SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Ayat Pasif
Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya
seperti ayat di bawah ini.
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)
Objek
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)
Subjek
Jenis-jenis Ayat Pasif
Terbahagi kepada:
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
3. Ayat pasif berimbuhan ‘ber...- dan ‘ke-...-an’
4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja.
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif
berimbuhan ‘di-‘. Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba)
dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan
kata kerja (tanpa imbuhan ‘di’).
Contoh:
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam (√) – ayat pasif
Kerja itu sudah dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
(Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. – ayat aktif transitif)
Rumah itu telah kami cat bersama-sama. (√)
Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (X)
(Kami telah mengecat rumah itu bersama-sama. – ayat aktif transitif)
Cerita seram itu telah kalian dengar. (√)
Cerita seram itu telah didengar oleh kalian. (X)
(Kalian telah mendengar cerita seram itu. – ayat aktif transitif)
Hutang itu mesti engkau jelaskan esok. (√)
Hutang itu mesti dijelaskan oleh engkau esok. (X)
(Engkau mesti menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)
*Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan ‘ter’ boleh menerima kata sendi ‘oleh’ yang diikuti
kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Contohnya seperti ayat di bawah ini.
Meja yang besar itu terangkat oleh saya. (√)
Nota:
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua mesti ditulis
bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan ‘di’ (hukum aneksi persona).
Kesalahan berlaku jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dll.) disisipkan
antara pelaku dengan kata kerja pasif.
Contoh:
Kereta itu awak harus pandu. (X)
Kereta itu harus awak pandu. (√)
Kerja itu kami sedang siapkan. (X)
Kerja itu sedang kami siapkan. (√)
Tuan Pengetua saya akan temui esok. (X)
Tuan Pengetua akan saya temui esok. (√)
2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan kata
nama am).
Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (√)
Motosikal itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X)
Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. (√)
Kerusi dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)
Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri. (√)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. (√)
Bola itu ditendang dengan kaki kiri Helmi. (X)
Bola itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (X)
Nota : Kata sendi ‘oleh’ boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang Rahim kelmarin. (√)
Kerusi dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. (√)
Perhatian : Jika kata sendi ‘oleh’ terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh
digugurkan kerana akan menjejaskan makna ayat.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. (√)
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)
3. Ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an)
Contoh:
Baju Raju belum bercuci lagi (belum dicuci).
Kumisnya itu belum bercukur (belum dicukur).
Seluruh dunia kegemparan oleh serangan Amerika itu (ditimpa rasa gempar).
Rumah Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi)
Aminah kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan)
4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’
(a) sudah di-
terasing = sudah diasingkan
terhasil = sudah dihasilkan
(b) keupayaan atau kemampuan
Novel yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.
Batu yang besar itu tidak terangkat oleh mereka.
Gunung Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh kami.
(c) Imbuhan awalan ‘ter’ yang membawa maksud ‘tidak sengaja’ (juga digunakan dalam
ayat aktif transitif)
terbawa = tidak sengaja membawa / dibawa
tersepak = tidak sengaja menyepak / disepak
tertembak = tidak sengaja menembak / ditembak
Contoh ayat: Pemburu itu tertembak rakannya sendiri (ayat aktif transitif)
Rakannya sendiri tertembak oleh pemburu itu. (ayat pasif)
5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’.
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima imbuhan awalan.
Contoh:
Anak ahli korporat itu kena culik.
Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
Ah Chong kena kejar oleh anjing.
6. Ayat pasif yang mempunyai DUA objek
Contoh : (1) Upin membelikan Ipin sebatang pembaris (ayat aktif)
(objek tepat) (objek sipi)
(2) Upin menghadiahi Ipin sebuah buku (ayat aktif)
(objek tepat) (objek sipi)
Nota: Apabila ayat di atas dipasifkan hanya objek tepat sahaja yang bertugas sebagai subjek dalam
ayat. Jika objek sipi yang dibawa ke hadapan (bertugas sebagai subjek) ayat itu dianggap tidak
gramatis.
Contoh:
(1a) Ipin dibelikan sebatang pembaris oleh Upin (√)
Sebatang pembaris dibelikan kepada Ipin oleh Upin. (X)
(2a) Ipin dihadiahi sebuah buku oleh Upin. (√)
Sebuah buku dihadiahi oleh Upin kepada Ipin. (X)
Ayat Aktif
1. Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang
diterangkan.
2. Dalam ayat aktif, kata kerjanya mempunyai awalan meN- dan disudahi tanpa atau dengan
-kan atau -i.
3. Ayat aktif terdiri daripada:
a. Ayat aktif transitif. Contoh ayat: Dia membeli buah durian.
b. Ayat aktif tak transitif. Ayat ini dibahagikan pula kepada dua jenis iaitu:
(i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Contoh ayat:
Pokok itu membesar.
*Pokok itu membesar dengan cepatnya.
(ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Penyakitnya beransur sembuh.
*Penyakitnya beransur.
Ayat aktif transitif
1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa
komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas
kata kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja
transitif mempunyai objek.
Contoh : Arif menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan)
Contoh :
Dia membeli buah durian.
subjek = Dia
kata kerja transitif = membeli
objek = buah durian
2) Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima dua
objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.
Contoh :-
" Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sebuah basikal."
Puan Aisyah (subjek)
menghadiahkan ( kata kerja transitif )
anaknya (objek tepat )
sebuah basikal (objek sipi).
3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya.
- Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang pertama.
contoh:
"Keberaniannya sungguh menghairankan kami."
subjek = keberaniannya
kata penguat = sungguh
kata kerja transitif = menghairankan
objek yang digugurkan = kami
Ayat aktif tak transitif
1) Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?”
Selepas kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif.
Kata kerja tak transitiftidak mempunyai objek.
Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiada jawapan)
2) Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :
-keterangan yang boleh digugurkan
-keterangan yang tidak boleh digugurkan
(i) keterangan yang boleh digugurkan
Contoh : -Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan rancaknya.
-Kumpulan remaja itu sedang berbual.
Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif
Menukar ayat aktif menjadi ayat pasif
Ayat aktif transitif ialah;
1. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif
2. Mengutamakan subjek asal sebagai judul
Formula susunan ayat aktif :
Subjek (Frasa Nama) + kata kerja aktif transitif + Objek + Keterangan
bil Subjek
(Frasa
Nama)
predikat
Kata kerja
transitif
Objek
tepat
Objek
sipi
Keterangan
1 Pelajar itu menyepak bola dengan
deras
2 Kakak memasak bubur
kacang
semalam
3 Kakak memetik bunga di taman
bunga
4 Perdana
Menteri
merasmikan sekolah pada sebelah
petang
5 Perempuan
itu
menyikat rambut anaknya
Ayat pasif ialah;
1. Ayat yang mengandungi kata kerja pasif
2. Ayat yang mengutamakan objek sebagai judul
Formula susunan ayat pasif:
Subjek (objek) + di + kata kerja pasif + oleh + frasa nama + keterangan
bil Subjek
(objek)
predikat
di + Kata
kerja pasif
oleh + Frasa
Nama
Objek Keterangan
1 Bola disepak oleh pelajar
itu
dengan deras
2 Bubur
kacang
dimasak oleh kakak semalam
3 Bunga dipetik oleh kakak di taman
bunga
4 Sekolah dirasmikan oleh
Perdana
Menteri
pada sebelah
petang
5 Rambut
anaknya
disikat oleh
perempuan
itu
CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh
bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh
guru disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit
tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan olehdoctor yang
berkaca mata tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan
gadis tersebut.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada
awal bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat
tentang pelaburan saham tersebut.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja
di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah
diproses itu ke dalam bekas plastik.
REFLEKSI
Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah akhirnya dapatlah saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Tugasan ini diberikan untuk memenuhi keperluan kursus
Progran Pensiswazahan Guru bagi ambilan Jun 2011.
Tugasan ini memerlukan saya untuk membuat penambahan isi bagi memantap dan
mengembangkan huraian tentang “Rumus menukar ayat aktif kepada ayat pasif”.Artikel ini
perlu diambil daripada majalah Pelita Bahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya mempunyai masalah kekangan masa
menyiapkan tugasan memandangkan tugasan ini di berikan semasa awal persekolah. Ini
kerana banyak kerja-kerja sekolah terpaksa dibuat. Akan tetapi dengan kebijaksanaan saya
membahagikan masa akhirnya siaplah tugasan ini
Disamping itu juga ,saya mengalami masalah dalam mencari maklumat yang
dikehendaki oleh pensyarah. Saya terpaksa membuat rujukan diperpustakaan awam,
sekolah dan juga membuat rujukan di internet.Selain itu juga,rakan-rakan juga tidak lokek
ilmu untuk dikongsikan
Setelah menyiapkkan tugasan ini saya lebih faham akan apakah itu ragam ayat.Di
dalam ragam ayat ada ayat pasif dan ayat aktif.Saya juga memahami bagaimana untuk
menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.Secara tidak lansung ilmu ini akan saya
manfaatkan dalam meneruskan kelansungan saya sebagai seorang guru
Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah
Sekian terima kasih

More Related Content

What's hot (20)

Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Kata Ganda
 Kata Ganda  Kata Ganda
Kata Ganda
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 

Viewers also liked (7)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Aktif dan Ayat PasifAyat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
 
Ragam Ayat
Ragam AyatRagam Ayat
Ragam Ayat
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
SYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Jenis dan Struktur Penulisan Ilmiah
SYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Jenis dan Struktur Penulisan IlmiahSYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Jenis dan Struktur Penulisan Ilmiah
SYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Jenis dan Struktur Penulisan Ilmiah
 
SYD 12103 (Laras Bahasa Penulisan Ilmiah)
SYD 12103 (Laras Bahasa Penulisan Ilmiah)SYD 12103 (Laras Bahasa Penulisan Ilmiah)
SYD 12103 (Laras Bahasa Penulisan Ilmiah)
 
Penggunaan internet sebagai medium pencarian bahan rujukan
Penggunaan internet sebagai medium pencarian bahan rujukanPenggunaan internet sebagai medium pencarian bahan rujukan
Penggunaan internet sebagai medium pencarian bahan rujukan
 
SYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Etika penulisan ilmiah
SYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Etika penulisan ilmiahSYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Etika penulisan ilmiah
SYD 12103 Asas Penulisan Ilmiah: Etika penulisan ilmiah
 

Similar to Ayat pasif dan aktif

Topik 3-ayat-pasif
Topik 3-ayat-pasifTopik 3-ayat-pasif
Topik 3-ayat-pasif
Botol Budu
 
Memahami ayat aktif dan ayat pasif
Memahami ayat aktif dan ayat pasifMemahami ayat aktif dan ayat pasif
Memahami ayat aktif dan ayat pasif
Dorice Francis
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
firo HAR
 
Nuraini (037117152)
Nuraini (037117152)Nuraini (037117152)
Nuraini (037117152)
Ainfxx
 

Similar to Ayat pasif dan aktif (20)

Topik 3-ayat-pasif
Topik 3-ayat-pasifTopik 3-ayat-pasif
Topik 3-ayat-pasif
 
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa MelayuRagam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
Ragam ayat - Sintaksis Bahasa Melayu
 
Memahami ayat aktif dan ayat pasif
Memahami ayat aktif dan ayat pasifMemahami ayat aktif dan ayat pasif
Memahami ayat aktif dan ayat pasif
 
tatabahasa__imbuhan_.pptx
tatabahasa__imbuhan_.pptxtatabahasa__imbuhan_.pptx
tatabahasa__imbuhan_.pptx
 
Bm sem 6
Bm sem 6Bm sem 6
Bm sem 6
 
Pengertian-Passive-Voicejossssssssss.pptx
Pengertian-Passive-Voicejossssssssss.pptxPengertian-Passive-Voicejossssssssss.pptx
Pengertian-Passive-Voicejossssssssss.pptx
 
Definisi 2
Definisi 2Definisi 2
Definisi 2
 
Cara mudah belajar simple past tense
Cara mudah belajar simple past tense Cara mudah belajar simple past tense
Cara mudah belajar simple past tense
 
Kalimat Pasif UNTUK KELAS SEMBILAN mtS.pptx
Kalimat Pasif UNTUK KELAS SEMBILAN mtS.pptxKalimat Pasif UNTUK KELAS SEMBILAN mtS.pptx
Kalimat Pasif UNTUK KELAS SEMBILAN mtS.pptx
 
3657217.pptx
3657217.pptx3657217.pptx
3657217.pptx
 
Past countinuous tense
Past countinuous tensePast countinuous tense
Past countinuous tense
 
Artikel blog1
Artikel blog1Artikel blog1
Artikel blog1
 
Artikel blog new12
Artikel blog new12Artikel blog new12
Artikel blog new12
 
KNOWING PASSIVE VOICE FOR JUNIOR HIGH SCHOOL
KNOWING PASSIVE VOICE FOR JUNIOR HIGH SCHOOLKNOWING PASSIVE VOICE FOR JUNIOR HIGH SCHOOL
KNOWING PASSIVE VOICE FOR JUNIOR HIGH SCHOOL
 
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptx
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptxAYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptx
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptx
 
ayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasifayat aktif dan ayat pasif
ayat aktif dan ayat pasif
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
 
Nuraini (037117152)
Nuraini (037117152)Nuraini (037117152)
Nuraini (037117152)
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Gerunds
GerundsGerunds
Gerunds
 

Recently uploaded

Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Jajang Sulaeman
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
ErikaPutriJayantini
 

Recently uploaded (20)

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 

Ayat pasif dan aktif

  • 1. Ayat Pasif Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya seperti ayat di bawah ini. Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai subjek) Objek Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek) Subjek Jenis-jenis Ayat Pasif Terbahagi kepada: 1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua. 2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga. 3. Ayat pasif berimbuhan ‘ber...- dan ‘ke-...-an’ 4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’ 5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja. 1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua. Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan ‘di-‘. Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba) dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak, engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan ‘di’). Contoh: Kerja itu sudah saya laksanakan semalam (√) – ayat pasif Kerja itu sudah dilaksanakan oleh saya semalam. (X) (Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. – ayat aktif transitif) Rumah itu telah kami cat bersama-sama. (√) Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (X) (Kami telah mengecat rumah itu bersama-sama. – ayat aktif transitif) Cerita seram itu telah kalian dengar. (√) Cerita seram itu telah didengar oleh kalian. (X) (Kalian telah mendengar cerita seram itu. – ayat aktif transitif) Hutang itu mesti engkau jelaskan esok. (√) Hutang itu mesti dijelaskan oleh engkau esok. (X) (Engkau mesti menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)
  • 2. *Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan ‘ter’ boleh menerima kata sendi ‘oleh’ yang diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. Contohnya seperti ayat di bawah ini. Meja yang besar itu terangkat oleh saya. (√) Nota: Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua mesti ditulis bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan ‘di’ (hukum aneksi persona). Kesalahan berlaku jika kata-kata lain seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dll.) disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Contoh: Kereta itu awak harus pandu. (X) Kereta itu harus awak pandu. (√) Kerja itu kami sedang siapkan. (X) Kerja itu sedang kami siapkan. (√) Tuan Pengetua saya akan temui esok. (X) Tuan Pengetua akan saya temui esok. (√) 2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan kata nama am). Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’ Contoh: Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (√) Motosikal itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X) Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. (√) Kerusi dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X) Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri. (√) Bola itu ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. (√) Bola itu ditendang dengan kaki kiri Helmi. (X) Bola itu Helmi tendang dengan kaki kiri. (X) Nota : Kata sendi ‘oleh’ boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna. Contoh: Motosikal itu telah ditunggang Rahim kelmarin. (√) Kerusi dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. (√) Perhatian : Jika kata sendi ‘oleh’ terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan kerana akan menjejaskan makna ayat. Contoh: Motosikal itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. (√) Motosikal itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)
  • 3. 3. Ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an) Contoh: Baju Raju belum bercuci lagi (belum dicuci). Kumisnya itu belum bercukur (belum dicukur). Seluruh dunia kegemparan oleh serangan Amerika itu (ditimpa rasa gempar). Rumah Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi) Aminah kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan) 4. Ayat pasif berimbuhan ‘ter-...’ (a) sudah di- terasing = sudah diasingkan terhasil = sudah dihasilkan (b) keupayaan atau kemampuan Novel yang tebal itu tidak terbaca oleh saya. Batu yang besar itu tidak terangkat oleh mereka. Gunung Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh kami. (c) Imbuhan awalan ‘ter’ yang membawa maksud ‘tidak sengaja’ (juga digunakan dalam ayat aktif transitif) terbawa = tidak sengaja membawa / dibawa tersepak = tidak sengaja menyepak / disepak tertembak = tidak sengaja menembak / ditembak Contoh ayat: Pemburu itu tertembak rakannya sendiri (ayat aktif transitif) Rakannya sendiri tertembak oleh pemburu itu. (ayat pasif) 5. Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’. Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima imbuhan awalan. Contoh: Anak ahli korporat itu kena culik. Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. Ah Chong kena kejar oleh anjing. 6. Ayat pasif yang mempunyai DUA objek Contoh : (1) Upin membelikan Ipin sebatang pembaris (ayat aktif) (objek tepat) (objek sipi) (2) Upin menghadiahi Ipin sebuah buku (ayat aktif) (objek tepat) (objek sipi)
  • 4. Nota: Apabila ayat di atas dipasifkan hanya objek tepat sahaja yang bertugas sebagai subjek dalam ayat. Jika objek sipi yang dibawa ke hadapan (bertugas sebagai subjek) ayat itu dianggap tidak gramatis. Contoh: (1a) Ipin dibelikan sebatang pembaris oleh Upin (√) Sebatang pembaris dibelikan kepada Ipin oleh Upin. (X) (2a) Ipin dihadiahi sebuah buku oleh Upin. (√) Sebuah buku dihadiahi oleh Upin kepada Ipin. (X)
  • 5. Ayat Aktif 1. Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. 2. Dalam ayat aktif, kata kerjanya mempunyai awalan meN- dan disudahi tanpa atau dengan -kan atau -i. 3. Ayat aktif terdiri daripada: a. Ayat aktif transitif. Contoh ayat: Dia membeli buah durian. b. Ayat aktif tak transitif. Ayat ini dibahagikan pula kepada dua jenis iaitu: (i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Contoh ayat: Pokok itu membesar. *Pokok itu membesar dengan cepatnya. (ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Penyakitnya beransur sembuh. *Penyakitnya beransur. Ayat aktif transitif 1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Tips: Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif mempunyai objek. Contoh : Arif menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan) Contoh : Dia membeli buah durian. subjek = Dia kata kerja transitif = membeli objek = buah durian
  • 6. 2) Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh :- " Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sebuah basikal." Puan Aisyah (subjek) menghadiahkan ( kata kerja transitif ) anaknya (objek tepat ) sebuah basikal (objek sipi). 3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya. - Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang pertama. contoh: "Keberaniannya sungguh menghairankan kami." subjek = keberaniannya kata penguat = sungguh kata kerja transitif = menghairankan objek yang digugurkan = kami
  • 7. Ayat aktif tak transitif 1) Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Tips: Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitiftidak mempunyai objek. Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiada jawapan) 2) Ada dua jenis ayat aktif tak transitif : -keterangan yang boleh digugurkan -keterangan yang tidak boleh digugurkan (i) keterangan yang boleh digugurkan Contoh : -Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan rancaknya. -Kumpulan remaja itu sedang berbual.
  • 8. Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Menukar ayat aktif menjadi ayat pasif Ayat aktif transitif ialah; 1. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif 2. Mengutamakan subjek asal sebagai judul Formula susunan ayat aktif : Subjek (Frasa Nama) + kata kerja aktif transitif + Objek + Keterangan bil Subjek (Frasa Nama) predikat Kata kerja transitif Objek tepat Objek sipi Keterangan 1 Pelajar itu menyepak bola dengan deras 2 Kakak memasak bubur kacang semalam 3 Kakak memetik bunga di taman bunga 4 Perdana Menteri merasmikan sekolah pada sebelah petang 5 Perempuan itu menyikat rambut anaknya Ayat pasif ialah; 1. Ayat yang mengandungi kata kerja pasif 2. Ayat yang mengutamakan objek sebagai judul
  • 9. Formula susunan ayat pasif: Subjek (objek) + di + kata kerja pasif + oleh + frasa nama + keterangan bil Subjek (objek) predikat di + Kata kerja pasif oleh + Frasa Nama Objek Keterangan 1 Bola disepak oleh pelajar itu dengan deras 2 Bubur kacang dimasak oleh kakak semalam 3 Bunga dipetik oleh kakak di taman bunga 4 Sekolah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada sebelah petang 5 Rambut anaknya disikat oleh perempuan itu
  • 10. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF: 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan olehdoctor yang berkaca mata tebal itu. 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
  • 11. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF: 1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat. 2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut. 3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu. 4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut. 5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.
  • 12. REFLEKSI Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah akhirnya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tugasan ini diberikan untuk memenuhi keperluan kursus Progran Pensiswazahan Guru bagi ambilan Jun 2011. Tugasan ini memerlukan saya untuk membuat penambahan isi bagi memantap dan mengembangkan huraian tentang “Rumus menukar ayat aktif kepada ayat pasif”.Artikel ini perlu diambil daripada majalah Pelita Bahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya mempunyai masalah kekangan masa menyiapkan tugasan memandangkan tugasan ini di berikan semasa awal persekolah. Ini kerana banyak kerja-kerja sekolah terpaksa dibuat. Akan tetapi dengan kebijaksanaan saya membahagikan masa akhirnya siaplah tugasan ini Disamping itu juga ,saya mengalami masalah dalam mencari maklumat yang dikehendaki oleh pensyarah. Saya terpaksa membuat rujukan diperpustakaan awam, sekolah dan juga membuat rujukan di internet.Selain itu juga,rakan-rakan juga tidak lokek ilmu untuk dikongsikan Setelah menyiapkkan tugasan ini saya lebih faham akan apakah itu ragam ayat.Di dalam ragam ayat ada ayat pasif dan ayat aktif.Saya juga memahami bagaimana untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.Secara tidak lansung ilmu ini akan saya manfaatkan dalam meneruskan kelansungan saya sebagai seorang guru Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah Sekian terima kasih