SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Analisis Penilaian Fasa 5

       Fasa kelima ini merupakan fasa pengajaran plot yang kedua bagi teks

drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi:

   1. Aktiviti perbincangan berkumpulan, dan

   2. Aktiviti lakonan hasil perbincangan setiap kumpulan.

       Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini

berbentuk formatif yang dilakukan secara informal, iaitu melalui pemerhatian,

lisan dan penulisan. Bagi bentuk aktiviti yang bersifat informal dan santai ini,

jenis penilaian sedemikian mencukupi.

       Objektif penilaian yang dilakukan untuk aktiviti ini ialah untuk mengukur

tahap pemahaman pelajar mengenai teks Jalan Sempit dan menggunakan

aspek CoRT, iaitu alternatif, kemungkinan dan pilihan (APC), untuk meminta

para pelajar untuk mencipta peleraian alternatif bagi teks tersebut,

berdasarkan 4 watak penting yang dipilih setiap kumpulan. Berdasarkan

Rubrik Penilaian Persembahan yang disediakan untuk fasa ini, aktiviti lakonan

ini berfungsi untuk menilai keberkesanan setiap kumpulan untuk mencipta

peleraian alternatif bagi teks Jalan Sempit. Penilaian tersebut dilakukan

berdasarkan tiga faktor , iaitu:

       1. keberkesanan lakonan menyampaikan nilai yang positif,

       2. kekreatifan persembahan, dan

       3. aspek kesesuaian bahasa yang digunakan berdasarkan konteks

          dan berkesan.
Penilaian ini dilakukan oleh guru dan para pelajar lain di dalam kelas. Pelajar

akan mengupas nilai positif yang ingin disampaikan melalui persembahan

tersebut, beri hujah yang munasabah dan membuat penilaian mengenai

kerasionalan peleraian tersebut. Setiap kumpulan telah ditetapkan untuk

membuat penilaian dan pandangan untuk satu kumpulan yang lain. Ini

dilakukan untuk memastikan setiap kumpulan akan diberi peluang untuk

menyuarakan dan menerima pandangan daripada kumpulan lain mengenai

prestasi dan keberkesanan persembahan kumpulan mereka. Meskipun guru

telah membuat ketetapan sedemikian, kumpulan-kumpulan lain juga

digalakkan untuk bersuara ketika pengulasan dan perbincangan selepas

setiap persembahan.

              Jenis aktiviti yang boleh disifatkan sebagai santai dan informal

ini tidak akan menjejas kualiti perbincangan dan penilaian yang dilakukan

setelah setiap persembahan akan dijalankan. Untuk memastikan kualiti

perbincangan yang tinggi, guru akan bertanya soalan yang mengajak para

pelajar untuk berfikir secara kritis dan analitis. Melalui perbincangan dan

pemerhatian yang dijalankan, guru akan dapat mengukur kebolehan para

pelajar untuk membuat penilaian yang berkualiti dan melatih mereka untuk

melihat perspektif yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Sepertimana

yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mengesan

penguasaan dan kemajuan murid untuk memperbaiki kelemahannya dengan

serta merta. Melalui perbincangan ini, setiap kumpulan akan dapat lapor balik

yang dapat memperbaiki kelemahan pemahaman atau keberkesanan lakonan
pelajar. Selain itu, aspek lakonan ini juga akan dapat meningkatkan apresiasi

pelajar terhadap teks Jalan Sempit.

        Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah kinestetik, visual-

spatial, interpersonal, intrapersonal, linguistik, dan logikal. Keseluruhan aktiviti

ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu aktiviti yang bertahap rendah dan

tinggi dalam Taksonomi Bloom, iaitu tahap mengingat, memahami,

mengaplikasi, menilai dan mencipta. Aktiviti ini juga selari dengan Hasil yang

Diingini melalui Pendidikan (DOE). Antara hasil yang diingini dalam setiap

pelajar setelah tamat tahap sekolah menengah yang berkaitan dengan aktiviti

ini ialah:

        1. mempunyai integriti moral,

        2. yakin dengan kebolehan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan

             perubahan,

        3. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan

             menunjuk empati kepada orang lain,

        4. mempunyai daya kreativiti dan sifat ingin tahu

        5. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara

             efektif, dan akhir sekali, dan

        6. menjadikan pembelajaran itu suatu tanggungjawab diri.

More Related Content

Similar to Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)
Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)
Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)Cikgu Syahidon
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Norita Asmawi
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 
Reflection and feedback
Reflection and feedbackReflection and feedback
Reflection and feedbackcik noorlyda
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariL Adul Lalut Adul
 
Similar to Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js (20)

Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)
Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)
Taklimat pemantapan pajsk untuk gpk kokurikulum (sm)
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Unit 7 koperatif
Unit 7 koperatifUnit 7 koperatif
Unit 7 koperatif
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Reflection and feedback
Reflection and feedbackReflection and feedback
Reflection and feedback
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Nota pengujian
Nota pengujianNota pengujian
Nota pengujian
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Kumpulan
KumpulanKumpulan
Kumpulan
 
More from dramajalansempit

Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid jsAcf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 jsAcf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js
Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian jsAcf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js
Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga jsAcf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp jsAcf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaranAcf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajarandramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid jsAcf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian jsAcf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp jsAcf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk jsAcf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid jsAcf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp jsAcf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja jsAcf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 refleksi lk js
Acf422 fasa7 refleksi  lk jsAcf422 fasa7 refleksi  lk js
Acf422 fasa7 refleksi lk jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil jsAcf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian jsAcf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid jsAcf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid jsdramajalansempit
 
More from dramajalansempit (20)

Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid jsAcf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 jsAcf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js
Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian jsAcf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js
Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
 
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga jsAcf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
 
Acf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp jsAcf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp js
 
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaranAcf422 fasa7 analisis pengajaran
Acf422 fasa7 analisis pengajaran
 
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid jsAcf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian jsAcf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp jsAcf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk jsAcf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk js
 
Acf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid jsAcf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid js
 
Acf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp jsAcf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp js
 
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja jsAcf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
 
Acf422 fasa7 refleksi lk js
Acf422 fasa7 refleksi  lk jsAcf422 fasa7 refleksi  lk js
Acf422 fasa7 refleksi lk js
 
Acf422 pra aktiviti js
Acf422 pra aktiviti jsAcf422 pra aktiviti js
Acf422 pra aktiviti js
 
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil jsAcf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
 
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian jsAcf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
 
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid jsAcf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js

  • 1. Analisis Penilaian Fasa 5 Fasa kelima ini merupakan fasa pengajaran plot yang kedua bagi teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi: 1. Aktiviti perbincangan berkumpulan, dan 2. Aktiviti lakonan hasil perbincangan setiap kumpulan. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan bagi langkah ini berbentuk formatif yang dilakukan secara informal, iaitu melalui pemerhatian, lisan dan penulisan. Bagi bentuk aktiviti yang bersifat informal dan santai ini, jenis penilaian sedemikian mencukupi. Objektif penilaian yang dilakukan untuk aktiviti ini ialah untuk mengukur tahap pemahaman pelajar mengenai teks Jalan Sempit dan menggunakan aspek CoRT, iaitu alternatif, kemungkinan dan pilihan (APC), untuk meminta para pelajar untuk mencipta peleraian alternatif bagi teks tersebut, berdasarkan 4 watak penting yang dipilih setiap kumpulan. Berdasarkan Rubrik Penilaian Persembahan yang disediakan untuk fasa ini, aktiviti lakonan ini berfungsi untuk menilai keberkesanan setiap kumpulan untuk mencipta peleraian alternatif bagi teks Jalan Sempit. Penilaian tersebut dilakukan berdasarkan tiga faktor , iaitu: 1. keberkesanan lakonan menyampaikan nilai yang positif, 2. kekreatifan persembahan, dan 3. aspek kesesuaian bahasa yang digunakan berdasarkan konteks dan berkesan.
  • 2. Penilaian ini dilakukan oleh guru dan para pelajar lain di dalam kelas. Pelajar akan mengupas nilai positif yang ingin disampaikan melalui persembahan tersebut, beri hujah yang munasabah dan membuat penilaian mengenai kerasionalan peleraian tersebut. Setiap kumpulan telah ditetapkan untuk membuat penilaian dan pandangan untuk satu kumpulan yang lain. Ini dilakukan untuk memastikan setiap kumpulan akan diberi peluang untuk menyuarakan dan menerima pandangan daripada kumpulan lain mengenai prestasi dan keberkesanan persembahan kumpulan mereka. Meskipun guru telah membuat ketetapan sedemikian, kumpulan-kumpulan lain juga digalakkan untuk bersuara ketika pengulasan dan perbincangan selepas setiap persembahan. Jenis aktiviti yang boleh disifatkan sebagai santai dan informal ini tidak akan menjejas kualiti perbincangan dan penilaian yang dilakukan setelah setiap persembahan akan dijalankan. Untuk memastikan kualiti perbincangan yang tinggi, guru akan bertanya soalan yang mengajak para pelajar untuk berfikir secara kritis dan analitis. Melalui perbincangan dan pemerhatian yang dijalankan, guru akan dapat mengukur kebolehan para pelajar untuk membuat penilaian yang berkualiti dan melatih mereka untuk melihat perspektif yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk memperbaiki kelemahannya dengan serta merta. Melalui perbincangan ini, setiap kumpulan akan dapat lapor balik yang dapat memperbaiki kelemahan pemahaman atau keberkesanan lakonan
  • 3. pelajar. Selain itu, aspek lakonan ini juga akan dapat meningkatkan apresiasi pelajar terhadap teks Jalan Sempit. Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah kinestetik, visual- spatial, interpersonal, intrapersonal, linguistik, dan logikal. Keseluruhan aktiviti ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu aktiviti yang bertahap rendah dan tinggi dalam Taksonomi Bloom, iaitu tahap mengingat, memahami, mengaplikasi, menilai dan mencipta. Aktiviti ini juga selari dengan Hasil yang Diingini melalui Pendidikan (DOE). Antara hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat tahap sekolah menengah yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah: 1. mempunyai integriti moral, 2. yakin dengan kebolehan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, 3. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk empati kepada orang lain, 4. mempunyai daya kreativiti dan sifat ingin tahu 5. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara efektif, dan akhir sekali, dan 6. menjadikan pembelajaran itu suatu tanggungjawab diri.