4. Antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada hadas
kecil.
Hadas kecil =
◦ Keluar sesuatu drp qubul / dubur (kencing / berak)
◦ Tidur yg tidak tetap punggung
◦ Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yg bukan mahram (boleh
kahwin)
◦ Menyentuh kemaluan / dubur tanpa lapik dgn tapak tangan
◦ Hilang akal / pengsan
Sebelum berwudhuk, pastikan dahulu air yang digunakan
adalah air mutlak
5. Bab Air
Air yang boleh dibuat berwudhuk: Air Mutlak iaitu
◦ Air Hujan
◦ Air Sungai
◦ Air Laut
◦ Air Mata Air
◦ Air Perigi
◦ Air Salji
◦ Air Embun
6. Air yg tidak boleh dibuat berwudhuk:
◦ Air Mustakmal
◦ Air yg kurang dari 2 kolah yang telah digunakan
◦ Air Muntanajis
◦ Air yg telah bercampur dengan najis
7. Air Wudhuk
Kemudahan air paip yang ada di rumah, masjid atau pejabat
memudahkan mendapat air mutlak.
Jika bertemu air di dalam takung, untuk berwudhuk di dalamnya,
pastikan air itu melebihi sukatan 2 kolah.
2 kolah itu mengikut kiraan panjang x lebar x tinggi adalah dalam
anggaran 62cm x 62cm x 65cm.
Dengan syarat air itu tidak berubah sifat seperti bau, zat dan warnanya
oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya.
Jika kurang 2 kolah, dan diyakini akan air itu, maka dibolehkan guna
dengan syarat menggunakan penceduk seperti gayung.
8. Jika sesudah berwudhuk, didapati najis pada
anggota badan,
1) Jika najis itu ada pada tempat bukan anggota wudhuk, cukup dengan
membersihkannya dan wudhuk itu masih sah.
2) Jika najis itu ada pada tempat anggota wudhuk dan diyakini ia
berlaku selepas berwudhuk, cukup dengan membersihkannya. Wudhuk
tadi itu masih sah.
3) Jika najis itu ada pada anggota wudhuk dan diyakini terlekat sebelum
kita berwudhuk, bermakna wudhuk kita tidak sah, kerana najis itu
menghalang daripada air sampai kepada permukaan kulit. Perlu ulangi
wudhuk.
9. Pastikan bahawa anggota wudhuk
kita bebas daripada sesuatu yang
boleh menghalang air dari sampai
ke permukaan kulit anggota
wudhuk.
Anggota Wudhuk:
◦ Muka
◦ 2 Tangan hingga ke siku
◦ Sebahagian Kepala
◦ 2 Kaki hingga ke buku lali
10. Wudhuk orang sakit (Sohibul Jabirah)
Balutan / tampalan ditangan:
◦ Ambil wudhuk seperti biasa dengan meratakan air pada bahagian balutan.
◦ Digalakkan mengulangi solat setelah balutan tersebut dibuka.
Rujukan: Buku Panduan Haji & Umrah (Tabung Haji 2007) m.s. 156-158
11. Juga, eloklah dibersihkan dahulu mulut kita daripada segala kotoran
terutama sisa makanan.
Sisa makanan jika kita menelannya sewaktu solat, maka batallah
sembahyang kita.
Kalau perlu minum air, maka minumlah air agar sisa makanan itu masuk
ke dalam tekak sebelum solat.
12. Sunnah bersugi
Sunnah bersugi sebagai memenuhi anjuran Rasulullah.
Jikalau tidak memberatkan umat Islam nescaya beliau akan
minta mereka bersugi setiap kali hendak berwudhuk /
bersolat.
Bersugi itu hendaklah menggunakan kayu sugi atau berus
gigi, asalkan permukaannya kesat.
Jika tiada satu apapun yang boleh digunakan untuk bersugi,
maka gunakalan jari dan itu sudah dikira memadai.
13. Baca Taawuz & Basmalah
Mulakanlah wudhuk dengan menyebut nama Allah.
Rasulullah menyebut, tidak ada wudhuk bagi yang tidak menyebut
nama Allah.
Imam Syafie, menghukumkan sunat membaca Bismillah bilamana
hendak bermula wudhuk. Yang dimaksudkan Rasulullah itu ialah tidak
sempurna wudhuknya tetapi tidaklah sampai wudhuk itu tidak sah.
Ulamak berpendapat lebih baik tidak ditinggalkan sebagai keluar
daripada khilaf kerana ada ulamak lain yang mewajibkan membacanya.
Malah, terlebih baik didahului daripadanya itu taawuz, mohon diminta
perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan.
15. RUKUN WUDHUK
(mesti buat, jika tertinggal, tidak sah wudhuk)
Niat
Membasuh muka (dari anak rambut di dahi )
Membasuh tangan dari jari hingga ke siku
Membasuh sebahagian dari kepala
Membasuh kaki dari jari hingga ke buku lali
Tertib (mengikut susunan dan berturut-turut)
16. Had muka
Apa-apa yang zahir
pandangan dari hadapan
Meliputi dahi dan anak
rambut
Meliputi pipi, side burn (tali
rambut) dan anak telinga
Meliputi dagu, janggut,
jambang.
17. Had Tangan
Dari jari hingga ke siku
Termasuk celah kuku, lipatan
siku.
Untuk Ihtiyat (elak ragu) elok
lebihkan hingga ke atas
sedikit dari siku.
18. Had Kepala
1/3 dari kepala iaitu
bahagian ubun-ubun
Sekurang-kurangnya sehelai
rambut dari had kepala.
Tidak boleh membasuh
hujung rambut yg panjang
sahaja.
19. Had Kaki
Dari jari termasuk bawah
kuku hingga ke buku lali.
Untuk ihtiyat, lebihkan
basuhan hingga atas sedikit
dari buku lali.
20. SUNAT WUDHUK
(buat dapat pahala lebih)
1. Membaca Basmalah
2. Membasuh kedua tapak tangan 3X
3. Bersiwak (berus gigi)
4. Berkumur-kumur
5. Beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung)
6. Menyelati janggut yang tebal, jari-jari dengan air
7. Menyapu semua kepala
8. Menyapu kedua telinga
9. Menghadap kiblat
10. Tidak bercakap-cakap
11. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
12. Membasuh 3 kali setiap anggota wudhu’
22. Doa ketika membasuh anggota wudhuk
Muka:
Tangan kanan:
Tangan kiri:
Kepala:
Telinga:
Kaki Kanan:
Kaki Kiri:
23. Ingatlah…
Wudhuk Zahir: Membasuh anggota wudhuk dengan air mutlak
Wudhuk Batin: Membersihkan hati dari sifat mazmumah dan lalai dari
mengingati Allah Ta’ala
Wudhuk Batin diperolehi dengan membulatkan tumpuan kepada Allah
Ta’ala ketika membasuh anggota wudhuk agar dianugerahkan khusyuk
dalam solat
24. Anggota wudhuk bercahaya
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam
keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh
sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu
hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia
melakukannya dengan sempurna."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
25. Tidur berwudhuk sebelum
mandi
"Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak
tidur selepas berjunub, maka Baginda mengambil wudhu seperti wudhu
sembahyang kemudian barulah Baginda tidur."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
26. Cara wudhuk Rasulullah s.a.w.
Daripada Syaidina Othman bin Affan Radhiallahu ‘anhu beliau meminta air
untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh dua tapak tangan tiga
kali kemudian berkumur-kumur; kemudian mencuci mukanya tiga kali kemudian
mencuci tangan kanannya hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan
kirinya seperti itu, kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh
kakinya kanan hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti
itu, Kemudian beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti wudhuku ini, kemudian
mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak terjadi sesuatu yang di antaranya,
diampunkan keatasnya apa-apa dosa yang terdahulu".
(Hadis riwayat Muslim)
27. Rahsia wudhuk
Syaitan benci pada orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk.
Ulama zaman dahulu tidak akan menulis kitab kecuali dalam keadaan
berwudhuk.
28. Berwudhuk jika marah
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan
daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika
sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah
mengambil wudhu."
(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
29. Tidur ber wudhuk
"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada
malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."
30. MAKRUH KETIKA WUDHUK
(Tuhan benci jika kita buat)
Membazir air
Mendahulukan yang kiri semasa membasuh
Mengelap air wudhu’
Meminta orang lain membasuhkan anggota wudhu’nya
31. PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur (kencing, berak, kentut,
terkincit, keluar cacing)
2. Tidur yang tidak tetap punggung (tidur baring/ mengiring)
• Tidak batal jika tidur duduk dengan punggung yang tetap.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
32. Tidur duduk tidak batal
wudhuk
Sebab daging punggung
menghimpit lubang dubur,
Menyebabkan angin kentut
tidak dapat keluar
Melainkan jika duduk yang
bergoyang kiri kanan atau
melantun seperti menaiki
kenderaan
33. Sambungan…
4. Menyentuh kulit berlainan jantina yang bukan mahram tanpa lapik
• Mahram = Tidak boleh kahwin (ibu, kakak, makcik, nenek, anak
saudara)
• Bukan Mahram = Boleh kahwin (sepupu, saudara jauh, kawan, kakak
angkat, bakal isteri)
5. Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak tangan
35. MAHRAM & BUKAN MAHRAM
mazhab Syafie, batal wudhuk jika kita menyentuh yang bukan mahram
kita tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit.
Tidak batal wudhuk jika kita menyentuh mahram kita.
36. Mahram bagi lelaki
1. Mahram disebabkan nasab atau keturunan adalah seperti
1. ibu dan yang di atasnya (nenek, moyangP dsb),
2. anak perempuan dan yang di bawahnya (cucu P, cicit P dsb),
3. adik-beradik perempuan sebelah ibu dan sebelah bapa (makcik)
4. adik beradik sendiri yang perempuan (kakak, adik perempuan).
37. Mahram bagi lelaki
1. Mahram disebabkan persusuan adalah seperti
1. ibu susu
2. saudara perempuan susuan.
38. Mahram bagi lelaki
1. Mahram disebabkan perkahwinan adalah seperti
1. ibu mertua,
2. Menantu perempuan.
3. anak tiri perempuan,
4. mak tiri dan
39.
40. Mahram bagi wanita
1. Mahram disebabkan nasab atau keturunan adalah seperti
1. bapa dan yang di atasnya (datuk, moyangL dsb),
2. anak lelaki dan yang di bawahnya (cucu L, cicit L dsb),
3. adik-beradik lelaki sebelah ibu dan sebelah bapa (pakcik)
4. adik beradik sendiri yang lelaki (abang, adik lelaki).
41. Mahram bagi wanita
1. Mahram disebabkan persusuan adalah seperti
1. ibu susu
2. saudara perempuan susuan.
42. Mahram bagi wanita
1. Mahram disebabkan perkahwinan adalah seperti
1. bapa mertua,
2. Menantu lelaki.
3. anak tiri lelaki,
4. bapa tiri
43. Selain daripada mereka adalah batal wudhuk termasuk:
◦ sepupu iaitu anak kepada adik-beradik ibu atau bapa.
◦ Kakak angkat
◦ Anak angkat
◦ Saudara jauh
44. ISTERI?
Batal wudhuk jika kita menyentuh isteri kita tanpa lapik yakni kulit
bertemu kulit
Terkecuali jika menyentuh rambut atau kukunya.
Bagi, kanak-kanak yang belum baligh tidaklah batal wudhuk bila kita
menyentuhnya.
45. Keraguan Dalam Berwudhuk
Erti ragu dalam masalah air, hadas dan sebagainya ialah rasa takut atau
keliru antara ada sesuatu dengan tidak adanya”.
Dalam erti kata lain, ragu ialah syak, antara ya atau tidak, mengenai
sesuatu hal.
46. 1) Pada usul fekah, keraguan itu hendaklah dihilangkan.
2) Orang yang sedang berwudhuk, asasnya jika ragu pada hal
yang diwajibkan, wajib mengulang, dan jika ragu pada hal yang
disunatkan, maka sunat mengulang.
3) Orang yang sedang berwudhuk, kemudian datang ragu
dalam melakukan basuhan fardhu sebelumnya, maka wajib
mengulang wudhuknya.
4) Orang yang sedang berwudhuk ragu terhadap bilangan
basuhan atau kerataan basuhan, sunat mengulangnya.
47. 5) Adapun ragu yang datang setelah sempurna atau selesai
wudhuknya, maka tiadalah ia mempengaruhi dan tidak
perlu kepada pengulangan. Ini termasuk jika ragu dalam
berniat.
6) Tidak masuk sebagai yang dimaksudkan dengan ragu
apabila telah yakin meninggalkan sesuatu yang fardhu. Yakin
sebegini membawa kepada pengulangan wudhuk.
:: Hal-hal seperti ini telah dirujuk kepada Kitab Fathul Muin (Zainuddin Al-Malbari) & Asbahu Wa An-
Nazair (Imam Sayuthi).
48. Solat selepas mandi wajib
Tidak perlu kepada wudhuk lagi kerana sebelum mandi
wajib tadi kita sudahpun berwuduk untuk mengangkat
hadas kecil.
Namun, dalam proses mandi wajib itu tidak boleh
berlaku sesuatu yang boleh membatalkan wudhuk. Jika
tidak, hendaklah berwudhuk selepas mandi wajib.
Timbul persoalan bagaimana keadaan jika tidak
berwudhuk sebelum atau sesudahnya, maka
memadailah dengan mandi wajib tadi untuk
membolehkan solat.
49. SOLAT
Dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut : 45)
50. Syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum melakukan solat dapat
dikelompokkan menjadi 2 (dua) macam iaitu :
◦ Syarat Wajib Solat (siapa yg wajib dirikan solat)
◦ Syarat Sah Solat (apa yg perlu ada sebelum solat)
51. Syarat wajib solat
1. Islam, Orang yang tidak Islam tidak wajib mengerjakan solat.
2. Suci dari Haidh dan Nifas, Perempuan yang sedang Haidh (datang
bulan) atau baru melahirkan anak tidak wajib mengerjakan solat.
3. Berakal Sehat, Orang yang tidak berakal sehat seperti orang
gila,orang yang mabuk, dan pengsan tidak wajib mengerjakan
solat, sebagaimana sabda Rasulullah :
"Ada tiga golongan manusia yang telah diangkat pena darinya
(tidak diberi beban syari'at) yaitu; orang yang tidur sampai dia
terjaga, anak kecil sampai dia baligh dan orang yang gila sampai
dia sembuh." (HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
52. 4. Baliqh (Dewasa), Orang yang belum baliqh tidak wajib
mengerjakan solat. Tanda-tanda orang yang sudah
baliqh :
◦ Sampai umur 9 thn (perempuan) 15 thn (lelaki)
◦ Mimpi bersetubuh.
◦ Mulai keluar darah haidh (datang bulan) bagi perempuan
5. Telah sampai da'wah kepadanya, Orang yang belum
pernah mendapatkan da'wah/seruan agama tidak wajib
mengerjakan solat.
53. Didikan Rasulullah s.a.w.
sabda Rasulullah
"Perintahkanlah anak-anak untuk melaksanakan solat apabila telah
berumur tujuh tahun, dan apabila dia telah berumur sepuluh tahun,
maka pukullah dia kalau tidak melaksanakannya."
(HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
54. SYARAT SAH SOLAT
(mesti ada sebelum solat)
1. Suci dari hadas kecil atau besar
2. Suci tubuh badan dari najis
3. Suci pakaian dari najis
4. Suci tempat dari najis
5. Yakin masuk waktu solat fardhu
6. Menutup aurat
7. Menghadap kiblat (292o dari utara)
Al-A’raf:7
56. SUNAT AB’ADH SEMASA SOLAT
Perkara sunat yang perlu ditampung dengan sujud sahwi
apabila ditinggalkan
1. Tasyahhud awal dan duduknya.
2. Qunut subuh dan qunut witir, dan berdirinya.
3. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
tasyahhud awal.
4. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika qunut.
5. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam ketika tasyahhud akhir.
6. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam ketika qunut.
57. SUNAT HAI’AH SEMASA SOLAT
Perkara sunat yang tidak perlu ditampung dengan sujud sahwi
apabila ditinggalkan. Antaranya:
• Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram
• Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika berdiri
• Melihat ke tempat sujud
• Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram
• Membaca istiazah (auzubillah) selepas doa iftitah
• Membaca dengan suara kuat waktu subuh, maghrib, isyak
• Menyebut amin selepas membaca Surah al-Fatihah
58. Sujud Sahwi
Dua kali sujud dan sekali duduk antara dua sujud tersebut.
Dilakukan sebelum memberi salam
Membaca zikir
59. RUKUN SOLAT
1. Berdiri betul bagi solat fardhu - RP
2. Niat - RH
3. Takbiratul Ihram - RB
4. Membaca Surah Al-Fatihah - RB
5. Rukuk dengan tomakninah - RP
6. Iktidal dengan tomakninah - RP
7. Sujud dengan tomakninah - RP
8. Duduk antara dua sujud dengan tomakninah - RP
9. Duduk Tahiyyat Akhir - RP
10. Membaca Tasyahhud Akhir - RB
11. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. - RB
12. Memberi salam yg pertama - RB
13. Tertib
RP= Rukun Perbuatan, RH= Rukun Hati, RB= Rukun Bacaan
60. Tomakninah
Maksudnya berhenti sebentar sekurang-kurangnya selama menyebut
Subanallah.
Sekadar membezakan antara satu pergerakan dgn pergerakan yg lain
dlm solat.
61. MAKRUH SEMASA SOLAT
1. Memalingkan tengkok
2. Memandang ke atas / mendongak ke atas
3. Bercekak pinggang
4. Bermain-main dengan rambut, janggut, misai
5. Solat ketika makanan telah dihidangkan
6. Solat dalam keadaan menahan kencing & berak
7. Solat ketika sangat mengantuk
8. Solat di bilik air, jalan, pasar, kubur, gereja/kuil, tempat sampah,
kandang lembu.
62. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Bercakap dengan sengaja
2. Ketawa
3. Makan & minum dengan sengaja
4. Bergerak 3kali berturut-turut (pergerakan besar)
5. Badan atau pakaian terkena najis (menanggung najis)
6. Membuka aurat dengan sengaja
1. Aurat Lelaki: Diantara pusat dan lutut
2. Aurat Wanita: Seluruh tubuh kecuali muka
7. Berhadas sebelum salam yang pertama
8. Berpaling dada dari arah kiblat
9. Mengubah niat (mahu berhenti)
10. Murtad
63. Batal solat jika
Memegang tali yang terikat kepada anjing (najis)
Menyangkut wayar mikrofon yang terkena tahi cicak
Memegang kanak-kanak yang pampers telah penuh dgn najis
Ini dikira menanggung najis
Rujukan: Kitab Munyatul Musholli
64. TIDAK BATAL SOLAT JIKA
1. Senyum, menangis, batuk, bersin
2. Menggerakkan jari kaki atau jari tangan
3. Menelan air liur
4. Terbuka aurat seketika tanpa sengaja (ditiup angin), jika dibiar,
batal solat.
5. Menutup mata
65. ADAB SOLAT
Imam Al-Ghazali mengumpamakan solat seperti menghadiahkan hamba
kepada raja. Jika solat yang kita dirikan banyak cacat, seolah-olah kita
menghadiahkan kepada raja, seorang hamba yang cacat.
Tentu akan menyebabkan kemarahan Raja terhadab kita.
67. Abu Mas'ud r.a., sahabat Nabi saw, menyampaikan sebuah kisah. Suatu
ketika, saat hendak shalat berjamaah, Nabi menyentuh setiap bahu
kami sambil bersabda: "Luruskan shafmu, jangan bengkok-bengkok.
Shaf yang bengkok akan menyebabkan hatimu terpecah-belah." (HR
Muslim).
68. "Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama),
kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan
sedikit makmum) hendaklah (saf yang kurang itu berada) di saf
bahagian belakang".
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
69. "Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara
bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah
ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan
saf), dan janganlah kamu biarkan celah-celah (yang kosong)
itu untuk syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka
Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan
barangsiapa memutuskan saf, maka Allah memutuskannya
(daripada rahmat dan pertolonganNya)".
(Hadis riwayat Abu Daud)
70. “Andaikata mereka tahu apa yang ada di dalam saf yang depan,
nescaya akan di adakan undian”.
(Hadis riwayat Muslim)
71. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat
(selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap
makmum-makmum di baris pertama”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
72. “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat
kepada makmum di saf-saf kanan”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
73. KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM
Makmum hendaklah berada di belakang imam. Adalah batal
sembahyang makmun itu jika dia berada di hadapan imam.
Manakala jika imam dan makmun dalam kedudukan yang sama maka
tidaklah batal sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya adalah
makruh.
74. Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam tidaklah
tinggi dibandingkan dengan kedudukan makmumnya, begitu
juga sebaliknya iaitu kedudukan makmum tidaklah tinggi
dibandingkan dengan kedudukan imam, melainkan jika
imam itu bertujuan untuk mengajar makmumnya perbuatan
sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk
menyampaikan takbir imam kepada makmum yang lain.
Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah digalakkan
untuk meninggikan tempat kedudukannya. (Majmuk 4/190-
191, 4/186-187)
75. Di antara adab-adabnya juga ialah imam disunatkan berada di antara
tengah-tengah saf makmum yang berada di belakang. Sebagaimana
sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di tengah-tengah dan penuhilah
celah-celah saf (yang kosong)”.
76. KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF SEMBAHYANG
Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan seorang
makmum, maka disunatkan baginya berada di sebelah
kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada
imam.
Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di
belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah ke
sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-perkara
yang membatalkan sembahyang seperti bergerak lebih
daripada tiga kali berturut-turut.
77. Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus berada di
kiri atau di belakang imam.
Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau sebagainya,
maka disunatkan bagi imam itu memindahkan makmum atau
memindahkan dirinya supaya berada di depan sebelah kiri makmum,
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu
‘anhuma katanya yang maksudnya :
“Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alahi wasallam berada di sana malam itu.
Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya bersamanya dan
berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau memindahkan saya ke sebelah
kanannya”.
(Hadis riwayat Bukhari)
78. Susunan Saf
1. Imam lelaki bersama seorang makmum lelaki
- Makmum berdiri di sisi sebelah kanan imam.
2. Imam bersama seorang makmum perempuan
- Makmum berdiri di sisi sebelah kiri imam.
3. Imam bersama seorang makmum lelaki dan seorang makmum perempuan
- Makmum lelaki di sisi sebelah kanan imam dan makmum perempuan pula berdiri di belakang makmum lelaki menepati kedudukan imam.
4. Imam bersama ramai makmum lelaki dan perempuan
- Imam berdiri di tengah bahagian hadapan makmum lelaki dan makmum perempuan di belakang makmum lelaki.
5. Imam bersama makmum seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz).
- Lelaki dewasa di sisi sebelah kanan imam
- Kanak-kanak lelaki di belakang lelaki dewasa menepati kedudukan imam
- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki
- Kanak-kanak perempuan di belakang perempuan dewasa
6. Imam bersama ramai makmum lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz)
- Lelaki dewasa di belakang imam
- Kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz)di belakang lelaki dewasa
- Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki(belum mumaiyiz)
- Kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz)di belakang perempuan dewasa