SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Analisis Penilaian Fasa 5


       Fasa kelima ini merupakan pengajaran aspek struktur plot dan unsur-unsur

plot yang terdapat dalam teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini

mengandungi:


   1. Perbincangan secara santai ,

   2. Pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan

   3. Penghasilan Papan Cerita.


       Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada fasa ini berbentuk

formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan

pelajaran bahagian pertama aspek plot bagi teks drama ini, jenis penilaian sebegini

dirasakan sudah mencukupi. Walaupun, pelajaran mengenai plot ini merupakan tahap

awal, jenis-jenis aktiviti dan pelajaran yang disediakan mempunyai tahap-tahap

Taksonomi Bloom yang rencam. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk

pemerhatian, lisan, penulisan melalui lembaran kerja, lukisan dan Blog.


       Melalui aktiviti permainan Pictionary, penilaian yang dilakukan berdasarkan

pengetahuan pelajar mengenai pembelajaran yang lalu khusunya watak dan

perwatakan. Sebagai tambahan, aktiviti ini juga dapat mengaitkan perkataan-

perkataan di kad-kad Pictionary dengan penerangan yang perlu diberikan pelajr bagi

memadankan objek dengan adegan yang tertentu. Pemerhatian dijalankan oleh guru

demi untuk memastikan kesemua pelajar mengambil bahagian dan rata-ratanya dapat

mengingati kembali atau mengenali sesuatu objek atau perkataan yang menerangkan

seseorang itu dengan adegan atau kejadian yang berlaku di dalam teks. Guru dapat
membantu menyeronokkan lagi suasana permainan dengan tujuan permainan tercapai,

dengan mengajukan soalan-soalan berangsang seperti berikut:


             Siapa yang menaiki basikal dan apa terjadi dengan watak tersebut?

             Adegan atau kejadian yang bagaimana telah berlaku?

             Peristiwa ini berlaku di bahagian mana?


          Pengajaran guru dengan menggunakan Slaid pengajaran berbentuk

Powerpoint dan juga persediaan lembaran kerja sebagai catatan nota ini memainkan

peranan yang penting untuk mengukuhkan pemahaman pelajar serta menjadi panduan

kepada pelajar. Melalui lembaran kerja ini juga, pelajar dilatih untuk menulis catatan

nota dalam bentuk yang tersendiri dan mengisinya dengan informasi yang dicari serta

dinilai oleh pelajar itu sendiri jalan cerita dengan lebih baik.


          Penghasilan Papan cerita bertujuan untuk melatih pelajar melakarkan

pemahaman serta pengetahuan mereka mengenai struktur plot dan unsur plot melalui

sesuatu yang kreatif. Aktiviti ini memerlukan pelajar menggabungjalinkan

pengetahuan mereka sepanjang pembelajaran hari tersebut kepada pencarian, analisis

serta keputusan yang diambil oleh mereka untuk menghasilkan lukisan yang paling

sesuai.


          Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilain

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat

mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, guru juga mempunyai lebih peluang

membantu pelajar menghasilkan tugasan mereka dengan sebaiknya. Pada masa ini,

guru boleh menyediakan pelbagai bentuk alat bantuan bagi pelajar menyiapkan

aktiviti atau tugasan mereka dengan sebaiknya.
Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah Bahasa- Pertuturan,

Menggambarkan- Membayangkan, Hubungan sesama insan dan Merenung- Takafur.

Berdasarkan taksonomi Bloom, kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini

ialah kemahiran mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun

pelajaran ini hanya pada tahap permulaan bagi plot, hampir kesemua unsur

kepelbagaian kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran kognitif, afektif dan

psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui Pendidikan

(DOE). Hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat tahap sekolah

menengah ialah


1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk empati

   kepada orang lain,

2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara efektif, dan akhir

   sekali

3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang penting bagi

   Singapura.

More Related Content

Similar to Analisis Penilaian Fasa 5

Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js
Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian jsAcf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js
Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian jsdramajalansempit
 
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxPolisiBahasa
 
Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian
Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaianAcf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian
Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaiandramajalansempit
 
Peranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang HayatPeranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang HayatNurulSabariah2
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritafatimah Baharin
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
uas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docxuas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docxridafarida14
 
Modul kelompok 7
Modul kelompok 7Modul kelompok 7
Modul kelompok 7Nurfana3
 
KOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docx
KOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docxKOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docx
KOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docxBarikmutt
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisandri wahyudi
 
Kelas 2 Tema 5 BG press.pdf
Kelas 2 Tema 5 BG press.pdfKelas 2 Tema 5 BG press.pdf
Kelas 2 Tema 5 BG press.pdfrudiruspendi1
 
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdfMODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdfAryaLassita
 
Penerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakter
Penerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakterPenerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakter
Penerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakterVivi Vey
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 

Similar to Analisis Penilaian Fasa 5 (20)

Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js
Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian jsAcf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js
Acf422 fasa3 watak perwatakan analisis penilaian js
 
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
 
Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian
Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaianAcf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian
Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian
 
Peranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang HayatPeranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peranan Guru Untuk Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
ELABORASI PEMAHAMAN TOPIK 3.pdf
ELABORASI PEMAHAMAN TOPIK 3.pdfELABORASI PEMAHAMAN TOPIK 3.pdf
ELABORASI PEMAHAMAN TOPIK 3.pdf
 
ASESMEN.pptx
ASESMEN.pptxASESMEN.pptx
ASESMEN.pptx
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
uas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docxuas the penelitian tindakan kelas.docx
uas the penelitian tindakan kelas.docx
 
Modul kelompok 7
Modul kelompok 7Modul kelompok 7
Modul kelompok 7
 
Role playing2
Role playing2Role playing2
Role playing2
 
Pemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayuPemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayu
 
Artikel ilmiah
Artikel ilmiahArtikel ilmiah
Artikel ilmiah
 
KOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docx
KOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docxKOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docx
KOSP SD MODEL 2 (LAMPIRAN) - datadikdasmen.com.docx
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 
Kelas 2 Tema 5 BG press.pdf
Kelas 2 Tema 5 BG press.pdfKelas 2 Tema 5 BG press.pdf
Kelas 2 Tema 5 BG press.pdf
 
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdfMODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
MODUL 1.1 PENERAPAN PEMIKIRAN KHD_ARYA LASSITA.pdf
 
Penerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakter
Penerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakterPenerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakter
Penerapan lessan study dlm pembentukan pend yang berkarakter
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Pembelajaran pakem
Pembelajaran pakemPembelajaran pakem
Pembelajaran pakem
 

More from dramajalansempit

Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid jsAcf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 jsAcf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga jsAcf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp jsAcf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid jsAcf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian jsAcf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp jsAcf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk jsAcf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian jsAcf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid jsAcf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp jsAcf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja jsAcf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa7 refleksi lk js
Acf422 fasa7 refleksi  lk jsAcf422 fasa7 refleksi  lk js
Acf422 fasa7 refleksi lk jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil jsAcf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian jsAcf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid jsAcf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid jsdramajalansempit
 
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp jsAcf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp jsdramajalansempit
 

More from dramajalansempit (20)

Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid jsAcf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
Acf422 fasa4 plot papan cerita slaid js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rp js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rp js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 jsAcf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
Acf422 fasa4 plot papan cerita lk1 js
 
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik jsAcf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
Acf422 fasa4 plot papan cerita rubrik js
 
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga jsAcf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
Acf422 fasa7 kad permainan ular & tangga js
 
Acf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp jsAcf422 fasa7 imbas kembali rp js
Acf422 fasa7 imbas kembali rp js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid jsAcf422 fasa5 plot lakonan slaid js
Acf422 fasa5 plot lakonan slaid js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian jsAcf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan rubrik penilaian js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp jsAcf422 fasa5 plot lakonan rp js
Acf422 fasa5 plot lakonan rp js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk jsAcf422 fasa5 plot lakonan lk js
Acf422 fasa5 plot lakonan lk js
 
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian jsAcf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js
Acf422 fasa5 plot lakonan analisis penilaian js
 
Acf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid jsAcf422 fasa1 induksi slaid js
Acf422 fasa1 induksi slaid js
 
Acf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp jsAcf422 fasa1 induksi rp js
Acf422 fasa1 induksi rp js
 
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja jsAcf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
Acf422 fasa1 induksi lembaran kerja js
 
Acf422 fasa7 refleksi lk js
Acf422 fasa7 refleksi  lk jsAcf422 fasa7 refleksi  lk js
Acf422 fasa7 refleksi lk js
 
Acf422 pra aktiviti js
Acf422 pra aktiviti jsAcf422 pra aktiviti js
Acf422 pra aktiviti js
 
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil jsAcf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
Acf422 fasa8 ujian penuh dan kecil js
 
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian jsAcf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js
 
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid jsAcf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai slaid js
 
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp jsAcf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp js
Acf422 fasa6 sudut pandangan & nilai rp js
 

Analisis Penilaian Fasa 5

  • 1. Analisis Penilaian Fasa 5 Fasa kelima ini merupakan pengajaran aspek struktur plot dan unsur-unsur plot yang terdapat dalam teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini mengandungi: 1. Perbincangan secara santai , 2. Pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan 3. Penghasilan Papan Cerita. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada fasa ini berbentuk formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan pelajaran bahagian pertama aspek plot bagi teks drama ini, jenis penilaian sebegini dirasakan sudah mencukupi. Walaupun, pelajaran mengenai plot ini merupakan tahap awal, jenis-jenis aktiviti dan pelajaran yang disediakan mempunyai tahap-tahap Taksonomi Bloom yang rencam. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian, lisan, penulisan melalui lembaran kerja, lukisan dan Blog. Melalui aktiviti permainan Pictionary, penilaian yang dilakukan berdasarkan pengetahuan pelajar mengenai pembelajaran yang lalu khusunya watak dan perwatakan. Sebagai tambahan, aktiviti ini juga dapat mengaitkan perkataan- perkataan di kad-kad Pictionary dengan penerangan yang perlu diberikan pelajr bagi memadankan objek dengan adegan yang tertentu. Pemerhatian dijalankan oleh guru demi untuk memastikan kesemua pelajar mengambil bahagian dan rata-ratanya dapat mengingati kembali atau mengenali sesuatu objek atau perkataan yang menerangkan seseorang itu dengan adegan atau kejadian yang berlaku di dalam teks. Guru dapat
  • 2. membantu menyeronokkan lagi suasana permainan dengan tujuan permainan tercapai, dengan mengajukan soalan-soalan berangsang seperti berikut: Siapa yang menaiki basikal dan apa terjadi dengan watak tersebut? Adegan atau kejadian yang bagaimana telah berlaku? Peristiwa ini berlaku di bahagian mana? Pengajaran guru dengan menggunakan Slaid pengajaran berbentuk Powerpoint dan juga persediaan lembaran kerja sebagai catatan nota ini memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan pemahaman pelajar serta menjadi panduan kepada pelajar. Melalui lembaran kerja ini juga, pelajar dilatih untuk menulis catatan nota dalam bentuk yang tersendiri dan mengisinya dengan informasi yang dicari serta dinilai oleh pelajar itu sendiri jalan cerita dengan lebih baik. Penghasilan Papan cerita bertujuan untuk melatih pelajar melakarkan pemahaman serta pengetahuan mereka mengenai struktur plot dan unsur plot melalui sesuatu yang kreatif. Aktiviti ini memerlukan pelajar menggabungjalinkan pengetahuan mereka sepanjang pembelajaran hari tersebut kepada pencarian, analisis serta keputusan yang diambil oleh mereka untuk menghasilkan lukisan yang paling sesuai. Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilain berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, guru juga mempunyai lebih peluang membantu pelajar menghasilkan tugasan mereka dengan sebaiknya. Pada masa ini, guru boleh menyediakan pelbagai bentuk alat bantuan bagi pelajar menyiapkan aktiviti atau tugasan mereka dengan sebaiknya.
  • 3. Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah Bahasa- Pertuturan, Menggambarkan- Membayangkan, Hubungan sesama insan dan Merenung- Takafur. Berdasarkan taksonomi Bloom, kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini ialah kemahiran mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun pelajaran ini hanya pada tahap permulaan bagi plot, hampir kesemua unsur kepelbagaian kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui Pendidikan (DOE). Hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat tahap sekolah menengah ialah 1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk empati kepada orang lain, 2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara efektif, dan akhir sekali 3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang penting bagi Singapura.