SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
http://malaysiana.pnm.my/pnm_sr/main/page5.php?pg_num=1&article_id=53
Hikayat Hang Tuah
Bermula dengan mengisahkan seorang raja keinderaan yang sangat besar kerajaannya bernama Sang Perta Dewa yang mengetahui bahawa puteranya bakal berkerajaan di Bukit Seguntang dan anak-anak akan menjadi raja besar di akhir zaman. Puteri Kemala Ratna Pulinggam, seorang puteri raja di keinderaan dihantar turun ke Pulau Biram Dewa di bumi kerana diramalkan bekal peroleh kebesaran. Sang Perta Dewa turun berburu ke Pulau Biram Dewa, menemui mahligai Puteri Kemala Ratna Pulinggam dan akhirnya mereka berkahwin, lahirlah seorang putera bersama mahkotanya diberi nama Sang Sapurba. Baginda sekeluarga pulang semula ke kayangan. Setelah Sang Sapurba dewasa, dirajakan di Bukit Seguntang Mahabiru oleh ayahandanya. Kekallah Sang Sapurba sebagai raja di dunia.
Pada suatu hari, Sang Sapurba pergi berburu lalu bertemu sebuah kolam dan akibat penat baginda berburu, baginda pun turun mandi. Di kala baginda mandi langit berguruh, seekor lembu putih pun menjelma dan memuntahkan seorang puteri yang amat elok parasnya. Sang Perta Dewa turun ke dunia untuk mengahwinkan Sang Sapurba dengan puteri itu. Hasil perkahwinan itu Sang Sapurba mendapat empat putera; Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Diramalkan oleh Sang Perta Dewa kesemua cucunya bakal menjadi raka-raja besar di dunia.
Sebagaimana ramalan, Sang Maniaka ditabalkan sebagai Raja Bentan, lengkap dengan kota istana dan perjawatannya. Berita tentang anak raja besar dari keinderaan tersebar merata pelusuk, termasuk Sungai Duyung Melaka. Hang Mahmud dan isterinya Dang Merdu berhasrat memulakan penghidupan baru di Bentan. Pada satu malam, Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit, cahaya melimpah terang di atas kepala anaknya Hang Tuah dan keesokannya mereka berkenduri arwah. Hang Mahmud sekeluarga berpindah ke Bentan dan tinggal di kampung Bendahara serta membuka kedai disamping perhambakan diri kepada Bendahara. Sejak kanak-kanak, Hang Tuah mulai memperlihatkan bakat yang luar biasa.
Hang Tuah tamat mengaji Quran, belajar dengan Lebai Keling, Siam, Cina, Jawa sehingga dapat menguasai 12 bahasa pada usia yang masih kecil. Berkawan dengan empat lagi kanak-kanak sekampung; Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Bakat kepahlawanan dan pelajaran mereka semua teserlah dan menjadi bualan ramai penduduk. Sewaktu berperahu untuk mencari makanan, mereka berlima tiba di Pulau Tinggi dan telah bertempur dengan 30 orang lanun dan dapat menewaskan mereka. Menawan 10 orang, membunuh 10 orang dan 10 orang lagi lari ke perahu semula.
Dengan pertolongan Batin Singapura yang hendak mengadap Bendahara di Bentan, Hang Tuah dan rakan-rakan dapat diselamatkan. Terbongkar rahsia bahawa lanun laut ini diperintah oleh Pateh Gajah Mada di Majapahit merompak Palembang (Bukit Seguntang). Bendahara pun berjanji akan menyiasat perkara tersebut semasak-masaknya. Begitupun, Bendahara telah memerintahkan memanggil Hang Tuah berlima untuk mendapat khabar sebenar. Mendengar perintah tersebut Hang Mahmud bergegas ke balai Bendahara memaklumkan bahawa Hang Tuah pergi ke bukit mencari kayu api dan akan balik beberapa hari lagi. Sebenarnya Hang Tuah dan rakan-rakan ke Bukit Panchalusa, berguru ilmu keparajuritan dengan seorang pertapa, Aria Putera.
Sementara itu Sang Maniaka berhasrat membuka negeri baru, lalu berangkat bersama pembesar, hulubalang dan turut bersama Raja Melayu. Di Pulau Lepang, tiga ekor anjing perburuan baginda bergelut dengan seekor pelanduk putih sehingga ketiga-tiga binatang itu terjatuh ke dalam sungai. Bendahara melihat fenomena ini sebagai petanda baik. Atas pendapat dan bicara menterinya baginda bersetuju tempat tersebut dibersihkan untuk membuka negeri baru. Sepohon pokok Melaka di atas bukit diambil sebagai nama negeri; Negeri Melaka, baginda sebagai raja dan adindanya Sang Jaya Nantaka sebagai Raja Muda
Hang Tuah sudah meramalkan Raja Muda akan dibunuh oleh baginda dan peristiwa itu berlaku apabila Raja Muda difitnah sebagai berkomplot untuk merampas taktha. Bendahara dan Hang Tuah disuruh bunuh Raja Muda. Atas kebijaksanaan Bendahara, Raja Muda diturunkan takhtanya dan beliau hidup sebagai pengail serta makan pakainya dibantu oleh Bendahara. Bekas Raja Muda Melaka ini akhirnya dibawa oleh seorang saudagar kaya Benua Keling untuk dijadikan raja sebagaimana mengikut firasatnya. Sang Jaya Nantaka dijadikan raja dan saudagar berkenaan Parmadewan dilantik sebagai bendahara.
un Utama dan Tun Bija Sura diutuskan meminang Tun Teja puteri Bendahara Inderapura tetapi pulang dengan kegagalan. Pateh Kerma Wijaya mencadangkan agar baginda meminang puteri Betara Majapahit kerana betara itu hanya akan mengahwinkan puterinya dengan raja yang berasal dari keinderaan sahaja. Pateh Karma Wijaya sendiri dilantik sebagai ketua utusan, Hang Tuah dan rakan-rakannya dilantik sebagai panglima dan pengiring. Kehadiran Hang Tuah ke Majapahit dianggap sebagai titik mula hidup sebagai seorang pahlawan terbilang. Di sini Hang Tuah dan rakan-rakannya diuji keberaniannya oleh Pateh Gajah Mada, Mangkubumi Majapahit atas perintah Betara sendiri. Utusan Melaka diganggu oleh sekumpulan pengamuk, namun tiada seorang pun anggota utusan itu lari. Hang Tuah juga sempat mengubati orang yang mengamuk itu. Melihat keberanian utusan Melaka itu maka pinangan diperkenankan oleh Betara. Sebelum pulang, Hang Tuah sempat mengubati kuda bingkisan Betara dari Ratu Keling yang suka berkubang jika bertemu air. Utusan dari Majapahit diketua Raden Aria mengikut keberangkatan pulang utusan Melaka ke negeri Melaka.
Setelah utusan Majapahit mengadap Raja Melaka, Raja Melaka pun berangkat ke Majapahit dengan penuh kebesaran dan baginda dikahwinkan dengan puteri Betara, Raden Mas Ayu. Kali ini Hang Tuah lima bersaudara diuji dengan penuh getir, tidak kurang daripada 17 kali cubaan membunuh Hang Tuah dilakukan oleh beberapa perajurit Pateh Gajah Mada. Berbagai helah dicuba dan huru-hara ditimbulkan dengan amukkan pahlawan dan Hang Tuah diminta menentang pahlawan itu sehinggalah berdepan dengan Taming Sari perajuit yang hanya dapat dikalahkan dengan tipu helah bertukar keris. Hang Tuah juga cuba diberi aib dengan cara disendal (curi mata keris dari sarung), diamuki 70 perajuit serentak dan tidak kurang menariknya pertemuan kesaktian di antara dia dan Sang Wijara. Berlaku penyamaran sebagai tunggul, anjing, kumang- kumang, musang dan harimau
Setelah majlis pernikahannya rajanya selesai, Hang Tuah berlima menunaikan hajat dan amarat Aria Putera supaya berguru kepada Sang Persata Nala di Gunung Widamapura. Sang Persata Nala juga cuba dihubungi utusan Majapahit untuk membunuh Hang Tuah, namun hajat itu tidak kesampaian kerana mereka gagal menemuinya. Jengkel dengan segala perlakuan onar Patih Gajah Mada, Hang Tuah datang dengan rakan –rakannya menceroboh taman larangan Betara. Bersuka ria sesuka hati. Dikepung oleh 1000 tentera Majapahit tetapi Hang Tuah dapat mengalahkannya. Akhirnya, raja Melaka membawa Raden Mas Ayu pulang ke Melaka.Kemahsyuran Hang Tuah mengundang dengki dan fitnah. Pateh Karma Wijaya ‘mengetuai’ komplot dengan memfitnah Hang Tuah menjalin hubungan mesra dengan wanita istana. Raja Melaka murka dan perintahkan Bendahara ‘membuang’ Hang Tuah. Atas kebijaksanaan Bendahara, Hang Tuah berundur ke Inderapura, mencari helah membawa kembali kekasih Raja Melaka.
Sementara itu di Inderapura, Hang Tuah telah berjaya memperdaya Tun Teja dengan ubat pengasih, dan mempersembahkan kepada rajanya di Melaka demi mengambil hati Raja Melaka yang telah murka kepadanya sebelum ini. Tunangan Tun Teja, Megat Panji Alam merancang menyerang Melaka untuk membela maruahnya yang telah tercalar kerana tunangnya dirampas oleh Hang Tuah. Hang Tuah berlima segera ke Inderapura bagi menghalang angkatan Megat Panji Alam itu daripada menyerang Melaka. Di dalam pergelutan itu Megat Panji Alam dibunuh secara tikam curi di tangga balairong. Manakala angkatan tentera Megat Panji Alam telah berundur kerana ketua mereka telah mati dibunuh. Tidak berapa lama selepas peristiwa Inderapura selesai, Raden Mas Ayu hamil dan melahirkan seorang putera, Raden Bahar. Kemudian, Raden Mas Ayu melahirkan Raden Bajau. Atas usaha Hang Tuah, rumah-tangga Raja Melaka bersama dua isteri rukun damai.
Betara Majapahit murka apabila mendapat tahu Raja Melaka berkahwin lagi. Bagi mereda keadaan, Hang Tuah, Hang Jebat dan Kasturi diutuskan oleh Raja Melaka ke Majapahit. Kehadiran mereka diuji lagi dengan penuh getir; diamuki, dicuri baji dan dikepung oleh 7000 perajuit. Semuanya dapat ditewaskan oleh Hang Tuah dan rakannya. Percubaan membunuh Hang Tuah diteruskan sewaktu mengiringi Raja Melaka ke Majapahit tidak lama kemudian. Namun, Majapahit sentiasa gagal dan beliau berundur serta mula mengakui kehandalan pahlawan-pahlawan dari Melaka.
Segala jasa bakti Hang Tuah tidak dihargai sama sekali oleh Raja Melaka apabila meminta Bendahara membunuh Hang Tuah kerana percaya akan fitnah yang dilemparkan kepada Laksamana Hang Tuah. Secara rahsia, Bendahara sembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Hang Jebat diberi tempat Hang Tuah sebagai Laksamana. Begitu pun, atas sifat setiakawan dan menurut hati, Hang Jebat menderhaka dengan menduduki istana dan berhubungan dengan para dayang raja. Raja Melaka berundur dan tinggal dengan Bendahara dan tiada siapa pun dapat menumpaskan Hang Jebat. Bendahara membuka rahsia. Akhirnya, Hang Tuah dijemput kembali untuk menumpaskan Hang Jebat. Satu episod pertarungan hebat berlaku dan Hang Jebat akhirnya tewas di tangan orang yang dibelanya. Namun, ia tidak menyesal kerana prinsip hidupnya dan firasat Sang Persata Nala sendiri mengatakan akan cara kematiannya.
Dendam Patih Gajah Mada belum padam. Kertala Sari dihantar ke Melaka untuk membuat kekacauan. Juga bersembunyi di Bukit Cina. Namun, secara bijaksana menyamar, Hang Tuah dengan senang dapat membunuhnya. Selepas itu, tiada lagi ancaman daripada Patih Gajah Mada atau Majapahit.

Kestabilan dan kemakmuran Melaka menyebabkan peranan Hang Tuah turut bertukar dari seorang pahlawan keapda seorang ahli diplomatik. Raja Melaka mengutus Hang Tuah dan Maharaja Setia ke Bijaya Nagaram (benua Keling) mengadap adindanya, bekas raja muda Melaka dahulu, kini bergelar Kisna Rayam. Di Pulau Biram Dewa, Hang Tuah bertemu Nabi Khidhir yang meramalkan bahawa raja Benua Keling akan mengutuskan Hang Tuah ke Benua China pula. Di Bijaya Nagaram, Hang Tuah membantu Bendahara Nala Sang Guna memperoleh kayu api untuk memasak makanan apabila raja berangkat ke kediamannya. Sebenarnya, atas perintah rahsia raja supaya kayu api tidak dibeklakan kepada Nala Sang Guna. Kain dari gedungnya digulung dan dicelup minyak sebagai ganti kayu api. Di hadapan raja Benua Keling, Hang Tuah menunjukkan permainan ajaib yang diberikan oleh Nabi Khidhir.

Menepati ramalan, Hang Tuah diperintah menjadi utusan ke Benua China. Raja China duduk di dalam ‘mulut naga emas bersisik’ dan tidak boleh dipandang. Hang Tuah membuat helah makan kangkung tanpa memotongnya membolehkan ia memandang raja tersebut. Utusan ini pulang ke Benua Keling dengan penuh kejayaan. Pihak Feringgi tidak menyukai hubungan kedua –dua benua. Pertempuran di laut berlaku dan angkatan Hang Tuah menang. Selepas mengadap raja Benua Keling, Hang Tuah pulang ke Melaka.

Hang Tuah membawa Raden Bahar untuk menjadi ratu di Majapahit. Taida lagi “percubaan” oleh Patih Gajah Mada, kecuali Adipati Solok, anak raja Berunai yagn ingin memcuba kekuatan angkatan laut Hang Tuah. Dengan senangnya Adipati Solok ditawan dan dibawa ke Melaka. Namun atas nasihat Hang Tuah juga, Adipati Solok tiada diapa-apakan, sebaliknya Hang Tuah menghantarnya kembali kepada ayah kandungnya Raja Berunai dan raja ini terhutang budi kepada Hang Tuah dan Raja Melaka. Perjalanannya sebagai tokoh diplomatik diteruskan lagi sebagai utusan membeli gajah di Benua Siam. Di sana, Hang Tuah berjaya menewaskan pendekar Jepun yang mencabarnya. Pulang dari Siam, Hang Tuah membawa Raden Baj

HANG TUAH
HANG TUAH
HANG TUAH
HANG TUAH
HANG TUAH

More Related Content

What's hot

PPT kerajaan Demak dan kerajaan Banten
PPT kerajaan Demak dan kerajaan BantenPPT kerajaan Demak dan kerajaan Banten
PPT kerajaan Demak dan kerajaan BantenDoris Agusnita

SEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAK
SEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAKSEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAK
SEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAKmaghfiraputeri

Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2Didamin

MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATNorWahida Salim

Kerajaan Banten
Kerajaan BantenKerajaan Banten
Kerajaan BantenOky wahyu

Xi ipa 4 kerajaan majapahit
Xi ipa 4 kerajaan majapahitXi ipa 4 kerajaan majapahit
Xi ipa 4 kerajaan majapahitAtika Fauziyyah

Topik 2 sejarah
Topik 2 sejarahTopik 2 sejarah
Topik 2 sejarahSuet Yet

sejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnya
sejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnyasejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnya
sejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnyaFitriHastuti2

Kesultanan Demak
Kesultanan DemakKesultanan Demak
Kesultanan DemakHerdiana

Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakResdianto

Tok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang JihadTok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang JihadIzzahNazri

Kesultanan banten.docx
Kesultanan banten.docxKesultanan banten.docx
Kesultanan banten.docxfithaniawfs

What's hot (20)

PPT kerajaan Demak dan kerajaan Banten
PPT kerajaan Demak dan kerajaan BantenPPT kerajaan Demak dan kerajaan Banten
PPT kerajaan Demak dan kerajaan Banten

Hikayat hang tuah bab 13 slide
Hikayat hang tuah bab 13 slideHikayat hang tuah bab 13 slide
Hikayat hang tuah bab 13 slide

Kerajaan mataram islam
Kerajaan mataram islamKerajaan mataram islam
Kerajaan mataram islam

SEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAK
SEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAKSEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAK
SEJARAH KELAS 11 - KERAJAAN ISLAM DEMAK

Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2

MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBATMATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT
MATINYA SEORANG PAHLAWAN HANG JEBAT

Kerajaan Mataram Islam
Kerajaan  Mataram  IslamKerajaan  Mataram  Islam
Kerajaan Mataram Islam

Kerajaan Banten
Kerajaan BantenKerajaan Banten
Kerajaan Banten

Xi ipa 4 kerajaan majapahit
Xi ipa 4 kerajaan majapahitXi ipa 4 kerajaan majapahit
Xi ipa 4 kerajaan majapahit

Topik 2 sejarah
Topik 2 sejarahTopik 2 sejarah
Topik 2 sejarah

Naskah teater
Naskah teaterNaskah teater
Naskah teater

sejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnya
sejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnyasejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnya
sejarah Kerajaan ternate tidore poltik ekonomi dan letak geografisnya

Kesultanan Demak
Kesultanan DemakKesultanan Demak
Kesultanan Demak

Tok janggut
Tok janggutTok janggut
Tok janggut

Cerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menakCerita rakyat legenda aryo menak
Cerita rakyat legenda aryo menak

Kerajaan Tarumanegara
Kerajaan TarumanegaraKerajaan Tarumanegara
Kerajaan Tarumanegara

Tok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang JihadTok Janggut Pejuang Jihad
Tok Janggut Pejuang Jihad

Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)

Kesultanan banten.docx
Kesultanan banten.docxKesultanan banten.docx
Kesultanan banten.docx

Sejarah Awal Negara 1.1
Sejarah Awal Negara 1.1Sejarah Awal Negara 1.1
Sejarah Awal Negara 1.1

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19Kajian Hang Tuah Bab 19
Kajian Hang Tuah Bab 19

Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah

Hang jebat
Hang jebatHang jebat
Hang jebat

Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian

Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah

H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.

Bab 3 hang tuah
Bab 3  hang tuahBab 3  hang tuah
Bab 3 hang tuah

Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.

Pkn materi smstr1
Pkn materi smstr1Pkn materi smstr1
Pkn materi smstr1

The ghotic novel
The ghotic novelThe ghotic novel
The ghotic novel

Pernikahan adat bali
Pernikahan adat baliPernikahan adat bali
Pernikahan adat bali

Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah

Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa

Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah

Pkn (klmpk 3)
Pkn (klmpk 3)Pkn (klmpk 3)
Pkn (klmpk 3)

B. Indonesia - Hikayat Bunga Kemuning
B. Indonesia - Hikayat Bunga KemuningB. Indonesia - Hikayat Bunga Kemuning
B. Indonesia - Hikayat Bunga Kemuning

Hikayat panji semirang
Hikayat panji semirangHikayat panji semirang
Hikayat panji semirang

Unit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilangUnit 8 tokoh terbilang
Unit 8 tokoh terbilang

Anger management 1
Anger management 1Anger management 1
Anger management 1

Similar to HANG TUAH

Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah muhammad

Sinopsis bab 13
Sinopsis bab 13Sinopsis bab 13
Sinopsis bab 13ayu227

Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11ayu227

Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11ayu227

Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinlauchen32

Bab 8 sinopsis
Bab 8   sinopsisBab 8   sinopsis
Bab 8 sinopsisDidamin

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihanabidin1961

Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.manjaiqbal257

Bab 13
Bab 13Bab 13
Bab 13ayu227

hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxRaihan745396

SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxFakrulHamka

Power point hikayat hang tuah bab 6
Power point hikayat hang tuah  bab 6Power point hikayat hang tuah  bab 6
Power point hikayat hang tuah bab 6manjaiqbal257

Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaMasniza Mustafa

Sinposis bab 11
Sinposis bab 11Sinposis bab 11
Sinposis bab 11ayu227

SINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptxSINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptxFakrulHamka

ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim

Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungfiro HAR

Similar to HANG TUAH (20)

Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah

Sinopsis bab 13
Sinopsis bab 13Sinopsis bab 13
Sinopsis bab 13

Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11

Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11

Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatinMelaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin
Melaka dan hubungan diplomatik sulalatus salatin

Bab 8 sinopsis
Bab 8   sinopsisBab 8   sinopsis
Bab 8 sinopsis

bab penyembelihan
bab penyembelihanbab penyembelihan
bab penyembelihan

Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.

Bab 13
Bab 13Bab 13
Bab 13

hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptx

SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptxSULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx
SULALATUS SALATIN AWANG PUNYA-WPS Office.pptx

Power point hikayat hang tuah bab 6
Power point hikayat hang tuah  bab 6Power point hikayat hang tuah  bab 6
Power point hikayat hang tuah bab 6

Burung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan ladaBurung terbang dipipiskan lada
Burung terbang dipipiskan lada

Sinposis bab 11
Sinposis bab 11Sinposis bab 11
Sinposis bab 11

5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada
5 sn prosa tradisi burung terbang-dipipiskan-lada

Hang Tuah
Hang  TuahHang  Tuah
Hang Tuah

SINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptxSINOPSIS BAB 7 (1).pptx
SINOPSIS BAB 7 (1).pptx

ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK

Hikayat hang tuah bab 5 slide
Hikayat hang tuah bab 5 slideHikayat hang tuah bab 5 slide
Hikayat hang tuah bab 5 slide

Bab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agungBab-2- Sinopsis-karya-agung
Bab-2- Sinopsis-karya-agung

HANG TUAH

• 1. http://malaysiana.pnm.my/pnm_sr/main/page5.php?pg_num=1&article_id=53