14. Mandi wajib dalam pengertian syara’
adalah meratakan air ke seluruh tubuh
untuk menghilangkan hadas besar
dengan disertai niat menghilangkan
hadas besar tersebut.
15.
16. 1. Niat ketika air sampai ke tubuh.
a) Mandi hadas besar
“AKU BERNIAT MANDI UNTUK MENGHILANGKAN
HADAS BESAR, FARDHU, KERANA ALLAH TAALA”
17. “AKU BERNIAT MANDI UNTUK MENGHILANGKAN
HADAS BESAR DARIPADA HAID, FARDHU, KERANA
ALLAH TAALA”
b) Mandi hadas (haid)
2. Membaca “Bismillah”
18. 3. Mencuci tangan
sebanyak tiga kali.
4. Mencuci kemaluan
dengan tangan kiri.
5. Menbersihkan
(menyucikan) tangan
kiri dengan sabun.
6. Berwuduk .
Wuduk boleh dilakukan
seperti wuduk biasa (untuk
solat) ataupun menangguhkan
mencuci kaki selepas selesai
mandi.
7. Membasuh kepala
dengan mengusap
rambut secara merata
lalu menyiramnya 3 kali
dengan air.
Ini berdasarkan hadith dari
Aisyah di dalam Sahih al-
Bukhari, maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW
memasukkan jari-jarinya ke
dalam air, kemudian mengusap
rambutnya, kemudian menyiram
kepalanya 3 kali dengan kedua
tangannya”
19. Ketika menyiram kepala
hendaklah dimulai
dengan bahagian kanan,
kemudian, bahagian kiri
dan seterusnya bahagian
tengah kepala.
Ini berdasarkan hadith Aisyah
(R.A) maksudnya:
“Baginda SAW menyiram
kepalanya di bahagian kanan,
kemudian bahagian kiri”.
Bagi wanita yang mandi
untuk haid/junub, perlu
melepaskan ikatan
rambut tersebut.
Ini berdasarkan hadith Aisyah
(R.A) di dalam sahih al-Bukhari
di mana beliau kedatangan haid
ketika menunaikan haji. Lalu
baginda SAW berkata
sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu,
lepaskanlah ikatan rambutmu
(ketika mandi) dan sisirlah
rambutmu”.
20. 8. Memulakan dengan
bahagian kanan
tubuh.
Dari Aisyah (R.A):
“Sesungguhnya Rasulullah
SAW suka mendahulukan
bahagian kanan pada semua
urusannya, ketika memakai
kasut, ketika bersikat dan
ketika bersuci”.
[Sahih Muslim]
9. Meratakan air ke
seluruh tubuh.
10. Berwudhu’ jika hendak
mengerjakan solat
fardhu.
Perbezaan di antara mandi
wajib dengan mandi sunat
hanyalah pada niatnya
sahaja. Cara dan kaedah
mandi adalah sama.
21. Ada 2 cara mandi fardu atau mandi wajib:-
1) Dimulakan mandi dengan niat mandi hadas besar dan terus
mandi seperti biasa sehingga selesai.
2) Bersihkan badan dahulu seperti beristinjak, syampu
rambut, sabun badan dan sebagainya. Kemudian pada
bilasan terakhir mandi itu barulah jatuhkan niat mandi
hadas besar.
22. USTAZ MOHAMAD HAZIZI BIN
ABDUL HAMID
PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
DAERAH MUALLIM
TEL: 05-4528216 FAKS: 05-4528812
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI