SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
FAKULTI PENDIDIKAN 
SEMESTER SEPTEMBER 2014 
BBGO4103 
ORGANISATIONAL BEHAVIOUR 
NO. MATRIKULASI : 720926045014001 
NO. KAD PENGENALAN : 720926045014 
NO. TELEFON : 0199383688 
E-MEL : yumniyusra@gmail.com 
PUSAT PEMBELAJARAN : Kelantan Learning Centre
Pendahuluan 
IKEA, syarikat yang berasal daripada Sweden, terkenal sebagai penjual dan pencipta perabot 
terbesar di dunia yang mengeluarkan perabot yang murah, mudah digunakan dan berfungsi 
dengan baik. Ini merupakan intipati kepada perniagaan IKEA di mana prinsip ini mempengaruhi 
setiap aspek dalam perniagaan mereka daripada pembuatan kepada penjualan. IKEA ditubuhkan 
oleh Ingvar Kamprad pada tahun 1943. Sebagai usahawan muda daripada selatan 
Sweden,Kamprad mengembangkan perniagaan dengan mencari pembekal di luar Sweden dan 
memastikan harga perabot mampu beli menarik pelanggan beramai-ramai.Semangat tidak mudah 
mengalah dan berusaha sesungguhnya mengatasi segala masalah menjadikan asas perniagaan 
IKEA terus bertahan sehingga sekarang.Pada masa ini IKEA menguasai pasarannya yang 
tersendiri dengan membekalkan perabot yang cantik dan tahan lasak pada harga kilang dan 
mempunyai cawangan bukan sahaja di Sweden malah di serata dunia termasuklah Malaysia. 
Kamprad meletakkan strategi yang berinovatif di mana perabot yang dicipta mesti berfungsi 
dengan baik,murah dan mudah serta ianya tidak dipasang di kedai-kedai yang menjualnya tetapi 
dipamerkan di lantai pameran dengan perincian bagaimana memasangnya serta dengan bantuan 
yang minima daripada jurujual. Para pekerjanya akan menjawab sebarang persoalan daripada 
para pelanggan namun pelanggan sendiri yang akan membuat pesanan yang dipilih, mengangkut 
dan memasang sendiri perabot mereka di rumah. Penjimatan kos oleh IKEA sebanyak 20-30% 
mewujudkan harga yang murah untuk pelanggan mereka.IKEA terus mengembangkan 
perniagaan kepada pusat perhiasan dalaman rumah di mana terdapat juga restoran dan pusat
permainan kanak-kanak. Gudang-gudang perabot dan bilik pameran yang selesa didatangi 
pelanggan dibina dengan pameran yang diselaraskan di setiap cawangan direka demi mencapai 
matlamat syarikat. 
Strategi yang sama terus diguna-pakai oleh dalam operasi perniagaan IKEA. IKEA banyak 
bergantung kepada kepelbagaian produk yang dihasilkan yang juga dikembarkan dengan 
panduan yang jelas mengenai jenis, kualiti, profil dan harga. Katalog IKEA adalah hasil 
kerjasama yang erat antara professional yang mempunyai kepakaran yang tinggi yang memakan 
masa berbulan-bulan untuk dihasilkan. Mereka terdiri daripada jurugambar , pengarah seni,ketua 
projek, penghias dalaman dan banyak lagi yang terlibat yang menghasilkan katalog yang akan 
diedarkan ke rumah-rumah di sekeliling cawangan IKEA di seluruh dunia pada setiap 
tahun.Katalog IKEA adalah bahan pemasaran yang utama yang bermaksud untuk menerangkan 
kepada pelanggan IKEA tentang setiap produk dan membantu pihak pemasaran untuk 
menjalinkan hubungan dan menarik pelanggan untuk berkunjung ke kedai-kedai jualan. 
Tambahan lagi, idea perniagaan dan kenyatan tentang kedudukan pasaran IKEA menjadi rangka 
kerja bagi semua komunikasi pasaran dunia IKEA. Bersesuaian dengan cita-cita pengasas IKEA, 
Kamprad, iaitu inginkan integrasi antara nilai social dan perniagaan menjadi budaya IKEA. 
“Apa yang baik untuk pelanggan kami adalah baik untuk kami pada jangkamasa panjang”. Rasa 
bertanggungjawab ini menjadi matlamat syarikat untuk meningkatkan mutu hidup kebanyakan 
orang. Visi IKEA tercapai dengan wujudnya perabot berkualiti dan berfungsi dengan baik dan 
pelbagai namun dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh kebanyakan orang.
Salah satu cara melaksanakan konsep ini ialah memastikan lokasi kedai-kedai IKEA berada di 
luar kawasan bandar di mana kos sewa lokasi adalah lebih murah. Pelanggan IKEA juga 
menyumbang kepada harga yang murah kerana mereka merujuk sendiri kepada maklumat di tag 
produk, mengambil sendiri barangan yang mereka mahukan di ruang layan diri, mengangkut 
sendiri barangan tersebu ke rumah masing-masing dan akhirnya memasang perabot dengan 
mengikuti arahan-arahan yang telah disediakan. 
Akhir sekali, IKEA mempunyai visi untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada 
orang lain. Mereka termasuk para pekerja mereka sendiri, para pelanggan serta komuniti 
setempat. Falsafah yang mereka pegang untuk kebajikan pekerja mereka ialah para pekerja akan 
lebih produktif dan bersungguh-sungguh dalam kerja mereka bila syarikat mengambil berat 
tentang kebajikan dan keperluan pekerja. Di samping itu, pendekatan paternal diambil oleh 
IKEA untuk memelihara keperluan dan kebajikan pekerja serta menggalakkan penglibatan aktif 
para pekerja. Walaubagaimanapun, pelaksanaan polisi kebajikan pekerja tetap diselaraskan pada 
semua peringkat. IKEA mempunyai polisi pekerja yang didukungi budaya yang menggalakkan 
pertumbuhan dan peningkatan serta menggalakkan kepelbagaian dan kreativiti. Budaya IKEA 
disifatkan seperti sebuah keluarga yang menghasilkan hubungan yang terbuka dan kuat dengan 
pekerja mereka. Syarat mana-mana calon untuk diterima menjadi pekerja mestilah melalui proses 
pengambilan pekerja dan program 2 minggu yang melibatkan latihan dalam kerja serta orientasi 
tentang keunikan budaya kerja IKEA serta pengalaman membeli-belah barangan. 
Cabaran Pengurusan IKEA
IKEA ialah syarikat penjual perabot yang terbesar di dunia juga terbukti kehebatannya sebagai 
penjual perhiasan dalaman rumah yang terkenal di dunia. Keprihatinan IKEA terhadap alam 
sekitar dan juga masyarakat telah diketahui. Di samping itu, IKEA juga prihatin terhadap 
meningkatnya kerisauan para pelanggan dan juga masyarakat umum tentang kemampanannya 
dalam kepelbagaian produk, para pembekal , kedai-kedai dan komunikasi. Namun begitu 
terdapat beberapa aspek dalam pembinaan organisasi yang memerlukan perubahan demi 
peningkatan keberkesanan organisasi dan operasi yang berkesan. Tambahan pula, perubahan ini 
boleh memastikan matlamat dan objektif organisasi dicapai. 
Cabaran yang pertama dihadapi oleh IKEA ialah saiz dan skala perniagaan globalnya. IKEA 
menyediakan sebanyak 9500 produk termasuklah perabot rumah dan hiasan dalaman. Ini 
membuktikan kejayaan cawangan IKEA di serata dunia. Namun begitu, kawalan kualiti dan 
standard tidak mudah untuk dilaksanakan. Tambahan pula kualiti produk di setiap cawangan 
adalah berbeza. Terdapat beberapa cawangan IKEA yang tidak melaksanakan peraturan 
persekitaran kondusif untuk pekerjanya. Oleh itu, kelemahan ini akan memberi kesan negatif 
kepada rantai bekalan IKEA dan juga anggapan pelanggan terhadap produk IKEA. 
Rentetan daripada peristiwa ini, IKEA perlu mengambil tindakan sewajarnya. 
Cabaran kedua yang dihadapi oleh IKEA ialah pasaran perabot yang terjejas pada 2008. Sebagai 
langkah memastikan syarikat mengekalkan produktiviti, keberkesanan dan keanjalan, IKEA 
bertindak melupuskan semua jawatan pengurusan dalam usaha untuk mengurangkan pekerja.
IKEA telah menyelidik jawatan pengurusan di mana didapati jawatan ini paling kurang 
membuahkan hasil. Di samping itu IKEA memutuskan juga untuk mengurangkan jumlah 
cawangan yang ingin dibuka setiap tahun daripada 25 kepada 15 kerana mereka sedar 
kemungkinan pengembangan perniagaan yang terlalu cepat dan mereka perlu 
memperlahankannya. Perancangan jangkamasa panjang sangat berfaedah namun bila berlaku 
pengembangan yang terlalu cepat, keputusan itu perlu diubah ataupun diberhentikan. Faktor 
yang mempengaruhi ialah persekitaran yang berubah dan perancangan yang berlebihan oleh 
pihak pengurusan. Pihak pengurusan perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keptusan 
yang melibatkan organisasi. 
Cabaran ketiga ialah keperluan dan permintaan pelanggan atas produk yang mampu beli. Harga 
yang berpatutan adalah intipati kepada konsep yang dipegang oleh IKEA untuk menarik para 
pelanggan. Di samping itu, IKEA meletakkan targetnya kepada pelanggan yang mempunyai 
bajet kecil. Oleh itu, kos produk perlu seimbang dengan kualiti produk. Tambahan pula, IKEA 
perlu memastikan kelainan produk mereka daripada saingan. IKEA perlu memastikan tiada 
kompromi dalam perkara ini. Harga yang murah dapat menambat hati pelanggan yang sedang 
menghadapi ekonomi resesi. 
Cabaran keempat ialah kuasa pasaran di mana semakin banyak pesaing-pesaing yang berebut 
menguasai pasaran perabot dan hiasan dalaman yang murah. Oleh itu, IKEA perlu memberi 
penekanan terhadap keunikan kualiti produknya untuk terus ke hadapan. IKEA juga perlu 
meletakkan aras yang tinggi untuk menyukarkan syarikat kecil yang baru menapak.
Cabaran kelima ialah pelanggan yang membeli di IKEA semakin berkurangan. Kajian mendapati 
bahawa bilangan pelanggan yang berkunjung ke kedai-kedai IKEA berkurangan. Penyelidikan 
tentang ini perlu dibuat dan IKEA perlu menyediakan beberapa strategi yang kreatif untuk 
menarik lebih pelanggan. Tambahan pula, terdapat kritikan yang mengatakan perabot IKEA 
senang rosak, sulit dipasang dan terlalu berat untuk diangkut. 
Cabaran yang seterusnya ialah keperluan untuk mengurangkan kos. Salah satu kos yang tinggi 
ialah kos percetakan.IKEA mengeluarkan lebih 100 juta nashkhah katalog setiap tahun bagi 
tujuan menarik pelanggan ke kedai-kedai mereka. Ini melibatkan 40000 tan kertas. IKEA harus 
sedar bahawa ini mungkin menjejaskan reputasi mereka sebagai syarikat yang mesra alam. 
Resolusi IKEA 
Berikut adalah penyelesaian yang telah diambil oleh IKEA bagi mengatasi cabaran yang mereka 
hadapi. 
IKEA menangani cabaran yang pertama dengan melaksanakan sistem pengurusan kualiti 
menyeluruh. IKEA juga memastikan hubungan yang rapat dengan pembekal bahan mentah
kerana mereka perlu bekerjasama dengan erat untuk menghasilkan sendiri produk IKEA. 
Kerjasama yang erat membolehkan setiap bahan mentah bagi sesuatu produk diteliti daripada 
mula hingga akhir produksi. Oleh itu akan terhasil satu polisi standard untuk setiap kedai dan 
mampu memberikan satu khidmat pelanggan yang selaras di semua cawangan. Hasilnya 
bermanfaat bagi IKEA kerana IKEA mudah menyemak kualiti produk dan perkhidmatan 
mereka. Dengan itu, IKEA mampu memberi saingan dari sudut kualiti dan terus menguasai 
pasaran. 
IKEA menangani cabaran kedua dengan mengurangkan jawatan di dalam sector pengurusan. 
IKEA mengurangkan kos dan mencapai matlamat untuk terus berdaya saing. Namun masih 
dirasakan tindakan ini akan menggugat komitmen dan kestabilan masa depan pekerja.IKEA 
diharap dapat lebih berhati-hati dalam mewujudkan jawatan-jawatan sebelum dikhuatiri ia tidak 
diperlukan satu hari nanti. 
IKEA mengatasi cabaran yang ketiga dengan menguatkan rantaian pembekal dengan 
mengamalkan hubungan yang baik dengan pembekal yang sedia ada untuk memastikan bekalan 
yang berkualiti dan bahan mentah yang murah dalam proses produksi. Di samping itu IKEA 
sentiasa mencari pembekal baru yang mampu membekalkan bahan mentah yang lebih murah. 
IKEA menangani cabaran keempat dengan menggalakkan mana-mana pekerja menyumbangkan 
idea untuk merekacipta produk. IKEA juga menggalakkan inisiatif daripada pekerja untuk
memberi pandangan demi untuk meningkatkan keberkesanan organisasi.IKEA menyediakan 
latihan yang diperlukan oleh setiap pekerja demi meningkatkan produktiviti. Dengan 
meningkatkan produktiviti pekerja mereka tidak perlu mendapatkan perkhidmatan konsultan 
yang mahal bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. 
IKEA mengatasi cabaran yang kelima dengan menyediakan khidmat penghantaran dan 
pemasangan pada harga yang berpatutan. IKEA juga memastikan ujian yang ketat ke atas produk 
mereka supaya produk yang terhasil adalah tahan lasak. Angkah seterusnya ialah IKEA telah 
mengharamkan penggunaan kimia di dalam proses produksi. 
IKEA menangani cabaran penggunaan kertas dengan meletakkan semua maklumat produk 
mereka ke laman web IKEA. Langkah ini menjimatkan kos pembuatan katalog dan memudahkan 
akses bagi pelanggan untuk melihat produk IKEA melalui internet. 
Penutup 
IKEA sedang mengalami cabaran yang biasa dihadapi oleh mana-mana perniagaan. IKEA juga 
telah menangani cabaran tersebut dengan melaksanakan beberapa strategi untuk memantapkan 
lagi perniagaan mereka. Strategi yang digunapakai ialah strategi teknikal iaitu pelaksanaan 
teknologi terkini dan juga strategi struktur iaitu dengan merubah dinamika organisasi.

More Related Content

What's hot

Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasionalMiz Jaye
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaFaFai S.
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2farhana zailan
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaarharynna
 
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat PenggunaSTPM
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanCkg Nizam
 
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan AntarabangsaPengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsahard.Life
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaRodiyah Sulaiman
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Maria Nordin
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianHilmi Qimie
 

What's hot (20)

Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 
Slide pp
Slide ppSlide pp
Slide pp
 
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
 
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan AntarabangsaPengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIAN
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPMSEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 

Viewers also liked

IKEA Furniture Retailer To The World
IKEA Furniture Retailer To The WorldIKEA Furniture Retailer To The World
IKEA Furniture Retailer To The WorldEva Cahyati
 
IKEA Strategic case study & analysis
IKEA Strategic case study & analysisIKEA Strategic case study & analysis
IKEA Strategic case study & analysisOsama Albarrak
 
Ikea Invades India - Market Research report on entry strategy in India
Ikea Invades India - Market Research report on entry strategy in IndiaIkea Invades India - Market Research report on entry strategy in India
Ikea Invades India - Market Research report on entry strategy in IndiaManeesh Garg
 
starting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesis
starting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesisstarting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesis
starting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesisMuhammad Ahmad
 
Mexicana wire works
Mexicana wire worksMexicana wire works
Mexicana wire worksSumit Kumar
 
Panduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatanPanduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatanZam Scar
 
Addressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbon
Addressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbonAddressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbon
Addressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbonZolt Energy
 
Kompetensi dan teknik penilaian
Kompetensi dan teknik penilaianKompetensi dan teknik penilaian
Kompetensi dan teknik penilaianirene sofia
 
Model model pengembangan kurikulum
Model model pengembangan  kurikulumModel model pengembangan  kurikulum
Model model pengembangan kurikulumirene sofia
 
Entry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaPark
Entry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaParkEntry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaPark
Entry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaParkAlisa Park
 
GENTING GROUP
GENTING GROUP GENTING GROUP
GENTING GROUP wan izzati
 
IKEA | Brand Management | MAGNAMOPUS
IKEA | Brand Management | MAGNAMOPUSIKEA | Brand Management | MAGNAMOPUS
IKEA | Brand Management | MAGNAMOPUSNirvik Mitter
 

Viewers also liked (20)

IKEA Furniture Retailer To The World
IKEA Furniture Retailer To The WorldIKEA Furniture Retailer To The World
IKEA Furniture Retailer To The World
 
Analisa ikea
Analisa ikeaAnalisa ikea
Analisa ikea
 
IKEA Strategic case study & analysis
IKEA Strategic case study & analysisIKEA Strategic case study & analysis
IKEA Strategic case study & analysis
 
IKEA Presentation
IKEA PresentationIKEA Presentation
IKEA Presentation
 
Ingvar Kamprad
Ingvar KampradIngvar Kamprad
Ingvar Kamprad
 
Ikea Invades India - Market Research report on entry strategy in India
Ikea Invades India - Market Research report on entry strategy in IndiaIkea Invades India - Market Research report on entry strategy in India
Ikea Invades India - Market Research report on entry strategy in India
 
Ikea Case Study
Ikea Case StudyIkea Case Study
Ikea Case Study
 
Tema 1 : Masyarakat
Tema 1 : MasyarakatTema 1 : Masyarakat
Tema 1 : Masyarakat
 
Ikea Paper V9
Ikea Paper V9Ikea Paper V9
Ikea Paper V9
 
starting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesis
starting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesisstarting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesis
starting up plastic extrusion buss Kanya auvinen degree_thesis
 
Mexicana wire works
Mexicana wire worksMexicana wire works
Mexicana wire works
 
Panduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatanPanduan peletakan jawatan
Panduan peletakan jawatan
 
Addressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbon
Addressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbonAddressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbon
Addressing sustainable development guidelines cps es efficient_carbon
 
Ppk
PpkPpk
Ppk
 
Kompetensi dan teknik penilaian
Kompetensi dan teknik penilaianKompetensi dan teknik penilaian
Kompetensi dan teknik penilaian
 
Genting
GentingGenting
Genting
 
Model model pengembangan kurikulum
Model model pengembangan  kurikulumModel model pengembangan  kurikulum
Model model pengembangan kurikulum
 
Entry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaPark
Entry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaParkEntry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaPark
Entry and International Marking Plan_IKEA India_AlisaPark
 
GENTING GROUP
GENTING GROUP GENTING GROUP
GENTING GROUP
 
IKEA | Brand Management | MAGNAMOPUS
IKEA | Brand Management | MAGNAMOPUSIKEA | Brand Management | MAGNAMOPUS
IKEA | Brand Management | MAGNAMOPUS
 

Similar to Organisasi IKEA Menghadapi Cabaran

1. IKEA MNC.ppt
1. IKEA MNC.ppt1. IKEA MNC.ppt
1. IKEA MNC.pptpadlah1984
 
Nota penyediaan produk
Nota penyediaan produkNota penyediaan produk
Nota penyediaan produkstpd2213
 
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaranmiem68
 
Tugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptx
Tugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptxTugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptx
Tugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptxTomySarwono2
 
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptxPERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptxMuhammadQoesAtieq
 
ACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdf
ACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdfACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdf
ACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdfannisalahjie1
 
Nota jutawan nota perniagaan
Nota jutawan nota perniagaanNota jutawan nota perniagaan
Nota jutawan nota perniagaannaim240784
 
APOSTROPHE - Experiencing Lighting Design
APOSTROPHE - Experiencing Lighting DesignAPOSTROPHE - Experiencing Lighting Design
APOSTROPHE - Experiencing Lighting Designnagypeterendre
 
business plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdownbusiness plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdown0015ChintyaArivany
 
In-house Magazine Arindafeli
In-house Magazine ArindafeliIn-house Magazine Arindafeli
In-house Magazine ArindafeliLisa Ramadhanty
 
Analaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat Ini
Analaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat IniAnalaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat Ini
Analaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat IniAsrenditoFarisNaufal
 

Similar to Organisasi IKEA Menghadapi Cabaran (20)

Model perniagaan ikea
Model perniagaan ikeaModel perniagaan ikea
Model perniagaan ikea
 
1. IKEA MNC.ppt
1. IKEA MNC.ppt1. IKEA MNC.ppt
1. IKEA MNC.ppt
 
MRP of IKEA
MRP of IKEAMRP of IKEA
MRP of IKEA
 
Nota penyediaan produk
Nota penyediaan produkNota penyediaan produk
Nota penyediaan produk
 
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran34019126 modul-pengurusan-pemasaran
34019126 modul-pengurusan-pemasaran
 
Tugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptx
Tugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptxTugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptx
Tugas TM 4 The Experience Economy (Rifa, Tomy).pptx
 
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptxPERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
 
BBPM2203
BBPM2203BBPM2203
BBPM2203
 
Ikea
IkeaIkea
Ikea
 
ACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdf
ACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdfACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdf
ACES_Annual Report 2019_lamp_04.pdf
 
Tugas bussiness plan
Tugas bussiness planTugas bussiness plan
Tugas bussiness plan
 
Nota jutawan nota perniagaan
Nota jutawan nota perniagaanNota jutawan nota perniagaan
Nota jutawan nota perniagaan
 
Propsal usaha aksesorois wanita
Propsal usaha aksesorois wanitaPropsal usaha aksesorois wanita
Propsal usaha aksesorois wanita
 
APOSTROPHE - Experiencing Lighting Design
APOSTROPHE - Experiencing Lighting DesignAPOSTROPHE - Experiencing Lighting Design
APOSTROPHE - Experiencing Lighting Design
 
Laporan bisnis cusfart
Laporan bisnis cusfartLaporan bisnis cusfart
Laporan bisnis cusfart
 
business plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdownbusiness plan, swot, business model, cost breakdown
business plan, swot, business model, cost breakdown
 
In-house Magazine Arindafeli
In-house Magazine ArindafeliIn-house Magazine Arindafeli
In-house Magazine Arindafeli
 
Analaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat Ini
Analaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat IniAnalaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat Ini
Analaisis Marketing pada Industri 4.0 Saat Ini
 
Corporate Plan (Sampel)
Corporate Plan (Sampel)Corporate Plan (Sampel)
Corporate Plan (Sampel)
 
Kewirausahaan_Kelompok 12.pdf
Kewirausahaan_Kelompok 12.pdfKewirausahaan_Kelompok 12.pdf
Kewirausahaan_Kelompok 12.pdf
 

Organisasi IKEA Menghadapi Cabaran

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOUR NO. MATRIKULASI : 720926045014001 NO. KAD PENGENALAN : 720926045014 NO. TELEFON : 0199383688 E-MEL : yumniyusra@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : Kelantan Learning Centre
  • 2. Pendahuluan IKEA, syarikat yang berasal daripada Sweden, terkenal sebagai penjual dan pencipta perabot terbesar di dunia yang mengeluarkan perabot yang murah, mudah digunakan dan berfungsi dengan baik. Ini merupakan intipati kepada perniagaan IKEA di mana prinsip ini mempengaruhi setiap aspek dalam perniagaan mereka daripada pembuatan kepada penjualan. IKEA ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad pada tahun 1943. Sebagai usahawan muda daripada selatan Sweden,Kamprad mengembangkan perniagaan dengan mencari pembekal di luar Sweden dan memastikan harga perabot mampu beli menarik pelanggan beramai-ramai.Semangat tidak mudah mengalah dan berusaha sesungguhnya mengatasi segala masalah menjadikan asas perniagaan IKEA terus bertahan sehingga sekarang.Pada masa ini IKEA menguasai pasarannya yang tersendiri dengan membekalkan perabot yang cantik dan tahan lasak pada harga kilang dan mempunyai cawangan bukan sahaja di Sweden malah di serata dunia termasuklah Malaysia. Kamprad meletakkan strategi yang berinovatif di mana perabot yang dicipta mesti berfungsi dengan baik,murah dan mudah serta ianya tidak dipasang di kedai-kedai yang menjualnya tetapi dipamerkan di lantai pameran dengan perincian bagaimana memasangnya serta dengan bantuan yang minima daripada jurujual. Para pekerjanya akan menjawab sebarang persoalan daripada para pelanggan namun pelanggan sendiri yang akan membuat pesanan yang dipilih, mengangkut dan memasang sendiri perabot mereka di rumah. Penjimatan kos oleh IKEA sebanyak 20-30% mewujudkan harga yang murah untuk pelanggan mereka.IKEA terus mengembangkan perniagaan kepada pusat perhiasan dalaman rumah di mana terdapat juga restoran dan pusat
  • 3. permainan kanak-kanak. Gudang-gudang perabot dan bilik pameran yang selesa didatangi pelanggan dibina dengan pameran yang diselaraskan di setiap cawangan direka demi mencapai matlamat syarikat. Strategi yang sama terus diguna-pakai oleh dalam operasi perniagaan IKEA. IKEA banyak bergantung kepada kepelbagaian produk yang dihasilkan yang juga dikembarkan dengan panduan yang jelas mengenai jenis, kualiti, profil dan harga. Katalog IKEA adalah hasil kerjasama yang erat antara professional yang mempunyai kepakaran yang tinggi yang memakan masa berbulan-bulan untuk dihasilkan. Mereka terdiri daripada jurugambar , pengarah seni,ketua projek, penghias dalaman dan banyak lagi yang terlibat yang menghasilkan katalog yang akan diedarkan ke rumah-rumah di sekeliling cawangan IKEA di seluruh dunia pada setiap tahun.Katalog IKEA adalah bahan pemasaran yang utama yang bermaksud untuk menerangkan kepada pelanggan IKEA tentang setiap produk dan membantu pihak pemasaran untuk menjalinkan hubungan dan menarik pelanggan untuk berkunjung ke kedai-kedai jualan. Tambahan lagi, idea perniagaan dan kenyatan tentang kedudukan pasaran IKEA menjadi rangka kerja bagi semua komunikasi pasaran dunia IKEA. Bersesuaian dengan cita-cita pengasas IKEA, Kamprad, iaitu inginkan integrasi antara nilai social dan perniagaan menjadi budaya IKEA. “Apa yang baik untuk pelanggan kami adalah baik untuk kami pada jangkamasa panjang”. Rasa bertanggungjawab ini menjadi matlamat syarikat untuk meningkatkan mutu hidup kebanyakan orang. Visi IKEA tercapai dengan wujudnya perabot berkualiti dan berfungsi dengan baik dan pelbagai namun dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh kebanyakan orang.
  • 4. Salah satu cara melaksanakan konsep ini ialah memastikan lokasi kedai-kedai IKEA berada di luar kawasan bandar di mana kos sewa lokasi adalah lebih murah. Pelanggan IKEA juga menyumbang kepada harga yang murah kerana mereka merujuk sendiri kepada maklumat di tag produk, mengambil sendiri barangan yang mereka mahukan di ruang layan diri, mengangkut sendiri barangan tersebu ke rumah masing-masing dan akhirnya memasang perabot dengan mengikuti arahan-arahan yang telah disediakan. Akhir sekali, IKEA mempunyai visi untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada orang lain. Mereka termasuk para pekerja mereka sendiri, para pelanggan serta komuniti setempat. Falsafah yang mereka pegang untuk kebajikan pekerja mereka ialah para pekerja akan lebih produktif dan bersungguh-sungguh dalam kerja mereka bila syarikat mengambil berat tentang kebajikan dan keperluan pekerja. Di samping itu, pendekatan paternal diambil oleh IKEA untuk memelihara keperluan dan kebajikan pekerja serta menggalakkan penglibatan aktif para pekerja. Walaubagaimanapun, pelaksanaan polisi kebajikan pekerja tetap diselaraskan pada semua peringkat. IKEA mempunyai polisi pekerja yang didukungi budaya yang menggalakkan pertumbuhan dan peningkatan serta menggalakkan kepelbagaian dan kreativiti. Budaya IKEA disifatkan seperti sebuah keluarga yang menghasilkan hubungan yang terbuka dan kuat dengan pekerja mereka. Syarat mana-mana calon untuk diterima menjadi pekerja mestilah melalui proses pengambilan pekerja dan program 2 minggu yang melibatkan latihan dalam kerja serta orientasi tentang keunikan budaya kerja IKEA serta pengalaman membeli-belah barangan. Cabaran Pengurusan IKEA
  • 5. IKEA ialah syarikat penjual perabot yang terbesar di dunia juga terbukti kehebatannya sebagai penjual perhiasan dalaman rumah yang terkenal di dunia. Keprihatinan IKEA terhadap alam sekitar dan juga masyarakat telah diketahui. Di samping itu, IKEA juga prihatin terhadap meningkatnya kerisauan para pelanggan dan juga masyarakat umum tentang kemampanannya dalam kepelbagaian produk, para pembekal , kedai-kedai dan komunikasi. Namun begitu terdapat beberapa aspek dalam pembinaan organisasi yang memerlukan perubahan demi peningkatan keberkesanan organisasi dan operasi yang berkesan. Tambahan pula, perubahan ini boleh memastikan matlamat dan objektif organisasi dicapai. Cabaran yang pertama dihadapi oleh IKEA ialah saiz dan skala perniagaan globalnya. IKEA menyediakan sebanyak 9500 produk termasuklah perabot rumah dan hiasan dalaman. Ini membuktikan kejayaan cawangan IKEA di serata dunia. Namun begitu, kawalan kualiti dan standard tidak mudah untuk dilaksanakan. Tambahan pula kualiti produk di setiap cawangan adalah berbeza. Terdapat beberapa cawangan IKEA yang tidak melaksanakan peraturan persekitaran kondusif untuk pekerjanya. Oleh itu, kelemahan ini akan memberi kesan negatif kepada rantai bekalan IKEA dan juga anggapan pelanggan terhadap produk IKEA. Rentetan daripada peristiwa ini, IKEA perlu mengambil tindakan sewajarnya. Cabaran kedua yang dihadapi oleh IKEA ialah pasaran perabot yang terjejas pada 2008. Sebagai langkah memastikan syarikat mengekalkan produktiviti, keberkesanan dan keanjalan, IKEA bertindak melupuskan semua jawatan pengurusan dalam usaha untuk mengurangkan pekerja.
  • 6. IKEA telah menyelidik jawatan pengurusan di mana didapati jawatan ini paling kurang membuahkan hasil. Di samping itu IKEA memutuskan juga untuk mengurangkan jumlah cawangan yang ingin dibuka setiap tahun daripada 25 kepada 15 kerana mereka sedar kemungkinan pengembangan perniagaan yang terlalu cepat dan mereka perlu memperlahankannya. Perancangan jangkamasa panjang sangat berfaedah namun bila berlaku pengembangan yang terlalu cepat, keputusan itu perlu diubah ataupun diberhentikan. Faktor yang mempengaruhi ialah persekitaran yang berubah dan perancangan yang berlebihan oleh pihak pengurusan. Pihak pengurusan perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keptusan yang melibatkan organisasi. Cabaran ketiga ialah keperluan dan permintaan pelanggan atas produk yang mampu beli. Harga yang berpatutan adalah intipati kepada konsep yang dipegang oleh IKEA untuk menarik para pelanggan. Di samping itu, IKEA meletakkan targetnya kepada pelanggan yang mempunyai bajet kecil. Oleh itu, kos produk perlu seimbang dengan kualiti produk. Tambahan pula, IKEA perlu memastikan kelainan produk mereka daripada saingan. IKEA perlu memastikan tiada kompromi dalam perkara ini. Harga yang murah dapat menambat hati pelanggan yang sedang menghadapi ekonomi resesi. Cabaran keempat ialah kuasa pasaran di mana semakin banyak pesaing-pesaing yang berebut menguasai pasaran perabot dan hiasan dalaman yang murah. Oleh itu, IKEA perlu memberi penekanan terhadap keunikan kualiti produknya untuk terus ke hadapan. IKEA juga perlu meletakkan aras yang tinggi untuk menyukarkan syarikat kecil yang baru menapak.
  • 7. Cabaran kelima ialah pelanggan yang membeli di IKEA semakin berkurangan. Kajian mendapati bahawa bilangan pelanggan yang berkunjung ke kedai-kedai IKEA berkurangan. Penyelidikan tentang ini perlu dibuat dan IKEA perlu menyediakan beberapa strategi yang kreatif untuk menarik lebih pelanggan. Tambahan pula, terdapat kritikan yang mengatakan perabot IKEA senang rosak, sulit dipasang dan terlalu berat untuk diangkut. Cabaran yang seterusnya ialah keperluan untuk mengurangkan kos. Salah satu kos yang tinggi ialah kos percetakan.IKEA mengeluarkan lebih 100 juta nashkhah katalog setiap tahun bagi tujuan menarik pelanggan ke kedai-kedai mereka. Ini melibatkan 40000 tan kertas. IKEA harus sedar bahawa ini mungkin menjejaskan reputasi mereka sebagai syarikat yang mesra alam. Resolusi IKEA Berikut adalah penyelesaian yang telah diambil oleh IKEA bagi mengatasi cabaran yang mereka hadapi. IKEA menangani cabaran yang pertama dengan melaksanakan sistem pengurusan kualiti menyeluruh. IKEA juga memastikan hubungan yang rapat dengan pembekal bahan mentah
  • 8. kerana mereka perlu bekerjasama dengan erat untuk menghasilkan sendiri produk IKEA. Kerjasama yang erat membolehkan setiap bahan mentah bagi sesuatu produk diteliti daripada mula hingga akhir produksi. Oleh itu akan terhasil satu polisi standard untuk setiap kedai dan mampu memberikan satu khidmat pelanggan yang selaras di semua cawangan. Hasilnya bermanfaat bagi IKEA kerana IKEA mudah menyemak kualiti produk dan perkhidmatan mereka. Dengan itu, IKEA mampu memberi saingan dari sudut kualiti dan terus menguasai pasaran. IKEA menangani cabaran kedua dengan mengurangkan jawatan di dalam sector pengurusan. IKEA mengurangkan kos dan mencapai matlamat untuk terus berdaya saing. Namun masih dirasakan tindakan ini akan menggugat komitmen dan kestabilan masa depan pekerja.IKEA diharap dapat lebih berhati-hati dalam mewujudkan jawatan-jawatan sebelum dikhuatiri ia tidak diperlukan satu hari nanti. IKEA mengatasi cabaran yang ketiga dengan menguatkan rantaian pembekal dengan mengamalkan hubungan yang baik dengan pembekal yang sedia ada untuk memastikan bekalan yang berkualiti dan bahan mentah yang murah dalam proses produksi. Di samping itu IKEA sentiasa mencari pembekal baru yang mampu membekalkan bahan mentah yang lebih murah. IKEA menangani cabaran keempat dengan menggalakkan mana-mana pekerja menyumbangkan idea untuk merekacipta produk. IKEA juga menggalakkan inisiatif daripada pekerja untuk
  • 9. memberi pandangan demi untuk meningkatkan keberkesanan organisasi.IKEA menyediakan latihan yang diperlukan oleh setiap pekerja demi meningkatkan produktiviti. Dengan meningkatkan produktiviti pekerja mereka tidak perlu mendapatkan perkhidmatan konsultan yang mahal bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. IKEA mengatasi cabaran yang kelima dengan menyediakan khidmat penghantaran dan pemasangan pada harga yang berpatutan. IKEA juga memastikan ujian yang ketat ke atas produk mereka supaya produk yang terhasil adalah tahan lasak. Angkah seterusnya ialah IKEA telah mengharamkan penggunaan kimia di dalam proses produksi. IKEA menangani cabaran penggunaan kertas dengan meletakkan semua maklumat produk mereka ke laman web IKEA. Langkah ini menjimatkan kos pembuatan katalog dan memudahkan akses bagi pelanggan untuk melihat produk IKEA melalui internet. Penutup IKEA sedang mengalami cabaran yang biasa dihadapi oleh mana-mana perniagaan. IKEA juga telah menangani cabaran tersebut dengan melaksanakan beberapa strategi untuk memantapkan lagi perniagaan mereka. Strategi yang digunapakai ialah strategi teknikal iaitu pelaksanaan teknologi terkini dan juga strategi struktur iaitu dengan merubah dinamika organisasi.