Dokumen ini membahas tentang pentingnya kebersihan diri dan bagaimana sekolah dapat mendorong siswa untuk memperhatikan kebersihan diri. Topik utama yang disebutkan adalah mencuci tangan, mandi, dan menjaga kebersihan lingkungan sekolah.
5. Jawapan bagi soalan 1.
• Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran, termasuk di antaranya debu, sampah
dan bau. Ada pelbagai cara untuk menjaga kebersihan diri. Yang asas adalah mencuci
tangan selepas membuat kegiatan yang mengotorkan, mengetip kuku jika sudah
panjang, bermandi selepas bangun dari tidur ataupun baru pulang dari sekolah dan lain
lain lagi. Mencuci adalah salah satu cara menjaga kebersihan dengan menggunakan air
dengan sejenis sabun. Mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan produk
kebersihan tangan merupakan cara terbaik dalam mencegahkan penularan influenza.
Mengetip kuku juga ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku, ia adalah sebahagian dari
badan kita. Misalnya, memotong kuku ada adabnya. Kita juga perlu buang kuku itu
pada tempat yang tidak ada kotor sebagaimana yang diajar, eloklah ke tanah kerana
kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.
6. Soalan 2.
• Apa yang boleh dilakukan sekolah untuk menggalak pelajar
mementingkan kebersihan diri.
7. Jawapan pada soalan 2.
• Sekolah telah mengadakan program untuk menjaga
kebersihan diri tetapi untuk menjaga kebersihan diri, kita
juga harus menjaga kebersihan alam sekitar. Sekolah telah
mengadakan program “ go green “ untuk pelajar-pelajar
mengangkat sampah sarap di lantai dan membuangnya di
plastik sampah. Selain itu, sekolah juga telah memanggil bus
klinik gigi. Ia adalah untuk memeriksa semua gigi murid-
murid. Juga, murid-murid telah diberi bahan mencuci tangan
yang sesuai supaya mereka dapat mencuci tangan di dalam
tandas, selepas atau sebelum makan pada masa rehat.
8. Soalan 3.
• Kebersihan diri individu boleh menjejas imej negara.
Setujukah kamu? Jelaskan.
9. Jawapan pada soalan 3.
• Ya, saya setuju kerana setiap individu rakyat negara harus
main peranan untuk membina reputasi negara iaitu yang
paling penting, menjaga kebersihan diri. Jika kebersihan
warganegara telah kurang memberi tumpuan, orang luar akan
cenderung untuk memandang rendah terhadap negara ini dan
ia akan memberi kesan negativ kepada reputasi negara. Jika
kebersihan tidak ada, orang ramai tidak hendak melawat.