Bm sem 6

558 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
558
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
22
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bm sem 6

  1. 1. Pendahuluan, Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria,contohnya kriteria struktur fonologi atau bunyi,kriteria struktur morfem ,kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana pergolongan yang sedemikian di dapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis ,iaitu frasa, klausa , dan ayat.Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun konstituan dalam ayat,iaitu klausa dan frasa.Perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis ,iaitu ayat ,klausa dan frasa.Ayat dan klausa mengandungi dua konsituan yang utama,iaitu frasa subjek dan frasa predekat.Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama,iaitu frasa nama (FN) ,frasa kerja(FK) frasa adjektif(FA) dan frasa sendi(FS).Frasa-frasa ini disebut frasa utama. Frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik; tiap-tiap frasa ini boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya.Frasa nama contohnya ,mempunyai kata nama sebagai unsur intinya.Frasa sendi nama,sebaliknya,bukan endosentrik tetapi frasa ekosentrik kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya:malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajah,iaitu kata sendi nama dan frasa nama.Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah (KK),dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif,terdapat juga unsur pilihan,iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahuli ataupun mengikuti unsur-unsur inti itu.Contohnya seperti sebuah dan runcit dalam rajah (a) sedang dan cepat, dalam rajah (b) dan masih dan sangat dalam rajah(c) berikut: (a) FN KN sebuah kedai runcit 1
  2. 2. (b) FK KK sedang berjalan cepat (c) FA KA masih awal sangat Kata nama,kata kerja dan kata adjektif bolehlah diebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat,iaitu frasa nama,frasa kerja ,dan frasa adjektif.Selain tiga golongan kata utama ini ,tidak terdapat lagi perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama.Bahkan perkatan-perkataan yang lainmasuk ke dalam binaan frasa dan klausa secara langsung .Oleh itu ,perkataan- perkataan selain tiga golongan kata nama itu,boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas, yang bersifat heterogen. 2 Penggolongan Kata
  3. 3. Kata dalam bahasa Melayu boleh dikelompokkan atau digolongkan ke dalam empat golongan utama ,iaitu kata nama ,kata kerja ,kata adjektif dan kata sendi nama.Empat golongan ini dianggap utam kerana bilangannya yang besar dan sentiasa bertambah bilangannya dari semasa ke semasa. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata : - Kata Nama - Kata Kerja - Kata Adjektif / Sifat - Kata Tugas Kata Nama Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : a) Kata Nama Khas Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga : i) Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Adib, Lisa, Tun Abdullah 3 ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia – contoh : Comel, Tompok, Si Belang, Jalak,
  4. 4. iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup – Taiping, Proton Wira, Kuala Kangsar, , Planet Utarid b) Kata Nama Am Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Ia terbahagi kepada dua : i) Kata Nama Am Abstrak – jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, udara, demokrasi. ii) Kata Nama Am Konkrit – kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya jalan, suami, bapa, batu. c) Kata Ganti Nama Kata ganti nama terbahagi kepada : i) Kata ganti nama tunjuk - - Kata nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara merujuk kepada sesuatu perkara atau benda.atau tempat.Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum,manakala yang menunjuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat. - Kata ganti nama tunjuk umum : 1. itu ( merujuk kepada benda yang jauh) 2. ini (merujuk kepada benda yang dekat) 4 - kata ganti nama tunjuk tempat: 1. Sini (menunjuk pada rah dekat) 2. situ ( arah agak jauh ) 3. sana (arah jauh)
  5. 5. ii) Kata ganti nama diri – - Kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia. - Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada: 1. Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk : - Siapa : merujuk kepada orang - Apa : merujuk kepada benda atau perkara - Mana : merujuk kepada benda 2. Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori : - orang pertama : saya, aku, beta, kami ,patik, kita - orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, anda - orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, -nya. 5 Kata Kerja
  6. 6. Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut: 1) Kata Kerja Transitif : a) Kata Kerja Transitif Aktif b) Kata Kerja Transitif Pasif 2) Kata Kerja Tak Transiti : a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap 1. Kata kerja transitif Kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh : - Adriana menjahit baju kurung untuk adiknya. - Emak memotong buah jambu yang baru dibelinya. a. Kata kerja transitif aktif - kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan ‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’. - Contoh : - Adila mencuci pakaian di dalam bilik air b. Kata kerja transitif pasif - kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif. - Contoh : - Pakaian dicuci oleh Adila. 6 - Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk mengenali kata kerja transitif :
  7. 7. -Mengemukakan pertanyaan ‘apa’ selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? - mengecat pintu -Apabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu, ini bermakna pada asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya perkataaan ‘mengecat’ berasal daripada kata nama ‘cat’ selepas menerima imbuhan ‘menge’. -Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mengandungi dua kata nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh seseorang ke atas orang atau benda lain. Contoh : Fazli menembak burung bangau. - Fazli : kata nama pelaku - Burung bangau : kata nama objek - menembak : kata kerja transitif -Apabila membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh= Azri menghadiahi isterinyanya sebentuk cincin berlian. -menghadiahi : kata kerja tansitif - cincin berlian : objek tepat - isterinya : objek sipi -Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya ‘apa’ kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu. 7 2. Kata kerja tak transitif Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya.Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap.
  8. 8. a. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap - Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. - Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan. - Contoh : bangun , pulang, menjerit, berenang. Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya ‘apa’ selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek. Contoh : Amin bermain – bermain apa ? (tiada jawapan) Ibu memasak – memasak apa ? (tiada jawapan) b. Kata kerja transitif berpelengkap - kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. - Terdapat beberapa jenis pelengkap : a) Waktu - contoh : Amran duduk sejak tadi. b) Tempat - contoh : Abang duduk di atas kerusi c) Cara - contoh : Abang duduk bersila d) Sebab - contoh : Dia duduk kerana letih. - Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jikalau pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. 8 - Contoh : Yasmin ingin menjadi penyanyi Azman bertambah kasih kepada isterinya - Jika tanpa pelengkap : Yasmin ingin menjadi …(menjadi apa?) Azma bertambah…(bertambah apa?)
  9. 9. - Pelengkap hendaklah dibezakan dengan objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, manakala objek pula hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan melengkap maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan. - Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata kerja atau tidak, terdapat beberapa cara : Kata kerja dapat digandingkan dengan kata bantu. Contoh : makan sudah makan(memberi makna) sebaliknya : baju - sudah baju (tidak memberi makna) - Kaedah ini amat perlu apabila hendakl membezakan beberapa kata kerja yang kelihatan seakan-seakan kata sifat. Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan tertentu seperti ‘ber’, ‘me’, ‘kan’,’i’ dan ‘di’ 9 Kata Sifat / Adjektif Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).
  10. 10. Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. 1) Kata Sifat Keadaan - memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : murid pandai, budak nakal. 2) Kata Sifat Warna - membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langsir biru, kereta merah. 3) Kata Sifat Ukuran - menyatakan ukuran kata nama. Contoh : pokok tinggi, air cetek 4) Kata Sifat Bentuk - menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat 5) Kata Sifat Jarak - menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh. 6) Kata Sifat Waktu - memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : datang lewat, pulang awal 10 7) Kata Sifat Cara - membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat 8) Kata Sifat Perasaan - memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : rindu akan, cinta akan
  11. 11. 9) Kata Sifat Pancaindera - terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : minuman manis (konsep rasa) Wanita cantik (konsep pandang) suara nyaring (konsep dengar) minyak wangi (konsep bau) kulit kasar (konsep sentuh) Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat : -Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya. -Kata sifat diberi imbuhan ‘ter’ dan ‘se’. 11 Kata Tugas Kata tugas ialah golongan kata yang besifat pelbagai jenis atau heterogen ,iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan yang kecil yang berbeza –beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama,iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik ,iaitu frasa nama,frasa kerja ,dan frasa adjektif. tugas Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia. Fungsi kata tugas ialah menjadi
  12. 12. penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru. Terdapat 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu : - kata hubung - kata penegas - kata tanya - kata nafi - kata seru - kata pemeri - kata perintah - kata sendi nama - kata pembenar - kata arah - kata pangkal ayat - kata bilangan - kata bantu - kata penekan - kata penguat - kata pembenda Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok: 1) Kata Penyambung Ayat - Terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung. -Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. -Contoh : dan, atau, tetapi, serta, supaya, walaupun. 12 2) Kata Praklausa Sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada : - kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : wah,aduh, cis, aduhai, amboi. - kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : siapa, mengapa , berapa, bila, bagaimana.
  13. 13. - kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : usah, sila, jemput, minta, tolong. jangan - kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul, - kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : maka, , adapun, alkisah, hatta, syahdan. 3) Kata Prafrasa - Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. -Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang. -terdapat 8 jenis kata prafrasa : - kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan : a. kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada pembedahan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum. 13 b. Kata bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : mahu, mesti, boleh, dapat, hendak, harus. - kata penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : paling, sekali, benar, sungguh, amat.,terlalu,
  14. 14. - kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas : a. menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, - lah,-tah. b. menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, ,pun, lagi, memang, sahaja. - kata nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak. - kata pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah. - kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap,dengan. - kata arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara,dalam. 14 - kata bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : tiga, beratus-ratus.segala, semua, para,banyak, masing-masing. 4) Kata Pasca - Ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
  15. 15. - Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. - Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh : Lajunya 110 km sejam 15
  16. 16. Debat 211 martabatkan bahasa Melayu Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar . Sejak abad ketujuh Masihi , ia telah menjadi bahasa kerajaan , bahasa perdagangan , bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dari sekitar abad 13 hingga 19, bahasa Melayu Mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran , bahasa diplomasi , bahasa undang – undang , bahasa ilmu dan falsafah , bahasa perdagangan , bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Di Malaysia bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi seperti mana yang telah diperuntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selama 54 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan , bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan , bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu bukan hanya sekadar memberikan identiti kepada budaya pada penuturnya, sebaliknya ia adalah acuan yang di dalamnya terkandung konsep , nilai dan idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa Melayu telah memainkan peranannya dalam membangunkan negara ini. Dengan hanya berbekalkan semangat , kegigihan , kesedaran sahaja tentulah tidak mencukupi untuk mengangkat Bahasa Melayu ke tingkat yang lebih tinggi. Dalam dunia yang semakin mencabar ini , kedudukan bahasa Melayu kian terancam akibat penggunaan bahasa rojak, bahasa khidmat pesanan ringkas (sms) , bahasa internet dan sebagainya. Gejala ini amat merisaukan kerana jika tidak dibendung , tidak mustahil bahasa Melayu akan hilang ketulenannya mahupun pupus ditelan zaman. Justeru , Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Utusan Melayu (M) Berhad telah mengambil inisiatif memartabatkan bahasa Melayu melalui penganjuran Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti atau Debat 211. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata UiTM sentiasa proaktif dalam menjalankan program – program berimpak besar di negara ini.
  17. 17. Kata beliau, Debat 211 merupakan salah satu usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu serta meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa dan peserta. “Debat 211 dilihat sebagai satu medium yang dapat membantu mahasiswa meningkatkan kemahiran berkomunikasi selain memartabatkan bahasa Melayu agar setaraf dengan bahasa lain di peringkat antarabangsa “ . “ Bahasa melambangkan bangsa. Di UiTM , walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar , peranan bahasa Melayu tidak diabaikan kerana kedua- duanya seiring bagi menjamin kebolehpasaran graduan UiTM di pasaran Global , “ katanya. Dalam pada itu, Abdullah berkata, penganjuran Debat 211 yang melibatkan 211 pasukan menunjukkan kemahiran berdebat menggunakan bahasa Melayu . “Bayangkan dalam tempoh 10 hari peserta akan berdebat tanpa berhenti dengan usul yang akan dilontarkan untuk diaudit Malaysia Book of Records(MBR) untuk mencipta rekod baharu,” Abdullah berkata , kemajuan sesebuah negara diukur dari segi keutuhan ekonominya yang mana terhasil daripada perpaduan kaum. “Malaysia amat unik di mana seluruh masyarakatnya yang berbilang kaum fasih bertutur dalam bahasa Melayu tanpa menidakkan penggunaan bahasa ibunda masing – masing . “Tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu harus dipikul seluruh rakyat Malaysia . Hanya bangsa dan bahasa yang kuat dan berjiwa merdeka akan kental menghadapi perang globalisasi dan penjajahan era baru yang sungguh mencabar ini, “ katanya. PETUNJUK Kata Nama Khas Kata Tugas Kata Kerja Kata Adjektif Kata Nama Am
  18. 18. BIODATA PELAJAR NAMA : MUHAMMAD ZULIMI BIN MAT DAUD NO K/P : 740603-08-6071 ANGKA GILIRAN: 2008152380114 TARIKH LAHIR : 03 /06 /1974 UNIT : PGSR BAHASA MELAYU AMBILAN NOVEMBER 2008 ALAMAT : no,2 JALAN PD TEKNIK 1, taman pd teknik, 71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG GELAM, 71000 PORT DICKSON.NEGERI SEMBILAN. PENSYARAH : Dr. Faridah binti nazir AGAMA : ISLAM Bangsa : MELAYU
  19. 19. ANALISIS BIL Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Kata Nama Khas Kata Nama Am 1 Melayu mahasiswa memartabat puncak tetapi 2 Malaysia negara ditelan kegemilangan dengan 3 Abdullah bangsa menjalankan baharu justeru 4 Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar agama diabaikan tinggi dalam 5 Melaka bahasa dilontarkan semangat masing-masing 6 Universiti Teknologi Mara kerajaan berdebat kegigihan seluruh 7 Sriwijaya zaman diukur kesedaran bukan 8 Utusan Melayu penutur bertutur ringkas di 9 Bahasa Melayu rojak mencapai merisaukan dalam 10 Prof.Datuk Dr.Abdullah peserta memiliki hilang nya 11 pasukan menjadi ketulenannya dan 12 hari diperuntukkan pupus dari 13 kaum menikmati besar ke 14 perang pembinaan proaktif amat 15 rakyat memberikan kemajuan jika 16 graduan diwarisi keutuhan akan
  20. 20. 17 kemerdekaan memainkan unik telah 18 kebangsaan membangunkan perpaduan satu 19 dunia berbekalkan fasih kedua - duanya 20 mengangkat kental untuk 21 mencabar 10 22 penggunaan 23 dibendung 24 ditelan ;25 mengambil 26 memartabatkan 27 berkata 28 menjalankan 29 dilihat 30 meningkatkan 31 membantu 32 berkomunikasi 33 diabaikan
  21. 21. INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MUHD.ZULIMI BIN MAT DAUD 740603-08-6071 2008152380114 UNIT BAHASA MELAYU BBM 3104 PENGANJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
  22. 22. PENSYARAH: Dr. FARIDAH BINTI NAZIR TARIKH HANTAR: 28 NOVEMBER 2011 MUHD.ZULIMI BIN MAT DAUD 740603-08-6071 2008152380114 UNIT BAHASA MELAYU BBM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU PENSYARAH: Dr. FARIDAH BINTI NAZIR
  23. 23. TARIKH HANTAR:28 NOVEMBER 2011 REFLEKSI Syukur, Alhamdullilah ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat melaksanakan tugas ini tepat pada masanya .Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr.Faridah Binti Nazir iaitu pensyarah yang membimbing saya dalam subjek Kemahiran pengajaran bahasa Melayu .Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan sekelas yang bekerjasama menyumbangkan idea dan memberi pandangan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi. Pada awalnya,saya merasakan bahawa subjek bahasa Melayu adalah merupakan subjek yang agak mudah,tetapi setelah mempelajari subjek ini barulah saya menyedari agak sukar untuk mempelajari subjek ini.Terlalu banyak pecahan yang perlu diingati dan difahami dalam pengolongan kata.Begitu juga semasa membuat perbezaan golongan kata dan analisis perbandingan kata melalui petikan surat khabar.Banyak kekeliruan yang saya alami .Namun, setelah merujuk kepada pensyarah ,dan dengan penerangan yang diberikan dengan begitu jelas oleh Dr. Faridah barulah saya dapat meleraikan kekusutan di kepala saya.Akhirnya, barulah saya dapat membuat tugasan dan seperti yang diarahkan. Dalam proses menyiapkan tugasan rakan-rakan sekelas turut memberikan banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan agar dapat disiapkan menjelang tarikh yang ditetapkan.Walaupun dihujani dengan pelbagai tugasan dan perlu menghadiri kuliah dari pagi hingga ke malam ,namun kekangan masa ini tidak menghalang saya untuk menghasilkan kerja kursus yang baik.Saya sering berhubung melalui telefon untuk bertanyakan kemusykilan yang saya hadapi. Kerjasama dan kelebihan daripada kawan-kawan yang mempunyai banyak pengalaman dan kepandaian masing-masing telah saya garapkan bagi menghasilkan kerja kursus yang sempurna. Gabungan idea yang dilontarkan oleh rakan sekelas juga,secara tidak langsung telah dapat menambah ilmu yang berguna di kalangan kami untuk kami jadikan sebagai panduan untuk kami gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran setelah kami pulang ke sekolah masing-masing.
  24. 24. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pensyarah Dr.Faridah yang menyumbangkan ilmu kepada saya.Sekian, terima kasih. MUHD. ZULIMI B. MAT DAUD Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat Dr .Faridah bt Nazir kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PGSR –IPGKRM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalammenjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat isteri tersayang saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.
  25. 25. Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus NAMA PELAJAR : MUHD. ZULIMI B. MAT DAUD (740603-08-6071) KUMPULAN : PGSR PENGAJIAN BAHASA MELAYU SEMESTER : 6 MATA PELAJARAN : BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU PENSYARAH : DR. FARIDAH BINTI NAZIR TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN 10.10.2011 Menerima soalan tugasan yang di emailkan oleh ketua unit • Tugasan perlud ihantar Selewat-lewatnyapada 28.11.2011 12.11.2011 Memahami kehendak soalan tugasan– Perbincangan dengan rakan sekelas • Mencari bahan untuk Tugasan. . Berbincang dengan rakan melalui telefon. 13.11.2011 Mencari maklumat dan mendapatkan bahan-bahan untuk tugasan • Merujuk nota . . Melayari internet
  26. 26. 14 11.2011 Pengumpulan maklumat • Menyusun maklumat • Menganalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan 16/.11.2011 Menyediakan draf • Menghubungkait maklumat yang relevan • Membuat huraian terperinci • Menaip draf 20.11.2011 Menaip draf -Membuat semakan 26.11.2011 -Semakan terakhir dan cetak tugasan. -membuat semakan terakhir dan cetakan tugasan. -menjilid tugasan 27/11/2011 menghantar tugasan kepada pensyarah -menyerahkan tugasan
  27. 27. RUJUKAN Nik Safiah Karim & Rakan-rakan.(2010).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Dewan Bahasa Pustaka.Selangor. Zulkifley Hamid & Rakan-rakan.(2006).Linguistik Melayu.Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Che Ibrahim Hj. Salleh.(2010).Tatabahasa Melayu.UPM Holdings.Sdn.Bhd. Selangor. Mohd. Saiful. Mohd. Sahak.(2011.21. November).Debat 211 martabatkan bahasa Melayu.Utusan Malaysia, hal.28 http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu) http://shukri.edublogs.org/golongan-kata/ http://ramlibinyahya.blogspot.com/2009/04/penggolongan-kata-dalam-bm.html
  28. 28. Halaman Pengakuan “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan :................................................... Nama Penulis : MUHD. ZULIMI B. MAT DAUD TARIKH: 28 NOVEMBER 2011
  29. 29. PERBEZAAN GOLONGAN KATA. 20 Golongan Kata Kata Nama Kata Adjektif Kata Kerja Kata Tugas
  30. 30. 21 KATA NAMA Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Hidup Tak Hidup Hidup Kata Nama Am Tak Hidup Tunjuk Diri ManusiaBukan Manusia Manusia Pertama Tanya/ UmumKonkrit Ketiga Bukan Manusia Abstrak Institusi Orang Kedua Bukan Institusi
  31. 31. 22 KATA KERJA KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF AYAT PASIFTANPA PELENGKAP AYAT AKTIFBERPELENGKAP
  32. 32. JENIS KATA ADJEKTIF SIFATAN Murid nakal Budak pandai PERASAAN Gadis malu Ketawa riang JARAK Teman rapat Terbang rendah CARA Berjalan laju Baju jarang PANCAINDERA Makanan lazat Kulit halus WAKTU Kekasih lama Pengantin baharu BENTUK Jalan bengkok Meja bulat UKURAN Pokok tinggi rumah besar WARNA Baju merah Langit biru
  33. 33. KATA TUGAS KATA SERU – ( cis , wah ) KATA TANYA - ( berapa , siapa ) KATA BANTU – ( telah , belum ) KATA PANGKAL AYAT – ( hatta , alkisah ) KATA PERINTAH - ( sila , usah ) KATA PENGUAT - ( terlalu , paling ) KATA SENDI NAMA - ( sejak , untuk ) KATA BILANGAN - ( dua , dua puluh ) KATA NAFI - ( bukan , tidak ) KATA PEMERI - ( ialah , adalah ) KATA PEMBENAR -( ia , benar ) KATA PENEGAS - ( - kah , - tah ) KATA PEMBENDA – ( lajunya , sakitnya ) KATA PENEKAN - ( nampaknya, sesungguhnya ) KATA HUBUNG - ( dan , atau ) KATA ADVERBA - ( selalu , sentiasa ) KATA ARAH - ( atas , bawah )

×