SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
1
Tajuk 7 Struktur Linguistik
7.1 Semantik
7.2 Pragmatik
7.3 Analisis Wacana
Sinopsis
Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu
semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep
dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan).
Hasil Pembelajaran:
(i) Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsur
yang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu.
(ii) Pelajar dapat membandingkan bidang semantik dengan bidang pragmatik.
(iii) Pelajar dapat membuat analisis wacana terhadap satu bahan prosa.
7.1 Semantik
Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang bermakna tanda atau lambang.
Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan
dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian
makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna,
perkaitan makna, dan peribahasa.
7.1.1 Pengertian Makna
Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang
diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda
atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk
daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik
terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur
intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat
ekstrabahasa.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
2
Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri
daripada unsur makna atau yang diertikan ‘meja’ dan unsur bunyi atau yang mengertikan
melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda <meja> ini pula merujuk suatu referen yang berada
di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan
<meja> ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal
yang ditandai.
7.1.2 Hubungan antara Konsep dengan Makna
Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan
lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan
konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu.
Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya
digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut:
(b) konsep/makna [referen]
-------------------------------------------------------------------
(a) perkataan/leksem (c) sesuatu yang dirujuk [referen]
Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna,
sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.
Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep
bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat
khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep ‘meja’ pada umumnya manakala
dalam dunia nyata, ‘meja’ yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya
berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau
konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan ‘meja’ tertentu di dunia
nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan
sebuah ‘meja’ di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan
antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
3
7.1.3 Jenis-jenis Makna
Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis
semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau
tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna
referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah
perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif.
Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya.
Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya,
makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air tetapi boleh juga
naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat (ii) menunjukkan makna
gramatikal bagi kata buaya.
i. Buaya di sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal)
ii. Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna
gramatikal)
Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif
ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan
mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna
konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan
wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza.
Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.
7.1.4 Perubahan Makna
Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam
perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang
dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi
mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah
makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim dan tiada ikatan pernikahan.
Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas,
perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan serta
pengasaran.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
4
Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya
mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu.
Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun,
maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan
kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua,
khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk
perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas.
Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah
disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana
Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).
7.2 Pragmatik
Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila
digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat
bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan
dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang
menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang
meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian
data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993,
hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin
(1962), Searle (1969), dan Grice (1975).
Secara amalan, masalah perbezaan ‘bahasa’ (language) daripada ‘penggunaan
bahasa’ (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan
pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna
sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, “Apakah maksud X?” manakala pragmatik
menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau
pendengar misalnya dalam ayat, “Apakah yang anda maksudkan dengan X?”. Semantik
(bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka-
rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik)
yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.
Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang
dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip
Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
5
i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu
a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan
b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan.
ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu
a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan
b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup.
iii. Pertalian: Harus relevan.
iv. Cara: Harus jelas, iaitu
a. hindarkan ungkapan yang samar;
b. hindarkan ketaksaan;
c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan
d. harus tertib.
7.3 Analisis Wacana
Semua ahli bahasa berpendapat wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana
boleh terdiri daripada yat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi.
terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam
hierarki tatabahasa yang tertinggi.
Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan,
tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks.
7.3.1 Tautan
Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang
lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.
Contoh ayat:
1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
6
7.3.2 Runtutan
Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga
menjadikan sesebuah teks itu bermakna.
Contoh teks:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah
Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala dan
penyakit.
7.3.3 Tujuan
Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.
Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah
untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.
7.3.4 Penerimaan
Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.
7.3.5 Maklumat
Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana
boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu
Contoh ayat:
Muhammad memandu van.
Van itu kepunyaan Hassan.
Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya,
manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu.
7.3.6 Maklumat
Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana
boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu
Contoh ayat:
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
7
Muhammad memandu van.
Van itu kepunyaan Hassan.
Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya,
manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu.
7.3.7 Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti
wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang
memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.
7.4 Penanda wacana
Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada:
7.4.1 Penanda leksikal
7.4.2 Penanda rujukan
7.4.3 Penanda penghubung
7.4.4 Penanda penggantian
7.4.5 Penanda pengguguran
7.4.1 Penanda Leksikal
7.4.1.1 Pengulangan yang sama
Contoh ayat:
Ibu amat menyayangi Abu.
Kami juga amat menyayanginya
Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.
7.4.1.2 Pengulangan sinonim
Contoh ayat:
Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.
Tetapi kini,wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.
7.4.1.3 Pengulangan hiponim
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
8
Contoh ayat:
Malaysia telah menimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan,
dan Volvo.
Berdasarkan contoh di atas, kereta merupakan superordinat, manakala Honda, Nissan dan
Volvo merupakan hiponim.
7.4.1.4 Pengulangan Kolokasi
Contoh ayat;
Keluarga Encik Rahman baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusi
baharu.
Berdasarkan ayat di atas perkataan katil, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang
berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot.
7.4..1.5 Penanda Rujukan
Contoh ayat:
Aku, Sani, dan Udin akan ke Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul empat petang.
Perkataan Kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani, dan Udin.
7.4.1.6 Penanda Penghubung
Contoh ayat:
Dia sering diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia juga berpeluang melawat negara-
negara luar.
Malahan dalam ayat di atas ialah penanda penghubung.
7.4.1.7 Penanda Penghubung Musabab
Contoh ayat:
Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia.......
Oleh sebab itu dalam ayat di atas ialah penanda penghubung sebab.
7.4.1.8 Penanda Penggantian
Contoh Ayat:
Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. nanti baru saya lakukan.
Perkataan lakukan merupakan penggantian klausa.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
9
7.4.1.9 Penanda Pengguguran
Contoh ayat:
Pemuda itu kelihatan resah.
Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.
Perkataan pemuda itu dalam ayat di atas ialah penanda pengguguran.
Aktiviti:
Wacana adalah satu daripada komponen linguistik.Huraikan jenis-jenis wacana dan
bagaimana penggunaannya dapat menjadikan sesuatu penulisan itu menarik dan berkesan.
Tajuk 8 Faktor Luaran
8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi
8.2 Psikolinguistik
8.3 Linguistik Klinikal
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan faktor luaran yang bergabung dengan ilmu linguistik, iaitu
pemerolehan bahasa dan ciri-ciri asosiasi, psikolinguistik (dalam pendidikan), dan linguistik
klinikal yang berkaitan dengan terapi bahasa.
Hasil Pembelajaran:
(i) Pelajar dapat menyatakan konsep pemerolehan bahasa dan ciri asosiasi bahasa.
(ii) Pelajar dapat membandingbezakan bidang psikolinguistik dengan linguistik klinikal.
8.1: Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi
Seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan ke dunia, turut bersama-samanya beberapa
alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Walaupun ia memulakan hidup tanpa
bahasa tetapi pemerolehan bahasa itu dalam kalangannya berlaku sedikit demi sedikit dan
berperingkat-ringkat mengikut perkembangan otaknya, iaitu hasil perkembangan fizikal anak
itu sendiri.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
10
Mengikut teori biologis, sejak anak itu lahir, memang sudah ada satu kebolehan
menggunakan bahasa. Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Bagi kanak-
kanak yang normal, mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Oleh
sebab manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu
adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang
lama.
Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran
tetapi adalah dengan cara ‘memperoleh’. Ini berlaku secara formal. Kebanyakan penyelidik
bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun umur kanak-
kanak adalah jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada jangka masa itu
kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada
mereka. Mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak itu bergantung kepada bahasa
yang mula-mula didedahkan kepada mereka.
Mengikut kajian ada satu jangka masa penting dalam kehidupan manusia yang subur
dalam pemerolehan bahasa. Jika jangka masa itu terlangkau, maka perkembangan bahasa
akan terhalang. Perkembangan bahasa kanak-kanak itu biasanya dikaji daripada tiga sudut,
iaitu:
(a) Fonologi
(b) Semantik
(c) Sintaksis
Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini
berlaku di peringkat agihan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara
perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan seni
perbezaaan fiturnya.
Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai
beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan
agak cepat. Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa benda atau makna.
Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanak-
kanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak
dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
11
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada
satu perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika
menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan
kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainy. Setelah
meningkat kepada umur 5 tahun, baharulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa
orang dewasa. Apabila mencapai umur 5 tahun, kanak-kanak akan berupaya menghasilkan
ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan
hubungannya dengan struktur luar.
Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan, mereka
hendaklah seboleh-bolehnya didedahkan kepada pengalaman-pengalaman yang banyak yang
boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Dengan itu kanak-kanak akan lebih
terdedah kepada perilaku bahasa orang dewasa dan ini akan menjadikan bahasa mereka
lebih matang dan mencapai taraf penguasaan yang baik dan sempurna.
8.2 Psikolinguistik
Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop
atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan
pengajaran bahasa.Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil
percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya
pertemuan-petemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang
masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungani antara kedua-dua sains ini.
Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak
berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di
dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera
tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat
memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak
terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk
mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami
ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh.
Kajian ahli-ahli psikolinguistik terbahagi kepada 3 aspek penting:
(a) Pemahaman percakapan
(b) Penghasilan percakapan
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
12
(c) Pemerolehan bahasa
(a) Pemahaman Percakapan
Bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu
mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya.
(b) Penghasilan percakapan
Bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba
bertutur.
(c) Pemerolehan bahasa
Bidang ini mengkaji peringkat-peringkat yang didahului oleh lanak-kanak dalam proses
memperoleh bahasa. Dalam membincangkan teori pemerolehan bahasa ini sering timbul
persoalan tentang sejauh mana bahasa itu bergantung kepada operasi kognitif melalui sejadi
dan sejauh mana pula pemerolehan bahasa itu bergantung kepada pengalaman-pengalaman
naluriah.
8.3 Linguistik Klinikal
Definisi
Pisikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah ataukajianpengetahuan
bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak
begitumudahdicapaiataudidekatimelaluisalahsatudarikeduailmutersebutsecaraterpisahatausendiri-sendiri
antarapsikologidanlinguistik.
Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Ia
mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap
kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa
daripada aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik, serta pragmatik.
Pengajarandanpembelajarankanak-kanakyangmenghadapimasalahkomunikasi,dansebagainya.
Bidangkajian-Fonetik danfonologi.
Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan
memahamibunyi-bunyi-Fonetikdanfonologi. Dalam bidanglinguistikklinikal,penyelidikanmenumpukankepada
bagaimana kanak-kanak mengeluarkan bunyi.- Semantik. Bagaimana kanak-kanak memahami bahasa itu.-
Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
13
(seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya,
pembentukankataberimbuhan).
Teori-teori–
Menggunakan teori-teori kognitif seperti teori Noam Chomsky.- Menggunakan teori-teori behavioris seperti teori
B.FSkinner.
Perkaedahan–
Membuat uji kaji tingkah laku.- Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta
melakukansesuatutugas(umpamanya,membuatpertimbangan,menghasilkansemularangsangan,membaca
perkataanyangdipaparkandengan kuat).
Melakukan pemerhatian.Terdapat kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa.- Penyelidikan tertumpu
kepada menganalisis aspeklinguistikyangterdapatdalam kecelaruanbahasaataupertuturan,membentukalat-
alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta
aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Masa
tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk
mengukurprestasi.
Aktiviti:
Psikolinguistik yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Psycology of Language
merupakan disiplin yang semakin hari semakin popular dalam bidang bahasa.Bincangkan tiga
aspek penting yang dikaji oleh ahli-ahli psikolinguistk dan hubungannya dengan pemerolehan
bahasa.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
14
Tajuk 9
Variasi Bahasa
9.1 Perbezaan sistem antara bahasa
9.2 Bahasa isyarat
Sinopsis
Bahasa yang kita gunakan dalam komunikasi harian tidak sama secara keseluruhannya. Kita
kadangkala tidak menyedari wujud kelainan kata yang kita tuturkan secara spontan. Sebagai
contoh, adakalanya kita menggunakan bentuk tidak dan adakala pula kita menyebutkan tak
bagi menafikan sesuatu. Mungkin suatu ketika kita menggunakan ungkapan meninggal dunia
dan kala yang lain kita menggunakan mati. Kita juga perlu membezakan penggunaan bahasa
istana dengan bahasa rakyat biasa. Fenomena inilah yang disebut sebagai kelainan (variasi)
bahasa. Kelainan atau variasi bahasa secara tuntasnya bermaksud bentuk bahasa yang
berbeza tetapi membawa maksud yang sama.
Variasi bahasa merupakan subbidang sosiolinguistik yang memaparkan keanekaan
pada bahasa Melayu yang disebabkan kepelbagaian ahli masyarakatnya dan situasi
penggunaannya yang berlainan konteks. Antara aspek yang diliputi dalam tajuk ini adalah:
 Dialek dan Bahasa Baku
 Bahasa Formal dan Bahasa Tak Formal
 Bahasa Halus dan Bahasa Kasar
 Bahasa Istana dan Bahasa Biasa
Hasil Pembelajaran:
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
15
(i) Mengetahui konsep variasi bahasa dalam konteks bahasa Melayu
(ii) Menyatakan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa Melayu.
(ii) Meneliti perbezaan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa
Melayu berdasarkan penggunaannya dalam komunikasi masyarakat.
Peta Konsep
Nota ringkas:
9.1 Dialek dan Bahasa Baku
 Kamus Linguistik menyatakan maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang
disebabkan perbezaan daerah penuturnya. Perbezaan tersebut meliputi sebutan,
tatabahasa, dan kosa kata yang menyimpang daripada bahasa baku. Bahasa baku
Variasi
Bahasa
Bahasa Formal dan
Bahasa Tak Formal
Bahasa Halus dan
Bahasa Kasar
Bahasa Istana dan Bahasa
Biasa
Dialek dan
Bahasa Baku
Kito nak wat
gapo lo ni?
Itulah, semasa
cikgu beri
penerangan tidak
mahu dengar.
Sekarang
bukankah susah!
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
16
pula merupakan satu daripada dialek bahasa yang digunakan dengan kadar lebih
meluas dan diterima ramai sebagai bahasa dalam upacara-upacara rasmi.
 Terdapat perbezaan antara dialek dalam sesuatu bahasa khususnya bahasa
Melayu. Misalnya dari aspek sebutan, bunyi huruf a pada akhir suku kata terbuka
seperti saya, tidak sama sebutannya bagi dialek utara dan dialek selatan dan
tengah semenanjung. Sebutan di Pulau Pinang [lupa]; Johor, Melaka dan Selangor
[lupə]; manakala di sesetengah daerah di Perak Tengah [lupe]. Begitu juga
perbezaan dalam aspek morfologi dan sintaksisnya (bacaan lanjut).
 Variasi bahasa juga berlaku oleh sebab faktor sosial seperti latar belakang
pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza.
 Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.
Namun, apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu misalnya bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan
bahasa yang walaupun mempunyai pelbagai kelainan tetapi hakikatnya masih
terbina daripada satu keseluruhan.
 Daripada beberapa variasi sesuatu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai
mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita
merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dengan itu, setiap pihak harus
menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggantikannya dengan
variasi bahasa yang bersifat lebih umum yang dari segi sejarah berasaskan dialek
Johor Riau.
 Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara
menyeluruh itulah yang disebut bahasa baku (standard). Bahasa Melayu baku ialah
variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada pelbagai dialek di negara ini
berkumpul dan berkomunikasi. Tujuannya supaya komunikasi mudah dan dapat
difahami.
9.2 Bahasa Isyarat
 Bahasa isyarat ialah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa
tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk ahli-ahlinya berkomunikasi.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
17
 Kaum Turarungu ialah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini yang
lazimnya dengan menggabungkan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan,
lengan, dan tubuh serta mimik muka untuk mengungkapkan pemikiran mereka.
 Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang sama bahasanya. Contohnya,
Amerika Syarikat dan British meskipun memiliki bahasa bertulis yang sama tetapi
memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign
Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki
bahasa bertulis yang berbeza seperti British dan Sepanyol tetapi menggunakan
bahasa isyarat yang sama.
 Lazimnya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai
kecacatan sama ada pekak atau bisu. Ini adalah salah satu cara untuk mereka
berkomunikasi antara satu dengan lain.
 Golongan pekak dan bisu di negara kita menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia
(BIM) yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila mereka berurusan dengan
mereka yang tidak memahami bahasa isyarat.
 Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian
Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri
Othman Yeop yang mensasarkan latihan kepada 100 jurubahasa dalam tempoh
lima tahun.
Aktiviti:
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang
digunakan dalam cerpen tersebut.
Maafkan Siti, Ibu!”
Tersebut al-kisah seorang anak yang mementingkan rakan daripada orang tuanya sendiri
sehingga sanggup menderhaka dengan ibunya.Kisahnya bermula…,Siti yang tinggal di Klang
tetapi bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Selangor,yang
dibenarkan balik bermalam setelah permohonanya diluluskan oleh warden bertugas bertujuan
menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Johor.Tepat jam 2.30 petang, ibu Siti
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
18
menjemputnya di sekolah.Perjalanan mereka untuk sampai ke Klang,rumah Siti mengambil
masa lebih kurang satu jam lima belas minit.
Tiba di rumah, Siti yang keletihan terus tidur.”Oh,sudah tidur rupanya…Kesian
anakku”,bisik hati si ibu.Lenanya itu,dibawa hingga keesokkan paginya.”Ibu!!Kenapa tak basuh
baju Siti lagi? Kitakan nak pergi Johor, mestilah balik lewat.Mungkin 2 atau 3 pagi esok baru
sampai rumah.Esok Siti dah nak balik sekolah.”kata Siti tanpa kata hormat kepada ibunya
setelah mendapati baju kotor yang dibawanya pulang belum dibasuh.”Ibu minta maaf.Ibu
terlupa nak basuh.”lembut kata ibu.”Asyik-asyik lupa.Itulah kerja orang tua.Sudah nyanyok
cakap ajalalah!”tengking si anak.“Siti, kenapa tinggikan suara dengan ibu? Tahu
tak,meninggikan suara dengan ibu dikira anak derhaka?!”sampuk abang. ”Ah,peduli apa aku!
Derhaka,tak derhaka suka hatilah.” Pergaduhan mereka terhenti apabila telefon rumah
berdering.KRING,KRING,KRING……….”Hello,saya Syasya, boleh saya bercakap dengan
Siti?” “Ya, Siti bercakap.”Panggilan daripada Syasya mengajak Siti keluar bersama rakan-
rakan yang lain.
“Ibu,Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain.” “Siti nak
kemana?Jomlah kita semua pergi kenduri pak su .Penat ibu ambil Siti di Kuala Selangor.”rayu
si ibu. “Boringla ibu ni, Siti kata tak nak pegi tak nak la”. Bentak Siti kepada ibunya. “Ya Allah
kau ampunilah segala dosaku dan anakku.Sesungguhnya ini adalah dugaan darimu.Kau
lembutkanlah hati Siti untuk menjadi seorang anak solehah.Kau tabahkanlah diriku untuk
mengharungi dugaan yang kau turunkan. Amin…”detik hati si ibu. Tanpa disedari air mata
seorang ibu yang tabah mengalir dipipinya.
“Kasi pula ibu kau untuk join kami” kata Syasya. ”Mampuslah orang tua nyanyok tu.
Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang aku”,kasar jawapan Siti. Sepanjang
perjalanan keluarganya ke Johor, hati si ibu tidak tenteram. Macam-macam perkara yang
bukan-bukan tentang anak perempuanya bermain-main di mindanya.Dia menarik nafas
perlahan, beristighfar dan berdoa dengan penuh khusyuk agar tidak ada perkara buruk terjadi
kepada anaknya.Selang beberapa jam,keluarga Siti mendapat panggilan daripada hospital
mengatakan Siti terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sudah satu minggu Siti terlantar di hospital tiadk sedarkan diri. Namun begitu,seluruh
ahli keluarga tidak pernah putus asa untuk berdoa agar Siti selamat.Ibu Siti sering
menyedekahkan bacaan surah Yassin kepadanya,semoga cepat sembuh.Malam 1
Ramadhan,ibu Siti menghembuskan nafas terakhirnya akibat barah payudara yang
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
19
dirahsiakan olehnya.Tiga hari kemudian,akhirnya Siti sedarkan diri.Seluruh ahli keluarganya
gembira atas apa yang berlaku.Tapi malangnya dalam kegembiraan ada kesedihan.
Sebaik sahaja Siti sedar ,dia terus bertanyakan tentang ibunya.Ahli keluarganya
menceritakan tentang pemergian ibunya. Alangkah sedihnya hati seorang anak yang rindukan
belaian ibunya apabila mengetahui berita dukacita.Siti berasa amat kesal akan perbuatannya
yang telah menyakiti hati ibunya.Sebelum ibunya pergi,sempat juga dia mewasiatkan kata-
kata buat Siti:
“Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu
tahu,ibu tak mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak
perempuan ibu yang menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak
kaki ibu……………..”
Hasil analisis cerpen di atas.
Dalam cerpen di atas terdapat beberapa variasi bahasa yang digunakan oleh penulis.
Antaranya ialah :
1. Bahasa Halus – Iaitu bahasa kesantunan. Menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut kedudukan. Contoh dalam cerpen di atas ialah pada perenggan akhir sekali iaitu;
“Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu tahu,ibu tak
mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak perempuan ibu yang
menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu……………..”
2. Bahasa Slanga – iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa
standard. Ia hanya digunakan dalam percakapan tidak formal sahaja. Contohnya dalam
cerpen ini perkataan ‘join’, ‘boring’.
3. Bahasa kasar – bahasa yang dihamburkan ikut perasaan
Contoh dalam cerpen;
.”Ibu!!Kenapa tak basuh baju Siti lagi?
”Ah,peduli apa aku!
.”Mampuslah orang tua nyanyok tu. Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang
aku”,kasar jawapan Siti.
BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu
20
4. Bahasa klasik – bahasa yang wujud pada pertengahan zaman sejarah sesuatu bangsa.
Contoh; tersebut al kisah seorang anak…..
5. Bahasa pasar - bahasa basahan sehari-hari untuk urusan seharian . Wujud campuran
unsur-unsur bahasa lain dari segi ungkapan, kosa kata dan sebutan.
Contoh;
“Kasi pula ibu kau untuk join kami”kata Syasya
“Ibu, Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain.” “Siti nak kemana?
Jomlah kita semua pergi kenduri pak su.
6. Bahasa pinjaman
Contoh; hello (B.I), istigfar, khusyuk (AR)

More Related Content

What's hot (19)

Pendekatan semantik baru
Pendekatan semantik baruPendekatan semantik baru
Pendekatan semantik baru
 
Makalah semantik
Makalah semantikMakalah semantik
Makalah semantik
 
Kuliah lingkup semantik
Kuliah lingkup semantikKuliah lingkup semantik
Kuliah lingkup semantik
 
Konsep dan bagian pragmatik
Konsep dan bagian pragmatikKonsep dan bagian pragmatik
Konsep dan bagian pragmatik
 
Semantik makna
Semantik maknaSemantik makna
Semantik makna
 
Semantik leksikal
Semantik leksikalSemantik leksikal
Semantik leksikal
 
Belajar makna
Belajar maknaBelajar makna
Belajar makna
 
Pembelajaran Ilmu Kebahasaan SEMANTIK
Pembelajaran Ilmu Kebahasaan SEMANTIKPembelajaran Ilmu Kebahasaan SEMANTIK
Pembelajaran Ilmu Kebahasaan SEMANTIK
 
Pengertian tentang makna & teori pendekatannya
Pengertian tentang makna & teori pendekatannyaPengertian tentang makna & teori pendekatannya
Pengertian tentang makna & teori pendekatannya
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Pragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasaPragmatik&pembelajaran bahasa
Pragmatik&pembelajaran bahasa
 
Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111
 
Semantik 1
Semantik 1Semantik 1
Semantik 1
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Medan makna
Medan maknaMedan makna
Medan makna
 
Semantik sem.6
Semantik sem.6Semantik sem.6
Semantik sem.6
 
Jenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis SemantikJenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis Semantik
 
Teori - teori makna
Teori - teori maknaTeori - teori makna
Teori - teori makna
 
Kajian pragmatik
Kajian pragmatikKajian pragmatik
Kajian pragmatik
 

Similar to 08cisi pelajaran -interaksi-3

Similar to 08cisi pelajaran -interaksi-3 (20)

New microsoft office word document
New microsoft office word documentNew microsoft office word document
New microsoft office word document
 
Tataran linguistik semantik
Tataran linguistik semantikTataran linguistik semantik
Tataran linguistik semantik
 
Makalah Tipe Makna
Makalah Tipe Makna Makalah Tipe Makna
Makalah Tipe Makna
 
Bab 7-sarwo-edi
Bab 7-sarwo-ediBab 7-sarwo-edi
Bab 7-sarwo-edi
 
Bahan mentah
Bahan mentahBahan mentah
Bahan mentah
 
Semantik 1-abs2
Semantik 1-abs2Semantik 1-abs2
Semantik 1-abs2
 
Makalah semanti1
Makalah semanti1Makalah semanti1
Makalah semanti1
 
Bmm3111
Bmm3111Bmm3111
Bmm3111
 
Bm cik umar individu
Bm cik umar individuBm cik umar individu
Bm cik umar individu
 
ppt kel 3.pptx
ppt kel 3.pptxppt kel 3.pptx
ppt kel 3.pptx
 
Asignment semantik terkini 20 sept 2013.............
Asignment semantik terkini  20 sept 2013.............Asignment semantik terkini  20 sept 2013.............
Asignment semantik terkini 20 sept 2013.............
 
analisa simantik.pptx
analisa simantik.pptxanalisa simantik.pptx
analisa simantik.pptx
 
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan PragmatikMateri M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Ringkasan nota semantiks3
Ringkasan nota semantiks3Ringkasan nota semantiks3
Ringkasan nota semantiks3
 
Tugas power point
Tugas power pointTugas power point
Tugas power point
 

More from Oh Jenny

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108Oh Jenny
 
09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4Oh Jenny
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Oh Jenny
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Oh Jenny
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Oh Jenny
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1Oh Jenny
 
01 kulit-modul1
01 kulit-modul101 kulit-modul1
01 kulit-modul1Oh Jenny
 
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuModul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuOh Jenny
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4Oh Jenny
 
Contoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSRContoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSROh Jenny
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Oh Jenny
 
Menulis kata majmuk
Menulis kata majmukMenulis kata majmuk
Menulis kata majmukOh Jenny
 
Aktiviti membaca
Aktiviti membacaAktiviti membaca
Aktiviti membacaOh Jenny
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5Oh Jenny
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5Oh Jenny
 
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5Oh Jenny
 

More from Oh Jenny (19)

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
09 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-409 isi-pelajaran-4
09 isi-pelajaran-4
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1
 
01 kulit-modul1
01 kulit-modul101 kulit-modul1
01 kulit-modul1
 
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuModul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4
 
Contoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSRContoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSR
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny
 
Menulis kata majmuk
Menulis kata majmukMenulis kata majmuk
Menulis kata majmuk
 
Aktiviti membaca
Aktiviti membacaAktiviti membaca
Aktiviti membaca
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5
 
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
 

Recently uploaded

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 

08cisi pelajaran -interaksi-3

  • 1. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 1 Tajuk 7 Struktur Linguistik 7.1 Semantik 7.2 Pragmatik 7.3 Analisis Wacana Sinopsis Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan). Hasil Pembelajaran: (i) Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsur yang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu. (ii) Pelajar dapat membandingkan bidang semantik dengan bidang pragmatik. (iii) Pelajar dapat membuat analisis wacana terhadap satu bahan prosa. 7.1 Semantik Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang bermakna tanda atau lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna, perkaitan makna, dan peribahasa. 7.1.1 Pengertian Makna Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat ekstrabahasa.
  • 2. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 2 Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri daripada unsur makna atau yang diertikan ‘meja’ dan unsur bunyi atau yang mengertikan melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda <meja> ini pula merujuk suatu referen yang berada di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan <meja> ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal yang ditandai. 7.1.2 Hubungan antara Konsep dengan Makna Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu. Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut: (b) konsep/makna [referen] ------------------------------------------------------------------- (a) perkataan/leksem (c) sesuatu yang dirujuk [referen] Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna, sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen. Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep ‘meja’ pada umumnya manakala dalam dunia nyata, ‘meja’ yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan ‘meja’ tertentu di dunia nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan sebuah ‘meja’ di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.
  • 3. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 3 7.1.3 Jenis-jenis Makna Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif. Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya. Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air tetapi boleh juga naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat (ii) menunjukkan makna gramatikal bagi kata buaya. i. Buaya di sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal) ii. Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna gramatikal) Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza. Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan. 7.1.4 Perubahan Makna Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan tiada ikatan pernikahan. Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas, perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan serta pengasaran.
  • 4. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 4 Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu. Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun, maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua, khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas. Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters). 7.2 Pragmatik Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993, hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin (1962), Searle (1969), dan Grice (1975). Secara amalan, masalah perbezaan ‘bahasa’ (language) daripada ‘penggunaan bahasa’ (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, “Apakah maksud X?” manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau pendengar misalnya dalam ayat, “Apakah yang anda maksudkan dengan X?”. Semantik (bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka- rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik) yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan. Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.
  • 5. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 5 i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan. ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup. iii. Pertalian: Harus relevan. iv. Cara: Harus jelas, iaitu a. hindarkan ungkapan yang samar; b. hindarkan ketaksaan; c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan d. harus tertib. 7.3 Analisis Wacana Semua ahli bahasa berpendapat wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada yat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi. terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks. 7.3.1 Tautan Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Contoh ayat: 1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.
  • 6. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 6 7.3.2 Runtutan Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Contoh teks: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala dan penyakit. 7.3.3 Tujuan Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya. 7.3.4 Penerimaan Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. 7.3.5 Maklumat Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu Contoh ayat: Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan. Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu. 7.3.6 Maklumat Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu Contoh ayat:
  • 7. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 7 Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan. Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu. 7.3.7 Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. 7.4 Penanda wacana Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada: 7.4.1 Penanda leksikal 7.4.2 Penanda rujukan 7.4.3 Penanda penghubung 7.4.4 Penanda penggantian 7.4.5 Penanda pengguguran 7.4.1 Penanda Leksikal 7.4.1.1 Pengulangan yang sama Contoh ayat: Ibu amat menyayangi Abu. Kami juga amat menyayanginya Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi. 7.4.1.2 Pengulangan sinonim Contoh ayat: Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini,wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan. 7.4.1.3 Pengulangan hiponim
  • 8. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 8 Contoh ayat: Malaysia telah menimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, dan Volvo. Berdasarkan contoh di atas, kereta merupakan superordinat, manakala Honda, Nissan dan Volvo merupakan hiponim. 7.4.1.4 Pengulangan Kolokasi Contoh ayat; Keluarga Encik Rahman baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusi baharu. Berdasarkan ayat di atas perkataan katil, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. 7.4..1.5 Penanda Rujukan Contoh ayat: Aku, Sani, dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul empat petang. Perkataan Kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani, dan Udin. 7.4.1.6 Penanda Penghubung Contoh ayat: Dia sering diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia juga berpeluang melawat negara- negara luar. Malahan dalam ayat di atas ialah penanda penghubung. 7.4.1.7 Penanda Penghubung Musabab Contoh ayat: Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia....... Oleh sebab itu dalam ayat di atas ialah penanda penghubung sebab. 7.4.1.8 Penanda Penggantian Contoh Ayat: Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. nanti baru saya lakukan. Perkataan lakukan merupakan penggantian klausa.
  • 9. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 9 7.4.1.9 Penanda Pengguguran Contoh ayat: Pemuda itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya. Perkataan pemuda itu dalam ayat di atas ialah penanda pengguguran. Aktiviti: Wacana adalah satu daripada komponen linguistik.Huraikan jenis-jenis wacana dan bagaimana penggunaannya dapat menjadikan sesuatu penulisan itu menarik dan berkesan. Tajuk 8 Faktor Luaran 8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi 8.2 Psikolinguistik 8.3 Linguistik Klinikal Sinopsis Tajuk ini menghuraikan faktor luaran yang bergabung dengan ilmu linguistik, iaitu pemerolehan bahasa dan ciri-ciri asosiasi, psikolinguistik (dalam pendidikan), dan linguistik klinikal yang berkaitan dengan terapi bahasa. Hasil Pembelajaran: (i) Pelajar dapat menyatakan konsep pemerolehan bahasa dan ciri asosiasi bahasa. (ii) Pelajar dapat membandingbezakan bidang psikolinguistik dengan linguistik klinikal. 8.1: Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi Seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan ke dunia, turut bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Walaupun ia memulakan hidup tanpa bahasa tetapi pemerolehan bahasa itu dalam kalangannya berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat-ringkat mengikut perkembangan otaknya, iaitu hasil perkembangan fizikal anak itu sendiri.
  • 10. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 10 Mengikut teori biologis, sejak anak itu lahir, memang sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa. Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Bagi kanak- kanak yang normal, mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Oleh sebab manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang lama. Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran tetapi adalah dengan cara ‘memperoleh’. Ini berlaku secara formal. Kebanyakan penyelidik bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun umur kanak- kanak adalah jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada jangka masa itu kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada mereka. Mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan kepada mereka. Mengikut kajian ada satu jangka masa penting dalam kehidupan manusia yang subur dalam pemerolehan bahasa. Jika jangka masa itu terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang. Perkembangan bahasa kanak-kanak itu biasanya dikaji daripada tiga sudut, iaitu: (a) Fonologi (b) Semantik (c) Sintaksis Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agihan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan seni perbezaaan fiturnya. Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan agak cepat. Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanak- kanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa.
  • 11. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 11 Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainy. Setelah meningkat kepada umur 5 tahun, baharulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa orang dewasa. Apabila mencapai umur 5 tahun, kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar. Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan, mereka hendaklah seboleh-bolehnya didedahkan kepada pengalaman-pengalaman yang banyak yang boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Dengan itu kanak-kanak akan lebih terdedah kepada perilaku bahasa orang dewasa dan ini akan menjadikan bahasa mereka lebih matang dan mencapai taraf penguasaan yang baik dan sempurna. 8.2 Psikolinguistik Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan pengajaran bahasa.Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya pertemuan-petemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungani antara kedua-dua sains ini. Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh. Kajian ahli-ahli psikolinguistik terbahagi kepada 3 aspek penting: (a) Pemahaman percakapan (b) Penghasilan percakapan
  • 12. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 12 (c) Pemerolehan bahasa (a) Pemahaman Percakapan Bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya. (b) Penghasilan percakapan Bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba bertutur. (c) Pemerolehan bahasa Bidang ini mengkaji peringkat-peringkat yang didahului oleh lanak-kanak dalam proses memperoleh bahasa. Dalam membincangkan teori pemerolehan bahasa ini sering timbul persoalan tentang sejauh mana bahasa itu bergantung kepada operasi kognitif melalui sejadi dan sejauh mana pula pemerolehan bahasa itu bergantung kepada pengalaman-pengalaman naluriah. 8.3 Linguistik Klinikal Definisi Pisikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah ataukajianpengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak begitumudahdicapaiataudidekatimelaluisalahsatudarikeduailmutersebutsecaraterpisahatausendiri-sendiri antarapsikologidanlinguistik. Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Ia mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa daripada aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik, serta pragmatik. Pengajarandanpembelajarankanak-kanakyangmenghadapimasalahkomunikasi,dansebagainya. Bidangkajian-Fonetik danfonologi. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahamibunyi-bunyi-Fonetikdanfonologi. Dalam bidanglinguistikklinikal,penyelidikanmenumpukankepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan bunyi.- Semantik. Bagaimana kanak-kanak memahami bahasa itu.- Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait
  • 13. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 13 (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukankataberimbuhan). Teori-teori– Menggunakan teori-teori kognitif seperti teori Noam Chomsky.- Menggunakan teori-teori behavioris seperti teori B.FSkinner. Perkaedahan– Membuat uji kaji tingkah laku.- Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta melakukansesuatutugas(umpamanya,membuatpertimbangan,menghasilkansemularangsangan,membaca perkataanyangdipaparkandengan kuat). Melakukan pemerhatian.Terdapat kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa.- Penyelidikan tertumpu kepada menganalisis aspeklinguistikyangterdapatdalam kecelaruanbahasaataupertuturan,membentukalat- alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukurprestasi. Aktiviti: Psikolinguistik yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Psycology of Language merupakan disiplin yang semakin hari semakin popular dalam bidang bahasa.Bincangkan tiga aspek penting yang dikaji oleh ahli-ahli psikolinguistk dan hubungannya dengan pemerolehan bahasa.
  • 14. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 14 Tajuk 9 Variasi Bahasa 9.1 Perbezaan sistem antara bahasa 9.2 Bahasa isyarat Sinopsis Bahasa yang kita gunakan dalam komunikasi harian tidak sama secara keseluruhannya. Kita kadangkala tidak menyedari wujud kelainan kata yang kita tuturkan secara spontan. Sebagai contoh, adakalanya kita menggunakan bentuk tidak dan adakala pula kita menyebutkan tak bagi menafikan sesuatu. Mungkin suatu ketika kita menggunakan ungkapan meninggal dunia dan kala yang lain kita menggunakan mati. Kita juga perlu membezakan penggunaan bahasa istana dengan bahasa rakyat biasa. Fenomena inilah yang disebut sebagai kelainan (variasi) bahasa. Kelainan atau variasi bahasa secara tuntasnya bermaksud bentuk bahasa yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Variasi bahasa merupakan subbidang sosiolinguistik yang memaparkan keanekaan pada bahasa Melayu yang disebabkan kepelbagaian ahli masyarakatnya dan situasi penggunaannya yang berlainan konteks. Antara aspek yang diliputi dalam tajuk ini adalah:  Dialek dan Bahasa Baku  Bahasa Formal dan Bahasa Tak Formal  Bahasa Halus dan Bahasa Kasar  Bahasa Istana dan Bahasa Biasa Hasil Pembelajaran:
  • 15. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 15 (i) Mengetahui konsep variasi bahasa dalam konteks bahasa Melayu (ii) Menyatakan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa Melayu. (ii) Meneliti perbezaan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa Melayu berdasarkan penggunaannya dalam komunikasi masyarakat. Peta Konsep Nota ringkas: 9.1 Dialek dan Bahasa Baku  Kamus Linguistik menyatakan maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang disebabkan perbezaan daerah penuturnya. Perbezaan tersebut meliputi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata yang menyimpang daripada bahasa baku. Bahasa baku Variasi Bahasa Bahasa Formal dan Bahasa Tak Formal Bahasa Halus dan Bahasa Kasar Bahasa Istana dan Bahasa Biasa Dialek dan Bahasa Baku Kito nak wat gapo lo ni? Itulah, semasa cikgu beri penerangan tidak mahu dengar. Sekarang bukankah susah!
  • 16. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 16 pula merupakan satu daripada dialek bahasa yang digunakan dengan kadar lebih meluas dan diterima ramai sebagai bahasa dalam upacara-upacara rasmi.  Terdapat perbezaan antara dialek dalam sesuatu bahasa khususnya bahasa Melayu. Misalnya dari aspek sebutan, bunyi huruf a pada akhir suku kata terbuka seperti saya, tidak sama sebutannya bagi dialek utara dan dialek selatan dan tengah semenanjung. Sebutan di Pulau Pinang [lupa]; Johor, Melaka dan Selangor [lupə]; manakala di sesetengah daerah di Perak Tengah [lupe]. Begitu juga perbezaan dalam aspek morfologi dan sintaksisnya (bacaan lanjut).  Variasi bahasa juga berlaku oleh sebab faktor sosial seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza.  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun, apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa yang walaupun mempunyai pelbagai kelainan tetapi hakikatnya masih terbina daripada satu keseluruhan.  Daripada beberapa variasi sesuatu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dengan itu, setiap pihak harus menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggantikannya dengan variasi bahasa yang bersifat lebih umum yang dari segi sejarah berasaskan dialek Johor Riau.  Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itulah yang disebut bahasa baku (standard). Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada pelbagai dialek di negara ini berkumpul dan berkomunikasi. Tujuannya supaya komunikasi mudah dan dapat difahami. 9.2 Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat ialah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk ahli-ahlinya berkomunikasi.
  • 17. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 17  Kaum Turarungu ialah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini yang lazimnya dengan menggabungkan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh serta mimik muka untuk mengungkapkan pemikiran mereka.  Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang sama bahasanya. Contohnya, Amerika Syarikat dan British meskipun memiliki bahasa bertulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa bertulis yang berbeza seperti British dan Sepanyol tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.  Lazimnya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan sama ada pekak atau bisu. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu dengan lain.  Golongan pekak dan bisu di negara kita menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila mereka berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa isyarat.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop yang mensasarkan latihan kepada 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. Aktiviti: Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut. Maafkan Siti, Ibu!” Tersebut al-kisah seorang anak yang mementingkan rakan daripada orang tuanya sendiri sehingga sanggup menderhaka dengan ibunya.Kisahnya bermula…,Siti yang tinggal di Klang tetapi bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Selangor,yang dibenarkan balik bermalam setelah permohonanya diluluskan oleh warden bertugas bertujuan menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Johor.Tepat jam 2.30 petang, ibu Siti
  • 18. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 18 menjemputnya di sekolah.Perjalanan mereka untuk sampai ke Klang,rumah Siti mengambil masa lebih kurang satu jam lima belas minit. Tiba di rumah, Siti yang keletihan terus tidur.”Oh,sudah tidur rupanya…Kesian anakku”,bisik hati si ibu.Lenanya itu,dibawa hingga keesokkan paginya.”Ibu!!Kenapa tak basuh baju Siti lagi? Kitakan nak pergi Johor, mestilah balik lewat.Mungkin 2 atau 3 pagi esok baru sampai rumah.Esok Siti dah nak balik sekolah.”kata Siti tanpa kata hormat kepada ibunya setelah mendapati baju kotor yang dibawanya pulang belum dibasuh.”Ibu minta maaf.Ibu terlupa nak basuh.”lembut kata ibu.”Asyik-asyik lupa.Itulah kerja orang tua.Sudah nyanyok cakap ajalalah!”tengking si anak.“Siti, kenapa tinggikan suara dengan ibu? Tahu tak,meninggikan suara dengan ibu dikira anak derhaka?!”sampuk abang. ”Ah,peduli apa aku! Derhaka,tak derhaka suka hatilah.” Pergaduhan mereka terhenti apabila telefon rumah berdering.KRING,KRING,KRING……….”Hello,saya Syasya, boleh saya bercakap dengan Siti?” “Ya, Siti bercakap.”Panggilan daripada Syasya mengajak Siti keluar bersama rakan- rakan yang lain. “Ibu,Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain.” “Siti nak kemana?Jomlah kita semua pergi kenduri pak su .Penat ibu ambil Siti di Kuala Selangor.”rayu si ibu. “Boringla ibu ni, Siti kata tak nak pegi tak nak la”. Bentak Siti kepada ibunya. “Ya Allah kau ampunilah segala dosaku dan anakku.Sesungguhnya ini adalah dugaan darimu.Kau lembutkanlah hati Siti untuk menjadi seorang anak solehah.Kau tabahkanlah diriku untuk mengharungi dugaan yang kau turunkan. Amin…”detik hati si ibu. Tanpa disedari air mata seorang ibu yang tabah mengalir dipipinya. “Kasi pula ibu kau untuk join kami” kata Syasya. ”Mampuslah orang tua nyanyok tu. Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang aku”,kasar jawapan Siti. Sepanjang perjalanan keluarganya ke Johor, hati si ibu tidak tenteram. Macam-macam perkara yang bukan-bukan tentang anak perempuanya bermain-main di mindanya.Dia menarik nafas perlahan, beristighfar dan berdoa dengan penuh khusyuk agar tidak ada perkara buruk terjadi kepada anaknya.Selang beberapa jam,keluarga Siti mendapat panggilan daripada hospital mengatakan Siti terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sudah satu minggu Siti terlantar di hospital tiadk sedarkan diri. Namun begitu,seluruh ahli keluarga tidak pernah putus asa untuk berdoa agar Siti selamat.Ibu Siti sering menyedekahkan bacaan surah Yassin kepadanya,semoga cepat sembuh.Malam 1 Ramadhan,ibu Siti menghembuskan nafas terakhirnya akibat barah payudara yang
  • 19. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 19 dirahsiakan olehnya.Tiga hari kemudian,akhirnya Siti sedarkan diri.Seluruh ahli keluarganya gembira atas apa yang berlaku.Tapi malangnya dalam kegembiraan ada kesedihan. Sebaik sahaja Siti sedar ,dia terus bertanyakan tentang ibunya.Ahli keluarganya menceritakan tentang pemergian ibunya. Alangkah sedihnya hati seorang anak yang rindukan belaian ibunya apabila mengetahui berita dukacita.Siti berasa amat kesal akan perbuatannya yang telah menyakiti hati ibunya.Sebelum ibunya pergi,sempat juga dia mewasiatkan kata- kata buat Siti: “Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu tahu,ibu tak mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak perempuan ibu yang menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu……………..” Hasil analisis cerpen di atas. Dalam cerpen di atas terdapat beberapa variasi bahasa yang digunakan oleh penulis. Antaranya ialah : 1. Bahasa Halus – Iaitu bahasa kesantunan. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut kedudukan. Contoh dalam cerpen di atas ialah pada perenggan akhir sekali iaitu; “Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu tahu,ibu tak mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak perempuan ibu yang menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu……………..” 2. Bahasa Slanga – iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa standard. Ia hanya digunakan dalam percakapan tidak formal sahaja. Contohnya dalam cerpen ini perkataan ‘join’, ‘boring’. 3. Bahasa kasar – bahasa yang dihamburkan ikut perasaan Contoh dalam cerpen; .”Ibu!!Kenapa tak basuh baju Siti lagi? ”Ah,peduli apa aku! .”Mampuslah orang tua nyanyok tu. Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang aku”,kasar jawapan Siti.
  • 20. BMM3107 Pengantar LinguistikBahasa Melayu 20 4. Bahasa klasik – bahasa yang wujud pada pertengahan zaman sejarah sesuatu bangsa. Contoh; tersebut al kisah seorang anak….. 5. Bahasa pasar - bahasa basahan sehari-hari untuk urusan seharian . Wujud campuran unsur-unsur bahasa lain dari segi ungkapan, kosa kata dan sebutan. Contoh; “Kasi pula ibu kau untuk join kami”kata Syasya “Ibu, Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain.” “Siti nak kemana? Jomlah kita semua pergi kenduri pak su. 6. Bahasa pinjaman Contoh; hello (B.I), istigfar, khusyuk (AR)