(4) Parafrasa; menunjukkan kaunselor faham masalah klien spt sebut semula ayat klien dgn
perkataan sendiri.
Aras respon penumpuan
(1) Peranan tidak berkesan ; tunjuk sikap kurang minat, acuh tak acuh.
(2) Peranan sederhana ; beri perhatian pd sebahagian cerita klien.
(3) Peranan yg baik ; tunjuk minat pd cerita klien dan ceritakan semula dengan ayat sendiri.
(4) Peranan berkesan ; tunjuk minat yang tinggi cerita klien, terjemah cerita dengan betul dan beri
respon.
Peranan Penjelasan: permintaan kaunselor kpd klien menjelaskan suatu fakta yg tidak difahami.
Jenis respon penumpuan
(1) Menyemak Persepsi ; semak ketepatan persepsi pada cerita klien spt ‘tadi ada jelaskan bahawa…’
(2) penjelasan alternatif ; kaunselor tak pasti alternatif mana jadi pilihan klien spt ‘ adakah ini yg
lebih penting..’
(3) Minta penjelasan lankut ; kaunselor minta klien buat penjelasn spt ‘ cuba jelaskan maksud
saudara…’
Aras respon penjelasan
(1) Peranan kurang berkesan; tidak berminat berminat dan bersifat menghukum spt ‘anda memang
bodoh’
(2) Peranan sederhana ; memberi penjelasan sebahagian mesej klien tidak sepenuh hati.
(3) Peranan yg baik ; pamer minat tinggi, fokus cerita klien dari aspek kandungan dan perasaan serta
jelaskan kekeliruan.
(4) Peranan paling baik ; memahami dan mjelaskan cerita klien, bantu klien lihat isu dgn jelas, tidak
menghukum dan tunjuk minat.
Peranan Menyokong: percaya bahawa klien ada potensi untuk menyelesaikan masalah dan
galakkannya untuk mencari alternatif penyelesaian mengikut tahap2 kaunseling.
Jenis respon sokongan
(1) Menghargai ; rasa hormat tanpa bersyarat, spt ‘anda memang pandai mengatasi masalah ini dgn
baik’
(2) Penerimaan ; bantu klien berfikiran positif pd diri, spt ‘ anda memang boleh lakukannya’
(3) Ambil hati ; tunjuk ambil berat dan beri sokongan pd klien, spt ‘teruk sungguh pengalaman anda
ya’
(4) Ketenangan ; bantu atasi ketegangan, kerisauan dan bantu kawal emosi klien spt ‘tarik nafas pjg’.
Aras respon menyokong
(1) Tidak berperanan dgn baik ; tidak beri keyakinan, tidak ikhlas, nada suara hambar.
(2) Peranan sedrhana ; sokongan diberi dgn bersahaja, tidak serius.
(3) Peranan Baik; beri respon, sokongan pada situasi yg sesuai dlm proses kaunseling.
(4) Peranan paling baik ; nada suara sesuai, pilihan kata2 menyokong, respon sesuai.
Bab 5: Teori Kaunseling Behaviorisme
Fungsi Teori :
(1) Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian
(2) Menguasai keadaan tertentu
(3) Buat ramalan
(lihat cth MS 164)
Kepentingan Teori:
(1) Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor.
(2) Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien
(3) Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling.
Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme
(1) Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov
(2) Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan)
(3) Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara berfikir)
Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya)
(1) Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel.
(2) Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman
(3) Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman
(4) Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh diramal.
(5) Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp persekitaran dan rangsangan
dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti.
Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner
(1) Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu. (2) Tiada TL bersahaja, semuanya dipengaruhi
persekitaran.
(3) Personaliti terbentuk dengan peneguhan (4) TL boleh diubah dgn melemah peneguhan (proses
pelupusan)
(5) Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan)
Strategi membantu Klien
(1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor boleh ajar cara beri
pendapat.
Ada hadnya: (a) Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor.
(b) Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru.
Faedah: (a) Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu.
(b) Teknik meluaskan kesedaran klien
(c) Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin.
(2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri
Kaedah: (a) role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa klien buat.
(b) teroka dan takrifkan masalah.
(c) role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor
(d) laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti
(3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian.
Kaedah: (a) Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat Token Ekonomi.
(b) Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa).
(c) Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten.
(d) Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan.
(e) TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah.
(4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif dlm proses
kaunseling.
Ciri2 (a) Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling.
(b) Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu.
(c) Proses pemikiran klien diberi tumpuan.
(d) Klien dijangka berusaha berubah.
(e) Klien belajar peneguhan kendiri.
(f) Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat penjelasan.
(g) Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar.
Kaedah: (a) Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik, difahami, blh diukur)
(b) Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat perakam, kertas, pen)
(c) Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) & ambil langkah sesuai
(sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan rangsangan tidak dikehendaki)
(d) Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka pendek/panjang)
(e) Teruskan kejayaan & kira apa yg dicapai.
(Contoh: Kaitkan Proses individu gemuk nak turunkan berat badan)
Bab 6: Kaunseling Pemusatan Insan
Pandangan Rogers: Manusia adalah positif dan bergerak kehadapan utk capai potensi diri yg
cemerlang.
Konsep utama:
(1) Fenomenologi: ( individu bertindak ikut pandangannya sendiri )
(2) Konsep Mengetahui:
(a) Subjektif ; pengetahuan / maklumat utk rujukan diri sendiri.
(b) objektif; pengetahuan / maklumat yg diketahui dan telah disahkan oleh orang lain .
(c) interpersonal; pengetahuan luar dari sikap empati.
(3) Struktur personaliti:
(a) Organisme ; Pusat segala pengalaman.
(b) Kendiri ; (gabungan pengalaman dan persepsi ) konsep kendiri yg diingini.
(4) Proses perkembangan personaliti: Individu cenderung berkembang kepada kesempurnaan
kendiri.
(5) Kecelaruan Psikologi: individu menjadi terbuka kepada pengalaman yg tidak defensive.
Konsep Kendiri Dlm Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Konsep keseluruhan persepsi, tersusun dan konsisten mewakili ciri individu dan hubungannya
dgn org lain.
(2) Kendiri idaman melibatkan persepsi dan makna berkaitan dgn kendiri yg dihargai individu , org yg
signifikan dan masyarakat.
(3) Kendiri sebenar adalah kendiri yg tidak berpura2.
Sikap Kaunselor dalam Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Kongruen atau keikhlasan ; kaunselor tunjuk sifat sebenrnya (tidak berpura2)
(2) penerimaan tanpa syarat ; anggap manusia dgn positif, boleh berubah.
(3) empati; pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya
Kemahiran Asas Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Soalan terbuka/tertutup ; Galak klien beri maklumat
(2) Dorongan minima ; Dorongan spt angukkan yg menunjukkan kaunselor faham cerita klien
(3) Prafrasa ; Ceritakan semula cerita klien dgn perkataan sendiri utk tunjuk pemahaman.
(4) Rumusan ; Marangkumkan maklumat yang berkenaan sebelum merespon.
(5) Refleksi Perasaan ; Merasai perasan klien utk galakan ia meluahkan perasaan.
(6)Konfron/mencabar; Teknik supaya klien melihat diri yg sebenarnya bukan hanya pada perkara yg
baik sja.
(7) Memfokus ; Kaunselor beri tumpuan, tak berangan.
(8) Refleksi makna ; Keupayaan kaunselor memahami keseluruhan cerita termasuk perkara yg tidak
diceritakan klien.
DICATAT OLEH NOTA PADAT KDP14MINGGU DI 5:15 PTG
FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu melalui
usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuan supaya memperolehi kesejahteraan dalam
hidup serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.
KONSEP ASAS BIMBINGAN
MC Daniel dan Shaftel 1957 .Bimbingan adalah satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi,
maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
KONSEP ASAS KAUNSELING
Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana
seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif,
saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor & penumpuan diberikan
atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta perasaan-perasaan klien.
Pepinsky and Pepinsky (1954) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaksi yang terjadi di
antara dua orang yang dipanggil sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu setting yang
profesional, dan melalui pula hubungan dimudahcara bagi mengujudkan perubahan-perubahan
tinkahlaku klien.
KONSEP ASAS PSIKOTERAPI
1) Penekanan kepada pemulihan penyakit mental yang serius.
2) Menyelesaikan masalah perubahan reconstruktive dalam individu disamping pertumbuhan.
3) Psikoterapi mengambil masa yang panjang. (outpatient& inpatient)
KAUNSELING
Definisi Kaunseling
Merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia
dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi
klien ke arah yang diingini. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat
berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, ia lebih kepada perbincangan ke arah satu persetujuan. Kaunselor
tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk
kaunselor tidak semestinya baik untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing
klien mencari sumber yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Bentuk Hubungan Dalam Kaunseling
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor
cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala
klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan
masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali
diri dan persoalan yang dihadapinya. Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi
kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya.Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui
pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional
atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti
yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan
jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982).
Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia
menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam
persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana
seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn
masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai
kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses menolong atau bantuan yang profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Definisi Bimbingan
Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru
pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab
menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor
Model Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya
kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong
melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan
kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka.
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti.

More Related Content

What's hot

Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Model terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasserModel terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasserdimidur
 
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakuzakwan azhar
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuJessika Denis
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Sattia Wathy
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusanQaseh Rindu
 
Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2SITI HAJAR
 

What's hot (20)

Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Model terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasserModel terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasser
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah laku
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Bab 4 klien
Bab 4  klienBab 4  klien
Bab 4 klien
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
 
Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2Teori motivasi pp penggal 2
Teori motivasi pp penggal 2
 

Viewers also liked

Presentazione dany
Presentazione  danyPresentazione  dany
Presentazione danyCarlitosruiz
 
Ii praktikaldiko teknologia_berrien_
Ii praktikaldiko teknologia_berrien_Ii praktikaldiko teknologia_berrien_
Ii praktikaldiko teknologia_berrien_guestd8db94
 
Tds rate chart fy 2010-11 (ay 2011-12)
Tds rate chart   fy 2010-11 (ay 2011-12)Tds rate chart   fy 2010-11 (ay 2011-12)
Tds rate chart fy 2010-11 (ay 2011-12)guesta35005
 
Auto wired dependency injection in js
Auto wired dependency injection in jsAuto wired dependency injection in js
Auto wired dependency injection in jsVarun Grover
 
Metodologia integratzeko teknologiak_haur_hezk
Metodologia integratzeko teknologiak_haur_hezkMetodologia integratzeko teknologiak_haur_hezk
Metodologia integratzeko teknologiak_haur_hezkguestd8db94
 
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingHbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingajajamelia
 
Google Searchable Ajaxed Content
Google Searchable Ajaxed ContentGoogle Searchable Ajaxed Content
Google Searchable Ajaxed ContentVarun Grover
 
Präsentation going green
Präsentation going greenPräsentation going green
Präsentation going greenCarlitosruiz
 
Absolutt helt totalt ferdig comenis!
Absolutt helt totalt ferdig comenis!Absolutt helt totalt ferdig comenis!
Absolutt helt totalt ferdig comenis!Carlitosruiz
 
Quản trị sản xuất trong doanh nghiệp
Quản trị sản xuất trong doanh nghiệpQuản trị sản xuất trong doanh nghiệp
Quản trị sản xuất trong doanh nghiệpUNETI
 

Viewers also liked (19)

Presentazione dany
Presentazione  danyPresentazione  dany
Presentazione dany
 
JS Anti Patterns
JS Anti PatternsJS Anti Patterns
JS Anti Patterns
 
Ii praktikaldiko teknologia_berrien_
Ii praktikaldiko teknologia_berrien_Ii praktikaldiko teknologia_berrien_
Ii praktikaldiko teknologia_berrien_
 
Recuperacion de desastres
Recuperacion de desastresRecuperacion de desastres
Recuperacion de desastres
 
Tecnologías Orientadas a Objetos
Tecnologías Orientadas a ObjetosTecnologías Orientadas a Objetos
Tecnologías Orientadas a Objetos
 
Bosnia
BosniaBosnia
Bosnia
 
Tds rate chart fy 2010-11 (ay 2011-12)
Tds rate chart   fy 2010-11 (ay 2011-12)Tds rate chart   fy 2010-11 (ay 2011-12)
Tds rate chart fy 2010-11 (ay 2011-12)
 
Irlandaa
IrlandaaIrlandaa
Irlandaa
 
Auto wired dependency injection in js
Auto wired dependency injection in jsAuto wired dependency injection in js
Auto wired dependency injection in js
 
Current rankings
Current rankingsCurrent rankings
Current rankings
 
Metodologia integratzeko teknologiak_haur_hezk
Metodologia integratzeko teknologiak_haur_hezkMetodologia integratzeko teknologiak_haur_hezk
Metodologia integratzeko teknologiak_haur_hezk
 
Web fonts
Web fontsWeb fonts
Web fonts
 
New rank
New rankNew rank
New rank
 
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingHbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
 
Google Searchable Ajaxed Content
Google Searchable Ajaxed ContentGoogle Searchable Ajaxed Content
Google Searchable Ajaxed Content
 
Präsentation going green
Präsentation going greenPräsentation going green
Präsentation going green
 
Absolutt helt totalt ferdig comenis!
Absolutt helt totalt ferdig comenis!Absolutt helt totalt ferdig comenis!
Absolutt helt totalt ferdig comenis!
 
Quản trị sản xuất trong doanh nghiệp
Quản trị sản xuất trong doanh nghiệpQuản trị sản xuất trong doanh nghiệp
Quản trị sản xuất trong doanh nghiệp
 
Monetary policy
Monetary policyMonetary policy
Monetary policy
 

Similar to MENCAPAI POTENSI

Nota ringkas edu 3107
Nota ringkas edu 3107Nota ringkas edu 3107
Nota ringkas edu 3107dhuhahuda
 
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptx
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptxASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptx
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptxalihafiz5577
 
01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunselingridzuangrik
 
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompokAlif Hassan
 
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELINGPOWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELINGMuhammad_Rijal94
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunselingHerney Aqilah Kay
 
KULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptx
KULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptxKULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptx
KULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptxTunAmirahIrdina
 
TEORI-TEORI KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konseling
TEORI-TEORI  KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konselingTEORI-TEORI  KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konseling
TEORI-TEORI KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konselingSitiSara33
 
layanan-bimbingan-dan-konseling-islami.ppt
layanan-bimbingan-dan-konseling-islami.pptlayanan-bimbingan-dan-konseling-islami.ppt
layanan-bimbingan-dan-konseling-islami.pptssuseref29bf
 
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)Herney Aqilah Kay
 
Teorikaunseling
TeorikaunselingTeorikaunseling
Teorikaunselingeswoo
 
Pendekatan dalam konseling
Pendekatan  dalam konselingPendekatan  dalam konseling
Pendekatan dalam konselingJenyHarianto08
 
Pendekatan dalam konseling
Pendekatan  dalam konselingPendekatan  dalam konseling
Pendekatan dalam konselingJenyHarianto08
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 

Similar to MENCAPAI POTENSI (20)

Nota ringkas edu 3107
Nota ringkas edu 3107Nota ringkas edu 3107
Nota ringkas edu 3107
 
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptx
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptxASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptx
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING.pptx
 
82042645 edu3107-nota-padat
82042645 edu3107-nota-padat82042645 edu3107-nota-padat
82042645 edu3107-nota-padat
 
01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling
 
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
 
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELINGPOWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling
 
Kualiatas dan pendidik konselor
Kualiatas dan pendidik konselorKualiatas dan pendidik konselor
Kualiatas dan pendidik konselor
 
KULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptx
KULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptxKULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptx
KULIAH 1 (pengenalan kaunseling kelompok).pptx
 
TEORI-TEORI KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konseling
TEORI-TEORI  KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konselingTEORI-TEORI  KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konseling
TEORI-TEORI KONSELING KELOMPOK pada mata kuliah psikologi konseling
 
Bab 2 Kaunseling
Bab 2    KaunselingBab 2    Kaunseling
Bab 2 Kaunseling
 
layanan-bimbingan-dan-konseling-islami.ppt
layanan-bimbingan-dan-konseling-islami.pptlayanan-bimbingan-dan-konseling-islami.ppt
layanan-bimbingan-dan-konseling-islami.ppt
 
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
 
BAB II.docx
BAB II.docxBAB II.docx
BAB II.docx
 
Teorikaunseling
TeorikaunselingTeorikaunseling
Teorikaunseling
 
3.kaunseling satu pengenalan
3.kaunseling satu pengenalan3.kaunseling satu pengenalan
3.kaunseling satu pengenalan
 
Pendekatan dalam konseling
Pendekatan  dalam konselingPendekatan  dalam konseling
Pendekatan dalam konseling
 
Pendekatan dalam konseling
Pendekatan  dalam konselingPendekatan  dalam konseling
Pendekatan dalam konseling
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
PELAYANAN BIMBINGAN.pptx
PELAYANAN BIMBINGAN.pptxPELAYANAN BIMBINGAN.pptx
PELAYANAN BIMBINGAN.pptx
 

MENCAPAI POTENSI

  • 1. HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAB 1 – PENGENALAN KAUNSELING Definisi kaunseling. Satu perbincangan antara kaunselor terlatih dgn individu atau kelompok kecil yg mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan,bersama-sama memikirkan dan meneliti bbrp alternatif utk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yg dipilih.” Perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi. (1)Kaunseling – lebih menumpukan perhatian kpd membantu individu mengatasi kebuntuan,kekusutan fikiran utk meneruskan kehidupan yg lebih tenteram. (2)Psikoterapi – lebih memberi penekanan kpd pemulihan ‘penyakit mental’. Matlamat kaunseling (1)Mengubah tingkah laku kpd kehidupan yg lebih produktif/memuaskan.Con: Ali suka lumba haram motosikal di jln raya.Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yg bahaya ini spt menggalakkan minat Ali spy berlumba di litar lumba motosikal. (2)Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Cth:Lina rasa diabaikan suaminya.Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Lina berkomunikasi dgn suaminya perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan dan mencapai penyelesaian. (3)Mengurus kendiri dgn efaktif apb dlm kesulitan Cth: Koh kehilangan ibunya.Pelajarannya tergugat.Kaunseling boleh membantu Koh menerima kehilangannya dan mengurus pembelajarannya. (4)Membuat keputusan Rasional.Cth:Devi tidak tahu bidang pengkhususan mana patut diambil di peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dgn mengenali diri dan minatnya. (5) Bantu Klien Berkembang secara positif dan mencapai potensi/minat. Cth Man minat melukis.Ibu bapaya suruh masuk aliran sains yg dia tak minat. Kaunseling boleh bantu capai resolusi man dan ibu bapanya. Peranan Kaunselor ( Aspek tempat dan situasi) (1) Sekolah – membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya yg sesuai utk mereka. (2) Penjara – Membantu pemulihan ahli dan proses mengintegrasikan mrk semula dgn masyarakat.
  • 2. (3) Hospital – membantu keluarga yg kehilangan ahlinya menghadapi dan menerima kehilangan. (4) Pejabat Agama Islam – membantu suami isteri yg mengalami masalah r.tangga. (5) Pejabat Kerajaan – Membantu pekerja yg stress atau menghadapi masalah burn out. (6) Gereja – membantu mrk yg menghadapi masalah peribadi spt masalah dgn ibu bapa. Peranan Kaunselor (Aspek Individu) (1) Kesihatan fizikal – bantu individu jaga kesihatan.amalkan tabiat yg positif.mengamalkan gaya hidup yg sihat. (2) Keperluan sosial – hubungan keluarga,persekitaran tempat kerja,persahabatan dan kegiatan lain yg menghubungkan individu tersebut dgn orang lain. (3) Kesihatan mental – kaunselor perlu rangsang pemikiran klien spy lebih kreatif dlm menyelesaikan masalah. (4) Keperluan emosi – tingkatkan kesejahteraan emosi klien spy ia dpt menyatakan masalah dan perasaannya terhadap kehidupannya. (5) Keperluan kerohanian – perlu krn skrg manusia bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agamanya. Ciri-ciri Kaunselor. Ciri Kepentingan Percaya Klien unik dan berharga Membolehkan klien menaruh harapan dan mula percaya kepada kaunselor. Percaya Klien boleh berubah Membolehkan kaunselor meneruskan proses kaunseling jika ada penghujung di mana klien akan berubah dan boleh dibantu. Faham bagmna indiv efektif berfungsi M’bolehkan kaunselor mengetahui klien berjaya mencapai tahap perfungsian sbg individu yg efektif berfungsi & mblhkn proses kaunseling dihentikan. Ada pengetahuan untuk membantu Membolehkan kaunselor tahu strategi mana yg sesuai digunakan utk membantu klien Ada kesanggupan Melibat diri Membolehkan klien percaya yg kaunselor benar-benar menumpukan sepenuh perhatian kpdnya dan masalah yg dihadapinya Mengenali diri sendiri Membolehkan kaunselor menjadi model kpd kliennya
  • 3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. (1) Pengajaran dan latihan – menyebarkan maklumat dan melatih kemahiran. Cth ceramah AIDS (2) Kaunseling – membantu mencapai penyelesaian klien. Cth Pemulihan Dadah (3) Pengambilan ujian – ujian IQ (kecerdasan),ujian EQ (ujian emosi dan ujian personaliti) Kaunseling kelompok. Antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu. Jenis-jenis kelompok. (1) Kelompok Bimbingan.Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah social (bahaya dadah);pengurusan masa.;kemahiran belajar;pemilihan kerjaya.;persediaan peperiksaan. (2) Kelompok Kaunseling – lima hingga sepuluh orang.Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor. (3) Kelompok lain – kelompok terapi,kelompok sensitivity,kelompok – T. Kelebihan Kaunseling Kelompok. (1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok. (2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya. (3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli- ahli lain. (4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama. Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok. (1) memberi harapan kpd klien. (2) perasaan selamat dan mendapat sokongan. (3) kesatuan antara ahli-ahli. (4)mempelajari sesuatu dari ahli lain.(5) pembelajaran interpersonal (perorangan)
  • 4. Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling. (1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan. (2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai. (3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi. Kepentingan Kerahsiaan (1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan (2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan Situasi pengecualian kerahsiaan. (1) Klien membahayakan diri dan org lain. (2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan. (3)Mahkamah meminta maklumat didedahkan. (4)Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku. BAB 2 – PROSES KAUNSELING Tahap Kaunseling. (1) Tahap membina hubungan- tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama. (1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi. (2) Menentukan matlamat awal kaunseling. (3) Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.(4) Membina kepercayaan. (2) Tahap penerokaan – tahap memahami bgmn klien mempersepsikan masalahnya. (1) Meneroka Skop masalah. (2) Analisis aras perkongsian klien. (3) Analisis Pola sejarah klien- Adakah pernah alami; Adakah resolusi sama. (4) Mengenalpasti kekuatan dalaman klien
  • 5. (3) Tahap membuat keputusan – thp membentuk satu matlamat utk klien.Strategi dan arah mana nak bawa klien. Persetujuan; (1) matlamat mesti dipersetujui bersama (2) setuju dgn pendekatan dan strategi diguna. (4) Tahap pelaksanaan- thp di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya. Faktor yg mempengaruhi keberkesanan kaunseling: (1) Pengaruh org yg terdekat cth ; suami (2) Sumber bantuan lain cth: kebajikan masyarakat (3) Penyediaan risalah –Maklumat AIDS (5) Tahap menamatkan sesi kaunseling- thp kaunselor membuat rumusan apa yg tlh berlaku dlm sesi kaunseling dan kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai: (1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga kesan-kesannya. (2) Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan. (3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling. Klien yang enggan bekerjasama.(Dirujuk kpd kaunselor tanpa kerelaan mereka) (1) Klien yang degil dan tidak komited. Sebab-sebab klien degil tapi komited dan tidak mahu membuat perubahan ialah kemungkinan klien: • takut utk mengetahui diri dgn mendalam dan mengetahui kelemahan dan keburukan diri sendiri. • Takut utk membuat perubahan.Sesuatu yg diketahui adalah selesa dan selamat dr sesuatu yg tdk diketahui yg mungkin akan menggugat rasa selamat. • Takut atau tidak tahu bgmn hendak meluahkan perasaan. • Tdk memahami proses kaunseling dan tidak tahu apa yg akan berlaku kalau melaluinya. (2) Klien yg degil tapi komited. • datang dgn sukarela. • Sanggup membina hubungan dgn kaunselornya.
  • 6. • Melibatkan secara aktif dlm proses kaunseling. • Tetapi tdkmahu mengubah perasaannya,pemikirannya dan kelakuannya yg bermasalah. Menghadapi klien yg degil. (1)Elak reaksi negetif.- elak perbuatan yg blh timbulkan kemarahan klien (2)Terima klien.- hormati (3) Sikap tdk putus asa- bersabar (4) Fahami punca kedegilan. (5) Atasi kedegilan dgn positif – beri jalan yg membina/menolong Mencari maklumat tentang klien. (1) Mengenali klien sendiri sblm menjadi klien. (2) Mendapat maklumat dr org terdekat dan yg mengenali klien. (3) Menyelidik latar belakang klien dgn borang-borang. (4) Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien. (5)Membuat pemerhatian ke atas apa yg diceritakan dan pergerakan badan klien Bab 3- Kemahiran Berkomunikasi Mempelajari kemahiran kaunseling. (1) kaunselor baca buku-buku.(2)Mendengar kuliah.(3)Menghadiri seminar-seminar.(4)Berbincang dgn kaunselor atau org lain yg berminat.(5)Melihat demontrasi bagaimana pendekatan-pendekatan kaunseling digunakan. (6) Melakonkan gerak geri kaunselor yg dilihat atau dirakam. Persediaan awal Kaunselor (1) memastikan persekitaran perjumpaan; (selesa dan selamat./perbualan tidak boleh didengari oleh orang lain./Tidak ada gangguan manusia atau benda./Memberi ketenangan.) (2) pengambilan klien. (mengetahui latar belakang klien./ Membuat kaji selidik untuk mengetahui klien.)
  • 7. Temu bual Kaunseling Pertama. (Ada FASA) (1) Fasa memulakan sesi.( berbual ringan utk bbrp minit sehingga klien rasa selesa.- Menetapkan dgn persetujuan klien brp lama sesi itu - Memastikan klien tahu dia boleh meluahkan masalahnya dgn selamat.) (2) Fasa menstruktur sesi.( peranan masing2.- matlamat kaunseling.- Kerahsiaan antara kaunselor dan klien.) (3) Fasa menerangkan matlamat sesi. (4) Fasa menamatkan sesi. (dgn membuat keputusan utk meneruskan proses kaunseling atau tdk.Jika ya,adakah utk merujuk klien ke agensi lain atau tdk.Jika tdk,mengatur temujanji utk sesi seterusnya). (5) Fasa membuat rujukan. Jenis-jenis tingkah laku bukan lisan. (1) Anggota badan Cth: mata yang selalu pandang ke bawah mungkin menunjukkan klien tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. (2) Nada suara Cth: suara yang tinggi dalam percakapan mungkin menunjukkan klien sedang mengalami tekanan seperti marah atau kerisauan yang amat sangat. (3) Persekitaran Cth: kedudukan klien yang jauh dari kaunselor dan mengundur apabila kaunselor mendekatinya mungkin menunjukkan klien masih belum bersedia untuk menaruh harapan atau kepercayaan kepada kaunselor. Tingkah laku bukan lisan seorang kaunselor dan ertinya: (1) Tumpuan mata.- Tumpuan mata yg bersahaja akan memberi erti yg kaunselor memang ambil berat apa yg hendak diperkatakan klien. (2) Postur terbuka. - Kaunselor x blh duduk dgn tgn. atau kaki bersilang yg memberi erti dia tdk bersedia mendgr klien.Postur terbuka akan meyakinkan klien yg kaunselor sdg menumpu perhatian. (3) Menghadap klien.- Kaunselor perlu hadap klien tanpa sebarang sekatan objek.Ini akan memberi erti yg kaunselor melibatkan diri dlm perbincgn antara mereka. (4) Condong ke hadapan. - Menunjukkan minat kaunselor kpd apa yg hendak dibincang oleh klien. (5) Dlm keadaan rilek. - Raut wajah kaunselor mesti dlm keadaan tenang dan selesa.Nada suara sederhana.Suara lembut.Keadaan tenang kaunselor akan meyakinkan klien dan ia akan merasa selesa.
  • 8. Kemahiran Komunikasi (1) Soalan terbuka.- Kaunselor perlu tahu bila serta byk mana hendak guna soalan terbuka. Jika digunakan pd masa yg sesuai akan menggalakkan klien bercerita.Terlalu byk soalan terbuka akan membosankan klien. (2) Senyap.- Kaunselor perlu senyap spy klien dpt merefleksi ceritanya atau menggalakkan klien berckp.Terlalu lama senyap buat klien rasa tk selesa dn kaunselor tk tumpu perhatian. (3) Mendengar. - Kaunselor perlu dgr dgn teliti apa yg dikatakan klien utk beri respon.Dia perlu ‘mendengar’ disebalik apa yg diperkatakan juga utk mengetahui maksud sebenar apa yg diperkatakan klien. (4) Penyataan semula.- Kaunselor menyatakan semula dgn perkataan sendiri kenyataan klien utk memastikan persepsinya adalah betul. (5) Merefleksi perasaan. - Penekanan kpd perasaan yg dialami oleh klien akan menunjukkan yg kaunselor menerima dan memahami apa yg klien rasa. (6) Meringkaskan isu. - Ringkaskan semua isu yg penting dan masalah yg boleh merangkumi bbrp sesi. (7) Meringkaskan perasaan. - Ringkaskan perasaan klien mengenai isu-isu pening dan masalah yg dihadapi dpt membantu kaunselor menunjukkan pemahaman kaunselor dan membolehkan kaunselor memberi respon yg betul secara empatik. Bab 4: Kemahiran Peranan Peranan Penumpuan : Beri sepenuh perhatian pd klien dan tunjuk pemahaman tanpa prasangka dari segi suara, fizikal, mental dan perasaan. Jenis-Jenis Respon Penumpuan (1) Respon mudah; galak klien teruskan cerita spt ya, mm, oo atau anguk2 kepala. (2) Refleksi kandungan dan perasaan ; memahami perasaan dari cerita klien spt sedih, marah, suka. (3) Penekanan; merangsang klien jelaskan fakta penting dalam cerita spt, minta klien ulang yg disebut. (4) Parafrasa; menunjukkan kaunselor faham masalah klien spt sebut semula ayat klien dgn perkataan sendiri. Aras respon penumpuan (1) Peranan tidak berkesan ; tunjuk sikap kurang minat, acuh tak acuh.
  • 9. (2) Peranan sederhana ; beri perhatian pd sebahagian cerita klien. (3) Peranan yg baik ; tunjuk minat pd cerita klien dan ceritakan semula dengan ayat sendiri. (4) Peranan berkesan ; tunjuk minat yang tinggi cerita klien, terjemah cerita dengan betul dan beri respon. Peranan Penjelasan: permintaan kaunselor kpd klien menjelaskan suatu fakta yg tidak difahami. Jenis respon penumpuan (1) Menyemak Persepsi ; semak ketepatan persepsi pada cerita klien spt ‘tadi ada jelaskan bahawa…’ (2) penjelasan alternatif ; kaunselor tak pasti alternatif mana jadi pilihan klien spt ‘ adakah ini yg lebih penting..’ (3) Minta penjelasan lankut ; kaunselor minta klien buat penjelasn spt ‘ cuba jelaskan maksud saudara…’ Aras respon penjelasan (1) Peranan kurang berkesan; tidak berminat berminat dan bersifat menghukum spt ‘anda memang bodoh’ (2) Peranan sederhana ; memberi penjelasan sebahagian mesej klien tidak sepenuh hati. (3) Peranan yg baik ; pamer minat tinggi, fokus cerita klien dari aspek kandungan dan perasaan serta jelaskan kekeliruan. (4) Peranan paling baik ; memahami dan mjelaskan cerita klien, bantu klien lihat isu dgn jelas, tidak menghukum dan tunjuk minat. Peranan Menyokong: percaya bahawa klien ada potensi untuk menyelesaikan masalah dan galakkannya untuk mencari alternatif penyelesaian mengikut tahap2 kaunseling. Jenis respon sokongan (1) Menghargai ; rasa hormat tanpa bersyarat, spt ‘anda memang pandai mengatasi masalah ini dgn baik’ (2) Penerimaan ; bantu klien berfikiran positif pd diri, spt ‘ anda memang boleh lakukannya’
  • 10. (3) Ambil hati ; tunjuk ambil berat dan beri sokongan pd klien, spt ‘teruk sungguh pengalaman anda ya’ (4) Ketenangan ; bantu atasi ketegangan, kerisauan dan bantu kawal emosi klien spt ‘tarik nafas pjg’. Aras respon menyokong (1) Tidak berperanan dgn baik ; tidak beri keyakinan, tidak ikhlas, nada suara hambar. (2) Peranan sedrhana ; sokongan diberi dgn bersahaja, tidak serius. (3) Peranan Baik; beri respon, sokongan pada situasi yg sesuai dlm proses kaunseling. (4) Peranan paling baik ; nada suara sesuai, pilihan kata2 menyokong, respon sesuai. Bab 5: Teori Kaunseling Behaviorisme Fungsi Teori : (1) Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian (2) Menguasai keadaan tertentu (3) Buat ramalan (lihat cth MS 164) Kepentingan Teori: (1) Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor. (2) Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien (3) Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling. Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme (1) Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov (2) Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan) (3) Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara berfikir)
  • 11. Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya) (1) Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel. (2) Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman (3) Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman (4) Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh diramal. (5) Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp persekitaran dan rangsangan dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti. Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner (1) Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu. (2) Tiada TL bersahaja, semuanya dipengaruhi persekitaran. (3) Personaliti terbentuk dengan peneguhan (4) TL boleh diubah dgn melemah peneguhan (proses pelupusan) (5) Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan) Strategi membantu Klien (1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor boleh ajar cara beri pendapat. Ada hadnya: (a) Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor. (b) Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru. Faedah: (a) Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu. (b) Teknik meluaskan kesedaran klien (c) Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin. (2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri Kaedah: (a) role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa klien buat. (b) teroka dan takrifkan masalah.
  • 12. (c) role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor (d) laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti (3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian. Kaedah: (a) Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat Token Ekonomi. (b) Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa). (c) Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten. (d) Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan. (e) TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah. (4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif dlm proses kaunseling. Ciri2 (a) Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling. (b) Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu. (c) Proses pemikiran klien diberi tumpuan. (d) Klien dijangka berusaha berubah. (e) Klien belajar peneguhan kendiri. (f) Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat penjelasan. (g) Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar. Kaedah: (a) Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik, difahami, blh diukur) (b) Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat perakam, kertas, pen) (c) Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) & ambil langkah sesuai (sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan rangsangan tidak dikehendaki) (d) Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka pendek/panjang) (e) Teruskan kejayaan & kira apa yg dicapai. (Contoh: Kaitkan Proses individu gemuk nak turunkan berat badan)
  • 13. Bab 6: Kaunseling Pemusatan Insan Pandangan Rogers: Manusia adalah positif dan bergerak kehadapan utk capai potensi diri yg cemerlang. Konsep utama: (1) Fenomenologi: ( individu bertindak ikut pandangannya sendiri ) (2) Konsep Mengetahui: (a) Subjektif ; pengetahuan / maklumat utk rujukan diri sendiri. (b) objektif; pengetahuan / maklumat yg diketahui dan telah disahkan oleh orang lain . (c) interpersonal; pengetahuan luar dari sikap empati. (3) Struktur personaliti: (a) Organisme ; Pusat segala pengalaman. (b) Kendiri ; (gabungan pengalaman dan persepsi ) konsep kendiri yg diingini. (4) Proses perkembangan personaliti: Individu cenderung berkembang kepada kesempurnaan kendiri. (5) Kecelaruan Psikologi: individu menjadi terbuka kepada pengalaman yg tidak defensive. Konsep Kendiri Dlm Kaunseling Pemusatan Insan (1) Konsep keseluruhan persepsi, tersusun dan konsisten mewakili ciri individu dan hubungannya dgn org lain. (2) Kendiri idaman melibatkan persepsi dan makna berkaitan dgn kendiri yg dihargai individu , org yg signifikan dan masyarakat. (3) Kendiri sebenar adalah kendiri yg tidak berpura2. Sikap Kaunselor dalam Kaunseling Pemusatan Insan (1) Kongruen atau keikhlasan ; kaunselor tunjuk sifat sebenrnya (tidak berpura2) (2) penerimaan tanpa syarat ; anggap manusia dgn positif, boleh berubah.
  • 14. (3) empati; pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya Kemahiran Asas Kaunseling Pemusatan Insan (1) Soalan terbuka/tertutup ; Galak klien beri maklumat (2) Dorongan minima ; Dorongan spt angukkan yg menunjukkan kaunselor faham cerita klien (3) Prafrasa ; Ceritakan semula cerita klien dgn perkataan sendiri utk tunjuk pemahaman. (4) Rumusan ; Marangkumkan maklumat yang berkenaan sebelum merespon. (5) Refleksi Perasaan ; Merasai perasan klien utk galakan ia meluahkan perasaan. (6)Konfron/mencabar; Teknik supaya klien melihat diri yg sebenarnya bukan hanya pada perkara yg baik sja. (7) Memfokus ; Kaunselor beri tumpuan, tak berangan. (8) Refleksi makna ; Keupayaan kaunselor memahami keseluruhan cerita termasuk perkara yg tidak diceritakan klien. DICATAT OLEH NOTA PADAT KDP14MINGGU DI 5:15 PTG FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu melalui usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuan supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidup serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. KONSEP ASAS BIMBINGAN MC Daniel dan Shaftel 1957 .Bimbingan adalah satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. KONSEP ASAS KAUNSELING Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif,
  • 15. saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor & penumpuan diberikan atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta perasaan-perasaan klien. Pepinsky and Pepinsky (1954) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaksi yang terjadi di antara dua orang yang dipanggil sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu setting yang profesional, dan melalui pula hubungan dimudahcara bagi mengujudkan perubahan-perubahan tinkahlaku klien. KONSEP ASAS PSIKOTERAPI 1) Penekanan kepada pemulihan penyakit mental yang serius. 2) Menyelesaikan masalah perubahan reconstruktive dalam individu disamping pertumbuhan. 3) Psikoterapi mengambil masa yang panjang. (outpatient& inpatient) KAUNSELING Definisi Kaunseling Merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien ke arah yang diingini. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, ia lebih kepada perbincangan ke arah satu persetujuan. Kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Bentuk Hubungan Dalam Kaunseling Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi
  • 16. kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya.Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses menolong atau bantuan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Definisi Bimbingan Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Prinsip-prinsip bimbingan • Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. • fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. • Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
  • 17. • murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. • guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat. • perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. Pendekatan Bimbingan Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K) • Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. • Guru ini tidak digelar kaunselor Model Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling • Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan. • Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. • Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok. • Perkhidmatan lebih bersifat terbuka. • Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
  • 18. • Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti.