2. LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN & PEMBANGUNAN PRODUK
MENGENALPASTI IDEA & MANFAAT PRODUK
Setiap perniagaan harus bermula dengan
suatu idea yang unik dan memberi manfaat
kepada masyarakat pengguna.
Contohnya idea untuk mengeluarkan produk
penjimatan letrik boleh membantu
meringankan bebanan para pengguna
terutamanya yang terlalu banyak
menggunakan letrik setiap hari .
Setiap idea hebat yang diterjemahkan kepada
Beberapa produk yang bermanfaat akan
mendapat sambutan daripada masyarakat
pengguna dan tentunya akan memberi
Pendapatan yang lumayan kepada
Pencipta,pengilang,pengedar dan juga
peruncit.
3. PENENTUAN HARGA & PEMBUNGKUSAN
Produk yang mempunyai rekabentuk pembungkusan yang menarik dan harga yang wajar
biasanya akan lebih menarik perhatian pengguna. Pembungkusan yang menarik juga
seringkali menggambarkan kualiti sesuatu produk.
4. SEGMEN PEMASARAN & MATLAMAT
Tidak semua lapisan boleh membeli dan
ingin membeli produk kita. Justeru
penyediaan produk juga harus diambil kira
tentang segmen pasaran yang tepat.
Sekiranya kita ingin menjual produk kecantikan
kepada warga emas yang berusia 65 tahun
ke atas dan tinggal di kampong,
produk tersebut tentu tidak dapat dijual
dengan sempurna.
5. PROMOSI & PUBLISITI
Sebaik dan sehebat manapun produk yang
dihasilkan,tanpa promosi dan publisiti,produk
tersebut tidak akan dikenali oleh pengguna
dan ini akan mempengaruhi keinginan
membeli mereka. Hasilnya produk kita tidak
dapat dijual dan gagal mencapai target.
6. KHIDMAT SELEPAS JUALAN
Syarikat yang menghargai pelanggan dengan
memiliki polisi selepas jualan yang sistematik
dan lebih prihatin serta mesra pengguna akan
sentiasa diingati dan memungkinkan mereka
mendapat pelanggan yang setia dan
memperkenalkan kepada rakan-rakan mereka
yang lain.